bingkisan minda jpnj -...

22
BINGKISAN MINDA WARGA PENDIDIKAN NEGERI JOHOR Jabatan Pendidikan Negeri Johor SIRI 1

Upload: others

Post on 22-Mar-2020

16 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BINGKISAN MINDA JPNJ - appsjohor.moe.gov.myappsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/Bingkisan_Minda.pdf · matlamat ini, kerangka kerja yang jelas telah dibina dalam Pelan Pembangunan

BINGKISAN MINDA WARGA PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Jabatan Pendidikan Negeri Johor

SIRI 1

Page 2: BINGKISAN MINDA JPNJ - appsjohor.moe.gov.myappsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/Bingkisan_Minda.pdf · matlamat ini, kerangka kerja yang jelas telah dibina dalam Pelan Pembangunan

1. Landskap semasa pendidikan Johor.

Pendidikan adalah bersifat dinamik, perubahan–perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan adalah sesuatu yang perlu dan tidak dapat dielakkan. Sistem pendidikan sepuluh tahun lampau mungkin tidak lagi menepati kehendak pendidikan semasa. Kita seharusnya merasa khuatir sekiranya kaedah dan cara pemikiran lama sedia ada akan menjadi

usang kepada pendidikan terkini. Aspek pedagogi, pengurusan dalam pendidikan perlu berkembang dan berubah mengikut situasi semasa. Kita harus kekal relevan dengan arus pendidikan semasa. Seharusnya kita menganalisis diri dan organisasi kita. Adakah cara kita berfikir dan bertindak sesuai dengan kehendak sistem atau pelanggan kita?

Prinsip Kerja Pengarah Pendidikan Negeri Johor

HALATUJU PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

1

Page 3: BINGKISAN MINDA JPNJ - appsjohor.moe.gov.myappsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/Bingkisan_Minda.pdf · matlamat ini, kerangka kerja yang jelas telah dibina dalam Pelan Pembangunan

• Anjakan ke 8 - Mentranformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian KPM, JPN dan PPD

• OPMT - Melangkah Ke Hadapan

• Naratif Baharu Amalan Pendidikan

• Siri Ucapan KPPM - Kinta River Front

Lanskap semasa pendidikan Johor

Untuk itu, saya menuntut agar semua komponen pendidikan sama ada kepimpinan, guru, termasuklah komuniti dan masyarakat untuk mengubah cara berfikir, cara bertindak dan cara bekerja agar selari dengan kehendak pendidikan semasa. Saya ingin memetik kata-kata Sir Winston Churcill “To Improve is to change, to be perfect is to change often”, betapa kita perlu berubah dalam semua aspek untuk memperbaiki apa yang telah kita capai selama ini.

Tuan-puan, dewasa ini pendidikan kita mengalami perubahan dasar dan polisi yang lebih menyeluruh sifatnya. Ybhg. Dato’ KPPM memberi nafas baharu dalam wacana beliau Melangkah Ke Hadapan seterusnya Naratif Baharu Amalan Pendidikan. Ini bukanlah hala tuju retorik, sebaliknya kita perlu menyambutnya dengan melakukan perubahan-perubahan di luar kebiasaan. Kita harus sedar bahawa Pembelajaran Berorientasikan Perkembangan (Growth Learned Oriented ) perlu menjadi keutamaan dalam usaha ki ta mengoptimumkan potensi anak-anak kita. Buatlah refleksi diri dan sistem yang kita warisi. Adakah tumpuan usaha kita hanya kepada yang ada potensi cemerlang dalam akademik?

Bukankah kita seharusnya membangunkan potensi setiap murid dan memberi peluang kepada semua murid memperagakan bakat yang pelbagai? Apakah kita lupa bahawa kita perlu memupuk nilai, akhlak dan adab dalam menyediakan ruang untuk mereka membesar sebagai insan yang berhati mulia? Di mana maruah dan harga diri anak-anak kita jika kemahiran minimum pun gagal kita berikan. Sewajarnya kita fikirkan.

2

Page 4: BINGKISAN MINDA JPNJ - appsjohor.moe.gov.myappsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/Bingkisan_Minda.pdf · matlamat ini, kerangka kerja yang jelas telah dibina dalam Pelan Pembangunan

Walau bagaimanapun, tahniah kepada semua lapisan warga pendidikan negeri Johor, kerana sentiasa memperbaharui tekad dan menilai keberkesanan usaha yang dibuat. Pendidikan di negeri Johor mempunyai hala tuju “way foward” yang jelas dan selari dengan dinamiknya pendidikan terkini. Kita bermula dengan One Step Ahead sehinggalah Johor Showcase g2. Kita sentiasa menilai dan memperbaiki hala tuju kita. Tuan-tuan telah melaksanakan tugas dengan baik. Kita tidak kalah di mata rakan–rakan pendidikan negeri lain. Kita telah mencapai kejayaan dalam pelbagai segmen. Momentum ini harus dikekalkan dan ditambah baik tanpa kita berhenti dan berpuas hati. Raikanlah kejayaan kita tetapi perkara yang lebih mustahak adalah untuk kita belajar daripada kegagalan atau kesilapan kita. Bagaimana kita menilai semula langkah kita untuk mencipta kejayaan yang lebih baik dari sebelumnya.

Daya tahan dan semangat juang kita harus luhur. Ini kerana apa yang telah kita bina harus kita perbaiki sesuai dengan kehendak terkini. Ini adalah cabaran yang kita tidak boleh lari. Minda baharu dan perubahan cara bekerja adalah perlu. Kita sedar keinginan pelanggan kita yang pelbagai dan tuntutan pasaran kerja yang sudah berubah. Kitalah yang harus menyedia dan melengkapkan anak-anak kita sebaiknya untuk masa depan sesuai zamannya. Ini sesuai dengan petikan dari kata-kata Saidina Ali Abi Talib, “Didiklah anak-anakmu sesuai dengan zamannya”. Iltizam JPN Johor adalah jelas untuk terus menerajui perubahan (To lead changes).

Kita mempunyai hasrat yang besar untuk membangunkan potensi sumber manusia sebagai pemimpin masa hadapan “future leader” melalui strategi Mengoptimumkan Potensi dan Memaksimumkan Keberhasilan. Nurturing future leader, to optimize potential. Untuk mencapai hasrat ini, Pendidikan Holistik akan menjadi acuan pendidikan negeri Johor dan ianya bersifat memacu ke arah masa hadapan “future driven”.

