keberkesanan penggunaan alatan tangan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran...

69
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALATAN TANGAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH. ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan alatan tangan dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan rawak berlapis. Sampel kajian terdiri daripada 40 responden yang dipilih dari 1 buah sekolah menengah di Daerah Batu Gajah. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang mengandungi 36 item soalan. Perisian SPSS telah digunakan untuk menjalankan analisis statistik. Data analisis menggunakan statistik deskriptif yang meliputi min, peratusan dan sistem piawai. Hasil kajian mendapati keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup aspek penggunaan alatan tangan dalam kalangan guru Sekolah Menengah kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak adalah berada pada tahap yang sederhana. (katakunci: keberkesanan, pengajaran dan pembelajaran, penggunaan alatan tangan) ABSTRACT: The purpose of this research is to evaluate the effectiveness of using hand equipments in teaching and learning in Sekolah Menengah Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak. . This research is using stratified sampling procedure. A total of 40 samples of Form Two students involving as respondents. Instrument that is used in this research is a questionnaire which contains 36 items. The SPSS

Upload: fara-ara

Post on 02-Dec-2015

874 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

tesis

TRANSCRIPT

Page 1: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALATAN TANGAN DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI

SEKOLAH.

ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan alatan tangan

dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu

Gajah, Perak. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan rawak berlapis. Sampel kajian

terdiri daripada 40 responden yang dipilih dari 1 buah sekolah menengah di Daerah Batu

Gajah. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang mengandungi 36

item soalan. Perisian SPSS telah digunakan untuk menjalankan analisis statistik. Data

analisis menggunakan statistik deskriptif yang meliputi min, peratusan dan sistem piawai.

Hasil kajian mendapati keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup aspek

penggunaan alatan tangan dalam kalangan guru Sekolah Menengah kebangsaan Toh Indera

Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak adalah berada pada tahap yang sederhana.

(katakunci: keberkesanan, pengajaran dan pembelajaran, penggunaan alatan tangan)

ABSTRACT: The purpose of this research is to evaluate the effectiveness of using hand

equipments in teaching and learning in Sekolah Menengah Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu

Gajah, Perak. . This research is using stratified sampling procedure. A total of 40 samples of

Form Two students involving as respondents. Instrument that is used in this research is a

questionnaire which contains 36 items. The SPSS software was used to perform the statistical

analysis required. Descriptive statistical method (mean, percentage, frequency and standard

deviation) were used to perform the analysis required. The findings showed that the

effectiveness of teaching and learning Living Skills aspects using hand equipments among

secondary schools in Batu Gajah, Perak is at moderate level .

(Keywords: effectiveness, teaching and learning, using hand equipments)

Page 2: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

Bab 1

Pengenalan

Menurut Sufean (2004) pendidikan dari segi semantiknya adalah merangkumi didikan

latihan. Didikan adalah komponen akliah atau intelek dan latihan yang merangkumi gerak

laku perbuatan. Didikan lebih tertumpu kepada pembentukkan kemahiran motor atau gerakan

seperti kemahiran melakukan kerja dan aktiviti. Sufean (2004) juga menerangkan education

(pendidikan) dari segi etimologi adalah berasal dari perkataan Latin iaitu educere dan

educare. Educere member definisi to lead out iaitu menzahirkan keupayaan diri mengenai

pembelajaran untuk membina manusia supaya mencapai tahap sedar kendiri tentang

kewujudan diri dalam hubungan kweujudan makhluk-makhluk lain, alam dan Yang Maha

Pencipta. Educare pula bermaksud to train mengenai keperluan seperti keperluan hidup,

keperluan sosial, keperluan pembangunan ekonomi dan sebagainya.

Pendidikan Kemahiran Hidup merupakan salah satu daripada beberapa mata pelajaran

yang mengutamakan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) di sekolah. Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah untuk

melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif,

berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan

seharian (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). mata pelajaran ini telah digubal kea rah

membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi

serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana kerja.

Tanggungjawab yang diberikan oleh sektor pendidikan dalam membentuk generasi

yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam semua bidang dalam kehidupan

seharian. Mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran provokasional yang

bertujuan melengkapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran asa secara teori dan juga

praktikal bagi melancarkan kehidupan seharian dengan lebih bersistematik dan terancang.

Kementerian Pendidikan pada tahun 1991 telah memperkenalkan mata pelajaran Kemahiran

Hidup kepasa pelajar sekolah menengah di seluruh negara yang terdiri daripada dua bahagian

iaitu Teras dan Elektif. Bahagian Teras mempunyai tiga komponen yang merangkumi tajuk

Reka Bentuk dan Teknologi, Perdagangan dan Keusahawanan serta Kekeluargaan manakala

Page 3: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

komponen bagi Elektif pula terdiri daripada Kemahiran teknikal, Ekonomi Rumah Tangga,

Pertanian serta Perdagangan dan Keusahawanan. Bahagian Teras adalah diwajibkan kepada

semua pelajar manakala dalan komponen Elektif pulan, pelajar hanya diwajibkan mengambil

salah satu daripada empat komponen yang ditawarkan. Bagi bahagian Elektif ini, komponen

pilihan ditentukan oleh pihak sekolah kepada semua pelajar bermula daripada tingkatan satu

dan akan dikekalkan dengan komponen pilihan tersebut sehingga pelajar ke tingkatan tiga

dan seterusnya menduduki peperiksaan PMR. Keseluruhan komponen mata pelajaran

Kemahiran Hidup ini melibatkan proses pengajaran teori dan disusuli dengan kerja amali.

Pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah

menengah harian biasa bagi tahap menengah rendah kebiasaannya merangkumi dua bahagian

iaitu penguasaan dari aspek teori sesuatu topik dan juga amali yang dijalankan selepas

pengajaran teori di dalam kelas. Lazimnya, guru diberikan peruntukan sebanyak 3 waktu

yang bersamaan dengan 135 minit bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran

termasuklah kelas teori dan amali selama seminggu bagi setiap kelas tingkatan 1, tingkatan 2

mahupun tingkatan 3 sekolah menengah harian biasa.

Berbeza dengan subjek lain, Kemahiran Hidup Bersepadu memberi tumpuan kepada

pembelajaran melalui pengalaman. Oleh yang demikian, mata pelajaran ini harus dijalankan

secara tidak langsung semasa mengendalikan amali. Semasa kelas amali dijalankan,

penggabungan antara kaedah amali dan kaedah teori akan berlangsung sama ada di dalam

atau di luar bilik darjah. Kemahiran hidup juga merupakan salah satu subjek yang

menggalakkan para pelajar berfikir secara kritis dan kreatif kerana semasa proses pengajaran

dan pembelajaran dijalankan, pelajar akan menjana pemikiran mereka untuk lebih

berimaginasi dan kreatif.

Dalam usaha untuk merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan

Negara (FPN), generasi muda perlu mempunyai daya ketahanan diri yang tinggi dengan

memperolehi kemahiran-kemahiran tertentu bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi

tetapi juga dalam bidang vokasional dan teknologi sama ada di sekolah-sekolah biasa atau

pun di sekolah-sekolah vokasional dan teknik. Pengenalan mata pelajaran Kemahiran Hidup

Page 4: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

Bersepadu di sekolah-sekolah biasa untuk peringkat menengah rendah juga merupakan salah

satu usaha jangka masa panjang untuk memenuhi keperluan tenaga kerja yang berkemahiran

dan berketrampilan dalam setiap bidang pekerjaan yang diceburi di samping dapat memenuhi

keperluan Wawasan 2020.

1.1 Latar Belakang Kajian

Dalam usaha untuk merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan

Negara (FPN), generasi muda perlu mempunyai daya ketahanan diri yang tinggi dengan

memperoleh kemahiran-kemahiran tertentu bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi

tetapi juga dalam bidang vokasional dan teknologi sama ada di sekolah-sekolah biasa atau

pun di sekolah-sekolah vokasional dan teknik. Pengenalan mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu di sekolah menengah biasa untuk peringkat menengah rendah juga merupakan

salah satu usaha jangka masa panjang untuk memenuhi keperluan tenaga kerja yang

berkemahiran dan berketrampilan dalam setiap bidang pekerjaan yang diceburi di samping

dapat memenuhi keperluan Wawasan 2020.

Menurut Hunter, 1995 dalam Esah, 2003, Pengajaran berkesan boleh dilihat sebagai

suatu proses penyampaian maklumat dan memberikan pengalaman yang dapat mengubah

tingkah laku seseorang pelajar secara kekal dari segi kefahaman mahu pun kemahiran yang

mereka perolehi semasa sesi pengajaran berlaku atau pun semasa menjalankan latihan amali

yang diberikan oleh guru. Maka pengajaran berkesan boleh ditakrifkan sebagai pengajaran

yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar.

Kajian yang dijalankan ialah berkaitan dengan keupayaan pelajar mempraktikkan

kemahiran dalam penggunaan alatan tangan yang telah dipelajari di sekolah dalam kehidupan

seharian mereka. Radzali (1981) berpendapat bahawa peralatan di dalam bengkel setiap

satunya mempunyai jangka hayat yang tertentu. Pengurusan dan penyenggaraan alatan

tersebut perlulah secara berkala mengikut aktiviti amali yang telah dijalankan dengan

menggunalan peralatan tersebut. Justeru, guru harus menjelaskan peraturan keselamatan

Page 5: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

menggunakan alatan tangan kepada pelajar sebelum kelas amali dilakukan. Selain daripada

guru, pihak sekolah juga turut sama bertanggungjawab memastikan aspek keselamatan

pelajar menggunakan segala peralatan tangan yang terdapat di dalam bengkel.

Guru Kemahiran Hidup seharusnya mempelbagaikan kaedah pengajaran berdasarkan

aspek pedagogi yang telah dipelajari sebelum menjadi guru lagi. Kaedah seperti demonstrasi,

kaedah projek, kaedah simulasi, kaedah penyelesaian masalah, kaedah inquiri penemuan dan

kaedah perbincangan harus digunakan dengan menyeluruh agar pengajaran dan pembelajaran

di dalam kelas tidak tertumpu kepada satu kaedah sahaja yang akan menyebabkan pelajar

mudah berasa bosan dan tidak fokus dengan apa yang dipelajari pada hari tersebut.

Cooper(1977) dalam Lee (1997) berpendapat, keberkesanan pengajaran bergantung kepada

kebolehan dan sikap mengajar guru sendiri. Kaedah pengajaran yang diguna pakai oleh guru

di dalam kelas akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran. Lee (1980) pula menyatakan

bahawa sesetengah daripada amalan pedagogi yang dijalankan dalam pendidikan adalah

membimbangkan kerana semakin banyak guru yang menggunakan kaedah pengajaran yang

menjadikan pelajar semakin pasif. Pelajar menjadi pasif apabila guru hanya menggunakan

one way communication iaitu penerangan sahaja di dalam kelas dan seterusnya menyebabkan

pelajar berasa bosan dan tidak fokus dalam kelas. Kaedah penerangan ini mungkin sesuai

digunakan di dalam kelas teori akan tetapi tidak sesuai digunakan bagi kelas amali.

