i bahan bantu mengajar (bbm) dalam pengajaran …eprints.uthm.edu.my/9573/1/faizah_ja’apar.pdf ·...

48
i BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) DAERAH PONTIAN FAIZAH BINTI JA’APAR Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JULAI 2017

Upload: hoangquynh

Post on 01-Apr-2019

295 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

i

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN (P&P) DI SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN (SMK) DAERAH PONTIAN

FAIZAH BINTI JA’APAR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JULAI 2017

iii

DEDIKASI

Untuk bonda dan keluarga tercinta,

Tiada terbalas budi dan jasa pengorbanan yang dicurahkan selama ini.

Hanya Allah yang akan membalasnya,

Tidak lupa juga kepada penyelia projek,

Terima kasih tidak terhingga di atas ilmu yang dicurahkan serta tahan melayan

kerenah anak didiknya,

Kepada suami tercinta Mohammad Radzi Bin Long,

Terima kasih di atas doa, pengorbanan dan restumu,

Serta rakan-rakan seperjuangan sekalian yang sentiasa memberikan semangat ,

Terima kasih kerana sudi membantu dan beri tunjuk ajar,

“Segala doa, harapan dan pengorbanan kalian akan ku balas dengan segunung

kejayaan. Anggaplah kejayaan ku ini sebagai pendorong kepada kecemerlangan anda

di masa depan kelak”

Semoga diberkati Allah S.W.T dan berbahagia selalu.

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan

salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Di kesempatan ini, setinggi-

tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyelia projek kajian ini

Dr.Noorazman Bin Abdul Samad di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang

berterusan dan tidak berbelah bahagi. Tanpa bimbingan yang diberikan, tidak

mungkin kajian ini akan berjaya dihasilkan. Ucapan terima kasih yang tidak

terhingga juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah dan juga kepada semua pihak

yang terlibat secara langsung yang turut memberi panduan, pandangan serta tunjuk

ajar dalam usaha menyiapkan dan merealisasikan kajian ini, Segala tunjuk ajar dan

jasa kalian amat berharga. Kepada kaum keluarga terutama bonda tercinta Zaharah

Binti Mahadi dan insan teristimewa Mohammad Radzi Bin Long serta anak-anak

Muhammad Faizul Zaim dan Muhammad Faeeq Rizqi, terima kasih di atas segala

pengorbanan dan pengertian yang diberikan serta dorongan yang menguatkan

semangat untuk terus berusaha tanpa putus asa. Akhir sekali ribuan terima kasih buat

teman-teman di atas pandangan, pendapat, dorongan, tunjuk ajar, nasihat serta

sokongan moral yang telah diberikan sepanjang usaha saya untuk menyiapkan

laporan projek sarjana ini.

Semoga laporan projek sarjana ini dapat memberi sumbangan dan manfaat kepada

semua.

Insya Allah. Sekian.

v

ABSTRAK

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam proses Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P) adalah amat penting bagi guru memastikan penyampaian

maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar adalah lebih jelas dan

sistematik serta dapat diikuti oleh pelajar dengan lebih baik. Kajian ini bertujuan

untuk mengkaji sejauhmana tahap penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di

empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian dari aspek

amalan, kemahiran dan sikap serta perbezaan berdasarkan jantina guru terhadap

ketiga-tiga aspek tersebut. Kajian ini melibatkan 198 orang responden iaitu terdiri

daripada guru-guru SMK Sri Tanjung, SMK Benut, SMK Ayer Baloi dan SMK Parit

Betak di daerah Pontian. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan. Kajian ini

dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan

data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Data analisis diproses menggunakan

perisian Statistical Packages for Social Sciences for Windows Version 17.0 (SPSS)

dan hasil dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk min, sisihan piawaian, peratusan

dan Ujian t “Independent Samples T-Test”. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P dari ketiga-tiga aspek berada pada tahap

tinggi iaitu aspek amalan (skor min 3.89), aspek kemahiran (skor min 3.86) dan

aspek sikap (skor min 3.86). Manakala, dapatan kajian Ujian t “Independent Samples

T-Test” menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina

dari aspek amalan (p>0.05=0.803), aspek kemahiran (p>0.05=0.518) dan aspek sikap

(p>0.05=0.447) guru terhadap penggunaan BBM dalam proses P&P. Secara

keseluruhannya, guru-guru perlu sedar bahawa penggunaan BBM dalam P&P adalah

penting untuk menarik minat dan meningkatkan prestasi pelajar serta mencapai

objektif pengajaran guru terhadap sesuatu mata pelajaran.

vi

ABSTRACT

The use of teaching aids (BBM) in Teaching and Learning (P&P) processes is very

important for teachers to ensure that the delivery of information related to the

subjects taught is more clear, systematic and better for students to follow. The

purpose of this study was to examine the extent of teachers’ use of BBM in P&P in

four secondary schools of the Pontian district in terms of practice, skills and attitudes

and differences based on teachers' gender in these three aspects. The study involved

198 respondents consist teachers, of SMK Sri Tanjung, SMK Benut, SMK Ayer

Baloi and SMK Parit Betak in the Pontian district. The design of this study is a

survey. This study was carried out using a questionnaire as a research instrument and

the data were analyzed descriptively and inferred. Data analysis is processed using

the Statistical Packages for Social Sciences for Windows Version 17.0 (SPSS)

software and the findings are reported in the form of mean, standard deviation,

percentage and T-Test Independent tests. The findings show that the use of teachers

to BBM in P&P from all three aspects is at high level in the practice aspect (mean

score 3.89), skill aspect (mean score 3.86) and attitude aspect (mean score 3.86).