3

Page 5: BINGKISAN MINDA JPNJ - appsjohor.moe.gov.myappsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/Bingkisan_Minda.pdf · matlamat ini, kerangka kerja yang jelas telah dibina dalam Pelan Pembangunan

2. Asas gerak kerja pendidikan Johor

Semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan harus kita jiwai dengan jitu. Ini adalah tunjang dalam kita melahirkan anak-anak untuk masa hadapan. Bagi memastikan hala tuju pendidikan tidak lari dari matlamat ini, kerangka kerja yang jelas telah dibina dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Di peringkat pusat, kita perlu mendokong usaha-usaha memberi fokus kepada perkembangan murid dengan menekankan pembelajaran berorientasikan perkembangan.

Sejajar dengan itu, inisiatif di peringkat nasional diperkukuh dengan Amanat Tahun Baharu, Hala Tuju Pendidikan Malaysia oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia pada 4 Januari 2019 di Universiti Putra Malaysia. Antara lain, kesedaran akses pendidikan untuk semua dengan tumpuan pendidikan berteraskan nilai; peningkatan kualiti seluruh sistem; autonomi dan akauntabiliti. Inisiatif di peringkat negeri pula, kita perkasakan melalui 6 Teras Strategik Pendidikan Johor.

Semua ini menjadi teras dalam kita melaksanakan usaha dan inisiatif membangunkan pendidikan Johor. Saya setuju, pendidikan bukanlah semata-mata tentang penghujungnya tetapi perlu melihat kepada proses yang berterusan. Oleh itu, konsep pembelajaran tidak hanya tertakluk di sebalik four walls of the room. Konsep pembelajaran yang baik mestilah relevan di setiap masa dan setiap tempat. Inilah yang menguatkan saya untuk memacu pendidikan holistik di negeri Johor.

3. Apa itu Pendidikan Holistik?

Sekiranya sasaran membangunkan potensi anak-anak perlu menyeluruh, maka usaha-usahanya juga perlu bersifat holistik dan melibatkan sumber manusia secara menyeluruh. Asasnya pendidikan yang merangkumi semua keperluan bagi setiap dimensi dan pelbagai kemahiran (multiskilling) berasaskan nilai-nilai sejagat demi kemakmuran bersama melalui strategi mengoptimumkan potensi (usaha dan keberhasilan) semua entiti pendidikan, guru,murid, staf serta pemegang taruh (stake holders) dalam pendidikan melalui inisiatif holistik dan berterusan untuk melahirkan pemimpin masa hadapan.

Dimensi dalam membangunkan potensi murid atau kemenjadian murid harus meluas dan bersifat holistik untuk mencapai sasaran pemimpin masa hadapan yang dinamik, mempunyai teras nilai yang kukuh dan kekal relevan pada sebarang situasi dan masa. Miller (1991) menyarankan agar garis horizon makna pendidikan ini diperluaskan. Ini adalah benar kerana ada kalanya kerja buat kita bersifat mencapai penarafan atau mengejar cemerlang sahaja. Bagaimana pula dengan pembangunan murid itu secara menyeluruh seperti membangunkan intelektual mereka, memperaga bakat, membina nilai emosi, kemahiran bersosial, kreativiti atau nilai kerohanian mereka? Dimensi-dimensi ini perlu kita bangunkan secara tuntas, selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Konsep holistik dalam pendidikan Johor juga adalah melihat kepada jalinan dan jaringan usaha dengan melibatkan semua entiti. Kerja secara “silo” tidak lagi boleh dijadikan amalan. Kita melihat kelompok ibu-bapa, komuniti dan pihak swasta mempunyai kekuatan yang sangat besar untuk turut memberi sumbangan kepada pendidikan.

4

Page 6: BINGKISAN MINDA JPNJ - appsjohor.moe.gov.myappsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/Bingkisan_Minda.pdf · matlamat ini, kerangka kerja yang jelas telah dibina dalam Pelan Pembangunan

Jelas kita berkongsi hasrat yang sama untuk melihat anak-anak kita membesar dengan potensi dan bakat mereka digilap dan diwarnai dengan nilai-nilai akhlak yang luhur. Sewajarnyalah kerjasama silang dengan semua pihak ini menjadi usaha menyeluruh, akhirnya membentuk sebuah masyarakat madani. Pedekatan holistik inilah yang kita harapkan untuk membina pemimpin masa hadapan yang bertunjangkan nilai yang berupaya menghadapi cabaran zamannya.

Holistic education is a philosophy of education based on the premise that each person finds identity, meaning, and purpose in life through connections to the community, to the natural world, and to humanitarian values such as compassion and peace. Holistic education aims to call forth from people an intrinsic reverence for life and a passionate love of learning - Ron Miller

Prinsip Kerja Jabatan Pendidikan Negeri Johor

5

Page 7: BINGKISAN MINDA JPNJ - appsjohor.moe.gov.myappsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/Bingkisan_Minda.pdf · matlamat ini, kerangka kerja yang jelas telah dibina dalam Pelan Pembangunan

4. Bagaimana Strategi ?

. “A vision without a strategy remains an illusion.” Lee Bolman.

4.1 Pemikiran baharu.

Keutamaannya adalah sangat jelas. Kita harus bergerak ke arah satu pemikiran baharu. Minda kita perlu bersedia untuk menerima perubahan dalam pendidikan yang sedang dan akan berlaku. Banyak keperluan dan tuntutan pendidikan masa kini yang perlu dipenuhi. Dunia pendidikan bukan lagi sekadar mengajar tulis, baca dan mengira tetapi banyak lagi dimensi dan potensi murid perlu diterokai dan diterjemahkan dalam bentuk kemenjadian. Hakikat perubahan ini mesti diakui dan minda kita harus berubah dalam melihat perspektif yang lebih luas dan dinamik.

