inspirasi bil 6/2010

28
Sistem e-Repositori Penerbitan Merealisasikan Hasrat Perpustakaan? Ms15 Peranan Perpustakaan Dalam Pembangunan e-Masyarakat Ms 13 Karya-Karya Penulis Anugerah Sea Write Di Perpustakaan UKM Ms 18 BIL : 6 JANUARI-JUN 2010 N N N N N 20 20 20 20 10 10 10 10 10 N N N N 20 20 20 20 2010 10 10 1 10 BI BIL L L : : 6 6 6 JA JANU U NUAR A AR ARI I I I-JU JU JU JUN N N N AN N 2 2 BIL : BIL : A JA JAN U U U U U UN N UA A AR A A ANU NU NUA

Upload: votuong

Post on 30-Dec-2016

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Inspirasi bil 6/2010

Sistem e-Repositori Penerbitan Merealisasikan Hasrat Perpustakaan? Ms15

Peranan Perpustakaan DalamPembangunan e-MasyarakatMs 13

Karya-Karya Penulis AnugerahSea Write Di Perpustakaan UKMMs 18

BIL : 6 JANUARI-JUN 2010NNNNN 2020202001010101010NNNN 2020202020101010110BIBILLL :: 666 JAJANUUNUARAARARIIII-JUJUJUJUNNNNAN N 22BIL :BIL : AJAJAN UUUUUUNNUAAARAAANUNUNUA

Page 2: Inspirasi bil 6/2010

INS

PIR

AS

I BIL

6 J

AN

-JU

N 2

010

2

SIDANG PENGARANG

Ketua EditorShahruddin ShafriEditorMohd Adnan BaharomPengarang Fa mah Kamilah AwangMohd Adnan BaharomRosmarlidaini Mah HasanNoraashikin Mohd YusopAbdul Muhaimin SabronNor Asiah MohamadAzhari SahamirAzlan Mohamad HamzahShamsudin Ibrahim Reka LetakMuhammad Farid Zainal AzmanFotografi Mokhtar Aman

Ketua PustakawanHaji Abu Bakar MaidinKetua Program Pembangunan SumberPuan Hafsah MohdKetua Program Pengurusan Perkhidmatan MaklumatPuan Noraini OmarKetua Perpustakaan PPUKMPuan Maimunah KadirKetua Perpustakaan Undang-UndangPuan Rosnah SulimanKetua Perpustakaan ATMAPuan Aripah MohamedKetua Perpustakaan Dr. Abdul La ff Puan Faizah Mohd. Zain

EdaranKamarudin AbdollahProses AkhirPusat Penerbit UKM

Sidang Pengarang INSPIRASI amat mengalu-alukan sumbangan ar kel, berita atau rencana mengenai pengurusan maklumat dan keilmuan. Sila hantarkan berita atau ar kel kepada:

Editor INSPIRASI Perpustakaan Tun Seri Lanang43600 UKM BangiSelangor Darul EhsanTel: 03-89215854Emel: [email protected] (Ketua Editor)Emel: [email protected] (Editor)

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera

Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat menghadapi empat audit iaitu, Audit Penilaian Semula MS ISO 9001:2008, Audit Anugerah Perpustakaan Cemerlang, Audit Institusi MQA dan Audit Universiti Penyelidikan antara Mac hingga April 2010.

Perpustakaan UKM telah melalui audit-audit ini dengan baik sekali. Saya percaya, ini semua adalah hasil kerja berpasukan yang terdapat dalam jiwa setiap warga Perpustakaan UKM. Tanpa semangat kerjasama ini, adalah sukar bagi kita semua untuk menghadapi audit tersebut. Sehubungan itu, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua warga Perpustakaan yang terlibat secara

langsung mahupun tidak langsung.

Bagaimanapun, perjuangan kita masih banyak yang belum selesai, antaranya memperkasakan perkhidmatan Perpustakaan dalam konteks universiti penyelidikan. Sebagai sebuah universiti penyelidikan, antara fokusnya ialah menjalankan projek-projek penyelidikan yang umumnya dilaksanakan oleh pelajar terutama pelajar siswazah, pensyarah dan felo penyelidik. Dalam hubungan ini di manakah kita sebagai warga Perpustakaan boleh memainkan peranan? Tentulah perkara utama yang harus diberi perhatian dalam mana-mana institusi perpustakaan adalah kekuatan koleksinya yang dapat memenuhi keperluan penyelidikan. Ini termasuklah koleksi digital seperti pangkalan data dalam talian yang mengandungi jurnal elektronik, buku-elektronik, dan sebagainya. Dalam masa yang sama, kekuatan koleksi tradisi masih perlu dimantapkan dengan bahan terkini selaras dengan bidang pendidikan dan penyelidikan di Universiti. Di sinilah tanggungjawab kita untuk membangunkan koleksi Perpustakaan selaras dengan halatuju UKM.

Pembangunan koleksi yang melibatkan kewangan yang bukan sedikit perlu dimantapkan dengan khidmat promosi penggunaan bahan-bahan, terutama pangkalan data dalam talian. Sebagai Pustakawan, kita seharusnya tahu dengan tepat mengenai bahan-bahan yang perlu dirujuk apabila menerima pertanyaan dari pelanggan, agar khidmat yang diberi menepati keperluan pelanggan.

Selaras dengan perkembangan semasa UKM, Pustakawan juga perlu mengetahui dengan lebih terperinci mengenai bahan-bahan seperti Scopus, ISI Web of Science, Journal Citation Report di samping Sistem e-Repositori Penerbitan. Pada ketika ini, pengetahuan mengenai bibliometrik perlu mantap untuk berkhidmat dalam perpustakaan universiti.

Akhir sekali, berilah perkhidmatan dengan penuh mesra pelanggan.

Sekian, terima kasih.

Tuan Haji Abu Bakar MaidinKetua Pustakawan

PENGURUSAN PERPUSTAKAAN UKM

Page 3: Inspirasi bil 6/2010

INS

PIR

AS

I BIL

6 J

AN

-JU

N 2

010

3

Dari Meja Ketua EditorAssalamualaikum WBT dan salam sejahtera

Sirih junjung sirih pinang,Sirih kuning diberi nama,Adat dijunjung pusaka dikenang,Hidup berbudi muafakat bersama.

Buletin Inspirasi muncul untuk sekian kalinya menemui pembaca. Keluaran kali ini berwajah baru dengan pengisian yang lebih berbeza dari keluaran sebelumnya. Masih mengekalkan corak pemberitaan tentang peristiwa dan aktiviti yang berlaku di sekitar perpustakaan UKM, Buletin Inspirasi dimantapkan lagi dengan beberapa penulisan pustakawan yang mempunyai bakat besar sebagai penulis.

Karya ini terhasil daripada sokongan dan dorongan semua pihak bermula daripada pihak Pengurusan Tertinggi Perpustakaan seperti Ketua Pustakawan, Timbalan Ketua Pustakawan, Pustakawan-Pustakawan, Sidang Redaksi sehinggalah para penyumbang semua. Walaupun berlaku beberapa kekangan dan masalah kecil, namun berkat kerjasama semua pihak maka akhirnya Buletin Inspirasi menemui pembaca juga akhirnya.

Bagi keluaran kali ini, Buletin Inspirasi mengemukakan beberapa isu utama seperti e-Repositori, Pengurusan Kualiti dan Anugerah Penulisan SeaWrite. Topik-topik lain yang menarik ialah Peranan Perpustakaan Dalam Pembangunan e-Masyarakat, Program 5S dan Penilaian Pelanggan Terhadap Prestasi Perkhidmatan Perpustakaan.

Semoga usaha mendokumenkan aktiviti-aktiviti yang berlaku di sekitar dunia perpustakaan UKM ini diredhai Allah SWT. Dengan berkat kerjasama ikhlas dan secara sukarela ini, InsyaAllah rekod sejarah ini akan dibuka semula di masa hadapan untuk diteliti, dikaji dan dijadikan tauladan dan sempadan untuk anak cucu kita bagi meneruskan perjuangan di dunia maklumat tanpa sempadan ini.

Sirih kuning diberi nama,Sirih tanya berserta cincin,Hidup berunding muafakat bersama,Bangsa mulia budaya dijamin.

Wallahuaklam.

Shahruddin ShafriKetua Editor

PANTUN BUDI

Anak Cina mengirim surat,Dari Jawa sampai ke Deli,Hidup di dunia biar beradat,Budi tidak dijual beli.

Tegak rumah kerana sendi,Runtuh sendi rumah binasa,Sendi bangsa ialah budi,Runtuh budi runtuhlah bangsa.

KANDUNGANHalaman

SEMASAPenilaian Pelanggan Terhadap Prestasi Perkhidmatan Perpustakaan Tahun 2009Audit Dalaman & Audit SirimAudit MQA, Audit Perpustakaan Cemerlang & Audit Universiti PenyelidikanPerarakan Maulidur RasulPertandingan KIK Peringkat IPTA

BENGKELSanggar Kerja PerpustakaanBengkel Pendigitan UKM-NIUWacana Pendidikan PengunaBengkel ISI di Singapura

PENULIS JEMPUTANPeranan Perpustakaan DalamPembangunan e-MasyarakatARTIKEL PILIHANSistem e-Repositori Penerbitan Merealisasikan Hasrat Perpustakaan?Pengurusan Kualiti Di Perpustakaan UKMKarya-karya Penulis AnugerahSea Write di PerpustakaanKeliatan Jari MenulisSetelah Begelar Pustakawan

BERITA DARI CABANGPATMA Berwajah BaruLawatan PenandaarasanProgram 5S terap amalan cintakan kebersihan dan kerja berkualitiBengkel Asas National Library of Medicine (NLM) pertingkat kemahiran pengkatalogan bahan perubatan

ULASAN BUKUThe Role of Academic LibrarianNatrah

RUANGAN KKSP

BERITA KAKITANGAN

BERITA BERGAMBAR

6

121198

776

25

2423

22

22

2121

201918

16

15

13

28

27

4

Page 4: Inspirasi bil 6/2010

INS

PIR

AS

I BIL

6 J

AN

-JU

N 2

010

4

Semasa

Oleh : Rohaya Umar

Kepuasan pelanggan merupakan salah satu aspek dalam standard MS ISO 9000:2008. Sehubungan itu Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) telah menyediakan kaji selidik pelanggan setiap tahun sejak tahun 2003. Tujuan kaji selidik diedarkan untuk mendapat maklum balas dari pelanggan berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mengukur kelebihan dan kelemahan prestasi perpustakaan. Hasil dari maklum balas ini perpustakaan boleh membuat penambahbaikan.

Pada tahun 2009, PTSL telah mengedar 2000 borang kaji selidik mulai awal Oktober hingga akhir Oktober 2009. Borang kaji selidik pelanggan telah diletakkan di kaunter masuk perpustakaan. Setiap pelanggan yang masuk ke perpustakaan akan diberi borang kaji selidik untuk diisi. Selain itu borang kaji selidik juga telah diletak di Meja Penasihat Pembaca. Di samping itu kaji selidik telah diedar kepada ahli akademik melalui pos. Borang kaji selidik dihantar bersama dengan sampul surat beralamat untuk memudahkan ahli akademik menghantar kembali kaji selidik ke perpustakaan.

BORANG KAJI SELIDIK

Sebelum borang kaji selidik diedarkan satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan kandungannya. Borang kaji selidik telah dibahagi kepada 6 bahagian ; iaitu berkaitan dengan maklumat pelanggan, penilaian pelanggan terhadap perkhidmatan perpustakaan, koleksi perpustakaan, prasarana dan kemudahan perpustakaan, kualiti perkhidmatan kakitangan perpustakaan dan penilaian pelanggan terhadap keseluruhan perpustakaan.

Di samping itu, pelanggan diminta menilai perkhidmatan dan kemudahan baru yang disediakan oleh perpustakaan. Pelanggan juga diminta memberi komen atau cadangan pada setiap bahagian di atas.

HASIL ANALISIS

Perpustakaan telah menerima 862 borang kaji selidik yang telah dijawab iaitu 43.1% sahaja. Borang kaji selidik yang diterima dari lima jenis kategori ahli perpustakaan seperti carta di bawah:

Peratus borang kaji selidik yang diterima

Penilaian Pelanggan Terhadap Prestasi Perkhidmatan Perpustakaan Tahun 2009

Page 5: Inspirasi bil 6/2010

INS

PIR

AS

I BIL

6 J

AN

-JU

N 2

010

5

SemasaHasil dari kaji selidik pada tahun 2009 didapati pelanggan berpuas hati dengan kualiti keseluruhan perpustakaan. Datanya adalah seperti berikut:a) Pra siswazah - 97.6%b) Siswazah - 96.3% c) Ahli akademik - 98.4%.

Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa perkara yang tidak mencapai tahap kepuasan hati pelanggan. Dalam standard MS ISO 9001:2008, ketidakpuasan hati pelanggan diambil kira bagi perkara yang mencapai 75% ke bawah. Perkara yang tidak memuaskan hari pelanggan adalah seperti berikut:

i) Perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan (Ahli akademik 69.3%)ii) Perkhidmatan Permohonan pembelian buku baru (Ahli akademik 67.6%; Siswazah 50%)iii) Buku yang tidak dijumpai di rak (Ahli akademik 62.9%; Siswazah 58.4%; Pra Siswazah 67.2%)iv) Mudah menggunakan sistem e-Klik (Ahli akademik 66.4%; Siswazah 74.1%; Pra Siswazah 69.9%)v) Mudah mengakses buku elektronik (Ahli akademik 63.4%; Siswazah 74.5%; Pra Siswazah 65.7%)i) Buku dalam bidang pelanggan (Siswazah 74.6%)vi) Jurnal dalam bidang pelanggan (Siswazah 73.1%; Pra Siswazah 73.7%)vii) Bahan media dalam bidang pelanggan (Ahli akademik 62%; Siswazah 51.5%; Pra Siswazah 60.4%)viii) Sumber maklumat elektronik (Siswazah 74.6%; Pra Siswazah 70.5%)ix) Bilik karel (Siswazah 72%)x) Mesin fotokopi (Ahli akademik 58.2%; Siswazah 72%)xi) Alat baca bahan mikro (Ahli akademik 60.4%; Siswazah 59.4%; Pra Siswazah 61.5%)

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Berdasarkan analisis di atas, pelajar pasca siswazah mempunyai lebih banyak ketidakpuashatian berbanding pelajar pra siswazah dan ahli akademik terutamanya dari segi perkhidmatan, koleksi dan kemudahan. Pelajar pra siswazah pula tidak puas hati kepada perkhidmatan dan koleksi perpustakaan. Manakala ahli akademik lebih banyak tidak puas hati kepada perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan. Walau bagaimanapun para pelanggan berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan kakitangan perpustakaan.

Pelanggan juga telah memberi komen dan cadangan dalam borang kaji selidik yang diedarkan. Antara komen dan cadangan yang banyak diberikan oleh pelanggan adalah seperti berikut:

i) Buku tidak dijumpai di rak walaupun dalam sistem menunjukkan ‘available’.ii) Penyusunan buku tidak mengikut nombor panggilan.iii) Penyusunan buku perlu disegerakan ke rak sebenar.iv) Perkhidmatan Wifi sentiasa tidak boleh digunakan.v) Kemudahan tandas tidak memuaskan hati pelanggan.vi) Kurang tempat letak kereta berdekatan bangunan perpustakaanvii) Suasana perpustakaan selalu bising terutama musim peperiksaan.viii) Perbanyakkan mesin pinjaman dan pemulangan buku layan diri.ix) Tambah bilangan ‘plug point’ di perpustakaan.x) Kakitangan perlu lebih mesra dan membantu pelanggan.

Semua kakitangan perlu melihat dan menilai ketidakpuashatian pelanggan di atas. Perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan perlu dipertingkatkan agar memuaskan hati pelanggan. Walau bagaimanapun dalam Sanggar Kerja Perpustakaan yang diadakan pada 12 hingga 13 Mei 2010 telah mencadang dan membincangkan penambahbaikan yang akan dibuat oleh Perpustakaan terutama dari segi perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan.

Pihak perpustakaan juga perlu melihat kekinian bahan di perpustakaan. Didapati banyak komen dan cadangan dari pelanggan yang menyatakan bahan dalam bidang mereka tidak mencukupi. Selain itu jumlah naskah buku juga tidak mencukupi terutama buku teks atau rujukan utama.

Di samping itu kakitangan perpustakaan terutama yang bertugas di kaunter perlu lebih mesra dan sentiasa membantu pelanggan. Perpustakaan juga telah mengadakan Kursus Amalan Seragam pada tahun 2008 dan kebanyakan kakitangan telah menghadiri kursus tersebut. Kakitangan perlu mempraktikkan semua pelajaran yang diajar dalam kursus tersebut.

Akhirnya, kaji selidik pelanggan perlu diadakan setiap tahun untuk memantau, menilai dan mengukur tahap prestasi perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan.

Page 6: Inspirasi bil 6/2010

INS

PIR

AS

I BIL

6 J

AN

-JU

N 2

010

6

Mohd. Salleh bin Jaafar (UPM). Perpustakaan telah menyediakan pengiraan faktor impak kumulatif dan senarai lengkap penerbitan UKM. Hasil laporan yang disediakan amat memuaskan hati panel penilai. Panel audit telah memberikan penghargaan dan pujian kepada Perpustakaan Tun Seri Lanang di atas penyediaan data penerbitan UKM yang amat baik.

Audit MQA, Audit Perpustakaan Cemerlang & Universiti Penyelidikan

Zain dan dibantu oleh Puan Nurul Huda Ahmad Ropie dan Dr. Montaj Mustakim. Perpustakaan yang terlibat untuk Audit Penilaian Semula pada kali ini ialah Perpustakaan Tun Seri Lanang, Perpustakaan Undang-Undang dan Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu. Alhamdulillah, dengan usaha yang berterusan dan sentiasa mematuhi piawaian, Perpustakaan UKM telah berjaya memperbaharui Audit Penilaian Semula MS ISO 9001:2008. Tahniah diucapkan kepada Perpustakaan UKM!

Audit Dalaman & Audit SIRIM

Semasa

Oleh: Noraashikin Mohd Yusop

Audit Dalaman Perpustakaan UKM diadakan setahun sekali bagi memastikan sistem pengurusan kualiti perpustakaan memenuhi keperluan MS ISO 9001:2008. Audit dalaman bagi tahun 2009 telah dijalankan pada 11 Januari 2010 dan berakhir pada 22 Januari 2010 yang lalu. Para auditor terdiri daripada pustakawan yang mana mereka ini telah dianugerahkan sijil semasa menghadiri latihan berkaitan dengan keperluan-keperluan ISO dan audit dalaman untuk melayakkan mereka menjadi seorang auditor. Kebiasaannya, audit dalaman ini dijalankan di Perpustakaan Tun Seri Lanang dan semua Perpustakaan Cabang. Dengan adanya audit dalaman yang dijalankan pada setiap tahun ini dapat memantau kerja-kerja yang tidak dijalankan dengan berkesan dan tidak mematuhi spesifi kasi yang ditetapkan serta persediaan yang rapi bagi menghadapi Audit SIRIM.

Perpustakaan UKM sekali lagi dikunjungi oleh Pasukan Audit daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 17 dan 18 Mac 2010 yang lalu untuk Audit Penilaian Semula MS ISO 9001:2008. Pasukan Audit diketuai oleh Hajah Aine Jamaliah Mohamad

Oleh: Nor Asiah Hj Mohamad

Audit MQAUniversiti Kebangsaan Malaysia menerima kunjungan Audit Institusi MQA bermula dari 22 Mac hingga 26 Mac 2010. Panel audit telah melawat Perpustakaan UKM pada 25 Mac 2010 bersamaan hari Khamis dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Rangka lawatan adalah di Perpustakaan Tun Seri Lanang.

Audit Perpustakaan CemerlangPerpustakaan UKM telah menerima kunjungan panel juri Anugerah Perpustakaan Cemerlang anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) pada 20 Mac 2010 bersamaan hari Sabtu. Para juri yang hadir dalam kunjungan tersebut adalah Prof. Dr. Szarina Abdullah dan Puan Rohani Rustam.

Audit Universiti PenyelidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia telah menerima lawatan Panel Audit Universiti Penyelidikan (UP) pada 29 dan 30 Mac 2010. Panel audit ini telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Dr. Muhamad Rasat bin Muhammad (UM) dan para ahli panel terdiri daripada YBhg. Prof. V. Navaratnam (USM), YBhg. Prof. Dr. Mohd. Nor bin Musa (UTM) serta YBhg. Prof. Ir. Dr.

Pengurusan Perpustakaan UKM bersama panel penilai Audit Perpustakaan Cemerlang

Auditor SIRIM, Dr. Montaj Mustakim menyemak dokumen di Perpustakaan Undang-Undang

Page 7: Inspirasi bil 6/2010

INS

PIR

AS

I BIL

6 J

AN

-JU

N 2

010

7

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H/2010M

Pertandingan yang berjalan selama dua hari ini begitu rancak dengan persembahan yang bertenaga daripada kumpulan-kumpulan yang mempunyai kekuatan tersendiri. Pada majlis penutupan konvensyen, pemenang bagi pertandingan ini telah diumumkan. Bagi kategori pengurusan, johan

dimenangi oleh Kumpulan Transformasi (UTM), manakala Kumpulan V-Time (USM) berjaya meraih naib johan dan Kumpulan Pinacle (UiTM) pula menduduki tempat ketiga. Bagi kategori teknikal, tempat pertama berpihak kepada Kumpulan Charge (UKM), naib johan dimenangi oleh Kumpulan Benua Cipta (PPUKM) manakala Kumpulan Belian (UiTM) mendapat tempat ketiga. Johan keseluruhan bagi pertandingan ini berjaya dirangkul oleh Kumpulan Charge dari UKM.

Walaupun kemenangan tidak berpihak kepada KIK ProTag, ahli kumpulan menjadikan ia sebagai satu pengalaman dan pendedahan yang amat berharga. Semoga KIK Perpustakaan UKM terus terlibat secara aktif dalam KIK kerana ianya merupakan salah satu medium bagi kakitangan untuk menyumbangkan idea kreatif ke arah penambahbaikan sekaligus mewujudkan budaya kerja yang sistematik.

KIK ProTag Sertai Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali Ke-6

Semasa

Oleh : Fatimah Kamilah Awang

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) ProTag dari Bahagian Katalog, Perpustakaan Tun Seri Lanang buat julung kalinya telah menyertai Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali Ke-6 bertempat di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kelantan. Konvensyen yang disertai oleh 11 IPTA di seluruh Malaysia ini telah diadakan dengan jayanya dari 18 hingga 20 Februari 2010.

Kumpulan ProTag yang dianggotai oleh 10 orang ahli diketuai oleh Encik Jamil Johari manakala Puan Anna Kustyana Mukandar sebagai fasilitator. Kumpulan ini telah berjaya melayakkan diri ke konvensyen tersebut rentetan daripada kemenangan di Konvensyen KIK Peringkat UKM 2009. Kumpulan ProTag mempersembahkan projek bertajuk “Buku Dalam Proses Sukar Dikesan” bagi kategori pengurusan bersama 16 lagi pesaing di bawah kategori yang sama dengan diadili oleh tiga orang juri bagi setiap kategori. Manakala bagi kategori teknikal sebanyak 15 kumpulan dipertandingkan di dewan yang berasingan.

Oleh : Azhari Sahamir

Majlis sambutan Maulidur Rasul 1431H/2010M telah diadakan pada 1 Mac 2010 bertempat di Dataran Masjid UKM dan DECTAR UKM Bangi.

Aturcara majlis terdiri daripada perarakan Maulidur Rasul, bacaan ayat suci Al-Quran, majlis berzanji, selawat dan forum perdana. Panel forum perdana adalah Ustaz Zahazan Mohamed (Pengarah Eksekutif Telaga Biru Sdn Bhd) dan Prof. Madya Dr. Harlina Hj. Siraj (Pensyarah Fakulti Perubatan UKM) serta moderator Ustaz Mohd. Izhar Ariff (Fakulti Pengajian Islam UKM). Untuk tahun ini, Perpustakaan UKM telah menjuarai pertandingan Perarakan Maulidur Rasul setelah dua tahun gagal menyandang gelaran tersebut.

Antara wakil peserta KIK yang bertanding

Peserta perarakan daripada Perpustakaan UKM Perpustakaan UKM dinobatkan sebagai johan pertandingan perarakan Maulidur Rasul 2010

Page 8: Inspirasi bil 6/2010

INS

PIR

AS

I BIL

6 J

AN

-JU

N 2

010

8

Sanggar Kerja Perpustakaan

2011-2015: Penilaian & Pengemaskinian (Strategi 4-6). Seterusnya pembentangan diteruskan lagi dengan kertas kerja Perancangan ICT 2011-2015 dalam Memperkasa Perkhidmatan Perpustakaan UKM. Sebagai penutup pada hari pertama, program diakhiri dengan pembentangan kertas kerja Pembangunan Dasar Langganan Bahan Perpustakaan. Pada hari kedua, program diteruskan lagi dengan pembentangan kertas kerja Memperkasa Perkhidmatan Perpustakaan dan diteruskan dengan kertas kerja Pembangunan dan Pengemaskinian Dasar Perkhidmatan dan Pembangunan Koleksi Perpustakaan UKM.

Secara keseluruhannya, sepanjang dua hari program ini berlangsung, banyak idea dan cadangan baru telah dilontarkan hanya untuk satu tujuan iaitu demi memantapkan perkhidmatan Perpustakaan UKM. Selain berjaya mencapai objektif, hubungan erat silaturahim, amalan bekerjasama dan bersatu padu juga dapat dipupuk di kalangan peserta. Diharapkan agar sanggar kerja seterusnya akan turut berjaya dengan erti kata yang lain berjaya memartabatkan Perpustakaan sebagai penjana ilmu dan maklumat kepada masyarakat.

Semasa

Oleh : Mohd Adnan Baharom

Satu sanggar kerja anjuran Perpustakaan UKM telah diadakan pada 12 dan 13 Mei 2010 bertempat di Puri Pujangga, UKM. Program ini telah menghimpunkan semua Pegawai dan Penolong Pegawai Perpustakaan termasuk pengurusan tertinggi Perpustakaan dalam usaha untuk berkongsi idea dan buah fi kiran dalam memantapkan lagi perkhidmatan Perpustakaan.

