cerpen mutiara bonda tg3
TRANSCRIPT
-
8/2/2019 Cerpen Mutiara Bonda Tg3
1/22
Cerpen Mutiara Bonda Tg3
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 18:42
Mutiara Bonda
(Osman Ayob)
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum
Sinopsis
Mohd. Harraz (adik) ialah mutiara bonda. Dia dibelai dengan limpahan kasih sayang, diasuh
untuk menjadi seorang yang berbudi dan beriman. Namun dugaan selalu bertandang,
mencabar kesabaran bonda dalam mengasuh anak lelaki tunggalnya. Daripada malas kesekolah, Mohd. Harraz kemudiannya tidak mahu bersekolah lagi, hanya setakat darjah enam.
Namun berkat doa dan tawakal bonda, Mohd. Harraz seperti dilahirkan semula setelah terlibat
dalam kemalangan dan bernasib baik kerana tidak ditangkap polis se
masa serbuan polis di sebuah pondok
yang menjadi tempat menghisap ganja. Akhirnya, Mohd. Harraz benar-benar menjadi mutiara ,
bersinar dan menyejukkan hati bonda. Dia telah berjaya melanjutkan pelajaran ke University
al-Bayt, Jordan. Akhirnya, impian bonda untuk melihat anaknya menjadi seorang ustaz
tercapai, begitu juga dengan wasiat ayahnya.
Tema
1 / 22
-
8/2/2019 Cerpen Mutiara Bonda Tg3
2/22
Cerpen Mutiara Bonda Tg3
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 18:42
Kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anaknya hingga berjaya.
Buktinya bonda gigih dan sabar dalam mendidik anaknya Mohd. Harraz (adik) sehingga berjaya
melanjutkan pelajaran di Jordan.
Persoalan
i. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
Contoh: Bonda sangat menyayangi Mohd. Harraz walaupun anaknya itu sangat nakal dan degil
.
ii. Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan.
Contoh: Keempat-empat orang anak bonda termasuk Mohd. Harraz berjaya melanjutkan
pelajaran ke peringkat lebih tinggi .
2 / 22
-
8/2/2019 Cerpen Mutiara Bonda Tg3
3/22
Cerpen Mutiara Bonda Tg3
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 18:42
iii. Keciciran pelajar luar bandar.
Contoh: Mohd. Harraz pernah berhenti sekolah ketika berada di darjah enam.
iv. Masalah sosial dalam kalangan remaja.
Contoh: Mohd. Harraz merokok dan rakan-rakannya yang tidak bersekolah terjebak dalam
penagihan ganja .
v. Tekanan hidup anak bekas banduan.
Contoh: Mohd. Harraz menghadapi tekanan kerana bapanya pernah dipenjarakan akibat
dituduh terlibat dalam kes dadah .
Plot
3 / 22
-
8/2/2019 Cerpen Mutiara Bonda Tg3
4/22
Cerpen Mutiara Bonda Tg3
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 18:42
i. Permulaan
Pembaca diperkenalkan dengan watak bonda yang sangat gembira menerima surat daripada
anaknya, Mohd. Harazz yang sedang melanjutkan pelajaran
di Jordan. Bonda mengimbas kembali saat-saat
ketika membesarkan adik sehingga
berjaya. Ketika
Mohd. Harraz berusia 10 hingga 12 tahun, dia sangat nakal dan degil.
ii. Perkembangan
Pada bahagian ini, penulis menggambarkan kenakalan dan kedegilan Mohd. Harraz sehingga
dia mengambil keputusan berhenti sekolah ketika berada dalam darjah enam. Namun ibunya
tetap sabar melayani kerenahnya itu.
iii. Puncak
Mohd Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya . Dia diberitahu oleh ibu bahawa pondok di
dusun yang selalu dikunjungi oleh Mohd. Harraz telah diserbu oleh pihak polis. Mohd. Harrazbernasib baik kerana dia tidak berada di situ ketika serbuan tersebut dibuat.
