implikasi dan kepentingan falsafah pestalozzi dalam pendidikan muzik
DESCRIPTION
Implikasi dan kepentingan falsafah pestalozziTRANSCRIPT
MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK
IMPLIKASI DAN KEPENTINGAN FALSAFAH PESTALOZZI
DALAM PENDIDIKAN MUZIK
1.0 PENGENALAN
Johann Heinrich Pestalozzi (1746-1827) ialah seorang pendidik berbangsa Swiss
yang telah mempengaruhi banyak rasional dan prinsip asas dalam pendidkan muzik
di hampir seluruh dunia. Beliau telah berhujah tentang konsep yang menyatakan
bahawa pendidikan yang baik adalah pendidikan yang diperolehi melalui
pancaindera manusia. Bagi Pestalozzi, para pelajar harus dididik mengikut
perkembangan semula jadi mereka. Pendapat-pendapat Pestalozzi seperti ini telah
banyak mempengaruhi dunia pendidikan di Eropah dan Amerika. Pestalozzi adalah
orang yang pertama membangunkan konsep pendidikan seperti latihan (training)
pada guru dan inovasi dalam kurikulum seperti kerja berkumpulan, kemampuan
dalam kelompok, dan memberikan kesempatan setiap individu untuk
mengembangkan potensi diri.
Pestalozzi mempunyai pandangan dasar baahwa pendidikan bukanlah
keupayaan melambakkan pengetahuan pada anak didik. Atas dasar pandangan ini,
beliau menentang pengajaran yang “verbalitis”. Pandangan ini melandasi
pemikirannya bahawa pendidikan pada hakikatnya merupakan satu usaha
pertolongan (bantuan) kepada murid agar mereka mampu menolong dirinya sendiri
yang dikenal dengan “Hilfe Zur Selfbsthilfe”
MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK
Dilihat dari konsep tujuan pendidikan, Pestalozzi sangat menekankan
pengembangan aspek sosial pada anak didik sehingga mereka dapat melakukan
adaptasi dengan lingkungan sosialnya serta mampu menjadi anggota masyarakat
yang berguna. Pendidikan sosial ini akan berkembang jika dimulai dari pendidikan
keluarga yang baik. Peranan utama pendidikan keluarga yang sangat ditekankan
adalah ibu yang dapat memberikan pengetahuan dalam pendidikan jasmani, budi
pekerti agama.
Pestalozzi percaya bahawa tujuan pendidikannya ialah untuk mendedahkan
kuasa semulajadi, kemampuan atau kebolehan terpendam dalam diri manusia. Oleh
kerana pembangunan moral, sosial, emosi dan intelektual dalam diri setiap individu
terbongkar melalui pendidikan, masyarakat menjadi bertambah maju. Untuk
membantu kanak-kanak mencapai potensi yang penuh, Pestalozzi telah
mengembangkan kurikulum permulaan sekolah termasuk Geografi, Sains, Lukisan
dan Muzik.
Beliau menekankan bahawa guru tidak seharusnya mengajar dengan
perkataan apabila murid melihat, mendengar atau menyentuh objek. Beliau
menjangkakan murid-murid akan aktif secara berterusan melihat, membuat dan
membetulkan kesalahan, menerangkan pemantauan, menganalisis objek dan
memuaskan rasa ingin tahu seseorang. Beliau juga percaya bahawa bilik-bilik di
sekolah mesti mempunyai atmosfera yang mesra keluarga kristian, di mana ahli-
ahlinya sangat kooperatif, penyayang dan baik hati di antara satu sama lain. Teori
dan kaedah Pestalozzi terbukti sangat berjaya apabila asas-asas sistem permulaan
pendidikannya digunapakai diserata dunia.
MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK
Tretis Pestalozzi yang bertajuk “How Gertrude Teaches Her Children : An
Attempt to Give Directions To Mother on How to Instruct Their Own Children”
memberi penekanan kepada konsep bahawa pembelajaran harus berlaku melalui
penyertaan langsung dan dengan itu beliau merupakan antara pendidik yang
pertama sekali telah membezakan antara pengetahuan tulen dengan pengetahuan
daripada buku. Seorang pendidik muzik bernama Joseph H. Naef, telah berkhidmat
dibawah Pestalozzi di Switzerland sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun
1806.naef telah memulakan sebuah sekolah rendah di Amerika Syarikat pada tahun
1809 berasaskan prinsip-prinsip Pestalozzi. Pada tahun 1830, Naef telah
menghuraikan prinsip-prinsip Pestalozzi di Boston dengan tajuk “Principles of The
Pestalozzian System of Music”.
2.0 RINGKASAN PRINSIP-PRINSIP PESTALOZZI
Berikut merupakan ringkasan prinsip-prinsip tersebut.
1. Mengajar bunyi sebelum tanda atau simbol (kaedah hafalan sebelum
catatan) para pelajar didedahkan dengan nyanyian sebelum mempelajari
not muzik.
2. Kaedah discovery learning dipraktikkan dengan memberi peluang pelajar
menerokai bunyi, meniru bunyi dan seterusnya membuat kesimpulan
berkaitan bunyi yang didengar samada bunyi sekeliling atau bunyi yang
diciptakan. Perkara ini dilakukan dengan penerangand an panduan yang
paling minimum daripada guru. Ini bererti pembelajaran yang aktif dan
bukan berbentuk pasif.
MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK
3. Pembelajaran mengikut peringkat yang sisitematik iaitu memahirkan
pelajar dengan aspek tertentu sebelum bertukar ke aspek lain. Contohnya
dalam aspek irama setelah pelajar menguasai aspek ini barulah bertukar
ke aspek melodi dan seterusnya secara berperingkat.
4. Pembelajaran secara praktikal atau amali diberi penekanan apabila pelajar
menguasai aspek amali tersebut. Aspek teori dan prinsip berkaitan
didedahkan. Pelajar digalakkan menghubungkaitkan amalan amali dengan
aspek teori dan prinsip ini dinamakan pembelajaran Heuristik.
5. Peluang latihan dan kajian berkaitan dengan elemen muzik dipraktikkan
melalui usaha sendiri dan seharusnya mencukupi dan ini berkaitan
pendekatan berkonsep.
6. Nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental diselaraskan.Nyanyian
solfa tidak digalakan.
Jelaslah bahawa falsafah Pestalozzi untuk pendidikan muzik telah banyak
mempengaruhi profesion pendidikan muzik.
MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK
3.0 IMPLIKASI DAN KEPENTINGAN FALSAFAH PESTALOZZI DALAM
PENDIDIKAN MUZIK
Dalam situasi bilik darjah pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik,seorang
pendidik muzik perlulah memahami asas falsafah dalam membantunya menjayakan
P&P dengan lebih menarik dan berkesan. Pemahaman yang jelas terhadap falsafah
akan dapat membantu pendidik muzik memahami isu asas dalam dalam kehidupan
sama ada dalam atau luar bilik darjah. Falsafah pendidikan muzik ini membantu
seorang pendidik muzik lebih berkeyakinan dan menjadikannya sebagai bahan
rujukan dalam memahami situasi pelajar dan pembaharuan dalam aspek pengajaran
di dalam bilik darjah. Melalui pengetahuan dalam falsafah juga membantu seseorang
pendidik dalam membuat keputusan yang memerlukan mereka berfikir secara
mendalam bagi mengelakkan kesan ke atas pelajarnya di masa hadapan.
Falsafah Pestalozzi merupakan salah satu daripada falsafah yang amat
terkenal dan sangat berpengaruh dalam profession pendidikan muzik. Berdasarkan
prinsip Pestalozzi yang pertama yang telah dijelaskan dalam ringkasan prinsip-
prinsip Pestalozzi, guru boleh menggunakan teknik mengajar bunyi terlebih dahulu
sebelum tanda atau simbol. Kaedah ini disebut kaedah hafalan sebelum catatan
yang mana para pelajar didedahkan dengan nyanyian sebelum mempelajari not
muzik. Hal ini kerana, apabila individu telah berjaya mengenal bunyi dan menghafal
bunyi-bunyi tersebut, adalah mudah bagi individu tersebut untuk mengecam simbol
yang akan dijelaskan oleh guru kemudiannya. Sekiranya guru memulakan
pengajaran dengan memperkenalkan simbol atau tanda, adalah sukar untuk murid
mengaitkan simbol tersebut dengan bunyi yang diajar kemudian.
MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK
Falsafah Pestalozzi juga memberi penekanan kepada kaedah pembelajaran
secara penemuan sendiri dimana murid-murid dididik dan diberi galakan supaya
mereka memerhati, mendengar, meniru serta membezakan bunyi-bunyi yang
didengarinya seterusnya mementukan sendiri sama ada bunyi tersebut sama atau
berlainan, dan seronok atau tidak untuk didengar. Melalui kaedah ini, penerangan
dan panduan adalah pada tahap minima untuk membolehkan pembelajaran secara
aktif berlaku dan bukan secara pasif. Kaedah ini membolehkan murid-murid
memperoleh sendiri pengalaman meneroka ilmu dan juga mempelajari sesuatu
dengan lebih mendalam.
Melalui falsafah Pestalozzi, guru-guru dapat mempraktikkan kaedah
pengajaran secara urutan iaitu kaedah pengajaran dari satu aspek ke satu aspek
dan bukan secara serentak. Murid perlu menguasai serta mahir dalam satu aspek
muzik serta melalui latihan yang mencukupi sebelum beralih kepada aspek yang
berikutnya. Dengan itu, murid akan menguasai sepenuhnya kemahiran yang
diajarkan oleh guru sebelum mempelajari kemahiran yang berikutnya. Sebagai
contoh, guru mengajar aspek irama sehingga murid dapat menguasainya kemudian
setelah murid menguasai aspek ini barulah bertukar ke aspek melodi dan seterusnya
secara berperingkat.
Kepentingan falsafah Pestalozzi yang seterusnya ialah pembelajaran secara
praktikal atau amali diberi penekanan apabila pelajar menguasai aspek amali
tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa segala teori dan prinsip hanya diberikan
setelah amalan praktik dijalankan. Pelajar digalakkan menghubungkaitkan amalan
amali dengan aspek teori dengan usaha sendiri. Prinsip ini dinamakan pembelajaran
Heuristik.
MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK
Falsafah Pestalozzi turut memberi penekanan terhadap peluang yang
mencukupi untuk murid-murid meneroka dan mengkaji muzik melalui usaha mereka
sendiri. Murid-murid jua digalakkan membuat latihan-latihan dengan elemen-elemen
muzik melalui usaha sendiri supaya dapat dipraktikkan dalam seni muzik. Kaedah ini
disebut kaedah pendekatan berkonsep. Adalah penting bagi seorang guru
mendorong murid-muridnya mengakaji muzik dengan usaha sendiri seterusnya
membuat latihan sendiri tanpa bimbingan guru terutamanya ketika berada dirumah.
Hal ini membolehkan murid-murid sentiasa membuat latihan kerana pendidikan
muzik tidak dapat dikuasai hanya dengan menghafal teori tetapi perlulah
mengadakan latihan yang kerap.
Kepentingan seterusnya melalui falsafah Pestalozzi penyelarasan nama-nama
not untuk nyanyian dan muzik instrumen. Hal ini untuk memudahkan murid-murid
mempelajari dan mengingati nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumen.
Oleh itu, nyanyian solfa adalah tidak digalakkan menturut Pestalozzi.
Di samping itu, Pestalozzi percaya bahawa falsafah dalam pendidikan muzik
akan mendedahkan kuasa semulajadi, kemampuan atau kebolehan terpendam
dalam diri manusia dengan sendirinya. Hal ini menunjukkan bahawa Pestalozzi yakin
akan kemampuan muzik untuk menzahirkan kuasa semula jadi dan kebolehan muzik
yang terpendam dalam diri manusia. Sebagai seorang pendidik, adalah perlu untuk
mencungkil bakat terpendam murid supaya bakat tersebut tidak disia-siakan. Oleh
kerana pembangunan moral, sosial, emosi dan intelektual dalam diri setiap individu
terbongkar melalui pendidikan, masyarakat akan menjadi bertambah maju.
MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK
Falsafah Pestalozzi turut menekankan bahawa guru tidak seharusnya
mengajar dengan perkataan sahaja apabila murid melihat, mendengar atau
menyentuh objek. Beliau menjangkakan murid-murid akan aktif secara berterusan
apabila melihat, membuat dan membetulkan kesalahan, menerangkan pemantauan,
menganalisis objek dan memuaskan rasa ingin tahu seseorang. Apabila murid
berpeluang untuk meneroka sendiri, mereka dapat mencapai potensi diri yang
penuh dan aktif secara berterusan. Guru perlu bijak meranang P&P yang sesuai dan
menarik supaya tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya diberikan oleh murid
ketika di dalam kelas. P&P juga perlulah memberi peluang kepada murid-murid
meneroka sendiri supaya penyerapan ilmu berlaku dengan lebih pesat.
Beliau juga percaya bahawa bilik-bilik di sekolah mesti mempunyai atmosfera
yang mesra keluarga di mana ahli-ahlinya sangat kooperatif, penyayang dan baik
hati di antara satu sama lain. Hal ini untuk membolehkan murid-murid belajar dalam
suasana yang kondusif dan selesa.
Muzik mempunyai banyak potensi dan skop untuk mempengaruhi kelakuan
dan pemikiran manusia sama ada secara positif atau negatif. Oleh itu, kita boleh
menggunakan muzik secara positif untuk beberapa keperluan kebangsaan semasa
seperti menanamkan rasa taat setia dan cinta akan nusa dan bangsa serta
meningkatkan lagi perpaduan negara. Perpaduan negara merupakan salah satu
matlamat utama dalam pendidikan di Malaysia sejak merdeka lagi seperti yang
terkandung dalam Laporan Razak (1956).
. Muzik juga boleh digunakan untuk membantu pengajaran mata-mata
pelajaran yang lain di Malaysia, khasnya pada peringkat sekolah rendah. Lagu The
Alphabet Song, misalnya, boleh digunakan oleh guru Bahasa Inggeris. Muzik juga
MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK
boleh digunakan dalam konteks Pendidikan Jasmani dalam aktiviti-aktiviti seperti
gimrama, aerobik, dan tarian-tarian rakyat. Muzik boleh disifatkan sebagai "jendela
dunia" kerana muzik boleh digunakan untuk lebih memahami kebudayaan asing.
Selain itu, muzik juga boleh membantu para pelajar menyedari serta memahami
konsep persaudaraan antara manusia sejagat.
Teori dan kaedah Pestalozzi terbukti sangat berjaya apabila asas-asas sistem
permulaan pendidikannya digunapakai diserata dunia.