kegagalan gerakan bersenjata parti komunis malaya … · 2016. 3. 30. · kegagalan gerakan...

18
KEGAGALAN GERAKAN BERSENJATA PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM), 1948-1960: SATU ANALISIS HoHuiLing' Pendahuluan Pengaruh komunis telah dikesan di Malaysia atau lebih dikenali sebagai Tanah Melayu ketika itu pada awal tahun 1920-an. Komunis bergerak melalui cawangan Kuomintang (KMT), pertubuhan khasnya kesatuan sekerja, sekolah dan penerbitan. Pergerakan komunis menjadi lebih rancak dan tersusun dengan pembentukan Parti Komunis Malaya (PKM) pada April 1930 yang bermatlamatkan penubuhan sebuah kerajaan komunis di Tanah Melayu yang dikenali sebagai Republik Rakyat Malaya. Gerakan komunis mencapai kemuncak pada Jun 1948 berikutan PKM memulakan siri keganasan dan kekerasan di negeri-negeri Melayu bagi merealisasikan perjuangan komunis. Dengan itu, bermulalah tahap pertama gerakan bersenjata PKM di Tanah Melayu. Kekacauan yang ditimbulkan oleh PKM itu menyebabkan Tanah Melayu memasuki zaman darurat di bawah Undang- undang Darurat yang diisytiharkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British Persekutuan Tanah MeJayu, Sir Edward Gent pada 16 Jun 1948. Disebalik persaingan PKM dengan pihak kerajaan dalam menguasai pentadbiran dan rakyat negara, kejayaan memihak kepada pihak kerajaan. Sementara itu, kelemahan komunis pula semakin terserlah sehingga akhimya komunis tidak lagi mampu melancarkan serangan secara besar-besaran terhadap orang awam, pasukan keselamatan dan pihak pentadbiran. Dengan itu, zaman darurat di Tanah MeJayu telah diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960. Tujuan utama perbincangan dalam artikel ini adalah untuk meneliti sebab-sebab yang menyebabkan PKM gagal dalam gerakan bersenjatanya (1948-1960). Dalam hal ini, strategi perjuangan PKM, kegagalan PKM mendapat sokongan penduduk keseluruhan, masalah kepimpinan PKM, struktur organisasi PKM, langkah-Iangkah kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dalam membanteras komunis dan pencapaian kemerdekaan oleh Tanah Melayu akan dikupas dalam artikel ini. * Dr. Ho Hui Ling ialah pensyarah kanan, labatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 79 Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

Upload: others

Post on 10-Feb-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • KEGAGALAN GERAKAN BERSENJATA PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM),

    1948-1960: SATU ANALISIS

    HoHuiLing'

    Pendahuluan

    Pengaruh komunis telah dikesan di Malaysia atau lebih dikenali sebagai Tanah Melayu ketika itu pada awal tahun 1920-an. Komunis bergerak melalui cawangan Kuomintang (KMT), pertubuhan khasnya kesatuan sekerja, sekolah dan penerbitan. Pergerakan komunis menjadi lebih rancak dan tersusun dengan pembentukan Parti Komunis Malaya (PKM) pada April 1930 yang bermatlamatkan penubuhan sebuah kerajaan komunis di Tanah Melayu yang dikenali sebagai Republik Rakyat Malaya. Gerakan komunis mencapai kemuncak pada Jun 1948 berikutan PKM memulakan siri keganasan dan kekerasan di negeri-negeri Melayu bagi merealisasikan perjuangan komunis. Dengan itu, bermulalah tahap pertama gerakan bersenjata PKM di Tanah Melayu. Kekacauan yang ditimbulkan oleh PKM itu menyebabkan Tanah Melayu memasuki zaman darurat di bawah Undang-undang Darurat yang diisytiharkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British Persekutuan Tanah MeJayu, Sir Edward Gent pada 16 Jun 1948. Disebalik persaingan PKM dengan pihak kerajaan dalam menguasai pentadbiran dan rakyat negara, kejayaan memihak kepada pihak kerajaan. Sementara itu, kelemahan komunis pula semakin terserlah sehingga akhimya komunis tidak lagi mampu melancarkan serangan secara besar-besaran terhadap orang awam, pasukan keselamatan dan pihak pentadbiran. Dengan itu, zaman darurat di Tanah MeJayu telah diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.

    Tujuan utama perbincangan dalam artikel ini adalah untuk meneliti sebab-sebab yang menyebabkan PKM gagal dalam gerakan bersenjatanya (1948-1960). Dalam hal ini, strategi perjuangan PKM, kegagalan PKM mendapat sokongan penduduk keseluruhan, masalah kepimpinan PKM, struktur organisasi PKM, langkah-Iangkah kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dalam membanteras komunis dan pencapaian kemerdekaan oleh Tanah Melayu akan dikupas dalam artikel ini.

    * Dr. Ho Hui Ling ialah pensyarah kanan, labatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

    79

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

  • MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

    Pergerakan PKM, 1930-1960

    Bukti pergerakan komunis telah dapat dikesan di Tanah Melayu sejak awal tahun 1920-an, iaitu sekitar tahun 1921 atau 1922 lagi. Pada ketika itu, pihak komunis menggunakan berbagai-bagai saluran sebagai pelindung kepada gerakan mereka dalam usaha menyebarkan pengaruh dalam kalangan penduduk, pekerja, belia dan pelajar di Tanah Melayu. Ini termasuklah sekolah, kesatuan sekerja, cawangan Kuomintang (KMT), penerbitan dan pertubuhan. Pergerakan komunis menjadi lebih rancak apabila Parti Komunis Nanyang (PKNINan-Yang Kung-Ch'an-TangISouth Seas Communist Party) ditubuhkan pada Mac 1928 yang diletakkan di bawah arahan Biro Timur lauh Comintern (Communist International) di Shanghai. PKN ditubuhkan sebagai alat Comintern untuk menyelaras, menggerak dan mengawasi pergerakan komunis di Tanah Melayu, Thailand, Burma, Annam, Indochina dan Indonesia dengan Singapura sebagai pangkalan atau pusatnya.! Namun begitu, PKN tidak berjaya mencapai matlamat seperti yang diharapkan dalam mengkoordinasikan pergerakan komunis di negara-negara tersebut. Keadaan ini akhimya mendorong pihak Comintern mengarahkan penubuhan sebuah parti baru. Perkembangan itu mendorong kepada penubuhan sebuah pertubuhan komunis yang dikenali sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) padaApril1930. Sejak itu, gerakan komunis di negeri-negeri Melayu menjadi semakin teratur dan rancak. Matlamat utama perjuangan PKM ialah untuk menguasai Tanah Melayu dengan menjadikannya sebagai Republik Rakyat Malaya.

    Di bawah PKM, komunis bergerak dalam dua aktiviti penting pada tahun 1930-an. Pertama, PKM berjaya mempergunakan keadaan kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1930-an untuk mempengaruhi golongan buruh di Tanah Melayu untuk mengadakan mogok kerja. Tindakan komunis ini bertujuan untuk menimbulkan ketidakstabilan ekonomi yang boleh menjejaskan kekuatan ekonomi dan pentadbiran British di Tanah Melayu. Dalam hal ini, PKM berjaya mempengaruhi pekerja dari hampir semua bidang, termasuklah pekerja kuari, pekerja binaan, pekerja kilang nenas, pembuat kasut, orang gaji, pekedai, pekerja kilang getah dan sesetengah pekerja di estet getah. Antara contoh mogok ialah seperti yang berlaku di Kuala Lumpur, di kalangan tukang kasut pada 30 Disember 1933 dan tukang jahit pada 8 lanuari 1934. Alasan mereka melakukan mogok ialah menuntut kenaikan gaji dan memperbaiki keadaan tempat kerja mereka.2 Selain itu, pekerja Cina di lombong besi Sri Medan, Batu Pahat, lohor, mengadakan mogok pada 26 September 1935 kerana masalah kenaikan gaji. Kadar kenaikan gaji kemudiannya dipersetujui oleh pihak pengurusan sebanyak 20%.3 Pemogokan juga berlaku di Kilang Getah Sham Yip Leung, Klang, Selangor, antara 6 lanuari 1937 hingga 15 lanuari 1937. Mogok itu berakhir setelah

    The Communist Threat To The Federation of Malaya, Kuala Lumpur: Government Press, 1959, him. 15; Ho Hui Ling, Darurat 1948·1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2004, him. 6.

    2 Keterangan lanjut, sila rujuk Monthly Review of Chinese Affairs, January 1934. him. 31, dalam e.O. 273/5961 33046IPart I, Review of Chinese Affairs.

    3 Monthly Review of Chinese Affairs, September 1935, him. 27, dalam e.O. 273/605/50055/Part I. Review of Chinese Affairs.

    80

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

  • KEGAGALAN GERAKAN BERSENJATA PART! KOMUN!S MALAYA (PKM), 1948-1960: SATU ANALIS!S

    dijanjikan peningkatan gaji dari 7.5% ke 30%.4 Dalam kejadian lain di Seremban, Negeri Sembilan, pemogokan dilakukan oleh pembuat terompah pada 1 Mei 1937. KeIja dipulihkan pada 3 Mei 1937 setelah dijanjikan kenaikan gaji 10%.5 Dipercayai kejadian mogok itu berlaku hasil hasutan daripada komunis.