Di antara objektif sanggar kerja kali ini ialah menilai dan mengemas kini Perancangan Strategik Perpustakaan dan diselaraskan dengan Perancangan Strategik UKM; memberi peluang semua Pustakawan terutama antara Perpustakaan Pusat dan Cabang bertemu dengan lebih dekat lagi dan mengenali satu sama lain; memberi peluang kepada semua Pustakawan terlibat dalam perancangan, pembangunan dan penilaian perkhidmatan Perpustakaan dan membina semangat berpasukan di kalangan Pustakawan UKM.

Peserta telah dibahagikan kepada enam kumpulan di mana setiap kumpulan terdiri daripada Pustakawan, Penolong Pegawai Perpustakaan dan dibantu oleh seorang fasilitator telah diberikan satu kertas kerja untuk dikupas dan dibincangkan bersama ahli kumpulan masing-masing dan kemudiannya dibentangkan pada hari tersebut. Hasil pembentangan kemudiannya dibincangkan pula bersama kumpulan-kumpulan yang lain untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan mengenai tajuk yang telah dibentangkan.

Pada hari pertama, program dimulakan dengan pembentangan kertas kerja yang bertajuk Perancangan Strategik Perpustakaan UKM 2011-2015: Penilaian & Pengemaskinian (Strategi 1-3) dan diikuti pula pembentangan kertas kerja yang bertajuk Perancangan Strategik Perpustakaan UKM

Peserta sanggar kerja Perpustakaan UKM

Page 9: Inspirasi bil 6/2010

INS

PIR

AS

I BIL

6 J

AN

-JU

N 2

010

9

USIM, UMT, PNM, IKIM, Bahagian Telekesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Bengkel yang julung-julung kalinya dianjurkan ini, dikendalikan oleh dua orang pakar dari Cornell University yang berpengalaman luas dalam membangun dan melaksanakan projek pendigitan di dalam dan luar negara. Latar belakang penceramah serta rekod cemerlang mereka, menjadikan bengkel ini seharusnya dihadiri oleh para profesional dan kakitangan yang terbabit secara langsung dalam pembangunan kandungan digital di institusi masing-masing.

Perkara pokok dalam merancang projek seperti menentukan matlamat dan hasil yang ingin dicapai, kriteria pemilihan bahan, hakcipta, penilaian fi zikal, metadata, tumpuan khalayak serta beberapa aspek pengurusan projek adalah intisari penting yang diberi penekanan pada hari pertama bengkel. Huraian 16 proses yang perlu dilalui dalam pendigitan merupakan antara topik menarik yang disentuh dan diperincikan.

Bengkel Pendigitan UKM-NIU Bawa Kepakaran University Cornell

Bengke l

Oleh: Hazmir Hj. Zainal

Melaksanakan aktiviti pendigitan bagi sesebuah institusi perpustakaan seringkali disalah tafsir dengan perlunya memiliki mesin pengimbas berskala besar ataupun yang berteknologi tinggi. Namun sebenarnya pendigitan bukan sekadar tertumpu kepada kecanggihan teknologi pengimbasan semata-mata. Malah apa yang lebih penting adalah bagaimana sesuatu projek itu dirancang dan diuruskan mengikut kesesuaian perkakasan dan perisian digunakan, di samping tahap pengetahuan dan kemahiran individu atau kumpulan yang melaksanakannya.

Faktor yang penting adalah proses ini perlu dirancang dengan teliti di samping penilaian terhadap piawaian serta amalan terbaik (best practices) yang diguna pakai di peringkat antarabangsa khususnya oleh institusi yang lebih terkehadapan (advanced). Institusi yang lebih maju ini boleh menjadi penimbang tara pencapaian semasa bukan sahaja bagi institusi yang baru bertatih dalam pendigitan ini, malah bagi institusi yang merasakan sudah selesa berlari. Apa yang paling penting adalah kesediaan untuk melalui proses “unlearn” dan “relearn” serta tersedianya forum bagi perkongsian maklumat dan ilmu yang sesuai.

Sedar akan keterbatasan pengetahuan dan kemahiran berkaitan pendigitan ini di samping peri pentingnya rujukan kepada amalan terbaik dan piawaian antarabangsa yang ada, Perpustakaan UKM dan Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Akademik, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dengan kerjasama Northern Illinois University (NIU) dan Cornell University telah menganjurkan Bengkel Pendigitan yang berlangsung daripada 22 hingga 23 April 2010 lepas.

Objektif utama bengkel adalah memberi kefahaman berkenaan pendigitan dan proses yang terlibat secara praktikal, di samping mengenengahkan pendekatan yang boleh diambil dalam membangunkan koleksi digital institusi serta menangani kepelbagaian dalam teknologi yang digunakan.

Bengkel dua hari yang berlangsung di Sanggar Ilmu, Perpustakaan Tun Seri Lanang ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 50 orang peserta. Rata-ratanya terdiri daripada para pustakawan, pegawai sistem maklumat, kakitangan penerbitan, pengurus dan pentadbir termasuklah di kalangan profesional dalam bidang perubatan. Institusi yang terlibat menghantar peserta selain UKM sendiri adalah UNIMAS, UTM, UTHM, USM, UMS, UPSI, UPM, KUIS, UiTM, UMP, UUM, UPNM, UNIMAP, UDM,

Ucapan perasmian oleh Prof. Dato’ Ir. Dr. Hassan Basri, TNC Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM

Sesi bergambar Bengkel Pendigitan UKM-NIU 2010

Page 10: Inspirasi bil 6/2010

INS

PIR

AS

I BIL

6 J

AN

-JU

N 2

010

10

perisian. Sehubungan ini, beberapa sesi demonstrasi melibatkan beberapa pembekal perkakasan dan perisian telah turut diadakan. Para peserta turut berkesempatan untuk mencuba mesin pengimbas dan perisian yang disediakan sepanjang bengkel berlangsung. Antara yang dipaparkan adalah CopiBook Scanner, E-Scan dan perisian I Love Library oleh syarikat Excel Envirotech Resources, Zeutschel OS 12000C Digital Color Book Scanner oleh pihak Galaxy Automation, dan Kodak Document Scanner serta perisian Kodak Capture Pro oleh syarikat Sage Point.

Bengkel ini telah mendapat maklumbalas yang positif daripada para peserta di samping beberapa cadangan untuk penambahbaikan. Penulis selaku penganjur dan turut sama menyertai bengkel ini, berpandangan program seumpama ini wajar diteruskan pada masa-masa akan datang dengan memberi perhatian terhadap beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti. Sesi amali, aktiviti perbincangan, dan kerja dalam kumpulan juga merupakan elemen penting yang boleh dimasukkan dalam perancangan program seumpama ini pada masa-masa akan datang.

Bengke l

Sesi ceramah oleh Dr. Oya Yildirim Rieger Sesi demo penggunaan mesin CopiBook Scanner

Hari kedua pula mendalami beberapa aspek penting dalam peringkat “post-processing”, penentuan metadata dan pengurusan kandungan. Beberapa kajian kes projek pendigitan yang telah dilaksanakan dan telah berjaya turut dikongsi bersama.

Pendekatan penceramah yang fl eksibel dalam mempelbagaikan penyampaian serta bijak berkomunikasi dengan peserta, menjadikan sesi bengkel lebih menarik serta membuahkan banyak pertanyaan yang dilontarkan sepanjang sesi berlangsung. Dr. Oya Yildirim Rieger, selaku pengendali bersama bengkel merupakan pengarang bersama buku “Moving Theory Into Practice: Digital Imaging for Libraries and Archives” yang telah memenangi anugerah oleh Research Library Group pada 2000. Bertugas di Cornell University Library dengan pengkhususan dalam pembangunan web dan repositori, pendigitan, pemeliharaan digital, penerbitan elektronik dan inisiatif e-scholarship. Beliau secara aktif terlibat dalam pelbagai kumpulan kerja pendigitan termasuk memberi latihan berkaitan sejak tahun 1997 hingga kini. Beliau juga baru sahaja menyempurnakan pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Human Computer Interaction di universiti yang sama.

Fiona C. Patrick pula adalah Pengurus Projek bagi the Digital Consulting and Production Services di University Cornell Library. Beliau turut menyelaras “workfl ow” bagi pelbagai projek pendigitan dan inisiatif berkaitan termasuk “print-on-demand” dan pendigitan kandungan akhbar. Berpengalaman menganjurkan bengkel-bengkel berkaitan pengurusan projek digital serta perancangan pemeliharaan digital di dalam dan luar negara.

Bengkel atau kursus berkaitan pendigitan ini dikira tidak lengkap jika tidak memaparkan teknologi terkini atau “state-of-the-art” dalam pengimbasan yang menyentuh kedua-dua aspek perkakasan dan Perbincangan di antara penceramah dan peserta

Page 11: Inspirasi bil 6/2010

INS

PIR

AS

I BIL

6 J

AN

-JU

N 2

010

11

Melalui wacana ini, segala permasalahan yang dihadapi semasa memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dapat dibincang bersama dan telah mencapai jalan penyelesaian. Mengambil contoh perkhidmatan dari perpustakaan lain, beberapa idea baru juga turut dicadangkan dan beberapa idea baru juga turut dicadangkan dan dasar untuk perkhidmatan pendidikan pengguna telah dapat dibangunkan. Selain itu, modul-modul yang digunakan untuk Kursus Kemahiran Maklumat Perpustakaan juga telah dikemaskini dan ditambah. Dari aspek kompetensi tenaga pengajar dan perkhidmatan rujukan dan khidmat nasihat, banyak cadangan baru yang dipersetujui dan akan dilaksanakan secara berperingkat di PTSL dan perpustakaan cabang.

Secara keseluruhannya, melalui program wacana ini banyak idea dan cadangan baru dapat dihasilkan untuk dilaksanakan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik dan berterusan kepada pelanggan perpustakaan.

Wacana Pendidikan Pengguna Mantapkan Perkhidmatan

Bengke l

Oleh: Rosmarlidaini Mah Hasan

Pendidikan pengguna adalah di antara perkhidmatan yang diutamakan oleh sesebuah perpustakaan dalam menyampaikan perkhidmatan secara berkesan kepada pelanggan. Berpegang kepada konsep inilah, perpustakaan UKM telah mengadakan satu program Wacana Perkhidmatan Pendidikan Pengguna pada 19 dan 20 Mei 2010 bertempat di Puri Pujangga UKM.

Antara objektif utama wacana ini diadakan ialah untuk menilai semula dan melakukan penambahbaikan program pendidikan pengguna sedia ada serta merangka perancangan program pendidikan pengguna yang lebih komprehensif dan memenuhi keperluan maklumat semasa pelanggan.

Program wacana ini telah diisi dengan sesi pembentangan untuk empat kertas kerja. Hari pertama wacana diisi dengan sesi pembentangan dan perbincangan untuk kertas kerja satu hingga tiga, iaitu Dasar Perkhidmatan Pendidikan Pengguna, Kompetensi Tenaga Pengajar dan Memperkasa Modul Kursus Kemahiran Maklumat (KKM). Hari kedua diteruskan dengan pembentangan untuk kertas kerja empat, iaitu Perkhidmatan Rujukan dan Khidmat Nasihat. Seterusnya, wacana ini dilengkapkan lagi dengan perbincangan dan pembentangan pelan tindakan untuk keempat-empat kertas kerja.

Wacana yang dirasmikan oleh Ketua Pustakawan, Tuan Haji Abu Bakar Maidin ini turut dilengkapkan lagi dengan kehadiran fasilitator jemputan iaitu Puan Noraini Omar, Ketua Program Pengurusan Perkhidmatan merangkap pengerusi Wacana Perkhidmatan Pendidikan Pengguna dan Puan Faizah Mohd Zain, Ketua Perpustakaan Doktor Abdul Latiff untuk turut menyumbang idea dan pandangan.

Sesi pembentangan peserta Perasmian oleh Ketua Pustakawan

Sesi perbincangan dalam kumpulan

Page 12: Inspirasi bil 6/2010

INS

PIR

AS

I BIL

6 J

AN

-JU

N 2

010

12

data penerbitan melalui ISI WoS dan JCR untuk Audit Universiti Penyelidikan, Audit MQA dan lain-lain berkaitan perlu mempunyai metodologi dan piawaian tetap operasi (SOP –standard operating procedure) peringkat kebangsaan supaya analisis dan perbandingan penerbitan yang setara dan objektif dapat dihasilkan.

Sesungguhnya, kita berasa bertuah kerana pada sesi perkongsian maklumat ini, Perpustakaan UKM telah berjaya mengangkat martabat dan peranan kita sederap dengan hasrat kepimpinan universiti di dalam memperkasakan penerbitan jurnal berimpak tinggi. Di dalam senario di mana universiti lain terlepas pandang mengenai peranan dan usaha aktif yang boleh dan perlu disumbangkan oleh perpustakaan di dalam pembangunan dan kelestarian penerbitan universiti dan sistem repositori institusi, Perpustakaan UKM telah berjaya mengambil peranan yang relevan dan aktif untuk bersama-sama menyumbang idea dan usaha kepada UKM. Kita mengharapkan supaya pada masa akan datang, perpustakaan akademik di seluruh Malaysia turut diberi peluang dan ruang yang aktif untuk menguruskan penerbitan akademik universiti sama ada melalui sistem repositori institusi, ISI Web of Science, Scopus dan sebagainya.

