implikasi kepelbagaian sosiobudaya

6
EDU 3063 Loi She Chi Implikasi kepelbagaian sosiobudaya Kepelbagaian sosiobudaya akan memberi impak ataupun implikasi tersendiri kepada sesebuah organisasi. Kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di peringkat pengurusan kelas meliputi implikasi terhadap guru, murid dan sekolah. Kegagalan guru, murid serta sekolah dalam menghadapi kepelbagaian sosial ini akan menggagalkan konsep 1Malaysia yang dicanangkan oleh pucuk pimpinan negara. Hal ini kerana, sekolah merupakan tunjang atau umbi kepada 1Malaysia di mana penerapan nilai-nilai murni dan aspirasi seperti yang termaktub dalam konsep 1Malaysia akan bermula di peringkat sekolah. 1. Guru. Menurut Mok Soon Sang (2002), guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata,tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat. Bertepatan dengan itu, guru perlu bersedia dengan kepelbagaian sosiobudaya murid yang datangnya daripada pelbagai kelas sosial dan kaum. Roland Meighan (1986) berpendapat kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Manakala menurut Kamus Dewan, kaum didefinisikan sebagai puak, suku bangsa ataupun jenis bangsa seseorang. Oleh hal demikian, guru perlu bijak bagi menangani murid yang berasal daripada kelas sosial dan kaum yang berlainan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perbezaan kelas sosial dan kaum ini perlu diketepikan dan semua murid perlu di layan dengan sama rata tanpa mengambil kira kelas sosial dan kaum mereka. Guru juga perlu peka terhadap pembentukan kumpulan agar tidak berlaku kumpulan yang berasaskan kelas sosial dan kaum. Ini kerana kumpulan yang mempunyai murid yang berlainan kelas sosial

Upload: alissonkiki

Post on 17-Jan-2016

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Implikasi

TRANSCRIPT

Page 1: Implikasi kepelbagaian sosiobudaya

EDU 3063Loi She Chi

Implikasi kepelbagaian sosiobudaya

Kepelbagaian sosiobudaya akan memberi impak ataupun implikasi tersendiri kepada

sesebuah organisasi. Kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di peringkat

pengurusan kelas meliputi implikasi terhadap guru, murid dan sekolah. Kegagalan guru,

murid serta sekolah dalam menghadapi kepelbagaian sosial ini akan menggagalkan

konsep 1Malaysia yang dicanangkan oleh pucuk pimpinan negara. Hal ini kerana,

sekolah merupakan tunjang atau umbi kepada 1Malaysia di mana penerapan nilai-nilai

murni dan aspirasi seperti yang termaktub dalam konsep 1Malaysia akan bermula di

peringkat sekolah.

1. Guru.

Menurut Mok Soon Sang (2002), guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan

semata-mata,tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan

mematuhi peraturan masyarakat. Bertepatan dengan itu, guru perlu bersedia dengan

kepelbagaian sosiobudaya murid yang datangnya daripada pelbagai kelas sosial dan

kaum. Roland Meighan (1986) berpendapat kelas sosial menggambarkan perbezaan

cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Manakala menurut

Kamus Dewan, kaum didefinisikan sebagai puak, suku bangsa ataupun jenis bangsa

seseorang. Oleh hal demikian, guru perlu bijak bagi menangani murid yang berasal

daripada kelas sosial dan kaum yang berlainan. Dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, perbezaan kelas sosial dan kaum ini perlu diketepikan dan semua murid

perlu di layan dengan sama rata tanpa mengambil kira kelas sosial dan kaum mereka.