    Aktiviti kedua PKM pada peringkat awal penubuhannya ialah menggunakan Perang China-Jepun yang meletus pada tahun 1937 di negara China sebagai alasan menganjurkan gerakan anti-Jepun dan memperluaskan pengaruhnya dalam kalangan penduduk Cina di Tanah Melayu. Serangan Jepun ke atas negara China pada tahun 1937 turut menaikkan semangat kebangsaan orang Cina di seberang laut, terrnasuklah di Tanah Melayu. PKM dengan segera mengeksploitasikan luapan semangat kebangsaan orang Cina untuk meluaskan pengaruhnya. PKM bukan sahaja menyokong, malah meniupkan lagi seman gat kebangsaan dengan menganjurkan dan mendalangi kempen anti-Jepun di Tanah Melayu. Antara kegiatan anti-Jepun yang dipercayai dipengaruhi oleh komunis ialah satu peristiwa yang berlaku di Melaka pada 29 November 1937 apabila seorang perempuan dicurahkan dengan tar ketika beliau meninggalkan sebuah kedai India. Ini kerana beliau dituduh membeli barang-barang Jepun dari kedai berkenaan. Pada 4 Disember 1937, sebuah born dilemparkan ke dalam auditorium panggung wayang di Fun and Frolic Amusement Park, Pulau Pinang, kerana dikatakan rombongan pelakon yang membuat persembahan itu adalah mereka yang pro-Jepun. Born itu terkena kepala seorang penonton Cina dan membunuhnya.6 Di Alor Setar, Kedah, pada 20 Julai 1938, lima beg kacang soya tiba dari Pulau Pinang ditolak kerana dipercayai adalah barangan Jepun.7

    Pada zaman Perang Dunia Kedua (1941-1945), komunis telah mencapai keIjasama dengan pihak British untuk menghalau Jepun dari Tanah Melayu. Hasil kerjasama itu telah membolehkan PKM menubuhkan Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) atau dikenali sebagai Bintang Tiga dalam usaha meluaskan pengaruh PKM dengan matlamat bagi menentang Jepun. Untuk tujuan ini, MPAJA dibahagikan kepada lapan rejimen pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Rejimen-rejimen MPAJA terdiri daripada First Independent Regiment berpusat di Selangor, Second Independent Regiment di Negeri Sembilan, Third Independent Regiment di Utara Johor, Fourth Independent Regiment di Selatan Johor, Fifth Independent Regiment di Perak, Sixth Independent Regiment di Barat Pahang, Seventh Independent Regiment Pahang Timur dan Eight Independent Regiment di Kedah. 8

    4 Monthly Review of Chinese Affairs, April 1937, hIm. lO-l2, dalam CO. 273/628/50055IPart I, Review of Chinese Affairs.

    5 Monthly Review of Chinese Affairs, May 1937, hIm. 19, dalam CO. 273/628/50055/Part II, Review of Chinese Affairs.

    6 Monthly Review of Chinese Affairs, December 1937, hIm. 10, dalam CO. 273/628/50055IPart 1I, Review of Chinese Affairs.

    7 Monthly Review of Chinese Affairs, July 1938, hIm. 10, dalam CO. 273/641/500551Part II, Review of Chinese Affairs.

    8 Keterangan lanjut, Iihat Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya: Resistance & Social Conflict During and After The Japanese Occupation, 1941-1946 (Third Edition), Singapore: Singapore University Press, 2003, him. 60-61: Ho Hui Ling, "Bintang Tiga dan Darurat di Negeri Selangor: satu Perbincangan Umum", Malawati, Jurnal Sejarah Negeri Selangor Darul Ehsan, Bi!. 4, 2001, him. 34.

    81

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

  • MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

    Jika dilihat dari kepentingan jangka panjang, PKM lebih beruntung pada pendudukan Jepun kerana bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan daripada pihak British, malahan pengalaman dan kemahiran itu kemudian digunakannya dalam gerakan bersenjata pada tahun 1948. Di samping itu, PKM menjadi lebih popular kerana penglibatannya dalam menentang tentera Jepun melalui MPAJA. Bagi orang Cina, penubuhan MPAJA telah menyediakan perlindungan kepada mereka daripada kekejaman Jepun. Dengan itu, orang Cina memberi sumbangan kepada MPAJA dengan membekalkan bahan makanan, wang, maklumat dan rekrut. Menerusinya juga, PKM berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam kalangan rakyat. Rakyat yang bencikan keganasan, kekejaman dan penderitaan akibat kedatangan Jepun mudah dieksploitasi untuk menyokong perjuangan MPAJA kerana ia bertindak sebagai penggerak utama menentang Jepun di negara ini pada ketika ituY

    Selepas Jepun menyerah kalah pad a 15 Ogos 1945 dan sebelum British Military Administration (BMA) kembali ke Tanah Melayu pada 3 September 1945, wujud kekosongan politik dan ketenteraan di Tanah Melayu. Keadaan ini telah digunakan o1eh PKM dan MPAJA untuk berkuasa di Tanah Melayu. Mereka keluar dari hutan dan melakukan penganiayaan di sana sini, dengan alasan untuk menghukum orang yang melakukan kesalahan jenayah kepada penduduk dan yang bersubahat dengan Jepun. Mereka mengadakan perbicaraan sendiri, melakukan kezaliman, membunuh ramai orang Melayu dan Cina dan mengancam seluruh penduduk. Dianggarkan MPAJA telah membunuh lebih kurang 2,542 orang Cina, Melayu, India dan lain-lain yang dianggap sebagai tali barut Jepun.1O Kezaliman tersebut memuncak kepada pergaduhan yang besar apabila orang Melayu mengambil tindak balas terhadap orang Cina di kawasan luar bandar. Pergaduhan kaum telah berlaku di kawasan-kawasan seperti Sungai Manik, Batu Kikir, sekitar Bekor dan Lenggong di Perak; Jelebu dan Padang Lebar, Negeri Sembilan; Senggarang, Kluang, Mersing dan Batu Pahat, Johor; Pekan dan Raub, Pahang; Kampung Merbok, Kedah; Kota Bharu, Kelantan serta di Alor Gajah, Melaka. 11 Pada ketika itu, komunis telah melakukan banyak kekacauan di Tanah Melayu dan kegiatan komunis itu turut menjejaskan hubungan antara kaum di Tanah Melayu.

    Bagaimanapun, MPAJA kemudian telah dibubarkan pada 1 Disember 1945 dengan persetujuan PKM setelah BMA berkuasa di Tanah Melayu. Namun demikian, kegiatan komunis masih diteruskan dengan tujuan untuk menghalau penjajah British dan membentuk sebuah republik komunis di Tanah Melayu. Untuk itu, PKM telah bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan kiri atau radikal seperti All Malayan Council of Joint Action-Pusat Tenaga Rakyat (AMCJA-PUTERA), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Malayan Democratic Union (MDU) dan New Democratic Youth League (NDYL). Mereka berusaha untuk menggagalkan rancangan politik yang diwujudkan oleh pihak British

    9 Maklumat lanjut, rujuk Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960: Keaduan Sosial di Tanah Me/ayu, him. 9-11. 10 Dato' J. J. Raj, Jr, The War Years & After, Subang Jaya: Pelanduk Publications, 2000, him. 57; SP. 1819C1225.

    Majalah Bulanan Malaya, Jilid 3, Bil. 7, 1958. hIm. 24. I I Ho Hui Ling, Darurat /948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu, hIm. 11-12; Cheah Boon Kheng, Red Star

    Over Malaya, him. 195-232.

    82

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

  • KEGAGALAN GERAKAN BERSENJATA PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM), 1948-1960: SATU ANALISIS

    selepas perang, iaitu rancangan Malayan Union, Namun demikian, dengan tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, PKM menyedari bahawa matlamat mereka telah gagal,12

    Pada mas a yang sarna, pihak komunis telah cuba mempergunakan golongan pekerja dalam gerakan mereka di Tanah Melayu, Oleh itu, pada tahun 1948, beberapa undang-undang telah diluluskan oleh kerajaan Singapura dan Tanah Melayu untuk menyekat kesatuan sekerja daripada dipergunakan oleh komunis. Antaranya, Trade Unions Ordinance No.9 of 1948 yang diluluskan pada 31 Mei 1948 dan Trade Unions (Amendments No.2) Ordinance. 1948 yang dikuatkuasakan pada 12 lun 1948. Trade Unions Ordinance No.9 of 1948 menghadkan persekutuan kesatuan sekerja kepada persekutuan kesatuan berdasarkan pemiagaan, pekerjaan dan industri yang sarna serta memastikan pemimpin dalam kesatuan sekerja tidak mempunyai rekod kesalahanjenayah seperti pemah terlibat dalam pemerasan dan ugutan. 13 Manakala, Trade Unions (Amendments No.2) Ordinance, 1948 dikuatkuasakan untuk menjamin pemimpin kesatuan sekerja adalah terdiri daripada mereka yang sarna ada pekerja bergaji di industri berkaitan atau sekurang-kurangnya orang yang mempunyai tiga tahun pengalaman dalam industri berkenaan. 14

    Tindakan kerajaan tersebut dalam mengawal kesatuan sekerja melalui pengenalan dan pindaan ordinan telah dapat menyekat dan melemahkan pergerakan komunis dalam kesatuan sekerja. Ini dapat dilihat dimana terdapat 10 buah kesatuan sekerja di negeri-negeri Melayu yang didapati adalah tidak layak didaftarkan di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan tersebut. Kesatuan itu termasuklah Persekutuan Kesatuan Sekerja Negeri Kelantan, Kesatuan Sekerja Am Terengganu, Persekutuan Kesatuan Sekerja Negeri lohor, Persekutuan Kesatuan Sekerja Negeri Melaka, Persekutuan Kesatuan Sekerja Negeri Perak, Persekutuan Kesatuan Sekerja Negeri Selangor, Persekutuan Kesatuan Sekerja Negeri Kedah, Persekutuan Kesatuan Sekerja Pahang Timur, Persekutuan Kesatuan Sekerja Pahang Barat dan Persekutuan Kesatuan Sekerja Negeri Sembilan. 15 lelasnya, dengan adanya sekatan undang-undang oleh kerajaan telah menyebabkan komunis gagal dalam mempergunakan kesatuan sekerja untuk gerakan mereka di negeri-negeri Melayu.

