topik1 kurikulum mata pelajaran kh

15
RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 1 Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Kod Kursus : RBT 3117 Analisis Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) Topik 1 Analisis Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR)

Upload: norsuhaiadi-supardi

Post on 14-Dec-2014

47 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik1 Kurikulum Mata Pelajaran KH

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 1

Pengenalan Kepada Pendidikan

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Kod Kursus : RBT 3117

Analisis Kurikulum Kemahiran Hidup

Sekolah Rendah (KHSR)

Topik 1

Analisis Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR)

Page 2: Topik1 Kurikulum Mata Pelajaran KH

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 2

1.0. Analisis Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) Pengenalan

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) merupakan satu mata pelajaran

dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang diajar kepada murid

Tahap II. Mata pelajaran ini membantu kita untuk menanam kesedaran celik

teknologi melalui pengetahuan dan penguasaan kemahiran praktis serta pemupukan

sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan.

Pembentukan masyarakat yang berorientasikan teknologi dan keusahawanan

adalah selaras dengan hasrat negara dan bersesuaian dengan perkembangan

teknologi yang pesat pada masa ini. Oleh itu usaha yang dibuat melalui pendidikan

adalah untuk membolehkan kita peka terhadap perkembangan teknologi dan berupaya

menangani cabaran.

Sebagai langkah awal bagi melahirkan masyarakat yang cenderung ke arah ini,

kemahiran praktis berasaskan reka bentuk dan teknologi serta keusahawanan

didedahkan kepada murid melalui mata pelajaran ini. Melalui mata pelajaran ini juga

sikap yang positif di kalangan murid dapat dipupuk. Dalam sesuatu aktiviti yang

dijalankan murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti

mengutamakan keselamatan, bekerja secara bersistematik, bekerjasama,

bertanggungjawab dan berdisiplin.

Selain itu kita juga dapat memberikan murid ruang untuk mengembangkan

imaginasi dan daya kreativiti di samping mendedahkan dan menggalakkan mereka ke

arah keusahawanan. Mata pelajaran ini juga dapat memberi kesedaran kepada murid

tentang perlunya menjaga alam sekitar dan penghargaan terhadap kerja dalam bidang

yang berasaskan kejuruteraan, reka bentuk dan perniagaan.

Dari segi perkembangan individu, kita dapat membantu murid memenuhi naluri

ingin tahu dan ingin mencuba khususnya mengenai alatan, bahan dan mesin yang ada

di sekeliling mereka. Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba, mereka cipta,

mengubah suai, mengendali dan meneliti pelbagai hasil teknologi yang sesuai dengan

Page 3: Topik1 Kurikulum Mata Pelajaran KH

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 3

perkembangan intelek mereka. Murid juga berpeluang menjalankan simulasi aktiviti jual

beli.

Topik ini menerangkan tentang kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah

Rendah. Ia akan dapat membantu anda memahami dan menguasai kemahiran

pedagogi di samping kemahiran mengurus bahan dan alat untuk proses pengajaran

dan pembelajaran bagi mata pelajaran KHSR. Topik ini juga memberi peluang kepada

anda mengkaji dan menghayati kepentingan mata pelajaran ini yang dihuraikan melalui

sub-topik matlamat, objektif, organisasi kandungan dan huraian sukatan. Selain itu

anda akan didedahkan beberapa strategi dan aktiviti P & P yang sesuai dengan pelajar

tahun 4, 5 dan 6. Semua ini akan menyumbang kepada hasrat negara untuk melahirkan

insan yang seimbang dan harmonis sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.1. KURIKULUM KHSR

Sukatan Pelajaran KHSR menerangkan tentang matlamat, objektif dan organisasi

kandungan.

1.1.1 Matlamat: Matlamat Tahun 4, 5 dan 6 Adalah Sama

(a) Kemahiran Teknologi, Kecenderungan Mereka Cipta,

Semangat Keusahawanan

Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah untuk

membolehkan murid memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan

teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri,

mereka cipta dan cenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap budaya kerja

yang baik.

