iii dalam pengajaran mata pelajaran pengajian … · kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi...

25
i

Upload: others

Post on 16-Sep-2019

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: iii DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN … · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran

i

Page 2: iii DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN … · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran

ii

Page 3: iii DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN … · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran

iii

APLIKASI SRATEGI PENGAJARAN OLEH GURU KEJURUTERAAN AWAM DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN

AWAM DI EMPAT BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI NEGERI SELANGOR.

NORLAILA WATI BTE OSMAN

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2004

Page 4: iii DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN … · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran

iv

Page 5: iii DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN … · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran

v

Buat ayah,

Semoga rohmu dicucuri rahmatNya,

Dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan bertaqwa.

Untuk ibu...

Ibu mertua dan ayah mertua,

Yang sering memberi restu dan mendoakan,

Kesejahteraan, kebahagiaan dan kesejahteraanku.

Untuk suamiku Mohd. Zainal Bin Abdul Rahim, yang amat kucintai...

Yang sering memberi sokongan, dorongan dan semangat,

Dan

Untuk anak-anakku yang tersayang…

Muhammad Zikry

Muhammad Zafran

Kalian menjadi sumber inspirasi, ketabahan dan kesabaranku,

Kejayaan ini adalah milik semua…

Page 6: iii DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN … · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran

vi

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi, dengan IzinNya kajian ilmiah ini

telah dapat disempurnakan sebagaimana yang dikehendaki. Di sini saya ingin

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas dan terima kasih kepada Penyelia

Tesis Prof. Madya Dr. Widad Bte Othman selaku pembimbing yang telah banyak

memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang berguna dalam menyiapkan Projek Sarjana

Muda ini.

Ucapan terima kasih juga kepada Pengetua Sekolah Menengah Teknik Klang,

Pengetua Sekolah Menengah Teknik Sungai Buloh, Pengetua Sekolah Menengah

Teknik Gombak dan Pengetua Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor di negeri

Selangor yang telah memberikan kerjasama dan kebenaran menggunakan guru-guru

kejuruteraan awam sebagai responden kajian ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah

memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung dan tidak

langsung dalam proses menyiapkan kertas Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

Page 7: iii DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN … · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran

vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran yang diaplikasikan

oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam. Instrumen yang digunakan dalam kajian adalah berbentuk soal

selidik. Analisis statistik deskriptif telah digunakan ke atas data kajian. Seramai 17

orang guru kejuruteraan awam di empat buah Sekolah Menengah Teknik di negeri

Selangor terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati, guru kejuruteraan awam

mengaplikasikan kedua-dua strategi pengajaran pemusatan guru dan strategi

pemusatan pelajar dalam pengajaran mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam.

Walau bagaimanapun, strategi pemusatan guru lebih kerap digunakan oleh guru

kejuruteraan awam dalam pengajaran berbanding strategi pemusatan murid. Hasil

kajian menunjukkan dalam strategi pemusatan guru, kaedah demonstrasi dan kaedah

pengajaran secara kelas sentiasa diamalkan oleh guru dalam pengajaran. Dapatan

kajian juga menunjukkan dalam strategi pemusatan murid, kaedah penyoalan dan

kaedah amali menjadi kaedah yang sentiasa diaplikasikan oleh guru kejuruteraan

awam dalam pengajaran mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam.

Page 8: iii DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN … · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran

viii

ABSTRACT

The purpose of this research is to study the application of instructional

strategies by civil engineering teachers in the process of teaching civil engineering

subject. The instrument used was a set of questionnaires. Descriptive statistic was

used to analyze the data gathered. A total of 17 civil engineering teachers in four

secondary technical schools in the State of Selangor participated in this study. The

result showed that civil engineering teachers use both the teacher centered as well as

the student centered strategies in the process of teaching civil engineering subject.

However, the most frequently used strategy was the teacher centered strategy with

the demonstration and class room instructional approach as a method of instruction.

For the student centered strategy, methods of instruction used are questioning and

practical method.

Page 9: iii DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN … · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran

ix

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL

JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN

HALAMAN DEDIKASI

HALAMAN PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAHAGIAN SATU

BAB I PENDAHULUAN.

1

1.1 Pengenalan . 1

1.2 Latar Belakang Masalah. 3

1.3 Penyataan Masalah. 6

1.4 Persoalan Kajian.

6

Page 10: iii DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN … · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran

x

BAB PERKARA

1.5 Objektif Kajian.

MUKA SURAT

7

1.6 Kepentingan Kajian. 8

1.7 Skop dan Batasan Kajian.

1.8 Definisi Terminologi

1.8.1 Aplikasi

1.8.2 Strategi

1.8.3 Pengajaran

1.8.4 Strategi Pengajaran

1.8.5 Kaedah

1.8.6 Teknik

1.8.7 Mata Pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam.

BAHAGIAN DUA

9

9

9

10

10

10

11

11

11

BAB 11 SOROTAN PENULISAN.

12

2.1 Pengenalan. 12

2.2 Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Awam.

2.2.1 Matlamat Kursus

2.2.2 Objektif Kursus

2.2.3 Bidang Pelajaran

12

13

13

13

2.3 Klasifikasi Strategi Pengajaran

2.3.1 Strategi Pemusatan Guru

2.3.2 Strategi Pemusatan Pelajar

2.3.3 Strategi Pemusatan Bahan

14

14

15

16

2.4 Kaedah Pengajaran 17

Page 11: iii DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN … · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran

xi

BAB PERKARA

2.4.1 Pengajaran Secara Kelas

2.4.2 Pengajaran Secara Kumpulan

2.4.3 Perbincangan

2.4.4 Tunjuk cara/Demonstrasi

2.4.5 Penyelesaian Masalah

2.4.6 Simulasi

2.4.7 Bercerita

2.4.8 Projek

2.4.9 Lawatan

2.4.10 Modul

2.4.11 Kaedah Kuliah atau Syarahan

2.4.12 Penyoalan

2.4.13 Sumbangsaran

2.4.14 Kaedah Amali

MUKA SURAT

18

18

19

20

21

22

23

23

24

25

25

26

28

28

BAHAGIAN TIGA

BAB III METODOLOGI KAJIAN.

29

3.1 Pengenalan 29

3.2 Rekabentuk Kajian. 29

3.3 Populasi Kajian. 30

3.4 Instrumen Kajian. 30

3.5 Prosedur Kajian. 33

3.6 Kajian Rintis. 34

3.7 Analisis Data

34

Page 12: iii DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN … · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran

xii

BAB

BAB IV

PERKARA

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

4.2 Latar Belakang Responden

4.2.1 Taburan Responden Mengikut

Pengalaman Mengajar.

4.2.2 Taburan Responden Mengikut

Pengalaman Mengajar Mata

Pelajaran PKA.

4.2.3 Taburan Responden Mengikut

Kelayakan Ikhtisas.

4.2.4 Taburan Responden Mengikut

Kelas Yang Diajar.

4.3 Analisis Kajian Berdasarkan Strategi

Pemusatan Guru dan Strategi Pemusatan

Pelajar.

4.3.1 Analisis Data Berdasarkan Kaedah

Pengajaran Yang Digunakan

Dalam Strategi Pemusatan Guru.

4.3.2 Analisis Data Berdasarkan

Strategi Pemusatan Guru.

4.3.3 Analisis Data Berdasarkan Kaedah

Pengajaran Yang Digunakan

Dalam Strategi Pemusatan Pelajar.

4.3.4 Analisis Data Berdasarkan Strategi

Pemusatan Pelajar.

4.4 Kesimpulan.

MUKA SURAT

35

35

35

35

36

37

37

38

42

42

49

50

Page 13: iii DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN … · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran

xiii

BAB

BAB V

PERKARA

BAHAGIAN LIMA

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan.

5.2 Rumusan.

5.3 Perbincangan.

5.3.1 Latar Belakang Responden.

5.3.2 Strategi Pemusatan Guru.

5.3.3 Kaedah Pengajaran Dalam Strategi

Pemusatan Guru.

5.3.4 Strategi Pemusatan Pelajar.

5.3.5 Kaedah Pengajaran Dalam Strategi

Pemusatan Pelajar.

5.4 Cadangan

5.4.1 Cadangan Kepada Guru-guru.

5.4.2 Cadangan Kepada Pihak Sekolah.

5.4.3 Cadangan Kepada Institusi

Pengajian Pendidikan.

5.4.4 Cadangan Kepada Jabatan

Pendidikan Teknikal.

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan.

5.6 Penutup.

MUKA SURAT

51

51

52

52

52

53

54

55

56

58

58

59

60

60

60

61

Page 14: iii DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN … · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran

xiv

BAB PERKARA

BAHAGIAN ENAM

MUKA SURAT

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

Lampiran A - D

62

68

68

Page 15: iii DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN … · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran

xv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

3.1 Taburan Bilangan Guru Kejuruteraan Awam Di Empat

Buah SMT Di Negeri Selangor.

3.2 Taburan Skala Lima Peringkat

3.3 Jumlah Item Mengikut Kaedah Pengajaran Dalam

Strategi Pemusatan Guru.

3.4 Jumlah Item Mengikut Kaedah Pengajaran Dalam

Strategi Pemusatan Pelajar.

4.1 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar.

4.2 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar

Mata Pelajaran PKA.

4.3 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Ikhtisas.

4.4 Taburan Responden Mengikut Kelas Yang Diajar.

4.5 Analisis Item Berdasarkan Kaedah Demonstrasi.

4.6 Analisis Item Berdasarkan Kaedah Penerangan.

4.7 Analisis Item Berdasarkan Kaedah Pengajaran

Keseluruhan Kelas.

4.8 Analisis Item Berdasarkan Kaedah Bercerita.

4.9 Analisis Item Berdasarkan Kaedah Syarahan.

4.10 Analisis Data Berdasarkan Strategi Pemusatan Guru.

4.11 Analisis Item Berdasarkan Kaedah Perbincangan.

4.12 Analisis Item Berdasarkan Kaedah Penyoalan.

30

31

32

32

36

36

37

38

39

39

40

41

41

42

43

45

Page 16: iii DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN … · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran

xvi

MUKA SURAT

45

45

47

47

47

48

48

49

49

NO. JADUAL TAJUK

4.13 Analisis Item Berdasarkan Kaedah Penyelesaian

Masalah.

4.14 Analisis Item Berdasarkan Kaedah Kumpulan.

4.15 Analisis Item Berdasarkan Kaedah Sumbangsaran.

4.16 Analisis Item Berdasarkan Kaedah Amali.

4.17 Analisis Item Berdasarkan Kaedah Projek.

4.18 Analisis Item Berdasarkan Kaedah Simulasi.

4.19 Analisis Item Berdasarkan Kaedah Lawatan.

4.20 Analisis Item Berdasarkan Kaedah Modul.

4.21 Analisis Item Berdasarkan Strategi Pemusatan Pelajar.

Page 17: iii DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN … · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran

xvii

SENARAI SINGKATAN/SIMBOL

Bil. - Bilangan

BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

JPTek - Jabatan Pendidikan Teknikal.

KBKK - Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

PKA - Pengajian Kejuruteraan Awam

SMT - Sekolah Menengah Teknik

SPSS - Statistical Package For Social Sciences.

% - Peratus

Page 18: iii DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN … · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A

Borang Soal selidik

68

B Surat Kebenaran BPPDP 73

C Surat Kebenaran Pengetua 75

D Surat Kesahan Instrumen Kajian. 76

Page 19: iii DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN … · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran

ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti

perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan tujuan

menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara

berkesan. Perkembangan pendidikan dari semasa ke semasa telah membawa banyak

perubahan dalam aktiviti pengajaran di bilik darjah. Corak pengajaran masa kini telah

mengalami banyak perubahan serta bertambah maju (Mok Soon Sang, 2000).

Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan dan dilatih untuk menguasai

kemahiran mengajar dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya.

Guru yang berkesan ialah guru yang memperolehi ilmu pengetahuan khusus dan

kemahiran mengajar seperti:

i. Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi

manusia.

ii. Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta

mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala.

iii. Memperoleh ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang

Page 20: iii DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN … · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran

diajar.

iv. Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang memudahkan murid-

murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.

Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini harus menyedari

tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan

menjadi dewasa nanti. Perubahan sistem pendidikan dalam dekad 80-an dengan

pengenalan program Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), memerlukan guru mereformasikan diri ke arah

pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan

kemahiran mengajar yang canggih, demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya

dalam bidang kerja yang kian mencabar. Oleh yang demikian, guru-guru perlu

mempunyai keseimbangan content knowledge dan pedagogical knowledge (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 2002).

Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan strategi

pengajaran dan pembelajaran yang tertumpu dalam bilik darjah. Untuk menghadapi

cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam

bilik darjah supaya memainkan peranannya yang lebih berkesan, guru hari ini hendaklah

sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemas kini ilmu pengetahuan dan

kemahiran mengajar dari semasa ke semasa (Mok Soon Sang, 2000).

Menguasai kaedah pengajaran baru memerlukan perubahan sikap dan orientasi

semula corak memikir terhadap sesuatu perkara, melibatkan tingkahlaku dan membantu

pelajar menyesuaikan diri mereka supaya lebih selesa dengan kaedah-kaedah baru ini

(Ramaiah, A. L., 1999). Kepelbagaian dan kebolehsesuaian penggunaan kaedah

pengajaran dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih

berkesan.

Page 21: iii DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN … · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran

1.2 Latarbelakang Masalah

Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) merupakan salah satu mata

pelajaran elektif Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang ditawarkan di

Sekolah Menengah Teknik (SMT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Mata

pelajaran ini ditawarkan untuk memenuhi minat dan kecenderungan pelajar dalam

bidang kejuruteraan awam di samping melengkapkan diri, memberi pengetahuan dan

kemahiran asas dalam bidang kejuruteraan awam. Susunan kandungan mata pelajaran ini

dimulakan dengan pengenalan kepada elemen-elemen asas dalam kejuruteraan awam.

Seterusnya, pelajar akan diperkenalkan kepada cabang kejuruteraan awam, pengaruh

serta hubungkaitnya dengan kehidupan seharian. Bagi memperkukuhkan lagi

pengetahuan dan pemahaman, beberapa aktiviti amali akan diterapkan dalam kerja

kursus yang dijalankan seperti kerja makmal, lawatan industri dan kerja ukur di dalam

pengajaran (Yusop Paal, et al., 2002).

Dalam pengajaran mata pelajaran PKA, guru hendaklah mempelbagaikan strategi

dan kaedah pengajaran mengikut kesesuaian pengajaran. Menurut Lilia Halim, et al.

(2002), kajian menunjukkan bahawa pembelajaran yang berasaskan pengajaran pusatan

guru tidak menggalakkan pembelajaran. Dalam strategi pengajaran ini guru banyak

memberi input dan pelajar diharapkan menyerap semua maklumat tersebut. Lazimnya

strategi pengajaran secara tradisional ini membosankan pelajar kerana konsep yang

diajar adalah dalam bentuk abstrak dan tidak relevan kepada kehidupan seharian.

Dalam konteks pendidikan hari ini, disaran supaya strategi pengajaran adalah

berpusatkan pelajar. Menurut Ahmad Shukri (2003), pendidikan berorientasikan pelajar

atau pembelajaran pusatan pelajar ditegaskan dan mesti diberi keutamaan. Ini

dikukuhkan oleh Ee Ah Meng (1991), yang menyatakan di antara ciri-ciri pengajaran

yang efektif ialah pengajaran memusat kepada murid-murid dan pelbagai kaedah serta

teknik pengajaran digunakan. Menurut Esah (2002), untuk menghasilkan pengajaran

yang berkesan, guru-guru perlu mengaplikasikan kaedah dan teknik pengajaran yang

Page 22: iii DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN … · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran

berpusatkan pelajar. Ini bermakna, kaedah dan teknik pengajaran yang diaplikasikan

adalah melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran mereka.

Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1996), para pelajar seharusnya dibimbing

untuk mengguna dan memperkembangkan potensi mereka secara maksimum untuk

memperolehi pengetahuan dan kemahiran. Maka, guru hendaklah memilih strategi

pengajaran berdasarkan pertimbangan terhadap teori pembelajaran, pendekatan kaedah

dan teknik mengajar (Mok Soon Sang, 2000). Guru juga harus bijak menggunakan

kaedah atau teknik penyampaian yang sesuai (Robiah Sidin, 1998). Kaedah atau teknik

yang sesuai, yang digunakan mengikut objektif pengajaran meninggalkan impak yang

berpanjangan ke atas pemahaman dan motivasi belajar murid-murid atau pelajar. Satu

sesi pengajaran yang baik perlu melibatkan kemahiran guru memadankan kaedah

pengajaran dengan objektif pembelajaran pelajar dan juga gaya pembelajaran mereka

(Shahabudin Hashim, et al., 2003).

Pendapat ini disokong oleh David, M. M. (1981), yang menyatakan bahawa guru

hendaklah mempunyai pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang boleh digunakan

dalam situasi yang berbeza dan murid-murid yang berbeza. Oleh yang demikian,

pengajaran dan pembelajaran SMT memerlukan transformasi dan kaedah yang lebih

efektif supaya berupaya menarik serta meningkatkan minat pelajar terutamanya daripada

golongan pelajar yang berkebolehan sederhana dalam aliran perdana supaya meminati

mata pelajaran sains dan teknikal ( Abdul Aziz, 1998). Fokus transformasi atau

perubahan yang diperlukan ialah supaya ia mampu mendedahkan pelajar tentang strategi

pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan kemas kini, boleh mengaitkan secara

bermakna amalan teori dengan praktik (Robiah Sidin, 1998).

Demonstrasi dan latihan amali yang ditunjukkan membolehkan para pelajar

mempelajari atau mengamati sendiri perlakuan guru secara sistematik mengikut

prosedur dalam mengendalikan penggunaan bahan, alatan dan latihan yang akan

dijalankan oleh mereka kemudiannya. Penerangan dari guru amat penting untuk

menyampaikan isi kandungan dan konsep-konsep asas serta mempercepatkan lagi

Page 23: iii DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN … · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran

penaakulan pelajar dalam mata pelajaran PKA. Guru kejuruteraan awam perlu

memulakan langkah penerangan baik dalam kelas teori mahupun amali dalam sesuatu

proses pengajaran mereka (Mohd. Zambandi, 2002).

Oleh yang demikian, Scott et al. (1987), menyatakan bahawa strategi pengajaran

guru hendaklah berubah daripada hanya memberi nota dan kuliah kepada aktiviti-aktiviti

seperti kerja amali, perbincangan dan soal selidik.

Menurut Adzmi (2003), masih ada segelintir guru-guru yang kekurangan dari

segi penguasaan pelbagai kaedah pengajaran. Penguasaan terhadap pelbagai kaedah

pengajaran membolehkan guru-guru mengaplikasikan segala pengetahuan yang ada

padanya untuk menyampaikan isi pelajaran dengan lebih berkesan kepada pelajar-

pelajar. Azlan (2000) pula, dalam kajian beliau mendapati guru yang berpengalaman

dalam pengajaran amat kurang diberi pendedahan berkaitan dengan kaedah pengajaran

dan ini menimbulkan permasalahan dalam pengajaran.

Antara masalah-masalah dalam pengajaran adalah merangkumi sukatan pelajaran

yang diajar, jadual waktu yang disusun dan saiz kelas yang diajar (Liew Choon Kiew,

2000). Masalah dalam proses pengajaran wujud apabila sebahagian pelajar berasa bosan

mengikuti pengajaran guru kerana guru jarang menggunakan kaedah pengajaran yang

berbeza untuk menarik minat dan perhatian mereka (Ahmad Zairi, 2002). Jadi

tanggungjawab guru untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sendiri adalah

penting dalam proses pengajaran terutamanya bagi guru-guru yang mengajar PKA yang

memerlukan ilmu pengetahuan pada tajuk teori dan kemahiran pada kerja amali yang

bercorak praktikal. Sehubungan itu, guru-guru adalah digalakkan untuk melibatkan diri

dalam pelbagai kursus dan seminar yang memberi pendedahan kepada ilmu pengetahuan

dan kemahiran supaya dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masing-masing.

Page 24: iii DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN … · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran

1.3 Pernyataan Masalah

Strategi pengajaran adalah amat penting untuk mencapai matlamat pengajaran

dan pembelajaran yang baik untuk guru dan pelajarnya. Strategi pengajaran yang

diamalkan oleh guru kejuruteraan awam adalah berbeza dengan guru mata pelajaran

lain. Strategi pengajaran yang digunakan mestilah sesuai untuk memperkembangkan

pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari oleh pelajar agar dapat diamalkan di

peringkat kegunaannya pada masa depan.

Di dalam penyelidikan ini, pengkaji ingin mengenalpasti apakah strategi

pengajaran yang diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam mata pelajaran PKA

di SMT di negeri Selangor?

1.4 Persoalan Kajian

Menurut Mok Soon Sang (2000), konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan

memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu

pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Strategi pengajaran dan

pembelajaran adalah berasaskan kepada tiga unsur yang penting, iaitu guru, pelajar dan

bahan pelajaran. Oleh itu, klasifikasi strategi pengajaran dan pembelajaran adalah

ditumpukan kepada pemusatan guru, pemusatan pelajar dan pemusatan bahan. Ketiga-

tiga strategi ini melibatkan kemahiran memilih, merancang, menyusun dan menguruskan

kaedah serta teknik mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran

dengan tujuan mencapai objektif pelajaran pada peringkat optimum.

Oleh itu pengkaji ingin mengetahui:

1.4.1 Adakah guru kejuruteraan awam mengaplikasikan strategi pemusatan guru dalam

pengajaran mata pelajaran PKA?

Page 25: iii DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN … · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran

1.4.2 Adakah guru kejuruteraan awam mengaplikasikan strategi pemusatan pelajar

dalam pengajaran mata pelajaran PKA?

1.4.3 Apakah kaedah pengajaran yang digunakan dalam strategi pemusatan guru yang

diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran PKA?

1.4.4 Apakah kaedah pengajaran yang digunakan dalam strategi pemusatan pelajar

yang diaplikasikan oleh guru kejuruteraan awam dalam pengajaran mata pelajaran PKA?