    12 Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu, him. 12-13. 13 Second Supplement To Federation of Malaya Government Gazette, Vol. I, No. 10, 12 June 1948, him. 850;

    Communist Banditry in Malaya·Extracts From Speeches by The High Commissioner Sir Henry Gurney, K.C.M.G., October 1948 To December 1949, Kuala Lumpur: Department of Public Relations, Federation of Malaya, tiada tahun, hIm. 2.

    14 P.R. 473/48, Amendments to Trade Union Ordinance, F. of M. Ordinances-I 948, hIm. 1-2, dalam Fail Jabatan Peguam Negara (Attorney General's Chambers), PIPEG I, Regulations Made Under The Emergency Regulations Ordinance 1948; Federation of Malaya No. 15 of 1948, dalam Malayan Union and Federal Ordinance and S.S. Enactment 1948; Alex Josey, Trade Unionism in Malaya, Singapore: Donald Moore, 1958, hIm. 41-42. Rujuk juga A Paper on The Dimensions and Nature of The Security Problem Confronting The Government of The Federation of Malaya, 16 September 1948, dalam C.O. 717/177/52849/41, Law and Order, The Squatter Problem, hIm. 110; Federation of Malaya Annual Report 1948, Kuala Lumpur: Government Press, 1949, him. 182. Lihatjuga Chronology of Important Events During The Emergency In Malaya For The Period June 1948 to 30 June 1949, him. I, dalam Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Sel. Sec. 2114/1949, Chronology of Important Events During The Emergency.

    15 The Malaya Tribune (Singapore), 14 June 1948, him. 3; Trade Union Pamphlets (Special Issue)-distributed by The Trade Union Adviser's Department, Malaya and Singapore, dalam C.O. 717/167/52849/2/1, Law and Order, Emergency Legislation, him. 48.

    83

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

  • MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

    Berikutan kegagalan tersebut, pihak komunis telah bertindak dengan lebih agresif lagi di Tanah Melayu. Komunis telah melakukan keganasan dan pembunuhan ke atas peladang dan pengusaha berbangsa Eropah di Tanah Melayu. Pada 16 lun 1948, tiga orang peladang Eropah di Sungai Siput, Perak telah menjadi mangsa pembunuhan pihak komunis. Mereka adalah Arthur Walker, pen gurus Ladang Elphil; John Allison dan pembantunya, Ian Christian dari Estet Phin Soon di Sungai SipUt. 16 Berikutnya, Sir Edward Gent selaku Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu telah mengisytiharkan Undang-undang Darurat menerusi kuatkuasa Undang-undang BMA (Essential Regulation Proclamation) pada 16 Jun 1948. Undang-undang itu kemudiannya dimansuhkan dan digantikan dengan Undang-undang Darurat (Emergency Regulation Ordinance), 1948 yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 5 lulai 1948.17 Pada 16 lun 1948, Undang-undang Darurat yang diisytiharkan hanya merangkumi kawasan Jpoh dan Sungai Siput di negeri Perak serta daerah Kluang, Muar, Kulai dan Plentong di negeri lohor. Pada 17 Jun 1948, undang-undang itu diperluaskan meliputi seluruh negeri Perak dan Johor. Seterusnya, Undang-undang Darurat dikuatkuasakan di seluruh Tanah Melayu pada 18 lun 1948. 18 Dengan itu, bermula pada 18 lun 1948, seluruh Tanah Melayu diletakkan di bawah Undang-undang Darurat sehingga undang-undang itu dimansuhkan oleh pihak berkuasa pada 31 lulai 1960.

    Walaupun Undang-undang Darurat telah dikuatkuasakan, kegiatan komunis masih berleluasa di Tanah Melayu. Setiap hari terdapat kejadian keganasan komunis yang dilaporkan berlaku di merata tempat di Tanah Melayu. Hampir setiap hari terdapat nyawa manusia yang terkorban, lebih-lebih lagi orang awam yang tidak berdosa. Dilaporkanjuga hampir setiap hari terdapat harta benda yang tidak ternilai telah musnah disebabkan komunis. Dengan itu, kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk menamatkan kehilangan nyawa, mengakhiri pertempuran dan kemusnahan serta kerosakan akibat daripada tindakan komunis.

    Antara kejahatan yang dilakukan oleh komunis ialah serangan ke atas orang awam (orang Melayu, Cina, India, Orang Asli ); membakar kampung yang menyebabkan penduduk kehilangan tempat tinggal dan harta benda; menyerang estet getah dan lombong timah; melancarkan serangan ke atas pasukan keselamatan; membunuh peladang dan

    16 MakIumat Ianjut. siIa lihat The Straits Times, 17 June 1948. him. I; The Malaya Tribune (Kuala Lumpur), 17 June 1948. hIm. I; The Malay Mail, 17 June 1948. him. 3; Nanyang Siang Pau, 17 June 1948. him. 7; 18 June 1948. him. 7; Kin Kwok Daily News, 17 June 1948, him. 4; 5 July 1954. hIm. 3. Lihat juga Dato' ].1. Raj, Jr, The War Years & After, Subang Jaya: Pelanduk Publications, 2000, him. 92; Federation of Malaya Police Monthly e.I.D. Survey of Crime For June 1948, dalam e.O. 7171175/52849/22. Law and Order, Monthly e.I.D. Survey of Crime, hIm. 193.

    17 Keterangan lanjut, lihat Federation of Malaya No. 10 of 1948, dalam EM.s. Ordinances and M.U. Ordinance. Lihat juga Fourth Supplement To Federation of'Malaya Government Gazette, I July 1948, hIm. 961-965.

    18 The Straits Times, 2 December 1989, him. 8; The Malaya Tribune (Kuala Lumpur), 24 July 1948, him. I: Second Supplement To Federation of Malaya Government Gazette, Vol. 1, No. 13,23 July 1948, him. 1153. Lihat juga Edgar O'Ballance, Malaya: The Communist Insurgent War, 1948-1960, London: Faber and Faber, 1960, him. 82; Richard Clutterbuck, The Long Long War: The Emergency in Malaya 1948-1960, London: Ca,,;el and Company Limited, 1967, hIm. 39~ 'Iuen 'Iuet Leng, Operation Ginger, Kuala Lumpur: Vinpress, 1998, him. 7; Anthony Short, In Pursuit of Mountain Rats: The Communist Insurrection in Malaya, Singapore: Cultured Lotus, 2000, him. 94.

    84

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

  • KEGAGALAN GERAKAN BERSENJATA PART! KOMUNIS MALAYA (PKM), 1948-1960: SATU ANALISIS

    pelombong Eropah serta mengganggu sistem pengangkutan dan mensabotaj kemudahan asas. Tindakan komunis itu telah mendatangkan kesusahan kepada penduduk, melemahkan kekuatan ekonomi orang perseorangan dan kerajaan British serta menimbulkan keadaan tidak tenteram di seluruh negara. Keadaan ini adalah selaras dengan cita-cita komunis untuk menghalau pihak British keluar dari Tanah Melayu dengan menimbulkan gangguan ke atas kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Seterusnya, selepas British telah keluar dari Tanah Melayu, komunis berharap akan dapat menguasai pentadbiran dan negara ini.

