individu boleh menjadi radikal? - rrg.sg · ialah umat islam kini ditindas, negara barat musuh yang...

1
mad Mengapa individu boleh menjadi RADIKAL? S: Apakah antara punca pengaruh radikal sendiri? Dalam kes di mana individu menjadi radikal secara sendiri, ramai terdorong oleh keinginan menjadi Mus- lim yang lebih baik. Malah, dalam kalangan anggota kumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI) yang ditahan pihak berkuasa, ra- mai yang melafazkan keutamaan mereka kepada aga- ma. Ini memberi petunjuk bahawa ramai anggota JI dan mereka yang radikal sendiri mempunyai kekosongan dalam diri dan ingin memenuhi kekosongan itu de- ngan unsur-unsur kerohanian seperti agama dan ama- lan agama. Namun, akibat pemahaman agama yang cetek ser- ta keghairahan merasakan kepuasan rohani secepat mungkin, ada yang terpesong oleh fahaman radikal yang kemudiannya membawa kepada keganasan. Perlu difahami radikal sendiri tidak semestinya menuju kepada perbuatan ganas. S: Apakah tanda seseorang itu dipengaruhi faha- man radikal? Dalam hal ini terdapat dua jenis individu radikal sendiri. E Radikal tetapi tidak ganas: Individu sedemikian terpengaruh atau tersentuh oleh apa yang dilihat, diba- ca atau ditonton. Individu ini tidak semestinya bersifat ganas. Perubahan dalam kelakuannya boleh dilihat me- nerusi tanda-tanda nyata seperti mempunyai pendiri- an tegar, sering menyendiri, amat kritikal terhadap pe- merintah atau pihak berkuasa, sering mengeluh ten- tang kehidupan, mempunyai sikap bermusuhan ter- hadap orang lain, kaum lain atau umat agama lain. Bagi individu sebegini adalah penting memantau kelakuannya, lebih-lebih lagi apabila ia melaksanakan perbuatan yang mencerminkan sikapnya yang radikal. Jika tidak dibantu individu sedemikian boleh terdor- ong melakukan perbuatan ganas. E Radikal-Ganas: Cara mereka dipengaruh sama iaitu setelah membaca atau menonton bahan radikal seperti video kumpulan militan, laman radikal di Inter- net. Bezanya, individu ini sedia melaksanakan perbua- tan lanjutan contohnya meninjau cara menyertai kon- flik ganas di luar negara atau cuba menghubungi ang- gota kumpulan militan di luar negara. Setelah membaca bahan radikal, mereka tidak lihat peri penting mendapatkan pandangan alternatif atau nasihat daripada asatizah bertauliah. Sebaliknya, mereka meneruskan usaha mencari pe- luang melibatkan diri dalam kegiatan ganas. Terdapat contoh, individu yang menuju ke Syria, Afghanistan dan Palestin menyertai konflik bersenjata di sana. Apakah antara sebab fahaman radikal dan ekstrem kian tersebar luas? Daripada pengalaman saya memberi kaunseling ke- pada individu radikal sendiri, terdapat beberapa fak- tor mempengaruhi mereka. E Mereka ingin menjadi umat Islam yang lebih baik. Namun, sumber maklumat mereka adalah laman kumpulan militan yang mengajukan fahaman radikal dan perbuatan ganas. Mereka tidak mendapatkan bimbingan daripada asatizah bertauliah. E Mereka merasakan keperluan melakukan se- suatu yang besar dan mulia untuk Islam. Laman kum- pulan militan dan ekstrem sering ‘memberi nasihat’ cara terbaik mendapatkan keampunan daripada dosa ialah menerusi jihad. E Kumpulan militan dan golongan ekstrem se- makin canggih dan kian bijak menggunakan Internet dan media sosial demi menarik anggota. Ini termasuk menggunakan video dan bahan ‘dokumentari’ yang menonjolkan kesengsaraan kaum yang tertindas di sesebuah kawasan konflik. Banyak laman web kumpulan militan kini lengkap dengan ciri visual, bahan grafik yang menarik per- hatian serta menyentuh perasaan. Tidak kurang juga yang menawarkan ruang sem- bang, serta menyelitkan mesej ganas dalam muzik hip hop. Mesej yang sering diketengahkan laman militan ialah umat Islam kini ditindas, negara Barat musuh yang perlu ditewaskan dan jihad bersenjata adalah satu tanggungjawab dan kewajipan agama. Dalam menangani penularan fahaman radikal dan ekstrem di sini, pelbagai usaha merentas banyak pihak pemerintah, masyarakat dan individu telah dilaksana. Penemuan rangkaian JI, pendedahan rancangan ga- nas seperti mengebom stesen MRT Yishun dan pe- nangkapan anggota JI, menunjukkan betapa serius pengaruh kumpulan sedemikian. Kes individu radikal sendiri seperti Abdul Basheer Abdul Kader, yang ditahan semula di bawah Akta Ke- selamatan Dalam Negeri (ISA) kerana merancang ke- giatan militan di beberapa negara seperti Afghanistan, Iraq, Palestin dan Syria, menunjukkan rakyat Singapu- ra tidak terkecuali daripada pengaruh radikal. Apakah cabaran menangani individu radikal? Hakikatnya, usaha mengesan individu radikal amat sukar. Lazimnya pengesanan dibuat setelah individu melaksanakan ideanya dalam bentuk perbuatan. Ma- langnya apabila