Secara kesimpulannya, bengkel ini telah menghasilkan satu reaksi dan penglibatan yang membanggakan daripada semua peserta dan dianggap telah berjaya mencapai matlamat yang diharapkan. Semoga melalui bengkel ini, ia akan menggerakkan aktiviti penerbitan berimpak tinggi universiti secara lebih terarah dan agresif lagi di masa hadapan demi merealisasikan hasrat UKM untuk menjadi universiti penyelidikan bertaraf dunia.

Bengkel ISI di Singapura

Bengke l

Oleh: Shamsudin Ibrahim

ISI Thomson Reuters sebuah institusi yang menerbitkan ISI Web of Science (WoS) dan Journal Citation Reports (JCR) telah menganjurkan Bengkel ISI Power User pada 20 dan 21 Februari 2010 di Singapura. Bengkel ini yang julung kalinya diadakan oleh ISI Thomson Reuters bermatlamat untuk mendapatkan maklum balas pelanggan mengenai fungsi dan isu-isu teknikal mengenai WoS dan JCR.

Seramai 21 orang telah menyertai bengkel ini. Peserta terdiri daripada Puan Mazni Md. Yusof dan penulis (UKM), Prof. Dr. Asma Ismail, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (USM) serta 2 orang Pegawai daripada Pusat Pengurusan Penyelidikan (USM), En. Amir Hussain Md. Ishak, Ketua Pustakawan (UPM) dan Prof. Dr. Mohd Adzir Mahdi, Pusat Pengurusan Penyelidikan (UPM), Prof. Madya Dr. Nor Edzan Che Nasir, Ketua Pustakawan (UM) dan Puan Koh Ai Peng (UM), Pustakawan dari Perpustakaan UNIMAS, MMU, UMS, UIAM, UTP dan wakil dari Akademi Sains Malaysia iaitu Tengku Sharizad Tengku Dahlan.

Pengisian bengkel ini dipenuhi dengan pembentangan dan sesi demonstrasi produk ISI yang dilanggan oleh IPTA/S Malaysia iaitu ISI WoS, JCR dan juga produk sampingan lain seperti ISI Essential Science Indicators (ESI) dan EndNote Web. Kami juga disajikan dengan pembentangan amalan terbaik sistem repositori University of Hong Kong (dikenali sebagai HKU Scholar Hubs http://hub.hku.hk/) di mana rekod penerbitan universiti berkenaan mempunyai pautan kepada rekod yang terindeks di dalam ISI Web of Science http://hub.hku.hk/wos.jsp. Selain itu, pembentangan mengenai Researcher ID http://www.researcherid.com telah memberi pendedahan kepada kami bagaimana untuk membina profi l penyelidik yang mengandungi senarai penerbitan akademik secara bersistematik (termasuk mengurus penerbitan terdahulu), analisis H-Index, taburan petikan mengikut tahun, jumlah petikan, purata petikan, pautan kepada teks penuh (jika ada), dan pengemaskinian nilai petikan daripada ISI WoS secara automatik.

Pada sesi terakhir, Perpustakaan UKM telah diberi penghormatan untuk menyampaikan taklimat mengenai penggunaan ISI WoS serta JCR kepada para peserta dan pihak penganjur. Di kesempatan itu, beberapa penemuan dan isu teknikal seperti masalah carian afi liasi universiti, had paparan senarai carian, had laporan petikan, had eksport rekod penerbitan dan sebagainya telah diutarakan. Pada akhirnya, Perpustakaan UKM juga telah berkongsi idea dan hasrat supaya pihak yang menyediakan

Peserta bengkel ISI Power User

Page 13: Inspirasi bil 6/2010

INS

PIR

AS

I BIL

6 J

AN

-JU

N 2

010

13

Oleh : Zawiyah M. Yusof

Kemajuan dan populariti ICT yang merangkumi Internet dan telefon pintar menjadikan maklumat sentiasa sedia ada. Ini membolehkan masyarakat berubah kepada e-masyarakat. Perubahan ini turut menyebabkan perubahan dalam perkhidmatan perpustakaan. Artikel ini membincangkan peranan perpustakaan sebagai organisasi sosial yang menyokong pelanggan dengan pencarian dan perolehan maklumat, penyelesaian masalah, pembelajaran dan aktiviti lain. Penulis mencadangkan beberapa perkhidmatan pendidikan tambahan yang boleh digalas oleh perpustakaan. Perpustakaan hendaklah terus memainkan peranan sosial pada masa hadapan dengan menyediakan perkhidmatan ini lantas membolehkan institusi tersebut “hidup dan berkembang”.

The Five Laws of Library Science menyebut bahawa setiap buku adalah untuk diguna dan dibaca, setiap pembaca perlu mempunyai buku, setiap buku perlu ada pembacanya, masa pembaca perlu dijimatkan sebaik yang mungkin dan perpustakaan adalah ibarat satu organisma yang hidup yang perlu dibiarkan berkembang serta mencari kaedah baru dalam operasinya. Ini bererti perpustakaan sebagai sebuah institusi sosial mempunyai peranan yang besar bagi menyokong proses pembelajaran dan pendidikan dalam keadaan yang kondusif serta mesra pengguna. Peranan ini semakin dituntut dalam e-masyarakat yang bergantung kepada penggunaan teknologi dalam urusan seharian terutamanya dalam aspek pencarian maklumat dan pengetahuan. Justeru, perpustakaan dituntut supaya memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan, cepat dan mudah.

Tuntutan peranan seperti yang dinyatakan di atas sudahpun disuarakan oleh Raganathan (1963) yang menegaskan bahawa misi perpustakaan adalah memberi perkhidmatan yang berorientasikan pelanggan.

Masyarakat kini semakin berubah. Kemajuan ICT menyebabkan hidup manusia semakin berorientasikan maklumat. Jumlah maklumat yang besar kini boleh dicapai melalui Internet pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Capaian maklumat yang sentiasa tersedia menjadi semakin mudah dengan adanya tefelon mudah alih atau telefon pintar seperti PDA (personal digital assistant). Kini bahan pustaka

tidak sahaja terdiri daripada video, CD atau DVD, e-buku, dan e-jurnal tetapi turut merangkumi bahan kuliah, kursus, komputer peribadi dan berbagai lagi.

Lima undang-undang yang dinyatakan di atas nampaknya masih relevan malah semakin menyerlah kepentingannya kepada perpustakaan pada hari ini.

Apakah perkhidmatan yang boleh disediakan kepada pelanggan perpustakaan dalam persekitaran e-masyarakat? Jika buku dan majalah bercetak menjadi bahan utama yang diuruskan oleh perpustakaan sebelum ini, maka dalam era e-masyarakat, bahan digital pula menjadi semakin penting terutamanya media net atau media digital yang disalur dan diedar melalui rangkaian (Minami, 2010). Internet menjadi infrastruktur yang penting untuk mengendali maklumat dalam era e-masyarakat dan seoalah-olah menjadi satu talian penyelamat yang menyokong masyarakat dalam kehidupan seharian sehingga setanding dengan bekalan air, elektrik dan gas.

Meningkat Peranan Pendidikan Dalam Perkhidmatan Perpustakaan Bagi Pembentukan e-Masyarakat

Sistem pendidikan atau perkhidmatan implisit (tidak dizahirkan secara nyata) adalah penting untuk tujuan melatih diri sendiri dan juga pembelajaran sepanjang hayat. Dalam konteks perpustakaan, sistem implisit memerlukan data yang boleh menggambarkan bagaimana perkhidmatan perpustakaan dan perpustakaan itu sendiri sebagai sebuah institusi sosial dimanfaatkan. Misalnya, setiap perpustakaan boleh mengumpul rekod edaran atau pinjaman yang mengandungi ID pelanggan, ID buku yang dipinjam, maklumat tarikh bagi proses peminjaman dan pemulangan bahan. Berdasarkan rekod ini sistem perpustakaan boleh mengenal pasti tarikh peminjaman, kategori buku yang dipinjam dan profi l pelanggan (jantina, pekerjaan dan sebagainya). Sistem juga mempunyai data lain seperti pengunjung, data penggunaan bahan dan penggunaan ruang dalam perpustakaan. Segala data yang dikumpul boleh dianalisis dan diekstrak untuk menjana maklumat dan pengetahuan yang berguna bagi membantu menambahbaik mutu perkhidmatan kepada pelanggan serta mengenal pasti perkhidmatan baru yang lain yang boleh ditawarkan kepada pelanggan.

Penu l i s Jempu t an

Peranan Perpustakaan Dalam Pembangunan e-Masyarakat

Page 14: Inspirasi bil 6/2010

INS

PIR

AS

I BIL

6 J

AN

-JU

N 2

010

14

Dari manakah sumber data yang hendak dikumpul? Data yang dikumpul dalam sistem perpustakaan lazimnya datang dari terminal sistem dan beberapa sistem lain seperti rak buku pintar (rak yang dilengkapi dengan antena untuk RFID (Radio Frequency Identifi cation) bagi mengesan buku dan raknya, komputer pelanggan dan perpustakaan lain (Minami, 2010). Melalui cara ini perpustakaan mempunyai pangkalan data mengenai bagaimana bahan diguna di dalam dan di luar perpustakaan.

Berdasarkan data ini, Pustakawan dapat mengetahui bagaimana bahan mereka diguna dan kekerapan bahan dipinjam. Ini merupakan sumber yang baik bagi Pustakawan untuk memahami apa yang diperlukan oleh pelanggan kerana hasil daripada analisis data atau perlombongan data memberi mereka tip untuk memperbaiki perkhidmatan dan kaedah pengurusan.

Dalam e-masyarakat, bantuan Pustakawan kepada pelanggan dari jarak jauh (remote) dapat dilakukan dengan mudah menggunakan sambungan Internet. Pustakawan perlu meningkatkan bantuan kepada pengguna dalam bentuk memberi nasihat tanpa perlu bersemuka dengan tujuan untuk menjimatkan masa pengguna dan menjamin keselesaan. Pelanggan yang mempunyai masalah berkaitan bahan dan perkhidmatan perpustakaan boleh menyalurkannya kepada Pustakawan dengan menggunakan sistem yang ada. Maklumat ini disimpan oleh sistem perpustakaan dan setelah dianalisis, Pustakawan boleh memberi nasihat atau bantuan kepada pelanggan yang menyalurkan masalah tersebut.

Pustakawan juga seharusnya meningkatkan kemahiran pengguna mencari maklumat yang semakin kompleks dan mengguna berbagai alat pencarian. Latihan hendaklah sentiasa diberi kerana dengan cara ini pengguna kurang bergantung kepada Pustakawan tetapi sebaliknya menjadikan mereka lebih bersedia untuk melakukan pembelajaran sepanjang hayat. Justeru, antara peranan perpustakaan pada hari ini ialah mempromosi dan menyokog konsep pembelajaran sepanjang hayat melalui peningkatan kemahiran mencari maklumat dan meneroka pengetahuan. Hal yang sedemikian akhirnya mendorong dan memupuk budaya inovasi yang akhirnya membantu pembangunan ekonomi (Vilks, 2008).

Pustakawan juga turut bekerjasama dengan Pustakawan dari perpustakaan lain melalui perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan bagi membantu pelanggan mendapat bahan yang tidak dimiliki oleh perpustakaan yang diguna. Dalam

model sistem perpustakaan pendidikan dalam persekitaran e-masyarakat, perkongsian data tentang perkhidmatan pendidikan melalui kerjasama rangkaian perpustakaan boleh dikembangkan. Ini sekaligus menggalakan perkongsian sumber dan pengetahuan.

Dalam era e-masyarakat, perpustakaan dilihat memainkan peranan yang besar. Sebagai gedung pengetahuan, perpustakaan hendaklah sentiasa memikirkan cara bagaimana membolehkan maklumat dieksploitasi sepenuhnya dan pengguna atau masyarakat mendapat faedah yang maksimum tanpa menghadapi berbagai hambatan. Teknologi boleh menjadikan impian ini sebagai satu kenyataan.

Rujukan:

Minami, T. 2009. Towards Library Supported Collaborative Learning. Proceedings of International Conference on Computer Supported Education (CSEDU 2009). Lisbon: IADIS Press.

Minami, T. 2010. What Library Can do for e-society?Proceedings of the IADIS Conference. Port: IADIS Press.

Ranganatahan, S.R. 1963. The Five Laws of Library Science. 2nd ed. Bombay: Asia Publishing House

Vilks, A. 2008. The Social Role of Libraries in the Development of the Information Society and National Education Policy in Latvia. (http://www.ebaltics.com/forum 2008/Presentations/Vilks.pdf [9 April 2010].

* Prof. Madya Dr. Zawiyah M. Yusof adalah pensyarah dari Program Sains Maklumat, Fakul Teknologi dan Sains Maklumat, UKM.