While T-Test Independent tests results showed that there was no significant

difference base on teachers gender towards the use of BBM in the P&P process; in

the practice aspect (P> 0.05 = 0. 803), skill aspect (p>0.05=0.518 ) and attitude

aspect (p>0.05=0.447). Overall, teachers need to realize that the use of BBM in P&P

is important to attract and improve student performance as well as achieve the

teaching objectives of a subject.

vii

KANDUNGAN

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.7.1 Guru 8

1.7.2 Pelajar 8

1.7.3 Pentadbir Sekolah 8

1.8 Skop Kajian 9

1.9 Batasan Kajian 9

1.10 Kerangka Konseptual 9

1.11 Definisi Istilah dan Pengoperasian 11

1.11.1 Amalan 11

viii

1.11.2 Sikap 12

1.11.3 Kemahiran 12

1.11.4 Guru 12

1.11.5 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 13

1.11.6 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 13

1.11.7 Sekolah 13

1.12 Rumusan 14

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 15

2.2 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 15

2.2.1 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar (BBM) 16

2.2.2 Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 17

2.2.3 Objektif Proses Pengajaran dan Pembelajaran

(P&P) dalam Teknologi Maklumat (ICT) 18

2.3 Amalan Pengajaran 19

2.3.1 Kualiti Pengajaran 19

2.3.2 Kesesuaian Aras Pengajaran 21

2.3.3 Insentif 21

2.4 Kemahiran 23

2.4.1 Kemahiran Mempelbagaikan Strategi

Pengajaran 24

2.4.2 Kemahiran Penilaian Pembelajaran 25

2.4.3 Kemahiran Penggunaan Teknologi

Maklumat (ICT) 25

2.5 Sikap 26

2.5.1 Sikap Dari Aspek Keyakinan 27

2.5.2 Sikap Dari Aspek Kepercayaan 28

2.5.3 Sikap Dari Aspek Motivasi 28

2.6 Kajian-Kajian Lepas 29

2.7 Rumusan 31

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 32

3.2 Reka Bentuk Kajian 32

ix

3.3 Kerangka Operasi Kajian 33

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 35

3.5 Lokasi Kajian 36

3.6 Instrumen Kajian 37

3.6.1 Borang Soal Selidik 37

3.6.2 Kesahan 38

3.6.3 Kebolehpercayaan 39

3.7 Prosuder Pengumpulan Data 42

3.8 Kaedah Analisis Data 42

3.8.1 Analisis Deskriptif 43

3.8.2 Analisis Inferensi 43

3.9 Rumusan 44

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 45

4.2 Analisis Pulangan Soal Selidik 46

4.3 Analisis Demografi Responden 46

4.3.1 Analisis Responden Mengikut Jantina 47

4.3.2 Analisis Responden Mengikut Bangsa 48

4.3.3 Analisis Responden Mengikut Sekolah 49

4.3.4 Analisis Responden Mengikut Mata

Pelajaran 50

4.4 Analisis Persoalan Kajian Pertama 51

4.5 Analisis Persoalan Kajian Kedua 52

4.6 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 55

4.7 Analisis Skor Min Keseluruhan 57

4.8 Ujian Normaliti 57

4.9 Analisis Persoalan Kajian Keempat 59

4.10 Rumusan 61

BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 62

5.2 Perbincangan 63

5.2.1 Amalan Guru Terhadap Penggunaan

BBM dalam P&P 63

5.2.2 Kemahiran Guru Terhadap Penggunaan

x

BBM dalam P&P 65

5.2.3 Sikap Guru Terhadap Penggunaan

BBM dalam P&P 67

5.2.4 Perbezaan Jantina dari Aspek Amalan,

Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap

Penggunaan BBM dalam P&P 69

5.3 Kesimpulan 70

5.4 Cadangan 71

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 72

5.6 Penutup 73

RUJUKAN 75

LAMPIRAN 86

xi

SENARAI JADUAL

3.1 Bilangan Sampel Dari Setiap Sekolah 36

3.2 Pemarkahan Item-Item Skala Likert 38

3.3 Borang Soal Selidik Yang Digunakan

Dalam Kajian 38

3.4 Tahap Kebolehpercayaan Skor Alpah-Cronbach 40

3.5 Skor Alpha Cronbach 41

3.6 Nilai Kebolehpercayaan Instrumen 41

3.7 Tafsiran Nilai Julat Min 43

4.1 Analisis Pulangan Soal Selidik 46

4.2 Analisis Keseluruhan Demografi Responden 47

4.3 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 48

4.4 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 49

4.5 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Sekolah 49

4.6 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut

Mata Pelajaran 50

4.7 Amalan Guru Terhadap Penggunaan BBM dalam P&P 52

4.8 Kemahiran Guru Terhadap Penggunaan BBM dalam P&P 54

4.9 Sikap Guru Terhadap Penggunaan BBM dalam P&P 56

4.10 Analisis Skor Min Keseluruhan 57

4.11 Nilai Skewness dan Kurtosis bagi setiap Aspek 58

4.12 Ujian t “Independent Samples Test” Perbezaan

Jantina dari Aspek Amalan 59

4.13 Ujian t “Independent Samples Test” Perbezaan

Jantina dari Aspek Kemahiran 60

4.14 Ujian t “Independent Samples Test” Perbezaan

Jantina dari Aspek Sikap 60

xii

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka Konseptual 11

3.1 Kerangka Operasi Kajian 34

xiii

SENARAI SINGKATAN

BBM - Bahan Bantu Mengajar

ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PPD - Pejabat Pendidikan Daerah

