bingkisan - universiti putra malaysiahadis kesihatan daripada aisyah r.a. dia berkata lagi,...

2
Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) Aras 7, Blok Makmal A, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, 43400, Serdang, Selangor Tel: 03-89471011 Talian bebas tol: 1-800-22-2233 www.care.upm.edu.my Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban ISU NOVEMBER 2015 : CaRE UPM Timbalan Pengarah Prof. Madya Dr. Andi Anggeriana Andi Asri Pengarah Prof. Dr. Latiffah A. Latiff Bingkisan 17 November 2015 (5 Safar 1437H) pasukan sokongan dan pemerkasaan survivor dari Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) UPM telah mengadakan lawatan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk memberi sokongan kepada Puan Syurainee bin Suib yang menghidap kanser pangkal rahim tahap ga (3). Bermula tahun 2013, beliau merasakan ada sesuatu yang dak kena kerana mengalami kepuhan yang dak menyenangkan sehingga mengeluarkan bau dan beliau terus menjalani pemeriksaan pap smear atas dorongan suaminya. Keputusan menunjukkan beliau mengalami jangkitan kulat dan telahpun mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Setahun berlalu, masalah kepuhan kembali semula dan diiringi rasa sakit pada bahagian ari-ari. Beliau dengan sokongan suaminya mengambil keputusan untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Tuanku Mizan sekitar Oktober 2014. Pap smear dan juga ultrasound telah dijalankan, namun pakar mencadangkan agar biopsi dibahagian pangkal Rahim dibuat. Hasil keputusan biopsi menunjukkan bahawa beliau mempunyai kanser pangkal Rahim tahap dua (2). Memandangkan Hospital Tuanku Mizan dak mempunyai kepakaran dalam bidang onkologi, beliau seterusnya di rujuk ke HKL di bawah seliaan pakar gine-onkologi. Beliau diberikan rawatan kemoterapi 4 pusingan, radioterapi 27 kali dan brakiterapi selama 3 hari. Rawatan dapat dihabiskan dengan baik dan beliau kurang mendapat komplikasi. Pada 20 Oktober yang lalu beliau sekali lagi di masukkan ke hospital akibat sesak nafas dan mempunyai masalah pada buah pinggangnya menyebabkan beliau mengalami kemurungan dan hilang semangat. Pihak CaRE telah menemukan beliau dengan seorang survivor kanser Rahim iaitu Puan Zaidah bagi mengembalikan semangat beliau. Pihak CaRE juga menyampaikan buku terbitan CaRE sebagai rujukan kepada beliau dan suami serta keluarga. Kata-kata posif serta semangat juga turut diberikan kepada suami beliau yang senasa memberi sokongan, begitu juga dengan keluarganya. Pihak CaRE akan membuat lawatan ulangan untuk meneruskan sokongan emosi kepada beliau. Di sini kita dapat lihat betapa penngnya membuat pemeriksaan pap smear bagi pengesanan awal kanser pangkal rahim. Sebarang pertanyaan atau sumbangan kepada pesakit kanser boleh hubungi pasukan sokongan dan pemerkasaan survivor di talian bebas tol kanser iaitu KANHELPLINE 1 800 22 2233. Untuk menderma kepada pesakit-pesakit kanser , sumbangan boleh diberikan melalui akaun BENDAHARI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (8002151963—CIMB) ************************** Disediakan oleh : Shafikah Rahim Edit oleh : Mariani Shaari Kakitangan CaRE (kiri) dan Puan Zaidah, survivor kanser Rahim (kanan) sewaktu bertemu Pn Syurainee di HKL

Upload: others

Post on 26-Feb-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bingkisan - Universiti Putra MalaysiaHadis Kesihatan Daripada Aisyah r.a. dia berkata lagi, “Apabila daripada keluarga Rasulullah SAW ada yang sakit, maka baginda memerintahkan

Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE)

Aras 7, Blok Makmal A, Fakulti Perubatan dan Sains

Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, 43400, Serdang, Selangor

Tel: 03-89471011

Talian bebas tol: 1-800-22-2233

www.care.upm.edu.my

Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban

ISU NOVEMBER 2015

: CaRE UPM

Timbalan Pengarah Prof. Madya Dr. Andi Anggeriana

Andi Asri

Pengarah Prof. Dr. Latiffah A. Latiff

Bingkisan 17 November 2015 (5 Safar 1437H) pasukan sokongan dan pemerkasaan survivor dari Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) UPM telah mengadakan lawatan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk memberi sokongan kepada Puan Syurainee binti Suib yang menghidap kanser pangkal rahim tahap tiga (3). Bermula tahun 2013, beliau merasakan ada sesuatu yang tidak kena kerana mengalami keputihan yang tidak menyenangkan sehingga mengeluarkan bau dan beliau terus menjalani pemeriksaan pap smear atas dorongan suaminya. Keputusan menunjukkan beliau mengalami jangkitan kulat dan telahpun mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Setahun berlalu, masalah keputihan kembali semula dan diiringi rasa sakit pada bahagian ari-ari. Beliau dengan sokongan suaminya mengambil keputusan untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Tuanku Mizan sekitar Oktober 2014. Pap smear dan juga ultrasound telah dijalankan, namun pakar mencadangkan agar biopsi dibahagian pangkal Rahim dibuat. Hasil keputusan biopsi menunjukkan bahawa beliau mempunyai kanser pangkal Rahim tahap dua (2). Memandangkan Hospital Tuanku Mizan tidak mempunyai kepakaran dalam bidang onkologi, beliau seterusnya di rujuk ke HKL di bawah seliaan pakar gine-onkologi. Beliau diberikan rawatan kemoterapi 4 pusingan, radioterapi 27 kali dan brakiterapi selama 3 hari. Rawatan dapat dihabiskan dengan baik dan beliau kurang mendapat komplikasi.

Pada 20 Oktober yang lalu beliau sekali lagi di masukkan ke hospital akibat sesak nafas dan mempunyai masalah pada buah pinggangnya menyebabkan beliau mengalami kemurungan dan hilang semangat. Pihak CaRE telah menemukan beliau dengan seorang survivor kanser Rahim iaitu Puan Zaidah bagi mengembalikan semangat beliau. Pihak CaRE juga menyampaikan buku terbitan CaRE sebagai rujukan kepada beliau dan suami serta keluarga. Kata-kata positif serta semangat juga turut diberikan kepada suami beliau yang sentiasa memberi sokongan, begitu juga dengan keluarganya. Pihak CaRE akan membuat lawatan ulangan untuk meneruskan sokongan emosi kepada beliau. Di sini kita dapat lihat betapa pentingnya membuat pemeriksaan pap smear bagi pengesanan awal kanser pangkal rahim.

Sebarang pertanyaan atau sumbangan kepada pesakit kanser boleh hubungi pasukan

sokongan dan pemerkasaan survivor di talian bebas tol kanser iaitu KANHELPLINE 1 800 22 2233.

Untuk menderma kepada pesakit-pesakit kanser , sumbangan boleh diberikan

melalui akaun BENDAHARI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (8002151963—CIMB)

************************** Disediakan oleh : Shafikah Rahim

Edit oleh : Mariani Shaari

Kakitangan CaRE (kiri) dan Puan Zaidah, survivor kanser Rahim (kanan) sewaktu bertemu Pn Syurainee di HKL

Page 2: Bingkisan - Universiti Putra MalaysiaHadis Kesihatan Daripada Aisyah r.a. dia berkata lagi, “Apabila daripada keluarga Rasulullah SAW ada yang sakit, maka baginda memerintahkan