tindakan dilaksana, pengaruh radikal sudah terpahat dalam sistem kepercayaan mereka dan mengubah gaya hidup mereka. Ini menjadikan usaha pemulihan lebih sukar dan mencabar. Masalah pengaruh radikal juga rumit dan usaha menanganinya memerlukan kepakaran dalam pel- bagai bidang seperti teknologi maklumat, psikologi, kaunseling, undang-undang, risikan dan penguatkua- saan. Apakah usaha yang perlu dilaksana bagi menanga- ni penularan fahaman radikal? Dalam hal ini, pencegahan lebih baik daripada pemulihan atau rawatan. Lebih banyak usaha perlu dilaksana bagi mende- kati dan mendidik golongan muda tentang bahaya fa- haman radikal. Program pendekatan dan pendidikan juga perlu – merentas setiap lapisan masyarakat – dari sekolah rendah hingga ke institusi pengajian dewasa. Bimbingan agama oleh asatizah bertauliah juga penting. E Lebih banyak kajian perlu dilaksana untuk me- mahami punca dan kesan pengaruh radikal terhadap individu. Menerusi kajian lebih banyak program dapat dihasilkan sebagai usaha pencegahan mahupun pemuli- han. E Usaha mencegah fahaman radikal juga merupa- kan tanggungjawab semua, bukan hanya pemerintah dan asatizah. E Manfaatkan teknologi bagi mengenal pasti dan mencegah penularan laman web yang menggalak faha- man ganas, radikal dan ekstrem. E Manfaatkan teknologi, media sosial demi meng- galak persefahaman antara kaum dan agama serta membidas fahaman radikal. ISU INDIVIDU RADIKAL SENDIRI Zamil penyelidik Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Ustaz Dr Mohamed Ali, berkhidmat secara sukarela bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan bagi memberi kaunseling kepada anggota kumpulan militan Jemaah Islamiyah yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Beliau juga memberi kaunseling kepada individu radikal sendiri yang ditahan pihak berkuasa. Dalam temu ramah, beliau berkongsi pengamatan tentang punca pengaruh radikal serta antara tanda mengesan individu yang menjadi radikal secara sendiri. KES-KES INDIVIDU RADIKAL ADLI YASHIR KUCHIT [email protected] E Haja Fakkurudeen Usman Ali, 37 tahun, seorang pengurus pasar raya dan bekas warga India yang mendapat kerakyatan Singapura pada 2008, sedang disiasat pihak berkuasa kerana disyaki merancang menyertai konflik ganas di Syria. Haja dikatakan telah meninggalkan negara ini. Haja menerima sokongan daripada seorang warga India dan bekas penduduk tetap Singapura, Gul Mohamed Maracachi Maraicar, 37 tahun. E Pada Disember 2013, Zakaria Rosdan, 23 tahun, dan Muhammad Khairul Sofri Osman, 29 tahun, telah diberi perintah sekatan (RO) setelah didapati terpengaruh sendiri oleh fahaman radikal. Kededua warga Singapura itu menjadi radikal selepas mencari dan mengunjungi laman-laman Internet dan video dalam talian di mana mereka diserapkan dengan ideologi ganas di tempat-tempat konflik seperti Syria. E Pada Oktober 2012, bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menjadi radikal secara sendiri, Abdul Basheer Abdul Kader, ditahan semula kerana merancang kegiatan militan di Afghanistan, Iraq, Palestin dan Syria. Akibat fahaman agama cetek, ghairah dapatkan kepuasan rohani, ramai yang terpesong fahaman radikal “Mesej yang sering diketengahkan laman militan ialah umat Islam kini ditindas, negara Barat musuh yang perlu ditewaskan dan jihad bersenjata adalah satu tanggungjawab dan kewajipan agama...” – Ustaz Dr Mohamed Ali (gambar). Tanda-tanda individu yang dipengaruhi fahaman radikal 1) Berpendirian tegar. Individu terpengaruh oleh fahaman radikal dan ekstrem contohnya negara Barat adalah musuh Islam. 2) Sering menyendiri. 3) Terlalu kritikal terhadap pemerintah atau pihak berkuasa. Ada juga yang percaya bahawa pemerintah dan pihak berkuasa adalah musuh Islam. 4) Sering mengeluh tentang kehidupan. Contohnya, merasakan umat Islam di serata dunia sering ditindas 5) Punya sikap bermusuhan terhadap orang lain, kaum lain atau umat agama lain. 6) Mencari jalan melaksanakan perbuatan radikal, seperti menghubungi anggota kumpulan militan, merancang ke luar negara untuk menyertai konflik bersenjata. Kumpulan militan manfaatkan media sosial untuk sebar pengaruh, tarik anggota dan kumpul dana 1. Kumpulan militan Yaman melancarkan laman Facebook Agensi Berita Madad, sebuah saluran propaganda tidak rasmi bagi Al-Qaeda 2. Anggota militan warga Britian di Syria gunakan aplikasi mesej Kik untuk tarik anggota 3. Briged Jund Al-Haq, kumpulan militan Syria gunakan Skype dan Facebook untuk tarik anggota baru 4. Shabaab al-Mujahideen, kumpulan militan Somalia, manfaatkan Twitter, siarkan berita terkini tentang operasinya. Sumber: SITE INTELLIGENCE GROUP 18 Berita Harian | Sabtu, 10 Mei 2014 Wacana PANDANGAN