Untuk itu, cara berfikir kita perlu berubah. Saya menyeru agar semua lapisan pendidikan dan rakan strategik kita (ibu-bapa dan komuniti) dapat segarkan semula cara kita berfikir. Ada pemikiran lama yang menghalang kita untuk melangkah ke hadapan dan boleh mengagalkan usaha kita. Memadaikah kita hanya berfikir dalam subsistem kita sahaja? Fungsi PIBG yang stereotaip, hanya menyumbang dana sahaja? Melabel murid hanya dari sudut akademik sahaja, seolah-olah tiada potensi lain yang ada pada murid. Ini antara contoh –contoh pemikiran lama yang perlu kita nyahkan atau uninstall dari kotak fikiran kita.

• Tranformasi sistem pendidikan yang merangkumi perubahan penting selari dengan permintaan baharu dan harapan masyarakat. - Objektif ke 3-PPPM (E-1)

• 6 Aspirasi Murid - Memaksimumkan keberhasilan untuk murid. (Bab 6-8)

• Anjakan ke 9 - Bekerjasama dengan ibu-bapa,komuniti dan sektor swasta secara meluas

Strategi transformasi

6

Page 8: BINGKISAN MINDA JPNJ - appsjohor.moe.gov.myappsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/Bingkisan_Minda.pdf · matlamat ini, kerangka kerja yang jelas telah dibina dalam Pelan Pembangunan

4.2 Memaksimumkan Keberhasilan

Cara bekerja kita juga perlu mesti berubah, kerangka kerja kita perlu mengutamakan keberhasilan. Kita tidak harus selesa bahawa kita telah melaksanakan program, sebaliknya impak program yang perlu menjadi ukuran kita. Kita perlu membuat penilaian bagi setiap tindakan yang telah dilaksanakan oleh kita. Semakan perlu bagi melihat keberhasilan dan kelemahan untuk tujuan penambahbaikan. Sama-sama kita cuba hayati budaya memaksimumkan keberhasilan dalam setiap usaha kita melalui prinsip kerja di bawah.

4.3 Strategi melalui Prinsip Kerja Pengarah (DRONE)

Seiring dengan pemikiran baharu kita memerlukan kepimpinan di semua peringkat sama ada pemimpin bagi sesebuah organisasi di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), mahupun di sekolah ataupun pemimpin-pemimpin dalam subordinat masing-masing dalam sektor, unit, panitia dan sebagainya memerlukan pemikiran baharu dan mempunyai kuasa memacu (driving power) organisasi ke tahap yang lebih baik. Kita bukan sekadar perlu menyediakan tenaga sumber manusia bagi menjana serta mengoptimumkan potensi murid-murid untuk membolehkan mereka berdepan dengan dunia sebenar yang serba mencabar masa kini semata-mata. Tetapi, yang lebih penting lagi kita perlu menyediakan mereka untuk masa hadapan yang pastinya di luar jangkaan. Kita memerlukan perubahan anjakan besar dalam pemikiran baharu sebab itulah saya tegaskan secara analogi sebuah drone. Konsep distributed leadership atau empowerment ketua jabatan dalam mengawal

dan memberi kepercayaan kepada subordinat untuk melaksanakan fungsi–fungsi strategik masing-masing berasaskan potensi. Keupayaan ketua mengawal selia sumber manusia di bawah kawalan masing–masing sangat penting. Ianya boleh membawa kepada mengoptimumkan potensi atau sebaliknya. Analoginya, DRONE mungkin dioptimumkan atau gagal berfungsi dan ianya bergantung kepada pengawal DRONE (ketua organisasi).

i) Data Driven ( Berasaskan Data)

Kepimpinan bagi sesebuah organisasi perlu memahami konsep dalam analogi DRONE ini, saya bukan sekadar ingin membawa perhatian tuan-tuan dan puan-puan terhadap konsep DRONE itu semata-mata tetapi pemikiran baharu harus diselitkan juga dengan beberapa prinsip dan cara kerja yang mudah.

Secara mudahnya saya takrifkan seperti akronim DRONE. Mari kita lihat keperluan DATA DRIVEN dalam membina atau membuat apa-apa jua perancangan, melaksanakan intervensi, mencari apa jua isu atau kelemahan, pengubahsuaian, membuat keputusan, dan juga proses POLC (Planning, Organizing, Leading, Controlling). Semuanya harus berteraskan pada data dan bukannya hanya berteraskan andaian dan persepsi semata-mata di semua peringkat sama ada untuk memenuhi kehendak pelanggan, bagi mengoptimumkan potensi, membaiki kelemahan untuk memacu sesebuah organisasi.

7

Page 9: BINGKISAN MINDA JPNJ - appsjohor.moe.gov.myappsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/Bingkisan_Minda.pdf · matlamat ini, kerangka kerja yang jelas telah dibina dalam Pelan Pembangunan

Ambillah apa jua prinsip sama ada Hellinger, McKenzie, atau Bill Gates sekalipun, mereka ini memanfaatkan data sebagai proses kerja buat mereka. Ianya bukan sekadar untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi malah mereka juga menggunakan data untuk memacu organisasi ke tahap yang lebih tinggi. Sebab itulah tuan-tuan dan puan-puan sekalian, data driven tidak boleh dikesampingkan malah ia bukan data semata-mata kerana barangkali ia boleh merujuk kepada laporan-laporan, maklum balas yang diterima, pandangan-pandangan luar, pandangan dari kaca mata dalam mahupun luaran, apa yang disebut sebagai analisis dalaman serta luaran. Sehingga kini walaupun McKenzie telah meninggal dunia pada tahun 1938 tetapi Mc Kenzie Management masih lagi beroperasi dan masih dimanfaatkan di negara kita dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Malah, prinsip-prinsip utama dalam pengurusan McKenzie digunakan dalam Jabatan Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat yang sekaligus mencerminkan betapa perlunya analisis dalaman dan luaran yang berteraskan data dimanfaatkan dalam apa jua aspek. Oleh sebab itulah saya menegaskan bahawa jika kita rasa bertanggung jawab da lam memacu organ isas i maka manfaatkanlah data. Saya sendiri menggunakan DATA DRIVEN sebagai salah satu prinsip kerja yang boleh dimanfaatkan untuk memacu organisasi ke tahap yang lebih tinggi.

ii) Reselient (Daya tahan)

Seterusnya perkara kedua yang ingin saya sampaikan ialah walau di mana-mana sekalipun kita berada pastinya kita akan berhadapan dengan pandangan-pandangan dari pelbagai sudut.