Penu l i s Jempu t an

Page 15: Inspirasi bil 6/2010

INS

PIR

AS

I BIL

6 J

AN

-JU

N 2

010

15

Dengan adanya sistem ini ahli akademik tidak perlu datang ke perpustakaan untuk mendeposit bahan-bahan penulisan ilmiah kerana mereka hanya perlu memasukkan sendiri maklumat bibliografi serta salinan lembut karya ilmiah mereka ke dalam sistem. Semua jenis penerbitan seperti buku, bab dalam buku, jurnal, kertas seminar, prosiding dan lain-lain penerbitan boleh dimasukkan sendiri oleh ahli akademik.

Sistem ini adalah signifi kan dan memberi impak yang tinggi kerana maklumat hasil karya ilmiah ahli akademik UKM yang dikumpulkan itu boleh diakses melalui antaramuka web oleh bukan sahaja warga UKM malahan juga masyarakat luar secara global. Sistem ini mudah digunakan dan mesra pengguna.

e-Repositori Penerbitan juga merupakan sumber maklumat utama bagi memperoleh data mengenai penerbitan ahli akademik UKM bagi tujuan Audit Universiti Penyelidikan. Sebelum sistem ini dilaksanakan sukar untuk universiti mendapatkan jumlah penerbitan ahli akademiknya bagi tujuan Audit Universiti Penyelidikan kerana maklumat tidak berpusat dan perlu dikumpulkan dari pelbagai pusat tanggungjawab. Di samping itu, sistem ini juga boleh membantu universiti dalam urusan kenaikan pangkat ahli akademik. Pembuktian penulisan boleh dilakukan secara dalam talian sahaja.

Sistem e-Repositori Penerbitan ini dapat dilaksanakan dengan licin dan jayanya kerana mendapat kerjasama semua pihak dan sokongan padu pihak pengurusan universiti baik daripada aspek pertambahan sumber manusia seperti Pembantu Penyelidik mahupun pemberian peralatan seperti komputer, pencetak dan pengimbas.

Dalam tempoh dua tahun pelaksanaannya, kita dapat melihat sistem ini telah berjaya mengumpul hampir keseluruhan hasil karya ahli akademik UKM. e-Repositori Penerbitan telah ditambah baik dari sebuah sistem ke sebuah pangkalan data.

Art i k e l p i l i h an

Sistem e-Repositori Penerbitan Merealisasikan Hasrat Perpustakaan?

Oleh: Noraini Omar, Azmah Ishak dan Noor Farhana Mohd Saleh

Kita semua sedar bahawa UKM kini telah menjangkau usia 40 tahun penubuhannya dan telah berjaya dengan cemerlangnya melahirkan para sarjana, pakar-pakar, profesor dan para pengkaji serta ilmuan dalam pelbagai disiplin dan pengkhususan.

Dalam tempoh tersebut, sudah tentu telah banyak hasil-hasil penyelidikan, bahan-bahan ilmiah, bahan terbitan rasmi dan sebagainya oleh para akademik, cendekiawan serta warga UKM telah dihasilkan.

Seiring dengan perkembangan hasil penyelidikan warga UKM ini, Perpustakaan pula perlu memainkan peranan dalam memusaka, memelihara dan menguruskan himpunan koleksi bahan terbitan rasmi UKM dan harta intelek para akademik tersebut dan seterusnya menjadi institusi repositori yang berkesan kepada penerbitan universiti dan warganya. Peranan Perpustakaan itu juga ditekankan di dalam Pelan Strategik Perpustakaan UKM 2007- 2010: Penilaian dan Pengemaskinian, strategi yang kelima iaitu Memusakakan dan memelihara hasil karya warga UKM bagi memajukan perkhidmatan koleksi digital dan repositori institusi.

Maka dengan wujudnya sebuah sistem yang berfungsi sebagai repositori institusi, yang dinamakan Sistem e-Repositori Penerbitan, hasrat Perpustakaan untuk mengumpul dan menguruskan hasil karya ahli akademik UKM dapat direalisasikan. Walau bagaimanapun, untuk mencapai strategi kelima Pelan Strategik Perpustakaan UKM 2007-2010 dan merealisasikan peranan Perpustakaan sebagai Pengurus Maklumat Universiti, Perpustakaan perlu bekerja keras lagi untuk mendapatkan kesemua sumber maklumat universiti samada bercetak (Explicit Knowledge) dan bukan bercetak (Tacit Knowledge).

Sistem e-Repositori Penerbitan yang lebih dikenali sebagai e-Rep telah dibangunkan pada tahun 2007 hasil usaha Pusat Teknologi Maklumat UKM dengan kerjasama yang diberikan oleh Perpustakaan. Sistem ini kemudiannya diserahkan kepada Perpustakaan untuk tujuan pelaksanaan pada April 2008 dan seterusnya telah digunakan secara meluas oleh para ahli akademik.

Sistem ini mudah diakses dan diguna pakai oleh ahli akademik kerana ianya dipautkan dengan Sistem Penilaian Prestasi Universiti dan boleh diakses di alamat http://smk3.ukm.my/epenerbitan/ dengan menggunakan katalaluan sepertimana dalam Sistem e-warga.

Page 16: Inspirasi bil 6/2010

INS

PIR

AS

I BIL

6 J

AN

-JU

N 2

010

16

Pengurusan Kualiti Di Perpustakaan UKM

Oleh: Hafsah Mohd

Penekanan kepada aspek kualiti amat penting bagi menentukan kejayaan berterusan dalam apa jua perkara yang dilakukan baik secara individu mahu pun berkumpulan.

Pengurusan tertinggi UKM amat mementingkan kualiti terutamanya hal-hal berkaitan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan. Sehubungan dengan itu, mulai tahun 2007, Ketua Pengurus Kualiti (KPK) telah dilantik bagi setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UKM. KPK bertanggungjawab memastikan aktiviti-aktiviti kualiti dijalankan dengan sempurna di PTJ masing-masing. Pusat Perancangan dan Komunikasi Korporat (PPKK) adalah bertanggungjawab memantau dan memastikan aktiviti kualiti dijalankan oleh semua PTJ. PPKK mengadakan mesyuarat KPK dua kali setahun di mana laporan aktiviti kualiti di setiap PTJ dibentangkan dan semua permasalahan berkaitan kualiti dibincangkan.

Pengurusan kualiti Perpustakaan UKM adalah di bawah tanggungjawab Ketua Pengurus Kualiti dengan kerjasama semua ketua Bahagian dan Cabang. Perpustakaan tidak mempunyai jawatankuasa tetap yang menguruskan hal-hal berkaitan kualiti. Segala isu/permasalahan berkaitan kualiti akan dibincangkan dalam Mesyuarat Ketua Bahagian/Cabang Perpustakaan yang diadakan tiga bulan sekali. Laporan maklumbalas/aduan pelanggan dan Laporan Latihan Kakitangan adalah di antara agenda tetap di dalam mesyuarat tersebut. Laporan aktiviti kualiti di bahagian/cabang dimasukkan ke dalam Laporan Aktiviti Kualiti Perpustakaan UKM dan Laporan Tahunan Bahagian/Cabang. Di antara aspek pengurusan kualiti di Perpustakaan UKM adalah seperti berikut:

1. Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ISO9001:2000/8

Perpustakaan UKM telah memperolehi sijil ISO 9001:2000 yang pertama dari SIRIM QAS Sdn. Bhd. pada tahun 2004, kedua pada tahun 2007 dan ketiga akan diperolehi pada tahun 2010. Bagi tahun 2010, sijil bertukar kepada versi ISO 9001:2008. Audit dalam dijalankan sekali setahun dan auditor terdiri daripada Pustakawan UKM dan beberapa auditor luar Perpustakaan.

2. Latihan berkaitan kualitiPerpustakaan sentiasa menggalakkan warganya (tertakluk kepada peruntukan latihan) untuk menghadiri kursus/latihan/bengkel berkaitan kualiti yang dianjurkan di dalam atau luar UKM. Di antara kursus yang telah dihadiri oleh warga Perpustakaan ialah Pengenalan dan Pemantapan ISO, Pengenalan

dan Pemantapan Audit Dalaman, Bengkel 5S, dan Kursus KPI.

3. Kumpulan QIT dan KIKPerpustakaan amat mementingkan semangat kerja berpasukan di kalangan warganya. Bagi tujuan itu, empat pasukan QIT (Quality Improvement Team) telah ditubuhkan dan ahli-ahliya terdiri daripada Pustakawan. Bagi KIK pula terdapat lebih dari 10 pasukan KIK (Kumpulan Inovatif dan Kreatif) di mana majoriti ahlinya terdiri daripada Kakitangan Am dan disertai oleh beberapa orang Pustakawan.

Bagi memastikan semua warga Perpustakaan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan, semua Pustakawan diwajibkan menjadi ahli QIT dan setiap Kakitangan Am diwajibkan menjadi ahli KIK. Setiap KIK akan dipantau oleh satu atau dua orang fasilitator yang kebanyakannya terdiri daripada Pustakawan. Bagi memudahkan perjalanan aktiviti KIK, pasukan KIK ditubuhkan mengikut Bahagian dan Cabang. Perpustakaan UKM mempunyai 12 Bahagian di PTSL dan 4 Cabang (PATMA, PUU, PDAL, dan PPPUKM). Dua bahagian yang kecil digabungkan untuk membentuk satu pasukan KIK, contohnya: Bahagian Pentadbiran dan Kualiti bergabung dengan Bahagian Sistem dan Teknologi Maklumat.

4. Aktiviti-aktiviti Kualiti

i. PenandaarasanPerpustakaan UKM membuat penandaarasan dengan perpustakaan di luar negara 2 tahun sekali. Setakat ini, Perpustakaan UKM telah membuat penandaarasan dengan beberapa perpustakaan di Singapura dan Thailand.Penandaarasan dengan perpustakaan di dalam negara dilakukan oleh Bahagian/Cabang mengikut keperluan semasa. Semua lawatan penandaarasan diwajibkan membuat laporan dan dimajukan kepada pihak pengurusan.

ii. Pertandingan KIKPertandingan diadakan 2 tahun sekali dan semua pasukan KIK diwajibkan menyertainya. Johan dan naib johan pertandingan akan mewakili Perpustakaan di Konvensyen KIK Peringkat UKM. Pada tahun 2010, pasukan KIK ProTag telah berjaya mendapat tempat naib johan di Konvensyen KIK Peringkat UKM dan peringkat perpustakaan se Malaysia.

Art i k e l p i l i h an

Page 17: Inspirasi bil 6/2010

INS

PIR

AS

I BIL

6 J

AN

-JU

N 2

010

17

iii. Pertandingan Pejabat BestariPertandingan ini telah diadakan buat pertama kalinya pada tahun 2009 dan ianya berkonsepkan ciri-ciri 5S. Hasil dari pertandingan ini, semua bahagian pejabat di Perpustakaan UKM menjadi lebih sistematik, kemas dan ceria. Kawasan pelanggan juga lebih berinformatif, sistematik dan ceria di bawah pengawasan Jawatankuasa Keceriaan Perpustakaan.

iv. Aktiviti tahunanPerpustakaan mengadakan beberapa aktiviti tahunan seperti Majlis Pembudayaan Ilmu, Jamuan Hari Raya, Hari Keluarga, Majlis Penghargaan Kakitangan, Bengkel/Seminar/Forum berkaitan Perpustakaan dan sebagainya. Semua aktiviti tersebut dijalankan secara bersama oleh ahli pasukan QIT dan KIK.

v. Aktiviti dalam perancanganDi antara aktiviti-aktiviti yang masih dalam perancangan ialah mengadakan Pertandingan 5S, Persembahan Projek QIT dan penekanan kepada KPI di Bahagian dan Cabang.

vi. Penambahbaikan berterusanPerpustakaan sentiasa membuat penambahbaikan dalam semua aspek terutamanya hal-hal berkaitan dengan perkhidmatan. Semua maklumbalas/aduan pelanggan diambil tindakan yang sewajarnya dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Secara keseluruhannya, pengurusan kualiti di Perpustakaan UKM adalah di tahap yang amat memuaskan. Warga Perpustakaan mempunyai semangat kerja berpasukan yang amat tinggi dan ini adalah di antara faktor penting yang membawa kepada kejayaan Perpustakaan dalam beberapa pertandingan di peringkat dalam dan luar UKM. Semoga warga Perpustakaan UKM akan terus bersatu dan komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan Perpustakaan.

Art i k e l p i l i h an

PANTUN BUDI

Yang kurik itu kundi,Yang merah itu saga,Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa.

Tingkap papan kayu bersegi,Sampan sakat di Pulau Angsa,Indah tampan kerana budi,Tinggi bangsa kerana bahasa.

Page 18: Inspirasi bil 6/2010

INS

PIR

AS

I BIL

6 J

AN

-JU

N 2

010

18

Art i k e l p i l i h an

kritikan sastera, puisi dan lain-lain. Di antara nama-nama besar ini juga ada di antaranya adalah juga merupakan penerima anugerah Sasterawan Negara oleh Kerajaan Malaysia. Senarai penuh penerima beserta jumlah karya –karya mereka adalah seperti di dalam jadual.