Upload: others

Post on 02-Sep-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: individu boleh menjadi RADIKAL? - rrg.sg · ialah umat Islam kini ditindas, negara Barat musuh yang perlu ditewaskan dan jihad bersenjata adalah satu tanggungjawab dan kewajipan agama

madMengapaindividu

boleh menjadi

RADIKAL?

S: Apakah antara punca pengaruh radikal sendiri?Dalam kes di mana individu menjadi radikal secara

sendiri, ramai terdorong oleh keinginan menjadi Mus-lim yang lebih baik.

Malah, dalam kalangan anggota kumpulan militanJemaah Islamiyah (JI) yang ditahan pihak berkuasa, ra-mai yang melafazkan keutamaan mereka kepada aga-ma.

Ini memberi petunjuk bahawa ramai anggota JI danmereka yang radikal sendiri mempunyai kekosongandalam diri dan ingin memenuhi kekosongan itu de-ngan unsur-unsur kerohanian seperti agama dan ama-lan agama.

Namun, akibat pemahaman agama yang cetek ser-ta keghairahan merasakan kepuasan rohani secepatmungkin, ada yang terpesong oleh fahaman radikalyang kemudiannya membawa kepada keganasan.

Perlu difahami radikal sendiri tidak semestinyamenuju kepada perbuatan ganas.

S: Apakah tanda seseorang itu dipengaruhi faha-man radikal?

Dalam hal ini terdapat dua jenis individu radikalsendiri.

E Radikal tetapi tidak ganas: Individu sedemikianterpengaruh atau tersentuh oleh apa yang dilihat, diba-ca atau ditonton. Individu ini tidak semestinya bersifatganas. Perubahan dalam kelakuannya boleh dilihat me-nerusi tanda-tanda nyata seperti mempunyai pendiri-an tegar, sering menyendiri, amat kritikal terhadap pe-merintah atau pihak berkuasa, sering mengeluh ten-tang kehidupan, mempunyai sikap bermusuhan ter-hadap orang lain, kaum lain atau umat agama lain.

Bagi individu sebegini adalah penting memantaukelakuannya, lebih-lebih lagi apabila ia melaksanakanperbuatan yang mencerminkan sikapnya yang radikal.

Jika tidak dibantu individu sedemikian boleh terdor-ong melakukan perbuatan ganas.

E Radikal-Ganas: Cara mereka dipengaruh samaiaitu setelah membaca atau menonton bahan radikalseperti video kumpulan militan, laman radikal di Inter-net.