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SPSS - Statistical Package For Social Science

xiv

SENARAI LAMPIRAN

A Surat Kebenaran 86

B Pengesahan Pakar 90

C Borang Soal Selidik 98

D Analisis Kebolehpercayaan Kajian Rintis 105

E Analisis Kebolehpercayaan Kajian Sebenar 107

F Analisis Data 109

G Jadual Krejcie dan Morgan 118

H Carta Gantt 119

1

BAB 1

PENDHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam sesebuah institusi pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

dapat dilihat sebagai satu kuasa atau pendorong yang penting bagi mencorakkan

modal insan yang dilahirkan. Pengurusan P&P yang dinamis dan sistematik mampu

mengembangkan pembudayaan saintifik, pengetahuan baru, pencetusan idea kreatif

dan inovatif, pembangunan potensi manusia yang lebih mampan serta penyebaran

maklumat (Jantan, 2016). Menurut Hamdan & Mohd Yasin (2010) menyatakan guru

sewajarnya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pendidik dengan mendidik

pelajar dengan sebaik-baiknya supaya pelajar dapat menguasai pembelajaran yang

diajar oleh guru. Oleh itu, penggunaan BBM adalah amat penting dalam proses P&P

bagi menarik minat pelajar serta meningkatkan prestasi pelajar. Justeru itu, guru-guru

harus memainkan peranan penting dalam proses P&P bagi melaksanakan pengajaran

abad ke 21 seperti yang disarankan oleh pihak Kementerian serta menyahut hasrat

Negara untuk menjadi Negara maju menjelang 2020.

Pelbagai faedah dan manfaat yang diperolehi jika guru-guru menggunakan

BBM dalam P&P dan bukan hanya kepada pelajar sahaja bahkan kepada guru itu

sendiri. Oleh yang demikian, pelbagai maklumat yang berguna diperolehi serta dapat

meningkatkan pengetahuan semasa penyediaan BBM terhadap sesuatu topik yang

akan diajari di dalam kelas. Oleh itu, guru dapat menghasilkan pelbagai BBM yang

sesuai dan menarik serta dapat menjana idea yang bernas untuk menentukan aktiviti

yang lebih kreatif di dalam P&P (Noordin & Zainal Abiden, 2010). Di samping itu,

dengan menggunakan BBM yang betul, praktikal dan berinovasi akan dapat

2

meningkatkan lagi pengetahuan dan kefahaman pelajar-pelajar. Manakala, guru-

guru juga dapat menyampaikan idea-idea yang bernas serta lebih berkesan terhadap

P&P.

Proses P&P yang menggunakan BBM sangatlah memberi kesan yang positif

kepada diri pelajar. Menurut Mohd Yasin et al. (2013) dalam dapatan kajian beliau

menyatakan bahawa BBM responden masih lagi tidak mencukupi terutama BBM

yang melibatkan ICT yang terkini. Pengkaji juga berpendapat penggunaan BBM

adalah satu cara untuk meningkatkan pencapaian dan kejayaan bagi pelajar-pelajar

kerana tanpa BBM, proses P&P akan kurang kualiti dan efektif serta pencapaian

akademik akan menurun. Oleh itu, semua guru perlu melaksanakan penggunaan

BBM dalam P&P mereka bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dari pelbagai

aspek. Selain itu, penggunaan BBM dalam P&P di sekolah memerlukan kesediaan

guru dari aspek amalan, kemahiran dan sikap mereka supaya penggunaan BBM

dalam P&P berjalan dengan berkesan dan berkualiti.

Walau bagaimanapun, masih ada lagi di kalangan guru-guru yang kurang

berminat menggunakan BBM dalam P&P. Oleh itu, guru kurang percaya dengan

amalan menggunakan BBM boleh menarik minat pelajar serta meningkatkan prestasi

pelajar dalam proses P&P. Menurut Kamus Dewan (2015), sikap bermaksud lakuan,

kelakuan, perangai atau tingkah laku. Sehubungan dengan itu, guru yang cekap

menguruskan aktiviti P&P dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang

berketerampilan, berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan setiap perlakuan

guru akan menjadi kesan kepada pencapaian pelajar (Stapa et. al. 2012). Di samping

itu, guru perlulah menjadikan pengajaran yang lebih kepada berpusatkan murid

supaya guru mudah membentuk dan menerapkan nilai-nilai serta amalan yang baik

agar dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti dari pelbagai aspek.

Walaupun terdapat reformasi yang telah melanda dunia pendidikan di

Malaysia dari segi kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran dan insentif, sikap

guru terhadap kaedah pengajaran yang lama masih lagi dikekalkan. Justeru itu,

menurut Marzuki (2005) sesuatu proses P&P dianggap berkesan jika sebelum proses

P&P guru telah menyediakan BBM, mendalami isi kandungan yang hendak diajar

dan mempelbagaikan kaedah pengajaran. Maka, guru tersebut dianggap sebagai

seorang guru yang bagus dan berkualiti. Selain itu, beliau juga menyatakan guru

perlu mengetahui kebolehan pelajar menerima pelajaran, dapat mengawal kelakuan

pelajar, memberi motivasi kepada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh dan

3

memberi ujian yang kerap kepada pelajar. Sehubungan dengan Itu, kejayaan sesuatu

P&P dilihat daripada kebolehan seseorang guru mengajar dalam keadaan baik dan

berkesan serta dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar bagi mencapai

kecemerlangan dalam bidang akademik.

Pengendalian BBM bergantung kepada kepakaran atau kemahiran guru dalam

menggunakan bahan tersebut. Tahap kesediaan guru dalam melaksanakan sesuatu

BBM akan terjejas jika guru kekurangan kemahiran dan pengetahuan yang

mencukupi. Menurut Mat Som (2005), keupayaan dan kemampuan guru dalam

melaksanakan BBM dan menangani cabaran-cabaran tugas yang berkaitan

dengannya memerlukan pengetahuan dan kemahiran guru untuk membuat justifikasi.

Oleh yang demikian, memiliki kemahiran yang tinggi merupakan salah satu aspek

yang terpenting dalam menjayakan aktiviti P&P yang berkesan. Persoalannya di sini,

adakah guru perlu bersedia dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru terhadap

penggunaan BBM dalam P&P di sekolah supaya P&P lebih bermakna dan berkesan

serta dapat meningkatkan prestasi pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Amalan guru terhadap BBM dalam P&P sering diperkatakan kebelakangan ini.

Faktor-faktor seperti bahan pengajaran tidak mencukupi, beban mengajar yang

tinggi, kekurangan masa, tidak praktikal, tidak mahir membina bahan secara sendiri

dan sumber kewangan tidak mencukupi merupakan beberapa halangan atau

kekangan yang dihadapi oleh para pendidik untuk melaksanakan dan menyediakan

BBM dalam P&P (Lai et.al., 2002). Manakala menurut Mat Som (2005) menyatakan

terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pihak sekolah dalam

melaksanakan BBM dalam P&P. Tahap kesedaran guru dalam menggunakan BBM

dalam P&P perlu ditekankan kepada faktor-faktor latar belakang guru yang berbeza,

keupayaan guru dari segi pengetahuan, sikap, motivasi dan kemahiran serta lokasi

sekolah akan menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum.

Terdapat beberapa implikasi daripada faktor halangan penggunaan guru

terhadap BBM dalam P&P. Menurut Daud et.al. (2006) yang menyatakan bahawa

terdapat beberapa faktor amalan penggunaan BBM antaranya ialah kurang

4

kepelbagaian kaedah dalam P&P mereka. Para guru masih juga mengamalkan

kaedah pengajaran secara tradisional yang disifatkan sebagai pengajaran berpusatkan

guru semata-mata seperti syarahan, hafalan, soal jawab dan perbincangan. Namun

begitu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh guru bagi mengatasi segala halangan-

halangan penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di sekolah.

Walau bagaimanapun, realitinya masih terdapat guru yang kurang

mengamalkan kualiti pengajaran yang betul dan berkesan. Hal ini boleh dibuktikan

menurut kajian Hamdan et. al. (2004) menyatakan bahawa setiap orang guru mesti

memerlukan penyusunan strategi P&P terlebih dahulu sebelum proses P&P

dijalankan. Oleh itu, bahan-bahan rujukan, aktiviti-aktiviti pelajar, kaedah-kaedah

pengajaran dan guru-guru dapat membuat jadual masa yang mencukupi dengan masa

pengajarannya. Manakala menurut Che Mohd Noor & Ahmad (2015) menyatakan

semasa proses P&P mata pelajaran sejarah dilaksanakan, masih terdapat guru-guru

yang menggunakan kaedah atau teknik membaca buku teks semata-mata dalam

pengajarannya dan menyebabkan murid kurang minat untuk aktif dalam bilik darjah.

Oleh yang demikian, kaedah “chalk and talk” sudah menjadi kebiasaan di dalam

bilik darjah. Hal ini jika diambil peduli sepatutnya tidak berlanjutan kerana akan

menghilangkan minat para pelajar terhadap mata pelajaran sejarah dan menguatkan

lagi tafsiran para pelajar yang menyatakan mata pelajaran tersebut adalah mata

pelajaran yang membosankan. Oleh itu, pembelajaran akan berjalan dengan lancar,

menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang

bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Guru-

guru mestilah mengubah suai strategi pengajaran mengikut keberkesanan

penggunaan sesuatu BBM atau kaedah pengajaran guru seperti kaedah nyanyian

yang mana pelajar-pelajar lebih seronok dan lebih aktif terhadap mata pelajaran yang

dipelajarinya. Ini menunjukkan kaedah ini memberi kesan kepada pelajar

terutamanya prestasi dalam pembelajaran mereka (Hj. Salleh, 2007).