    Sepan jang zaman darurat dari 16 1 un 1948 hingga 31 1 ulai 1960, sejumlah 2,473 orang awam dibunuh oleh komunis dan 1,385 orang dicederakan. Di pihak pasukan keselamatan pula, sejumlah 1,865 nyawa terkorban dan 2,560 orang dicederakan. 19 Sementara itu, sejumlah 99 orang peladang Eropah dan kakitangannya menjadi mangsa keganasan komunis di Tanah Melayu pada zaman darurat. 20 Selain itu, sejak zaman darurat bermula sehingga lun 1949 (tempoh setahun), terdapat 18 serangan komunis ke atas estet yang menyebabkan 25 pekerja dan kontraktor terbunuh dan en am orang penoreh diculik oleh komunis. Manakala, dalam tempoh yang sarna, bangunan yang dirosakkan oleh komunis termasuklah 15 buah rumah kongsi, tiga buah rumah kontraktor, sembi Ian buah rumah asap, sebuah kilang estet, tiga buah bangsal dan setor, dua buah sekolah dan dua kedai di estet. 21 Sementara itu, pada tahun 1950 sahaja, bangunan yang dirosakkan oleh komunis di estet termasuk rumah asap, pejabat, kilang getah, tempat tinggal pekerja bemilai hampir $5Y2juta dan lebih kurang 300,000 pokok getah ditakik oleh komunis. 22 Dalam pada itu, di antara 1948 hingga 1956 (sembilan tahun), 80 buah lombong telah diserang oleh komunis di enam negeri iaitu Perak, Selangor, Pahang, lohor, Terengganu dan Negeri Sembilan. Dalam tempoh tersebut, 97 kali lorn bong diserang oleh komunis dan 53 orang menjadi mangsa pembunuhan dengan 56 orang dicederakan. 23 Tindakan komunis itu telah mengganggu punca pencarian rezeki penduduk Tanah Melayu dan turut melemahkan kekuatan ekonomi negara.

    Kehidupan dan pergerakan penduduk di Tanah Melayu terjejas akibat sabotaj komunis ke atas kemudahan asas. Landasan keretapi kerap kali dirosakkan dan keretapi diserang, ditembak dan dibomkan oleh komunis. Begitu juga, sabotaj ke atas kenderaan jalan sering berlaku. Keadaan ini mengancam nyawa pengguna jalan raya dan penumpang keretapi serta menjejaskan perkhidmatan sistem perhubungan di Tanah Melayu. Sejak tercetusnya pengganasan komunis pada tahun 1948 sehingga tamat darurat pada tahun

    19 The China Press, 30 July 1960. hIm. 3. 20 "Planters Killed In The Emergency". dalam e.O. 1030/IS/FEDI2/108/04, Casualties Among Rubber Planters

    In The Federation of Malaya Since The Commencement of The Emergency, hIm. 9-10; Names of European Rubber Planters Who Were Not Auxiliary Policemen Killed By Bandits Since Commencement of The Disturbances In Respect of Whom Claims Have Been Received, dalam e.O. 1022125/SEAIO/35/01, Casualties Among Rubber Planters In Malaya Since The Commencement of The Emergency, hIm. 10-11.

    21 Labour Department Negeri Sembilan, Report For June 1949, hIm. I, dalam Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, N.S. State Secretariat No. 260/49, Monthly Report For Labour Department, Negeri Sembi Ian 1949.

    22 Federation of Malaya Political Report No. 12 For December 1950, hIm. 6, dalam e.O. 825/82/1155404/3, Political Intelligence Reports, Federation of Malaya.

    23 The China Press, 9 July 1960, hIm. 10; The Straits Times, 8 July 1960, hIm. 6.

    85

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

  • MALAYSIA DAR! SEG! SEJARAH

    1960, komunis telah melakukan sebanyak 387 kali sabotaj ke atas perkhidmatan keretapi. Dalam tempoh tersebut, telah berlaku sebanyak 197 kejadian komunis menggelincirkan keretapi, 172 kali keretapi ditembak dan 19 buah stesen keretapi dirosakkan oleh komunis. Kejadian tersebut mengakibatkan 45 orang penumpang terbunuh dan 176 orang cedera. Sementara itu, 18 orang kakitangan perkhidmatan keretapi terbunuh dan 42 orang cedera dalam serangan terse but. 24

    Masalah komunis bukan sahaja mendatangkan kesusahan dan penderitaan kepada penduduk, menjejaskan perkembangan ekonomi dan pembangunan sosial, malahan ia juga meningkatkan lagi beban perbelanjaan pihak berkuasa. Ini dapat dilihat apabila pihak kerajaan British di Tanah Melayu terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar dalam mengatur dan menjalankan berbagai-bagai langkah untuk menangani masalah komunis. Dilaporkan bahawa anggaran purata kos darurat adalah berjumlah di antara $250,000 hingga $300,000 sehari pada zaman darurat. lumlah ini tidak termasuk kerosakan harta benda seperti bangunan dan kenderaan yang dilakukan oleh komunis. Sepanjang tahun 1948 hingga 1960, dianggarkan pihak kerajaan telah membelanjakan kira-kira $1,300 juta sebagai kos darurat. 25 Disebabkan masalah komunis dan darurat, jumlah perbelanjaan yang besar ini terpaksa diperuntukkan untuk tujuan mematahkan kegiatan komunis dan memulihkan keamanan di negara ini.

    Dengan itu, kerajaan bertindak mengambil pelbagai langkah untuk menangani kegiatan komunis demi memelihara kepentingan mereka di Tanah Melayu. lni kerana pihak berkuasa sedar bahawa sekiranya keselamatan dan kestabilan tidak dapat diwujudkan di Tanah Melayu, maka penduduk tidak akan menyokong mereka. Antara langkah yang diambil oleh kerajaan termasuklah menambahkan kekuatan pasukan keselamatan, menguatkuasakan peraturan pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan, memberi ganjaran kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat berkaitan komunis, mengadakan Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat, menubuhkan unit Home Guard, mengadakan kawalan makanan dan perintah berkurung, menjalankan rancangan penempatan semula, memperkuatkan kerja perisikan, memperkenalkan konsep Kawasan Putih, mengadakan Rundingan Baling dengan pihak komunis, menjalankan kempen memenangi hati dan fikiran penduduk dan sebagainya. Usaha-usaha kerajaan ini akhirnya berjaya melemahkan pergerakan komunis dan pada masa yang sarna dapat memenangi keyakinan serta sokongan penduduk kepada kerajaan. Dengan itu, penduduk memberi kerjasama kepada pihak kerajaan dalam menangani masalah komunis.

    24 S. S. Awbery and F. W. Dalley, Labour and Trade Union Organisation In The Federation oJ Malaya and Singapore, Kuala Lumpur: Government Press, 1948, him. 3-4.

    25 Kos darurat ada dinyatakan dalam Federation of Malaya Annual Report 1949, Kuala Lumpur: Government Press, 1950. him. 208; Kin Kwok Daily News, 2 April 1949, hIm. I; Indian Daily Mail, 18 February 1949, hIm. 4; 2 March 1949, him. 2; 7 June 1949, hIm. 4; 29 October 1949. hIm. I; The Straits Times, 10 November 1953. hIm. 4.

    86

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

  • KEGAGALAN GERAKAN BERSENJATA PART! KOMUNIS MALAYA (PKM), 1948-1960: SATU ANALISIS

    Faktor Kegagalan PKM Dalam Gerakan Bersenjata

    Usaha kerajaan dengan kerjasama daripada penduduk, akhirnya berjaya melemahkan perjuangan komunis dan seterusnya menamatkan zaman darurat pada 31 Julai 1960. Terdapat beberapa faktor penting yang dikenalpasti adalah penyumbang kepada kegagalan tahap pertama gerakan bersenjata komunis yang bermula pada 16 Jun 1948 dan tamat pada 31 Julai 1960.

    Penggunaan strategi kekerasan dan keganasan oleh PKM dalam pergerakannya adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada kegagalan perjuangan komunis di Tanah Melayu. Sebelum penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu, pergerakan komunis tidak begitu agresif. Mereka menggunakan kesatuan sekerja untuk mengadakan mogok dan tunjuk perasaan. 26 Komunis juga menggunakan strategi Barisan Bersatu, iaitu menyerap dalam pertubuhan belia, sekolah dan cawangan KMT bagi melebarkan lagi pengaruh mereka dalam kalangan penduduk. Namun demikian, sebaik sahaja Jepun menyerah kalah pada pertengahan Ogos 1945, MPAJA yang merupakan tulang belakang perjuangan PKM pada zaman perang telah keluar dari hutan dan melakukan kekacauan di merata-rata tempat di negeri-negeri Melayu, khasnya di Johor dan Perak,27 disamping Pahang, Selangor, Kedah dan Kelantan. Mereka masuk ke kampung, merampas barangan penduduk, menangkap penduduk yang disyaki menjadi pensubahat Jepun ketika perang dan menjatuhkan hukuman ke atas mereka. Tindakan MPAJA itu akhirnya membawa kepada berlakunya pergaduhan kaum di negeri-negeri Melayu. Dengan itu, berlaku kekacauan di Tanah Melayu yang menimbulkan kebimbangan dan ketakutan dalam kalangan penduduk.28

    Selepas Perang Dunia Kedua dan kembalinya pihak British ke Tanah Melayu, PKM mendapati bahawa perjuangan melalui strategi Barisan Bersatu sudah tidak sesuai, maka PKM memulakan gerakan bersenjata dengan menggunakan kekerasan dan keganasan untuk menggulingkan pentadbiran penjajah British, menghapuskan pengaruh politik, ekonomi dan ketenteraan British serta menggantikannya dengan penubuhan sebuah Republik Rakyat Malaya. 29 Keputusan PKM itu menyebabkan kerajaan mengisytiharkan

    26 Berita Harian, 13 September 1993, him. 20. 27 c.P. (48) 171, 1st July 1948, Memorandum By The Secretary of State For The Colonies, him. 2, dalam PREM

    8114061 Part I, Situation In Malaya. 28 Maklumat lanjut tentang pergaduhan kaum, sila lihat Cheah Boon Kheng, Komrad Bertopeng: Suatu Kajian

    Mengenai Barisan Bersatu Komunis Di Tanah Melayu 1945-48 (terjemahan Hj. Zubir Ismail), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1982, him. 24-25. Lihat juga Wan Hashim, Race Relations in Malaysia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1983, him. 42-43; Francis Loh Kok Wah, Beyond the Tin Mines, Coolies, Squatters and New Villagers in the Kinta Valley, Malaysia, c.1880-1980, Singapore: Oxford University Press, 1988, him. 64; Victor Purcell, The Memoirs of A Malayan Official, London: Cassel & Company Ltd., 1965, him. 346.

    29 Aloysius Chin, The Communist Party of Malaya: The Inside Story, Kuala Lumpur: Vinpress, 1995, him. 118. Strategi Barisan Bersatu telah digunakan oleh PKM untuk bekerjasama dengan British bagi menentang Jepun ketika zaman pendudukan Jepun. Strategi ini diteruskan selepas Jepun tewas, PKM bekerjasama dengan pertubuhan kiri/radikal seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Malayan Democratic Union (MDU), All Malayan Council of Joint Action-Pusat Tenaga Rakyat (AMCJA-PUTERA) bagi menyekat British berkuasa semula di Tanah Melayu. Namun demikian, usaha PKM ini tidak mencapai matlamatnya, iaitu PKM tidak mendapat kuasa pentadbiran dan British berkuasa semula di Tanah Melayu selepas perang sehingga kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

    87

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

  • MALAYSIA DAR I SEGI SEJARAH

    Undang-undang Darurat di Tanah Melayu. Walaupun Undang-undang Darurat telah dikuatkuasakan, kegiatan komunis masih berlaku di Tanah Melayu. Setiap hari terdapat pelbagai kejadian komunis termasuklah serangan, sabotaj, ugutan, pembunuhan dan lain-lain kegiatan keganasan komunis yang dilaporkan berlaku di merata tempat di Tanah Melayu baik terhadap orang awam, pelombong dan pekerja estet, pasukan keselamatan, mahupun peladang Eropah.30 Tindakan komunis itu telah mendatangkan gangguan kepada kehidupan penduduk, kesusahan dan kerugian kepada semua pihak di Tanah Melayu, baik masyarakat mahupun pihak pentadbiran. Keganasan dan kekejaman yang dilancarkan oleh komunis menyebabkan mereka menjadi tidak popular dalam kalangan penduduk. Malahan tindakan komunis itu menimbulkan kebencian penduduk terhadap mereka. Selain itu, pembunuhan yang dilakukan oleh komunis ke atas Pesuruhjaya Tinggi British bagi Persekutuan Tanah Melayu, Sir Henry Gurney pada 6 Oktober 1951 telah membuktikan lagi kekejaman mereka. 31

    Keadaan itu menambahkan lagi rasa kebencian orang ramai terhadap komunis. Bahkan peristiwa itu juga telah memberi perangsang kepada British untuk melipatgandakan kekuatan angkatan pertahanan dan mengambillangkah-Iangkah yang lebih tegas dalam menangani masalah komunis di Tanah Melayu.

    Faktor lain yang mempengaruhi kegagalan perjuangan PKM ialah komunis telah melepaskan satu peluang keemasan untuk menegakkan kekuasaan politik di Tanah Melayu pada tahun 1945. Selepas Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 dan sebelum ketibaan tentera Berikat (British Military AdministrationlBMA) ke Tanah Melayu pada 3 September 1945 telah wujud satu ruang kekosongan politik dan ketenteraan selama hampir tiga minggu di Tanah Melayu. Namun demikian, PKM tidak mengambil kesempatan ini untuk menubuhkan republik komunis tetapi telah menjalankan kegiatan membalas dendam serta membunuh orang yang telah bersepakat atau bekerjasama dengan pihak Jepun ketika perang. Komunis juga menyerbu kampung penduduk, merampas barangan dan harta penduduk; menangkap pensubahat Jepun, mengadakan perbicaraan sendiri serta menjatuhkan hukuman ke atas mereka. Malahan, komunis turut memasuki kampung Melayu untuk menubuhkan pertubuhan, mengutip yuran keahlian dan derma, memberi ceramah

    30 Maklumat lanjut. sila rujuk Ho Hui Ling. Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu. bab 2 dan bab 6.

    31 Maklumat lanjut tentang pembunuhan Sir Henry Gurney, sila lihat Noel Barber, The War afThe Running Dogs. London: Collins, 1971. hIm. 130-132; Anthony Short, The Communist Insurrection in Malaya 1948-1960, London; Frederick Muller, 1975, him. 303-305; Richard Stubbs, Hearts and Minds in Guerrilla Waifare, The Malayan Emergency 1948-1960, Singapore: Oxford University Press, 1989, hIm. 133; C Northcote Parkinson, Templer in Malaya, Singapore: Donald Moore Ltd., 1954, hIm. 6-7; Malayan Bulletin Vol. 5, No. 58, 25,h October 1951, dalam CO. 717/205/5293211951, Association of British Malaya, Monthly Bulletin, hIm. 5; D. INF. 10/511 80 (COP), Federal Government Press Statement. dalam CO. 717/202/52849/98, Law and Order, Assassination of Sir Henry Gurney (High Commissioner for the Federation of Malaya), hIm. 48. Lihat juga Statement by the Private Secretary to the late Sir H. Gurney, Mr. OJ. Staples at a Press Conference this afternoon, October 7'", dalam CO. 717/202/52849/98, Law and Order, Assassination of Sir Henry Gurney (High Commissioner for the Federation of Malaya), hIm. 49; Inward Telegram, 6'" October 1951, dalam CO. 717/202152849198, Law and Order, Assassination of Sir Henry Gurney (High Commissioner for the Federation of Malaya), hIm. 83-85; Malaya Monthly Political Intelligence Report September-October 1951, hIm. 1-2, dalam CO. 53717343/55404, Monthly Political Intelligence Reports; Investigation Into the Murder of H.E. The Late High Commissioner, Sir Henry Gurney, on 6.10.1951, dalam CO. 53717283/55849/98, Assassination of Sir Henry Gurney.

    88

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

  • KEGAGALAN GERAKAN BERSENJATA PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM), 1948-1960: SATU ANALISIS

    serta menyebarkan propaganda anti-British kepada penduduk.32 Tindakan komunis itu bukan sahaja menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dan kebencian penduduk, malah juga membawa kepada berlakunya kekacauan dengan meluas di Tanah Melayu. Dengan itu, PKM telah melepaskan satu peluang yang baik untuk menguasai Tanah Melayu, sebaliknya tindakan PKM itu telah menyebabkan penduduk menjauhkan diri daripada mereka.

    Kelemahan pemimpin dan kepimpinan PKM yang menyebabkan keadaan berpecah-belah dalam kalangan pemimpin Pusat PKM turut mempengaruhi kegagalan perjuangan PKM di Tanah Melayu. Keadaan ini telah memburukkan lagi imej dan moral pemimpin PKM pada kaca mata anggota bawahan dan penyokongnya. Kelemahan PKM itu kemudian diakui sendiri oleh seorang anggota komunis yang telah menyerah diri kepada pihak kerajaan pada tahun 1950. Anggota komunis itu mendakwa berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang serta harta benda dalam kalangan pucuk pimpinan PKM. Mereka juga tidak amanah, mementingkan diri sendiri dan tidak jujur. Keadaan terse but terbukti dengan cara hidup pemimpin yang sentiasa mewah, sedangkan anggota-anggota bawahannya pula hidup menderita. 33 Perkara ini kemudian telah digunakan oleh kerajaan dalam propaganda untuk mengelakkan penduduk daripada menyertai PKM. Kelemahan kepimpinan PKM turut dapat dilihat dimana berlaku perselisihan pendapat dalam pucuk pimpinan sehingga membawa kepada pelbagai kerumitan dalam parti. Sebagai contohnya, seorang bekas ahli PKM, Siew Lau yang mengutuk kepimpinan dan beberapa kelemahan parti telah diarahkan dibunuh atas arahan PKM pada 15 Mei 1951. Beliau mengkritik rancangan PKM untuk memiliknegarakan tanah apabila PKM berjaya menguasai Tanah Melayu nanti. Siew Lau juga tidak setuju dengan tindakan kekerasan yang dijalankan oleh PKM seperti membakar bas, menembak keretapi dan merosakkan pokok-pokok getah kerana tindakan itu hanya mendatangkan penderitaan kepada penduduk.34

    Selain itu, kes Lai Tek, SetiausahaAgung PKM yang melarikan diri dengan tabung parti pada Mac 1947 juga menunjukkan adanya kepincangan dalam organisasi PKM. Lai Tek telah bertindak meninggalkan PKM setelah mengetahui Jawatankuasa Kerja Pusat PKM sedang mengatur untuk membicarakan beliau terhadap kejadian di sebuah kampung kecil berdekatan Batu Caves pada zaman pendudukan Jepun yang mana berlakunya perjumpaan antara anggota kanan PKM dengan ketua-ketua gerila telah diserbu oleh tentera Jepun. Lai Tek kemudian telah didedahkan adalah ejen dua muka, iaitu ejen British

    32 Origin of Sino-Malay Animosity, him. I, dalam Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Sel. Sec. 46/49, Monthly Reports on Labour Condition, Strikes and Disputes, 1949.