Bezanya, individu ini sedia melaksanakan perbua-tan lanjutan contohnya meninjau cara menyertai kon-flik ganas di luar negara atau cuba menghubungi ang-gota kumpulan militan di luar negara.

Setelah membaca bahan radikal, mereka tidak lihat

peri penting mendapatkan pandangan alternatif ataunasihat daripada asatizah bertauliah.

Sebaliknya, mereka meneruskan usaha mencari pe-luang melibatkan diri dalam kegiatan ganas. Terdapatcontoh, individu yang menuju ke Syria, Afghanistandan Palestin menyertai konflik bersenjata di sana.

Apakah antara sebab fahaman radikal dan ekstremkian tersebar luas?

Daripada pengalaman saya memberi kaunseling ke-pada individu radikal sendiri, terdapat beberapa fak-tor mempengaruhi mereka.

E Mereka ingin menjadi umat Islam yang lebihbaik. Namun, sumber maklumat mereka adalah lamankumpulan militan yang mengajukan fahaman radikaldan perbuatan ganas. Mereka tidak mendapatkanbimbingan daripada asatizah bertauliah.

E Mereka merasakan keperluan melakukan se-suatu yang besar dan mulia untuk Islam. Laman kum-pulan militan dan ekstrem sering ‘memberi nasihat’cara terbaik mendapatkan keampunan daripada dosaialah menerusi jihad.

E Kumpulan militan dan golongan ekstrem se-makin canggih dan kian bijak menggunakan Internetdan media sosial demi menarik anggota. Ini termasukmenggunakan video dan bahan ‘dokumentari’ yangmenonjolkan kesengsaraan kaum yang tertindas disesebuah kawasan konflik.

Banyak laman web kumpulan militan kini lengkapdengan ciri visual, bahan grafik yang menarik per-hatian serta menyentuh perasaan.

Tidak kurang juga yang menawarkan ruang sem-bang, serta menyelitkan mesej ganas dalam muzik hiphop.

Mesej yang sering diketengahkan laman militanialah umat Islam kini ditindas, negara Barat musuhyang perlu ditewaskan dan jihad bersenjata adalahsatu tanggungjawab dan kewajipan agama.

Dalam menangani penularan fahaman radikal danekstrem di sini, pelbagai usaha merentas banyak pihakpemerintah, masyarakat dan individu telah dilaksana.

Penemuan rangkaian JI, pendedahan rancangan ga-nas seperti mengebom stesen MRT Yishun dan pe-nangkapan anggota JI, menunjukkan betapa seriuspengaruh kumpulan sedemikian.

Kes individu radikal sendiri seperti Abdul Basheer

Abdul Kader, yang ditahan semula di bawah Akta Ke-selamatan Dalam Negeri (ISA) kerana merancang ke-giatan militan di beberapa negara seperti Afghanistan,Iraq, Palestin dan Syria, menunjukkan rakyat Singapu-ra tidak terkecuali daripada pengaruh radikal.

Apakah cabaran menangani individu radikal?Hakikatnya, usaha mengesan individu radikal amat

sukar. Lazimnya pengesanan dibuat setelah individumelaksanakan ideanya dalam bentuk perbuatan. Ma-langnya apabila tindakan dilaksana, pengaruh radikalsudah terpahat dalam sistem kepercayaan mereka danmengubah gaya hidup mereka.

Ini menjadikan usaha pemulihan lebih sukar danmencabar.

Masalah pengaruh radikal juga rumit dan usahamenanganinya memerlukan kepakaran dalam pel-bagai bidang seperti teknologi maklumat, psikologi,kaunseling, undang-undang, risikan dan penguatkua-saan.

Apakah usaha yang perlu dilaksana bagi menanga-ni penularan fahaman radikal?

Dalam hal ini, pencegahan lebih baik daripadapemulihan atau rawatan.

Lebih banyak usaha perlu dilaksana bagi mende-kati dan mendidik golongan muda tentang bahaya fa-haman radikal.

Program pendekatan dan pendidikan juga perlu –merentas setiap lapisan masyarakat – dari sekolahrendah hingga ke institusi pengajian dewasa.

Bimbingan agama oleh asatizah bertauliah jugapenting.

E Lebih banyak kajian perlu dilaksana untuk me-mahami punca dan kesan pengaruh radikal terhadapindividu. Menerusi kajian lebih banyak program dapatdihasilkan sebagai usaha pencegahan mahupun pemuli-han.

