implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik

22
IMPLIKASI GLOBALISASI PENDIDIKAN KEPADA PARA PENDIDIK Oleh: MOHAMAD IMRAN BIN TAHIR MUHAMMAD AIMAN BIN BAHARUDIN ABDUL KHALIM BIN ABDUL RAZAK NOOR ELYAZRIL BIN ELES

Upload: ei-mans

Post on 18-Aug-2015

38 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik

IMPLIKASI GLOBALISASI

PENDIDIKAN KEPADA PARA PENDIDIK

Oleh:

MOHAMAD IMRAN B IN TAHIRMUHAMMAD A IMAN B IN BAHARUDINABDUL KHAL IM B IN ABDUL RAZAK

NOOR ELYAZRIL B IN ELES

Page 2: Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik

Satu ideologi perubahan budaya, sosial dan politik

yang dicetuskan oleh kemajuan pesat ICT.

Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya (Abd. Rahim, 2005).

GLOBALISASI

Page 3: Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik

ICT

Menurut Ward & Peppard (2003), ICT merujuk kepada teknologi (hardware, software, telecomunication dan networks). Sesuatu yang nyata (tangible) contohnya komputer peribadi, servers, routers, kabel dan sesuatu yang tidak nyata (intangible) contohnya software.

Page 4: Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik

ICT ICT

Kekangan dan cabaran penggunaan

ICT

Kekangan dalam

menghabiskan silibus

Sikap negatif guru

Kekurangan

kemahiran

Kekurangan prasarana dan

bahan sokongan

Jurang ICT dan digital

Peranan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran

Meningkatkan motivasi guru dan pelajar

Membolehkan pembelajaran

bersendiri

Meningkat kemahira

n ICT

Page 5: Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik

Ini bermaksud menggunakan ICT secara

berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

PERANAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Page 6: Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik

PERANAN ICT :

Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan guru dan pelajar terhadap pelajaran.

Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.

Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning).

Membolehkan guru mengakses maklumat yang sukar diperolehi.

Page 7: Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik

Membolehkan guru mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh.

Membolehkan pelajar mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.

Meningkat daya kreativiti dan imaginasi guru dan pelajar.

Memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.

Page 8: Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik

1. Kekangan Dalam Menghabiskan Silibus Penggunaan internet memerlukan masa yang

lama untuk dilayari dan diakses walaupun dari segi sikap guru bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran.

KEKANGAN DAN CABARAN

PENGGUNAAN ICT

Page 9: Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik

2 Sikap Negatif Guru Sebahagian guru yang telah sebati dengan kaedah

tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional.

3 Kekurangan Kemahiran Penggunaan IT mempunyai hubungan yang

signifikan dengan bidang pelbagai kecerdasan atau multiple-intelligences yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada pembelajaran konvensional.

Page 10: Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik

4. Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan Satu cabaran penting pendidikan di sekolah ialah

menyediakan kemudahan komputer untuk semua pelajar. Ini bermakna kemudahan komputer tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan keseluruhan pelajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya.

Kecanggihan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah pada masa ini adalah tidak seragam. Ada yang meletak komputer di dalam bilik darjah, ada juga yang meletakkan semua komputer ini di dalam makmal. Ada yang memilik sambungan kepada Internet, ada yang tidak.

Page 11: Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik

5 . Jurang ICT dan Digital Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat

terutama dan segi ekonomi, pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur. pemodenan dan sebagainya akan memberi kesan terhadap kemajuan ICT dan digital.

Lebih banyak peruntukan dan guru-guru yang terlatih dalam bidang ICT dan digital perlu disediakan bagi membantu pelajar dan sekolah melaksanakan misi dan visi membentuk masyarakat IT dan masyarakat digital.

Page 12: Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik

6 . Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi Pihak sekolah yang tidak mempunyai sumber

kewangan yang mencukupi bagi membiayai berbagai-bagai kos penggunaan teknologi maklumat akan kembali kepada pembelajaran konvensional.

Kelemahan kepimpinan sekolah yang kurang komited terhadap penggunaan ICT juga boleh menyebabkan sekolah tertinggal dari arus perubahan perdana yang berlaku.

Page 13: Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik

1. Kekangan Dalam Menghabiskan Silibus Pendekatan pengajaran menggunakan ICT perlu

meluaskan dimensi dunia ICT yang mencakupi penggunaan internet, melayari laman web, on-line, e-mel, program pendidikan yang diselaraskan di peringkat sekolah, dan perisian yang perlu dirancang sesuai dengan spesifikasi kurikulum sekolah dan digunakan secara intensif dan ekstensif dalam pengajaran dan pembelajaran.

CADANGAN

Page 14: Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dengan baik, bukan secara “bidang terjun” atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum.

Page 15: Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik

2 Sikap Negatif Guru Guru harus meninggalkan pengajaran-pembelajaran

cara lama yang diamalkan, sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan teknologi maklumat.

Pemikiran positif perlu wujud di kalangan pelaksana dasar penggunaan ICT di semua peringkat sistem pendidikan di negara ini bagi membolehkan ICT diadaptasikan dan diperluaskan dalam budaya pembelajaran.

Guru-guru perlu diberi latihan dalam penggunaan teknologi baru untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah.

Page 16: Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik

3 Kekurangan Kemahiran Guru perlu didedahkan kepada idea baharu dan

peluang dalam kerjaya profesion keguruan mereka seperti menghadiri kursus ICT jangka pendek.

Pihak sekolah juga perlu mengambil inisiatif memajukan profesion keguruan dalam konteks penggunaan ICT dalam pendidikan agar guru-guru yang berkhidmat di sekolah menerima perubahan dan kemajuan dalam kerjaya profession keguruan mereka.

Page 17: Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik

Program perkembangan staf yang melibatkan profesion keguruan di sekolah-sekolah harus dirancang dengan baik.

Ini boleh membawa kepada inovasi dan perlaksanaan dasar pembaharuan pendidikan dilakukan. Profesion keguruan harus sentiasa terbuka kepada perubahan, pembaharuan dan inovasi baharu dalam penggunaan ICT di Sekolah.

Page 18: Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik

Kekurangan Prasarana dan BahanSokongan Memperbaiki infrastruktur komunikasi

dan multimedia seperti kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan Internet serta makmal komputer.

Meningkatkan infrastruktur seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan perundangan untuk membentuk persekitaran yang membolehkan penyediaan infrastruktur.

Page 19: Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik

Jurang ICT dan Digital Penggunaan komputer perlu dipergiatkan dan

diperluaskan, terutama di sekolah-sekolah di luar bandar.

Memastikan lebih ramai pelajar mendapat faedah. Pembangunan perisian untuk mata pelajaran

Matematik, Sains, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris serta Teknikal dan Vokasional perlu dipergiatkan. Manakala perisian untuk mata pelajaran lain perlu dibangunkan.

Page 20: Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik

Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi

Soal implikasi kos sering kali menjadi kriteria bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer di sekolah-sekolah.

Sekolah perlu merangka belanjawan pendidikan yang semakin meningkat, khususnya perbelanjaan yang melibatkan penggunaan kemudahan, peralatan dan perkakasan teknologi maklumat.

Page 21: Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik

ANDAIKAN ANDA MENGAJAR DI DALAM KELAS

YANG TERDIRI DARIPADA PELAJAR MELAYU SAHAJA. FIKIRKAN BAGAIMANA ANDA DAPAT MEMBAWA KEPELBAGAIAN BUDAYA KE DALAM BILIK DARJAH AGAR MEWUJUDKAN SATU BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA.

KEBUDAYAAN

Page 22: Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik

Guru seharusnya mempunyai pemahaman mendalam mengenai budaya pelajarnya.

Guru mewujudkan peluang-puluang untuk mengumpul maklumat tentang aspek budaya dalam kalangan pelajar melalui perkongsian dalam mata pelajaran yang sesuai

Guru boleh menggunakan bahan kurikulum yang mewakili kumpulan etnik secara positif dan pelajaran akan menyeronokkan.