    33 Mohd. Reduan Haji Asli, Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, him. 61; Leaflets No. 242, dalam Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, RCPIPRlI0491 48, Emergency Regulations-Publicity Material.

    34 Prof. Khoo Kay Kim dan Adnan Hj. Nawang (penyunting), Darurat 1948-1960, Kuala Lumpur: Muzium Angkatan Tentera, 1984, him. 78.

    89

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

  • MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

    dan Iepun.35 Sikap pemimpin seperti ini telah menyebabkan ahli-ahlinya hilang kepercayaan kepada mereka dan partinya. Selepas Lai Tek, PKM di bawah pimpinan Chin Peng telah mengambil keputusan berjuang melalui ketenteraan untuk menubuhkan Republik Komunis Malaya. Dengan itu, bermulalah penggunaan strategik kekerasan dan keganasan secara meluas dalam perjuangan PKM.

    Kegagalan gerakan bersenjata PKM juga disebabkan oleh struktur organisasi PKM yang sangat kompleks. lni kerana organisasi PKM yang kompleks menyukarkan wujudnya perhubungan yang berkesan di an tara anggota dengan pemimpin, dan antara unit dengan unit, atau antara pasukan dengan pasukan. Pergerakan PKM di Tanah Melayu dipusatkan kepada tiga kawasan, iaitu di utara, tengah dan selatan dengan Iawatankuasa Kerja Pusat. Iawatankuasa Kerja Pusat mengandungi 10 hingga 13 orang anggota. Di setiap negeri, terdapat Iawatankuasa Negeri yang bertanggungjawab dalam mengatur kegiatan politik di kawasannya dengan dibantu dan dikawal oleh rejim Tentera Pembebasan Nasional Malaya (Malayan National Liberation ArmyIMNLA). Di peringkat daerah atau jajahan, terdapat Iawatankuasa Daerah dan di peringkat cawangan pula terdapat Iawatankuasa Cawangan yang masing-masing dengan unit Malayan Races Liberation Army (MRLA) di setiap daerah dan cawangan.36 Anggota PKM pula dibahagikan kepada rejimen, pasukan, kompeni, unit dan platun yang diarahkan bergerak di merata-rata tempat di negeri-negeri Melayu supaya tercapainya matlamat perjuangan PKM. Wujudnya struktur organisasi PKM yang kompleks ini telah menyebabkan sukar untuk diadakan penyelarasan aktiviti dan sukar dikawalnya operasi ketenteraan yang dijalankan oleh PKM.

    Pukulan yang hebat kepada perjuangan PKM ialah terbunuh, tertawan dan berlakunya penyerahan diri oleh beberapa orang pemimpin komunis yang penting. Perkembangan ini telah melemahkan seman gat juang dan key akin an anggota kepada kepimpinan PKM. Beberapa bulan selepas Undang-undang Darurat diisytiharkan, beberapa orang pemimpin komunis yang terlatih telah terbunuh dalam pertempuran dengan pihak berkuasa. Antara mereka ialah Lau Yew dan Ah Kuk. Ditambahkan lagi dengan tindakan penyerahan diri oleh beberapa orang pemimpin PKM yang terlibat dan cekap dalam menjalankan kerja-kerja propaganda PKM, iaitu Lam Swee pada sekitar tahun 1953, dan Osman Cina serta Hor Leung pada Disember 1954 di hutan Pahang.37 Tindakan mereka itu menunjukkan bahawa kekuatan PKM telah menjadi semakin merosot di Tanah Melayu.

    35 Malayan Security Service, Political Intelligence Journal No. 12 of 1948, 30 June 1948, Appendix B, dalam e.O. 537/3752/55400/5/Part II, Malaya: Political Developments, Political Intelligence Journals; Malayan Security Service, Supplement No.9 of 1948, Issued with Political Intelligence Journal No. 14 of 1948, him. 7, dalam e.O. 537/3753/55400/5IPart III, Malaya: Political Developments, Political Intelligence Journals. Lihat juga Anthony Short, "Communism and the Emergency", dalam Wang Gungwu (ed.), Malaysia: A Survey, London and Dunmow: Pall Mall Press, 1964, him. 152; Ian Ward and Norma Miraflor (eds.), Chin Penl? My Side of History, Singapore: Media Masrers Pte. Ltd., 2003, him. 167-179; Kumar Ramakrishna, Emergency Propaganda: The Winning of Malayan Hearts and Minds 1948-1958, Richmond, Surrey: Curzon Press, 2002, him. 32; Richard Stubbs, Hearts and Minds in Guerrilla Warfare, The Malayan Emergency 1948-1960,hlm. 56-58; Stanley S. Bedlington, Malaysia and Singapore: The Building of New States, Ithaca and London: Cornell University Press, 1978, him. 77; Communism in Malaysia and Singapore, tiada penerbit, 1971, hIm. 8.

    36 Maklumat lanjut, rujuk Mohd. Reduan Haji Asli, Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaysia, him. 61-62; Prof. Khoo Kay Kim dan Adnan Hj. Nawang (penyunting), Darurat 1948-1960, hIm. 80-8\.

    37 Maklumat lanjut, lihat Anthony Short, In Pursuit of Mountain Rats: The Communist Insurrection in Malaya, him. 365-366. Lihat juga Prof. Khoo Kay Kim dan Adnan Hj. Nawang (penyunting), Darurat 1948-1960, hIm. 79.

    90

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

  • KEGAGALAN GERAKAN BERSENJATA PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM), 1948-1960: SATU ANALISIS

    Kegagalan komunis untuk memenangi sokongan keseluruhan penduduk Tanah Melayu, terutama orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti juga adalah faktor penting yang menyumbang kepada kegagalan PKM untuk berkuasa di negara ini. Sejak permulaan gerakan komunis di negeri-negeri Melayu, orang Cina lebih tertarik kepada gerakannya berbanding dengan kaum lain. Oleh itu, PKM sejak penubuhannya adalah lebih bersifat kecinaan dan didominasikan oleh orang Cina, iaitu lebih 80 peratus anggota dan penyokongnya adalah kaum Cina. Walaupun PKM juga cuba menarik sokongan orang Melayu untuk turut serta bersama mereka, tetapi kurang berjaya. Pada 1 Februari 1949 misalnya, PKM telah mengumumkan pertukaran nama Malayan People's Anti-British Army (MPABA) kepada Malayan Races Liberation Army (MRLA) untuk menunjukkan bahawa gerakan mereka adalah gerakan yang melibatkan semua kaum. Penggunaan lambang bintang tiga semenjak zaman Jepun pula menunjukkan bahawa golongan yang harus mengambil bahagian adalah kaum Cina, Melayu dan India. Namun, taktik PKM sedemikian gagal mengaburi mata orang Melayu kerana mereka menyedari pergerakan PKM didominasi oleh orang Cina.38 Justeru itu, orang Melayu menganggap komunisme adalah satu fenomena dan perjuangan semangat nasionalisme kaum Cina.39 Sementara itu, orang Melayu juga sukar untuk menerima PKM kerana dikatakan komunis tidak percayakan tuhan yang mana adalah bertentangan dengan masyarakatnya yang berpegang kepada agama Islam.40 Selain itu, kekejaman dan tindakan membalas dendam yang dilakukan oleh PKM dan MPAJA terhadap orang Melayu dalam tempoh hampir tiga minggu selepas Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua dan sebelum British kembali ke Tanah Melayu telah melahirkan perasaan marah dan benci dari kalangan orang Melayu terhadap komunis dan PKM. Tambahan pula, orang Melayu melihat PKM adalah sebuah pertubuhan orang Cina, maka kebanyakan mereka tidak tertarik untuk menyokongnya. Namun demikian, tidak dapat dinafikan terdapat juga orang Melayu yang terlibat dalam pergerakan komunis atau yang menyokong perjuangan komunis di Tanah Melayu. Keadaan ini dapat dibuktikan dengan kemunculan nama-nama pemimpin komunis Melayu dalam Rejimen Ke-IO PKM di Kerdau, Pahang seperti MusaAhmad, Rashid Maidin, Abdullah C. D., Ibrahim Chik dan Shamsiah Fakeh.4!

    Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan British dan kemudian kerajaan Perikatan di Tanah Melayu bagi membanteras masalah komunis turut menyumbang kepada kegagalan perjuangan PKM. Antaranya, kerajaan telah memperkenalkan penggunaan kad pengenalan pada Julai 1948 untuk membezakan antara orangjahat dengan orang baik atau komunis dengan penduduk yang mematuhi undang-undang.42 Langkah ini dapat menyekat pergerakan komunis dan membantu pihak berkuasa dalam menges an kehadiran komunis

    38 Prof. Khoo Kay Kim dan Adnan Hj. Nawang (penyunting), Darurat 1948-1960, hIm. 77. 39 Berita Harian, 4 Disember 1989, him. 10. 40 Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960: Keadaan Sosia! di Tanah Melayu, hIm. 5. 41 Ibid., him. 4-5.

