implikasi falsafah pendidikan kebangsaan terhadap kurikulum

3
5/27/2018 ImplikasiFalsafahPendidikanKebangsaanTerhadapKurikulum-slidepdf.com http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-falsafah-pendidikan-kebangsaan-terhadap-kurikulum IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP KURIKULUM Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. i) Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu. ii) Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang di ajar di sekolah. iii) Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. iv) Perubahan sistem pendidikan yang berpandukan ke arah pendidikan umum. v) Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran murid dalam bidang vokasional dan teknologi. IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP PENDIDIK Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. i) Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ii) Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak mulia.

Upload: ronel-chong

Post on 18-Oct-2015

432 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

lklkp

TRANSCRIPT

  • 5/27/2018 Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan Terhadap Kurikulum

    IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP KURIKULUM

    Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan.

    i) Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program

    bersepadu.

    ii) Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni

    diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang di ajar di sekolah.

    iii) Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan

    insan yang seimbang dan harmonis.

    iv) Perubahan sistem pendidikan yang berpandukan ke arah pendidikan

    umum.

    v) Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran murid

    dalam bidang vokasional dan teknologi.

    IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP PENDIDIK

    Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar

    dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    i) Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi

    yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    ii) Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik

    pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu

    pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak mulia.

  • 5/27/2018 Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan Terhadap Kurikulum

    IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP INSTITUSI

    PENDIDIKAN

    Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk

    melahirkan murid-murid mengikut tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    i) Perubahan kemudahan-kemudahan supaya murid-murid mendapat

    peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi,

    sosial dan jasmani secara menyeluruh dan seimbang.

    ii) Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai

    murni dalam jiwa murid-murid.

    iii) Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan murid-murid yang

    mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca dalam

    kalangan mereka.

  • 5/27/2018 Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan Terhadap Kurikulum

    IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN GURU : PERANAN GURU SEBAGAI

    PENDIDIK

    i) Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan

    pengetahuan terhadap mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR,

    serta pengetahuan ikthisas perguruan.

    ii) Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat

    Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan

    memelihara suatu masyarakat yang bersatu-padu, demokratik, progresif

    dan berdisiplin.

    iii) Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan

    kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Guru.

    iv) Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru

    yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi

    tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan.

    v) Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk

    merangsang perkembangan pelajar.