Guru juga perlu peka terhadap pembentukan kumpulan agar tidak berlaku kumpulan

yang berasaskan kelas sosial dan kaum. Ini kerana kumpulan yang mempunyai murid

yang berlainan kelas sosial dan kaum akan menggalakan interaksi serta pergaulan yang

sihat. Latar belakang serta budaya hidup mereka yang berbeza akan mempengaruhi

pemikiran serta pandangan mereka. Maka, hasil daripada perbincangan dalam

kumpulan akan menghasilkan sesuatu pandangan yang lebih unik dan kreatif kerana

percampuran pengaruh budaya dan fahaman murid-murid. Lahir daripada latarbelakang

dan pengaruh persekitaran yang berbeza,pastinya mempengaruhi pemikiran serta

fahaman murid pada sesuatu perkara. Sebagai contoh, murid yang beragama islam dan

murid beragama budha pastinya mempunyai pandangan tersendiri terhadap agama dan

budaya mereka. Oleh hal demikian, guru perlu peka dengan perbezaan pemikiran itu

dan mendengar segala pandangan atau idea yang murid sampaikan. Guru pelu

memberi respon dan ulasan yang positif yang boleh menyebabkan mereka saling

Page 2: Implikasi kepelbagaian sosiobudaya

EDU 3063Loi She Chi

menghormati dan sedia mendengar pandangan sahabat mereka. Respon yang baik

daripada guru akan meningkatkan pemahaman mereka dan meningkatkan perasaan

ingin tahu dalam diri murid. Di samping itu, guru juga perlu menekankan budi bahasa

dan tutur kata yang sopan ketika menyampaikan pandangan bersesuaian dengan nilai-

nilai murni yang dinyatakan dalam konsep 1Malaysia. Tembok perkauman perlu

diruntuhkan bagi mewujudkan bangsa Malaysiayang bersatupadu. Di dalam kelas, guru

perlu mengelakkan diskriminasi kaum agar murid daripada kaum lain tidak merasakan

diri mereka dipinggirkan oleh guru dan muri-murid lain. Guru juga perlu mengelakkan

daripada menyentuh atau mempertikai agama dan kepercayaan yang dianuti oleh

murid-murid. Perancangan proses pengajaran dan pembelajaran perlulah seiring dan

sesuai dengan semua agama,nilai dan kepercayaan mereka. Bahasa pengantar juga

perlu diberi penekanan serius oleh guru. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan

latarbelakang ini menyebabkan berlaku pertembungan dialek yang memberi impak

kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru haruslah menggunakan dan

menekankan penggunaan bahasa standard yang mampu difahami oleh semua agar

penglibatan murid di dalam aktiviti pembelajaran dapat dioptimumkan dan lebih

berkesan.

2. Murid.

Kepelbagaian sosio budaya ini turut memberi kesan kepada murid. Murid-murid

mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh budaya, agama dan

persekitaran. Oleh itu, kewujudan murid pelbagai kaum dan sosio budaya di dalam kelas

menjadikan mereka prejudis terhadap murid yang berbeza daripada gaya hidup mereka.

Maka, murid perlu dibersihkan minda dan fahaman mereka terhadap rakan-rakan

mereka yang berlainan agama, budaya dan jantina agar tidak ada jurang antara mereka

bagi memudahkan proses pembelajaran. Penggunaan bahasa standard perlu diamalkan

oleh murid ketika di dalam kelas ataupun ketika berada di kawasan sekolah.

Penggunaan bahasa ibunda ataupun dialek di dalam kelas seharusnya di kawal bagi

memastikan proses pembelajaran berjalan lancar. Penggunaan laras bahasa yang betul

juga perlu ditekankan dalam kalangan murid bagi mengelakkan pergaduhan dan salah

faham antara satu sama lain. Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut membantu

murid mencapai kematangan sosial. Murid perlu mengambil peluang daripada

kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas untuk berinteraksi antara kaum dan jantina

berlainan. Corak pemikiran antara lelaki dan perempuan adalah berbeza dan interaksi

Page 3: Implikasi kepelbagaian sosiobudaya

EDU 3063Loi She Chi

yang sihat seperti belajar secara berkumpulan dapat memberi gambaran kepada murid

tentang sesuatu perkara dengan lebih jelas. Dalam masa yang sama, batas pergaulan

antara jantina perlu diberikan penekanan agar tidak bertentangan dengan tuntutan

agama. Agama dan kepercayaan merupakan sesuatu isu yang amat sensitif. Oleh hal

demikian, agama dan kepercayaan murid tidak harus dipertikaikan. Proses sosiolisasi

antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses

pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Kelas yang mempunyai pelbagai kaum

