€¦ · iii dedikasi bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat ayahanda dan bonda tercinta, en. che...

28

Upload: others

Post on 26-Sep-2019

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa
Page 2: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa
Page 3: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa
Page 4: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa

TAHAP KEMAHIRAN GENERIK PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI

PENDIDIKAN,UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NUR FARHANA BINTI CHE MANSOR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2011

Page 5: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa

iii

DEDIKASI

Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat

Ayahanda dan bonda tercinta,

En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar

Terima kasih atas sokongan serta doa yang dipanjatkan untuk kejayaanku

Teristimewa juga buat

Kanda dan dinda tersayang,

Azwan Fahmi bin Che Mansor

Liyana Shazwani binti Che Mansor

Helmi Fikri bin Che Mansor

Nadziim Fitri bin Che Mansor

Sekalung penghargaan atas kata-kata semangat yang diberikan

Tidak lupa juga buat teman-teman seperjuangan

yang sentiasa memberi galakan dan tunjuk ajar

Terima kasih atas segalanya

Page 6: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Syukur ke

hadrat Illahi atas limpah kurnia dan rahmatnya, dapat saya menyempurnakan Projek Sarjana

ini dalam masa yang ditetapkan. Penghargaan ikhlas dan jutaan terima kasih ditujukan khas

buat pensyarah pembimbing iaitu Dr. Ismail bin Khailani atas sokongan,bimbingan dan

teguran dalam menyiapkan penulisan ilmiah ini.

Ribuan terima kasih juga kepada pihak Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM

Skudai dan Pusat Sumber Fakulti Pendidikan atas bahan rujukan yang disediakan.

Seterusnya rakan-rakan seperjuangan yang sudi membantu serta memberi kata-kata

perangsang sepanjang proses penghasilan tugasan ini.Sekalung budi dan penghargaan

diucapkan kepada keluarga tercinta.Tanpa sokongan moral semua, tentunya sukar untuk

saya menyempurnakan kajian ini. Doa dan restu kalian sentiasa mengiringi kejayaanku.

Sekian terima kasih. -Nur Farhana Che Mansor -

Page 7: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap kemahiran generik di kalangan pelajar

tahun akhir Fakulti Pendidikan UTM,Skudai.Fokus kajian ini adalah tertumpu kepada

tujuh kemahiran generik yang terdapat dalam Atribut Graduan UTM iaitu kemahiran

berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran

kerja berpasukan, kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat,

kemahiran keusahawanan, kemahiran beretika dan moral professional serta kemahiran

kepimpinan. Seramai 70 orang responden yang terdiri daripada pelajar lelaki dan

perempuan terlibat dalam kajian ini.Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal

selidik.Data yang diperolehi kemudiannya dianalisis dengan kaedah statistik deskriptif

untuk melihat nilai kekerapan, peratus,min serta sisihan piawai dengan menggunakan

perisian SPSS (Statistical Packages For Social Sciences for windows version

16.0).Keputusan kajian secara keseluruhannya menunjukkan tahap kemahiran generik

para pelajar berada pada tahap yang tinggi bagi ketujuh-tujuh kemahiran generik.Namun

demikian, langkah-langkah yang lebih berkesan perlu dilakukan untuk meningkatkan

lagi kemahiran generik para pelajar bagi menyediakan tenaga kerja yang memenuhi

kehendak pasaran kerja semasa dan masa depan seterusnya memastikan negara dapat

terus bersaing di peringkat antarabangsa.

Page 8: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to examine the level of generic skills among final

year students in Faculty of Education,UTM Skudai.This research is focused on UTM

Graduate Attributes that consist of seven generic skills which are communication skills,

critical thinking and problem solving skills, team working skills,information

management and lifelong learning, entrepreneurship skills,ethics and moral as well as

leadership skills. There were seventy respondents involved in this research comprising

both male and female students. The research instrument used was the questionnaire

distributed to the respondents.The data collected then were analyzed by descriptive

statistics method to determine the frequency value, percentage,mean and standard

deviation using SPSS (Statistical Packages for Social Sciences for Windows Version

16.0). The overall results of this research showed that the level for those seven generic

skills were at a high level.Nevertheless, more effective steps should be carried out in

order to enhance the generic skills of students as to prepare them to be future work

forces that could fulfill current and future market demand. Futhermore to ensure that our

country will be able to compete at the international level.