    42 The Straits Times, 22 July 1948, him. I; Sing Pin Jih Pao, 22 july 1948, hIm. 3; Kwant? Wah Yit Polz & Penang Sin Poe, I January 1949, hIm. 11; The Malay Mail, 22 July 1948, hIm. 1. Lihat juga Emergency Regulations Ordinance, 1948 (Registration Areas), hIm. 1-6, daJam Fail labatan Penerangan (Pcrhubungan Raya)

    Persekutuan Tanah MeJayu, PRo 714S127I(ATTG), KuaJa Lumpur Press Release.

    9/

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

  • MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

    dalam kalangan penduduk. Operasi kawalan makanan yang dijalankan oleh pihak berkuasa pula menyebabkan komunis menghadapi masalah kebuluran. Justeru itu, kemudian mereka telah mengusahakan tanaman sendiri di dalam hutan tetapi berjaya dimusnahkan oleh pihak kerajaan dengan menyembur racun dari udara. Berikutnya, pada tahun 1953, komunis memulakan gerakan pemindahan ("perjalanan jauh") dari selatan Pahang (Mentakab) ke sempadan Thailand.43

    Selain itu, tindakan kerajaan memberi hak kewarganegaraan Persekutuan kepada orang Cina dan India telah dapat memenangi sokongan dan kerjasama kaum bukan Melayu kepada kerajaan.44 Selaras itu, bermula pada tengah malam 14 September 1952, seramai 1,200,000 orang Cina, iaitu 60 peratus daripada jumlah orang Cina di Tanah Melayu45 dan 180,000 atau 30 peratus daripada jumlah orang India layak menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu.46 Satu lagi tindakan kerajaan yang membawa kesan yang amat hebat ke atas pihak komunis adalah Rancangan Penempatan Semula yang kemudian dikenali sebagai Rancangan Briggs. Di bawah rancangan ini, lebih kurang setengah juta orang setinggan Cina yang tinggal di kawasan pinggir hutan telah dipindahkan dan ditempatkan semula di kampung baru yang diletakkan di bawah kawalan ketat kerajaan. Rancangan ini membawa kesan yang am at buruk kepada pihak PKM kerana rancangan ini telah memisahkan setinggan dengan komunis. Dengan itu, PKM menghadapi masalah mendapat bantuan makanan, kewangan, ubat, maklumat dan rekrut-rekrut baru daripada penduduk. Dalam pada itu, setinggan-setinggan yang sebelum ini adalah sumber bekalan dan bantuan komunis telah memihak kepada pihak kerajaan dengan adanya kemudahan as as seperti bekalan letrik dan paip air, kesihatan dan perubatan, sekolah serta dewan orang ramai yang disediakan di kampung baru danjaminan keselamatan oleh pihak kerajaan.47

    Salain itu, perang psikologi atau perang saraf dan propaganda kerajaan British di Tanah Melayu juga merupakan senjata penting dalam menumpaskan ancaman komunis. MelaIui langkah ini, kerajaan beIjaya menanamkan kebencian orang rarnai terhadap komunis. Ini dapat dilihat dimana salah satu taktik komunis untuk melumpuhkan ekonomi Tanah

    43 The Straits Times. 16 June 1951, him. I; Federation of Malaya Annual Report 1951, Kuala Lumpur: Government Press, 1952, hIm. 2; Rhoderick Dhu Renick, "The Emergency Regulations of Malaya Causes and Effect", JSEAH, Vol. 6, No.2, September 1965, hIm. 29-30; Important Notice on Food Control, dalam Fail Jabatan Penerangan Persekutuan Tanah Melayu, INF. 180/55, Leaflet No. 3462, Food Denial Operation (Central Kedah); Leaflet on Food Restrictions, dalam Fail Jabatan Penerangan Persekutuan Tanah Melayu, INF. 7011954, Leaflet No. 3012, Food Restrictions, Selangor.

    44 Times, 15 September 1952, dalam e.0. 1022/174/SEA92/16/01, Malayan Citizenship Legislation, hIm. 72; Extract From The Straits Budget For May 15th, 1952, dalam e.0. 10221174/SEA92116/o1, Malayan Citizenship Legislation, him. 89; The New York Times, 19 July 1952, dalam e.0. 10221174/SEA92116/01, Malayan Citizenship Legislation, hIm. 91; Lembaran maklumat tentang "Federation of Malaya~Citizenship Legislation", dalam e.0. 1022/174/SEA92/16/01, Malayan Citizenship Legislation, hIm. 166.

    45 The Straits Times, 20 November 1952, him. 4. 46 Times, 15 Sept. 1952, dalam e.0. 1022/174/SEA92116/0 I, Malayan Citizenship Legislation, hIm. 72;

    Communication From The Chair~Address By His Excellency The High Commissioner, hIm. 4, dalam e.0. 10221100/SEA341192/01, The High Commissioners Addresses To The Legislative Council.

    47 Inward Telegram (From Federation of Malaya, Sir Henry Gurney to the Secretary of State For the Colonies), 25 October 1948, dalam e.0. 717/167/52849/211, Law and Order, Emergency Legislation, hIm. 108; Note On Malaya For Foreign Office Brief, dalam e.o. I 022/2/SEA 10/03, Information Supplied To Government Departments On The General Situation of The Emergency In Malaya, hIm. 90.

    92

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

  • KEGAGALAN GERAKAN BERSENJATA PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM), 1948-1960: SATU ANALISIS

    Melayu ialah melalui penakikan pokok-pokok getah dan pembinasaan jentera-jentera melombong bijih timah. Selaras itu, kerajaan telah menggunakan peristiwa penakikan pokok getah untuk menanam perasaan dendam dan benci dalam jiwa setiap penduduk supaya mereka tidak akan memberi bantuan kepada pihak komunis, sebaliknya membencinya kerana mengancam mata pencarian mereka.48 Dalam memenangi hati dan fikiran rakyat, kerajaan di bawah pentadbiran Sir Gerald Templer telah menawarkan hadiah wang tunai kepada orang ramai yang memberi maklumat berkenaan komunis kepada kerajaan dan menjanjikan layanan yang adil kepada komunis yang menyerah diri kepada pihak berkuasa.

    Dalam pada itu, bekas anggota PKM yang telah menyerah diri digunakan oleh pihak berkuasa bagi memujuk dan mempengaruhi anggota komunis lain supaya meletakkan senjata dan kembali kepada kehidupan biasa. Suara-suara mereka dirakamkan dan disebarkan melalui pesawat udara kepada rakan-rakan seperjuangan mereka dalam hutan untuk memujuk mereka supaya menyerah diri kepada pihak berkuasa. Risalah-risalah yang mengandungi rayuan dan pujukan dariapda bekas anggota komunis turut dicetak dan diedarkan ke dalam hutan. Begitu juga, suara rakaman dari saudara mara dan ahli keluarga komunis turut disebarkan melalui udara ke kawasan pergerakan atau persembunyian komunis yang dikenal pasti.49 Perang psikologi yang dijalankan oleh kerajaan ini telah dapat melemahkan semangat perjuangan komunis. Ekoran itu, sebilangan daripada anggota komunis telah menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas itu. Berbagai-bagai langkah yang diambil oleh kerajaan itu bukan sahaja melibatkan pasukan tentera tetapi juga memberi perhatian kepada penduduk Tanah Melayu sendiri. Dengan itu, akhirnya kerajaan berjaya dalam persaingan kuasa dengan komunis dan persaingan memenangi sokongan penduduk Tanah Melayu dengan PKM.

    Kekuatan ketenteraan kerajaan dan pasukan keselamatanjuga merupakan faktor penting yang menyebabkan gerakan bersenjata PKM dapat dipatahkan. Di peringkat awal zaman darurat, kekuatan anggota keselamatan di Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada hampir 10,000 orang polis dan 10 batalion tentera, iaitu dua batalion tentera British, lima batalion tentera Gurkha dan tiga batalion askar Melayu yang bertanggungjawab dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara.50 Namun demikian, menjelang tahun 1954, iaitu pada zaman pentadbiran Jeneral Sir Gerald Templer, sudah terdapat lebih daripada 40,000 orang tentera di Persekutuan Tanah Melayu. Mereka terdiri daripada 25,000 orang askar Britain, 10,000 orang askar Gurkha, lima batalion rejimen askar Melayu, satu batalion dari Afrika dan satu batalion dari rejimen Fiji. Selain itu, terdapat juga sejumlah 60,000 orang anggota polis sepenuh mas a dan hampir 200,000 orang Home Guard yang ditugaskan untuk mempertahankan keselamatan di negeri-negeri Melayu daripada ancaman komunis. 51

    48 Leaflets No. 527, dalam Fail Pejabat Daerah Kuala Lumpur, Selangor, D.O.K.L. 58/50, Dissemination of Facts and Advice to the Malays in Kampong During The Present Emergency.