Tajuk buku: Pemakanan untuk Pesakit Kanser – Panduan

untuk Pesakit dan Keluarga

Pemakanan ialah unsur yang penting dalam rawatan kanser. Makan jenis makanan yang betul sebelum, semasa dan selepas rawatan dapat membantu anda supaya lebih sihat dan kuat. Panduan ini bertujuan untuk membantu anda belajar tentang keperluan pemakananan anda dan cara menangani kesan sampingan rawatan yang boleh menjejaskan kemampuan anda untuk makan. Maklumat dalam panduan ini bukanlah untuk menggantikan nasihat pakar perubatan. Anda hendaklah sentiasa berbincang dan meminta nasihat doktor, pakar pemakanan atau jururawat tentang keperluan pemakanan.

Jika berminat untuk mendapatkan bahan terbitan ini, sila hubungi TALIAN KANHELPLINE :

1-800-22-2233

BUKU TERBITAN CaRE

AKTIVITI SEMASA CaRE AKTIVITI CaRE AKAN DATANG

TAZKIRAH

Hadis Kesihatan

Daripada Aisyah r.a. dia berkata lagi, “Apabila daripada keluarga Rasulullah SAW ada yang sakit, maka baginda memerintahkan

supaya dibuatkan bubur.” Aisyah berkata lagi, “Baginda mengucapkan, “Sesungguhnya bubur tersebut akan menguatkan hati

orang yang sedang bersedih dan akan menghilangkan hati orang yang sakit sebagaimana salah seorang daripada kalian

menghilangkan kotoran (debu) daripada wajahnya dengan air.”

(Hadis Riwayat Ibnu Majah, Ahmad dan Bukhari secara mu’allaq)(Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, At-Tibbun Nabawi,t.t:254)

Bil Tarikh Program Tempat

1 1/11/2015- 4/11/2015

Pameran Kesedaran Kanser di Expo Pertanian & Majlis Konvokesyen UPM

Bukit Expo, UPM

2 6/11/2015 Pameran kesedaran & pendidikan kanser di Inaugural Prof. Nor Aini Shukor

Dewan Kuliah Hutan, Fakulti Perhutanan

3 13/11/2015 Pameran kesedaran & pendidikan kanser di Inaugural Prof. Dr. Ir Salleh Jaafar

Fakulti Kejuruteraan, UPM

4 15/11/2015 Hari Transfomasi Komuniti Bandar Hijau Serdang bersama UCTC UPM

Tasik Sri Serdang, Selangor

5 19/11/2015 Bengkel penyelidikan kanser (Bil.3) Bilik Seminar CaRE, FPSK UPM

6 20/11/2015 Kempen Kesedaran & Pendidikan Kanser Foyer utama fakulti Bioteknologi & Sains Makanan, UPM

7 28/11/2015 Kempen Kesedaran & Pendidikan Kanser Bersama DNALab SikhWalfare, Kg.Baru Kuala Lumpur.

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN Laman Dapur CaRE

dalam Pertandingan

Pertanian Bandaran

antara PTJ UPM sempena

Pesta Konvo ke 39

Program Kesedaran

Kanser sempena

Bandar Hijau

Serdang di Tasik

Seri Serdang

Bil. Tarikh Program Tempat

1 1/12/2015 Kempen Kesedaran Kanser dan Kesihatan Fakulti Pertanian, UPM

2 3-4/12/2015 Kempen Kesedaran Kanser & Kesihatan Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, UPM

3 5/12/2015 Program i-Sihat UPM bersama komuniti Pasaraya The Summit USJ Subang, Selangor

4 14-15/11/2015 Kempen Kesedaran Kanser & Kesihatan Fakulti Alam Sekitar, UPM

4 16-17/11/2015 Kempen Kesedaran Kanser & Kesihatan Fakulti Veterinar, UPM

5 21-22/11/2015 Kempen Kesedaran Kanser & Kesihatan Fakulti Bioteknologi & Sains molekul, UPM