implikasi perkembangan.doc

5
IMPLIKASI PERKEMBANGAN Terdapat beberapa implikasi perkembangan konsep kendiri terhadap seseorang individu, kanak-kanak, guru, ibu bapa dan masyarakat. Bagi individu yang mempunyai perkembangan konsep kendiri yang positif boleh mempengaruhi orang lain. Hal ini kerana, individu sebegini mempunyai ciri-ciri konsep kendiri yang positif iaitu bertanggungjawab, bangga dengan kejayaan, selalu gembira, menghadapi cabaran dengan bersemangat agar dapat mempengaruhi orang lain. Manakala, implikasi perkembangan kendiri kepada kanak- kanak ialah ianya dapat melahirkan kanak-kanak yang sihat daripada segi aspek jasmani, mental, rohani, dan sosial. Perkembangan konsep kendiri juga memberi impak kepada guru. Guru yang mempunyai ciri konsep kendiri yang positif seperti bertanggungjawab dapat menjalankan tugasnya dengan efektif. Seterusnya, implikasi perkembagnan konsep kendiri adalah akan dapat membentuk masyarakat yang bermoral dan hidup dalam harmonis. Perpaduan sesebuah masyarakat semakin kukuh kerana saling bertoleransi antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, kaum, agama dan adat resam. Sebagai kesimpulan, perkembangan konsep kendiri memberi kesan

Upload: lisa-cooper

Post on 14-Nov-2015

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

implikasi

TRANSCRIPT

IMPLIKASI PERKEMBANGAN

Terdapat beberapa implikasi perkembangan konsep kendiri terhadap seseorang individu, kanak-kanak, guru, ibu bapa dan masyarakat. Bagi individu yang mempunyai perkembangan konsep kendiri yang positif boleh mempengaruhi orang lain.Hal ini kerana, individu sebegini mempunyai ciri-ciri konsep kendiri yang positif iaitu bertanggungjawab, bangga dengan kejayaan, selalu gembira, menghadapi cabaran dengan bersemangat agar dapat mempengaruhi orang lain.Manakala, implikasi perkembangan kendiri kepada kanak-kanak ialah ianya dapat melahirkan kanak-kanak yang sihat daripada segi aspek jasmani, mental, rohani, dan sosial.

Perkembangan konsep kendiri juga memberi impak kepada guru.Guru yang mempunyai ciri konsep kendiri yang positif seperti bertanggungjawab dapat menjalankan tugasnya dengan efektif.Seterusnya, implikasi perkembagnan konsep kendiri adalah akan dapat membentuk masyarakat yang bermoral dan hidup dalam harmonis.Perpaduan sesebuah masyarakat semakin kukuh kerana saling bertoleransi antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, kaum, agama dan adat resam.Sebagai kesimpulan, perkembangan konsep kendiri memberi kesan atau implikasi kepada setiap lapisan mayarakat.Jika kita mempunyai konsep kendiri yang positif, maka kita dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran.Malahan, masyarakat turut dapat menerima kita dengan sikap positif yang dipamerkan.Khususnya, guru yang sentiasa perlu berinteraksi dengan masyarakat sekeliling.Pandangan Tokoh-tokoh seni visul mengenai kreativiti

Ellis Paul Torrance Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance

merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam

bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami

bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan

beliau telah

diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.

June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan

seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama

mampu untuk mengolah idea.

Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas

kepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan

sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah

keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang

dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan

akhirnya menjadi individu kreatif. Beliau percaya bahawa individu

yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba

menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya.

Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam

bidang seni ataupun sains,

Victor Lowenfeld - menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid

itu boleh diukur melalui empat omponen utama iaitu

kelancaran,( secara spontan serta pantas )

fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan

situasi )

keaslian (mencari idea baru dan asli )

kepekaan. (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa,

mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya

sebagi proses engamatan dan merekod.)TEORI KONSEP KENDIRITerdapat dua teori dalam konsep kendiri iaitu, yang pertama ialah pendekatan Kognitif. Perkembangan yang diperkenalkan oleh Robert Selman, di mana beliau telah menjalankan kajian terhadap ramai kanak-kanak dengan memberi watak utamanya berhadapan dengan masalah dilema. Kanak-kanak berkenaan kemudiannya diarahkan supaya memberitahu apakah perasaan dan fikiran watak utama dalam cerita itu. Kanak-kanak tersebut ada diajukan soalan, bagaimana agaknya dilema tersebut dapat diselesaikan. Beliau lebih berminat dengan cara penaakulan kanak-kanak tersebut berbanding dengan jawapan untuk soalan yang diberikan. Daripada kajian itu, beliau telah membina satu model pengetahuan kendiri yang mempunyai lima tahap iaitu bermula dari peringkat bayi hingga peringkat remaja. Kanak-kanak pertengahan sudah dapat memahami tingkah laku dan mungkin berbeza daripada perasaan serta motif. Sebagai contoh, seseorang mungkin tersenyum tetapi tidak bermakna dia sedang gembira. Kanak-kanak pada peringkat akhir pula sudah mula mengalami kendiri yang stabil.Teori yang kedua adalah Teori Pembelajaran Persekitaran. Ahli-ahli psikologi yang berpegang kepada teori ini menyifatkan bahawa konsep efektif kendiri sebagai kebolehan kendiri yang dinilai oleh individu itu sendiri untuk melihat kejayaan sesuatu perkara yang dilakukan. Bandura, menjelaskan bahawa kanak-kanak pada mulanya tidak memahami proses yang berlaku pada dunia sosial mereka. Pada masa ini, ibu bapalah yang memainkan peranan untuk menjelaskan kepada kanak-kanak tersebut yang bertujuan untuk membantu kanak-kanak belajar tentang tahap keupayaan atau efektif kendiri.