Sukatan pelajaran ini menuju ke arah memperkembangkan kebolehan murid

dalam kemahiran teknologi, kecenderungan mereka cipta dan semangat

keusahawanan. Kemahiran asas yang sedemikian dapat digunakan sepenuhnya untuk

Page 4: Topik1 Kurikulum Mata Pelajaran KH

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 4

membolehkan murid berdikari dan yakin diri serta mampu menjalani kehidupan secara

produktif dalam dunia teknologi dan ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah.

Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak,

kreatif, dan inventif. Nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja yang baik

diterapkan semasa menjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dalam mata pelajaran

ini dapat diwujudkan.

(b) Perubahan Kandungan

Dari segi kandungan, beberapa topik dalam sukatan pelajaran KHSR telah

disusun semula untuk mengukuhkan kesinambungan dan mengelakkan pertindihan

serta mengemaskini kandungannya. Elemen reka bentuk diberi lebih fokus, dengan

menambah elemen Kreativiti dan Reka Cipta. Terdapat dua bidang dalam sukatan

pelajaran KHSR iaitu bidang Reka Bentuk dan Teknologi dan Perniagaan dan

Keusahawanan.

1.1.2 Objektif (a) Objektif Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 4

Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4 adalah untuk membolehkan murid:

(i) Menggunakan bentuk asas untuk menjana idea kreatif dalam penghasilan projek.

(ii) Menerangkan hubung kait bentuk dengan fungsi produk.

(iii) Membuka dan memasang produk untuk mengenalpasti fungsi komponen.

(iv) Menghasilkan sesuatu projek gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan

logam.

(v) Memilih alatan, perkakas dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang

betul.

(vi) Mengenal pasti dan membezakan di antara litar siri dan selari.

(vii) Menghasilkan projek elektrik.

(viii) Menyenggara alatan tangan dan perkakas selepas menggunakannya.

(ix) Menghasilkan tanaman hiasan.

Page 5: Topik1 Kurikulum Mata Pelajaran KH

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 5

(x) Mengenal pasti ciri dan jenis barang yang boleh dijual.

(xi) Merancang jualan dan menyediakan barang untuk jualan.

(xii) Menyenaraikan ciri bungkusan yang menarik.

(xiii) Mengira harga jualan dan untung.

(xiv) Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

(b) Objektif Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 5

Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 5 adalah untuk membolehkan murid:

(i) Mengkaji reka bentuk kit model serta menerangkan kefungsian sistem pergerakan kit

model melalui proses membuka dan memasang.

(ii) Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah melalui pencetusan dan penjanaan

idea projek eksperimental.

(iii) Mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar semula

serta penghasilan projek elektrik.

(iv) Menyenggara bahagian bangunan.

(v) Mengenal pasti dan memilih ikan hiasan untuk dipelihara.

(vi) Menghasilkan projek ikan hiasan.

(vii) Mengenal pasti bahan serta peralatan jahitan dan membaiki pakaian.

(viii) Merancang cara menjual dan menghasilkan barang jualan.

(ix) Mereka bentuk dan menghasilkan poster untuk mempromosi barang.

(x) Menentukan cara mendapatkan pesanan untuk jualan.

(xi) Merekod pendapatan dan perbelanjaan diri serta merancang cara perbelanjaan

yang bijak.

(xii) Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

Page 6: Topik1 Kurikulum Mata Pelajaran KH

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 6

(c) Objektif Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 6

Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 6 adalah untuk membolehkan murid

(i) Menjana dan mengembangkan idea melalui lakaran untuk menghasilkan projek.

(ii) Mengumpul dan merekodkan maklumat mengenai proses penghasilan projek.

(iii) Mereka bentuk dan menghasilkan projek elektronik.

(iv) Menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada mesin mudah dan perabot.

(v) Mereka bentuk dan menghasilkan artikel mudah menggunakan bahan terpakai.

(vi) Mengenal pasti langkah penyediaan tapak untuk penghasilan tanaman sayuran.

(vii) Memilih jenis sayur-sayuran yang hendak ditanam.

(viii) Menanam sayur-sayuran menggunakan kaedah hidroponik.

(ix) Mengenal pasti tempoh matang sayuran untuk dipungut hasil.

(x) Mengenal pasti cara mendapatkan bekalan dan mengendalikan jualan melalui

komisen

(xi) Mereka bentuk dan menghasilkan catalog untuk mempromosi barang.

(xii) Menyusun atur barang untuk persediaan jualan.

(xiii) Mengenal pasti punca dan cara mengatasi risiko dalam perniagaan.

(xiv) Mengenal pasti hak pengguna dan etika perniagaan serta mendapatkan maklumat

barangan yang masih berkeadaan baik.

1.1.3 Kandungan Sukatan Pelajaran

Jadual 1.1 menunjukkan kandungan sukatan pelajaran KHSR dan jam interaksi

bagi tahun 4, 5 dan 6.

Page 7: Topik1 Kurikulum Mata Pelajaran KH

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 7

Page 8: Topik1 Kurikulum Mata Pelajaran KH

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 8

Page 9: Topik1 Kurikulum Mata Pelajaran KH

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 9

Page 10: Topik1 Kurikulum Mata Pelajaran KH

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 10

1.4 KAEDAH PROSES PENGAJARAN PEMBELAJARAN

Subtopik ini akan membincangkan beberapa kaedah proses pengajaran dan

pembelajaran.

(a) Sumbangsaran

Tujuan kaedah ini ialah untuk merangsang murid mengambil bahagian

dalam perbincangan.

Kaedah ini biasa dijalankan pada permulaan kelas amali dan dalam kelas teori.

Pelajar memberi maklumat kepada guru.

Tiada jawapan yang betul atau salah.

Page 11: Topik1 Kurikulum Mata Pelajaran KH

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 11

(b) Amali

Kaedah ini bertujuan supaya murid menjalankan aktiviti sebenar. Murid dapat

pengalaman sebenar menjalankan aktiviti. Ia memerlukan peruntukan masa yang

panjang. Ia juga memerlukan persediaan yang rapi supaya amali dapat dijalankan

dengan berkesan. Selain daripada itu, ia memerlukan peralatan dan bahan yang

mencukupi.

Page 12: Topik1 Kurikulum Mata Pelajaran KH

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 12

(c) Tunjuk cara

Tunjuk cara biasanya dilakukan oleh guru sendiri, tetapi guru juga boleh

mendapatkan bantuan dari orang yang pakar atau pelajar sendiri yang berkebolehan

dalam aktiviti yang dijalankan.

Persediaan rapi perlu diberi perhatian sebelum menjalankan tunjuk cara.

Tunjuk cara dijalankan dalam kumpulan yang kecil.

Murid dipanggil rapat dengaan guru untuk memerhatikan tunjuk cara

yang dijalankan.

Pelajar perlu menjalankan aktiviti yang sama selepas tunjuk cara untuk

melihat keberkesanan tunjuk cara.

Page 13: Topik1 Kurikulum Mata Pelajaran KH

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 13

(d) Kajian

Kaedah ini dijalankan di luar bilik darjah.

Guru perlu menyediakan panduan atau senarai semak sebelum murid

menjalankan kajian.

Murid menggunakan senarai semak untuk mendapatkan jawapan atau

maklumat.

Page 14: Topik1 Kurikulum Mata Pelajaran KH

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 14

Page 15: Topik1 Kurikulum Mata Pelajaran KH

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 15

(e) Uji Kaji

(i) Kaedah ini dijalankan di dalam makmal atau bengkel.

(ii) Guru perlu menyediakan arahan yang jelas dan terperinci untuk mendapatkan

jawapan / maklumat.

(iii) Guru perlu memantau pelajar semasa aktiviti dijalankan untuk mendapat ketepatan

Maklumat.