4 / 22
-
8/2/2019 Cerpen Mutiara Bonda Tg3
5/22
Cerpen Mutiara Bonda Tg3
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 18:42
iv. Peleraian
Mohd. Harraz insaf atas kesilapannya dan menyatakan hasratnya untuk menyambung
pelajarannya semula. Akhirnya, Mohd. Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti
al-Bayt, Jordan.
Teknik Plot
i. Pemerian
Contoh: Pengarang memerihalkan keadaan bonda yang gembira apabila mendapat warkah
perkhabaran daripada adik di Jordon .
ii. Dialog
5 / 22
-
8/2/2019 Cerpen Mutiara Bonda Tg3
6/22
Cerpen Mutiara Bonda Tg3
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 18:42
Contoh: Perbualan antara bonda dengan adik sewaktu bonda melarang Mohd. Harraz (adik)
keluar berjumpa dengan kawan-kawannya sebelum kemalangan berlaku .
iii. Imbas Kembali
Contoh: Bonda mengingati semula kehidupan Mohd. Harraz (adik) ketika kecil terutamanya ke
tika dia berusia 12 tahun. Mohd. Harraz berhenti sekolah ketika dalam darjah enam dan
kemudian menyambung semula persekolahan setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya
.
iv. Kejutan
Contoh: Mohd. Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkannya patah
tangan.
v. Saspens
Contoh: Pembaca tertanya-tanya sama ada Mohd. Harraz akan berubah sikap selepas terlibat
dalam kemalangan jalan raya atau tidak .
6 / 22
-
8/2/2019 Cerpen Mutiara Bonda Tg3
7/22
Cerpen Mutiara Bonda Tg3
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 18:42
vi. Konflik
vii. Contoh: Mohd. Harraz memberitahu bonda bahawa dia mahu berhenti sekolah. Kak Cik
tidak bersetuju dan sering tidak berpuas hati dengan sikap ibu yang selalu member muka
kepada adiknya itu.
Watak utama
Adik
i. Nama penuhnya Mohd. Harraz bin Lebai Sidi.
ii. Anak lelaki tunggal daripada empat orang adik-beradik.
7 / 22
-
8/2/2019 Cerpen Mutiara Bonda Tg3
8/22
Cerpen Mutiara Bonda Tg3
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 18:42
iii. Degil dan keras hati.
Contoh: Adik tetap berdegil untuk keluar berjumpa rakan-rakannya walaupun dilarang oleh
kakak dan ibunya kerana telah lewat malam .
iv. Malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial.
Contoh: Adik berhenti sekolah semasa darjah enam dan mula merokok.
v. Panas baran.
Contoh: Ketika adik meminta wang RM 5.00 kepada bonda untuk membeli mercun, adik telah
menghempas cawan kaca sehingga serpihannya terkena kaki bonda setelah bonda
enggan memberikannya.
vi. Insaf akan kesalahan yang dilakukan.
Contoh: Adik insaf dengan segala kesalahannya setelah terbabit dengan kemalangan jalan
8 / 22
-
8/2/2019 Cerpen Mutiara Bonda Tg3
9/22
Cerpen Mutiara Bonda Tg3
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 18:42
raya.
vii. Berpelajaran tinggi.
Contoh: Adik melanjutkan pelajarannya di Universiti al-Bayt, Jordan.
Watak Sampingan
Bonda
i. Ibu tunggal yang kematian suami.
ii. Mempunyai empat orang anak, tiga perempuan dan seorang lelaki.
iii. Gigih membesarkan anak-anak.
9 / 22
-
8/2/2019 Cerpen Mutiara Bonda Tg3
10/22
Cerpen Mutiara Bonda Tg3
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 18:42
Contoh: Bonda gigih membesarkan anak-anaknya setelah kematian suaminya.
iv. Mempunyai impian dan keyakinan yang tinggi bahawa anak-anaknya akan berjaya
dalam hidup.
Contoh: Bonda percaya bahawa suatu hari nanti anaknya Mohd. Harraz akan berubah dan
peristiwa tersebut betul-betul berlaku .
v. Sangat sabar menghadapi kerenah anak lelaki tunggalnya.
