kekangan dalam pencapaian mata pelajaran lukisan … · di daerah johor bahru disebabkan oleh...
TRANSCRIPT
KEKANGAN DALAM PENCAPAIAN MATA PELAJARAN
LUKISAN KEJURUTERAAN SEKOLAH MENENGAH
HARIAN DI JOHOR BAHRU
NOR AFIDAH BINTI MOHD SABRI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KEKANGAN DALAM PENCAPAIAN MATA PELAJARAN LUKISAN
KEJURUTERAAN SEKOLAH MENENGAH HARIAN DI JOHOR BAHRU
NOR AFIDAH BINTI MOHD SABRI
Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi
Syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MEI 2011
iii
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat ALLAH s.w.t kerana dengan segala limpah rahmat
dan HidayahNya, penyelidikan ini telah dapat disempurnakan seperti yang dicita-
citakan.
Seterusnya, kesungguhan dan sokongan yang konsisten merupakan faktor
dominan penyempurnaan kajian yang dijalankan. Dengan berbekalkan rasa kesyukuran,
saya ingin mengambil kesempatan ini untuk melafazkan jutaan terima kasih kepada Cik
Sarimah binti Ismail, selaku penyelia kajian saya. Sepanjang perlaksanaan kajian ini,
beliau telah mengorbankan masa untuk membimbing dan memberikan tunjuk ajar
dengan berbesar hati. Selain itu, perkongsian ilmu pengetahuan daripada beliau telah
membolehkan saya menyiapkan kajian saya mengikut jangka masa yang ditetapkan.
Sekalung ucapan terima kasih ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, pengetua-pengetua sekolah, guru-guru
Lukisan Kejuruteraan Sekolah Menengah Harian Negeri Johor yang terlibat secara
langsung dengan penyelidikan ini serta rakan-rakan yang sentiasa mempunyai waktu
untuk saya terutama sekali semua rakan seangkatan yang dibawah seliaan Cik Sarimah
Ismail.
Penghargaan ini juga ditujukan khas untuk ayah dan ibu yang tidak jemu
mendoakan kejayaan saya dan akhir sekali semua yang terlibat secara langsung yang
banyak membantu semasa penyelidikan ini dijalankan. Terima kasih di atas segala
sokongan, pengorbanan dan kasih sayang yang ikhlas tanpa batas.
iv
DEDIKASI
Khas buat Ayahanda dan Bonda Mohd Sabri Bin Hj. Othman dan
Aton Binti Mat Kusri yang amat dikasihi, dan kaum keluarga yang
sentiasa memberi dorongan dan semangat dalam meneruskan
penulisan ini iaitu:
Nor Hayati Mohd Sabri, Khairul Anuar Mohd Sabri, Nor Aida
Mohd Sabri, NorLina Mohd Sabri, Mohd Faizal Mohd Sabri, NorHidayah
Mohd Sabri serta Mohd Radi Mohd Sabri
Sesungguhnya, berkat doa dan restu kalian, serta sokongan dan
semangat yang diberikan menguatkan lagi iktizam diri untuk berjaya
hingga ke tahap ini tanpa berputus asa walaupun mengharungi segala
dugaan sepenjang menlaksanakan penulisan tesis ini.
Buat rakan-rakan seperjuangan, terima kasih di atas segala
pertolongan serta tunjuk ajar yang telah diberikan. Semoga jasa kalian
semua akan diberkati Allah S.W.T.
v
ABSTRAK
Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan (LK) di peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia di 22 buah sekolah menengah harian di Johor Bahru bagi tahun
2007-2009 tidaklah begitu cemerlang. 26.0% pelajar mendapat gred tidak cemerlang
sementara 59.3% memperoleh gred yang rendah. Kajian tinjauan kuantitatif ini
dijalankan untuk mengenal pasti kekangan pencapaian mata pelajaran LK dari tiga
pemboleh ubah yang dikaji iaitu pendekatan pengajaran guru, penyampaian pengajaran
guru dan sikap pelajar. Kajian dijalankan di 22 buah Sekolah Menengah akademik harian
di Daerah Johor Bahru. Seramai 30 orang guru yang mengajar mata pelajaran LK telah
menjawab borang soal selidik yang diedarkan. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian
adalah 0.860. Data yang diperolehi diproses menggunakan perisian Statistical Package
for Social Science (SPSS) versi 15.0 dan diterjemahkan dalam bentuk kekerapan dan
peratus. Dapatan kajian menunjukkan kekangan terhadap pendekatan pengajaran guru
dan sikap pelajar berada pada tahap sederhana, sementara kekangan terhadap proses
penyampaian pengajaran guru pula berada pada tahap rendah. Ini menunjukkan mata
pelajaran LK tidak mendapat pencapaian yang baik di sekolah-sekolah menengah harian
di Daerah Johor Bahru disebabkan oleh proses penyampaian pengajaran guru yang
rendah sementara sikap pelajar terhadap mata pelajaran ini dan pendekatan pengajaran
guru bagi mata pelajaran ini yang hanya pada tahap sederhana. Dua cadangan ditujukan
kepada pihak sekolah iaitu memperbanyakkan kursus-kursus dan latihan untuk guru-guru
mata pelajaran LK bagi peningkatan kemahiran penyampaian pengajaran mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan, dan menyediakan modul pengajaran dan pembelajaran Lukisan
Kejuruteraan yang berasaskan latihan praktikal.
vi
ABSTRACT
Students’ achievement in Technical Drawing (TD) subject at Malaysia Education
Certificate level at 22 daily secondary schools at Johor Baharu in 2007-2009 was not
excellent. 26.0% of the students got un excellent grade while 59.3% got low grade. This
quantitative survey research was conducted to identify constrain in student achievement
in the subject of TD from three research variables measured. There were teacher teaching
approach, teacher teaching delivery and student attitude. 30 teachers who teach TD
subject were answered questionnaire distributed. Alpha vale for the questionnaire was
0.860. Data adopted were processed using computer software of Statistical Package for
Social Science (SPSS) version 15.0 and was interpreted in a form of frequency and
percentage. Findings of the study indicated that constraint towards teachers’ teaching
approach and students’ attitude were at moderate level while constraint toward teacher
teaching delivery was at low level. This showed that TD was not get good achievement at
the daily secondary schools in the District of Johor Baharu due to the influence of
teaching delivery process of teachers that at the low level and students’ attitude and
teachers’ teaching approach towards the subject that that at the moderate level. Two
suggestions were addressed to the school, which were increasing number of training or
special course for TD teachers to increase skill in teaching delivery of the subject, and
developing teaching and learning practical based module for the subject.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
DEDIKASI iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN NAMA xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHALUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 12
1.4 Objektf Kajian 12
1.5 Persoalan Kajian 13
1.6 Kepentingan Kajian 13
1.6.1 Guru mata pelajaran LK 13
1.6.2 Pelajar yang mengambil mata pelajaran LK 13
1.6.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 14
viii
1.7 Skop Kajian 14
1.8 Batasan Kajian 15
1.9 Definisi Operasional 16
1.9.1 Pelajar 16
1.9.2 Guru 16
1.9.3 Mata pelajaran LK 16
1.9.4 Pengajaran 17
1.9.5 Pembelajaran 17
1.9.6 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 17
1.10 Penutup 18
2 SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 19
2.1 Pencapaian mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan 19
2.1.1 Prestasi pelajar dalam mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan 19
2.2 Pendekatan Pengajaran Guru dalam Pengajaran
dan Pembelajaran 20
2.2.1 Pendekatan dan Strategi 22
2.2.2 Pendekatan Pemusatan Guru 22
2.2.3 Pendekatan Pemusatan Pelajar 24
2.2.4 Pendekatan Induktif dalam pengajaran dan
pembelajaran 25
2.2.5 Pendekatan Deduktif dalam pengajaran dan
pembelajaran 26
2.2.6 Pendekatan Eklektik dalam pengajaran dan
pembelajaran 27
2.2.7 Pendekatan Tematik dalam pengajaran dan
pembelajaran 28
ix
2.2.8 Pendekatan Masteri dalam pengajaran dan
pembelajaran 29
2.2.9 Pendekatan Penyebatian / Infusion dalam
pengajaran dan pembelajaran 29
2.2.10 Pendekatan koperatif dalam pengajaran dan
pembelajaran 30
2.2.11 Pendekatan kolaboratif dalam pengajaran dan
pembelajaran 31
2.3 Aspek Sikap Pelajar terhadap Mata Pelajaran Lukisan
Kejuruteraan 34
2.4 Proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran 39
2.4.1 Kemahiran memulakan pengajaran atau induksi set 39
2.4.2 Komponen-komponen induksi set 40
2.4.3 Kemahiran Menggunakan Papan Tulis 41
2.4.3.1 Komponen Kemahiran Menggunakan
Papan Tulis 41
2.4.4 Kemahiran Menggunakan Bahan Bantuan
Mengajar 42
2.4.4.1 Prinsip-prinsip Menggunakan Bahan Bantu
Mengajar 42
2.4.4.2 Komponen Kemahiran Penggunaan Bahan
Bantu Mengajar 43
2.5 Kemahiran Menutup 43
2.5.1 Prinsip-prinsip Kemahiran Menutup 44
2.5.2 Komponen Kemahiran Menutup 44
2.6 Penutup 49
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 50
3.2 Reka Bentuk Kajian 50
x
3.3 Populasi dan Persampelan kajian 51
3.4 Lokasi Kajian 52
3.5 Instrumen Kajian 53
3.6 Kesahan 54
3.7 Kajian Rintis 55
3.8 Kebolehpercayaan 56
3.9 Proses Kajian 57
3.10 Analisis Data 60
3.11 Ringkasan 60
4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 61
4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 62
4.2.1 Kekerapan dan peratus responden mengikut
Jantina 62
4.2.2 Kekerapan dan peratus responden mengikut
Bangsa 63
4.2.3 Kekerapan dan peratus responden mengikut
Kelayakan Ikhtisas 64
4.2.4 Kekerapan dan peratus responden mengikut
Opsyen mata pelajaran 65
4.2.5 Kekerapan dan peratus responden mengikut
Pengalaman mengajar 66
4.2.6 Kekerapan dan peratus responden berdasarkan
Kursus yang dihadiri berkaitan mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan 67
4.3 Bahagian B: Analisis Item Soal Selidik 68
4.3.1 Kekerapan Dan Peratusan pendekatan pengajaran
guru yang menjadi kekangan dalam pencapaian
mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan 69
xi
4.3.2 Kekerapan Dan Peratusan mengikut sikap pelajar
menjadi kekangan terhadap pencapaian mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan 72
4.3.3 Kekerapan Dan Peratusan mengikut proses
penyampaian pengajaran menjadi kekangan dalam
pencapaian mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan 74
4.4 Kesimpulan 79
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 81
5.1 Rumusan 82
5.2 Perbincangan 83
5.2.1 Bahagian A: Latar Belakang Guru 83
5.2.2 Bahagian B- Kekangan terhadap pendekatan
pengajaran ke atas pencapaian dalam
mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan 84
5.2.3 Kekangan terhadap sikap pelajar ke atas
pencapaian dalam mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan 85
5.2.4 Kekangan terhadap proses penyampaian pengajaran
guru ke atas pencapaian dalam mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan 87
5.3 Cadangan 90
5.3.1 Cadangan di peringkat sekolah 90
5.3.2 Cadangan di peringkat JPN 91
5.3.3 Cadangan di peringkat KPM 91
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 92
5.5 Kesimpulan 93
RUJUKAN 96
LAMPIRAN 100
xii
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Lukisan 4
Kejuruteraan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia bagi
tahun 2007-2009 di Negeri Johor
1.2 Opsyen guru yang mengajar mata pelajaran 6
Lukisan Kejuruteraan
1.4 Senarai nama sekolah mengikut skop kajian 14
2.1 Komponen Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Strategi
Pembelajaran 20
2.7 Lima kategori dalam pendekatan pengajaran dalam strategi
pengajaran 33
2.8 Komponen strategi untuk lima pendekatan pengajaran 34
3.1 Senarai nama sekolah di Johor Bahru 52
3.2 Pengelasan Skala Likert 54
3.3 Pekali Alpha Cronbach 57
3.4 Nilai Alpha Bagi Item Dalam Borang Soal Selidik 57
4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut Jantina 62
4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut Bangsa 63
4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan
Kelayakan Ikhtisas 64
4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan
Opsyen mata pelajaran 65
4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan
Pengalaman Mengajar 66
4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan
xiii
Kursus yang dihadiri berkaitan mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan 67
4.7 Maklum Balas Dan Skor Skala Likert Terhadap Item 68
4.8 Maklum Balas Peratusan Dan Tahap Skor Skala Likert
Terhadap Item 68
4.9 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Mengikut pendekatan
pengajaran guru yang menjadi kekangan dalam pencapaian
mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan 69
4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Mengikut sikap pelajar
menjadi kekangan terhadap pencapaian mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan. 72
4.11 Taburan Kekerapan Dan Peratusan mengikut proses penyampaian
pengajaran menjadi kekangan dalam pencapaian mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan 74
4.12 Keputusan Keseluruhan Bagi Setiap Aspek Kajian Dalam Purata
Peratusan 80
xiv
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK HALAMAN
1.2 Rajah menunjukkan peratus pencapaian pelajar dalam mata 5
Pelajaran Lukisan Kejuruteraan peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia bagi tahun 2007-2009 di Negeri Johor
1.4 Rajah menunjukkan peratus opsyen dan bukan opsyen 11
guru mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan
2.2 Rajah menunjukkan kaitan di antara semua konsep pengajaran 21
2.3 Gambarajah Pendekatan Pemusatan Guru 23
2.4 Gambarajah Pendekatan Pemusatan Pelajar 24
2.5 Gambarajah Pendekatan Induktif 25
2.6 Gambarajah Pendekatan Eklektik 27
3.5 Proses kajian Keseluruhan Kekangan dalam Pencapaian
mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan sekolah menengah
harian di Johor Bahru 58
4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut Jantina 62
4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut Bangsa 63
4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan
Kelayakan Ikhtisas 64
4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan
Opsyen mata pelajaran 65
4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan
Pengalaman Mengajar 66
xv
SENARAI SINGKATAN NAMA
LK - Lukisan Kejuruteraan
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package for the Social Science
BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan
Kementerian Pendidikan
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Set Borang Soal Selidik 100
B Surat Permohonan Kebenaran Mendapatkan Maklumat 101
C Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan Maklumat
kepada Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru serta Senarai
nama sekolah yang menawarkan mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan 102
D Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan 103
Dari Jabatan Pelajaran Johor
E Surat Permohonan Pengesahan Isi Kandungan 104
instrumen kajian
F Surat Pengesahan Isi kandungan instrumen kajian 105
G Surat Kelulusan Untuk Menjalankan Kajian di sekolah
dari Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia 106
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan (LK) diperkenalkan kepada pelajar kearah
pembangunan teknologi dan sains. LK merupakan mata pelajaran elektif baru kumpulan
II (vokasional dan teknologi) bagi tingkatan 4 dan tingkatan 5. Mata pelajaran LK
merupakan pendedahan awal kepada para pelajar terhadap mata pelajaran teknikal
sebagai persiapan bagi mereka untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian lebih
tinggi. Oleh kerana LK mempunyai fungsi utama dalam proses kejuruteraan, ia dianggap
sebagai suatu mata pelajaran dan bukan sebagai suatu kerja seni.
Guru adalah golongan professional yang melaksanakan tugas kearah mencapai
matlamat pendidikan menerusi pengembangan ilmu pengetahuan kepada pelajar.
Pengajaran merupakan proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan dan
kemahiran tertentu untuk membangunkan dan memajukan insan. Justeru itu masyarakat,
agama, bangsa dan negara sentiasa mengharapkan golongan ini sentiasa bercita-cita
membina generasi yang bertamadun tinggi bagi kemajuan Negara.
2
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran LK, guru berhadapan
dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran
guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh
menentukan pendekatan pengajaran sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar
berdasarkan kepada strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru,
pembentukan proses pengajaran yang berkesan mempunyai nilai yang berbeza antara
seorang guru dengan guru yang lain namun masih bermatlamatkan kepada keberkesanan
pembelajaran.
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk
mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata
pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan
wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi
perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi
pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita
gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh
digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan
pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.
Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan
individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan
kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh
tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih
kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.
Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah
pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi
mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak. Pendekatan yang
memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru
manakala pengajaran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan
memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan
guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah
3
pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah
seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan
kumpulan. Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak
umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan
bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju
arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah
pengajaran.
Perlaksanaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran LK
kaedah penyampaian amatlah penting. Ianya memerlukan daya imaginasi yang tinggi
bagi melukis sesuatu pandangan atau bentuk sesuatu objek. Pada kebiasaanya guru akan
menggunakan contoh objek yang sebenar sebagai alat bantuan mengajar. Akan tetapi
ianya menimbulkan masalah apabila pelajar perlu ditunjukkan dengan bentuk objek
yang banyak atau objek yang besar, kerana menjadi kesukaran kepada guru untuk
membawanya ke bilik darjah.
Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses pemulihan, proses
pemulihan yang membantu pelajar menguasai kemahiran-kemahiran asas yang belum
dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Perlaksanaan proses pemulihan
pelajar ini mengikut kadar kemampuan pelajar itu sendiri dalam menguasai sesuatu
kemahiran dalam mata pelajaran LK. Proses penilaian secara berterusan pula
membolehkan guru mengesan tahap kefahaman pelajar selain mengenalpasti tahap
pencapaian, kelemahan mereka terhadap suatu topik dalam mata pelajaran LK dan guru
dapat memastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang pelajar
itu.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Mata pelajaran LK telah lama diperkenalkan iaitu pada tahun 1989. Matlamat
pelaksanaan mata pelajaran LK di sekolah menengah harian dan Sekolah Menengah
Sains adalah untuk (Zainal dan Fauzi, 1997):
a. Meningkatkan lagi keluaran jurutera dan juruteknik menjelang tahun 2020
selaras dengan unjuran yang telah dibuat dalam Rangka Rancangan
Jangka Panjang Kedua, seramai 251,900 orang diperlukan bagi mengisi
kekosongan jawatan jurutera dan juruteknik serta tenaga manusia teknikal
berkemahiran tinggi di pelbagai sektor (Zainal dan Fauzi, 1997).
Namun sehingga kini tahap pencapaian pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia bagi tahun 2007-2009 tidaklah begitu cemerlang dan masih terdapat jumlah
pelajar yang memperoleh gred yang rendah iaitu diantara 5C hingga 9G melebihi dari
gred yang cemerlang iaitu dari 1A hingga 4B setiap tahun.
Jadual 1.1: Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia bagi tahun 2007-2009 di Negeri Johor
Gred 2007 2008 2009 Jumlah Bilangan
(%) Bilangan
(%) Bilangan
(%) 1A 259
(7.78) 325
(9.57) 197
(6.10) 778
2A 313 (9.4)
247 (7.27)
82 (2.54)
642
3B 344 (10.33)
460 (13.54
376 (11.64)
1180
4B 434 (13.04)
465 (13.69)
412 (12.75)
1311
5C 483 (14.51)
408 (12.01)
457 (14.14)
1348
6C 428 (12.86)
422 (12.42)
336 (10.40)
1186
7D 397 (11.93)
425 (12.51)
365 (11.30)
1187
5
8E 261 (7.84)
269 (7.92)
243 (7.52)
773
9G 410 (12.32)
376 (11.07)
416 (12.88)
1202
Jumlah 3,329 3,397 2,884 9,610
Sumber: Analisis Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan, Jabatan Pelajaran Johor 2010
Jadual 1.1 menunjukkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setiap tahun adalah berbeza-beza.
Jumlah bilangan pelajar yang gagal dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraaan
peringkat SPM lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang memperoleh gred 1A dan
tahun 2007 hingga 2009.
Rajah 1.2: Peratus pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2007-2009 di Negeri Johor
14.70%
26.00%
59.30%
PERATUS KESELURUHAN PENCAPAIAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TAHUN 2007‐2009
ANALISIS PENCAPAIAN MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BAGI TAHUN 2007‐2009
CEMERLANG SEDERHANA RENDAH
Sumber: Jabatan Pelajaran Negeri Johor 2010
6
Rajah 1.2 menunjukkan peratus pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setiap tahun adalah berbeza-beza.
Jumlah bilangan pelajar yang gagal dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraaan
peringkat SPM lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang memperoleh gred 1A dimana
sebanyak 14.7% pada tahap cemerlang, 26.0% pada tahap sederhana manakala 59.3%
berada pada tahap rendah (rujuk Rajah 1.2).
Jadual 1.3: Opsyen guru yang mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan
Nama Sekolah Subjek Opsyen Guru Mengajar
SMK Dato Onn Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Seni Perusahaan
SMK Dato Onn Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Teknologi dan Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
SMK Banang Jaya Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Bahasa Melayu
SMK Pasir Gudang 2 Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) ELektrik
SMK Taman Universiti Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Awam
SMK Damai Jaya Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Awam
SMK Kempas Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Elektrik
SMK Taman Desa Jaya Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Elektrik
SMK Dato' Usman Awang Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Elektrik
SMK Seri Kota Puteri Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Teknologi Kejuruteraan
SMK Seri Kota Puteri Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Matematik/Pengajian Matematik
SMK Taman Universiti 2 Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Teknologi Kejuruteraan
SMK Taman Selesa Jaya Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Tekonologi Kejuruteraan
SMK Taman Rinting 2 Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Teknologi dan Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
SMK Taman Rinting 2 Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Mekanikal
7
SMK Desa Cemerlang Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Awam
SMK Pasir Putih Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Teknologi Binaan Bangunan
SMK Taman Molek Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Pengajian Reka Cipta (MPV)
SMK Puteri Wangsa Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Teknologi Kejuruteraan
SMK Impian Emas Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Mekanikal
SMK Permas Jaya 2 Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Elektrik
SMK Kota Masai Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Matematik/Pengajian Matematik
SMK Taman Daya 3 Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan AWam
SMK Taman Sutera Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Pendidikan Teknik dan Vokasional
Sekolah Seni Johor Bahru Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kemahiran Hidup
SMK Sultan Abdul Jalil Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Jentera
SMK Sultan Abdul Jalil Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Seni Perusahaan
SMK Sultan Abdul Jalil Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Mekanikal
SMK Simpang Rengam Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kemahiran Hidup
SMK Simpang Rengam Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Awam
SMK Bandar T6
Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Mekanikal
SMK Jalan Kota Tinggi Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Mekanikal
SMK Seri Lalang Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Mekanikal
SMK Bandar Easter Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Pendidikan Teknik dan Vokasional
SMK Tun Habab Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Awam
SMK Linggiu Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Mekanikal
SMK Seri Aman Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Teknologi dan Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
SMK Taman Seri Saujana Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Jentera
SMK Mersing Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Awam
8
SMK Tan Sri Abdul Kadir Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Teknologi Kejuruteraan
SMK Tun Mamat Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Awam
SMK Tun Mamat Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Teknologi Maklumat
SM Sains Muar Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Seni Perusahaan
SMK Bandar Maharani Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Seni Perusahaan
SMK Sagil Tangkak Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Teknologi Automotif/ Kajisawat Motor
SMK Sungai Abong Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Elektrik
SMK Sungai Abong Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Teknologi dan Vokasional
SMK Seri Tangkak
Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Mekanikal
SMK Seri Tangkak Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Elektrik
SMK Sri Kukup Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Pengajian Reka Cipta (MPV)
SMK Ayer Baloi Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kajisawat Motor
SMK Ayer Baloi Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Mekanikal
SMK Batu 34 Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Pendidikan Teknik dan Vokasional
SMK DATO' Bentara Dalam
Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Kerja Kepingan Logam/ Kimpalan
SMK Gemereh Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Teknologi Binaan Bangunan
SMK Gemereh Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejururteraan Makanikal
SMK Kamarul Ariffin Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Mekanikal
SMK Kamarul Ariffin Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Elektrik
SMK Bandar Putra Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Awam
SMK Seri Kenangan Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Mekanikal
SMK Seri Bali Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Awam
SMK Sultan Alauddin Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Mekanikal
SMK Taman Putri Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Mekanikal
9
SMK Bandar Putra Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Awam
SMK Bandar Putra Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Awam
SMK Indahpura 1 Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Mekanikal
SMK Indahpura 1 Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Teknologi Kejuruteraan
SMK Tinggi Batu Pahat Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Elektrik
SMK Tinggi Batu Pahat Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Makanikal
SMK (P) Temenggong Ibrahim
Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Awam
SMK (P) Temenggong Ibrahim
Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Seni Perusahaan
Maktab Sultan Abu Bakar Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Binaan Bangunan / Seni Bina
Maktab Sultan Abu Bakar Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
SMK Dato Jaafar Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Teknologi Binaan Bangunan
SMK Saint Joseph (B) Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Awam
SMK Tun Sardon Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Jentera
SMK Tun Sardon Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Teknologi Automotif/ Kajisawat Motor
SMK Tun Sardon Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Binaan Bangunan/ Seni Bina
SMK Tun Sardon Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Awam
SMK Tun Sardon Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Makanikal
SM (SAINS) Johor Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Kimpalan dan Fabrikasi Logam
SM (SAINS) Johor Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kejuruteraan Awam
SMK Dato’ Abd Rahman Andak
Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Rawatan Radio dan TV
SMK Dato’ Abd Rahman Andak
Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Sains Rumahtangga
SMK Dato’ Abd Rahman Andak
Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kemahiran Hidup
SMK Pasir Gudang 2 Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan
SMK Damai Jaya Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Lukisan Kejuruteraan
10
SMK Taman Desa Jaya Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Lukisan Kejuruteraan
SMK Dato' Usman Awang Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Lukisan Kejuruteraan
SMK Mutiara Rini Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Lukisan Kejuruteraan
SMK Bandar Seri Alam Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Lukisan Kejuruteraan
SMK Bandar Seri Alam Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Lukisan Kejuruteraan
SMK Pasir Putih Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Lukisan Kejuruteraan
SMK Impian Emas Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Lukisan Kejuruteraan
SMK Pasir Gudang 3 Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Lukisan Kejuruteraan
SMK Desa Skudai Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Lukisan Kejuruteraan
SMK Taman Mutiara Rini 2 Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Lukisan Kejuruteraan
SMK Seri Lalang Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Lukisan Kejuruteraan
SMK Taman Seri Kluang Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Lukisan Kejuruteraan
SMK Taman Kota Jaya Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Lukisan Kejuruteraan
SMK Anjung Batu Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Lukisan Kejuruteraan
SMK Seri Jementeh Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Lukisan Kejuruteraan
SMK Bandar Putra Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Lukisan Kejuruteraan
SMK Bandar Tenggara Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Lukisan Kejuruteraan
SMK Kangkar Pulai Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Lukisan Kejuruteraan
SMK Dato Jaafar Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Lukisan Kejuruteraan
SMK Datuk Menteri Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Lukisan Kejuruteraan
SMK Ungku Husin Lukisan Kejuruteraan/Engineering Drawing (Aliran Teknik Di SMT)
Lukisan Geometrik dan Elektronik
Sumber: Jabatan Pelajaran Negeri Johor 2010
11
Jadual 1.3 menunjukkan opsyen guru yang mengajar mata pelajaran LK di Negeri Johor.
Didapati terdapat juga guru-guru yang mengajar mata pelajaran LK bukan dari opsyen
mata pelajaran LK.
Kekurangan ini diisi oleh guru-guru bukan opsyen LK. Guru-guru yang tidak
mempunyai latihan sudah tentu mempengaruhi mutu pengajaran dan pembelajaran bagi
menyampaikan pengajaran mata pelajaran LK. (Senarai Perakuan Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran, 1979:171).
Rajah 1.4: Rajah menunjukkan peratus opsyen dan bukan opsyen guru mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan di Negeri Johor
Pencapaian pelajar yang rendah ini mungkin ada kaitan dengan bidang
pengkhususan guru yang mengajar mata pelajaran tersebut dimana 79.6% sementara
hanya 20.4% sahaja yang opsyen mata pelajaran LK (rujuk Rajah 1.4). Masalah ini
mengakibatkan guru mengajar mata pelajaran yang di luar bidang pengkhususannya dan
12
ini juga adalah pembaziran tenaga yang akan merugikan guru dan pelajar dan
menimbulkan tekanan kepada guru seterusnya akan memberi kesan kepada pencapaian
pelajar terhadap mata pelajaran LK.
1.3 Penyataan Masalah
Mata pelajaran LK telah lama diperkenalkan, namun tahap pencapaian pelajar
dalam peperiksaan SPM bagi tahun 2007-2009 tidaklah begitu cemerlang iaitu terdapat
jumlah pelajar yang memperoleh gred yang rendah iaitu di antara 5C hingga 9G iaitu
sebanyak 26.0% pelajar mendapat gred tidak cemerlang sementara 59.3% memperoleh
gred yang rendah.
Oleh sebab itu kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kekangan yang wujud
dalam pencapaian mata pelajaran LK dari aspek strategi pengajaran guru, sikap pelajar
dan proses penyampaian pengajaran di sekolah-sekolah menengah harian di Johor Bahru.
Untuk tujuan tersebut, populasi kajian yang dipilih adalah guru-guru yang mengajar mata
pelajaran LK di peringkat SPM.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti:
1. Kekangan dalam pendekatan pengajaran guru terhadap pencapaian mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan.
2. Kekangan dalam sikap pelajar terhadap pencapaian mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan
3. Kekangan dalam proses penyampaian pengajaran guru terhadap pencapaian mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan
13
1.5 Persoalan Kajian
Secara khususnya, kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan – persoalan berikut:
i. Adakah pendekatan pengajaran guru menjadi kekangan terhadap pencapaian mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan?
ii. Adakah sikap pelajar menjadi kekangan terhadap pencapaian mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan?
iii. Adakah proses penyampaian pengajaran menjadi kekangan terhadap pencapaian
mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan?
1.6 Kepentingan Kajian
Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti sama ada
wujudnya kekangan pencapaian mata pelajaran LK berdasarkan kepada perlaksanaan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hasil kajian ini
mempunyai kepentingan kepada guru mata pelajaran LK, pelajar dan pihak KPM.
1.6.1 Guru mata pelajaran LK
Hasil kajian ini dapat mengenalpasti kekangan yang wujud dalam proses
pengajaran dan pembelajaran terhadap mata pelajaran LK dan mencari jalan untuk
membuat penambahbaikan. Ini akan membantu pihak sekolah dalam penambahbaikan
proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran LK menerusi perancangan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan untuk meningkatkan pencapaian
pelajar.
14
1.6.2 Pelajar yang mengambil mata pelajaran LK
Pelajar akan lebih menyedari paranan sebenar mereka sebagai seorang pelajar
supaya mereka dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran LK.
Peranan dan tanggungjawab ini akan diberikan tunjuk ajar serta dipantau oleh guru mata
pelajaran LK ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui cara ini,
pelajar akan mendapat bimbingan dan dorongan yang terperinci daripada guru agar
mereka dapat meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran LK.
1.6.3 Kementerian Pelajaran Malaysia
Pihak KPM dapat mengetahui masalah dan halangan yang terdapat didalam
pengajaran mata pelajaran LK. Pihak KPM perlu mengkaji dan mengambil tindakan yang
lebih sistematik dari segi penyampaian guru di sekolah-sekolah mengikut mata pelajaran
opsyen yang sepatutnya. Ini akan membantu kepada peningkatan pencapaian terhadap
sesuatu subjek kerana pelajar diajar oleh guru yang pakar dalam subjek yang diajar.
1.7 Skop Kajian
Dalam kajian ini pemboleh ubah yang dikaji adalah berdasarkan strategi
pengajaran guru, sikap pelajar dan opsyen guru yang mengajar mata pelajaran LK. Kajian
ini terbatas kepada kajian mengenai kekangan dalam pencapaian mata pelajaran LK.
Sampel yang dipilih adalah terdiri daripada 30 orang guru yang mengajar LK di sekolah
menengah harian Daerah Johor Bahru yang menawarkan mata pelajaran LK (rujuk Rajah
1.5)
Jadual 1.5: Senarai nama sekolah mengikut skop kajian
Bil. Nama Sekolah 1 SMK Taman Rinting 2 2 SMK Taman Molek
15
3 SMK Seri Kota Puteri 4 SMK Permas Jaya 2 5 SMK Bandar Seri Alam 6 SMK Taman Desa Jaya 7 SMK Damai Jaya 8 SMK Puteri Wangsa 9 SMK Desa Cemerlang 10 SMK Kota Masai 11 SMK Pasir Gudang 3 12 SMK Pasir Putih 13 SMK Pasir Gudang 2 14 SMK Kempas 15 SMK Taman Sutera 16 SMK Taman Mutiara Rini 2 17 SMK Desa Skudai 18 SMK Impian Emas 19 SMK Taman Selesa Jaya 20 SMK Taman Universiti 2 21 SMK Mutiara Rini 22 SMK Taman Universiti
Sumber: Jabatan Pelajaran Negeri Johor 2010
1.8 Batasan Kajian
Dalam kajian ini terdapat dua faktor utama yang membataskan kajian ini daripada
memperolehi maklumat-maklumat yang lengkap mengenai pencapaian mata pelajaran
LK iaitu sewaktu proses pengumpulan data bagi tujuan bukti kajian yang telah dijalankan
sewaktu proses pengumpulan data bagi pencapaian mata pelajaran LK di sekolah-sekolah
dalam peperiksaan SPM.
16
Faktor kedua ialah masa bagi memperolehi data yang dipohon agak lewat ini
menyebabkan penyelidik tidak dapat meneruskan proses penulisan bagi bab pengenalan
kajian yang dijalankan ini. Selain itu instrumen kajian ini menggunakan borang soal
selidik bagi mendapatkan data daripada guru-guru mata pelajaran LK, pengedaran borang
soal selidik ini mengambil masa kerana memerlukan surat kelulusan iaitu BPPDP bagi
membolehkan borang soal selidik diedarkan.
1.9 Definisi Operasional
1.9.1 Pelajar
Pelajar ialah orang yang belajar seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan
sebagainya atau pun orang yang menyelidiki ilmu (Kamus Dewan, 2007). Pelajar yang
dimaksudkan untuk kajian ini ialah pelajar tingkatan 4 di sekolah menengah harian di
Daerah Johor Bahru.
1.9.2 Guru
Kamus ensiklopedia dalam kajian Mohd Nazly Abd Hamid (2001) pula
menyatakan bahawa guru adalah seseorang yang mengajar sesuatu pelajaran atau perkara
terhadap seseorang atau sekumpulan pelajar. Guru bukan sahaja mengajar tetapi juga
dikenali sebagai seorang pendidik dan pengasuh, berdasarkan kajian ini maksud guru
yang dikaji adalah guru yang mengikut opsyen mengajar mata pelajaran LK serta
memainkan peranan penting dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran
LK berdasarkan kekangan yang wujud dari segi strategi pengajaran, opsyen guru serta
sikap pelajar yang boleh memberi kesan terhadap proses pengajaran guru.
17
1.9.3 Mata pelajaran LK
Mata pelajaran LK merupakan satu mata pelajaran yang lebih menumpu kepada
kemahiran individu dalam bentuk lakaran dan perlu ada daya kreativiti. LK juga terdapat
dalam bentuk simbol dan lakaran supaya mudah difahami. LK ini amat penting kerana
LK melibatkan reka bentuk kepakaran grafik tepat dan terang. Dalam kajian ini mata
pelajaran LK merupakan subjek utama yang dikaji berdasarkan pencapaian pelajar
terhadap mata pelajaran LK.
1.9.4 Pengajaran
Menurut kamus dewan terbitan tahun 2001, pengajaran merupakan aktiviti atau
proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang
tertentu. Pengajaran meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan,
penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan
atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan. Pengajaran dalam
kajian ini menerangkan proses penyampaian yang dilaksanakan oleh guru mata pelajaran
LK kepada pelajar bagi meningkatkan pencapaian mata pelajaran LK yang dinyatakan
dalam kajian ini.
1.9.5 Pembelajaran
Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku. Prubahan tingkah laku melalui
pembelajaran iaitu perubahan yang lebih maju, lebih tinggi dan lebih baik daripada
tingkah laku yang sedia ada sebelum aktiviti pembelajaran. Berdasarkan kajian ini
pembelajaran melibatkan proses di mana pelajar menerima suatu pengajaran yang
disampaikan oleh guru. Pembelajaran disini adalah berkaitan dengan proses dimana
pelajar mata pelajaran LK dapat menerima pengajaran yang disampaikan oleh guru mata
18
pelajaran LK dengan baik seterusnya dapat meningkatkan pencapaian dalam mata
pelajaran LK yang dinyatakan didalam kajian ini.
1.9.6 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Menurut Ee (1993), strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada kaedah
dan teknik pengajaran yang digunakan untuk menyampaikan pelajaran dengan tujuan
mencapai pembelajaran yang maksimum. Strategi pengajaran dan pembelajaran
ditakrifkan sebagai kemahiran dan kecekapan merancang serta menguruskan kaedah dan
teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran yang optimum (Mok, 1993).
Berdasarkan kajian ini strategi pengajaran dan pembelajaran adalah melibatkan
guru dan pelajar dimana guru menyampaikan pengajaran dan pelajar menerima
pengajaran tersebut. Guru menggunakan strategi pengajaran dalam proses pengajaran dan
pembelajarannya bagi menyampaikan ilmu secara lebih efektif bagi meningkatkan
pencapaian dalam mata pelajaran LK.
1.10 Kesimpulan
Dalam bab ini pengkaji telah menerangkan latar belakang masalah, penyataan
masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi
operasional.