Seharusnya kelas amali menjadi medan untuk pelajar bertanya dengan lebih lanjut mengenai

teori yang telah dipelajari di dalam kelas dan mengaplikasikannya semasa proses kerja amali

dijalankan. Kaedah penerangan ini jika berpanjangan di dalam kelas amali kemungkinan

besar objektif pengajaran tidak akan tercapai seratus peratus malah keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran menggunakan alatan tangan juga menghadapi cabaran.

Oleh itu, kaedah yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran terutamanya

ketika aspek penggunaan alatan tangan seharusnya sesuai dan tidak membosankan. Namun

begitu, disebabkan oleh perbezaan individu maka kesesuaian kaedah pengajaran yang

digunakan oleh guru dalam proses pengajaran kerja amali penggunaan alatan tangan dan

kesesuaian kepada pelajar juga trurut dipengaruhi oleh sifat individu pelajar itu sendiri.

Page 6: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

Kebiasaannya, semua guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup akan

diberi buku-buku panduan untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan selain daripada buku

teks untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kebanyakkan

buku-buku panduan ini dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian

Pelajaran Malaysia. Aspek-aspek seperti kaedah pengajaran, keselamatan mengenai diri

sendiri, orang lain dan alatan turut dinyatakan. Dengan ini secara tidak langsung dapat

memberi pendedahan tentang kemahiran menggunakan alatan tangan pada peringkat awal

iaitu secara teori. Lazimnya dari segi aspek amali pula, guru akan mengaitkan pengetahuan

yang dipelajari daripada buku panduan dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam

kelas amali seperti pengajaran tentang aspek penggunaan alatan tangan. Selain daripada buku

panduan, seminar dan juga kursus-kursus juga perlu diadakan agar dapat meningkatkan

pengetahuan, pengalaman dan kemahiran guru (Abd Karim,1994). Kemahiran guru adalah

penting dalam kerja amali terutama sekali dalam aspek penggunaan alatan tangan kerana guru

yang tidak mempunyai kemahiran asa berkaitan dengan alatan tangan hanya mampu

mengajar teori sahaja dan tidak mampu untuk menjalankan amali dengan sempurna. Hal ini

kerana, guru akan dijadikan tempat rujukan pelajar apabila menghadapi masalah menguasai

kemahiran menggunakan alatan tanga. Sekiranya pelajar tidak mempunyai tempat rujukan

ataupun kemahiran guru diragui oleh pelajar dari segi persepsi pelajar maka nescaya proses

pengajaran dan pembelajaran akan terganggu. Hal ini disebabkan kerja-kerja praktikal dan

amali adalah komponen yang penting dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup ( Newable &

Cannon, 1989).

1.2 Penyataan Masalah

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tidak hanya melibatkan pembelajaran secara

teori sahaja tetapi juga melibatkan pembelajaran berbentuk amali. Sebagaimana yang kita

sedia maklum, subjek ini lebih kepada pembelajaran berbentuk amali yang dijalankan di

dalam bengkel kerana kelengkapan dan kemudahan yang ada dapat membantu pembelajaran

amali dilakukan dengan baik. Namun, ia bergantung kepada pengetahuan dan bagaimana

guru tersebut mengendalikan peralatan tangan dengan baik semasa kelas amali dijalankan.

Page 7: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

Aspek yang penting di dalam kelas amali ialah penggunaan alatan tangan. Hal ini kerana

dalam Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus yang diperkenalkan oleh Lembaga Peperiksaan

Malaysia untuk Penilaian Menengah Rendah mulai 2005, aspek ini diuji secara langsung

dalam modul dua (tingkatan dua) di bawah sub tajuk menggunakan alatan tangan. Sementara

dalam modul empat (tingkatan tiga), penggunaan alatan tangan adalah secara tidak langsung

dalam sub tajuk pembinaan projek.

Oleh itu, kajian mengenai kaedah pengajaran guru dan juga kemahiran guru dalam

penggunaan alatan tangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan perlu

diselidik dan diambil kira dari segi persepsi pelajar untuk mengkaji keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran aspek penggunaan alatan tangan. Kaedah pengajaran yang tidak sesuai dan

kemahiran guru yang tidak mencukupi dari persepsi pelajar tidak dapat memenuhi kepuasan

pelajar dalam proses pembelajaran.

Keupayaan pelajar mempraktikkan kemahiran penggunaan alatan tangan yang dipelajari

di sekolah dalam kehidupan sehari-harian adalah berbeza berdasarkan persepsi pelajar

masing-masing. Masalah proses belajar merupakan masalah yang kompleks sifatnya

(Ad.Rajjakkers, 1980).

Penyelidik mengkaji keberkesanan penggunaan alatan tangan dalam pengajaran dan

pembelajaran di sekolah menengah harian biasa. Dalam kajian ini, pelajar yang menjadi

penilai dan aspek kajian ialah melibatkan kaedah pengajaran guru, keupayaan pelajar

mempraktikkan kemahiran menggunakan alatan tangan, kemahiran guru menggunakan alatan

tangan dan juga pengetahuan pelajar dari segi peraturan keselamatan menggunakan alatan

tangan.

Page 8: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

1.3 Kerangka Konseptual Kajian

Teori Konstruktivisme

ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar

dalam bentuk yang serba sempurna.

Pelajar perlu membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman

masing-masing. 

Kaedah pengajaran guru dalam kelas

amalan pelajar dalam mempraktikkan kemahiran menggunakan alatan tangan

yang telah dipelajari

Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di

Sekolah

Page 9: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan penggunaan alatan tangan

dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah.

Secara khususnya objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengenalpasti kaedah pengajaran guru yang paling dominan dalam penggunaan

alatan tangan di sekolah menengah.

ii. Mengenalpasti amalan pelajar dalam mempraktikkan kemahiran menggunakan alatan

tangan yang telah dipelajari di sekolah semasa kelas amali.

iii. Mengenalpasti sama ada guru mempunyai kemahiran dalam menggunakan alatan

tangan sewaktu kelas amali dijalankan di sekolah.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan dengan memberi tumpuan kepada persoalan-persoalan berikut:

i. Apakah tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan alatan tangan dalam mata

pelajaran Kemahiran Hidup.

ii. Apakah tahap kesediaan guru mengenai kaedah pengajaran yang sesuai digunakan

ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

iii. Apakah tahap penerapan amalan pelajar dalam mempraktikkan kemahiran yang

dipelajari seterusnya mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian

pelajar.

Page 10: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

1.6 Persoalan Kajian

1.7

Penyelidik akan mengemukakan 4 aspek persoalan yang berkaitan untuk dijawab oleh

responden. Antara aspek-aspek kajian yang akan difokuskan adalah seperti berikut:-

I. Apakah kaedah pengajaran guru yang paling dominon dalam penggunaan alatan

tangan di sekolah.

II. Apakah amalan pelajar dalam mempraktikkan kemahiran menggunakan alatan

tangan yang dipelajari di sekolah dalam kehidupan harian.

III. Apakah guru mempunyai kemahiran dalam menggunakan alatan tangan sewaktu

kelas amali di sekolah.

IV. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kaedah pengajaran guru yang

dominan, pengetahuan pelajar dari segi penggunaan alatan tangan, amalan pelajar

dalam mempraktikkan kemahiran dan kemahiran guru dalam menggunakan alatan

tangan di sekolah bandar dan sekolah luar bandar.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad,

Batu Gajah, Perak. Sekolah ini adalah merupakan salah sebuah sekolah harian biasa yang

terletak di daerah Batu Gajah, Perak. Subjek kajian terdiri daripada 40 orang pelajar

Tingkatan 2 dalam pelbagai kecerdasan. Pemilihan sampel adalah bersifat ‘purposif’, yakni

sampel diambil dari kelompok pelajar yang berada di Tingkatan 2. Sehubungan dengan itu,

hasil kajian yang diperoleh tidak dapat digeneralisasikan kepada semua pelajar lain yang

mempelajari mata pelajaran ini.

Kajian ini juga hanya dibataskan kepada pelajar tingkatan 2 sahaja kerana skopnya

lebih pravokasional dan pelajar tingkatan 1 masih baru dalam mengikuti mata pelajaran

Kemahiran Hidup ini manakala bagi pelajar tingkatan 3 pula mereka berada si sesi yang

Page 11: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

berlainan dengan pelajar tingkatan 1 dan 2. Kekekangan masa menghadkan kajian yang

dilakukan. Justeru itu, memandangkan banyak jenis alatan tangan yang digunakan oleh

pelajar dalam kerja amali, penyelidik hanya memilih tiga jenis alatan tangan sahaja dalam

kajian ini.

1.9 Definisi Konsep

Perbincangan berikut adalah tentang beberapa konsep yang digunakan dalam kajian

ini. Antara konsep-konsep tersebut termasuklah:

Perbincangan berikut adalah tentang beberapa konsep yang digunakan dalam kajian ini.

Antara konsep-konsep tersebut termasuklah:

1.8.1 Keberkesanan

Menurut Kamus Dewan (Edisi Ke-empat, 2007), maksud keberkesanan ialah

menimbulkan hasil (kesudahan dan sebagainya) yang diharapkan membawa kepada

sesuatu perubahan (perkembangan), efektif atau mendatangkan sesuatu pengaruh

kepada pemikiran (sikap, watak dan sebagainya) seseorang atau sesuatu golongan

dan lain-lain (seperti mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau

perasaan dan sebagainya).

1.8.2 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

Mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran pravokasional yang bertujuan

untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan kemahiran-kemahiran asas secara teori

dan juga praktikal yang diperlukan untuk mengendalikan kehidupan seharian dengan

penuh sistematik. Mata pelajaran ini ditawarkan kepada semua pelajar di tingkatan 1

hingga 3. Matlamat perlaksanaan mata pelajaran ini adalah untuk mempertingkatkan

produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan

Page 12: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

produktif. Mata pelajaran ini juga digubal untuk membekalkan tenaga kerja yang

berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama

dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang

sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang

sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi

komunikasi maklumat.

Jadual 1.1: Organisasi Kandungan Mata Pelajaran KHB

BAHAGIAN TERAS BAHAGIAN PILIHAN

Reka Bentuk dan Teknologi

1. Reka Bentuk dan Penghasilan Projek

2. Elektronik

3. Lukisan Teknik

4. Masakan

5. Tanaman Hiasan

Pilihan 1

Kemahiran Teknikal

Pilihan 2

Ekonomi Rumah Tangga (ERT)

Pilihan 3

Pertanian

Pilihan 4

Perdagangan dan Keusahawanan

Sumber: Sukatan Pelajaran KHB Tingkatan 3 (2002)

Page 13: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

Berdasarkan Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3

(2002), mata pelajaran ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian teras dan

pilihan. Bahagian Teras adalah bahagian yang wajib dipelajari oleh semua pelajar,

manakala bahagian pilihan terdiri daripada Pilihan Kemahiran Teknikal, Ekonomi

Rumah Tangga (ERT), Pertanian dan juga Perdagangan dan Keusahawanan. Dalam

bahagian pilihan, pelajar perlu mempelajari salah satu daripada empat komponen

pilihan. Jadual 1.1 di atas menunjukkan organisasi kandungan mata pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Tingkatan 2.

1.8.3 Alatan Tangan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), takrifan alat ialah sebagai

barang apa yang diperlukan atau digunakan untuk membuat sesuatu. Manakala

peralatan pula ialah bermacam-macam alat. Tangan ialah anggota tubuh dari kepala,

bahu sehingga ke hujung jari. Oleh yang demikian, alatan tangan boleh disimpulkan

sebagai barang-barang yang diperlukan untuk membuat atau menghasilkan sesuatu

objek dengan menggunakan tenaga daripada tangan.

1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran (P&P), merujuk kepada proses pengajaran

yang memerlukan komunikasi antara guru dan murid. Guru sebagai orang yang

bertindak memberikan ilmu. Strategi pengajaran yang terbaik dapat memberikan

pengalaman yang bermakna dalam diri pelajar. Seels & Richey (1994), berpendapat

strategi pengajaran ialah spesifikasi untuk memilih dan menyusun peristiwa dan

aktiviti pembelajaran dalam sesuatu unit pelajaran.

Page 14: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

Bab 2

Kajian Literatur

2.1 Pengenalan

Kajian Literatur merupakan kajian-kajian lepas yang dijadikan panduan untuk

meneruskan kajian ini. Bab ini akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan kajian.

Ia membincangkan beberapa persoalan kajian yang dibuat berkaitan dengan minat pelajar

Kajian-kajian ini mempunyai hubung rapat dengan pengajaran dan pembelajaran seperti

kaedah pengajaran guru, amalan pelajar di rumah dan kemahiran menggunakan alatan tangan.

2.2 Kerangka Teori

Pembelajaran adalah satu proses mengumpul maklumat dan pengalaman secara berterusan,

yang berlaku sejak lahir. Pembelajaran bermula dengan satu rangsangan dan rangsangan itu

ditadbir mengikut kecenderungan tertentu yang sebahagian besarnya ditentukan oleh

pengalaman yang sedia ada (Atan, 1982). Manakala, teori pembelajaran merujuk kepada

prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli

psikologi pendidikan. Melalui teori-teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai

cara pelajar-pelajar belajar dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan

kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pembelajaran dengan berkesan (Mok

Soon Sang, 2002). Menurut Timothy J. Newby, Donald A. Stepich, James D. Lehman dan

James D. Russell (2000) pula, teori pembelajaran merupakan set prinsip-prinsip yang terurus

bagi menerangkan bagaimana seseorang individu itu belajar, iaitu bagaimana mereka

memperolehi kebolehan dan pengetahuan baru.

Mengikut Ragbir Kaur (2007) menjelaskan guru yang profesional adalah guru yang

dapat mengamalkan segala kemahiran profesional yang telah diterima semasa menjalani

latihan ikhtisas. Hal ini kerana guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan

yang diperakauntabilitikan untuk mendidik pelajar di sekolah. Guru yang profesional

Page 15: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

hendaklah mempunyai mutu personal yang sesuai dengan tugas dan status guru (Sufean,

2004). Mutu personal guru termasuklah sahsiah dan sikap, minat, kreativiti dan motivasi,

kemahiran berkomunikasi, keyakinan, sifat-sifat kepimpinan, pengetahuan am yang luas,

sikap positif dan pencapaian istimewa yang dapat meningkatkan profesionalisme perguruan.

Teori pembelajaran yang digunakan dalam Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah adalah

Teori Konstruktivisme.

2.2.1 Teori Konstruktivisme

Dekad ke-20 telah meletakkan Teori Pembelajaran Konstruktivisme sebagai asas

terhadap corak pembelajaran hari ini. Teori ini berasal daripada Teori Perkembangan

Kognitif Piaget dan Teori Zon Perkembangan Prokimal (ZPD) oleh Vygotsky. Teori

ini meletakkan anggapan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda,

tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Mengikut kefahaman

konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada

pelajar dalam bentuk yang serba sempurna. Pelajar perlu membina sesuatu

pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. 

Menurut Wittrock (1978 dalam sumber yang sama 2004)  teori ini bermaksud

pembelajaran itu mesti generatif, iaitu mengambil tindakan bagi mencipta sesuatu

daripada pembelajaran mereka. Ia memandang realiti sebagai sesuatu yang

dikonstrukkan dan pengalaman menentukan realiti persepsi merupakan satu instrumen

untuk berfikir yang boleh menginterprestasikan adegan, objek dan persepsi daripada

hanya memahami dan mengingati pengetahuan secara objektif sahaja.  Teori ini cuba

mencipta suasana yang diperlukan untuk mencetuskan idea-idea baru yang lebih

kreatif.  Pembelajaran adalah aktif dan mendorong menyelesaikan masalah

berdasarkan kepada penemuan intrinsik.  Faktor yang menentukan pembelajaran

Page 16: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

terdiri daripada sifat-sifat pelajar itu, pengetahuan sedia ada, motivasi, dan pelbagai

tugasan pembelajaran. 

Suasana pembelajaran menjadi lebih menarik dengan aktiviti-aktiviti ‘hands

on’ semasa menghasilkan projek di bengkel. Pelajar dapat menggunakan kemahiran

dan pengalaman yang sedia ada ketika menjalankan aktiviti pembinaan projek.

Pelajar boleh belajar pada tahap kemampuan dalam suasana yang sebenar. Pelajar

tidak lagi digalakkan menghafal tetapi digalakkan meningkatkan tahap pemikiran

tinggi bagi menyelesaikan masalah. Secara tidak langsung, kemahiran berkomunikasi

mereka dapat dipertingkatkan, iaitu tidak terkongkong kepada pembacaan secara

sendiri dan menghafal fakta daripada buku teks.

Berikut adalah beberapa pandangan tokoh pendidikan mengenai konsep dan

pengertian konstruktivisme yang dipetik Modul Pembelajaran Secara Konstruktivisme

Pusat Perkembangan Kurikulum 2001 yang bertujuan untuk memperjelaskan lagi

konsep konstruktivisme yang berbeza daripada pelbagai ahli pendidikan tentang

konsep konstruktivisme berdasarkan kajian mereka yang terdahulu. Antara ahli

pendidikan yang mengamalkan pendekatan konstruktivisme dalam kajian mereka

ialah;

i. Briner, M, (1999) mengatakan “Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji

idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada,

mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru

yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud”.

ii. McBrian & Brandt (1997) mengatakan “Konstruktivisme adalah satu pendekatan

pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar.

Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan

bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain”.

Page 17: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

iii. Nik Aziz Nik Pa (1999) berpendapat “Konstruktivisme adalah tidak lebih daripada

satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri.

Hal ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan seseorang individu adalah hasil

daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat

atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh

dipindahkan daripada seseorang individu kepada kepada individu yang lain.

Sebaliknya, setiap insan membantu pengetahuan sendiri dengan menggunakan

pengalamannya secara terpilih.

2.2.2 Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

(2001), pembelajaran konstruktivisme mempunyai ciri-ciri seperti berikut;

i. Menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh pelajar dan

menggunakannya sebagai panduan untuk guru merancang pengajaran;

ii. Menggalakkan pelajar bertanya dan berdialog dengan rakan pelajar dan

gurunya;

iii. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan

hasil pembelajaran;

iv. Mengambil kira kepercayaan dan perubahan sikap pelajar;

Page 18: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

v. Mengambil kira dapatan kajian tentang cara pelajar mempelajari sesuatu

idea;

vi. Menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen;

vii. Memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru dengan

memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang

sebenar;

viii. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar; dan

seterusnya;

ix. Menyokong pembelajaran secara koperatif.

Kesimpulannya, seseorang guru perlu memiliki beberapa kemahiran yang tersenarai

di atas untuk menjadikan diri mereka seorang guru yang konstruktivisme dan seterusnya

dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang konstruktivisme.

2.3 Kajian Literatur

2.3.1 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pengajaran dan Pembelajaran

Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil di Johor

Bahru

Kajian oleh : Prof. Madya Dr. Azizi Yahaya, Gangagoury A/P Chinnapan

dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat tahap pelaksanaan mata pelajaran

Kemahiran Hidup dan faktor-faktor yang mempengaruhi guru dalam

pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup. Kajian ini dilakukan di 10

Page 19: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

buah Sekolah Kebangssan Tamil di kawasan Johor Bharu dengan

memfokuskan kepada tahap pengetahuan, minat, beban tugas, kesesuaian

bengkel dan juga sokongan pihak pentadbiran. Dapatan kajian menunjukkan

bahawa faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang tinggi.

Manakala faktor kesesuaian bengkel,beban tugas dan sokongan pihak

pentadbir berada pada tahap sederhana.

2.3.2 Kesesuaian Isi Kandungan, Masa, Kemudahan Dan Alatan Dan Kaedah

Tunjuk Cara (Demonstrasi) Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Teknikal

Dari Perspektif Guru-Guru Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Di

Daerah Kuala Krai, Kelantan.

Kajian oleh : Abdul Rahim Bin Hamdan & Mohd Zawawi Bin Ismail dari

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian isi kandungan,

peruntukan masa, kemudahan dan alatan dan kaedah tunjuk cara (demonstrasi)

dalam matapelajaran Kemahiran Teknikal dari perspektif guru-guru

Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah di Daerah Kuala Krai, Kelantan.

Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan

terhadap kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa, kemudahan dan alatan

dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara pengalaman mengajar

guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah

Rendah. Disarankan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pihak

Pentadbir Sekolah supaya mengkaji peruntukan masa yang dibekalkan untuk

pengajaran matapelajaran Kemahiran Teknikal.

2.3.3 Tahap Keyakinan Dan Sikap Guru Terhadap Pengajaran Kemahiran

Hidup Di Sekolah Menengah Zon Skudai Dan Nusajaya, Johor.

Kajian oleh : Wan Nur Izzati Binti Wan Ab Hamid dari Universiti

Teknologi Malaysia, Johor.

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap keyakinan dan sikap guru

terhadap pengajaran kemahiran hidup. Objektif khusus kajian adalah untuk

mengkaji tahap keyakinan guru dalam aspek teori dan amali serta sikap guru

berdasarkan opsyen terhadap pengajaran kemahiran hidup. Hasil

Page 20: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

kajian mendapati tahap keyakinan guru dalam aspek teori dan amali berada

pada

tahap sederhana dan sikap guru berada pada tahap tinggi terhadap pengajaran

kemahiran hidup. Kajian juga mendapati bahawa tahap keyakinan dalam aspek

teori

dan amali serta sikap guru opsyen lebih tinggi berbanding guru bukan opsyen

terhadap pengajaran kemahiran hidup. Oleh itu, tahap keyakinan dan sikap

guru yang mengajar kemahiran hidup amat penting bagi memastikan pelajar

mendapat

pendidikan yang sewajarnya.