Ada yang sebahagiannya positif dan ada sebahagiannya kurang positif sifatnya. Tetapi semua pandangan ini hendaklah dihargai. Barangkali pada satu sudut kita melihat pandangan-pandangan seperti ini mungkin boleh merosakkan kredibiliti, melemahkan semangat kita atau ada juga pandangan yang boleh membantu kita. Tetapi biar bagaimana sekalipun pandangan ini kita tidak boleh lari daripada satu keadaan di mana maklum balas dan pandangan yang kita terima mungkin menimbulkan rasa kurang selesa di sana sini. Kita tidak buat kerja pun ada yang tidak selesa, kita buat kerja bersungguh-sungguh pun ada juga yang tidak selesa dan kemudiannya ia akan menyebabkan diri kita akan menjadi kuat atau mungkin diri kita menjadi lemah atau ada yang akan terus lemah semangat kerana mendapat pandangan yang pelbagai.

Sebab itulah salah satu prinsip yang saya cuba ketengahkan ialah RESILIENT iaitu ketahanan diri atau daya tahan yang tinggi dari segi emosi. Sebagai contohnya, jika kita marah, gembira, benci seharusnya kita mampu mengawal emosi sebaiknya. Kita seharusnya bersikap rasional, mempunyai jati diri yang tinggi, membuat keputusan secara konsisten dalam apa jua situasi, sentiasa berteraskan kepada prinsip-prinsip kerja yang sewajarnya, sentiasa berpandukan garis panduan walaupun ada ketikanya kita berhadapan dengan individu yang merupakan sahabat, saudara mara dan sebagainya.

Saya mensasarkan pemimpin di semua peringkat terutamanya di sekolah adalah mereka yang berprestasi tinggi dan kuat daya juangnya. Jadi inilah yang saya cuba takrifkan sebagai salah satu daripada perkara yang memberi penjelasan tentang RESILIENT.

8

Page 10: BINGKISAN MINDA JPNJ - appsjohor.moe.gov.myappsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/Bingkisan_Minda.pdf · matlamat ini, kerangka kerja yang jelas telah dibina dalam Pelan Pembangunan

(iii) Outcome Oriented (Berorientasikan Keberhasilan)

Secara mudahnya O ialah OUTCOME ORIENTED iaitu berorientasikan keberhasilan.

Di mana-mana pun kita tidak boleh menolak daripada keberhasilan kerana ia adalah salah satu KPI dan salah satu daripada keberhasilan kerja buat. Pada satu peringkat mungkin ada individu yang selesa dengan output, keluaran dan kerja buat yang hanya mengukur output semata-mata. Misalnya, jika di sekolah pencerapan guru sebanyak dua kali setahun telah selesai dilakukan. Pernyataan seperti, “Ya, saya sudah mencerap guru sebanyak dua kali” tidak seharusnya dijadikan sebagai mekanisme pengukuran.

Ya, betul perkara ini! Tetapi di satu peringkat lagi timbul tanda tanya apakah rasionalnya di sebalik pencerapan sebanyak dua kali setahun tersebut? Nah, inilah yang saya ingin tegaskan bahawa ada pihak yang selesa dengan ‘output’. Barangkali mereka telah selesai melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka kerana telah melakukan pencerapan sebanyak dua kali. Inilah ‘output’. Tetapi apakah keberhasilan atau outcome daripada pencerapan tersebut?

Tentu sekali semua orang mengharapkan ‘outcome’ daripada pencerapan iaitu peningkatan kualiti dalam PdPc sekali gus meningkatkan lagi kualiti pencapaian murid dan inilah yang disebut sebagai ‘outcome’. Peningkatan kualiti pencerapan murid itu sebagai contoh. Begitu juga dengan kerja buat di JPN, PPD dan sekolah.

9

Page 11: BINGKISAN MINDA JPNJ - appsjohor.moe.gov.myappsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/Bingkisan_Minda.pdf · matlamat ini, kerangka kerja yang jelas telah dibina dalam Pelan Pembangunan

Kita tidak boleh bersandarkan output seperti berapa jumlah kunjungan ke sekolah? Berapa jumlah pemantauan yang telah dilakukan? Berapa kali mesyuarat telah diadakan? Tetapi yang lebih penting lagi ialah apakah keberhasilan yang kita capai? Apakah intervensi-intervensi yang telah kita buat?

Kalau dalam pengurusan aduan, kita bukan sekadar hanya mengurus aduan, berapa aduan berjaya diselesaikan? Sama ada ia berasas atau tidak berasas tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana aduan telah berjaya dikurangkan? Itulah yang ditakrifkan sebagai ‘outcome oriented’.

Di semua peringkat kita harus mengukur keberhasilan dan membuat penambaikan. Kita bukan sekadar memikirkan bagaimana membina pelan strategik, bagaimana merancang pelan tindakan, tetapi yang lebih penting adalah apakah keberhasilannya? Apakah keberhasilan yang kita capai daripada pelan strategik atau pelan tindakan kita?

iv) Navigate (Navigasi) – Konsep bimbingan dan hala tuju

Seterusnya aspek lain yang saya juga tegaskan dalam akronim DRONE ini secara tidak langsung ialah salah satu daripada prinsip utama kerja buat kita ialah NAVIGATE iaitu memberi pandu arah, tunjuk arah atau memberi bimbingan dan sokongan. Perkara yang saya maksudkan adalah pelan sokongan yang berstruktur yang akan kita berikan di semua peringkat. Kami di JPN mempunyai tanggungjawab untuk memberikan sokongan semaksimumnya kepada pegawai-pegawai di bawah seliaan kami. Pengarah kepada Timbalan-

Timbalan Pengarahnya, Timbalan-Timbalan Pengarah mungkin kepada Ketua-Ketua Penolong Pengarahnya.

Begitu juga JPN kepada PPD, PPD kepada sekolah. Di sekolah pula, Pengetua atau Guru besar kepada guru-gurunya. Semua pihak ada peranan untuk memberikan sokongan dan bimbingan. Jadi peranan, sokongan, dan bimbingan ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang jitu supaya kita benar-benar memberi impak yang positif. Kita tidak boleh membiarkan mereka mengakses, dan pandai-pandai sendiri. Mereka yang telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan (GPK), Guru Mata Pelajaran (GKMP), dan sebagainya perlu dibimbing dalam mencari dan menterjemah fungsi serta peranan mereka sebagai GPK , GKMP atau Ketua Panitia?