Di antara 31 penerima ini tujuh daripadanya juga merupakan penerima Anugerah Sasterawan Negara iaitu SN Datuk (Dr) A. Samad Said, SN Datuk Abdullah Hussein, SN Allahyarham Usman Awang, SN Allahyarham Muhammad Dahalan Abdul Biang, SN Datuk Noordin Hassan, SN Allahyarham Dr. Syed Othman Syed Omar, SN Datuk Dr. Anwar Ridhwan.Allahyarham Dr. Othman Putih mempunyai paling banyak karya dan yang ditulis mengenainya ialah sebanyak 112 tajuk, di ikuti A. Samad Said (90), Prof Madya Dr. Rahman Shaari (67) dan seterusnya.

Langkah-langkah yang tertentu perlu diambil oleh pihak perpustakaan untuk mewujudkan satu koleksi khas yang mengumpulkan hasil karya penulis ini agar dapat dimanfaatkan oleh pencinta kesusasteraan melayu dan penerima-penerima anugerah “Nobel Prize” versi ASEAN akan dikenali oleh masyarakat.

Oleh: Shahruddin Shafri

Anugerah SEA Write mungkin dianggap hadiah yang paling berprestij kepada penulis-penulis di rantau ASEAN ini. Sejak ia diasaskan pada 1979, 31 pengarang dari Malaysia dalam pelbagai genre telah diistiharkan sebagai pemenang dan telah dianugerahkan. Malaysia sendiri mencatatkan penulis-penulis mapan yang memberikan sumbangan besar kepada dunia kreatif tanah air dalam semua genre drama pentas, puisi, cerpen dan novel.

Anugerah tersebut bertujuan untuk mengangkat nama penulis sesebuah negara yang menerimanya dan pemberian anugerah itu akan menjadi pendorong kepada mereka untuk memajukan hasil kesusasteraan dan mewujudkan persefahaman antarabangsa dalam kalangan masyarakat pelbagai latar belakang sosial dan kebudayaan.

Pada peringkat awal, anugerah ini hanya diberikan kepada tokoh penulis dari Republik Indonesia, Malaysia, Republik Filipina, Republik Singapura dan negara Thai, manakala Negara Brunei Darussalam mula terlibat dalam pemberian anugerah ini pada tahun 1986 iaitu dua tahun selepas mencapai kemerdekaannya.

Setelah Laos, Kemboja, Myanmar dan Vietnam menyertai ASEAN maka pemberian anugerah ini dipanjangkan kepada negara-negara tersebut. Pemberian anugerah ini biasanya disampaikan oleh keluarga Diraja Thai di The Oriental Bangkok dalam suasana yang cukup meriah.

The Oriental Bangkok, Thai Airways International dan Italthai Company merupakan pengasas anugerah yang berprestij ini. Setiap tahun anugerah ini ditaja oleh pelbagai syarikat swasta kerana dengan penyertaan syarikat swasta ini menunjukkan sikap dan minat serta keprihatinan mereka untuk sama-sama memajukan bidang kesusasteraan bukan sahaja di peringkat nasional tetapi bagi mewujudkan perpaduan erat semangat kerjasama di kalangan negara ASEAN.

Di perpustakaan UKM sendiri, terdapat hampir 1081 naskah karya-karya penulis-penulis ini yang telah dikumpulkan melalui perolehan bahan perpustakaan. Hasil-hasil karya mereka ini adalah merupakan karya-karya perseorangan, secara berkumpulan dan di dalam pelbagai bentuk seperti karya kesusasteraan, karya novel-novel,

Karya-Karya Penulis Anugerah Sea Write Di Perpustakaan UKM

NO.

NAMA PENGARANG

NAMA PENA

TAHUN ANUGERAH

JUMLAH BUKU DI PERPUSTAKAAN

1. SN Datuk (Dr) A. Samad Said Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja,

Mesra dan Shamsir1*

1979 90

2. Datuk Baharuddin Zainal Baha Zain 1980 17 3. SN Datuk Abdullah Hussein Zamroed, 1981 75 4. SN Allahyarham Usman Awang Tongkat Warrant, 1982 47 5. Adibah Amin Sri Delima*4 1983 36 6. A.La Mohidin Abdul La Haji

Mohidin, Alma*5 1984 17

7. SN Allahyarham Muhammad Dahalan Abdul Biang

Arenawa 1985 76

8. Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah Kemala 1986 36 9. SN Datuk Noordin Hassan 1987 11

10. Azizi Haji Abdullah 1988 45 11. Dr. Si Zainon Ismail 1989 46 12. SN Allahyarham Dr. Syed Othman

Syed Omar S.Othman Kelantan

1990 39

13. Allahyarham Yahya Husin Jihaty Abadi 1991 15 14. Datuk Ismail Abbas Amil Jaya*5 1992 2 15. Allahyarham Kamaruzzaman

Abdul Kadir 1993 6

16. Prof. Dr. A. Wahab Ali 1994 15 17. Suhaimi Haji Muhammad 1995 24 18. Zaharah Nawawi 1996 28 19. Prof. Dr. Muhammad Salleh 1997 59 20. Allahyarham Dr. Othman Pu h 1998 112 21. Khadijah Hashim 1999 50 22. Dr. Lim Swee Tin 2000 20 23. Zakaria Ari n 2001 11 24. SN Datuk Dr. Anwar Ridhwan 2002 42 25. Prof. Dr. Zakaria Ali 2003 23 26. Zurinah Hassan 2004 16 27. Abdul Ghafar Ibrahim 2005 9 28. Jong Chian Lai 2006 9 29. Prof. Madya Rahman Shaari 2007 67 30. Prof. Dr. Ha a Azad Khan 2008 7 31 Azmah Nordin 2009 31

1081

Page 19: Inspirasi bil 6/2010

INS

PIR

AS

I BIL

6 J

AN

-JU

N 2

010

19

Art i k e l p i l i h an

Keliatan Jari Menulis

Pada mulanya......

Oleh: Azhari Sahamir

Sikap membaca di kalangan rakyat Malaysia masih lagi di tahap minimum apatah lagi untuk menulis. Malas, tiada masa dan banyak tugasan lain seringkali menjadi alasan yang longgar untuk kita berkarya. Di sini beberapa tips diselitkan satu-persatu. Mungkin kita tidak pernah terfi kir apatah lagi terdetik di sanubari kita tentang penyelesaian masalah kepada penulisan ini. Lupakan seketika kursus penulisan, bimbingan dan tunjuk ajar kerana kita telah menempuhnya dan masih tiada perubahan dalam diri kita untuk mula menulis. Berikut adalah beberapa dorongan untuk menulis:

1. MinatFaktor utama adalah minat. Bukan minat untuk menulis tetapi minat kepada perkara yang hendak ditulis. Contohnya fenomena yang berlaku di sekeliling kita seperti pengamatan, pengetahuan dan pengalaman untuk dijadikan bahan penulisan. Mungkin perkara seperti ini mendatangkan minat untuk kita menulis. Fikirkanlah perkara yang kita minati.

2. Tetapkan TujuanKita perlu mendefi nisikan dan menegaskan tujuan kita untuk menulis. Sebab apa kita menulis? Untuk mengembangkan ilmu, berkongsi idea, ataupun untuk meningkatkan maklumat kendiri. Setelah tujuan dan halatuju itu jelas, barulah kekuatan batiniah untuk menulis itu hadir di dalam diri penulis. Pastikanlah tujuan kita.

3. Rangsangan MotivasiMotivasi yang tinggi sebenarnya datang daripada kritikan dan komen yang membina. Dengan adanya motivasi seperti ini, semangat yang menggebu-gebu untuk menulis hadir dengan sendirinya untuk membuktikan kepada pengkritik bahawa diri ini boleh menulis dengan amat baik dan hasil penulisan yang dihasilkan boleh dimanfaatkan olah masyarakat. Sudah tiba masanya pihak atasan mengkritik dan memberi komen membina kepada kakitangan bawahan untuk mula menulis.

4. Memikirkan KeburukanApakah keburukan yang kita akan hadapi jika tidak menulis? Pernahkah kita terfi kir akan hal ini? Kadangkala kita perlu memikirkan sisi negatif diri kita dan masa depan masyarakat kita. Ilmu tidak berkembang, maklumat yang berguna rugi jika tidak dikongsi dan kemajuan tidak dapat dikecapi bersama. Fikirkanlah keburukan kepada generasi kita di masa hadapan.

5. Yakin 110%Terus yakin untuk menulis dan tidak gentar untuk menerbitkan tulisan. Jangan hiraukan ejekan, sindiran atau sesuatu kejadian buruk yang belum tentu terjadi pada hasil penulisan. Keyakinan yang ada akan membuat kita terus berkehendakkan penulisan kita lebih baik dan berusaha untuk lebih aktif, produktif, dan berinspirasi.

Gegarkanlah kesedaran diri kita untuk mula menulis, kita pasti menjadi orang yang lebih cemerlang dan berjaya. Bukan hanya berjaya menulis dengan tulisan yang berkualiti, tetapi berjaya memberi impak kepada masyarakat lain dengan hasil penulisan yang dapat memberi manfaat. Kita juga mampu memperoleh pahala yang banyak dengan ilmu yang dapat kita kongsi bersama. Bak kata Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (Pendakwah, Perunding Motivasi & Penulis), “anda buat, anda dapat’.

Page 20: Inspirasi bil 6/2010

INS

PIR

AS

I BIL

6 J

AN

-JU

N 2

010

20

kursus kemahiran maklumat, khidmat nasihat dan proses rundingcara yang penuh dengan nilai profesionalisma. Malah pustakawan memainkan peranan besar dalam memastikan karya-karya akademik dan hasil penulisan para pensyarah diterbitkan pada platform yang tepat dengan mutu penulisan tersebut. Pustakawan juga tidak segan silu lagi melibatkan diri dalam dunia pelajar dan penjawat-penjawat lain, maka lahirlah gagasan mewujudkan Pustakawan Seranta Kolej dan Pustakawan Seranta Fakulti. Malahan projek-projek khidmat masyarakat di antara pustakawan dengan masyarakat juga sedang dalam proses pelaksanaan untuk sama-sama memainkan peranan dalam menaikkan nama baik universiti.

Proses-proses ini setidaknya mengangkat imej kerjaya ini dan membuktikan bahawa pustakawan tidak hanya duduk di kaunter perpustakaan dan menanti kehadiran pelanggan. Keadaan telah berubah dan akan terus berubah, pustakawan juga telah bangun dan keluar dari kepompong mereka demi mempromosikan kepelbagaian bentuk khazanah ilmu dan maklumat yang terdapat di organisasi mereka. Jika hanya terus menanti siapakah yang tahu tentang apa yang dapat dikongsi bersama ini dan adakah ia sekadar mencukupi dengan proses pembelian atau perolehan bahan-bahan yang mahal dan yang digahkan itu tetapi terbiar sendiri di rak berbulan atau bertahun lamanya. Justeru, lahirlah perisian-perisian bersifat inisiatif para pustakawan seperti blog dan facebook untuk mempromosikan perpustakaan, bahan-bahannya dan aktiviti terkini mereka. Tidak hanya itu terdapat juga ruangan forum di kalangan pustakawan untuk membicarakan topik-topik berkaitan kerjaya mereka serta ruangan bicara buku yang acapkali kita lihat pada laman-laman web sekarang.

Walaupun usaha ini tidaklah mendatangkan impak yang besar tetapi usaha-usaha murni ini menunjukkan nilai kasih sayang para pustakawan terhadap kerjaya mereka. Rata-rata pustakawan abad ini menanti pelanggan dengan senyuman manis dan mengalu-alukan persoalan pelanggan tidak lagi seperti zaman persekolahan dahulu yang kita sedia maklum ramai yang takut dengan pengawas pusat sumber atau pustakawan ini. Setelah diri bergelar pustakawan, tersedar bahawa melalui kerjaya ini banyak proses pembelajaran yang berlaku setiap hari memandangkan pelbagai kerenah manusia yang ditemui dan hidup bergelumang dengan ilmu dan maklumat setidaknya terpalitlah juga ke dalam diri untuk terus menimba ilmu.

Art i k e l p i l i h an

Oleh : Siti Wahida Amanullah

Merenung sejenak zaman persekolahan, jawatan sebagai pengawas pusat sumber atau pustakawan menjadi antara jawatan yang paling digemari atau popular pada waktu-waktu itu. Namun, di arus perdana kini, jawatan pustakawan tidak lagi menjadi sebutan, dipandang sepi malah ramai yang masih tidak menyedari kehadiran kerjaya yang tidak kurang mulianya ini. Di manakah tercampaknya kerjaya nan satu ini? Malah jika disenaraikan pada borang jawatan kosong masih adakah terdetik di hati untuk menjadikannya sebagai satu profesion dalam kehidupan mereka.

Apakah realitinya kerjaya sebagai pustakawan itu dari kaca mata masyarakat? Merujuk kepada Answer.com, “librarian is information professional trained in library and information science, which is the organization and management of information services or materials for those with information needs. Typically, librarians work in a public or college library, an elementary or secondary school media center, a library within a business or company, or another information-provision agency like a hospital or law fi rm. Some librarians are independent entrepreneurs working as information specialists, catalogers, indexers and other professional, specialized capacities. Librarians may be categorized as a public, school, correctional, special, independent or academic librarian”. Berdasarkan kepada defi nisi tersebut, skop tugas pustakawan itu tidaklah sekadar menyusun buku, memastikan pelanggan tidak membuat bising atau mencari kesalahan pelanggan semata-mata. Malahan persoalan-persoalan tipikal seperti baju pustakawan warna apa, banyakkah buku yang disusun dalam sehari dan seangkatan dengannya menyebabkan kerjaya ini menjadi semakin sukar dijelaskan dek kerana mentaliti yang terpasak kukuh di minda masyarakat.