dan sosio budaya memerlukan sikap percaya antara satu sama lain. Aktiviti yang di

rangka mestilah berupaya untuk menanam semangat saling mempercayai dalam jiwa

murid. Semangat kepercayaan yang tinggi akan meruntuhkan tembok perkauman dan

secara tidak langsung perpaduan antara kaum akan terjalin. Kepelbagaian sosio budaya

di dalam kelas turut merangsang kewujudan masalah didiplin. Rakan sebaya amat

mudah mempengaruhi tingkah laku seseorang. Sebagai contoh, seorang murid yang

baik akan terpengaruh dengan tingkah laku sahabatnya yang bermasalah apabila sering

berinteraksi dan bergaul. Guru perlu peka terhadap perubahan murid agar tingkah laku

yang tidak dingini dapat di bendung dan murid bermasalah dapat di kawal dan di ubah

sikapnya.

3. Sekolah

Sistem pendidikan negara mempunyai pelbagai jenis pilihan sekolah yang boleh diikuti

oleh murid. Kepelbagaian sosio – budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri

daripada pelbagai bangsa seperti sekolah kebangsaan untuk semua kaum, sekolah

jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Oleh itu, aktiviti-aktiviti di sekolah dirancang dengan

teliti bagi mengatasi kepelbagaian sosio-budaya ini.

Sekolah merupakan ruang untuk guru menerapkan kepercayaan dan nilai dalam

masyarakat.Oleh itu, murid perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira

latar sosio-budaya mereka. Murid juga harus sentiasa diingatkan agar sentiasa mengikut

aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Selain daripada meningkatkan pengetahuan murid,

hubungan di antara setiap murid dapat dijalinkan melalui aktiviti yang dirancang oleh

pihak sekolah. Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam membina

perhubungan tersebut selain daripada sekolah. Program Intergrasi Untuk Perpaduan

(RIMUP) adalah salah satu aktiviti yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran bagi

memastikan perpaduan dipupuk di kalangan murid tanpa mengira latar belakang,

agama, kaum, jantina dan sebagainya. Pihak-pihak berwajib boleh menyumbangkan

Page 4: Implikasi kepelbagaian sosiobudaya

EDU 3063Loi She Chi

sokongan samada dalam bentuk moral ataupun material bagi mengembangkan lagi

pengetahuan dan perpaduan di kalangan murid. Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk

mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara

sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu

sistem pendidikan yang seragam. Apabila murid-murid yang berlainan latar belakang

dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu masa depan akan

lahir satu generasi yang hormat dan bertoleransi di antara satu sama lain. Oleh itu,

penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum perlu dipupuk sejak kecil

iaitu dibangku sekolah rendah kerana ia akan lebih memudahkan mereka untuk

menghadapi masyarakat di masa akan datang.

4. Kurikulum Tersirat

Kurikulum merujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif,

kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan. Kurikulum tersirat

pula merujuk kepada norma, nilai dan kepercayaan yang disebarkan melalui pendidikan

formal dan interaksi di sekolah. Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada

persekitaran yang wujud di kalangan warga sekolah. Budaya akademik di sekolah boleh

dikatakan sebagai kurikulum tersirat. Kurikulum tersirat juga boleh dilaksanakan melalui

aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan sebagainya.

Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah sendiri

seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah. Ianya dijalankan

secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik guru, guru

mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapo di antara warga sekolah dan

sebagainya. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa di dalam

persekitaran sekolah akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna

terhadap amalan hidup murid Namun demikian, sesetengah kurikulum tersirat kadang-

kadang mempunyai konotasi negatif kerana nilai-nilai yang disebarkan mungkin

menjurus kepada hal-hal seperti menyokong perbezaan kelas di mana murid

dibahagikan kelas mengikut tahap kepandaian, kaum dan jantina dan ini akan menjurus

kepada pengagihan modal pendidikan secara tidak sekata. Dalam hal ini, guru perlu

memainkan peranan dan memberikan perhatian kepada kurikulum tersirat sewajarnya

supaya bersifat positif ke arah membina keadilan sosial berlandaskan kepada

kepelbagaian sosio-budaya masyarakat setempat.