2.3.4 Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran Di Sekolah Daerah Segamat, Johor.

Kajian oleh : Chu Siew Pang dari Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan alatan tangan

dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Daerah Segamat,

Johor. Hasil kajian mendapati keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

Kemahiran Hidup aspek penggunaan alatan tangan di kalangan guru Sekolah

Menengah di Daerah Segamat, Johor adalah berada pada tahap yang tinggi.

Dapatan kajian juga mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan antara

kaedah pengajaran guru, pelajar mengetahui peraturan keselamatan, pelajar

mempraktikkan kemahiran dalam kehidupan harian dan guru mempunyai

kemahiran dalam menggunakan alatan tangan sewaktu kelas amali di sekolah

menengah kawasan bandar dan juga kawasan luar bandar, Daerah Segamat,

Johor.

2.3.5 Faktor-faktor Mempengaruhi Keberkesanan Dan Pembelajaran Di

Dalam Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu Bagi Pelajar Tingkatan

Tiga Di Sekolah Menengah Kebangsaan Negeri Perak.

Kajian oleh :Tai Chen Hiung dan Supli Effendi Rahim dari Universiti

Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

Penulisan ilmiah ini bertujuan untuk meninjau faktor yang mempengaruhi

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bengkel kemahiran hidup

bersepadu di Sekolah Menengah Kebangsaan Negeri Perak. Faktor-faktor

Page 21: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

yang dikaji adalah faktor peralatan dan kelengkapan, keselamatan, dan

pengurusan.

Dapatan kajian menjelaskan bahawa pelajar tingkatan 3 memberi kerjasama

yang baik kepada gurunya ketika menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran sama ada kelas atau amali dalam bengkel dengan mematuhi

peraturan dan arahan yang diberikan oleh guru kemahiran hidupnya. Secara

keseluruhannya tahap pengurusan merupakan faktor yang penting

mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran dalam bengkel kemahiran hidup

bersepadu di kedua-dua Sekolah Menengah kebangsaan daerah perak ini.

2.3.6 Pengaplikasi Teori Konstruktivisme Dalam Proses Pengajaran Dan

Pembelajaran Mata Pelajaran Reka Cipta.

Kajian oleh : Noor Azizah Binti Ahmad dari Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai, Johor.

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan mengenalpasti pengaplikasian

Konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Reka Cipta di 4 (empat) buah daerah di Negeri Kedah. Tumpuan kajian

adalah kepada 5 (lima) aspek yang dinyatakan dalam Model Konstruktivisme

5-Fasa Needham. Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek-aspek

konstruktivisme dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Reka Cipta. Walau bagaimanapun, fasa penggunaan idea didapati

berada pada tahap terendah. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan

juga telah dikemukakan untuk memastikan bahawa objektif pengajaran dan

pembelajaran Reka Cipta dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Page 22: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

2.4 Rumusan

Berdasarkan penelitian pengkaji terhadap kajian-kajian lepas yang dijalankan oleh

pengkaji terdahulu, dapatlah dirumuskan di sini bahawa kajian-kajian tersebut lebih

memberi tumpuan kepada penerapan kaedah pengajaran guru di dalam kelas dan

aplikasi pelajar terhadap kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan seharian

mereka. Kajian yang dijalankan termasuk dengan pengetahuan keselamatan bagi

penggunaan alatan tangan yang telah dipelajari dan penyelenggaraan alatan tersebut

secara berkala. Justeru, dalam kajian ini, pengkaji akan menjalankan kajian secara

lebih tertumpu kepada kaedah pengajaran yang dijalankan oleh guru dan kesannya

terhadap pelajar.

Page 23: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

Bab 3

Metadologi Kajian

I.1 Pengenalan

Bagi mendapatkan satu hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai, metodologi merupakan

aspek yang perlu diberi perhatian. Ianya menjamin kaedah yang digunakan oleh penyelidik

dalam kajian ini bersesuian dengan pemboleh ubah yang hendak dikaji serta hipotesis-

hipotesis yang digunakan dalam kajian. Bab ini juga menjelaskan tentang metodologi yang

digunakan oleh penyelidik untuk menyempurnakan kajian ini yang terbahagi kepada tujuh

bahagian iaitu reka bentuk kajian, tempat kajian, subjek kajian dan instrumentasi.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Menurut Majid (1998), penyelidikan

deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena

yang sedang berlaku. Jenis penyelidikan ini adalah jenis tinjauan. Kajian ini bertujuan untuk

melihat keberkesanaan penggunaan alatan tangan dalam pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad,

Batu Gajah, Perak. Data yang diperoleh dengan menggunakan soal selidik yang telah

diedarkan kepada responden yang terpilih mewakili populasi iaitu seramai 40 orang pelajar

Tingkatan Dua. Setiap maklumat telah ditafsirkan secara kuantitatif kerana penilaian melalui

pendekatan ini lebih bersifat subjektif. 

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Subjek kajian terdiri daripada 40 orang pelajar Tingkatan Dua di Sekolah Menengah

Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak yang mempelajari subjek

Kemahiran Hidup Bersepadu. Pelajar dipilih berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir

Tahun semasa mereka berada dalam Tingkatan Satu tahun 2011. Pelajar dibahagikan kepada

tiga kumpulan iaitu Kumpulan Cerdas, Kumpulan Sederhana dan Kumpulan Lemah. Rekod

Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan Satu Tahun 2011 merupakan dokumen yang digunakan

dalam kajian ini untuk menentukan kumpulan pelajar.

Page 24: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

Jadual 3.2 menunjukkan analisis Kertas Kemahiran Hidup Peperiksaan Akhir Tahun

Tingkatan 1 bagi tahun 2011. Jadual 3.3 menunjukkan pelajar tingkatan dua mengikut

kumpulan cerdas, sederhana dan lemah.

Jadual 3.1 : Analisis Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2 (2011)

Gred A B C D E Jumlah

Calon

Jumlah

Lulus

Jumlah

Gagal

PAT

2011

8 16 11 2 3 40 37 3

Jadual 3.2 : Taburan Sampel Kelas Tingkatan 2 Mengikut Kumpulan

Kumpulan Bilangan

Cerdas 8

Sederhana 27

Lemah 5

Jumlah 40

Menurut Webster (1985), sampel adalah bahagian set responden yang dipilih daripada

populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian, manakala menurut Portney dan Walkin (1993),

sampel adalah subset populasi yang dipilih untuk dikaji. Sampel kajian adalah terdiri

daripada pelajar-pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Indera Wangsa

Page 25: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

Ahmad, Batu Gajah, Perak. Penggunaan saiz sampel menurut Majid (1998) perlu digalakkan

melebihi 30 unit kerana anadaian bahawa taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz

sampel melebihi 30 unit. Dengan pertambahan saiz sampel akan lebih mewakili populasi dan

mengurangkan ralat persampelan. Seramai 40 orang pelajar dari keseluruhan kelas tingkatan

2 secara rawak yang terdiri daripada 20 orang pelajar lelaki dan 20 orang pelajar perempuan

telah dipilih untuk menjadi bahan kajian.

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Instrumen berbentuk soal

selidik merupakan cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada

responden (Tuckman, 1978). Cates (1980) pula berpendapat, pengunaan instrumen berbentuk

soal selidik adalah amat berkesan jika ia disediakan dengan baik dan mempunyai item-item

yang konsisten dan boleh dipercayai. Dalam keadaan masa dan kos yang terhad, ia

merupakan cara yang paling sesuai digunakan. Dengan menggunakan soal selidik juga

responden tidak perlu menulis nama dan ini memungkinkan mereka menjawab dengan jujur

(Cockburn, 1996).

Penggunaan soal selidik tertutup adalah baik kerana ia tidak memerlukan subjek

berfikir atau melahirkan idea-idea baru terhadap sesuatu soalan (Kerlinger, 1986). Data-data

yang diperolehi juga akan disusun secara teratur, jelas dan seterusnya dapatan dianalisis

daripada jawapan yang diberikan untuk ditafsirkan dengan lebih berkesan. Soal selidik dalam

bahagian ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu :

BAHAGIAN A : Latar belakang responden dan keluarga.

BAHAGIAN B : Soal selidik tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan alatan

tangan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.

.

Page 26: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

BAHAGIAN C : Soal selidik mengenai tahap kesediaan guru dalam kelas mengenai

kaedah pengajaran yang sesuai digunakan ketika proses pengajaran dan

pembelajaran berlaku.

BAHAGIAN D : Soal selidik mengenai tahap penerapan amalan pelajar dalam

mempraktikkan kemahiran yang dipelajari seterusnya mengaplikasikan

kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian pelajar.

Dalam kajian ini, Skala Likert digunakan bagi memudahkan responden menjawab.

Menurut Najib (1999), Skala Likert digunakan di mana responden dan subjek dikehendaki

menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan berdasarkan satu skala dari satu

ekstrem kepada ekstrem yang lain. Penyelidik telah menyediakan 4 kategori bagi Skali Likert

ini. Responden hanya perlu menandakan pilihan jawapan yang paling sesuai mengikut

pengetahuan dan pengalaman mereka. Jadual 3.1 menunjukkan skor dan simbol yang

digunakan bagi Skali Likert yang digunakan di dalam kajian ini.

Aras Persetujuan Singkatan Skor

Sangat Setuju SS 4

Setuju S 3

Tidak Setuju TS 2

Sangat Tidak Setuju STS 1

Jadual 3.1 Skala Likert

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Menurut Majid (1998), penyelidikan

deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena

yang sedang berlaku. Jenis penyelidikan ini adalah jenis tinjauan.

Page 27: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

3.4.1 Bahagian A: Soal Selidik Latar Belakang Responden dan

Keluarga

Bahagian ini mengandungi item-item yang berkaitan dengan faktor demografi iaitu

jantina, prestasi akademik, lokasi sekolah, bilangan adik-beradik, taraf pendidikan ibu

bapa, pekerjaan ibu bapa dan pendapatan keluarga. Responden perlu menjawab

dengan menandakan ( √ ) pada ruangan yang disediakan mengikut kesesuaian

maklumat yang ada dan menyatakan maklumat yang diperlukan. Kaedah ini mampu

memberikan maklumat tepat yang dikehendaki ( Borg dan Gall, 1983).

3.4.2 Bahagian B : Tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan alatan

tangan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Soalan dalam bahagian ini adalah bermula dengan item soalan 1 hingga 7. Responden

perlu menanda skala 1 hingga 5 yang menyatakan tahap persetujuan responden

terhadap setiap pernyataan yang diberikan. Pernyataan yang diberikan adalah

mengenai tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan alatan tangan dalam mata

pelajaran Kemahiran Hidup. Untuk memudahkan responden menjawab, penyelidik

menggunakan pemeringkatan skala lima mata seperti berikut :

1 Sangat tidak setuju

2 Tidak setuju

3 Kurang setuju

4 Setuju

5 Sangat setuju

Page 28: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

3.4.3 Bahagian C : Tahap kesediaan guru dalam kelas mengenai kaedah

pengajaran yang sesuai digunakan ketika proses

pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Soalan dalam bahagian ini adalah bermula dengan item soalan 1 hingga 5. Responden

perlu menanda skala 1 hingga 5 yang menyatakan tahap persetujuan responden

terhadap setiap pernyataan yang diberikan. Pernyataan yang diberikan adalah

mengenai tahap kesediaan guru dalam kelas mengenai kaedah pengajaran yang sesuai

digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Untuk memudahkan

responden menjawab, penyelidik menggunakan pemeringkatan skala lima mata

seperti berikut :

1 Sangat tidak setuju

2 Tidak setuju

3 Kurang setuju

4 Setuju

5 Sangat setuju

3.4.4 Bahagian D : Tahap penerapan amalan pelajar dalam mempraktikkan

kemahiran yang dipelajari seterusnya mengaplikasikan

kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian pelajar.

Soalan dalam bahagian ini adalah bermula dengan item soalan 1 hingga 5. Responden

perlu menanda skala 1 hingga 5 yang menyatakan tahap persetujuan responden

terhadap setiap pernyataan yang diberikan. Pernyataan yang diberikan adalah

mengenai tahap penerapan amalan pelajar dalam mempraktikkan kemahiran yang

dipelajari seterusnya mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian

Page 29: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

pelajar. Untuk memudahkan responden menjawab, penyelidik menggunakan

pemeringkatan skala lima mata seperti berikut :

1 Sangat tidak setuju

2 Tidak setuju

3 Kurang setuju

4 Setuju

5 Sangat setuju

3.5 Prosedur Kajian

Kajian ini dijalankan melibatkan beberapa prosedur iaitu;

Prosedur Pertama

Meminta kebenaran dari Dekan Fakulti Teknikal dan Vokasional untuk membuat

penyelidikan di sekolah. Setelah sampai di sekolah, meminta kebenaran dari pengetua untuk

menjalankan penyelidikan yang melibatkan satu kelas Tingkatan 2 sahaja.

Prosedur Kedua

Penambahbaikan terhadap item-item soal selidik dilakukan mengikut kesesuaian tajuk, tujuan

dan objektif kajian selepas meneliti segala maklum balas yang diterima pihak-pihak yang

terlibat. Bagi memastikan alat ukur kajian ini sesuai dari segi isi dan formatnya, pengkaji

mendapatkan khidmat nasihat daripada pengetua, guru-guru lain yang mengajar mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah yang sama.

Page 30: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

Selain itu, penyelidik juga menyerahkan satu salinan soal selidik kepada pengetua

sekolah. Tujuannya adalah sekadar makluman kepada pengetua tentang item-item soalan

yang diedarkan kepada pelajar atau sampel kajian dan juga untuk memenuhi peraturan bagi

melaksanakan kajian di sekolah ini. Penyelidik juga mendapatkan pandangan daripada guru-

guru lain yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Segala pandangan dan

cadangan responden diterima untuk disesuaikan dengan keperluan kajian.

Prosedur Ketiga

Kajian sebenar yang dijalankan adalah berbentuk soal selidik. Kajian ini dijalankan dengan

mengedarkan soal selidik pada waktu kelas tambahan pagi Selasa bertarikh 23hb April 2012

iaitu pada pukul 10.00 pagi di bengkel. Sebelum subjek kajian dibenarkan menjawab soalan-

soalan tersebut, mereka terlebih dahulu diberikan taklimat oleh pengkaji mengenai tujuan

kajian ini dibuat dan peraturan-peraturan semasa menjawabnya. Masa yang diperuntukkan

untuk menjawab soal selidik adalah selama 15 minit sahaja. Pengkaji juga mengingatkan

subjek kajian agar dapat memberikan jawapan dengan jujur semasa memberi respons kepada

setiap soalan yang dikemukakan. Pengkaji memungut instrumen kajian daripada semua

pelajar dan seterusnya, pengkaji meneliti instrumen tersebut dan membuat analisis.

3.6 Analisis Data

Data-data yang diperolehi dianalisis berdasarkan tujuan dan hipotesis kajian. Analisis

deskriptif dan peratus digunakan untuk menentukan kekerapan tahap pengetahuan pelajar,

tahap persediaan pelajar dan tahap penerapan oleh guru terhadap keberkesanan penggunaan

alatan tangan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup. Analisis

kekerapan dan peratusan digunakan untuk melihat taburan latar belakang responden seperti

jantina, tahap pencapaian akademik, kumpulan, bilangan adik beradik, tahap pendidikan ibu

bapa, jenis pekerjaan ibu bapa dan jumlah pendapatan bulan ibu bapa atau penjaga. Data-data

yang diperolehi dianalisis menggunakan komputer. Program yang digunakan adalah

“Statistical Package For The Social Science (SPSS) Versi 17.0.

Page 31: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

Semua data mentah yang diperolehi akan disemak agar maklumat yang diberikan oleh

responden mengikut kehendak soalan. Data-data yang diperolehi akan dianalisis

menggunakan perisian SPSS. Kaedah yang akan digunakan bagi memproses data-data yang

diperolehi adalah berdasarkan kepada peratusan dan min.

Hasil analisis dalam Bahagian A akan ditunjukkan dalam bentuk peratusan dan

frekuensi, manakala hasil analisis dalam Bahagian B, Bahagian C dan Bahagaian D akan

ditunjukkan dalam jadual peratusan, min dan frekuensi serta carta bar peratusan dan

frekuensi. Peratus dan frekuensi digunakan bagi melihat pencapaian matlamat kajian ini.

3.7 Rumusan

Penggunaan ‘Statistical Package for The Social Science’ (SPSS) di dalam kajian ini amat

memudahkan penyelidik menilai data-data mentah daripada kajian rintis dan kajian sebenar.

Penyelidik menerangkan tentang cara serta kaedah yang digunakan berdasarkan kepada reka

bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian dan prosedur kajian.

Page 32: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

Bab 4

Analisis dapatan kajian

4.1 Pengenalan

Bab ini mengemukakan analisis data secara deskriptif dan statistik. Perbincangan deskriptif

menumpukan kepada penghuraian latar belakang diri responden, manakala penganalisian

inferensi pula melibatkan kaedah statistik dan analisis min. Analisis yang dibuat juga akan

menjawab persoalan-persoalan yang telah dikemukakan dalam bab pertama.

4.2 Huraian Latar Belakang Responden

Responden kajian adalah terdiri daripada 40 orang pelajar daripada Sekolah Menengah

Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak yang terdiri daripada pelajar-

pelajar Tingkatan Dua. Latar belakang responden melibatkan aspek-aspek jantina, pencapaian

Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1, jawatan di sekolah, tinggal bersama siapa, pekerjaan

ibu dan bapa.

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina

Jadual 4.1 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut jantina.

Seramai 20 orang (50 peratus) terdiri daripada pelajar lelaki manakala 20 orang (50

peratus) adalah pelajar perempuan.

Page 33: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

Jadual 4.1 : Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina

Jantina Bilangan Peratus

Lelaki 20 50.0

Perempuan 20 50.0

Jumlah 40 100.0

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Tahap Pencapaian Akademik

Tahap pencapaian akademik responden diukur melalui keputusan Peperiksaan Akhir

Tahun yang diperolehi oleh mereka. Tahap pencapaian akademik responden

dibahagikan kepada dua kategori iaitu lulus atau gagal peperiksaan tersebut. Melalui

jawapan yang diberikan dalam borang soal selidik, penyelidik dapat mengenal pasti

sama ada mereka lulus iaitu lulus sekurang-kurangnya pangkat D dalam mata

pelajaran Kemahiran Hidup. Sekiranya mereka memperolehi pangkat E, mereka

dianggap gagal dalam mata pelajaran tersebut. Berdasarkan jadual 4.2, didapati

bahawa 37 orang (92.5 peratus) telah lulus dalam Peperiksaan Akhir Tahun

Kemahiran Hidup Tingkatan 1 manakala 10 orang (7.5 peratus) telah gagal.

Page 34: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

Jadual 4.2 : Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Berdasarkan

Pencapaian Dalam Peperiksaan Akhir Tahun Kemahiran

Hidup Tingkatan 1 (2011)

Peperiksaan Akhir Tahun

Tingkatan 2 (2010)

Bilangan Peratus

Lulus 37 92.5

Gagal 3 7.5

Jumlah 40 100.0

4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Dengan Siapa Mereka Tinggal

Jadual 4.4 menunjukkan taburan responden berdasarkan dengan siapa responden

tinggal. Hasil soal selidik, didapati 29 orang (72.5%) tinggal dengan ibu bapa, 8 orang

(20.0%) tinggal dengan ibu sahaja dan hanya 3 orang (7.5%) tinggal dengan bapa

sahaja. Secara keseluruhannya, respondan tidak ada yang tinggal dengan penjaga.

Page 35: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

Jadual 4.3 : Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut

Dengan Siapa Mereka Tinggal

Tinggal Dengan Siapa Bilangan Peratus

Ibu dan Bapa 29 72.5

Ibu Sahaja 8 20.0

Bapa Sahaja 3 7.5

Penjaga 0 0

Jumlah 40 100.0

4.2.4 Jenis Pekerjaan Bapa

Pekerjaan bapa responden dibahagikan kepada tujuh kategori, iaitu bekerja kerajaan,

swasta, kilang, buruh, bekerja sendiri, berniaga dan tidak bekerja. Jadual 4.7

menunjukkan taburan responden mengikut jenis pekerjaan bapa mereka. Bilangan

bapa responden yang bekerja kerajaan adalah seramai 8 orang (20%), bekerja swasta

seramai 9 orang (18%), bekerja kilang seramai 8 orang (16%), bekerja sebagai buruh

seramai 3 orang (7.5%), bekerja sendiri seramai 6 orang (15%), berniaga seramai 3

orang (6%) manakala selebihnya bapa yang tidak bekerja seramai 3 orang (7.5%).

Page 36: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

Jadual 4.4 : Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut

Jenis Pekerjaan Bapa

Pekerjaan Bapa Bilangan Peratus

Kerajaan 8 20

Swasta 9 22.5

Kilang 6 15.00

Buruh 3 7.5

Bekerja sendiri 6 15.0

Berniaga 5 12.5

Tidak bekerja 3 7.5

Jumlah 40 100.0

4.2.5 Jenis Pekerjaan Ibu

Pekerjaan ibu responden pula dibahagikan kepada tujuh kategori, iaitu bekerja

kerajaan, swasta, kilang, buruh, bekerja sendiri, berniaga dan tidak bekerja. Jadual 4.5

menunjukkan taburan responden mengikut jenis pekerjaan ibu mereka. Bilangan ibu

responden yang bekerja kerajaan adalah seramai 6 orang (15%), bekerja swasta

seramai 5 orang (12.5%), bekerja kilang seramai 1 orang (2.5%), bekerja sebagai

buruh seramai 1 orang (2.5%), bekerja sendiri seramai 3 orang (7.5%), berniaga

seramai 5 orang (12.5%) manakala selebihnya ibu yang tidak bekerja seramai 19

orang (47.5%).

Page 37: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

Jadual 4.5 : Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut

Jenis Pekerjaan Ibu

Pekerjaan Bapa Bilangan Peratus

Kerajaan 6 15.0

Swasta 5 12.5

Kilang 1 2.5

Buruh 1 2.5

Bekerja sendiri 3 7.5

Berniaga 5 12.5

Tidak bekerja 19 47.5

Jumlah 40 100.0

4.3 Analisis Dapatan Kajian Berdasarkan Persoalan Kajian

Berdasarkan soal selidik yang telah dikemukakan, item-item dibahagikan kepada tiga

kategori iaitu Bahagian B, Bahagian C, dan Bahagian D. Bahagian B mengandungi 7 item

mengenai tahap pengetahuan pelajar terhadap kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

(KBKK) dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Dalam Kursus Reka Cipta.

Bahagian C mengandungi 5 item mengenai tahap persediaan pelajar dalam penerimaan unsur

kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) dalam merancang projek reka cipta.

Bahagian D mengandungi 5 item mengenai tahap penerapan unsur kemahiran berfikir secara

kritis dan kreatif (KBKK) oleh guru kepada pelajar Kemahiran Hidup Bersepadu.

Page 38: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

4.3.1 Tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan alatan tangan

dalam mata pelajaran kemahiran hidup.

Jadual 4.1 : Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan Piawai

Bagi Item tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan alatan

tangan dalam mata pelajaran kemahiran hidup.

(n = 40)

Item

1

STS

%

2

TS

%

3

KS

%

4

S

%

5

SS

%

Min SP

1. Saya mampu menerangkan

definisi alatan tangan.

2.5 5.0 22.5 47.5 22.5 3.83 0.93

2. Saya mempunyai pengetahuan

yang sangat baik dalam penggunaan

alatan tangan.

5.0 7.5 70.0 10.0 7.5 3.1 0.83

3. Saya tahu membezakan antara

fungsi pembaris keluli dengan sesiku

L.

5.0 5.0 7.5 12.5 70.0 4.38 1.14

4. Saya menggunakan apit G untuk

mengapit kayu ketika proses

mengglukan dua kepingan kayu.

0.0 0.0 20.0 12.5 67.5 4.48 0.81

5. Saya telah didedahkan dengan

penggunaan alatan tangan sejak di

sekolah rendah lagi.

2.5 12.5 25.0 22.5 37.5 3.8 1.59

6. Saya dapat menyenaraikan 5 jenis

alatan tangan dengan baik.

20.0 5.0 37.5 17.5 20.0 3.12 1.36

7. Saya dapat mengenalpasti

kerosakan yang berlaku pada alatan

12.5 7.5 20.0 37.5 22.5 3.5 1.28

Page 39: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

tangan yang hendak digunakan

8. Saya dapat membezakan alatan

tangan untuk kerja amali kayu dan

kerja amali perpaipan dengan baik.

5.0 7.5 25.0 40.0 22.5 3.7 1.07

9. Saya tahu menggunakan gergaji

tangan dengan baik.

0.0 0.0 12.5 5.0 82.5 4.7 0.68

10. Saya tahu membersihkan semula

alatan tangan selepas

menggunakannya.

12.5 10.0 47.5 17.5 12.5 3.1 1.14

Min Keseluruhan = 0.38 Sisihan Piawai = 0.99

Jadual 4.1 menunjukkan taburan tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan

alatan tangan dalam mata pelajaran kemahiran hidup.. Hasil kajian mendapati bahawa

pernyataan “Saya tahu menggunakan gergaji tangan dengan baik.” mencatat min paling tinggi

iaitu sebanyak 4.7 dan sisihan piawai sebanyak 0.68. Sebanyak 12.5 peratus responden

menjawab sangat tidak pasti, 5.0 peratus menjawab setuju, 82.5 peratus menjawab sangat

setuju manakala peratusan yang menjawab sangat tidak setuju dan tidak setuju ialah tiada.

Manakala bagi hasil min paling rendah pula ialah pernyataan “Saya mempunyai

pengetahuan yang sangat baik dalam penggunaan alatan tangan” dan pernyataan “Saya tahu

membersihkan semula alatan tangan selepas menggunakannya” di mana masing-masing

mencatatkan min sebanyak 3.1 dan sisihan piawai 0.83 dan 1.14. sebanyak 5.0 peratus

menjawab sangat tidak setuju, 7.5 peratus menjawab tidak setuju, 70.0 menjawab tidak pasti

dan 10.0 peratus menjawab setuju dan 7.5 peratus lagi menjawab sangat setuju.

Page 40: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

4.3.2 Tahap kesediaan guru dalam kelas mengenai kaedah pengajaran

yang sesuai digunakan ketika proses pengajaran dan

pembelajaran berlaku

Jadual 4.2 : Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan Piawai

Bagi Item tahap tahap kesediaan guru dalam kelas mengenai

kaedah pengajaran yang sesuai digunakan ketika proses

pengajaran dan pembelajaran berlaku

(n = 40)

Item

1

STS

%

2

TS

%

3

KS

%

4

S

%

5

SS

%

Min SP

1. Guru akan menerangkan semula

tentang fungsi alatan tangan yang akan

digunakan semasa dalam kelas amali.

0 0 12.5 22.5 65.0 4.52 0.71

2. Guru dapat menerangkan dengan baik

tentang fungsi setiap alatan ketika

ditanya.

5.0 10.0 25.0 45.0 15.0 3.55 1.03

3. Guru akan menunjukkan tayangan

video kaedah penggunaan alatan tangan

dengan betul kepada pelajar sewaktu

kelas teori.

0 0 17.5 72.5 10.0 3.95 0.52

4. Sebelum memulakan amali, guru akan

mengimbas kembali tentang penggunaan

alatan tangan dalam kelas amali dan

menunjuk cara penggunaan alatan

tersebut di hadapan pelajar.

0 2.5 12.5 67.5 17.5 4.00 0.64

5. Guru ialah sebagai pemudah cara dan

menjadi tempat rujukan ketika di dalam

2.5 0 10.0 65.0 22.5 4.05 0.74

Page 41: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

kelas amali.

6. Guru amat menitikberatkan tentang

peraturan keselamatan ketika

menggunakan alatan tangan.

7.5 5.9 22.5 20.0 45.0 3.90 1.25

7. Guru akan mendemonstrasi cara

penggunaan alatan tangan dengan betul

sebelum membenarkan pelajar

memulakan kelas amali.

0 0 15.0 45.0 40.0 4.25 0.70

8. Guru akan menegur sekiranya

terdapat kesalahan dalam penggunaan

alatan tangan dan menunjuk cara yang

betul kepada pelajar tersebut.

2.5 5.0 7.5 52.5 32.5 4.07 0.91

9. Kaedah guru menggunakan alatan

tangan dijadikan ’role model’ kepada

pelajar untuk meneruskan kerja-kerja

amali.

12.5 5.0 15.0 37.5 30.0 3.67 1.30

10. Guru boleh menggunakan kesemua

alatan tangan yang terdapat di dalam

bengkel dengan baik.

0 0 17.5 52.5 30.0 4.12 0.68

Min Keseluruhan = 0.40 Sisihan Piawai = 0.84

Jadual 4.2 menunjukkan taburan tahap tahap kesediaan guru dalam kelas mengenai

kaedah pengajaran yang sesuai digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran

berlaku. Hasil kajian mendapati bahawa pernyataan “guru akan menerangkan semula tentang

fungsi alatan tangan yang akan digunakan semasa dalam kelas amali” mencatat min paling

tinggi iaitu sebanyak 4.52 dan sisihan piawai sebanyak 0.71. Sebanyak 12.5 peratus

responden menjawab sangat tidak pasti, 22.5 peratus menjawab setuju, 65.0 peratus

menjawab sangat setuju manakala peratusan yang menjawab sangat tidak setuju dan tidak

setuju ialah tiada.

Page 42: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

Manakala bagi hasil min paling rendah pula ialah pernyataan “Guru dapat

menerangkan dengan baik tentang fungsi setiap alatan ketika ditanya” mencatatkan min

sebanyak 3.55 dan sisihan piawai 1.14. Sebanyak 5.0 peratus menjawab sangat tidak setuju,

10.0 peratus menjawab tidak setuju, 25.0 menjawab tidak pasti dan 45.0 peratus menjawab

setuju dan 3.55 peratus lagi menjawab sangat setuju.

4.3.3 Tahap penerapan amalan pelajar dalam mempraktikkan kemahiran

yang dipelajari seterusnya mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam

kehidupan seharian pelajar.

Jadual 4.3 : Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan Piawai

Bagi Item Tahap Penerapan amalan pelajar dalam

mempraktikkan kemahiran yang dipelajari seterusnya

mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian

pelajar.

(n =40)

Item

1

STS

%

2

TS

%

3

KS

%

4

S

%

5

SS

%

Min SP

1. Saya memahami pengajaran yang

disampaikan oleh guru mengenai

penggunaan alatan tangan.

7.5 5.0 17.5 47.5 22.5 3.72 1.10

2. Saya mampu membuat kembali kerja

amali membuat kotak serbaguna di

rumah.

10.0 17.5 22.5 17.5 32.5 3.45 1.37

3. Saya mampu mengajar abang atau

bapa di rumah menggunakan gergaji

2.5 10.0 15.0 25.0 47.5 4.05 1.13

Page 43: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

tangan dengan betul.

4. Saya boleh membantu bapa memaku

kerusi yang rosak di rumah.

12.5 17.5 15.0 22.5 32.5 3.45 1.43

5. Saya mampu menerangkan kembali

kepada ahli keluarga yang lain tentang

fungsi alatan tangan yang telah saya

pelajari.

10.0 10.0 22.5 20.0 87.5 3.65 1.35

6. Saya akan menggunakan kelebihan

saya menggunakan alatan tangan untuk

menghasilkan satu reka cipta yang baru

sebagai bahan hiasan untuk diletakkan di

rumah.

20.0 22.5 17.5 32.5 7.5 2.85 1.29

7. Saya akan mempraktikkan kemahiran

menggunakan alatan tangan di rumah

dengan sebaiknya.

12.5 17.5 32.5 20.0 17.5 3.12 1.26

8. Saya mampu untuk menukar sesendal

pili yang rosak di rumah tanpa bantuan

sesiapa.

22.5 20.0 35.0 10.0 12.5 2.70 1.28

9. Saya boleh membantu bapa membeli

alatan tangan yang betul sekiranya

terdapat kerosakan kecil pada barangan

di rumah.

12.5 10.0 25.0 17.5 35.0 3.52 1.39

10. Saya akan mengasingkan alatan

tangan untuk kerja kayu dan kerja paip

di rumah agar mudah untuk dikenalpasti

kegunaannya.

12.5 12.5 32.5 22.5 20.0 3.25 1.27

Min Keseluruhan = 0.33 Sisihan Piawai = 0.12

Jadual 4.3 menunjukkan tahap penerapan amalan pelajar dalam mempraktikkan

kemahiran yang dipelajari seterusnya mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan

Page 44: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

seharian pelajar. Hasil kajian mendapati bahawa pernyataan “Saya mampu mengajar abang

atau bapa di rumah menggunakan gergaji tangan dengan betul” mencatat min paling tinggi

iaitu sebanyak 4.05 dan sisihan piawai sebanyak 1.13. Sebanyak 2.5 peratus responden

menjawab sangat setuju, 10.0 peratus menjawab tidak setuju, 15.0 peratus menjawab tidak

pasti, 25.0 peratus menjawab setuju, 65.0 peratus menjawab sangat setuju.

Manakala bagi hasil min paling rendah pula ialah pernyataan “Saya mampu untuk

menukar sesendal pili yang rosak di rumah tanpa bantuan sesiapa” mencatatkan min

sebanyak 2.70 dan sisihan piawai 1.28. Sebanyak 22.5 peratus menjawab sangat tidak setuju,

20.0 peratus menjawab tidak setuju, 35.0 menjawab tidak pasti dan 10.0 peratus menjawab

setuju dan 12.5 peratus lagi menjawab sangat setuju.

4.4 Rumusan

Dalam bab ini, penyelidik telah mengemukakan analisis data maklumat yang telah dikumpul

hasil daripada soal selidik yang telah dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan yang

dikemukakan. Hasil dari keputusan analisis yang diperolehi akan dibincangkan dengan lebih

mendalam pada Bab 5.

Bab 5

Page 45: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

Rumusan Dan Cadangan

Bab ini akan membincangkan dan merumuskan dapatan kajian berdasarkan persoalan-

persoalan kajian yang telah diutarakan. Tumpuan perbincangan adalah berkaitan dengan

persoalan-persoalan kajian secara keseluruhannya iaitu tahap pengetahuan pelajar terhadap

penggunaan alatan tangan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, tahap kesediaan guru

mengenai kaedah pengajaran yang sesuai digunakan ketika proses pengajaran dan

pembelajaran berlaku dan tahap penerapan amalan pelajar dalam mempraktikkan kemahiran

yang dipelajari seterusnya mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian

pelajar.

Kesemua dapatan akan dihuraikan dengan jelas dan tepat agar dapat difahami dan

diinterpretasi oleh pengkaji-pengkaji lain dan seterusnya dapat digunakan sebagai sumber

bagi kajian-kajian akan datang. Hasil dari perbincangan, rumusan dan cadangan diharapkan

akan dapat memberi kebaikan kepada semua pihak khususnya dalam usaha meningkatkan

kemahiran menggunakan alatan tangan secara lebih menyeluruh terutamanya dalam mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.

5.2 Perbincangan Hasil Kajian

Secara keseluruhannya, analisis dalam bab ini menunjukkan aspek-aspek keberkesanan

penggunaan alatan tangan yang diukur mempunyai hubungkait yang agak sederhana.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, analisis menunjukkan minat pelajar dalam alatan tangan

mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu mempunyai hubungan yang positif dengan gred

yang diperolehi. Menurut Mok Soon Sang (2002), minat dan sikap seseorang terhadap

pembelajaran boleh mempengaruhi kesediaan belajar yakni motivasi dalaman yang

membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu dalam proses pembelajaran.

Sebagaimana menurut Bruner (1966 dalam Mok Soon Sang, 2002), kanak-kanak yang baru

masuk sekolah mempunyai dua jenis motivasi dalaman iaitu Intrinsik ingin tahu dan

dorongan mencapai kecekapan. Kedua-dua intrinsik ini merupakan motivasi dalaman yang

kuat untuk menggerakkan dan meningkatkan kesediaan belajar di kalangan pelajar supaya

dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan lebih aktif, mudah, seronok dan berkesan.

Page 46: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

Modul Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif pula menyatakan pelajar perlu

bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan

berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstruktur. Slavin (1990)

berpendapat, pembelajaran koperatif hanya berkesan apabila ia mempunyai tiga ciri

sepertimana berikut; ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan peluang yang sama

untuk berjaya. Johnson & Johnson (1994) pula menggariskan lima ciri pembelajaran

koperatif. Ciri-ciri tersebut adalah matlamat kumpulan, peranan ahli, interaksi, kemahiran

berkumpulan dan penilaian kumpulan. Secara tidak langsung, dengan mengaplikasikan

kaedah pembelajaran ini, pelajar dari pelbagai kebolehan dapat bekerjasama dalam kumpulan

untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang

maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Saling

bergantungan secara positif yang kuat di dalam sesuatu kumpulan akan menjadi motivasi

kepada setiap ahli untuk berjaya.

Walau bagaimanapun, hasil kajian ini mendapati terdapat hubungan yang positif

antara kaedah pengajaran guru yang konsisten dan berpengaruh menunjukkan tanda positif

pelajar memberi tindakbalas dengan apa yang telah diajar oleh guru berkenaan. Kesediaan

guru di dalam kelas turut mempengaruhi minat pelajar untuk menggunakan alatan tangan dan

kelak dapat menggunakan kemahiran yang telah di pelajari dalam kehidupan seharian

mereka. Keberkesanaan kaedah tunjuk cara, demonstrasi dan guru sebagai ‘role model’ di

dalam kelas membuatkan pelajar lebih berminat untuk belajar.

5.3 Implikasi penggunaan alatan tangan dalam pengajaran dan pembelajaran

terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah.

Menurut Vygotsky (1978 dalam Mok Soon Sang, 2002), Zone of Proximal Development

(ZPD) adalah bertujuan untuk mengekalkan kebolehan pelajar dengan bantuan orang dewasa

atau rakan yang lebih bijak daripadanya. Idea Vygotsky ini adalah berkaitan dengan ‘sosio-

cultural” yang mana menjelaskan tentang keberkesanan pembelajaran kooperatif antara

Page 47: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

pelajar dengan guru dan rakan lain. Sokongan daripada guru akan membantu ke arah

kejayaan pelajar. Sokongan ini bukan bermakna menidakkan kebolehan pelajar tetapi sebagai

motivasi kepada pelajar agar mereka lebih yakin. Sokongan guru adalah satu langkah

mendahului pelajar dan sokongan tersebut adalah merupakan satu cabaran kepada pelajar.

Menurut Vygotsky (1978 dalam sumber yang sama), untuk menilai keberkesanan

pembelajaran, guru perlu berhati-hati tentang perbezaan peranan pelajar dan tanggapan guru

melalui proses pembelajaran kolaboratif. Guru dan pelajar perlu menghormati peranan

masing-masing dan suasana bilik darjah perlu disusun agar ianya bersesuaian dengan konteks

pembelajaran kolaboratif dan setiap pelajar dapat memainkan peranan masing-masing dalam

menguasai kemahiran belajar. Dalam penggunaan alatan tangan bagi setiap pelajar di dalam

kelas, pelajar perlu melihat diri mereka secara aktif dalam pembelajaran berlandaskan

konstruktivisme bukan menerimanya secara pasif. Di bawah konstruktivisme, ilmu

pengetahuan mempunyai ciri-ciri perkembangan dan evolusi yakni sering berubah-ubah

mengikut peredaran masa dan berlandaskan keperluan semasa. Ilmu pengetahuan ini tidak

digunakan untuk menjelaskan kebenaran, tetapi digunakan sebagai rasionalisasi tindakan dan

pengalaman yang dialami oleh seseorang individu. Justeru, ilmu pengetahuan yang dibina

adalah melalui proses saling mempengaruhi di antara pembelajaran terdahulu dengan

pembelajaran baru yang berkaitan.

Menurut Carl Rogers (Mok Song Sang, 2002), apabila pelajar mengambil inisiatif

sendiri dan melibatkan diri secara sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran, hasil yang

diperolehi adalah amat berkesan. Dengan cara ini, pelajar tersebut dapat meningkatkan aspek

kognitif dan afektif, mengatasi kesilapan berfikir secara terburu-buru, kabur dan sempit serta

dapat berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

dengan bijak. Hasilnya, pelajar dapat menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan

inovatif hasil daripada kemahiran menggunakan alatan tangan yang telah dipelajari di dalam

kelas. Dengan adanya penyebatian unsur-unsur kemahiran penggunaan alatan tangan ini,

pelajar dapat :

I. Mengenalpasti kaedah pengajaran guru yang paling dominan dalam penggunaan

alatan tangan di sekolah menengah.

Page 48: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

II. Mengenalpasti amalan mereka dalam mempraktikkan kemahiran menggunakan alatan

tangan yang telah dipelajari di sekolah.

III. Mengenalpasti sama ada guru mempunyai kemahiran dalam menggunakan alatan

tangan sewaktu kelas amali dijalankan di sekolah.

5.4.1 Cadangan Kajian Lanjut Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran dan

pembelajaran mata pelajatan Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah.

Berdasarkan hasil kajian, penyelidik menyenaraikan beberapa cadangan iaitu;

5.4.2 Sikap pelajar

Menurut Mok Song Sang (2002), sikap terhadap sesuatu perkara adalah dibentuk daripada

kefahaman, perasaan dan tindakan. Sikap pelajar terhadap pembelajaran perlu dibentuk ke

arah yang lebih positif. Seseorang pelajar yang mempunyai sikap positif terhadap

pembelajaran, akan mendorongkan motivasinya ke arah menjalankan aktiviti

pembelajaran secara aktif dan bermakna.

Guru perlu memupuk sikap pelajar untuk mempelajari kemahiran penggunaan

alatan tangan ini supaya mereka boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian

mereka. Guru boleh mengaitkan kemahiran menggunakan alatan tangan ini dengan cita-

cita yang pelajar minati seperti aktitek, mekanik, jurutera yang kebanyakkannya

memerlukan kemahiran asas penggunaan alatan tangan. Guru juga boleh memberikan

contoh beberapa gambaran dan peristiwa dalam kehidupan mereka di mana penggunaan

alatan tangan itu sangta penting. Perkaitan kemahiran penggunaan alatan tangan dalam

kehidupan sekitar diharap dapat mempengaruhi sikap dan minat mereka untuk terus

mendalami kemahiran ini.

Selain itu, aspirasi atau keinginan seseorang pelajar juga turut mempengaruhi

motivasinya. Tahap aspirasi seseorang itu merujuk kepada penilaian yang subjektif iaitu

Page 49: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

setakat mana hasil pencapaian yang diperolehi ke atas sesuatu kerja atau tugasan yang

dilakukan. Misalnya, untuk mencapai keputusan A bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), pelajar tersebut perlu

melaksanakan setiap tugasan dalam kerja kursus atau kerja projek dengan sebaik

mungkin.

5.4.3 Corak Pengajaran Guru

Menurut Edward De Bono (2001) ini, guru-guru merupakan watak yang penting dalam

usaha memperkembangkan daya intelek di kalangan pelajar. Justeru, kemahiran berfikir

yang telah dirancang di dalam pengajaran perlu diaplikasi dan dijalankan dengan

sempurna.

Dalam penggunaan alatan tangan ini, guru berperanan penting untuk mencorakkan

situasi pembelajaran yang berkesan untuk mewujudkan minat dan mempertingkatkan

motivasi untuk belajar. Adalah lebih praktikal sekiranya semua pelajar menghasilkan reka

cipta ini daripada set bahan-bahan kayu yang sama dan berdasarkan tema yang sama

tetapi pelbagai bentuk dan rupa. Set bahan-bahan kayu yang disediakan ini tidak perlu

daripada bahan yang telah siap dipotong tetapi pelajar perlu mengalami sendiri proses

menentukan ukuran, menggergaji, memotong dan membentuk. Biar pun proses ini

memakan masa yang lama, aspek kemahiran ini perlu diberikan perhatian dan disebatikan

dalam pembelajaran ini.

5.4.4 Peranan Sekolah

Panitia Kemahiran Hidup di setiap sekolah juga perlu mengenal pasti masalah yang

dihadapi oleh guru-guru dalam menerapkan kemahiran penggunaan alatan tangan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran serta mengambil langkah-langkah berkesan untuk

mengatasinya. Contohnya, peruntukan masa yang mencukupi untuk menyiapkan projek

ini dan juga penyediaan kelengkapan dan prasarana yang lengkap untuk memenuhi

Page 50: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

keperluan dalam penghasilan projek ini. Kursus dan bengkel penggunaan alatan tangan

juga perlu dianjurkan dari masa ke semasa untuk menghasilkan modul-modul yang

berunsurkan Kemahiran Berfikir dalam semua mata pelajaran yang terlibat.

5.5 Rumusan

Kemahiran penggunaan alatan tangan bukanlah satu tugasan yang mudah untuk dilaksanakan.

Biarpun, terdapat pelajar yang mempunyai pengalaman asas pertukangan atau pernah

mengunakan alat-alat pertukangan di rumah, penghasilan reka cipta ini bukanlah satu tugasan

yang dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat. Proses pembinaannya melibatkan

pelbagai langkah yang memerlukan penelitian dan kesungguhan pelajar agar output yang

diperolehi itu dapat memenuhi kriteria pentaksiran yang diperlukan dan hasil pembelajaran

yang diharapkan. Jikalau mereka tidak mempunyai kemahiran yang betul, mereka pasti tidak

mampu untuk menyiapkan segala tugasan kerja projek dan amali dalam tempoh masa dan

mengikut jalan kerja projek yang tepat dan sempurna.

RUJUKAN

Page 51: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

Atan Long (1982). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Johnson, D.W., & Johnson,F.P. (1994). Joining Together. Massachussetts: Allyn and Bacon.

Kamaros Zaman M. Affendi dan Sanif Sapaat (2008). Buku Rujukan KHB PMR. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Kamarulzaman Kamaruddin. (2008). Psikologi Perkembangan: Panduan untuk Guru. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Pelan Induk Mata pelajaran Vokasional Sekolah Menengah Akademik bagi tahun 2002-2005. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Koleksi Pusat Sumber. Skudai: Fakulti Pendidikan, UTM. Muat turun daripada http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/login.asp.

Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang, (2002). Ilmu pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. Selangor: Kumpulan Budiman.

Nik Aziz Nik Pa (1999). Penggunaan Teori Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Fizik. Kuala Lumpur.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 52: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

Pusat Perkembangan Kurikulum (2000b). Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2000c). Pembelajaran Masteri. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2000d). Pembelajaran secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 53: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

LAMPIRAN A

BORANG SOAL SELIDIK

KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALATAN TANGAN DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI

SEKOLAH.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOH INDERA WANGSA AHMAD, BATU GAJAH, PERAK

Soal selidik ini adalah bertujuan untuk mengkaji tentang keberkesanan penggunaan alatan tangan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran kemahiran hidup di sekolah.

Soalan ini mengandungi 4 bahagian iaitu Bahagian A, B, C, dan D. Jawab semua bahagian dengan memilih skala jawapan yang sesuai.

BAHAGIAN A – LATAR BELAKANG RESPONDEN

Arahan : Sila tandakan ( √ ) berkaitan maklumat anda pada ruang yang disediakan.

1. Jantina

Lelaki

Perempuan

Page 54: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

2. Pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun Kemahiran Hidup Tingkatan 1

Markah

100 – 80

(cerdas)

79 – 60

(sederhana)

59 – 40

(lemah)

39 – 20

(gagal)

19 – 0

(gagal)

3. Jawatan yang disandang di sekolah

i. Pengawas sekolah

ii. Pengawas perpustakaan

iii. Ketua kelas

iv. Bendahari atau setiausaha persatuan/kelab

4. Tinggal bersama siapa ?

Ibu bapa

Ibu sahaja

Bapa sahaja

Lain-lain (Nyatakan)

5. Pekerjaan Ibu Bapa

Page 55: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

Pekerjaan Bapa (√) Ibu (√)

Kerajaan

Swasta

Kilang

Buruh

Kerja Sendiri

Berniaga

Tidak Bekerja

BAHAGIAN B - TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR TERHADAP

PENGGUNAAN ALATAN TANGAN DALAM MATA

PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP.

Tuliskan skala jawapan anda; sama ada dari 1 – sangat tidak setuju atau 5 – sangat setuju atau skala di antaranya, berdasarkan tahap persetujuan anda terhadap setiap pernyataan di sebelah:

NO PERNYATAAN SKALA JAWAPAN

1. Saya pernah menggunakan definisi alatan tangan. 1 2 3 4 5

2. Saya mempunyai pengetahuan yang sangat baik dalam penggunaan

alatan tangan.

1 2 3 4 5

3. Saya tahu membezakan antara fungsi pembaris keluli dengan sesiku 1 2 3 4 5

PENCAPAIAN 1 2 3 4 5

SKALA Sangat tidak setuju

Tidak setuju

Tidak pasti

Setuju Sangat setuju

Page 56: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

L.

4. Saya menggunakan apit G untuk mengapit kayu ketika proses

mengglukan dua kepingan kayu.

1 2 3 4 5

5. Saya telah didedahkan dengan penggunaan alatan tangan sejak di

sekolah rendah lagi.

1 2 3 4 5

6. Saya dapat menyenaraikan 5 jenis alatan tangan dengan baik. 1 2 3 4 5

7. Saya dapat mengenalpasti kerosakan yang berlaku pada alatan

tangan yang hendak digunakan.

1 2 3 4 5

8. Saya dapat membezakan alatan tangan untuk kerja amali kayu dan

kerja amali perpaipan dengan baik.

1 3 4 5 6

9. Saya tahu menggunakan gergaji tangan dengan baik. 1 2 3 4 5

10. Saya tahu membersihkan semula alatan tangan selepas

menggunakannya.

1 2 3 4 5

BAHAGIAN C - TAHAP TAHAP KESEDIAAN GURU DALAM KELAS MENGENAI KAEDAH PENGAJARAN YANG SESUAI DIGUNAKAN KETIKA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERLAKU

Tuliskan skala jawapan anda; sama ada dari 1 – sangat tidak setuju atau 5 – sangat setuju atau skala di antaranya, berdasarkan tahap persetujuan anda terhadap setiap pernyataan di sebelah:

NO PERNYATAAN SKALA JAWAPAN

1. Guru akan menerangkan semula tentang fungsi alatan tangan yang 1 2 3 4 5

PENCAPAIAN 1 2 3 4 5

SKALA Sangat tidak setuju

Tidak setuju

Kurang Setuju

Setuju Sangat setuju

Page 57: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

akan digunakan semasa dalam kelas amali.

2. Guru dapat menerangkan dengan baik tentang fungsi setiap alatan

ketika ditanya.

1 2 3 4 5

3. Guru akan menunjukkan tayangan video kaedah penggunaan alatan

tangan dengan betul kepada pelajar sewaktu kelas teori.

1 2 3 4 5

4. Sebelum memulakan amali, guru akan mengimbas kembali tentang

penggunaan alatan tangan dalam kelas amali dan menunjuk cara

penggunaan alatan tersebut di hadapan pelajar.

1 2 3 4 5

5. Guru ialah sebagai pemudah cara dan menjadi tempat rujukan

ketika di dalam kelas amali.

1 2 3 4 5

6. Guru amat menitikberatkan tentang peraturan keselamatan ketika

menggunakan alatan tangan.

1 2 3 4 5

7. Guru akan mendemonstrasi cara penggunaan alatan tangan dengan

betul sebelum membenarkan pelajar memulakan kelas amali.

1 2 3 4 5

8. Guru akan menegur sekiranya terdapat kesalahan dalam

penggunaan alatan tangan dan menunjuk cara yang betul kepada

pelajar tersebut.

1 2 3 4 5

9. Kaedah guru menggunakan alatan tangan dijadikan ’role model’

kepada pelajar untuk meneruskan kerja-kerja amali.

1 2 3 4 5

10. Guru boleh menggunakan kesemua alatan tangan yang terdapat di

dalam bengkel dengan baik.

1 2 3 4 5

BAHAGIAN D - TAHAP PENERAPAN AMALAN PELAJAR DALAM

MEMPRAKTIKKAN KEMAHIRAN YANG DIPELAJARI

SETERUSNYA MENGAPLIKASIKAN KEMAHIRAN

TERSEBUT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN PELAJAR.

PENCAPAIAN 1 2 3 4 5

SKALA Sangat tidak setuju

Tidak setuju

Tidak pasti

Setuju Sangat setuju

Page 58: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa

Tuliskan skala jawapan anda; sama ada dari 1 – sangat tidak setuju atau 5 – sangat setuju atau skala di antaranya, berdasarkan tahap persetujuan anda terhadap setiap pernyataan di sebelah:

NO PERNYATAAN SKALA JAWAPAN

1. Saya memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru mengenai

penggunaan alatan tangan.

1 2 3 4 5

2. Saya mampu membuat kembali kerja amali membuat kotak

serbaguna di rumah.

1 2 3 4 5

3. Saya mampu mengajar abang atau bapa di rumah menggunakan

gergaji tangan dengan betul.

1 2 3 4 5

4. Saya boleh membantu ayah menyelesaikan masalah kecil dalam

membaiki perabut yang rosak.

1 2 3 4 5

5. Saya mampu menerangkan kembali kepada rakan-rakan yang lain

tentang fungsi alatan tangan yang telah saya pelajari.

1 2 3 4 5

6. Saya akan menggunakan kelebihan saya menggunakan alatan

tangan untuk menghasilkan satu reka cipta yang baru sebagai

bahan hiasan untuk diletakkan di rumah.

1 2 3 4 5

7. Saya akan mempraktikkan kemahiran menggunakan alatan tangan

di rumah dengan sebaiknya.

1 2 3 4 5

8. Saya mampu untuk menukat sesendal pili yang rosak di rumah

tanpa bantuan sesiapa.

1 2 3 4 5

9. Saya boleh membantu bapa membeli alatan tangan yang betul

sekiranya terdapat kerosakan kecil pada barangan di rumah.

1 2 3 4 5

10. Saya akan mengasingkan alatan tangan untuk kerja kayu dan kerja

paip di rumah agar mudah untuk dikenalpasti kegunaannya.

1 2 3 4 5

Page 59: Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Harian Biasa