Memandangkan usaha menambah nilai kepada pemikiran masyarakat terhadap kerjaya ini bukanlah sesuatu yang mudah, maka di sinilah terletaknya cabaran utama para pustakawan. Bukan mudah lagi kini bergelar seorang pustakawan dengan bebanan tanggungjawab yang semakin berat demi memastikan kerjaya ini terus relevan. Keistimewaan sesebuah kerjaya itu adalah kepada tugas hakiki atau skop khusus yang hanya boleh dilakukan oleh individu yang berkecimpung dalam arena itu sahaja. Pustakawan secara jujurnya pastilah mempunyai kemahiran pengkatalogan, pengkelasan dan pengindeksan yang tidak dipunyai oleh penjawat-penjawat lain. Lebih daripada itu, pustakawan dewasa ini menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang bersifat mesra pelanggan seperti pakej maklumat,

Setelah Bergelar Pustakawan

Page 21: Inspirasi bil 6/2010

INS

PIR

AS

I BIL

6 J

AN

-JU

N 2

010

21

Oleh: Nor Asiah Hj Mohamad

Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (PATMA) telah berwajah baru dan dibuka sepenuhnya kepada pelanggan pada Mac 2010. Perpustakaan telah dinaik taraf bagi memberikan perkhidmatan yang lebih cekap dan efi syen kepada pelanggan. Perpustakaan yang dinaik taraf ini menempatkan Bahagian Perkhidmatan Pelanggan di Aras 3 iaitu merangkumi aktiviti-aktiviti perkhidmatan seperti pinjaman dan pemulangan bahan, pembayaran denda, pendaftaran keahlian dan khidmat rujukan pencarian maklumat. Manakala segala urusan pentadbiran dan pembangunan sumber yang terdiri dari Bahagian Pentadbiran, Bahagian Perolehan dan Bahagian Katalog adalah bertempat di Aras 2.

Terdapat beberapa kemudahan baru yang disediakan untuk keselesaan pelanggan seperti loker berkunci dan kemudahan Wi-Fi di Aras 3. Pihak Perpustakaan ATMA berharap agar prasarana baru ini akan dapat memberikan perkhidmatan perpustakaan yang lebih kondusif dan berkualiti kepada pelanggan khususnya di kalangan para penyelidik mahupun ahli akademik.

Beri t a da r i c abang

Oleh : Mohd Adnan Baharom

Bertarikh 19 Mei 2010, Perpustakaan Undang-Undang telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Perpustakaan Abu Yusuf Al-Khindi, Jabatan Peguam Negara di Putrajaya. Lawatan yang melibatkan seramai enam orang kakitangan PUU termasuk Ketua PUU, Pn. Rosnah Suliman turut disertai oleh lima orang kakitangan Bahagian Koleksi Asia Tenggara dan Dokumen (KAT/DOK), PTSL.

Matlamat utama lawatan penandaarasan ini dijalankan untuk melihat dan mempelajari proses pengemaskinian akta dan perundangan subsidiari yang betul dan berkesan yang telah dipraktikkan oleh perpustakaan tersebut. Lawatan ini juga dijalankan lanjutan daripada penyertaan kakitangan PUU ketika kursus Pengemaskinian Akta dan Perundangan Subsidiari yang telah dianjurkan oleh Perpustakaan Abu Yusuf Yaqub Al-Khindi pada 22 dan 23 Mac 2010 yang lepas. Hasil kursus membuktikan bahawa Perpustakaan tersebut telah menjalankan proses pengemaskinian akta dan perundangan subsidiari yang lebih tersusun dan sistematik yang boleh dipraktik dan diguna pakai oleh kakitangan PUU.

Selain daripada itu, lawatan ini juga memberi peluang untuk meninjau dengan lebih dekat berkenaan perkhidmatan perpustakaan, perkembangan koleksi perundangan, bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman dengan rakan sejawat serta mengeratkan hubungan silaturahim. Secara keseluruhannya, para peserta berpuas hati dengan lawatan ini yang disifatkan berjaya mencapai matlamatnya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ketua Penolong Pengarah Kanan Perpustakaan Abu Yusuf Al-Khindi, Pn. Halijah Othman dan seluruh kakitangan perpustakaan di atas kerjasama yang telah diberikan.

Lawatan Penandaarasan ke Perpustakaan Abu Yusuf Yaqub

Al-Khindi, Jabatan Peguam Negara

Perpustakaan ATMA Berwajah Baru

Pintu utama Perpustakaan ATMA

Ruang baca untuk pelanggan

Peserta lawatan bersama Ketua Penolong Pengarah Kanan Perpustakaan Abu Yusuf Al-Khindi

Page 22: Inspirasi bil 6/2010

INS

PIR

AS

I BIL

6 J

AN

-JU

N 2

010

22

Oleh : Azlan Mohamad Hamzah

Bahan-bahan perpustakaan dalam bidang perubatan dan kesihatan merupakan sumber maklumat yang khusus dan penting bagi penyediaan perkhidmatan maklumat yang baik dan berkesan kepada pelanggan. Bagi tujuan mengakses bahan dengan mudah dan berkesan, bahan-bahan ini perlu dikelaskan menggunakan skim pengkelasan yang mengikut piawaian dan mudah difahami. Sehubungan dengan itu, Perpustakaan PPUKM telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Bengkel Pengkatalogan Asas National Library of Medicine (NLM) yang julung kali dianjurkan pada 30 dan 31 Mac 2010 di Perpustakaan PPUKM.

Bengkel ini telah mendapat sambutan menggalakkan dari peserta yang terdiri daripada Pustakawan dan Pembantu Perpustakaan Perubatan seluruh Malaysia antaranya dari Perpustakaan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), UniKL dan Universiti Malaysia Sabah.

Penceramah terdiri daripada Pustakawan UKM iaitu Cik Noraini Mat Ali dan Encik Azhari Sahamir serta dibantu oleh fasilitator Cik Mariati Embong dan Encik Azlan Mohamad Hamzah.

Bengkel ini menjurus kepada perkongsian pengalaman mengenai kaedah penggunaan Medical Subject Headings (MESH) dan NLM di Perpustakaan. Penceramah telah berkongsi kaedah dan faedah penggunaan MESH dan NLM di Perpustakaan PPUKM sejak perpustakaan ditubuhkan. Di samping itu, bengkel menekankan penerapan budaya kualiti dalam tugas-tugas pengkatalogan dan pengkelasan mengikut piawaian antarabangsa demi kepentingan pelanggan.

Secara keseluruhannya, bengkel ini berjaya memupuk budaya perkongsian dan pengembangan ilmu terutamanya ilmu pengkatalogan bahan perubatan kepada para peserta dan menambah keyakinan dalam penggunaan kaedah pengkatalogan dan pengkelasan NLM di Perpustakaan masing-masing.

Beri t a da r i c abang

Oleh : Azlan Mohamad Hamzah

Amalan kebersihan memang dituntut oleh masyarakat dan juga agama. Setiap masa kita dituntut agar sentiasa menjaga kebersihan di mana jua kita berada bagi menjelmakan sikap dan budaya yang mulia. Begitulah antara yang diterapkan dalam Amalan 5S iaitu Seiri, Seiton, Seison, Seiketsu dan Shitsuke atau Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Sehubungan itu, Perpustakaan PPUKM mengorak langkah dengan mengamalkan program Amalan 5S secara lebih komprehensif dan tersusun.

Program Amalan 5S Perpustakaan PPUKM bermula sejak tahun 2008 dan antara jabatan yang disenaraikan dalam program Amalan 5S PPUKM fasa dua. Ia bermula dengan perlantikan dua orang fasilitator. Seterusnya, kakitangan menghadiri taklimat Kesedaran Amalan 5S bagi memperolehi kefahaman dalam Amalan 5S. Setelah itu, Perpustakaan menubuhkan dua zon iaitu Zon Spine dan Nadi bagi menjalankan aktiviti ini.

Di samping itu, pelbagai aktiviti gotong-royong diadakan bagi menjayakan Amalan 5S ini seperti aktiviti sisih, susun dan sapu, mewujudkan fail 5S, sudut 5S, melantik Pegawai Bertanggungjawab, dan menetapkan “Key Performance Indicator” (KPI) bagi setiap zon. Beberapa siri lawatan penandaarasan juga diadakan antaranya lawatan ke Majlis Bandar Raya Shah Alam, dan Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MACGDI).

Perpustakaan telah melalui beberapa siri audit 5S iaitu Audit Dalaman, Pra Audit 5S dan pada 20 Mei 2010 yang lalu Perpustakaan PPUKM telah melepasi Audit oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia dan berjaya mendapat sijil Amalan 5S.

Sesungguhnya, program Amalan 5S telah membawa faedah dan kesan yang banyak kepada Perpustakaan PPUKM, antaranya membentuk kerja yang lebih tersusun, mudah mendapatkan fail, dan persekitaran yang bersih. Justeru itu, kakitangan perlu sentiasa memberikan komitmen dan mengamalkan falsafah dan Amalan 5S secara berterusan bagi mewujudkan budaya dan persekitaran kerja berkualiti di Perpustakaan.

Bengkel Asas National Library of Medicine (NLM) Pertingkat Kemahiran

Pengkatalogan Bahan Perubatan

Program 5S Terap Amalan Cintakan Kebersihan dan Kerja Berkualiti

Page 23: Inspirasi bil 6/2010

INS

PIR

AS

I BIL

6 J

AN

-JU

N 2

010

23

Ulasan Buku

dalam organisasi yang besar dan kompleks seperti perpustakaan universiti.

Antara kemahiran yang diperlukan termasuklah pengurusan masa, mesyuarat, projek, penerbitan dan penyelidikan, komunikasi, asas penyeliaan, mewujudkan rangkaian, kepimpinan dan bagaimana bekerja dalam organisasi yang besar. Dibincangkan juga secara agak komprehensif adalah kesan kewujudan pelbagai bentuk bahan terutama elektronik ke atas peranan pustakawan akademik.

Tajuk rangkaian (networking) amat menarik untuk dibaca. Dalam konteks rangkaian, pengarang menyatakan pustakawan mempunyai wajah stereotaip seorang ahli politik seperti berjabat tangan, mencium bayi dan mewujudkan rangkaian ‘kawan’ bagi memenangi pilihanraya. Pustakawan memerlukan kemahiran seorang ahli politik.

Pustakawan akademik perlu melaksanakan tranformasi dalam banyak perkara bagi memastikan kerjaya sebagai seorang pustakawan sentiasa relevan dan seiring dengan perkembangan ICT serta suasana globalisasi.

Buku ini sesuai dibaca oleh para pustakawan dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam perkhidmatan maklumat, pelajar siswazah dalam bidang sains perpustakaan dan pengurus perpustakaan akademik.

Buku ini dikarang oleh tiga orang pustakawan yang pernah bekerja di perpustakaan universiti. Mereka adalah Anne Langley, Ketua, Perpustakaan Kimia di Duke University, Edward Gray, Pustakawan Sains dan Kejuruteraan juga di Duke University dan KTL Vaughan, Pustakawan Khidmat Pelanggan di University of North Carolina.

Ulasan oleh: Abu Bakar MaidinJudul: The role of the academic librarianPengarang : Langley, Anne Penerbit: Chandos PublishingTahun: 2003ISBN: 978-184-33-4057-7Halaman: 200 m/sNo. Panggilan: Z675.U5L25 (Koleksi AM)

Buku ini pada umumnya membincangkan peningkatan kerjaya dan sumber manusia pustakawan yang berkhidmat di perpustakaan akademik seperti perpustakaan universiti. Peningkatan ini perlu dilaksanakan kerana wujudnya cabaran-cabaran seperti berikut:

i.perubahan dalam pengeluaran dan penyebaran maklumat saintifi k/ akademik.

ii.perubahan dalam pendidikan tinggi

iii.perkembangan teknologi dalam dan luar perpustakaan: -cara komunikasi antara pelanggan dan perpustakaan -wujudnya pelbagai bentuk bahan -saingan dari maklumat percuma menerusi web dari pembekal buku -teknologi semasa di tempat kerja.

Cabaran-cabaran ini memberi kesan kepada peranan pustakawan. Dalam menghadapi perubahan peranan ini, pustakawan akademik harus mempunyai kemahiran tertentu agar cabaran-cabaran dalam kerjaya dapat dihadapi dengan jayanya terutama

PANTUN BUDI

Bunga melati bunga darat,Bunga seroja di tepi kali,Hina besi kerana karat,Hina manusia tidak berbudi.

Page 24: Inspirasi bil 6/2010

INS

PIR

AS

I BIL

6 J

AN

-JU

N 2

010

24

Ulasan Buku

zaman kecilnya di Bandung, Indonesia dan kemudian dibawa ke Kemaman, Terengganu serta kontroversi berhubung hak penjagaan antara keluarga angkatnya dan Konsul Jeneral Belanda yang dikatakan mewakili ibu bapa kandungnya.

Kebahagiaan yang diharapkan melalui perkahwinan dengan Mansor Adabi rupa-rupanya membawa kepada penderitaan berpanjangan kepada Natrah apabila keluarga kandungnya memperhebatkan usaha membawa balik ke Belanda.

Bagi yang mengikuti kisah sedih Natrah, sudah tentu mengetahui penghujungnya, tetapi yang menarik ialah penyelidikan penulis buku membongkar kisah yang berlaku ketika itu, termasuk ada pertubuhan tertentu yang mendesak ibubapa Natrah mengambil balik anak mereka walaupun mereka sebenarnya dikatakan tidak begitu berminat.

Bagaimanapun, buku ini bukan hanya mengisahkan perjalanan hidup Natrah dan watak sekelilingnya hingga akhir hayat, penulis juga secara panjang lebar membicarakan rusuhan orang Melayu di Singapura terhadap penjajah Inggeris yang dilihat berat sebelah dan bersekongkol hingga menyebabkan Natrah dibawa balik ke Belanda.

Rusuhan itu dilihat sebagai kebangkitan orang Melayu untuk membela Islam dan iman Natrah sebagai saudara seagama. Menarik apabila penulis menyatakan orang Melayu boleh mengenepikan perbezaan mereka, termasuk fahaman politik untuk bersatu dalam isu itu.

Natrah sudah tiada lagi. Mansor Adabi juga sudah kembali ke rahmatullah. Begitu juga dengan kebanyakan watak lain yang penting dalam tragedi itu. Kesempatan penulis menemui watak penting dalam tragedi ini, Natrah, adalah kekuatan utama buku ini kerana pembaca mendapat maklumat daripada sumbernya dan bukan melalui sudut pandangan orang kedua dan ketiga.

Ulasan Oleh : Zaidah SulaimanJudul : Natrah @ Nadra @ Huberdina Maria Hertogh @ Bertha : Cinta, Rusuhan, Air MataPengarang : Fatini YaacobPenerbit : UTM PressTahun : 2010ISBN : 978-983-52-0729-7Halaman : 474 m/sNo. panggilan : HV6485.S55F38 (Koleksi AM)

Kisah Natrah atau nama Belandanya, Huberdina Maria Hertogh, pertama kali ditulis oleh penulis buku ini dalam Dewan Masyarakat selama empat bulan, iaitu pada Februari, Mac, April dan Mei 1989.

Laporan itu amat menarik kerana bukan saja membawa pembaharuan dalam penulisan laporan majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), malah dalam genre media massa lain, terutama dari segi penyelidikan dan penjelajahan hingga luar negara untuk mendapatkan maklumat lengkap, terutama menemu bual Natrah sendiri.

Sehubungan itu, apabila Fatini Yaacob, menghasilkan `Natrah (1937-2009) Nadra@Huberdina Maria Hertogh@Bertha : Cinta, rusuhan, air mata, buku ini dilihat adalah versi lebih lengkap berbanding laporan asalnya dalam Dewan Masyarakat.

Sudah tentu banyak perubahan berlaku kerana buku ini diterbitkan selepas 20 tahun laporan dalam majalah itu disiarkan malah watak utama, Natrah, sendiri meninggal dunia pada 2009.

Seperti kebanyakan penulisan biografi lain, penulis memaparkan kisah hidup Natrah, bermula dengan

PANTUN BUDI

Di sana padi di sini padi,Itulah nama sawah dan bendang,Di sana budi di sini budi,Barulah sempurna bernama orang.

Page 25: Inspirasi bil 6/2010

INS

PIR

AS

I BIL

6 J

AN

-JU

N 2

010

25

Tanggal 23 Februari 2010 bertempat di Padang A UKM, berlangsung satu perlawanan bola sepak persahabatan di antara KKSP dengan FKEJ. Perlawanan yang bertujuan merapatkan ukhuwah silaturahim di kalangan warga UKM ini berakhir dengan kemenangan kepada KKSP 6-2. Insyallah mudah-mudahan usaha murni Kelab KKSP ini akan diterima oleh warga perpustakaan sebagai wadah yang dapat mengeratkan persaudaraan sesama mereka

Bagi meraikan sambutan Maulidur Rasul, Badan Dakwah dan Kerohanian KKSP turut menganjurkan majlis ilmu iaitu ceramah Al-Quran dan Sains. Ceramah yang berkisar tentang hubung kait di antara ayat-ayat al-Quran dan Sains telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Arip Kasmo. Program tersebut telah diadakan dengan jayanya pada 5 Mac 2010 bertempat di Bilik Serbaguna, Aras 2 PTSL.

Rentetan kejayaan penganjuran perlawanan bola sepak persahabatan yang lalu, Biro Sukan dan Rekreasi KKSP sekali lagi menganjurkan perlawanan tersebut dengan ALUMNI dan Pelajar UKM pada 19 Mac 2010. Perlawanan ini telah berlangsung di Padang bola sepak UKM dan telah dihadiri oleh ramai kakitangan perpustakaan dan ahli kelab. Walau bagaimanapun KKSP terpaksa akur dengan kekalahan 1-4.

Bertarikh 20 Mac 2010, Biro Sukan dan Rekreasi KKSP telah menganjurkan kejohanan ping pong terbuka kepada kakitangan Perpustakaan UKM. Kejohanan ini diadakan di Bilik Rehat Kakitangan Aras 2 PTSL.Dalam kejohanan yang bermula seawal jam 9.00 pagi, pemenang tempat pertama disandang oleh En. Bakri Abu Yazid dari Bahagian Perkhidmatan Pelanggan dan tempat kedua oleh En. Hafi z Nafi ah dari Bahagian Koleksi Media.

Ruangan KKSP

Kejohanan Ping PongPerlawanan Bola Sepak Persahabatanantara KKSP dengan ALUMNI UKM

Ceramah Maulidur RasulPerlawanan Bola Sepak Persahabatan antara KKSP dengan Fakulti

Kejuruteraan (FKEJ)

Page 26: Inspirasi bil 6/2010

INS

PIR

AS

I BIL

6 J

AN

-JU

N 2

010

26

Tanggal 30 April 2010 bertempat di Padang Futsal UKM berlangsungnya pertandingan futsal antara bahagian/cabang Perpustakaan UKM. Pertandingan yang bermula seawal jam 8.00 pagi bertujuan memupuk semangat berpasukan dan merapatkan persahabatan di kalangan warga Perpustakaan UKM. Bagi kategori lelaki, tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan Lauk FC (Katalog, Perolehan dan Arkib, Galeri & Khas), tempat kedua oleh Service United (BPP, KI, BPM dan BPPn) dan tempat ketiga oleh Timun Muda FC (PUU & PATMA). Manakala bagi kategori wanita tempat pertama oleh Kumpulan B dan tempat kedua oleh Kumpulan A.

Biro Dakwah dan Kerohanian, KKSP sekali lagi menganjurkan kesinambungan kuliah Al-Quran dan Sains siri 2 pada 21 Mei 2010 bertempat di Bilik Sanggar Ilmu, PTSL. Pada siri 2 ini, sekali lagi Prof. Madya Dr. Arip Kasmo dijemput untuk memberi ceramah

Pada 22 Mei 2010 hari Sabtu, Biro Kebajikan & Kemasyarakatan, KKSP telah menganjurkan program kemasyarakatan bersama Qariah Madrasah Ehsaniah bertempat di Batu 5, Bangi Lama. Seramai 45 orang sukarelawan turut sama menjayakan program tersebut. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah gotong-royong membersihkan kawasan sekitar madrasah, pertandingan menulis jawi, hafazan, azan, mewarna, sesi bercerita dan pertunjukan memakai tudung gaya muslimah. Kesimpulannya program tersebut telah berjaya mencapai objektifnya.

Mulai Jun 2010, program ziarah kakitangan/mantan kakitangan perpustakaan yang uzur dijalankan. Untuk permulaan KKSP telah berkunjung ke rumah En. Zahari Ismail (mantan kakitangan Bahagian Perkhidmatan Pelanggan) pada 4 Jun 2010 Jam 3 Petang. Program yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dan tanda keprihatinan pihak PTSL ini disertai oleh Pn. Hafsah Mohd (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan) dan beberapa kakitangan lain.

Ruangan KKSP

Kuliah Al-Quran dan Sains Siri 2

Perlawanan Futsal antara Bahagian/Cabang Perpustakaan UKM

Program Ziarah Kakitangan/Mantan Kakitangan Perpustakaan Yang Uzur

Program Kemasyarakatan bersama Qariah Madrasah Ehsaniah

Page 27: Inspirasi bil 6/2010

INS

PIR

AS

I BIL

6 J

AN

-JU

N 2

010

27

Beri t a Kak i t angan

Kakitangan Baru

Nama Jawatan Bhg Tarikh Lapor Diri Anis Rohaiza Rosli Pembantu Se�ausaha Pejabat

N17 (S) Program Pengurusan Perkhidmatan

1.4.2010

Shahrizal Subhi Juruteknik J17 (S) Bhg. Koleksi Media

26.4.2010

Kenaikan Pangkat

Nama Jawatan Bhg Tarikh Hazmir Hj. Zainal Pustakawan S48 BSTM 22.3.2010 Nik Salimah Nik Abdullah Pustakawan S44 Kol. Arab 23.3.2010

Pertukaran

Nama Jawatan Bhg / Jab Tarikh Mustaffakamal Abu Bakar Pembantu Perpustakaan S17 BPP

4.1.2010

Mohd Azam Dinon Pembantu Perpustakaan S17 PDAL Julaiha Aznam Pemb. Tadbir (P/O) N17 (S) BPK Sa’diah Sanad Pen. Pegawai Perpustakaan S27 Jurnal Abd. Razak Khalid Pembantu Perpustakaan S22 BPP Norlaili Mohd Salleh Pembantu Perpustakaan S22 BPP Mohd Hamka Md. Nasir Pembantu Perpustakaan S17 KAT/DOK Mohd Rosli Mohd Khalid Pembantu Perpustakaan S17 Katalog Muhammad Farid Zainal Azman

Pembantu Perpustakaan S27 BSTM

Takziah (Anggota Keluarga Yang Telah Kembali ke Rahmatullah) Bil. Nama Bahagian Tarikh 1. Hamudah Hashim (Bonda) Bahagian Perkhidmatan Pelanggan 6 Januari 2010

2. Muhamad Rathi Karsan

(Ayahanda)

Perpustakaan Undang-Undang 20 Januari 2010

3. Lokman Mohamed (Ayahanda) Bahagian Pengurusan Jurnal & Jilidan 14 Februari 2010

4. Razali Suban (Bonda) Perpustakaan Dr. Abdul La�ff 10 Mac 2010

5. Rusiah Husin (Ayahanda) Perpustakaan Alam & Tamadun

Melayu

10 Mac 2010

6. Norliah Sukarno (Bonda) Perpustakaan Undang-Undang 8 Mei 2010

Kelahiran Cahayamata Bil. Nama Bahagian Tarikh 1. Nona Zurena Masenwat Perpustakaan Pusat Perubatan UKM 7 Februari 2010

(Anak pertama) 2. Surimah Zakaria Affi Perpustakaan Pusat Perubatan UKM 2 Mac 2010

(Anak ke-2) 3. Mohd Affandi Hj Mohd Hashim Perpustakaan Pusat Perubatan UKM 6 April 2010

(Anak ke-2) 4. Shamsudin Ibrahim Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan 8 April 2010

(Anak ke-2) 5. Mohd Fadzaruddin Haniff

Mohd Rohani

Perpustakaan Dr. Abdul La�ff 30 April 2010 (Anak pertama)

6. Azlan Mohamad Hamzah Perpustakaan Pusat Perubatan UKM 10 Mei 2010 (Anak ke-3)

7. Hazlinah Ramlee Bahagian Perkhidmatan Maklumat 20 Mei 2010 (Anak ke-3)

8. Zulkifli A. Bakar Bahagian Arkib, Galeri dan Khas 4 Jun 2010 (Anak Ke-2)

9. Ruzini Rukaman Perpustakaan Dr. Abdul La�ff 28 Jun 2010 (Anak ke-2)

10. Muhammad Farid Zainal

Azman

Bahagian Sistem dan Teknologi

Maklumat

11 Jun 2010 (Anak pertama)

Perkahwinan Bil. Nama Bahagian Tarikh 1. Mohamad Faliq Mohamad

Rathi

Bahagian Pengurusan Jurnal & Jilidan 27 Mac 2010

2. Mohd Hanif Zainal Bahagian Katalog 23 Mei 2010

3 Mohd Zukhairi Abdullah Perpustakaan Undang-Undang 19 Jun 2010

4.1.20104.1.20104.1.20104.1.2010

4.1.20104.1.20104.1.20104.1.2010

Page 28: Inspirasi bil 6/2010

INS

PIR

AS

I BIL

6 J

AN

-JU

N 2

010

28

Perhimpunan Bulanan Perpustakaan 2010 8 Mac 2010

Perhimpunan Bulanan Perpustakaan 2010 9 Jun 2010

Beri t a Bergamba r

Kumpulan koir Perpustakaan UKM menyanyikan lagu Negaraku & Varsiti Kita

Antara Pegawai & kakitangan Perpustakaan UKM yang menghadiri perhimpunan di Dataran Perpustakaan

Amanat Ketua Pustakawan kepada kakitangan perpustakaan