Apakah pendekatan kita?

Mungkin ada antara kita mengamalkan pendekatan seperti cari atau fikir sendiri apakah peranan masing-masing, buatlah apa-apa yang patut dengan tugas serta peranan mereka, buat sahajalah seperti GPK, GKMP yang lama. Kalau ada yang dilantik sebagai Pengetua atau Guru Besar maka pandai-pandailah mereka mentadbir urus sekolah seperti mana yang telah mereka pelajari semasa mengikuti kursus NPQEL di IAB dahulu. Pandai-pandailah sendiri bagaimana hendak menjadi Pengetua atau Guru Besar. Kita tidak boleh lagi membuat anggapan dan pendekatan sebegini rupa kerana inilah cerminan negatif imej sesebuah organisasi.

10

Page 12: BINGKISAN MINDA JPNJ - appsjohor.moe.gov.myappsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/Bingkisan_Minda.pdf · matlamat ini, kerangka kerja yang jelas telah dibina dalam Pelan Pembangunan

Semua pihak perlu ada peranan masing-masing. Di PPD misalnya, sama ada Pegawai Pendidikan Daerah, Timbalan Pegawai pendidikan, Pegawai SIP+, Pegawai SISC+, Penolong Pegawai Pendidikan, semuanya ada peranan untuk memberikan bimbingan dan sokongan. Apabila kita berbicara sahaja tentang sokongan yang kita maksudkan ialah memberikan sokongan melalui pelan sokongan berstruktur (structured support plan) yang berkala sifatnya, berterusan, dan bukan hanya sekadar satu kali kehadiran dianggap sebagai sokongan atau pernyataan seperti “Ya, saya setuju atau saya sokong”. Bukan ini maksudnya.

Ini semua menjadi satu kerja buat yang sepatutnya dibudayakan seperti mana yang telah dijelaskan dalam Naratif Baharu Amalan Pendidikan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia iaitu menggerakkan pelan sokongan yang lebih bermakna di semua peringkat.

v) Efficient (Kecekapan)

Mungkin perkara lain yang boleh dikongsikan bersama berdasarkan akronim DRONE sebagai prinsip kerja Pengarah Pendidikan Negeri Johor ialah E iaitu EFFICIENT. Saya tidak fikirkan ia akan menjadi satu polimik besar kerana EFFICIENT yang melambangkan kecekapan iaitu bagaimana penggunaan sumber secara cekap dapat memberikan hasil yang maksimum? Bagaimana sistem penyampaian serta pengurusan dalam sesebuah organisasi dilaksanakan dengan cekap? Jika

kita ada sumber kewangan, maka tadbir uruslah kewangan sebaiknya supaya memberi impak yang besar. Jika kita menerima sebarang peruntukan maka gunakanlah peruntukan itu sebaiknya supaya ia memberi impak yang besar (value for money).

Konsep kecekapan (efficient) juga sama dalam banyak perkara seperti kecekapan dalam pengurusan, kecekapan dalam tadbir urus, bagaimana menggunakan bilangan kakitangan. Penstrukturan baharu ini umpamanya memberi ruang dan peluang organisasi bagaimana memanfaatkan sumber yang terhad tetapi hasil kerja yang perlu sama atau impak yang besar. Justeru, kita memerlukan kecekapan dalam tadbir urus. Jadi, itulah antaranya yang saya cuba ketengahkan dalam pemikiran baharu dalam prinsip-prinsip kerja Pengarah Pendidikan Negeri Johor yang boleh dikongsikan bersama-sama dan boleh dimanfaatkan oleh seluruh warga pendidikan Negeri Johor.

11

Page 13: BINGKISAN MINDA JPNJ - appsjohor.moe.gov.myappsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/Bingkisan_Minda.pdf · matlamat ini, kerangka kerja yang jelas telah dibina dalam Pelan Pembangunan

Fungsi baharu5. Signifikan Fungsi Baharu Pejabat Pendidikan Daerah

5.1 Fungsi Memberi Bimbingan

Perkara seterusnya yang perlu diberikan perhatian dalam memastikan kita boleh memacu organisasi dengan lebih baik dan sempurna ialah melalui perubahan, pemahaman tentang fungsi baharu di PPD. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bukan lagi seperti tanggapan sesetengah pihak iaitu PPD sebagai pusat pengumpulan data, PPD sebagai pusat penyebaran data, PPD hanya bert indak memanjangkan surat untuk tindakan-tindakan pihak sekolah dan sebagainya. Itu bukan fungsi utama PPD sebenarnya. Fungsi PPD perlu difahami terutamanya dalam fungsi baharu yang telah bergerak daripada fungsi Coaching & Mentoring kepada bukan sekadar pementoran dan bimbingan semata-mata. Kini peranannya beralih kepada satu fungsi yang lebih besar iaitu Negotiation & Consultation iaitu Perundingan dan Konsultasi. Semua ini selaras dengan salah satu subnaratif yang telah disampaikan dalam Naratif Baharu Amalan

Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu satu prinsip kerja

12

Page 14: BINGKISAN MINDA JPNJ - appsjohor.moe.gov.myappsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/Bingkisan_Minda.pdf · matlamat ini, kerangka kerja yang jelas telah dibina dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu satu prinsip kerja ‘Bottom Up’ bekerja dari bawah supaya mereka yang berada di bawah terutamanya di peringkat pelaksana seperti sekolah, diberikan sedikit keluwesan atau autonomi untuk menentukan apakah potensi sebenar mereka. Apakah yang mereka ingin sasarkan? Apakah bentuk intervensi, pelan tindakan, pelan strategik yang mereka sasarkan dan tetapkan dengan penyesuaian munasabah berdasarkan kepada budaya dan cara kerja mereka? Jadi peranan kita adalah memberikan perundingan & konsultasi.

Jika perlu dari sudut kaca mata kita, supaya mereka bukan sekadar menerima arahan demi arahan sehingga mereka tidak mampu melaksanakannya atau kita bukan sahaja menerima 100% atau bulat-bulat yang mereka cadangkan sebaliknya ia memerlukan negotiation iaitu persetujuan kedua-dua pihak. Apakah yang paling bertepatan dan sesuai untuk dijadikan sasaran sekolah? Jadi itulah maksudnya. Apakah potensi yang boleh dimanipulasi untuk kita melihat sekolah? Fungsi baharu ini memerlukan kemahiran tinggi dalam negotiation dan tidak ketinggalan kemahiran tinggi dalam konsultasi.

Selain itu, saya gariskan sekurang-kurangnya ada tiga perkara dalam fungsi baharu PPD yang perlu dihadam, yang perlu difahami semaksimumnya. Selain daripada perubahan fungsi yang bukan sekadar Coaching & Mentoring kepada Negotiation & Consultation.

5.2 Fungsi – Mengupayakan Sistem Sokongan

Fungsi kedua ialah tentang bagaimana sokongan boleh diberikan bukan sekadar sokongan dalam sesebuah organisasi itu sendiri malah sokongan kepada subordinat atau subunit sehinggalah sokongan kepada sekolah-sekolah. Sistem sokongan ini perlulah bersifat profesional dan terancang. Mereka yang berada di sekolah memerlukan sokongan. Kita yang berada di PPD biarpun di peringkat mana sekalipun kita mempunyai akses kepada barisan hadapan di sekolah sama ada kepada Senior Leader Team (SLT) atau kepada Middle Leader Team (MLT).

Kita mempunyai akses untuk memberikan sokongan kepada mereka. Pegawai-pegawai di PPD sama ada pegawai tertingginya atau Timbalan Pegawai Pendidikan serta pegawai-pegawai yang lain, mereka ini juga mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk memberikan sokongan kepada pegawai-pegawai seliaan mereka agar pegawai-pegawai di bawah seliaan mereka mempunyai kemahiran dan kompetensi tinggi yang diperlukan dalam memberikan sokongan kepada sekolah.

13

Page 15: BINGKISAN MINDA JPNJ - appsjohor.moe.gov.myappsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/Bingkisan_Minda.pdf · matlamat ini, kerangka kerja yang jelas telah dibina dalam Pelan Pembangunan

Itulah yang saya maksudkan dalam usaha memperkasakan sokongan di PPD. Bukan seperti tanggapan sesetengah pihak di mana PPD hanya sekadar menghadiri mesyuarat, menghadiri majlis keraian dan menguruskan taklimat semata-mata. Tanggapan ini perlu dibuang dari benak pemikiran semua pihak bahawa pegawai-pegawai di PPD bukan hanya berperanan sedemikian rupa. Semua pegawai di PPD harus memperkasakan diri dengan input-input serta ilmu pengetahuan yang luas sesuai dengan bidang tugas supaya mereka berupaya memberikan sokongan kepada sekolah secara optimum.

Saya mengambil contoh di sini, apabila dasar yang dikuatkuasakan bahawa tiada sebarang peperiksaan yang dijalankan bagi Tahap 1 di sekolah rendah sebaliknya menggunakan sepenuhnya Pentaksiran Bilik darjah (PBD), sewajarnya semua pegawai di PPD perlu menguasai apa itu PBD dan bagaimana PBD dilaksanakan supaya mereka memahami dan boleh memberikan pandangan dan bimbingan serta sokongan tentang apakah yang seharusnya berlaku, apakah rasional di sebalik pelaksanaan PBD. Inilah yang dimaksudkan sebagai sokongan bermakna yang seharusnya diberikan kepada sekolah.

5.3 Usaha-usaha memperkasakan pelibatan PIBG dan komuniti.

Pelibatan komuniti, ibu-bapa, masyarakat, pihak swasta harus kita lihat dalam dimensi dan konteks baharu agar lebih mendalam sifatnya. Jaringan kerjasama dengan semua entiti sokongan ini harus diperkasakan dengan lebih kukuh. Ini adalah

penting kerana kita berkongsi hasrat yang sama iaitu membentuk sebuah masyarakat madani dalam semua aspek.

Tunjang asas pembentukan kualiti anak-anak ini tentulah bermula di sekolah. Masyarakat mempunyai tanggungjawab besar dalam memberikan sumbangan ke arah pembentukan intelek, kemahiran, nilai akhlak anak-anak kita. Sehubungan ini, perspektif pelibatan ibu bapa dan komuniti ini perlu dioptimumkan sepenuhnya. Konsep membuka pintu dan tidak bekerja secara silo perlu diamalkan. Tahap hubungan antara sekolah, pemimpin sekolah dan guru dengan ibu-bapa dan masyarakat perlu sentiasa terbuka dan mesra bagi menghasilkan impak keberhasilan atas semua inisiatif dan usaha.

5.4 Pengupayaan Program – Program Strategik

Seterusnya, dalam fungsi baharu PPD ialah tentang Program-program Strategik yang perlu dilaksanakan. Antaranya Program Strategik di PPD yang sedang berlaku di seluruh Malaysia ialah tentang Program Transformasi Daerah (DTP), Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) , dan Komunit i Pembelajaran Profesional (PLC). Walaupun ketiga-tiga program strategik ini sangat memberi makna dalam sistem pendidikan kita, ianya tidak bererti bahawa program-program lain tidak penting dan tidak bermakna. Sebaliknya ianya perlu diteruskan tetapi tiga program strategik ini adalah nadi kepada kecemerlangan dalam semua peringkat organisasi.

14

Page 16: BINGKISAN MINDA JPNJ - appsjohor.moe.gov.myappsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/Bingkisan_Minda.pdf · matlamat ini, kerangka kerja yang jelas telah dibina dalam Pelan Pembangunan

PLC misalnya, perlu dilihat sebagai nadi untuk pengembangan semua aspek dalam pembangunan kapasiti guru, dalam pembangunan kapasiti murid dalam peningkatan organisasi kerana matlamat kita tidak boleh lari daripada mewujudkan sekolah yang berkualiti dan kemenjadian murid.

Justeru, kita memerlukan satu mekanisme atau satu medium bagaimana mereka boleh mempelajari sesuatu itu secara lebih bermakna. Tidak lagi disampaikan melalui penataran demi penataran kerana penataran demi penataran, akan berlaku ketirisan, kecairan atau pemekatan maklumat. Sebaliknya manfaatkanlah PLC sebagai salah satu medium strategik dalam semua aspek.

Konsep Komuniti Pembelajaran Profesional (Profesional Learning Community) merupakan salah satu pendekatan in-situ untuk peningkatan pembangunan profesionalisme berterusan yang perlu dibudayakan pada semua peringkat terutamanya di sekolah.

Di peringkat sekolah terutamanya, amalan kolaboratif dan perkongsian dalam PLC akan mengubah budaya guru dalam PdPc untuk menjadikan pendidikan lebih bermakna. Dalam sistem SPL KPM sendiri telah dibangunkan sekurang-kurangnya 25 perkara yang boleh dijadikan asas dalam PLC sama ada kolaboratif Learning Teams seperti Lesson Study, Peer Coaching, Teacher Sharing Session, Learning Walk, Case

Discussion, Horizontal & Vertical Team, Problem Solving Group, Teacher Study Group, mahupun Critical Friends Group.

Kesemua ini mempunyai kekuatannya sendiri kerana berlaku perkongsian pengajaran dan kepakaran profesional di tempat masing-masing; dapat mengenal pasti permasalahan sebenar bilik darjah dan menyediakan kaedah penyelesaian mengikut keperluan yang sebenarnya; dan pendekatan ini boleh dilakukan secara berterusan mengikut keperluan dan kesesuaian masa sekolah; serta menjimatkan kos latihan berbanding dengan CPD.

15

Page 17: BINGKISAN MINDA JPNJ - appsjohor.moe.gov.myappsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/Bingkisan_Minda.pdf · matlamat ini, kerangka kerja yang jelas telah dibina dalam Pelan Pembangunan

5.5 DTP sebagai katalis peningkatan prestasi.

Seterusnya program strategik di PPD yang sedang berlaku di seluruh Malaysia ialah tentang Program Transformasi Daerah (DTP), saya tidak perlu ulas lebih lanjut kerana di daerah-daerah peranan pengurus program DTP yang dahulunya dipimpin oleh Timbalan-timbalan Pegawai Pendidikan Daerah

di negeri Johor begitu mantap dan kami percaya mereka menguasai semaksimumnya tentang program-program DTP sama ada bimbingan pegawai-pegawai di PPD, bimbingan pegawai SIP+ dan SISC+, Dialog Prestasi, Penarafan kecemerlangan PPD, Program PILL (Pelan Intervensi Lima Langkah), mahupun aktiviti-aktiviti utama yang lainnya telah dikuasai semaksimumnya.

Antara Fokus Pendidikan Holistik

16

Page 18: BINGKISAN MINDA JPNJ - appsjohor.moe.gov.myappsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/Bingkisan_Minda.pdf · matlamat ini, kerangka kerja yang jelas telah dibina dalam Pelan Pembangunan

Justeru, kita tidak perlu berbicara lebih panjang malah kehangatan Dialog Prestasi pun saya fikirkan telah dikuasai sehingga ke peringkat akar umbi.

Sekolah-sekolah juga telah mula melaksanakan Dialog Prestasi seperti mana yang telah dijalankan di peringkat daerah, negeri dan juga kementerian. Sekolah-sekolah perlu mantap tentang apakah perkara-perkara yang dibincangkan dan dihurai kerana Dialog Prestasi adalah satu mekanisme untuk mengesan isu dan punca kelemahan supaya intervensi yang tepat boleh dibuat. Contohnya, jika sakit kepala deskripsi ubatnya tentulah ubat sakit kepala bukan ubat bagi penyakit lain. Tiada lagi istilah One Size Fits All. Semua jenis penyakit makan Panadol. Seolah-olah Panadol itu boleh menyembuhkan semua jenis penyakit. Mungkin ada kesan positif dalam jangka pendek atau sementara sahaja, sebaliknya dalam jangka panjang ia memberi kesan yang lebih buruk. Sebab itu wujud Program Transformasi Daerah (DTP).

Satu lagi Program Strategik ialah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia yang memfokuskan aspek kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti selaras dengan keperluan semasa pendidikan di Malaysia. Kita kini sedang memasuki fasa kohort ke-4 dalam TS25 yang memberikan sokongan kepada tiga matlamat utama di semua sekolah TS25 iaitu memantapkan kepimpinan sekolah, memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi

peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran, dan mengukuhkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid. Kesemuanya berjalan dengan lancar seiring dengan fungsi baharu di PPD dan kebertanggungjawaban terhadap fungsi baharu ini perlu ditangani oleh semua pihak dalam organisasi.

17

Page 19: BINGKISAN MINDA JPNJ - appsjohor.moe.gov.myappsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/Bingkisan_Minda.pdf · matlamat ini, kerangka kerja yang jelas telah dibina dalam Pelan Pembangunan

6. Mengurus Kepakaran

Ke arah pembangunan organisasi yang lebih professional kita memerlukan kepakaran yang pelbagai. Personel kita seharusnya bersifat multiskilling dan multitasking, ini harus diupayakan dengan latihan yang berterusan. Untuk ini saya suka menyarankan agar di semua lapisan pendidikan perlu menyediakan peforma personel dan kerangka latihan yang berterusan agar personel dalam organisasi kita bersifat serba boleh dan dinamik. Kita perlu melaksanakan fungsi penyelidikan dan pembangunan sumber manusia agar sentiasa relevan dengan fungsi masing-maing. Semua Ketua Jabatan perlu bertindak bijak membuat pemetaan personel dalam organisasi. Konsep a right person at a right place adalah satu pendekatan yang bijak.

7. Pemimpin Masa Hadapan

Fokus utama membangunkan Pemimpin Masa Hadapan adalah membangunkan potensi murid secara menyeluruh. Dalam masa yang sama juga, kepimpinan sedia ada di peringkat sekolah dan masyarakat harus berubah dari segi cara berfikir sesuai dengan matlamat semasa. Selaras dengan ini, semua entiti dalam pendidikan harus mengoptimumkan potensi diri untuk menjadi pemimpin masa hadapan. JPN Johor berhasrat mengembangkan seluruh dimensi manusia mencakupi aspek pengetahuan, emosi, spiritual dan keterampilan yang menyasarkan pemimpin masa hadapan yang dinamik,

intelektual, daya kepimpinan yang jitu dan serba boleh selaras dengan keperluan masa kini dan masa hadapan.

Menyediakan pemimpin masa hadapan (sama ada murid atau mereka yang membangunkan potensi murid) dengan nilai-nilai intelektual, nilai dan akhlak mulia serta kualiti kepimpinan terbaik ini adalah penting untuk mereka relevan dan berdaya saing kelak. Mungkin pemimpin masa hadapan dengan kualiti terbaik ini akan menjadi pemimpin bersifat glokal, memimpin masyarakat serta organisasi. Dengan nilai ini juga kita harap kumpulan sasar kita mampu memimpin diri sendiri dengan cabaran–cabaran semasa. Dengan asas sistem sokongan yang berstuktur, pembinaan kualiti pemimpin masa hadapan akan dibentuk di semua lapisan melalui konsep Kepimpinan abad ke-21. Konsep membina upaya harus diperkukuhkan di setiap peringkat bagi mengoptimumkan potensi.

18

Page 20: BINGKISAN MINDA JPNJ - appsjohor.moe.gov.myappsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/Bingkisan_Minda.pdf · matlamat ini, kerangka kerja yang jelas telah dibina dalam Pelan Pembangunan

8. M e n g o p t i m u m k a n Po t e n s i , M e m a k s i m u m k a n Keberhasilan

Jika kepakaran individu dalam organisasi itu diurus dengan baik dan terancang saya amat yakin potensi setiap individu boleh kita optimumkan. Kebolehan dan kepakaran mereka mampu kita upayakan bagi menjana keberhasilan sepertimana yang kita sasarkan. Baik dari segi kepimpinan, guru, AKP dan komuniti perlu kita canai dan gilapkan potensi masing-masing kerana entiti inilah yang akan bertindak mengasah dan mencanai potensi murid secara profesional dan terancang. Proses ini adalah bersifat jangka panjang, holistik, terancang dan berterusan. Memetik kata-kata Joyce Mayer, potensi itu adalah harta yang tidak ternilai, setiap insan ada nilai emas tersembunyi sehinggalah kita berjaya membongkarkannya. Bijak pandai juga membuat analogi helang; “Unleash your potential, unless you flap your wings you will never know how high you can fly”.

Jika diteliti secara ilmiah SKPMg2, dalam aspek kualiti 1.2 (PGB sebagai pembimbing) dan 1.3 (PGB sebagai pendorong) ini adalah sangat bertepatan untuk mengoptimumkan potensi anggota yang di bawah kawal selia pegawai penyelia masing-masing.

Tetapi dalam konteks mengoptimumkan potensi ini, skop kita adalah lebih luas dan tidak hanya guru dan murid sahaja. Walaupun kita mempunyai keupayaan intelektual yang berbeza-beza tetapi setiap dari kita mempunyai potensi yang boleh digilap. Murid umpamanya, peluang memperagakan bakat dan mengasah kemahiran perlu dibangunkan secara terancang oleh guru. Ini termasuklah kumpulan yang membangunkan keberhasilan murid. Kepimpinan sekolah, guru, AKP, serta kumpulan komuniti perlu kita

optimumkan potensi sokongan dan peranan masing-masing untuk memberi pulangan keberhasilan yang tinggi. Untuk ini, kerangka sokongan atau subsokongan bagi semua kumpulan ini perlu jelas dan berstruktur.

Saya memahami bahawa kita mempunyai sasaran pencapaian berasaskan KPI (key performance indicator) dan program-program peningkatan yang harus kita laksanakan dalam semua aspek. Apa yang lebih penting adalah untuk kita membuat penilaian impak keberhasilan dari apa yang telah kita laksanakan. Apa keberhasilan (outcome ) sebenar yang kita dapat dari sasaran kerja kita. Mencapai sasaran kerja tidak membawa erti jika keberhasilan tiada. Suka saya mengambil contoh dalam SKPMg2 dalam dimensi Standard 1 aspek kualiti 1.2 Pengetua dan Guru Besar sebagai pembimbing. Bimbingan diberi kepada guru dan AKP, (merujuk kepada standard kualiti 1.2.1) bukan jumlah sasaran bimbingan. Persoalannya ialah hasil bimbingan (outcome) itu yang lebih penting. Sering kali kita hanya bercakap betapa kita telah mencapai sasaran jumlah bimbingan dan impak bimbingan i tu dikesampingkan. Untuk itu dalam mengoptimumkan potensi ini ianya harus hadir bersama dengan impak keberhasilan atas apa jua usaha kita.

Saya bersikap optimis bahawa warga pendidikan negeri Johor berpotensi membidani pendidikan negeri Johor dan sentiasa relevan, sesuai dengan dinamiknya pendidikan.

19

Page 21: BINGKISAN MINDA JPNJ - appsjohor.moe.gov.myappsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/Bingkisan_Minda.pdf · matlamat ini, kerangka kerja yang jelas telah dibina dalam Pelan Pembangunan

9. Penutup

Pendidikan holistik memerlukan warga pendidik yang berupaya mencetuskan satu dimensi baharu dengan mengoptimumkan potensi entiti pendidikan secara holistik berteraskan naratif dan sokongan semua pihak. Kita juga perlu merealisasikan peningkatan inisiatif dan mencipta aspirasi untuk memperkasakan tamadun insaniah yang dinamik. Kita juga mensasarkan anak-anak yang kita bidani ini adalah mereka yang mempunyai nilai insaniah, teguh agama, maruah diri, dan mengamalkan semangat perpaduan nasional.

Dengan perspektif dan naratif baharu amalan pendidikan kita, usaha secara kolektif perlu ditumpukan untuk mengembangkan seluruh dimensi manusia mencakupi aspek pengetahuan, intelektual, emosi, spiritual, nilai dan ketrampilan yang menyasarkan pemimpin masa hadapan yang dinamik, intelektual, daya kepimpinan yang jitu dan serba boleh selaras dengan keperluan masa hadapan.

• Anjakan ke-3 PPPM - Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

• Naratif Baharu Amalan Pendidikan

Penutup

Pendidikan Holistik Mengoptimumkan Potensi, Memaksimakan Keberhasilan

Cikgu Haji Azman Bin Adnan Pengarah Pendidikan Negeri Johor

30 Oktober 2019

Page 22: BINGKISAN MINDA JPNJ - appsjohor.moe.gov.myappsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/Bingkisan_Minda.pdf · matlamat ini, kerangka kerja yang jelas telah dibina dalam Pelan Pembangunan

BINGKISAN MINDA WARGA PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Jabatan Pendidikan Negeri Johor

SIRI 1