Justeru itu, walaupun terdapat beberapa kursus kemahiran yang telah

dijalankan oleh pihak sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) namun menurut

kajian Mohamed Noh et. al. (2013) menyatakan bahawa guru kurang mahir dalam

mengintegrasikan bahan daripada portal dalam pengajaran walaupun guru ini pernah

menyertai kursus ICT dalam pendidikan sekolah. Oleh itu, dalam kajiannya juga

menyatakan guru tidak kreatif dalam memilih, menyunting dan membina semula

bahan pengajaran daripada bahan-bahan yang sedia ada. Manakala, menurut

5

Mukama dan Andersson (2007) pula menyatakan guru-guru yang berusia tidak mahu

berubah ke arah pengintegrasian komputer di sekolah berbanding guru-guru baru

yang lebih mesra dengan teknologi maklumat. Ini menunjukkan golongan muda lebih

terdedah kepada teknologi yang baru.

Isu mengenai sikap guru akan mencorakkan perlaksanaan BBM dalam

kurikulum di sekolah. Menurut kajian Omar (2014), menyatakan bahawa terdapat

dikalangan guru-guru yang masih lagi tidak berminat dengan penggunaan BBM

dalam P&P mereka. Hal ini disebabkan oleh sikap dan kepercayaan terhadap

penggunaan BBM dalam P&P telah menguasai dalam diri seseorang guru. Namun

begitu, sesetengah guru akan berasa risau dan tidak selesa setiap kali sesuatu bahan

atau alat ICT itu diperkenalkan dalam pendidikan walaupun sesungguhnya

penggunaan ICT dalam P&P sudah lama diperkenalkan. Perkara ini berlaku

disebabkan guru tidak bersedia dengan perubahan kurikulum yang baharu dengan

menggunakan ICT dalam melaksanakan P&P seperti mana yang disarankan

(Mohamed Noh et. al.,2013). Oleh itu, dengan adanya sikap guru yang tidak

keterbukaan terhadap perubahan-perubahan yang terkini yang menyebabkan guru

tidak bersedia untuk menyediakan dan menggunakan BBM dalam P&P di sekolah.

Oleh itu, aspek amalan, kemahiran dan sikap guru merupakan faktor-faktor

yang mempengaruhi penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di sekolah. Walau

bagaimanapun, masih terdapat di kalangan guru-guru yang tidak bersedia terhadap

penggunaan BBM dalam P&P mereka di sekolah dari aspek amalan, kemahiran dan

sikap guru yang mana mereka masih lagi mengajar menggunakan kaedah

konvensional yang lebih di kenali „chalk and talk’. Persoalannya di sini adakah guru-

guru kurang menggunakan BBM, kurang kemahiran dan tidak mempunyai sikap atau

keinginan untuk menggunakan BBM dalam P&P di sekolah.

1.3 Pernyataan Masalah

Sikap guru terhadap penerimaan diawal proses pengenalan sesuatu BBM di sekolah

adalah amat penting. Keputusan guru untuk menggunakan BBM yang dilaksanakan

di sekolah ke dalam intruksi guru boleh memberi kepuasan pelajar belajar dan

6

seterusnya dapat membantu memastikan kejayaan pelaksanaan sesuatu program

(Mohamed Noh et. al., 2013).

Amalan guru menggunakan BBM dalam P&P bukannya perkara asing lagi

dalam dunia pendidikan. Oleh itu, adakah guru-guru bersedia terhadap penggunaan

BBM dalam proses P&P dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru di sekolah.

Menurut kajian Mohamad Said & Yunus (2008) menyatakan bahawa walaupun

pelbagai pembaharuan telah diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) untuk membantu guru mengembangkan kreativiti pelajar, akan

tetapi kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa para guru gagal

meningkatkan kreativiti pelajar dalam bilik darjah. Kekurangan guru menggunakan

BBM dalam P&P boleh menyebabkan aktiviti pelajar dalam bilik darjah akan

menjadi lebih terhad. Oleh yang demikian, Guru-guru yang masih berminat dan

selesa menggunakan kaedah yang lama “chalk and talk” atau kaedah konvensional

semasa proses P&P dijalankan. Justeru itu, akibatnya apabila pelajar mudah hilang

tumpuan dan membuat kerja sendiri ketika proses P&P di jalankan serta akan

mengakibatkan penurunan prestasi murid dalam peperiksaan (Mohamed Arip et.al.,

2014).

Oleh itu, satu kajian perlu dijalankan bagi mengenal pasti persepsi guru

terhadap penggunaan BBM dalam P&P dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru

dalam menggunakan BBM dalam P&P di sekolah. Oleh itu, perbezaan yang

signifikan penggunaan BBM dalam P&P berdasarkan jantina dari aspek amalan,

kemahiran dan sikap guru turut dikaji oleh pengkaji dalam kajian ini.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah seperti yang berikut :

1) Mengenal pasti amalan guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM)

dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

2) Mengenal pasti kemahiran guru terhadap penyediaan bahan bantu mengajar

(BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

3) Mengenal pasti sikap guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM)

dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

7

4) Mengenal pasti perbezaan berdasarkan jantina guru terhadap penggunaan bahan

bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dari aspek

amalan, kemahiran dan sikap guru.

1.5 Persoalan Kajian

Antara persoalan kajian yang telah dibentuk adalah seperti yang berikut :

1) Sejauhmanakah amalan guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM)

dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)?

2) Sejauhmanakah kemahiran guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar

(BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)?

3) Sejauhmanakah sikap guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM)

dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)?

4) Adakah terdapat perbezaan berdasarkan jantina guru terhadap penggunaan bahan

bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dari aspek

amalan, kemahiran dan sikap guru?

1.6 Hipotesis Kajian

Antara hipotesis yang diuji bagi menjawab persoalan kajian dalam kajian ini adalah

seperti berikut :

H0 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan, kemahiran dan

sikap terhadap penggunaan BBM dalam P&P berdasarkan jantina.

1.7 Kepentingan Kajian

Mengenal pasti dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru terhadap penggunaan

BBM dalam P&P di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian

8

merupakan tujuan kajian yang dijalankan. Dengan adanya kajian ini diharapkan agar

dapat menyelesaikan masalah guru terhadap penggunaan BBM dalam P&P. Kajian

ini juga mempunyai kepentingan kepada:

1.7.1 Guru

Kajian ini banyak memberi manfaat kepada para guru kerana dari kajian ini kita akan

dapati apakah persepsi guru terhadap pengunaan BBM dalam P&P dan bagaimana

cara guru mempraktikkan BBM dalam P&P mereka di dalam kelas. Ianya juga dapat

membantu guru dalam merancang dan membuat persediaan sebelum sesuatu P&P

bermula.

1.7.2 Pelajar

Kajian ini banyak memberi manfaat kepada para pelajar yang mana dapat mengenal

pasti BBM yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka dan guru dapat

mempraktikkannya di dalam bilik darjah dengan berkesan. Pengkaji mengharapkan

dengan adanya kajian ini, pelajar akan lebih berminat terhadap mata pelajaran yang

dipelajari dan mendapat pencapaian yang lebih cemerlang.

1.7.3 Pentadbir Sekolah

Kajian ini penting untuk pihak pentadbir sekolah kerana pihak sekolah mudah untuk

memilih BBM bersesuaian dengan teknik atau kaedah pengajaran guru. Selain itu,

pihak sekolah juga perlu menyediakan kemudahan peralatan dan tempat guru

menggunakan BBM supaya P&P berjalan dengan lancar, berkualiti dan berkesan. Di

samping itu, pihak pentadbir sekolah perlu menyediakan bilik khas untuk

penyimpanan, pembinaan BBM dan baik pulih peralatan. Selain itu, pihak pentadbir

9

juga perlu memberi perhatian kepada Pusat Sumber Sekolah supaya melengkapkan

BBM yang mencukupi dan sempurna untuk kegunaan oleh semua guru setiap mata

pelajaran.

1.8 Skop Kajian

Kajian ini adalah mengenai penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di Sekolah

Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian dari aspek amalan, kemahiran dan

sikap guru. Dalam kajian ini juga, penyelidik ingin mengenal pasti perbezaan yang

signifikan terhadap amalan, kemahiran dan sikap guru terhadap penggunaan BBM

dalam P&P berdasarkan jantina.

1.9 Batasan Kajian

Tahap penggunaan guru terhadap BBM dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru

di sekolah perlu dijalankan sesuatu kajian. Sampel kajian ini diambil dari kalangan

guru-guru di 4 buah sekolah daripada 13 buah Sekolah Menengah Kebangsaan

(SMK) daerah Pontian yang merupakan sekolah luar bandar yang telah dilengkapi

dengan kemudahan ICT. Selain itu, guru-guru juga terlibat dalam penggunaan BBM

mahupun masih menggunakan kaedah konvensional dalam P&P mereka di dalam

bilik darjah.

1.10 Kerangka Konseptual

Faktor-faktor yang berkaitan dengan penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian seperti mana yang

dipaparkan dalam rajah 1.1 iaitu yang berkaitan dengan kerangka konsep kajian.

Pengkaji akan mengkaji faktor guru yang mana sebagai pemboleh ubah bersandar

10

dalam kajian ini. Aspek amalan, kemahiran dan sikap guru terhadap penggunaan

BBM dalam P&P di sekolah sebagai pemboleh ubah tidak bersandar merupakan

faktor-faktor atau masalah yang perlu dikaji dalam kajian ini. Di dalam kajian ini,

amalan merujuk kepada kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran dan insentif

(Mohd Jackie et.al.,2016). Manakala kemahiran mempelbagaikan strategi

pengajaran, kemahiran penilaian pembelajaran dan kemahiran penggunaan teknologi

maklumat (ICT) tertumpu kepada bahagian kemahiran (Ahmad & jinggan, 2015).

Sikap pula merujuk kepada keyakinan, kepercayaan dan motivasi. Pembentukan

amalan, kemahiran dan sikap akan mempengaruhi penggunaan guru terhadap BBM

dalam P&P di sekolah.

Di samping mengkaji tentang penggunaan guru terhadap BBM, pengkaji juga

mengkaji tahap penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P berdasarkan perbezaan

jantina guru iaitu lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, faktor-faktor tersebut

boleh menyebabkan halangan guru terhadap penggunaan BBM semakin berat dan

bertambah seperti dapatan hasil kajian yang lepas.

Dapatan kajian yang lepas menyatakan bahawa motivasi, sikap, pengetahuan

dan kemahiran professional serta tumpuan guru di antara salah satu faktor halangan

penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P. Apabila terdapat perubahan dari segi

kurikulum dan inovasi, maka para guru akan berasa kurang selesa terhadap

perubahan tersebut dan sedikit sebanyak akan mengubah peranan mereka di dalam

kelas. Justeru itu, para guru sebagai pelaksana dasar kerajaan perlu mengambil

inisiatif untuk berubah dengan mengubah cara berfikir dan cara bertindak kepada

sesuatu yang kreatif dan berinovatif. Guru pada hari ini dan pada masa depan bukan

lagi berperanan sebagai penyampai maklumat kerana maklumat boleh diperoleh

sendiri oleh para pelajar melalui pelbagai media elektronik dan media cetak. Hasil

daripada kajian dapat mengenal pasti halangan atau kekangan yang berlaku terhadap

penggunaan BBM dalam proses P&P di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di

daerah Pontian supaya pihak atasan, penggubal kurikulum dan pihak jabatan

mengambil perhatian yang sewajarnya. Oleh itu, cadangan-cadangan yang diberikan

dalam bab seterusnya akan dapat menyelesaikan masalah yang timbul dengan

secepat mungkin. Kerangka konsep yang dicadangkan dalam kajian ini adalah seperti

berikut:

11

output

Rajah 1.1 : Faktor-faktor halangan yang akan dikaji penggunaan guru terhadap BBM

dalam P&P di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian

1.10 Definisi Istilah dan Pengoperasian

Pengkaji akan mendefinasikan beberapa perkataan atau istilah yang digunakan dalam

kajian ini seperti yang berikut bagi mnggelakkan kesalahan dan pemahaman oleh

pembaca:

1.10.1 Amalan

Guru yang mempelbagaikan teknik pengajaran, menyediakan pelbagai BBM dan

mendalami isi kandungan yang hendak diajar menunjukkan bahawa amalan guru itu

GURU

Amalan

- Kualiti pengajaran

- Kesesuaian aras

pengajaran

- Insentif

Sumber adaptasi daripada

(Mohd Jackie et.al.,2016)

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Kemahiran

- Kemahiran

Mempelbagaikan

Pengajaran

- Kemahiran Penilaian

Pembelajaran

- Kemahiran Penggunaan

ICT

Sumber adapatasi daripada

(Ahmad & jinggan, 2015)

Sikap

- Keyakinan

- Kepercayaan

- Motivasi

Sumber adapatasi daripada

Yaacob, 2003.

Mohamed Noh et. al. (2013)

Jaffar et.al (2001)

12

adalah berkesan. Dalam konteks kajian ini, amalan bermaksud sikap atau tingkah

laku yang sering dipraktikkan. Penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

1.10.2 Sikap

Sikap bermaksud perbuatan atau pandangan yang berdasarkan kepada sesuatu

pendapat. Dalam kajian ini, ia membawa maksud perbuatan atau pandangan guru

terhadap penggunaan BBM dalam P&P di sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

daerah Pontian.

1.10.3 Kemahiran

Kemahiran membawa maksud kepandaian dan kecekapan. Dalam kajian ini, ia

membawa maksud kebolehan dan kecekapan guru dalam menguasai aspek

kemahiran dalam menyediakan dan menggunakan BBM dalam P&P di Sekolah

Menengah Kebangsaan (SMK) di Derah Pontian

1.11.4 Guru

Guru bermaksud seseorang guru yang menyediakan dan mengeluarkan bahan

pengajaran, mengajar pelajarnya di Istitusi Pendidikan dan memeriksa jawapan

pelajar yang telah dikembalikan atau melalui pusat pendidikan jarak jauh. Dalam

kajian ini, guru-guru yang mengajar mengikut mata pelajaran yang telah ditentukan

oleh pihak pentadbir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di daerah Pontian

berdasarkan kurikulum yang telah dibekalkan.

13

1.11.5 Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh

guru atau pelajar untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam

kelas. Dalam kajian ini, BBM bermaksud peralatan atau bahan yang digunakan oleh

guru dan pelajar dalam proses P&P yang melibatkan peralatan atau bahan berinovasi

seperti guru menggunakan peralatan komputer, multimedia, perisian, kad imbasan,

buku teks dan sebagainya dalam P&P bagi meningkatkan perasaan ingin tahu,

menarik dan lebih fokus belajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh

guru.

1.11.6 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Pengajaran ialah sesuatu tugasan atau aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru

dan muridnya. Tanpa salah satu daripadanya pengajaran tidak akan berlaku.

Pengajaran dirancang oleh guru secara sistematik dengan menggunakan kaedah dan

teknik yang sesuai bagi mencipta lingkungan yang memungkinkan terjadinya proses

belajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang secara relatifnya kekal

sama ada dalam bentuk yang eksplisit atau implisit (Shahabuddin et. al. 2003).