Contoh: Bonda tetap bersabar dengan kerenah adik di usia kecilnya. Pernah ibu jari kaki bonda
terkena serpihan kaca cawan yang dihempas oleh adik .
Kak Cik
i. Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik.
10 / 22
-
8/2/2019 Cerpen Mutiara Bonda Tg3
11/22
Cerpen Mutiara Bonda Tg3
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 18:42
ii. Kurang sabar dan agak pemarah dengan kerenah adiknya.
Contoh: Kak Cik menampar adik ketika mereka bertengkar.
iii. Anak yang bertanggungjawab.
Contoh: Kak Cik sering menenangkan bonda apabila bonda kesedihan.
Latar
Latar Masa
i. Waktu pagi
11 / 22
-
8/2/2019 Cerpen Mutiara Bonda Tg3
12/22
Cerpen Mutiara Bonda Tg3
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 18:42
Contoh: Pada waktu pagi, pemandu van akan membunyikan hon apabila adik lambat bersiap
untuk ke taski.
ii. Waktu senja
Contoh: Bonda berdoa kepada Tuhan (Malikul Qudus) semoga adik berubah sikap.
iii. Waktu malam
Contoh: Pada pukul 12.30 malam, adik keluar dari rumah dan terlibat dalam kemalangan jalan
raya.
Latar Tempat
i. Rumah Bonda
Contoh: Peristiwa adik menghempas cawan kaca lalu serpihannya terkena ibu jari kaki bonda
sehingga terluka.
12 / 22
-
8/2/2019 Cerpen Mutiara Bonda Tg3
13/22
Cerpen Mutiara Bonda Tg3
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 18:42
ii. Pondok di dusun
Contoh: Peristiwa polis menyerbu pondok di dusun yang menjadi tempat kawan-kawan adik
berkumpul dan menghisap ganja .
iii. Atas katil
Contoh: Adik terlantar lesu di katil dengan kepalanya berbalut tompokan darah dan mukanya
calar-balar akibat daripada kemalangan yang dihadapinya .
Latar Masyarakat
i. Masyarakat yang gigih mendidik anak.
Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang degil, nakal dan terlibat dengan masalah sosial.
ii. Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.
13 / 22
-
8/2/2019 Cerpen Mutiara Bonda Tg3
14/22
Cerpen Mutiara Bonda Tg3
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 18:42
Contoh: Bonda menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke peringkat universiti.
iii. Masyarakat yang mementingkan nilai kasih sayang.
Contoh: Bonda tetap menyayangi adik walaupun adik selalu menyakiti hatinya terutamanya
apabila adik mahu berhenti sekolah.
Gaya Bahasa
i. Personifikasi
Contoh:
- tikaman masa lampau yang menajam di ingatan
- darah meluncur dari ibu jari kaki bonda
- mencincanglumatkan jantung bonda
14 / 22
-
8/2/2019 Cerpen Mutiara Bonda Tg3
15/22
Cerpen Mutiara Bonda Tg3
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 18:42
ii. Hiperbola
Contoh:
- melangit tinggi
- berasap-asap bara meluat
- kata-kata berapi yang membakar kepala
iii. Sinkope
Contoh :
- Bonda yang berdosa sebabtakpandai ajar anak
- Adik nakberhenti sekolah
15 / 22
-
8/2/2019 Cerpen Mutiara Bonda Tg3
16/22
Cerpen Mutiara Bonda Tg3
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 18:42
- Hanya orang berilmu dipandang mulia, nak.
iv. Pengulangan
Contoh :
- tidak pernahdicubit, tidak pernahditengking
- buang masa, buangidea, buangdakwat pen, buangkertas danbuangduit setem
sahaja.
v. Simile
Contoh:
- perangainya persis syaitan
- bonda bagai tercampak ke pulau hana
vi. Peribahasa
16 / 22
-
8/2/2019 Cerpen Mutiara Bonda Tg3
17/22
Cerpen Mutiara Bonda Tg3
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 18:42
Contoh:
- bersengkang mata
- mengembalikan manikam ke dalam cembulnya
- ibarat gelas, biarpun tidak berkecai namun pasti akan ada retaknya
- dayung sudah di tangan, sampan sudah di tengah lautan
- musuh dalam selimut
- bendera putih
Nilai
i. Nilai kasih sayang.