Page 9: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

BAHAGIAN SATU

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

Page 10: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kerangka Teori 6

1.7 Kerangka Kajian 7

1.8 Kepentingan Kajian 12

1.9 Batasan Kajian 13

1.10 Definisi Istilah 13

1.10.1 Tahap 13

1.10.2 Kemahiran 14

1.10.3 Kemahiran Generik 14

1.11 Penutup 14

BAHAGIAN DUA

BAB 2 SOROTAN KAJIAN MUKA SURAT

2.1 Pengenalan 15

2.2 Tahap Kemahiran Pelajar Universiti 15

2.3 Kemahiran Generik 17

2.3.1 Kemahiran Berkomunikasi 18

2.3.2 Pemikiran Kritis dan 19

Menyelesaikan Masalah

2.3.3 Kemahiran Kerja Berpasukan 21

2.3.4 Kemahiran Pembelajaran 22

Berterusan dan Pengurusan Maklumat

2.3.5 Kemahiran Keusahawanan 22

2.3.6 Kemahiran Beretika dan 23

Moral Professional

Page 11: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa

2.3.7 Kemahiran Kepimpinan 24

2.4 Kajian-kajian Lepas 25

2.4.1 Kajian Dalam Negara 25

2.4.2 Kajian Luar Negara 27

2.5 Penutup 29

BAHAGIAN TIGA

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 30

3.2 Reka Bentuk Kajian 30

3.3 Prosedur Kajian 31

3.4 Populasi Kajian 32

3.5 Sampel Kajian 32

3.6 Instrumen Kajian 32

3.6.1 Bahagian A (Maklumat Responden) 33

3.6.2 Bahagian B (Kemahiran Generik) 33

3.7 Kajian Rintis 35

3.8 Analisis Data 35

3.9 Penutup 36

Page 12: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa

BAHAGIAN EMPAT

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 37

4.2 Bahagian A (Analisis Maklumat Diri Responden) 37

4.2.1 Jantina 38

4.2.2 Keturunan 38

4.3 Bahagian B ( Analisis Item Soalan) 39

4.3.1 Analisis Item Kemahiran Berkomunikasi 40

4.3.2 Analisis Item Pemikiran Kritis dan 41

Kemahiran Menyelesaikan Masalah

4.3.3 Analisis Item Kemahiran Kerja Berpasukan 43

4.3.4 Analisis Item Kemahiran Pembelajaran 44

Berterusan dan Pengurusan Maklumat

4.3.5 Analisis Item Kemahiran Keusahawanan 45

4.3.6 Analisis Item Kemahiran Beretika dan 46

Moral Profesional

4.3.7 Analisis Item Kemahiran Kepimpinan 48

4.3.8 Analisis Keseluruhan Tahap 49

Kemahiran Generik

4.4 Penutup 51

Page 13: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa

BAHAGIAN LIMA

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 52

5.2 Perbincangan 52

5.2.1 Tahap Kemahiran Berkomunikasi 53

5.2.2 Tahap Pemikiran Kritis dan Kemahiran 54

Menyelesaikan Masalah

5.2.3 Tahap Kemahiran Kerja Berpasukan 55

5.2.4 Tahap Kemahiran Pembelajaran 56

Berterusan dan Pengurusan Maklumat

5.2.5 Tahap Kemahiran Keusahawanan 57

5.2.6 Tahap Kemahiran Beretika dan 58

Moral Profesional

5.2.7 Tahap Kemahiran Kepimpinan 59

5.2.8 Tahap Keseluruhan Tahap Kemahiran Generik 60

5.3 Cadangan 61

5.4 Cadangan Kajian Pada Masa Hadapan 64

5.5 Rumusan 65

BAHAGIAN ENAM

RUJUKAN 66

LAMPIRAN A

Page 14: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jenis Konstruk dan Bilangan Item 34

Dalam Soal Selidik

4.1 Taburan Jantina Responden 38

4.2 Taburan Keturunan Responden 38

4.3 Jadual Ukuran Tahap Kemahiran Generik 39

4.4 Taburan Tahap Kemahiran Berkomunikasi 40

4.5 Taburan Tahap Pemikiran Kritis dan Kemahiran 41

Menyelesaikan Masalah

4.6 Taburan Tahap Kemahiran Kerja Berpasukan 43

4.7 Taburan Tahap Kemahiran Pembelajaran 44

Berterusan dan Pengurusan Maklumat

4.8 Taburan Tahap Kemahiran Keusahawanan 45

4.9 Taburan Tahap Kemahiran Beretika dan 46

Moral Profesional

4.10 Taburan Tahap Kemahiran Kepimpinan 48

4.11 Analisis Min Keseluruhan Bagi Kemahiran Generik 49

Page 15: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.12 Graf Palang Taburan Min Keseluruhan 50

Bagi Tahap Kemahiran Generik

Page 16: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa

SENARAI SINGKATAN

IPT - Institut Pengajian Tinggi

KGM - Kemahiran Generik Mesti

KGT - Kemahiran Generik Tambah

SPSS - Statistical Package For Social Science

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kemahiran generik merupakan dasar dalam hubungan yang kompleks dan ia

digunakan bergantung kepada bagaimana kemahiran ini diajar (Guile,2002). Beliau

menyatakannya dengan melihat kepada dua cara iaitu kemahiran generik dilihat khusus

kepada individu dan kemahiran am diperlukan untuk bekerjasama dalam rutin

persekitaran. Keduanya, kemahiran generik dilihat sebagai hubungan antara individu dan

kerjanya yang digunakan untuk mengubah persekitaran kerja.

Menurut Model Kearns (2001), kemahiran generik pada individu boleh

dikelaskan kepada empat kumpulan iaitu kesediaan bekerja dan sifat bekerja individu,

pengetahuan dalam keusahawanan, kreatif dan inovatif, mempunyai kemahiran

interpersonal dan berfikir serta mempunyai kemahuan untuk belajar. Kemahiran generik

dikenali sebagai keterampilan utama di Australia, kemahiran teras di United Kingdom,

kemahiran tempat kerja di Amerika Syarikat, kemahiran perlu di New Zealand dan hasil

pembelajaran di Kanada.

Page 18: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa

2

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dilancarkan oleh

Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat

Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bermatlamat menghasilkan pendidikan berkualiti

untuk semua rakyat Malaysia. Bagi mencapai matlamat ini terdapat 6 teras strategik

yang digariskan untuk memperkukuhkan sistem pendidikan negara. Teras 2 iaitu

„Membangunkan Modal Insan‟ adalah satu usaha melengkapkan diri pelajar dengan

pelbagai kemahiran “hard skills” dan “soft skills” di samping ilmu akademik serta

pengetahuan yang luas bagi mengisi keperluan tenaga kerja negara pada masa hadapan.

Modal insan yang dihasilkan mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan,

berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi (Pelita Bahasa, Jun

2007).

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menyediakan sebuah modul

kemahiran generik untuk dilaksanakan di kolej-kolej ataupun universiti (Modul

Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills), 2006). Tujuan KPT menerapkan

kemahiran ini kepada pelajar universiti adalah sebagai nilai tambah kepada mereka

selain kurikulum dipelajari. Ini bermakna apabila pelajar melanjutkan pengajian ke

peringkat universiti atau institusi lain, pelajar turut didedahkan dengan pelbagai

kemahiran generik yang berguna sepanjang tempoh pengajian.

Bagi menyahut cabaran tersebut,Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah

menetapkan kemahiran dan nilai yang perlu diterapkan kepada para graduan sebagai

persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.Antara kemahiran tersebut ialah

kemahiran komunikasi, bekerja dalam kumpulan, penyelesaian masalah, mampu

menyesuaikan diri, pembelajaran sepanjang hayat, keyakinan diri dan etika atau moral

(Buletin P & P, UTM, 2004).Pada tahun 2007,terdapat perubahan dalam senarai Atribut

Graduan UTM melalui kemasukan dua item baru iaitu kemahiran keusahawanan dan

kemahiran kepimpinan menggantikan dua item lama iaitu penyesuaian diri dan

keyakinan diri (Buletin P&P Edisi Jun 2007).

Page 19: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Pembangunan „Modal Insan‟ di institusi pengajian tinggi (IPT) mempunyai lima

gagasan utama iaitu penerapan nilai intelektual universal, pemurnian nilai kebangsaan,

kredibiliti dan keprihatinan sosial, pengantarabangsaan kegiatan pelajar, dan

pemeriksaan patriotisme (Utusan Malaysia).Tengku Mahaleel (2002) berpendapat untuk

penempatan diri dan bersaing di pasaran pekerjaan global pada masa kini, para

graduan tempatan harus mempunyai elemen-elemen kemahiran generik di samping

cemerlang dalam bidang akademik. Menurut beliau lagi, elemen- elemen kemahiran

generik membolehkan seseorang pekerja menggunakan segala ilmu pengetahuan dan

kemahiran yang ada dalam sebarang bidang pekerjaan.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Malaysia Today (2005), yang

bertajuk “Malaysia Has 60,000 Graduates Unemployed ” kerajaan telah membuat

satu kajian dan mendapati bahawa punca utama 60,000 graduan Malaysia yang masih

menganggur adalah disebabkan kekurangan beberapa kemahiran seperti komunikasi,

lemah dalam menggunakan Bahasa Inggeris dan kurang pengalaman bekerja. Menerusi

dialog antara Kementerian PengajianTinggi dengan majikan di negara ini, ramai

mengatakan graduan universiti tidak diambil kerja kerana tidak memiliki kemahiran

insaniah (Bernama, 2007).

Pasaran kerja pada era globalisasi memerlukan tenaga kerja yang berketerampilan

dan mempunyai daya saing yang tinggi berikutan persaingan yang semakin sengit.

Pencapaian ilmu yang tinggi sahaja tidak mencukupi kerana majikan memerlukan

pekerja yang serba boleh (Berita Harian, 15/03/2006).Dalam merealisasikan agenda

tersebut, kemahiran generik merupakan salah satu kayu ukur yang menjadi medium

untuk mengenalpasti sejauhmana tahap kesediaan pelajar berhadapan dengan cabaran

alaf globalisasi.

Page 20: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa

4

1.3 Pernyataan Masalah

Universiti adalah sebuah institut pengajian tinggi yang bukan sahaja berperanan

melahirkan tenaga kerja dalam pelbagai bidang pekerjaan, tetapi juga berperanan

membentuk dan mengembangkan sahsiah seseorang insan supaya menggunakan ilmu

serta daya pemikiran bagi menghadapi sebarang bentuk cabaran dalam hidupnya

termasuk menghadapi alam pekerjaan (Abdul Halim, 2007).

Kemahiran generik merupakan suatu elemen yang penting bagi para pelajar untuk

mencapai kecemerlangan diri.Memiliki ijazah semata-mata belum tentu dapat menjamin

peluang pekerjaan yang cerah.Di samping kejayaan dalam akademik ,seseorang graduan

perlu memiliki pelbagai kemahiran agar mereka dapat bersaing bagi menepati dan

memenuhi kehendak pasaran kerja masa kini.

Namun, timbul persoalan tentang sejauhmana para pelajar mengamalkan

kemahiran generik sepanjang bergelar mahasiswa. Kebanyakan kajian yang dijalankan

terhadap kemahiran generik adalah berkaitan dengan kepentingan kemahiran

generik.Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap kemahiran generik

pelajar dari aspek kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran

menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan,kemahiran pembelajaran

berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, kemahiran beretika

dan moral profesional dan kemahiran kepimpinan.

Page 21: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa

5

1.4 Objektif Kajian

Antara objektif utama kajian ini adalah untuk :

1. Mengenalpasti tahap kemahiran generik pelajar Fakulti Pendidikan UTM

melalui tujuh kemahiran iaitu :

a) Kemahiran Berkomunikasi

b) Pemikiran Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah

c) Kemahiran Kerja Berpasukan

d) Kemahiran Pembelajaran Berterusan Dan Pengurusan Maklumat

e) Kemahiran Keusahawanan

f) Kemahiran Beretika Dan Moral Profesional

g) Kemahiran Kepimpinan

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan yang diutarakan dalam menjalankan kajian ini adalah seperti berikut :

1.5.1 Apakah tahap kemahiran berkomunikasi pelajar Fakulti Pendidikan

UTM.

1.5.2 Apakah tahap kemahiran pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan

masalah pelajar Fakulti Pendidikan UTM.

1.5.3 Apakah tahap kemahiran kerja berpasukan pelajar Fakulti Pendidikan UTM.

1.5.4 Apakah tahap kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan

maklumat pelajar Fakulti Pendidikan UTM.

1.5.5 Apakah tahap kemahiran keusahawanan pelajar Fakulti Pendidikan UTM.

Page 22: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa

6

1.5.6 Apakah tahap kemahiran beretika dan moral profesional pelajar Fakulti

Pendidikan UTM.

1.5.7 Apakah tahap kemahiran kepimpinan pelajar Fakulti Pendidikan UTM.

1.6 Kerangka Teori

Bagi sesuatu kajian,beberapa teori diperlukan sebagai asas kepada perkara yang

ingin dikaji.Kajian mengenai kemahiran generik berdasarkan teori yang diutarakan oleh

Wilding (2007) yang menyatakan bahawa Emotional Intelligence (EI) sebagai soft skills.

Teori Wilding dipilih sebagai asas penyelidikan ini kerana Wilding menjelaskan elemen

kemahiran generik dengan terperinci sebagai kemahiran intrapersonal dan

interpersonal.Teori yang dibawa oleh Wilding berpadanan dengan tafsiran kemahiran

generik dari pelbagai perspektif. Kemahiran generik bukan sekadar dilihat secara fizikal

melalui kemahiran interpersonal, tetapi juga terkandung dalam aspek kemanusiaan,

kerohanian dan spiritual melalui kemahiran intrapersonal seseorang.

Teori Wilding juga menyatakan bahawa kemahiran generik merangkumi unsur-

unsur yang boleh dilihat, diukur dan dinilai melalui percakapan, tindakan dan tingkah

laku seseorang. Kemahiran generik terdiri daripada sikap dan kebolehan yang boleh

dibina dan dibentuk menjadi personaliti dalam diri seseorang.Ringkasnya, Wilding

mentafsirkan kemahiran generik sebagai kebolehan seseorang menjaga perhubungannya

dengan diri sendiri dan hubungannya dengan orang lain. Kemahiran generik hanya

terbina apabila kemahiran interpersonal dan kemahiran intrapersonal ini digabungkan

dengan sempurna.Selain itu,menurut Taksonomi Bloom yang mula diperkenalkan oleh

Benjamin Bloom pada tahun 1956 mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin

dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Domain

kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual. Manakala domain afektif

Page 23: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa

7

digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan kepada pelajar

melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan juga dalam pelbagai

perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus rekabentuk sistem dan

sebagainya. Domain psikomotor pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan

teknikal. Kemahiran ini diterapkan melalui proses latihan industri, ujikaji makmal dan

juga lawatan teknikal.

1.7 Kerangka Kajian

Kerangka kajian merupakan gambaran keseluruhan bagi sesuatu kajian yang

dilakukan.Ia berasaskan kepada kerangka teori yang dinyatakan. Menurut KPT (2005),

kemahiran generik melibatkan kemahiran bukan akademik. Secara ringkasnya,

kemahiran generik boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:

a. Kemahiran intrapersonal merangkumi elemen pemikiran kritis dan penyelesaian

masalah serta pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat.

b. Kemahiran interpersonal merangkumi elemen kemahiran berkomunikasi, kemahiran

kepimpinan, kemahiran keusahawanan dan kemahiran kerja berpasukan.

c. Etika dan moral.

Setiap elemen diperincikan kepada dua elemen iaitu Kemahiran Generik Mesti

(KGM) dan Kemahiran Generik Tambahan (KGT). KGM merupakan kemahiran yang

mesti dimiliki oleh setiap pelajar IPT. Jika kemahiran ini tiada, pelajar dianggap tidak

kompeten dalam elemen berkaitan. Manakala KGT merupakan nilai tambah kepada

pelajar. Jika kemahiran ini dimiliki oleh pelajar bersama KGM, beliau boleh dianggap

Page 24: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa

8

memiliki kompeten cemerlang dalam elemen berkaitan.Justeru,melalui kajian ini soal

selidik yang digunakan merangkumi kedua-dua elemen ini dalam setiap

kemahiran.Terdapat tujuh kemahiran generik yang telah digariskan oleh KPT iaitu :

1) Kemahiran Berkomunikasi

Kemahiran berkomunikasi mempunyai lapan item seperti berikut :

KGM -Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh

keyakinan, secara lisan dan bertulis.

KGM -Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi

maklum balas.

KGM - Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan

dan bersesuaian dengan tahap pendengar.

KGT - Kebolehan menggunakan teknologi dalam pembentangan.

KGT - Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan.

KGT - Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai

budaya berlainan.

KGT - Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi perseorangan.

KGT - Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan.

Page 25: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa

9

2) Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah melibatkan tujuh item iaitu :

KGM - Kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi

kompleks dan kabur, serta membuat penilaian yang berjustifikasi.

KGM - Kebolehan mengembang dan membaiki kemahiran berfikir seperti

menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan.

KGM – Kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif.

KGT -Kebolehan berfikir melangkau batas.

KGT- Kebolehan membuat keputusan yang berdasarkan bukti yang kukuh.

KGT -Kebolehan untuk bertahan serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap

tanggungjawab yang diberikan.

KGT -Kebolehan memahami dan menyesuaikan diri kepada budaya komuniti dan

persekitaran kerja yang baharu.

3) Kemahiran Kerja Berpasukan

Kemahiran kerja berpasukan melibatkan lima item seperti berikut:

KGM – Kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan

bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama.

KGM - Kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua

kumpulan dan ahli kumpulan.

Page 26: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa

10

KGM - Kebolehan mengenali dan menghormati sikap, kelakuan, dan kepercayaan orang

lain.

KGT - Kebolehan memberi sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil

usaha kumpulan.

KGT -Bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan.

4 ) Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat

Kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat ini melibatkan tiga item

iaitu :

KGM - Kebolehan mencari dan mengurus maklumat yang relevan dari pelbagai sumber.

KGM - Kebolehan menerima idea baru dan berkeupayaan untuk pembelajaran autonomi.

KGT - Kebolehan mengembangkan minda ingin tahu dan dahagakan ilmu.

5) Kemahiran Keusahawanan

Kemahiran keusahawanan melibatkan empat item seperti berikut :

KGM - Kebolehan mengenal pasti peluang perniagaan.

KGT - Kebolehan merangka perancangan perniagaan.

Page 27: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa

11

KGT -Kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan

pekerjaan.

KGT - Kebolehan untuk bekerja sendiri.

6) Etika dan Moral Profesional

Etika dan moral profesional melibatkan tiga item iaitu :

KGM - Kebolehan memahami kesan ekonomi, alam sekitar dan sosiobudaya dalam

amalan profesional.

KGM - Kebolehan menganalisis dan membuat keputusan dalam penyelesaian masalah

berkaitan etika.

KGT - Kebolehan mengamalkan sikap beretika, di samping mempunyai rasa

tanggungjawab terhadap masyarakat.

7) Kemahiran Kepimpinan

Kemahiran kepimpinan melibatkan empat item seperti berikut:

KGM - Pengetahuan tentang teori asas kepimpinan .

KGM – Kebolehan untuk memimpin projek.

KGT – Kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara

ketua pasukan dan anggota pasukan.

KGT – Kebolehan untuk menyelia anggota pasukan.

Page 28: €¦ · iii DEDIKASI Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat Ayahanda dan bonda tercinta, En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar Terima kasih atas sokongan serta doa

12

1.8 Kepentingan Kajian

Kepentingan kepada para pelajar.

Hasil kajian ini dapat membantu pelajar mengenal pasti tahap kemahiran generik

yang ada dalam diri mereka. Kelemahan dalam menguasai kemahiran-kemahiran

tertentu akan dapat dikenalpasti dan diperbaiki sekaligus membantu para pelajar

menyiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam

alam pekerjaan.

Kepentingan kepada pihak universiti.

Hasil kajian yang diperolehi dapat membantu pihak UTM mendapatkan

maklumat asas mengenai status dan keberkesanan aktiviti terutamanya dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.Selain itu,pihak UTM dapat memperbaiki segala

kelemahan program yang telah dirancang bagi mencapai matlamat seperti yang

ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.Kajian ini juga diharapkan dapat

membantu tenaga pengajar terutamanya pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan

menyusun strategi dalam menerapkan kemahiran generik melalui pengajaran serta

aktiviti-aktiviti lain dengan lebih jelas dan efektif.