E Usaha mencegah fahaman radikal juga merupa-kan tanggungjawab semua, bukan hanya pemerintahdan asatizah.

E Manfaatkan teknologi bagi mengenal pasti danmencegah penularan laman web yang menggalak faha-man ganas, radikal dan ekstrem.

E Manfaatkan teknologi, media sosial demi meng-galak persefahaman antara kaum dan agama sertamembidas fahaman radikal.

ISU INDIVIDU RADIKAL SENDIRI

Zamil penyelidik Sekolah PengajianAntarabangsa S. Rajaratnam (RSIS),Universiti Teknologi Nanyang (NTU),Ustaz Dr Mohamed Ali, berkhidmatsecara sukarela bersama KumpulanPemulihan Keagamaan bagi memberikaunseling kepada anggota kumpulan

militan Jemaah Islamiyah yang ditahan di bawah AktaKeselamatan Dalam Negeri. Beliau juga memberikaunseling kepada individu radikal sendiri yangditahan pihak berkuasa. Dalam temu ramah, beliauberkongsi pengamatan tentang punca pengaruh radikalserta antara tanda mengesan individu yang menjadiradikal secara sendiri.

KES-KES INDIVIDU RADIKAL

ADLI YASHIR [email protected]

E Haja Fakkurudeen Usman Ali, 37tahun, seorang pengurus pasar rayadan bekas warga India yang mendapatkerakyatan Singapura pada 2008,sedang disiasat pihak berkuasa keranadisyaki merancang menyertai konflikganas di Syria. Haja dikatakan telahmeninggalkan negara ini. Hajamenerima sokongan daripada seorangwarga India dan bekas penduduk tetapSingapura, Gul Mohamed MaracachiMaraicar, 37 tahun.

E Pada Disember 2013, ZakariaRosdan, 23 tahun, dan MuhammadKhairul Sofri Osman, 29 tahun, telahdiberi perintah sekatan (RO) setelahdidapati terpengaruh sendiri olehfahaman radikal. Kededua wargaSingapura itu menjadi radikal selepasmencari dan mengunjungi laman-lamanInternet dan video dalam talian di manamereka diserapkan dengan ideologiganas di tempat-tempat konflik sepertiSyria.

E Pada Oktober 2012, bekas tahananAkta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)yang menjadi radikal secara sendiri,Abdul Basheer Abdul Kader, ditahansemula kerana merancang kegiatanmilitan di Afghanistan, Iraq, Palestindan Syria.

Akibat fahaman agama cetek,ghairah dapatkan kepuasan

rohani, ramai yang terpesongfahaman radikal

“Mesej yang seringdiketengahkanlaman militan ialahumat Islam kiniditindas, negaraBarat musuh yang

perlu ditewaskan dan jihadbersenjata adalah satutanggungjawab dankewajipan agama...”– Ustaz Dr Mohamed Ali (gambar).

Tanda-tanda individu yang dipengaruhi fahaman radikal1) Berpendirian tegar. Individu terpengaruh oleh fahaman radikal dan ekstrem contohnya negara Barat adalah musuh Islam.

2) Sering menyendiri.

3) Terlalu kritikal terhadap pemerintah atau pihak berkuasa. Ada juga yang percaya bahawa pemerintah dan pihak berkuasa adalah musuh Islam.

4) Sering mengeluh tentang kehidupan. Contohnya, merasakan umat Islam di serata dunia sering ditindas

5) Punya sikap bermusuhan terhadap orang lain, kaum lain atau umat agama lain.

6) Mencari jalan melaksanakan perbuatan radikal, seperti menghubungi anggota kumpulan militan, merancang ke luar negara untuk menyertai konflik bersenjata.

Kumpulan militan manfaatkan media sosial untuk sebar pengaruh, tarik anggota dan kumpul dana

1. Kumpulan militan Yaman melancarkan laman Facebook Agensi Berita Madad, sebuah saluran propaganda tidak rasmi bagi Al-Qaeda

2. Anggota militan warga Britian di Syria gunakan aplikasi mesej Kik untuk tarik anggota

3. Briged Jund Al-Haq, kumpulan militan Syria gunakan Skype dan Facebook untuk tarik anggota baru

4. Shabaab al-Mujahideen, kumpulan militan Somalia, manfaatkan Twitter, siarkan berita terkini tentang operasinya.

Sumber: SITE INTELLIGENCE GROUP

18 Berita Harian | Sabtu, 10 Mei 2014

Wacana PANDANGAN