17 / 22
-
8/2/2019 Cerpen Mutiara Bonda Tg3
18/22
Cerpen Mutiara Bonda Tg3
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 18:42
Contoh: Bonda amat menyayangi anak-anaknya .
ii. Nilai bertanggungjawab.
Contoh: Bonda bertanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak setelah kematian
suaminya.
iii. Nilai kesabaran.
Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya terutama anak lelakinya, Mohd. Harraz
yang bermasalah.
iv. Nilai kegigihan.
Contoh: Bonda begitu gigih mendidik adik sejak adik kecil sehingga berjaya walaupun
berhadapan dengan pelbagai dugaan
.
18 / 22
-
8/2/2019 Cerpen Mutiara Bonda Tg3
19/22
Cerpen Mutiara Bonda Tg3
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 18:42
v. Nilai keinsafan.
Contoh: Adik insaf atas kesilapannya setelah terlibat dalam kemalangan dan mahu belajar
semula.
vi. Nilai ketabahan.
Contoh: Bonda tetap tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal
dunia dalam penjara .
Pengajaran
i. Kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak.
Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang bermasalah sehingga akhirnya menjadi orang yang
berjaya.
19 / 22
-
8/2/2019 Cerpen Mutiara Bonda Tg3
20/22
Cerpen Mutiara Bonda Tg3
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 18:42
ii. Kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak.
Contoh: Walaupun bonda seorang ibu tunggal namun bonda bertanggungjawab mendidik,
membesar dan memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya .
iii. Kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar luar bandar.
Contoh: Adik berhenti sekolah ketika darjah enam.
iv. Kita hendaklah mementingkan kasih sayang dalam keluarga.
Contoh: Kak Cik mendakap bonda erat-erat semasa bonda menangis selepas melihat
tindakannya menampar adik .
v. Kita haruslah sabar dalam menghadapi segala kerenah ahli keluarga.
Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya terutama anak lelakinya, Mohd. Harrazyang bermasalah.
20 / 22
-
8/2/2019 Cerpen Mutiara Bonda Tg3
21/22
Cerpen Mutiara Bonda Tg3
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 18:42
vi. Kita haruslah tabah menghadapi dugaan.
Contoh: Bonda tetap tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal
dunia dalam penjara .
Soalan
i. Jelaskan tiga perwatakan adik.
ii. Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini.
Jawapan
21 / 22
-
8/2/2019 Cerpen Mutiara Bonda Tg3
22/22
Cerpen Mutiara Bonda Tg3
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 18:42
i. Tiga perwatakan adik ialah degil dan keras hati. Contohnya, adik tetap berdegil untukkeluar berjumpa rakan-rakannya walaupun dilarang oleh kakak dan ibunya kerana telah lewat
malam. Seorang yang
malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial. Contohnya, adik berhenti sekolah semasa
dalam darjah enam dan mula merokok. Seorang yang panas baran. Contohnya, ketika adik
meminta wang RM 5.00 kepada bonda untuk membeli mercun, adik telah menghempas cawan
kaca sehingga serpihannya terkena kaki bonda setelah
bonda enggan memberikannya.
ii. Tiga pengajaran cerpen ini ialah kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak.
Contohnya, bonda gigih mendidik adik yang bermasalah sehingga akhirnya menjadi orang yangberjaya. Pengajaran kedua kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak. Contohnya,
walaupun bonda seorang ibu tunggal namun bonda bertanggungjawab mendidik, membesar
dan memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya. Ketiga kita mestilah berusaha untuk
mengatasi masalah keciciran pelajar luar bandar. Contohnya, adik berhenti sekolah ketika dar
jah enam.