    49 Kumar Ramakrishna, Emergency Propaganda: The Winning of Malayan Hearts and Minds 1948-1958, hIm. 29; R. Thambipillay, the Malayan Police Force in the Emergency 1948-1960, Ipoh: R. Thambipillay, tiada tahun, hIm. 39; Richard Stubbs, Hearts and Minds in Guerrilla Warfare, The Malayan Emergency 1948-1960, hIm. 183-184.

    50 Mohd. Reduan Haji Asli, Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaysia, hIm. 62. 51 Noel Barber, The War of The Running Dogs, hIm. 156-157.

    93

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

  • MALAYSIA DARI SEGI SE1ARAH

    Manakala, di pihak komunis, masalah ketenteraan adalah satu penghalang yang besar kepada pergerakan pihak komunis di Tanah Melayu. Pada awal tahun 1949, beberapa laporan menunjukkan tentang kelemahan moral anggota PKM yang menyebabkan ramai komunis berjaya dihapuskan oleh pasukan keselamatan. Selepas enam tahun berjuang, iaitu pada tahun 1953, didapati lebih daripada 6,500 anggota komunis sarna ada telah dibunuh, ditangkap dan dibuang negara atau menyerah diri kepada pihak berkuasa. 52

    MRLA terpaksa mas uk ke hutan pedalaman, ibu pejabat PKM dipindahkan ke kawasan sempadan Thailand, sokongan daripada orang awam kepada PKM dan bilangan anggota gerila semakin berkurangan. Tambahan pula, anggota komunis yang masih berjuang adalah kebanyakannya terdiri daripada ahli-ahli baru yang kurang berpengalaman. Sehingga akhir zaman darurat, hanya tinggal kurang daripada 300 orang komunis yang kemudian mengundurkan diri ke kawasan sempadan apabila zaman darurat di Tanah Melayu berakhir.53

    Kemenangan Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dalam Pilihan Raya Persekutuan pada tahun 1955 dan kemudian pencapaian kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah memberi pukulan hebat kepada perjuangan PKM. Pilihan Raya Persekutuan merupakan langkah persediaan awal kepada penduduk ke arah mengambil alih pentadbiran negara mereka sendiri. Pilihan raya ini dimenangi oleh Perikatan yang dibentuk hasil kerjasama antara tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina dan India. Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan ray a itU. 54 Kerjasama antara kaum melalui parti Perikatan telah membolehkan Perikatan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan kemerdekaan ke London bagi menuntut kemerdekaan daripada British dan akhirnya pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu telah bebas daripada penjajahan dan menjadi sebuah negara merdeka yang berdaulat. 55 Perkembangan-perkembangan ini telah meninggalkan kesan penting kepada perjuangan PKM di Tanah Melayu. Berikutan kemerdekaan Tanah Melayu, PKM tidak mempunyai alasan lagi untuk meneruskan perjuangan kerana kemerdekaan negara sudah dicapai, lagipun penduduk sendiri yang memilih pemerintah mereka secara demokrasi. Justeru itu, propaganda anti-penjajahan yang dilaung-laungkan oleh PKM dalam memenangi sokongan penduduk sudah tidak bermakna lagi dan penduduk tidak lagi menaruh keyakinan kepada PKM.

    52 Edgar O'Ballance, Malaya: The Communist Insurgent War, 1948-60, hIm. 93; Richard Stubbs, Hearts and Minds in Guerrilla Wmiare, The Malayan Emergency 1948·]960, hIm. 187; Prof. Khoo Kay Kim dan Adnan Hj. Nawang (penyunting), Darurat 1948-1960, hIm. 80.

    53 Leon Comber, Malaya's Secret Police 1945-60: The Role of the Special Branch in the Malayan Emerfiency, Australia and Singapore: Monash Asia Institute, Institute of Southeast Asian Studies, 2008, hIm. 277.

    54 Pilihan raya umum pertama diadakan pada 27 lulai 1955. Parti yang mengambil bahagian ialah Perikatan UMNO-MCA-MIC, Parti Negara, Parti Islam Se-Malaya (PAS), National Association of Perak (NAP), Perak Malay League, Parti ProgresifPerak, Parti Buruh Tanah Melayu dan calon bebas. Perikatan menghantar 52 orang calon untuk bertanding dalam pili han raya itu. Tan Liok Ee, The Politics of Chinese Education In Malaya, 1945-1961, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1997, hIm. 165; Federation of Malaya Annual Report 1955, Kuala Lumpur: Government Press, 1956, hIm. 5; "Pilihanraya Persekutuan Yang Pertama". dalam Hari 1ni Dalam Sejarah, lilid III, Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia, 1983, hIm. 93; Federation of Malaya Year Book 1956, Kuala Lumpur: The Malay Mail Press, tiada tahun, hIm. 95 dan 101; T.E. Smith, Report on The First Election of Members To The Legislative Council of The Federation of Malaya, 1955, Kuala Lumpur: Government Press, 1955, hIm. 30; Struggle News, No. 57, 15th Decemher 1955, hIm. 2, dalam Jabatan Penerangan Terengganu, D. INF TR. No. 40/1954, The Strufifile News.

    55 Mohd Ashraf Ibrahim, Gagasan Bangsa Malayan yanfi Bersatu 1945-57, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004, hIm. 170.

    94

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

  • KEGAGALAN GERAKAN BERSENJATA PART! KOMUNIS MALAYA (PKM), 1948-1960: SATU ANALISIS

    Akhimya, pada 19 April 1960, Yang Di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat tamat da1am majlis pembukaan persidangan Parlimen dan ia berkuatkuasa mu1ai 31 lu1ai 1960. Dengan itu, berakhirlah darurat yang berlangsung se1ama 12 tahun 45 hari di Tanah Melayu. Sempena tamatnya darurat, satu perarakan kemenangan peringkat kebangsaan telah diadakan di Kuala Lumpur pada lOgos 1960. DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong menerima tabik horrnat dari kira-kira enam ribu orang askar Tanah Melayu dan Komanwe1 yang mengadakan perbarisan pada hari itu. Kira-kira 400 kenderaan perang seperti kereta kebal dan kereta perisai, 70 buah kapal terbang juga mengambi1 bahagian dalam perarakan kemenangan tersebut. Se1ain itu, perarakan peringkat negeri juga diadakan di negeri masing-masing dengan tujuan untuk mengingat dan meraikan peristiwa yang penting itu serta sebagai tanda kesyukuran kepada kejayaan kerajaan dalam mengembalikan keamanan negara. 56

    Kesimpulan

    Walaupun ideologi komunis telah menyusup ke Tanah Melayu melalui berbagai-bagai saluran sejak tahun 1920-an, namun pergerakan komunis menjadi lebih teratur pada tahun 1930 apabila PKM ditubuhkan. Sejak itu, PKM mengambi1 kesempatan ke atas perkembangan semasa di Tanah Melayu untuk melebarkan pengaruhnya dalam kalangan masyarakat, baik melalui kemelesetan ekonomi, Perang China-lepun, kerjasama dengan British untuk menentang lepun pada zaman Perang Dunia Kedua, mahupun menyekat British berkuasa semula di Tanah Melayu di bawah rancangan Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu. Pergerakan PKM mencapai kemuncak pada tahun 1948 dengan meletusnya gerakan bersenjata komunis yang pertama yang membawa kepada pengisytiharan Undang-undang Darurat oleh pihak pentadbiran British pada lun 1948. Dengan itu, berbagai-bagai kekejaman, kejahatan, kerosakan dan sabotaj telah dilakukan oleh komunis secara berleluasa di Tanah Melayu. Keadaan itu menyebabkan kerajaan British terpaksa mengambil tindakan mengisytiharkan Undang-undang Darurat dan disusuli dengan berbagai-bagai langkah yang bertujuan untuk menghapuskan komunis dan memulihkan keamanan negara. Usaha menentang gerakan komunis menjadi semakin giat menjelang kemerdekaan Tanah Melayu sehingga akhimya komunis dapat dilemahkan dan zaman darurat ditamatkan pada 31 lulai 1960.

    Zaman darurat di Tanah Melayu yang bermula pada lun 1948 telah diisytiharkan tamat pada 31 lulai 1960 dengan kemenangan ada pada pihak kerajaan Tanah Melayu. Ini disebabkan oleh kesilapan strategi perjuangan PKM, PKM gagal untuk menarik sokongan dari keseluruhan penduduk Tanah Melayu, kelemahan pucuk pimpinan organisasi PKM, dan kejayaan usaha kerajaan dalam membanteras pergerakan komunis. Namun demikian,

    56 Wahba, Baling: Membuka la/an Damai, Selangor: Masa Enterprise, 1994, him. 127; The Malay Mail, I August 1960, him. I.

    95

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

  • MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

    keadaan ini tidaklah bermakna peljuangan bersenjata komunis di bawah PKM telah berakhir. Setelah zaman darurat tamat, pemimpin mereka, Chin Peng bersama sebahagian pemimpin dan anggota komunis masih bersembunyi di sebelah sempadan Tanah Melayu-Thailand untuk menunggu kemungkinan peluang bagi mereka menyambung semula perjuangan di Tanah Melayu.

    96

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia