falsafah pendidikan - · pdf filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ......

45
FALSAFAH PENDIDIKAN 9/12/2011 1 Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Upload: vuongnguyet

Post on 07-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

FALSAFAH PENDIDIKAN

9/12/2011 1Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 2: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Latar Belakang FPK

Falsafah Pendidikan Kebangsaandibentuk berdasarkan ideologi danfalsafah yang termaktub dalam LaporanPendidikan dan Akta Pendidikan, RukunNegara, serta ideologi dan budayamasyarakat Malaysia.

Falsafah Pendidikan Kebangsaandiumumkan secara rasminya padatahun 1988 yang berbunyi seperti yangberikut:

9/12/2011 2Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 3: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usahaberterusan ke arah memperkembangkan lagipotensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk mewujudkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkankepada kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkanrakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaanmencari kesejahteraan diri serta memberisumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat danNegara.

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)9/12/2011 3Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 4: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

1. Pendidikan Suatu Usaha Berterusan

2. Memperkembangkan Potensi Individu

3. Perkembangan Potensi Secara Menyeluruh dan Bersepadu

4. Insan Yang Seimbang dan Harmonis

5. Unsur Intelek

6. Unsur Rohani

7. Unsur Emosi

8. Unsur Jasmani

9/12/2011 4Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 5: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

9. Kepercayaan dan Kepatuhan kepada Tuhan

10. Rakyat Malaysia yang Berilmu Pengetahuan

11. Rakyat Malaysia yang Berketrampilan

12. Rakyat Malaysia yang Berakhlak Mulia

13. Rakyat Malaysia yang Bertanggungjawab

14. Rakyat Malaysia yang Berkeupayaan Mencapai

Kesejahteraan Diri

15. Rakyat Malaysia yang Dapat Memberi Sumbangan

terhadap Keharmonian dan Kemakmuran Keluarga,

Masyarakat dan Negara

9/12/2011 5Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 6: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

“Apakah itu falsafah?”

Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunaniphilos (cinta) dan sophia (ilmu). Dalam bahasa yangmudah, falsafah bererti ‘mencintai ilmu dankebijaksanaan’.

Falsafah merangkumi pendekatan bersepadu kitaterhadap kehidupan dan dunia. Pendekatan inimelibatkan usaha untuk menemui apa itu hakikat danapa yang bernilai dalam kehidupan manusia. Olehitu, ahli falsafah sentiasa mengemukakan masalah,memberi dan menjustifikasikan penyelesaianterhadapnya, dan seterusnya, melibatkan diri dalamperbincangan yang panjang lebar tentangkeseluruhan proses tersebut.

9/12/2011 6Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 7: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Dalam falsafah, kita sentiasa

bertanya soalan seperti yang

berikut:

Siapa saya?

Dari mana saya berasal?

Mengapa saya di sini?

Ke mana saya akan pergi?

Bagaimana saya hendak hidup?

9/12/2011 7Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 8: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

CABANG FALSAFAH

1. ONTOLOGI / METAFIZIK

Memberi perhatian utama kepada

realiti atau kewujudan yang mutakhir.

Mempersoalkan perkara-perkara

seperti alam, jiwa atau roh dan

kehidupan.

9/12/2011 8Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 9: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Apakah dia alam jagat?

Apakah dia hidup?

Apakah dia kebebasan

manusia?

9/12/2011 9Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 10: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Termasuk soalan-soalan yang

mempersoalkan tentang kewujudan

Tuhan.

Memberi perhatian kepada konsep-

konsep yang keadaannya tidak dapat

diukur seperti realiti, perubahan, kendiri,

jiwa dan sebagainya.

9/12/2011 10Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 11: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

2. EPISTEMOLOGI

Mengenai teori pengetahuan dan perihal

pengetahuan:

Apakah sumber-sumber pengetahuan?

Sejauh manakah sumber pengetahuan

tersebut boleh dipercayai?

Apakah yang dapat diketahui oleh

seseorang?

Bagaimanakah kita mengetahui dan apakah

yang kita ketahui?

9/12/2011 11Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 12: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Lebih berminat kepada konsep-konsep selain

daripada fakta (tidak seperti sains)

Ahli psikologi mengkaji bagaimana manusia

berfikir dan merasai. Tugas ahli epitemologi

memberi perhatian kepada apa yang

dimaksudkan oleh konsep-konsep psikologi

seperti perasaan, penngamatan, pengukuhan

dan mempersoalkan adakah konsep-konsep

tersebut digunakan dengan betul atau tidak

oleh ahli psikologi.

(Kneller, 1971)

9/12/2011 12Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 13: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

3. AKSIOLOGI

Mempersoalkan tentang baik atau

buruk, benar atau salah, cantik atau

hodoh.

Perkara-perkara lain yang berkaitan

dengan nilai.

Boleh dibahagikan kepada dua cabang:

a) Etika

b) Estetika

9/12/2011 13Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 14: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Etika:

memberi perhatian kepada kualiti moral dan

tingkah laku manusia.

mengkaji kebaikan seseorang, kebaikan

sesuatu masyarakat, dan kebaikan

kehidupan.

Estetika:

Menentukan kriteria bagi kecantikan dalam

kesenian, pengalaman perseorangan, alam

sekeliling dan kehidupan (Van Scottes, Kraft

dan Haas 1979).

9/12/2011 14Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 15: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

4. LOGIK

Kaedah yang digunakan oleh ahli

falsafah untuk berfalsafah.

Peraturan-peraturan yang

membolehkan mereka membuat

cadangan dan hujah-hujah

perbincangan dengan cara yang betul.

9/12/2011 15Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 16: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

MAZHAB-MAZHAB

UTAMA FALSAFAH

Falsafah Tradisional:Perennialisme dan Essentialisme.Berdasarkan Idealisme & Realisme

Falsafah Moden:Progressivisme, eksistensialisme dan rekonstruktivismeBerdasarkan Pragmatisme

9/12/2011 16Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 17: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Essentialisme

Essentialisme berpunca daripada realisme dan idealisme.

Ia adalah teori yang mencadangkan penyampaian budaya dan pengetahuan teras kepada setiap generasi baru sebagai tujuan utama pendidikan.

Memandangkan essentialisme bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan intelek individu serta mendidik individu yang berketerampilan, dengan tumpuan diberi kepada pengajaran mata pelajaran tradisional yang asas seperti Membaca, Menulis dan Mengira (3M) di samping mata pelajaran Kesusasteraan, Bahasa Asing, Sejarah, Sains, Seni dan Muzik.

Ia juga berfokus pada pengajaran kemahiran asas, penguasaan konsep dan prinsip kandungan mata pelajaran. 9/12/2011 17Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 18: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Guru dianggap sebagai berwibawa dalam

bidang mata pelajaran dan pengajaran.

Guru mempunyai kawalan bilik darjah dan

membuat keputusan mengenai kurikulum

tanpa banyak input daripada pelajar.

Guru juga bertanggungjawab untuk

mengajar nilai-nilai tradisional. Justeru guru

dianggap sebagai contoh teladan.

William Bagley (1874-1946) merupakan

seorang ahli essentialis yang terkenal.

9/12/2011 18Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 19: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Perennialisme

Perennialisme berpunca daripada realisme.

Ahli perennialis mempercayai bahawa tujuanutama pendidikan adalah untuk mengajar nilai danilmu yang sejagat dan abadi.

Fokus perennialisme adalah pada perkembanganperibadi. Oleh sebab manusia ialah manusia, makamereka hendaklah diajarkan hal-hal berkaitandengan manusia dahulu, bukannya hal berkenaandengan mesin atau teknik.

Justeru tajuk-tajuk liberal seharusnya diajar terlebihdahulu, dan bukannya tajuk-tajuk vokasional.

Kurikulum perennialis adalah berpusatkankandungan dengan penekanan pada bahasa,kesusasteraan, matematik, seni dan sains.9/12/2011 19Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 20: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Progressivisme

Progressivisme berkembang daripada pragmatisme yangkemudian dikembangkan oleh John Dewey. Ahliprogressivis mempercayai bahawa kebenaran adalah relatifdan tentatif.

Ilmu membawa seseorang ke arah pertumbuhan danperkembangan. Memandangkan pengetahuan bolehmenerangkan realiti masa kini, maka kanak-kanakhendaklah diajarkan cara berfikir berbanding dengan halyang perlu difikirkan.

Oleh sebab, progressivisme mempercayai bahawa kanak-kanak akan memilih yang paling baik bagi diri mereka makakurikulum hendaklah berdasarkan minat, kandungan antaradisiplin, dan aplikasi masalah manusia.

Ahli progressivis menggalakkan pelbagai kaedah alternatifseperti aktiviti, pengalaman, penyelesaian masalah danprojek.

9/12/2011 20Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 21: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Ahli progressivis menganggap peranan guru

sebagai pembimbing untuk penyelesaian

masalah dan inkuiri saintifik.

Kebanyakan ahli progressivis bersetuju

dengan pendekatan induktif yang

menggalakkan pelajar untuk memberi

penjelasan sendiri dan pemahaman

fenomena.

Dengan cara ini, pelajar dapat

mengaplikasikan pengetahuan baru yang

dibentuk ke dalam bidang kajian yang lain.

9/12/2011 21Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 22: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Eksistentialisme

Eksistentialisme memberi fokus pada fitrah kewujudan manusia. Ahlieksistentialis berpandangan bahawa manusia dilahirkan tanpasebarang tujuan.

Mereka melihat realiti sebagai subjektif dan didefinisikan oleh individusendiri. Oleh yang demikian, seseorang bertanggungjawab kepadadiri sendiri dan dengan demikian bebas untuk menentukan matlamatserta membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada sebarangautoriti luar.

Menurut ahli eksistentialis, guru atau sistem sekolah tidak berhakuntuk menekankan matlamat pendidikan ke atas murid-murid.

Memandangkan setiap individu bertanggungjawab atas pendidikanmasing-masing, maka kurikulum eksistentialis tidak mempunyai matapelajaran yang khusus.

Namun, mata pelajaran yang bersifat emosional, estetik danberfalsafah seperti kesusasteraan, drama, perfileman dan seniadalah sesuai. Mata pelajaran ini menggambarkan keadaan manusiadan keadaan membuat pilihan.

Kurikulumnya juga menekankan aktiviti luahan perasaan,eksperimen, kaedah, dan media yang menerangkan emosi, perasaandan pengertian dalaman.

9/12/2011 22Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 23: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Rekonstruktionisme

Rekonstruktionisme adalah hasil progressivisme.

Rekonstruktionisme memberi syor untuk membaiki danmembina semula masyarakat. Ia melihat pengasasan corakbudaya baru serta penghapusan penyakit sosial sebagaitujuan utama pendidikan.

Ahli Rekonstruktionisme melihat sekolah sebagai pemangkinpenting untuk meningkatkan keadaan manusia melaluipembaharuan pendidikan dan sosial.

Rekonstruktionisme berusaha untuk menggunakan sekolahuntuk mencipta sebuah masyarakat baru. Justeru fungsiutama sekolah, termasuklah seperti yang berikut:

i) Untuk mengenal pasti masalah sosial yang memberisumbangan kepada krisis budaya, dan

ii) Untuk mewujudkan kemahiran dan sikap yang akanmenyelesaikan masalah-masalah ini.

9/12/2011 23Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 24: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Kurikulum rekonstruktionis menekankan sains

sosial dan kaedah kajian sosial. Ia berfokus pada

kecenderungan kini dan masa depan, serta pada isu

nasional dan internasional.

Kemahiran dan mata pelajaran yang diajarkan

adalah yang dapat mengenal pasti dan membantu

menyelesaikan masalah masyarakat.

Pembelajaran adalah aktif dan ada hubungan

dengan masyarakat hari ini dan masa depan.

Guru tidak harus takut tentang komitmen untuk

membantu membina sebuah masyarakat baru.

Mereka harus bertugas sebagai agen perubahan

dan pembaharuan. Mereka juga membantu pelajar

menyedari masalah yang dihadapi umat manusia. 9/12/2011 24Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 25: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Idealisme

Salah satu falsafah tertua di dunia

(Plato, Rene'Descartes, Baruch Spinoza, G.

Berkeley, I. Kant, G.F.Hagel dan S.T. Coleridge)

Bertentangan pendapat antara mereka

Bersetuju bahawa jiwa atau kerohanian manusia

penting dalam kehidupan

Alam jagat pada hakikatnya bukan kebendaan

Ia merupakan satu sistem yang memberi

penekanan kepada kepentingan fikiran, jiwa dan

kerohanian

9/12/2011 25Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 26: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Persoalan Metafizik

Dalam Mazhab Idealisme

Asas kewujudan ialah dalam bentuk kerohanian

dan bukan berbentuk fizikal, atau dalam bentuk

fikiran dan bukan material

Unsur terpenting dalam kehidupan ialah

kerohanian manusia dan semua kewujudan boleh

diperturunkan kepada kerohanian.

Idealis tidak menafikan kewujudan alam fizikal,

tetapi mereka menganggap kewujudan alam fizikal

tidak nyata secara muktamadnya.

9/12/2011 26Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 27: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Semua benda hanya satu anggapan atau

satu sari pemikiran. Hanya fikiran sahaja

yang nyata atau pun benar. Oleh itu semua

benda hendaklah diperturunkan kepada

fikiran atau kerohanian.

Van Scottes et al (1979) berpendapat

kepentingannya tentang akal dan idea, maka

tumpuan dalam pendidikan ialah melatih

akal, menyuburkan roh dan menguasai idea.

Idealis menganggap manusia mempunyai

akal dan jasad, atau jasad, akal dan roh.

9/12/2011 27Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 28: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Kanak-kanak adalah sebahagian daripada

alam kerohanian mutlak, dan

mempunyal tujuan kerohanian yang perlu

dipenuhi mengikut kebolehan dan

keupayaan mereka. Pendidikan mestilah

berusaha memupuk kekariban antara

pelajar, unsur-unsur kerohanian tabii dan

memberi penekanan dalam keharmonian

antara manusia dan alam jagat.

9/12/2011 28Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 29: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Idealis mempercayai dua konsep yang penting

iaitu kebebasan dan rasionaliti, dan perkaitan

antara mereka.

i) Kebebasan :

Amalan kehendak dalam membuat keputusan

sendiri dan mesti diikuti dengan tanggungjawab

terhadap akibat yang mungkin timbul hasil

daripada tindakan yang dilakukan.

ii) Rasionaliti :

Proses mancari dan mengeluarkan idea. Idea

adalah satu kemungkinan dalam diri kanak-

kanak.

9/12/2011 29Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 30: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Persoalan Epistemologi Dalam

Mazhab Idealisme

Pengetahuan boleh diperolehi dengan

cara seIain daripada kaedah saintifik.

Ia boleh diperolehi melalui keimanan,

keautoritarian, taakulan dan intuisi.

Plato: Pengetahuan sebenar adalah

hasil pemikiran taakulan. Pengetahuan

lebih baik dikeluarkan daripada pelajar

sendiri berbanding dengan

mencurahkannya kepada mereka.

9/12/2011 30Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 31: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Persoalan Aksiologi

Dalam Idealisme

Nilai dan etika adalah mutlak.

Oleh itu, apa yang dikatakan baik, benar dan

cantik, secara asasnya tidak berubah daripada

satu generasi kepada satu generasi yang lain atau

daripada satu masyarakat kepada satu masyarakat

yang lain.

Nilai dan etika bukan ciptaan manusia, tetapi

sebahagian daripada tabii alam ciptaan Tuhan.

Kebenaran, kebaikan dan kecantikan adalah nilai

yang tidak berubah

9/12/2011 31Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 32: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Oleh kerana Tuhan merupakan sumber

nilai, maka manusia hanyalah dianggap

berakhlak apabila mereka hidup mengikut

kehendak Tuhan.

Oleh kerana idealis (Van Scottes, Kraft

dan Haas (1979)) menganggap nilai

sebagai mutlak, maka dasar dan kaedah

persekolahan mestilah menggambar dan

memperkembangkan nilai-nilai tradisi yang

dianggap oleh masyarakat sebagai

berguna dan berharga.

9/12/2011 32Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 33: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Apabila kerohanian diberi perhatian yang

lebih, dunia ini akan menjadi lebih rasional

dan sempurna dan kejahatan akan hilang

sedikit demi sedikit.

Dalam sistem persekolahan, tidak terdapat

pelajar yang benar-benar jahat, tetapi hanya

mereka yang melanggar atau tidak

memahami sepenuhnya susunan moral

alam jagat ini.

9/12/2011 33Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 34: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Amenuel Kant:

Apabila seseorang pelajar berkelakuankurang baik, guru mungkin bertanya tentangkelakuan pelajar itu.Tetapi pernahkah gurubertanya diri sendiri sama ada dia telahmenunjukkan contoh yang baik untuk diikutioleh pelajarnya?

Idealis secara umumnya bersetuju bahawapendidikan tidak hanya memberi tekanankepada perkembangan akal sahaja, tetapijuga perlu menggalakkan pelajar memberitumpuan kepada semua benda yangmempunyai nilai yang kekal.9/12/2011 34Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 35: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Falsafah Pendidikan Timur

Falsafah Pendidikan Timur boleh

dikategorikan kepada tiga mazhab:

i) Konfusianisme,

ii) Nasionalisme dan Internasionalisme

iii) Falsafah Pendidikan Islam.

9/12/2011 35Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 36: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Konfusianisme

Pengasas agung Konfusianisme ialah Konfusious,atau lebih dikenal sebagai Kung Fu ‘Tze (551 – 479SM).

Prinsip utama pendidikan adalah pada halpemikiran berfokus, menegakkan kebenaran, danmempercayai kebaikan (jen).

Menurut Konfusionisme, kepentingan pendidikanterletak pada hal mengubah tingkah laku manusiasupaya menjadi warga yang memiliki kelakuanmulia, mematuhi undang-undang, setia kepadakewibawaan dan mencintai negaranya.

Dalam perkataan lain, pendidikan ialah prosesuntuk memupuk kesempurnaan kelakuan etikamanusia.

9/12/2011 36Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 37: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Sehingga tahun 1911, ajaran Konfusianisme kuat mempengaruhi sistem pendidikan di negara China.

Namun, Falsafah Barat mula mempengaruhi sistem pendidikan di China ketika Kuomintang mengambil alih pemerintahan kerajaan.

Beberapa banyak idea yang diperkenalkan oleh Hushi (1891 – 1962), seorang pengikut setia John Dewey, ialah pragmatisme dan progressivisme dalam kurikulum sekolah di China.

Kaedah induktif digunakan bagi penyelidikan bahasa. Pengintegrasian kemanusiaan dengan sains untuk mengembangkan keseluruhan potensi individu menjadi tumpuan utama.

9/12/2011 37Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 38: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Nasionalisme dan Internasionalisme

Rabindranath Tagore (1861 – 1941), ahli falsafahdan penyair terkenal dari India, mentafsirkanpendidikan sebagai proses yang bermatlamat untukmenghasilkan individu dengan penaakulan sempurnayang berupaya mencapai semua aspek, termasukfizikal, intelek, moral dan rohani serta yang adahubung kait dengan pengalaman hidup amali.

Pendidikan nasionalisme harus bermatlamatuntuk menyemai ideal dan tradisi sesebuah negara.Selain itu, pendidikan harus berdasarkanpengetahuan sejarah, geografi, kesusasteraan,situasi sebenar dan tuntutan negara pada masa ituyang termasuk masalah nasional, pencapaian,kegagalan dan kejayaan.

9/12/2011 38Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 39: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Pendidikan internasionalisme harus

cuba memupuk hubungan baik,

persaudaraan, harmoni, dan keamanan

antara negara di dunia.

Justeru pendidikan harus berdasarkan

pengetahuan sebenar dan harus ada

hubungan langsung dengan budaya

dan tradisi rakyat negara lain.

9/12/2011 39Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 40: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Falsafah Islam

Falsafah Islam adalah berdasarkan ajaran Islam,diperoleh daripada al-Quran dan Sunnah NabiMuhammad s.a.w.

Ibn Rushd, yang juga terkenal di Barat sebagaiAverroes, ialah ahli pemikir Muslim agung danterkenal sebagai ahli sains yang ternama, sertaseorang doktor yang ulung dan Hakim Besar (KadiAgung) Khalifah di Andalusia semasa abad ke-12.

Dia mempunyai pengaruh besar terhadappemikiran Barat.

Beliau berpendapat bahawa agama dan falsafahadalah saling bersetuju. (Raslan, 1997; Ead,1998).

9/12/2011 40Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 41: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Pandangan Pendidikan Islam dalam

penyebaran pengalaman &

kebudayaan:

pengalaman dlm bentuk

kemahiran/pengetahuan teknikal yang

kandungannya sentiasa berubah dari

semasa ke semasa

Pengalaman berasaskan nilai-nilai yang

tetap yang terdapat dalam al-Quran dan

Sunah

9/12/2011 41Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 42: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Islam tidak berpegang kepada teori kesalahan

(manusia menghabiskan seluruh hidupnya untuk

memperbaiki kesalahan tersebut).

Kanak-kanak dilahirkan suci, bersih & terserah

kepada alam sekeliling untuk mencorakkan

penghidupannya. Manusia sebagai khalifah.

Manusia diberi akal dan pengetahuan dalam

menghambakan diri kepadaNya. Dengan ini,

manusia bertanggungjawab kepadaNya di atas

segala tindakan.

Manusia bertugas sebagai khalifah Tuhan di muka

bumi (tunduk dan patuh perintah Tuhan).

9/12/2011 42Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 43: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Dasar Pendidikan Islam

(Hassan Langgulung, 1979)

Keesaan Tuhan (Tauhid).

Kepercayaan kpd pesuruh-pesuruh yag diangkat oleh Tuhan di

antara bangsa-bangsa di dunia.

Kepercayaan kepada wahyu Tuhan kepada Nabi-Nabi.

Manusia semula jadi tidak berdosa dan mempunyai potensi

tidak terbatas dalam perkembangan moral dan kerohanian.

Setiap orang bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri

Kehidupannya sesudah mati.

Persamaan dan persaudaraan sejagat antara semua umat

Islam.

Setiap orang mesti mempercayai 6 perkara ini sebelum dia

disebut beriman.

9/12/2011 43Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 44: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Matlamat Pendidikan Islam

Untuk mewujudkan perkembangan yang seimbang di dalam diri individu

dengan nilai-nilai Islam (akal fikiran)

Penghasilan individu yang beriman, berpengetahuan, berakhlak tinggi

dan beramal salih (masyarakat yang hidup harmoni, menghormati dan

berkerjasama sal.)

Tidak menghalang umatnya mempelajari bidang2 ilmu atau

pengetahuan yang lain.

Pengetahuan yang terpisah dpd keimanan adalah pengetahuan tidak

sepenuhnya (kejahilan baru).

Tidak mengamalkan pengetahuan-bukan ajaran Islam

Matlamat Pendidikan Islam:

Melahirkan manusia bertakwa

Melahirkan manusia ta'abbudi (meletakkan segenap hidupnya kepada

mencari keredaan Allah s.w.t.

Melahirkan manusia yang bercita-cita tinggi dengan menjadi al-falah

sebagai tujuan hidup.

9/12/2011 44Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 45: FALSAFAH PENDIDIKAN -  · PDF filetahun 1988 yang berbunyi seperti yang berikut: ... Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. ... Seni dan Muzik

Pembentukan Kurikulum

Pendidikan Islam

Perkara yang perlu didahulukan:

Pengajaran al-Quran, Hadis dan juga bahasa Arab

dan cabang2nya

Bidang ilmu yang meliputi kajian tentang manusia

sebagai individu dan juga sebagai anggota

masyarakat.

Kemanusian (al-ulum al-insaniyah) - psikologi,

sosiologi, sejarah, ekonomi dll.

Bidang ilmu mengenai alam tabii (sains natural) (al-

ulum al-kauniyah) yang meliputi astronomi, biologi,

botani dll.

9/12/2011 45Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh