implikasi kbsr terhadap sistem pendidikan negara

Upload: noor-asiah

Post on 07-Apr-2018

257 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Implikasi Kbsr Terhadap Sistem Pendidikan Negara

    1/22

    IMPLIKASI KBSR TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

    y hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan - penghasilan individu yang berkembang secara

    menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

    y Proses pelaksanaan yang bermula dari Tahun 1 (Tahap1) sehingga Tahun 6 (Tahap 2)

    y amat komprehensif dan mengambil kira segala aspek proses pengajaran dan pembelajaran di

    dalam dan di luar bilik darjah termasuk penyampaian ilmu dan kemahiran serta pemupukan

    nilai merentasi kurikulum.

    Kelemahan dalam pelaksanaan kbsr :

    1. Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata

    pelajaraan atau antara darjah.

    2. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membeban dan membosankan

    murid

    3. Guru dan murid selalu terdesak untuk menghabiskan sukatan pelajaran, terutamanya apabila

    ada peperiksaan.4. 3.Pengajaran dan pembelajaran terlalu bergantung kpd buku teks. Ini akan menghadkan

    penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan

    5. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bercorak pendidikan asas dgn member penegasan kpd

    pendidikan dlm bidang 3M, iaitumembaca, menulis dan mengira

    Faktor2 luaran:

    y Keperluan pendidikan semasa dan perubahan2 yg berlaku dalam sistem sejagat seperti ledakan

    teknologi maklumat dan globalisasi

    y

    Faktor autonomi guru iaitu jika guru diberikan kuasa yg lebih dalam menentukan pendekatan2dalam proses pengajaran,pembelajaran dan penilaian

    y Faktor keperluan murid2 di mana sekolah perlu memenuhi semua keperluan mereka

    sepertikperluan asas (makan,bernafas dan membesar) keselamatan,kasih sayang

    dankesempurnaan kendiri.

    y Satu dilema yg dihadapi oleh guru kbsr ialah tidak berpeluang berkursus utk membina

    bahanpengajaran yg sesuai dgn program kbsr

  • 8/6/2019 Implikasi Kbsr Terhadap Sistem Pendidikan Negara

    2/22

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Mohandas_Karamchand_Gandhi

    Mohandas Karamchand GandhiDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

    Mahatma Karamchand Gandhi di Bombay pada September 1944.

    Mohandas Karamchand Gandhi (Gujarati: , Devangar:

    ) (2 Oktober, 1869 - 30 Januari,1948) juga dipanggil Mahatma Gandhi (bahasa Sanskrit:

    "berjiwa hebat") adalah seorang pemimpin spiritual dan tokoh politik tersohor dariIndia.

    Pada masa kehidupan Gandhi, banyak negara yang merupakanjajahanBritish. Penduduk di koloni-koloni

    tersebut mendambakankemerdekaan agar dapat memerintah negaranya sendiri.

    Gandhi adalah salah seorang yang paling penting yang terlibat dalam pergerakan kemerdekaan India. Dia

    adalah aktivis yang tidak menggunakan kekerasan, yang mengusung gerakan kemerdekaan

    melalui demonstrasi secara aman.

    Isi kandungan

    [sorokkan]

    1 Sejarah awal

    2 Afrika Selatan dan dasar aparteid

    3 Gandhi dan kemerdekaan India

  • 8/6/2019 Implikasi Kbsr Terhadap Sistem Pendidikan Negara

    3/22

    4 Lain-lain

    5 Pautan luar

    [sunting]Sejarah awal

    Beliau dilahirkan pada 2 Oktober, 1869, di Porbandar, sebuah pekan kecil di wilayah Gujarat. Keluarganya dari

    kelas pertengahan darikasta Vaishya. Bapanya, Karamchand, merupakan seorang Dewan atau Perdana

    Menteri di pekan tersebut. Manakala ibunya bernama Putlibai, adalah seorang wanita yang lemah lembut dan

    warak, dan menjadi sumber inspirasi bagi beliau.

    Semasa Gandhi di sekolah rendah, beliau tidak menunjuk sebarang petanda akan menjadi seorang tokoh yang

    terkenal. Disekolah beliau dianggap sebagai seorang pelajaryang "mediocre" atau sederhana dan merupakan

    seorang yang sangat pemalu. Namun sejak kecil lagi, beliau menunjukkan sifatnya yang berintegriti. Sewaktu

    suatu ujian ejaan beliau telah silap mengeja. Tetapi beliau enggan meniru kawannya, walaupun diberi peluang

    oleh gurunya.

    Mengikut adat orang India pada waktu itu, beliau telah dikahwinkan pada usia yang muda iaitu pada umur 13

    tahun kepada Kasturbai, seorang gadis yang sebaya dengannya.

    Pada usia 18 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya di Southampton, England dalam bidang undang-undang.

    Di samping mempelajari undang-undang, beliau mula menunjuk minat dalam bidang keagamaan. Pelbagai

    kitab serta buku-buku keagamaan seperti Hindu, Kristian, Yahudi dan Islam telah menjadi bahan bacaannya.

    Pada 1891, beliau lulus peperiksaan akhirnya dan pulang ke India sebagai seorang peguam.

    [sunting]Afrika Selatan dan dasar aparteid

    Semasa di Bombay, beliau mencuba nasib sebagai seorang peguambela tetapi gagal. Beliau kemudiannya

    diarah untuk membela seorang klien diAfrika Selatan. Lantas beliaupun pergi ke negara yang asing ini.

    Disana, beliau menyaksikan diskriminasi yang sangat teruk. Bangsa India, samada peniaga mahupun buruh

    dianggap sebagai golongan kelas kedua dan dipanggil "kuli" atau "sami".

    Pengalaman diskriminasi yang pertama berlaku di Maritzburg, ibunegeri Natal. Sewaktu didalam keretapi,

    seorang berkulit putih telah membantah kehadiran seorang "berwarna" di kelas pertama dan mengarah beliau

    untuk pindah ke kelas ketiga. Beliau enggan menurut kemahuannya kerana mempunyai tiket kelas pertama.

    Akhirnya beliau serta begnya telah dihumban keluar dari keretapi tersebut.

    Peristiwa ini merupakan satu tamparan hebat kepada Gandhi. Beliau kemudian memutuskan untuk menjadi

    seorang aktivis politik agar dapat mengubah undang-undang diskriminasi tersebut. Gandhi kemudiannya

    membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan disana.

    [sunting]Gandhi dan kemerdekaan India

  • 8/6/2019 Implikasi Kbsr Terhadap Sistem Pendidikan Negara

    4/22

    Ketika kembali ke India, dia membantu dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British; hal ini

    memberikan inspirasi bagi rakyat di koloni-koloni lainnya agar berjuang mendapatkan kemerdekaannya.

    Rakyat dari agama dan suku yang berbeza yang hidup di India kala itu yakin bahwa India perlu dipecah

    menjadi beberapa negara agar kelompok yang berbeza ini dapat mempunyai negara mereka sendiri. Ramai

    yang ingin melihat penganut agama Hindu dan Islam berpisah dan mempunyai negara sendiri. Walaupun,

    Gandhi adalah seorang Hindu, beliau menyukai falsafah dari agama-agama lain termasuk Islam dan Kristian.

    Beliau percaya bahawa manusia tak kira agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secara

    damai di dalam satu negara.

    Pada 1947, India mencapai kemerdekaan dan berpisah menjadi dua negara, India dan Pakistan. Hal ini tidak

    disetujui Gandhi.

    Prinsip Gandhi,satyagraha, sering diterjemahkan sebagai "jalan yang benar" atau "jalan menuju

    kebenaran", telah menjadi sumber inspirasi berbagai generasi aktivis-aktivis demokrasidan anti-rasisme seperti Martin Luther King, Jr. dan Nelson Mandela. Gandhi sering mengatakan nilai-nilai ajarannya

    sangat sederhana, yang berdasarkan kepercayaan Hindu tradisional: kebenaran (satya), dan bukan-kekerasan

    (ahimsa).

    Pada 30 Januari 1948, Gandhi dibunuh seorang lelaki Hindu yang marah kerana kepercayaan Gandhi yang

    menginginkan rakyat Hindu dan Muslim diberikan hak yang sama.

    [sunting]Lain-lain

    Gandhi tidak pernah menerima Penghargaan Perdamaian Nobel, meskipun dicalonkan sebanyak lima kali

    antara 1937 dan 1948. Beberapa dekad kemudian, hal ini disesali secara umum oleh pihak Jawatankuasa

    Nobel. Ketika Dalai Lama dianugerahi Penghargaan Nobel pada 1989, ketua Jawatankuasa Nobel

    mengatakan bahawa ini merupakan "suatu cara untuk mengenang jasa Mahatma Gandhi".

    Museum elektronik Nobel mempunyai artikel mengenai hal tersebut. [1]

    Sepanjang hidupnya, aktivis Gandhi telah menarik berbagai komentar dan pendapat. Misalnya, sebagai

    pemimpin Kerajaan British, Winston Churchill pernah berkata"Menyedihkan...melihatMr. Gandhi, seorang

    peguambela daripada Kuil Tengah (Middle Temple) yang menghasut, sekarang tampil sebagai seorang fakir

    yang biasa dari Timur, menaiki tangga Istana Viceregaldengan badan setengah telanjang."

    Begitu juga denganAlbert Einstein yang berkata mengenai Gandhi: "(Mungkin) para generasi berikutnya akan

    sukarmempercayai bahawa ada orang seperti ini yang pernah hidup di dunia ini."

    Karya Mahatma Gandhi tidak dilupakan oleh generasi berikutnya. Cucunya,Arun Gandhi dan Rajmohan

    Gandhi dan bahkan anak cucunya, Tushar Gandhi, adalah aktivis-aktivis sosio-politik yang terlibat dalam

    mempromosikan gerakan bukan-kekerasan di seluruh dunia.

  • 8/6/2019 Implikasi Kbsr Terhadap Sistem Pendidikan Negara

    5/22

    [sunting]Pautan luar

    Yayasan GandhiServe/The GandhiServe Foundation Mahatma Gandhi Research and Media Service

    100 foto Mahatma Gandhi terbaik

    Arsip elektronik resmi & Pusat Referensi Mahatma Gandhi

    Mahatma Gandhi dan keluarga Corea Family dari Chilaw Kunjungan Mahatma Gandhi ke Ceylon (Sri

    Lanka) pada 1927

    mkgandhi.org

    Mani Bhavan Gandhi Sangrahalaya Gandhi Museum & Library Mani Bhavan adalah tempat Gandhi tinggal

    kapanpun dia berada di Mumbai antara 1917 and 1934. Dari sinilah Gandhi memulai gerakan

    Pengingkaran Sipil, Swadeshi, Khadi dan Khilafat nya.

    Yayasan Gandhi/The Gandhi Foundation

    Mitos dan Legenda mengenai Gandhi

  • 8/6/2019 Implikasi Kbsr Terhadap Sistem Pendidikan Negara

    6/22

    http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/01/peranan-guru-dalam-pembinaan-negara.htmlPeranan Guru Dalam Pembinaan Negara Bangsa1/02/2010 Ditulis oleh: Kulanz Salleh

    Pendidikan dan pembinaan negara adalah berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa

    pendidikan, proses pembinaan negara tidak akan tercapai. Sesebuah negara perlukan

    warganegara yang terdidik dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual

    seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Pernyataan di atas menggambarkan peranan utama yang diharap dapat dilaksanakan oleh

    sistem pendidikan formal di Malaysia dalam membina bangsa yang bersatu dan moden.

    Situasi ini juga menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu digalas oleh guru

    dalam mendidik anak bangsa menacapai matlamat negara. Namun, guru yang mempunyai

    tahap keprofesionalan yang tinggi perlu jelas akan amanah mereka yang sebenar iaitu

    melahirkan insan yang seimbang dari segi ilmu serta akhlak moral agar segala ilmu yang

    diperoleh dapat disalurkan kepada kebaikan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

    Justeru, di sinilah pentingnya watak-watak murni untuk dibentuk dalam diri pelajar agar

    hasrat untuk mencapai produk yang berkualiti menjadi realiti. Ini semua hanya akan dapat

    dilakukan sekiranya warga pendidik dapat melaksanakan peranan mereka terutamanya

    dalam usaha memperkukuh perpaduan, membina identiti nasional dan semangat

    kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan

    menghadapi globalisasi.

    a. Menekankan Nilai Murni Merentas Kurikulum

    Bagi mencapai matlamat pembentukan negara bangsa, guru harus menjalankan

    tanggungjawabnya dalam menanamkan nilai-nilai murni yang merentasi kurikulum dan

    kokurikulum kerana nilai adalah ukur tara terhadap sesuatu benda, perkara, perbuatan dan

    amalan. Nilai juga melibatkan persepsi minda dan hati berasaskan sifat dan syarat tertentu

    yang serasi dan sejalan dengan fitrah. Baik pada ukuran nilai tidak sahaja pada

    pertimbangan akal dan rasional tetapi juga pada hati dan terlihat dalam amalan dan

    percakapan. Penerapan watak nilai murni kemanusiaan ini memandu manusia agar hidup

    bertatahkan adab agar pembinaan bangsa itu berada di tahap yang tinggi dari segi ilmu dan

    akhlaknya.

    Dalam proses pendidikan ini, guru berperanan mendidik manusia supaya faham makna diri,

    makna Pencipta dan makna persekitaran dengan ilmu sebagai medium utama. Dalam

    pengajaran di sekolah, ilmu diolah menjadi kurikulum dan ia menjadi fokus dalam

    menyusun sukatan. Bagaimana penerapan nilai yang sewajarnya, bergantung kepada

    kebijaksanaan melaksanakan proses pedagogi dalam bilik darjah. Hal yang sama juga

  • 8/6/2019 Implikasi Kbsr Terhadap Sistem Pendidikan Negara

    7/22

    berkait dengan kegiatan ko kurikulum sama ada bentuknya sukan dan permainan, kesenian

    dan persatuan, ianya berkembang dalam batas nilai.

    Dalam pendidikan perlu ada nilai-nilai teras yang sifatnya fundamental seperti amanah,

    jujur dan ikhlas, hormat-menghormati serta adil dan bijaksana. Nilai-nilai teras di sampingnilai-nilai tambahan dan kembangan harus disuburkan secara kreatif dan bijaksana agar

    watak yang bersih sifatnya dapat digarap dalam jiwa pelajar. Dalam hal ini, guru atau

    pendidik merupakan fokus utama dalam penerapan nilai. Murid atau pelajar mengalami

    proses perpindahan ilmu, maklumat dan ketrampilan. Matlamat akhir pendidikan ialah

    berlakunya transformasi diri dan penitipan adab kepada diri pelajar. Pada diri guru harus

    ada sifat muallim, murabbi dan pelbagai sifat-sifat pendidik yang tinggi lain agar proses

    pendidikan ini dapat dilihat sebagi proses bina insan. Sifat-sifat ini hendaklah terlihat dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran dan ianya boleh menyebabkan berlakunya

    transformasi diri. Pada diri pendidik ada contoh yang fitrah sifatnya dan seperti ibu bapa

    juga, guru berada di peringkat kedua menjadikan dirinya teladan dan sumber ikutan para

    pelajar.

    b. Menyediakan Pendidikan Berkualiti

    Matlamat pembentukan sebuah negara bangsa hanya dapat dicapai jika masyarakatnya

    mempunyai ketrampilan dalam pelbagai bidang. Ini termasuklah juga di bidang pendidikan.

    Justeru adalah menjadi peranan guru dalam menyediakan pendidikan berkualiti untuk

    semua. Pendekatan ini adalah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana

    pendidikan berkualiti adalah untuk memastikan semua kanak-kanak mendapat pendidikan

    yang terbaik supaya mereka dapat memperkembangkan potensi mereka secara holistik dari

    segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam erti kata yang lain pendidikan yangdisediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk menghasilkan seorang pelajar

    yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sahsiah. Dengan hasrat agar

    apabila pelajar telah tamat pendidikannya dengan kecemerlangan ilmu pengetahuan

    khususnya dalam bidang sains, teknologi dan ICT; kemahiran tinggi seperti berupaya

    berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai bahasa; dan sifat sahsiah yang positif

    maka mereka dapat menyumbang kepada kesejahteraan dan pembangunan dirinya,

    keluarga dan negara Malaysia.

    Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai organisasi yang bertanggungjawab telah

    melaksanakan beberapa strategi yang dapat memantapkan Sistem Pendidikan Kebangsaan,antaranya ialah melicinkan tatacara pengurusan pendidikan dengan cara meningkatkan

    kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan. Langkah ini diambil bagi memastikan

    organisasi berkenaan dapat meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan

    menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Aspek pengurusan ini

    memang banyak disentuh dalam Akta Pendidikan 1996, misalnya dalam Bab 11, Seksyen

    53 berkenaan Suratcara pengelolaan bagi institusi pendidikan.

  • 8/6/2019 Implikasi Kbsr Terhadap Sistem Pendidikan Negara

    8/22

    c. Membangun Sumber Manusia Melalui Aktiviti Ko-Kurikulum

    Pembinaan watak melalui kegiatan ko kurikulum juga amat penting dalam mengembangkan

    lagi bakat dan minat para pelajar supaya ianya menjadi persiapan kepada pelajar dalam

    menghadapi realiti hidup dan cabaran yang mendatang. Disiplin dalam organisasi, adab

    dalam bersukan dan berseni menjadi aset yang penting kepada pelajar dalam membentuk

    jiwa kepimpinan dalam diri mereka. Hakikatnya, pembabitan pelajar dalam organisasi

    merupakan suatu jambatan kepada membina keperibadian, ketrampilan dan ciri kepimpinan

    yang akan mempengaruhi hala tuju kehidupan pelajar tersebut pada masa akan datang.

    Watak-watak berkeperibadian yang tinggi serta kepimpinan berasaskan nilai inilah secara

    tidak langsung yang akan menghasilkan produk berkualiti untuk kemajuan negara pada

    masa akan datang untuk meneroka kemajuan dan perubahan yang sifatnya membangun

    bukan meruntuhkan. Inilah peranan utama guru yang mempunyai tahap profesianal yang

    tinggi dalam pembentukan watak insan kamil demi kepentingan pembentukan negara

    bangsa.

    d. Memupuk Kefahaman Yang Jelas Terhadap Islam Hadhari

    Fokus terakhir teras membina Negara Bangsa dalah meupuk kefahaman yang jelas

    terhadap Islam Hadhari. Strategi pelaksanaan fokus ini adalah mempelbagai aktiviti untuk

    membimbing pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari dalam pembentukan pemikiran dan

    kehidupan. Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada 10 aspek kehidupan

    seharian umat Islam yang mengutamakan nilai-nilai murni, kasih sayang dan toleransi.

    Namun kefahaman Islam Hadhari masih belum diterima sepenuhnya oleh masyarakat di

    Malaysia. Peranan guru-guru di sekolah adalah perlu bagi memupuk kefahaman tentang

    Islam Hadhari kepada murid-murid supaya Islam Hadhari tidak disalah tafsirkan oleh murid

    dan masyarakat umum.

    Pelbagai aktiviti seperti seminar, ceramah dan kursus berkaitan Islam Hadhari telah

    diadakan sepanjang tahun 2007 kepada guru-guru sekolah rendah dan menengah bagi

    memupuk kefahaman yang jelas terhadap Islam Hadhari. Oleh demikian, setiap guru perlu

    menerapkan kefahaman Islam Hadhari Merentas Kurikulum melalui pengajaran dan

    pembelajaran kepada murid dan ianya tidak diajar sebagai mata pelajaran tersendiri. Oleh

    sebab itu, KPM telah membekalkan buku panduan pengajaran dan pembelajaran Islam

    Hadhari untuk murid Tingkatan 1 hingga 5 kepada semua guru. Bagi meningkatkan

    kefahaman mengenai Islam Hadhari kepada pemimpin sekolah dan guru-guru, KPM juga

    telah memperbanyakkan bahan bacaan mengenai Islam Hadhari seperti menerbitkan dan

    mengedarkan ke sekolah-sekolah Buku Perancangan Strategik Lima Tahun Pendekatan

    Islam Hadhari, Buku Panduan KBSR/KBSM berasaskan Islam Hadhari serta risalah-risalah

    mengenai Islam Hadhari. Harapan KPM supaya kefahaman serta penerimaan warga guru

    sendiri terhadap Islam Hadhari dapat ditingkatkan dan prinsip-prinsip Islam Hadhari dapat

    diamalkan dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

  • 8/6/2019 Implikasi Kbsr Terhadap Sistem Pendidikan Negara

    9/22

    KEMAMPUAN MENGAJAR GURU:Teori , Strategi dan Perkaedahan Dalam Pendidikan Komputer.

    1.0 Pendahuluan

    Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja. Hjetland(1995) menyatakan bahawa "Technology can

    make our lives easier. Everyday tasks are simplified". Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat

    mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja

    pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran. K-Ekonomi merupakan isu utama yang disarankan oleh

    Perdana Menteri kita, maka seharusnya pengetahuan tentang teknologi maklumat adalah penting bagi guru-guru

    dalam membentuk generasi yang akan datang. Winston Churcil menyatakan " empayar di masa depan ialah

    empayar pemikiran dan minda" Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya , pendekatan

    pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan

    ,mengunpul maklumat , menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan

    pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya di kikis dari pemikiran guru tetapi diubah

    dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.

    2.0 Kandungan Komponen Komputer Dalam Pendidikan

    Struktur kurikulum Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 14 minggu komputer adalah seperti berikut

    a) Asas Dinamika Guru

    a) Pengajaran dan pembelajaran Bestari

    i. Kemahiran Teknologi Maklumat

    ii. Kemahiran Secara Kritis dan Kreatif

    iii. Kemahiran Belajar

    iv. Kemahiran Mentaksir dan Menilai

    v. Pengurusan Pembelajaran Bestari

    b) Komputer Dalam Pendidikan

    a) Pengenalan Kepada Sistem Dan Rangkaian Komputer

    i. Perkembangan Komputer Dan Teknologi Maklumat

    ii. Komputer Dalam Pendidikan

    iii. Perkakasan dan Perisian

    b) Rangkaian Komputer

    i. Pengenalan Kepada Komunikasi Data dan Rangkaian Komputer

    ii. Rangkaian Setempat (LAN)

    c) Penyenggaraan Sistem Komputer dan Pengurusan Teknologi Maklumat di Sekolah

    i. Penyenggaraan Sistem komputer

    ii. Pengenalan kepada komponen dan fungsinya

    iii Menanggal dan memasang semula komponen komputer

  • 8/6/2019 Implikasi Kbsr Terhadap Sistem Pendidikan Negara

    10/22

    iv. Mengesan kerosakan dan penggunaan perisian ultiliti

    v. Konfigurasi sistem komputer

    vi. Penyediaan perisian

    vii. Pengurusan fail

    vii. Penyediaan Sistem rangkaian

    ix Pengurusan dan penyenggaraan perkakasan

    d) Pengurusan Teknologi Maklumat

    a) Merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti TM di sekolah

    b) Penyediaan makmal komputer

    c). Aspek keselamatan

    e) Internet Dalam Pendidikan

    a) Pengenalan Internet

    i. Kegunaan internet

    ii. Keperluan Perkakasan dan Perisian

    iii. Penggunaan Internet Dalam Pendidikan

    iv. Kemahiran Mencari Dan Menyimpan Maklumat Dari Internet

    v. Isu-isu Semasa Berkaitan Internet

    b) Pembinaan Laman Web

    i. Mengenal contoh-contoh Laman Web

    ii. Mengenalpasti contoh-contoh perisian yang berkaitan

    iii. Pemilihan grafik dan muzik

    3.0 Teori Dan Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

    Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan,penguasaan kemahiran dan tabiat serta

    pembentukan sikap dan kepercayaan . Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia . Proses

    pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya

    berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu

    objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang . Walaubagaimanapun

    perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah

    dianggap sebagai pembelajaran. Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk

    memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran boleh

    ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal. Manakala

    aliran behavioris pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku ,iaitu cara seseorang

    bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu

    seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu. Teori-Teori pembelajaran mempunyai beberapa

    kepentingan kepada para guru .

  • 8/6/2019 Implikasi Kbsr Terhadap Sistem Pendidikan Negara

    11/22

    Menurut Arif Sukardi (1987), terdapat beberapa sebab teori-teori pembelajaran ini perlu dikuasai oleh guru,

    antaranya ialah seperti berikut:

    a) teori pembelajaran membantu guru memahami proses pembelajaran yang berlaku di dalam diri pelajar itu

    sendiri.

    b) guru dapat memahami keadaan dan faktor yang mempengaruhi, mempercepatkan atau melambatkan proses

    pembelajaran seseorang.

    c) guru dapat membuat ramalan yang tepat tentang hasil yang diharapkan dari proses pengajaran dan

    pembelajaran.

    Terdapat beberapa teori yang dikemukakan mengenai pembelajaran , setiap teori mempunyai konsep atau prinsip

    tersendiri tentang proses belajar. Berdasarkan berbezaan sudut pandang ini maka teori pembelajaran tersebut

    dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian .

    a) Teori Tingkahlaku

    Teori ini diperkenalkan oleh aliran mazhab behavioris .Mereka berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan

    dalam tingkahlaku , iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Pandangan ini memfokuskan kepada

    perubahan tingkahlaku yang nyata dan dapat diperhatikan .Di antara pandangan atau definisi pembelajaran

    mazhab behavioris yang boleh diterima umum ialah seperti yang diberikan oleh Kimble (1961) yang menyatakan

    pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkahlaku yang agak tetap akibat daripada latihan pengukuhan.

    Perubahan pembelajaran ini berlaku melalui empat proses iaitu perhubungan , pelaziman klasik,pelaziman operan

    dan pembelajaran melalui pemerhatian. Di antara prinsip-prinsip teori behaviorisme yang diterapkan dalam

    pengajaran dan pembelajaran komputer ialah

    a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya . Keadaan ini dapat

    diwujudkan dengan dengan menyediakan aktiviti-aktiviti tertenti yang melibatkan pelajar secara aktif seperti

    perbincangan dalam kumpulan, aktiviti amali, contohnya amali membuka dan memasang komponen perkakasan

    komputer.

    b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya dan

    dapat memberikan respon tertentu. Contohnya dalam menyampaikan tajuk komponen perkakasan komputer

    bahan-bahan bantu mengajar seperti kertas edaran atau hand out disediakan terlebih dahulu di samping

    penggunanaan slaid powerpoint dapat menjelaskan sesuatu konsep atau fungsi dengan jelas.Ini memudahkan

    pelajar memahami tajuk yang diajar.

    c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon

    yang diberikannya telah benar. Penglibatan dan perhatian pelajar dapat dikekalkan dengan memberikan ganjaran

    atau rangsangan dengan tujuan untuk memotivasikan mereka bagi mengikuti pembelajaran seterusnya. Setiap

    respon pelajar perlu diberikan maklumbalas yang positif .

    d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi motivasi. Setiap kali pelakar berjaya

    melakukan sesuatu aktiviti ataupun memberikan respon yang betul atau baik maka ia perlu diberikan ganjaran

    untuk mengekalkan minat pelajar bagi meneruskan pembelajaran berikutnya. Contohnya dalam aktiviti kumpulan

  • 8/6/2019 Implikasi Kbsr Terhadap Sistem Pendidikan Negara

    12/22

    pemasangan komponen perkakasan komputer dalam kumpulan, guru boleh memberikan ganjaran seperti jumlah

    markah yang tinggi, kakat-kata pujian atau sebarang bentuk tindakan yang boleh memotivasikan pelajar.

    Menurut (Gagne,Briggs dan Wager 1992) dalam teori pembelajaran tingkahlaku (Behavioral) , terdapat sembilan

    elemen yang baik untuk sesuatu pengajaran . Berdasarkan sembilan elemen ini , jika dikaitkan dengan pengajaran

    topik Konsep Asas Sistem Komputer beberapa kaedah dan strategi boleh diterapkan semasa proses pengajaran

    dijalankan di dalam kelas . Contohnya dalam pengajaran pembelajaran perkakasan komputer ,pada permulaan

    pengajaran seorang guru itu haruslah pandai menarik perhatian dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang

    boleh menarik perhatian seperti persembahan powerpoint yang menarik terutamanya untuk menerangkan tentang

    tajuk mengenai asas perkasan komputer ke dalam kelas .Guru haruslah memberitahu pelajar bahawa tajuk ini

    sangat menarik dan penting kerana ia akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan asas mengenai perkakasan

    sistem komputer . Guru perlu memberitahu pelajar tentang objektif pelajaran dan apa yang diharapkan satelah

    selesai mengikuti pengajaran dan pembelajaran . Contohnya ,guru perlu menjelaskan mengapa tajuk ini amat

    penting untuk di pelajari dan apakah kegunaan dan kepentingannya terhadap pelajar . Selain itu , sebelum

    memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran , seorang guru itu harus merangsang pelajar untuk

    mengingat semula isi kandungan yang telah di pelajari sebelum ini . Guru juga harus mempersembahkan bahan

    yang merangsangkan iaitu melalui beberapa soalan , suara guru haruslah jelas dan berintonasi , susunan idea

    semasa bercakap juga penting dan juga menggunakan pelbagai media yang relevan contohnya carta alir ,

    gambarajah dan juga slaid projektor . Guru juga harus menggalakkan pelajar berbincang dan menyuruh pelajar

    mengajar rakan-rakan mereka yang tidak faham tentang topik yang di ajar pada hari itu . Guru haruslah mengesan

    kemajuan pelajar dengan mengemukakan soalan atau memberi tugasan supaya pelajar dapat mengaplikasikan

    ilmu yang di pelajari . Sebagai contoh , guru memberi tugasan kepada pelajar bagaimana untuk mendapatkan data

    mengenai jenis perkakasan komputer terkini di pasaran tajuk perkakasan komputer yang telah dipelajari sebelum

    itu .

    b) Teori Kognitif

    Ahli psikologi kognitif menyatakan bahawa pembelajaran ialah satu proses dalaman dan tidak dapat diperhatikan

    secara langsung. Pembelajaran menyebabkan perubahan tingkahlaku seseorang terhadap sesuatu situasi yang

    khusus. Perubahan tingkahlaku dianggap cuma mencerminkan perubahan dalaman yang sukar untuk diperhatikan

    seperti pengetahuan ,perasaan ,harapan dan pemikiran. Menurut Bruner untuk mengajar sesuatu tidak perlu

    menunggu sehingga kanak-kanak mancapai tahap perkembangan tertentu. Aspek pentingnya ialah bahan

    pengajaran harus disediakan dengan baik. Dengan lain perkataan perkembangan kognitif seseorang dapat

    ditingkatkan dengan cara mengatur bahan yang akan dipelajari dan menyajikannya sesuai dengan tingkat

    perkembangannya. Penerapan teori Bruner yang terkenal dalam dunia pendidikan adalah kurikulum spiral di mana

    bahan pelajaran yang sama dapat diberikan mulai dari tahap rendah sehingga ke tahap menengah, disesuaikan

    dengan tingkat perkembangan kognitif mereka. Cara belajar yang terbaik menurut Bruner ini adalah dengan

    memahami konsep, makna dan hubungan melalui proses intuitif dan seterusnya menghasilkan suatu kesimpulan.

    Menurut Hartley & Davies (1976), prinsip-prinsip kognif dari beberapa contoh di atas banyak diterapkan dalam

  • 8/6/2019 Implikasi Kbsr Terhadap Sistem Pendidikan Negara

    13/22

    dunia pendidikan khususnya dalam melaksanakan kegiatan perancangan pembelajaran. Prinsip-prinsip tersebut

    adalah seperti berikut

    a) Pelajar akan lebih mampu mengingat dan memahami sesuatu apabila pelajaran tersebut disusun berdasarkan

    pola dan logik tertentu.

    b) Penyusunan bahan pelajaran dari sederhana ke rumit. Pelajar harus lebih tahu tugas-tugas yang bersifat lebih

    sederhana.

    c) Pembelajaran dengan memahami lebih baik dari pada menghafal tanpa pemahaman. Sesuatu yang baru harus

    sesuai dengan apa yang telah diketahui pelajar sebelumnya.

    d) Tugas guru di sini adalah menunjukkan hubungan apa yang telah diketahui sebelumnya.

    e) Adanya perbezaan individu yang harus diperhatikan dan faktor ini mempengaruhi proses pembelajaran pelajar.

    Kognitif berkaitan dengan mental,dan ianya berkait rapat dengan ingatan jangka panjang dan ingatan jangka

    pendek. Ini boleh dilihat melalui teori Pemprosesan Maklumat. Teori ini menumpukan kepada bagaimana pelajar

    memproses maklumat oleh pelajar . Maklumat yang baru disimpan dalam ingatan jangka pendek. Kemudian

    diproses sebelum disimpan ke ingatan jangka panjang. Kombinasi pengetahuan (maklumat yang diproses) dan

    kemahiran di ingatan jangka panjang akan membina strategi-strategi kognitif atau kemahiran yang berkaitan

    dengan tugas-tugas yang kompleks. Langkah langkah pengajaran mengikut teori pemprosesan maklumat

    disampaikan seperti berikut.

    a) Perhatian pelajar : Permulaan pengajaran dengan memberikan set induksi yang dapat menarik perhatian pelajar

    kepada guru dan pengajaran. Contohnya dalam pengajaran tajuk perkakasan komputer guru boleh bersoaljawab

    dengan pelajar dan menunjukkan beberapa contoh perkakasan kompouter ke dalam kelas .

    b) Membawa ingatan pelajar pada tajuk yang berkaitan. Perbincangan tajuk-tajuk lepas yang sudah dipelajari dan

    dikaitkan dengan topik yang kan diajar.

    c) Penekanan terhadap isi pelajaran yang penting ( utama). Pengajaran pembelajaran sesuatu tajuk disampaikan

    dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang bertepatan dengan tajuk yang akan disampaikan. Contohnya

    dalam pengajaran tajuk perkakasan komputer beberapa handout

    mengenainya diedarkan kepada pelajar sebagai banah panduan dan rujukan untuk mengikuti pengajaran guru. Di

    samping penyediaan slaid powerpoint yang baik dan dapat menjelaskan isi pelajaran yang disampaikan.

    d) Persembahkan maklumat dengan teratur dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian .

    Contohnya seperti perisian kursus yang berkaitan dengan tajuk perkakasan komputer .

    e) Tunjukkan pelajar bagaimana mengkategorikan maklumat yang diterima. Guru membantu dan memberikan

    bimbingan kepada pelajar untuk melaksanakan memahami dan pembelajaran .

    f) Beri peluang kepada pelajar untuk mengembangkan maklumat yang baru diterima

    g) Pengulangan Contoh ialah mengingatkan pelajar beberapa isi penting yang dipelajari (ingatan janga pendek)

    dan menyediakan

    beberapa aktiviti atau latihan yang berkaitan dengan pelajaran lepas ( ingatan jangka panjang)

    c) Teori Konstruktivisime

  • 8/6/2019 Implikasi Kbsr Terhadap Sistem Pendidikan Negara

    14/22

    Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam

    minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran

    di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Mengikut kefahaman

    konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang

    serba sempurna. Pelajar perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran

    adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk pelajar. Blok binaan asas bagi

    ilmu pengetahuan ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh pelajar sebagai bahan mentah bagi

    proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran pelajar tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing

    dalam persekitaran. Realiti yang diketahui pelajar adalah realiti yang dibina sendiri. Pelajar sebenarnya telah

    mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.Untuk

    membantu pelajar membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang

    sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada

    pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. .

    Beberapa orang ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu

    bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada pelajar. Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa

    pelajar mempunyai idea mereka sendiri hampir dalam semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah.

    Jika kefahaman dan salah konsep ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan

    asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang

    dikehendaki oleh guru. John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa

    pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina

    pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan pelajar di dalam setiap aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran. Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru

    akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan

    cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan

    pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan pelajar meniru dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru

    kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan pelajar membina skema

    pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif.

    Dalam teori konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan guru atau sistem

    pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubah suai realiti

    tersebut. Ini adalah sesuai dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputeri. Dalam

    melaksanakan pengajaran perkakasan komputer pelajar aktif dalam membina realiti mereka sendiri. Segala

    pengetahuan dibina oleh pelajar dalam modul tidak disokong dari pengetahuan luar. Dick (1997) menyatakan

    bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah dalam mana persekitaran pembelajaran boleh disusunatur

    dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Pembelajaran akan

    melibatkan pelajar yang aktif dengan mencari pengetahuan dan melibatkan kerja-kerja amali. Teori ini juga

    beranggapan bahawa pelajar mampu untuk membuat penyelidikan, menganalisis dan mempersembahkan

    maklumat .

  • 8/6/2019 Implikasi Kbsr Terhadap Sistem Pendidikan Negara

    15/22

    d) Teori Andragogi

    Teori andragogi oleh Kowles adalah suatu percubaan untuk mengembangkan satu teori yang khas tentang

    pembelajaran orang dewasa. Knowles menegaskan orang dewasa adalah terarah diri dan dijangka

    bertanggungjawab atas keputusannya. Program pembelajaran orang dewasa seharusnya menampung aspek asas

    ini. Andragogi membuat andaian-andaian berikut tentang corak pembelajaran:

    a) Orang dewasa perlu mengetahui sebab ia dikehendaki mempelajari sesuatu

    b) Orang dewasa perlu belajar secara eksperimen.

    c) Orang dewasa menganggap pembelajaran sebagai penyelesaian masalah.

    d Pembelajaran orang dewasa paling berkesan jika topik pelajarannya mempunyai nilai segera.

    Secara praktiknya, andragogi bermakna instruksi untuk orang dewasa perlu berfokuskan lebih kepada proses

    daripada isi kandungan yang diajar. Strategi-strategi seperti kajian kes, main peranan, simulasi, dan penilaian

    kendiri adalah paling berguna. Pengajar memainkan peranan sebagai fasilitator atau kakitangan resos dan kurang

    sebagai pensyarah atau penilai. Andragogi diaplikasikan kepada sebarang bentuk pembelajaran orang dewasa dan

    telah digunakan dengan meluasnya dalam mencorak lahan organisasi .

    Knowles memberi satu contoh aplikasi prinsip-prinsip andragogi dalam desain latihan komputer peribadi:

    a) Perlunya menjelaskan sebab sesuatu diajar (misalannya, arahan tertentu, fungsi, operasi .

    b) Instruksi perlu berorientasikan tugasan dan bukan hafalan -aktiviti pembelajaran harus dalam konteks di mana

    tugas- tugas dilakukan.

    c) Instruksi perlu mengambil kira pelbagai latar belakang pelajar; bahan dan aktiviti pembelajaran hendaklah

    disesuaikan dengan jenis/tahap pengalaman

    penggunaan komputer yang berbeza.

    Oleh kerana orang dewasa adalah terarah diri, instruksi haruslah membenarkan pelajar dewasa melakukan

    penemuan sendiri, dan memberi bimbingan dan bantuan jika kesilapan berlaku. Marzano dan Arredondo

    mengutarakan teknik pemprosesan mendalam (Deep Processing) yang menegaskan komponen-komponen

    pemikiran iaitu imej, sensasi, emosi dan linguistik. Untuk mengingati sesuatu perkara dengan baik, keempat-

    empat komponen dibangkitkan.

    Prinsip-prinsip Andragogi adalah seperti beikut.

    a) Orang dewasa perlu dilibatkan dalam perancangan dan penilaian instruksinya.

    b) Pengalaman (termasuk kesilapan) menjadi asas untuk aktiviti pembelajaran.

    c) Orang dewasa paling berminat mempelajari subjek yang mempunyai hubungan yang segera dengan pekerjaan

    atau kehidupan peribadinya.

    d) Pembelajaran orang dewasa adalah berpusatkan masalah dan bukan berorientasi isi kandungan

    4.0 Konsep Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

  • 8/6/2019 Implikasi Kbsr Terhadap Sistem Pendidikan Negara

    16/22

    Konsep pendekatan,kaedah,teknik dan strategi mempunyai kaitan antara satu sama lain dan saling lengkap

    melengkapi sehingga sukar untuk dibezakan antara satu dengan yang lain. Walaubagaimanapun konsep

    pendekatan,kaedah,teknik dan strategi mempunyai beberapa ciri tertentu. Pendekatan bermakna cara mendekati

    sesuatu. Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya.

    Menurut Edward M.Anthony (1963) ,pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses

    pengajaran dan pembelajaran . Berdasarkan kepada itu pendekatan harus berlandaskan model,prinsip atau teori

    pembelajaran yang merangkumi perkara berikut:

    konkrit kepada abstrak

    mudah kepada kompleks

    keseluruhan kepada bahagian

    umum kepada spesifik

    spesifik kepada umum

    dekat kepada jauh

    diketahui kepada belum diketahui

    Merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam

    jangka pendek. Mengikut Edward M.Anthony(1963) kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki

    dalam satu set prosedur yang tersusun,berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Teknik mengajar

    merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran. Di antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah,

    perbincangan, demonstrasi, latih tubi,penyoalan,sumbangsaran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai

    teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik minat pelajar,mengekalkan perhatian serta

    membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran pembelajaran. Pemilihan teknik

    mengajar perlulah berdasarkan kepada umur,kecerdasan,kebolehan dan minat pelajar. Strategi bermakna

    kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Ianya merujuk kepada kebijaksanaan guru memilih

    pendekatan serta kecekapan merancang kaedah,teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran

    yang ditentukan.

    Dalam sesuatu proses pengajaran dan beberapa strategi pendekatan perlu dipertimbangkan,antaranya ialah;

    Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran

    Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan.

    Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran

    Pengagihan masa dan langkah mengajar perlulah disusun dengan baik.

    Pengagihan bahan bantu mengajar mengikut keperluan dalam setiap kaedah dan teknik mengajar.

    Pengurusan kelas mengikut pendekatan,kaedah dan teknik mengajar yang dipilih.

    5.0 Kaedah Dan Strategi Pengajaran Komputer Dalam Pendidikan

    Menurut Tg. Zawawi , terdapat beberapa amalan profesional yang perlu dikuasai dan dihayati oleh para pendidik

    ,antaranya ialah

  • 8/6/2019 Implikasi Kbsr Terhadap Sistem Pendidikan Negara

    17/22

    a) Menterjemah kandungan kurikulum sebagai aktiviti pengajaran pembelajaran yang bermakna;

    b) Menguasai dan bijak mengguna alat teknologi terkini di samping dapat memanfaatkannya ke arah

    mengoptimumkan proses pengajaran pembelajaran;

    c) Pengajaran dan pembelajaran bermakna dan berfikrah melalui penguasaan kemahiran generik;

    d) Membantu pelajar mengenalpasti matlamat pendidikan, mendefinisikan hala tuju bagi pelajarnya, memantau

    kemajuan pelajar, dan kemudian menyediakan ruang untuk pelajar belajar mengikut kadar kendiri;

    e) Bertanggungjawab menyediakan suasana yang menggalakkan pembelajaran terarah kendiri yang kreatif dan

    berdikari.

    f) Sumbangan kreatif dan inovatif khususnya dalam menghasilkan pakej pembelajaran bestari yang boleh

    membantu proses pembelajaran pelajar ke arah akses kendiri.

    Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai dan diamalkan dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran komputer . Antaranya strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti perbincangan dengan

    rakan yang jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber maklumat, memproses maklumat

    dan menghubungkan dapatan; merujuk ensaiklopedia eletronik; belajar dari courseware eletronik dan komunikasi

    eletronik. Penekanan perlu diberikan kepada aspek konteks di dalam meningkatkan kefahaman konsep baru. Untuk

    itu, aplikasi multimedia membolehkan pembelajaran dalam konteks digunakan untuk mengajar pengetahuan dan

    kemahiran yang relevan. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan pembelajaran akses kendiri. Dalam konteks

    pengajaran pembelajaran teknologi maklumat beberapa kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran boleh

    diaplikasikan ,antaranya ialah,

    a) Perbincangan

    Perbincangan ialah kaedah dan strategi yang melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dengan pelajar di dalam

    kelas. Melalui kaedah ini pelajar dan guru bertukar-tukar fikiran mengenai tajuk yang terkandung dalam komponen

    asas komputer dan teknologi maklumat . Perkongsian dan pertukaran idea dan maklumat mengenai asas komputer

    dan teknologi maklumat dapat dilaksanakan. Guru hanya menjadi penyelia kepada sesi perbincangan yang

    diadakan. Sebelum sesi perbincangan ini dijalankan guru menjelaskan tujuan diadakan perbincangan , ini bagi

    membolehkan pelajar membuat persediaan mengenai topik yang akan dibincangkan. Pelajar memainkan peranan

    dengan aktif memberikan pandangan masing-masing mengenai tajuk. Pelajar akan mencatatkan idea-idea yang

    dibentangkan dan pada peringkat akhir rumusan dibuat oleh pelajar dengan bimbingan daripada guru .

    Perbincangan dijalankan secara keseluruhan kelas. Melalui perbincangan secara kelas ini, beberapa perkara telah

    dapat dimanafaatkan oleh guru dan pelajar,antaranya ialah

    Menggalakkan perkembangan mental pelajar di mana pelajar dapat

    memberikan idea mengenai tajuk asas komputer dan teknologi

    maklumat secara luas dan bebas,sistematik dan tepat.

    Pelajar dapat melatih diri berfikir dengan teliti, berbual dan mengemukakan soalan dan pandangan mereka

    mengenai tajuk dengan jelas.

    Pelajar dapat menggunakan kemahiran lisan untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan di antara

    satu sama lain di samping memupuk semangat bekerjasama serta mewujudkan interaksi sosial yang positif.

  • 8/6/2019 Implikasi Kbsr Terhadap Sistem Pendidikan Negara

    18/22

    Kemahiran lisan dapat dapat diperkukuhkan.

    d) Sumbangsaran

    Sumbangsaran atau percambahan fikiran juga digunakan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran asas

    komputer dan teknologi maklumat. Melalui aktiviti ini satu sesi perbincangan dilaksanakan yang membolehkan

    setiap pelajar mengemukakan pendapat dan idea terhadap satu tajuk . Melalui sumbangsaran ini ,pelajar

    dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mengandungi di antara empat hingga lima orang setiap kumpulan .

    bagi setiap kumpulan diberikan satu topik perbincangan dan ahli kumpulan akan menyumbangkan idea dan

    pandangan yang dicatat oleh seorang pelapor setiap kumpulan yang dibentuk.Topik-topik yang dipilih adalah yang

    terkandung dalam sukatan iaitu asas komputer dan teknologi maklumat da ianya sesuai dengan kebolehan pelajar

    . Sebelum menjalani sesi ini pelajar terlebih dahulu diberikan panduan oleh guru. Pelajar dilatih mengemukakan

    idea dan pendapat mereka dengan cara yang logik dan analitis. Di samping itu juga dapat memupuk semangat

    kerjasama berkongsi maklumat antara satu sama lain. Pelajar juga dilatih supaya berusaha menyelesaikan

    masalah penting sesama mereka.

    e) Tunjukcara

    Tunjukcara merupakan salah satu teknik yang dilaksanakan dalam pengajaran asas komputer dan teknologi

    maklumat. Teknik ini juga dikenali sebagai demonstrasi. Melalui teknik ini guru akan memberikan penerangan dan

    demonstrasi mengenai sesuatu isi pelajaran sebaliknya pelajar hanyalah melihat dan mendengar apa yang

    disampaikan .Contohnya teknik tunjukcara ini dilaksanakan dalam pengajaran tajuk perkakasan komputer dimana

    guru terlebih dahulu menentukan tajuk,objektif dan kandungan isi pelajaran kepada pelajar. Alatan turut

    disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah tertentu . Guru melakukan tunjukcara membuka dan memasang

    komponen perkakasan komputer Semasa melakukan demonstrasi beberapa soalan dikemukakan kepada pelajar

    untuk menarik perhatian mereka terhadap isi pelajaran dan menguji kefahaman mereka terhadap penyampaian

    guru . Beberapa bahagian utama dan penting akan dibincangkan dengan pelajar selepas tunjukcara, ini adalah

    untuk memastikan pelajar mengikuti setiap langkah yang diterangkan semasa demonstrasi tadi. Pelajar juga

    diberikan peluang untuk melakukan aktiviti demonstrasi seperti mana yang ditunjukkan oleh guru sebelum itu.

    Teknik demonstrasi atau tunjukcara ini telah memberikan beberapa kebaikan dan kesan kepada pelajar,

    antaranya.

    Pelajar telah dapat mencontohi apa yang ditunjukkan dengan lebih mudah dan tepat.

    Dapat mengukuhkan ingatan pelajar mengenai tajuk dan langkah-langkah untuk melaksanakannya.

    Pelajar lebih mudah memahami isi pelajaran dan menimbulkan minat untuk belajar.

    Kesilapan pelajar dapat dibetulkan oleh guru, ini secara tidak langsung membaiki kualiti pengetahuan pelajar.

    f) Projek

    Tujuan kaedah ini ialah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea konseptual dan

    mengembangkan kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah pengajaran lain. Guru menyediakan tajuk

    projek dan pelajar akan memilihnya mengikut kesesuaian. Garis panduan disediakan dan merangkumi maklumat

  • 8/6/2019 Implikasi Kbsr Terhadap Sistem Pendidikan Negara

    19/22

    tentang :

    Tujuan projek

    Hasil yang akan diperolehi

    Prosedur-prosedur khusus yang mesti dipatuhi.

    Tarikh akhir menyiapkan projek.

    Ativiti ini dijalankan selepas pelajar menguasai kemahiran-kemahiran tertentu secara berpasangan. Pelajar

    menjalankan beberapa kaji selidik mengenai penggunaan komputer oleh guru sekolah dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran ,pengetahuan guru-guru sekolah tentang jenis-jenis komputer dan perbandingan harga setiap

    komponen-komponen utama sistem komputer . Melalui projek ini pelajar telah membuat pemerhatian,mengumpul

    maklumat,menganalisis data serta membuat rumusan. Sebelum dilaksanakan projek ini, topik kajian telah

    ditentukan terlebih oleh guru. Tujuan dan langkah menjalankan kaji selidik telah ditentukan terlebih dahulu untuk

    memudahkan mereka membuat kajian. Bimbingan diberikan oleh guru dan hasil kaji selidik dibincangkan dan

    penilaian dibuat selepas aktiviti kajian selesai dijalankan.

    Kaedah projek yang dilaksanakan ini telah memberikan kelebihan kepada pelajar,antaranya:

    Memberi peluang kepada pelajar mendapatkan pengetahuan dan pengalaman dengan cara sendiri.

    Pelajar dapat menggunakan deria mereka untuk memerhati,menganalisis,mentafsir serta membuat rumusan.

    Pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di kelas dapat digunakan dalam situasi sebenar.

    g) Pembelajaran koperatif

    Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan

    bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama . Sasaran adalah tahap

    pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.

    Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:

    saling bergantung antara satu sama lain secara positif,

    saling berinteraksi secara bersemuka,

    akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,

    kemahiran koperatif, dan

    pemprosesan kumpulan

    Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan

    dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran

    sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Pengajaran rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting.

    Dalam kaedah ini, pembahagian tugas diagihkan di kalangan pelajar dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan

    pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap pelajar diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik

    kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, pelajar akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga

  • 8/6/2019 Implikasi Kbsr Terhadap Sistem Pendidikan Negara

    20/22

    semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama

    semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara

    pengajaran berpusatkan pelajar. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada

    dan membantu penstrukturan semula idea. Pembelajaran koperatif menggalakkan pelajar berinteraksi secara aktif

    dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang

    tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

    h) Pembelajaran Kolaboratif

    Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran Kolaboratif berjalan, interaksi berlaku di antara pelajar dengan

    bahan pengajaran, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan tenaga pengajar. Schrage (1990) menyatakan

    pembelajaran kolaboratif melebihi aktiviti bekerjasama kerana ia melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil

    yang didapati daripada pembelajaran baru. Menurut Jonassen (1996), pembelajaran secara kolaboratif dapat

    membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara

    individu. Dengan menjalankan aktiviti dan projek pembelajaran secara kolaboratif secara tidak langsung

    kemahiran-kemahiran seperti bagaimana berkomunikasi akan dipelajari oleh pelajar.

    i) Pembelajaran Anjal

    Pengajaran dan pembelajaran modul tidak semestinya dijalankan pada jadual waktu rasmi. Pembelajaran anjal

    melibatkan masa pelajar belajar dan kurikulum harus dirancang dengan sebaiknya disamping mewujudkan jadual

    waktu anjal. Dalam kaedah pengajaran pendidik guru harus diambil kira perbezaan pelajar itu sendiri. Maka

    pembelajaran anjal harus dilaksanakan diluar waktu pembelajaran kelas biasa.

    j) Kaedah Menyoal

    Kaedah menyoal digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran asas komputer dan teknologi maklumat.

    Melalui kaedah ini pemikiran pelajar dirangsangkan dengan beberapa soalan dikemukakan kepada pelajar. Melalui

    penyoalan ini pelajar perlu melaksanakan perkara-perkara berikut :

    Mengingat semula fakta, prinsip atau generalisasi yang spesifik.

    Menunjukkan kefahaman dengan cara menyatakan atau menerangkan sesuatu.

    Menganalisis maklumat dengan cara mendapatkan hubungan baru antara idea,prinsip prinsip yang terlibat dan

    implikasi yang timbul.

    Mengsintesis maklumat dengan cara mencantumkannya dalam pelbagai cara

    Menilai maklumat dengan menggunakan kriteria tertentu sebagai alasan atau hujah.

    Dalam penyoalan , aras penyoalan adalah mengikut tahap apa yang telah diletakkan dalam Taksonomi Bloom iaitu

    dari peringkat pengetahuan sehinggalah ke peringkat sintesis atau penilaian bergantung kepada kecerdasan

    pelajar. Bahan pelajaran yang sama dapat diberikan mulai dari tahap rendah sehingga ke tahap menengah,

    disesuaikan dengan tingkat perkembangan kognitif pelajar. Pelajar yang lemah akan diberi lebih banyak soalan

    berbentuk pengetahuan dan kefahaman. Pelajar cerdas, penumpuannya lebih kepada soalan aplikasi dan dan

  • 8/6/2019 Implikasi Kbsr Terhadap Sistem Pendidikan Negara

    21/22

    analisi. Sebagai contoh dalam tajuk Perkakasan Komputer, guru mengemukakan soalan aras pengetahuan di mana

    pelajar perlu mengetahui nama-nama komponen yang diperkenalkan dan kemudian memberi maklum balas

    apabila ianya disoal

    k) Pembelajaran Kendiri

    Melalui kaedah pembelajaran ini pelajar akan lebih berdikari di dalam mendapatkan ilmu pengetahuan dan

    kemahiran teknologi maklumat khususnya dalam memahami sesuatu tajuk yang . Menurut Rogers (1994)

    pembelajaran kendiri adalah sama dengan perubahan dan pembesaran seseorang, secara semulajadi semua

    manusia mempunyai keinginan untuk belajar. Malalui pembelajaran kendiri ini, pensyarah hanyalah bertindak

    sebagai fasalitator melaksanakan tugas-tugas seperti di bawah ,

    Membina suasana pembelajaran yang positif.

    Menjelaskan maksud pelajar.Menyusun dan membina sumber maklumat.

    Menyeimbangkan di antara komponen kecerdasan dan emosi.

    Berkongsi perasaan dan pandangan dengan pelajar dan bukan cuba untuk menguasainya.

    Pembelajaran kendiri dapat dipraktikkan oleh pelajar dalam pembelajaran asas perkakasan komputer. Contohnya

    pelajar mendapatkan maklumat mengenai pelbagai jenis perkakasan komputer dan fungsinya dari pelbagai sumber

    maklumat.

    l) Penerapan Nilai-Nilai Murni

    Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,

    rohani dan intelek, penerapan nilai-nilai murni perlulah dilakukan walau dengan apa kaedah pengajaran yang

    dilaksanakan. Dalam pengajaran subjek Komputer Dalam Pendidikan ini telah diterapkan dengan beberapa nilai

    murni agar pelajar-pelajar dapat dibentuk ke arah yang positif. Nilai-nilai murni yang akan diterapkan adalah

    seperti: a) Berdikari

    b) Bekerjasama

    c) Tepati masa

    d) Sabar

    Penerapan nilai murni di atas dapat diterapkan secara tidak langsung dalam beberapa aktiviti pengajaran

    pembelajaran.Contohnya dalam aktiviti kumpulan melakukan proses membuka dan memasang komponen

    komputer serta mengenali fungsi perkakasan komputer , pelajar akan bekerjasama dan melakukan aktiviti yang

    ditetapkan dengan penuh minat dan sabar, disamping mengikut jangkamasa yang ditetapkan untuk menyiapkan

    sesuatu aktiviti.

    m) Kemahiran Berfikir

    Kemahiran berfikir secara kritis ialah proses menggunakan minda untuk menilai, meneliti dan membuat

    pertimbangan mengenai sesuatu idea, isu, masalah atau fenomena berdasarkan bukti-bukti yang ada. Pengajar

  • 8/6/2019 Implikasi Kbsr Terhadap Sistem Pendidikan Negara

    22/22

    hendaklah memasukkan aspek-aspek kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Ia akan

    menyebabkan pelajar-pelajar terangsang dengan pengajaran dan pembelajaran agar objektif perisian boleh

    dicapai. Dalam kemahiran berfikir, antara perkara-perkara yang ditekankan ialah seperti membanding dan

    membeza, membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan, menerangkan sebab, menyusun

    mengikut urutan, menyusul periksa andaian dan membuat ramalan.

    n) Pembelajaran Aktif

    Dalam strategi pembelajaran aktif, pelajar bukan sahaja belajar dari dari guru malah pelajar boleh mendapatkan

    maklumat menggunakan kemudahan teknologi maklumat. Pelajar akan mendapatkan maklumat yang diperlukan

    secara sendiri yang dikatakan akses kendiri. Pelajar digalak untuk meneroka dan mendalami bidang ilmu tertentu

    supaya mendapat tahap pencapaian yang cemerlang.