1.11.7 Sekolah

Sekolah dalam kajian ini menunjukkan kepada pelajar yang berumur 13 tahun hingga

19 tahun di empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) luar bandar di

daerah Pontian . Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) tersebut mempunyai guru

lelaki dan perempuan.

14

1.12 Rumusan

Tajuk-tajuk mengenai pengenalan kajian, latar belakang kajian, pernyataan masalah

kajian akibat daripada isu-isu penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P dari aspek

amalan, kemahiran dan sikap telah diterangkan dengan terperinci di dalam bab ini.

Oleh itu, dengan adanya persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian dan

kerangka konsep akan memberikan maklumat kepada pembaca. Manakala dalam

kajian ini akan mendefinasikan perkataan atau istilah yang akan digunakan untuk

memudahkan pembaca memahami perkataan atau istilah.

15

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini mengetengahkan tentang beberapa kajian terdahulu yang ada kaitan dengan

objektif kajian ini. Dalam bab ini juga membincangkan faktor-faktor yang penting

dalam pembacaan literatur yang merangkumi faktor amalan kesediaan guru terhadap

penggunaan BBM dari aspek kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran dan

insentif. Manakala aspek kemahiran mempelbagaikan strategi pengajaran, kemahiran

penilaian pembelajaran dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat (ICT)

merupakan faktor-faktor di bahagian kemahiran. Faktor sikap guru terhadap bahan

bantu mengajar (BBM) pula merangkumi aspek keyakinan, kepercayaan dan

motivasi dalam menggunakan BBM dalam P&P. Diharapkan kajian literatur ini

dapat membantu pembaca memahami latar belakang kajian yang dijalankan dengan

lebih jelas lagi.

2.2 Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Proses transformasi dalam bidang pendidikan memerlukan perubahan yang drastik

daripada gaya P&P secara konvensional kepada gaya pembelajaran yang moden

dengan menggunakan BBM yang berteknologi tinggi sejajar dengan peredaran

zaman pada masa kini. Tugas guru kian mencabar kesan daripada perubahan dunia

ke era globalisasi yang positif mahupun negatif (Zain 2002, Nik Yusof 2002). Guru-

16

guru yang kreatif dan inovatif boleh dicontohi kepada guru-guru yang lain kerana

menggunakan BBM yang sedia ada atau menghasilkan BBM yang baru untuk proses

P&P. Dalam kajian Jasmi et al. (2011) menyatakan BBM berfungsi sebagai pemudah

cara untuk guru bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran yang berpusatkan

kepada pelajar. Dalam kajian mereka juga menyatakan sebanyak 25 peratus sahaja

penglibatan guru di dalam bilik darjah.

Justeru itu, pelbagai bentuk BBM yang boleh meningkatkan kefahaman serta

pencapaian pelajar mengikut sesuatu topik yang mereka akan pelajari. Menurut

Ahmad Zanzali & Daud (2010) menyatakan bahawa penggunaan buku teks, papan

hitam dan kapur tulis sahaja tidak mencukupi sebagai kaedah pengajaran guru dalam

proses P&P, bahkan guru perlu menggunakan teknologi dalam proses P&P bagi

meningkat minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajarinya serta

kaedah tersebut juga merupakan pembelajaran secara interaktif terhadap pelajar.

Oleh itu, kaedah dan teknik P&P sahaja tidak mencukupi dan menjamin berlakunya

proses P&P dengan jayanya dan berkesan terhadap objektif pengajaran tanpa

menggunakan BBM.

Oleh yang demikian, BBM memainkan peranan yang penting bukan sahaja

untuk menarik minat pelajar, bahkan untuk pelajar memahami sesuatu konsep

dengan mudah dalam P&P mereka. Penggunaan BBM dalam proses P&P merupakan

satu alternatif dalam usaha menjayakan sesuatu P&P. Peranan guru adalah penting

untuk mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah (Haji Hassan, 2004).

2.2.1 Jenis-Jenis Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Penggunaan kaedah yang bersesuaian dengan dengan topik yang hendak dipelajari

adalah amat penting dalam proses P&P. Hal ini kerana, bagi menarik minat pelajar

terhadap proses P&P dan sekaligus pelajar akan memberikan tumpuan sepenuhnya

terhadap sesuatu topik yang akan mereka pelajari. Setiap guru adalah sebagai

fasilitator yang mana mereka harus ketahui dan memahami bagaimana sesuatu

kaedah atau teknik itu dapat membantu dalam proses P&P serta merancang proses

P&P berorientasikan pelajar (Zainal Azir, 2017).

17

Justeru itu, menurut Jasmi et al. (2011) menyatakan bahawa BBM

diklasifikasikan kepada dua jenis pola iaitu BBM berbentuk pola dan BBM

berbentuk bukan pola. Terdapat enam jenis BBM iaitu buku teks, komputer dan LCD

merupakan pola yang utama. Manakala, kertas edaran dan modul, buku rujukan,

kertas mahjong dan gambar adalah BBM yang berbentuk pola sampingan. Selain itu,

BBM seperti carta, kaset, bahan maujud, akhbar dan keratan, buku latihan, movie

dan video, radio, fail audio, papan hitam dan putih, kertas manila kad, folio dan OHP

serta transparensi merupakan BBM yang tidak membentuk pola.

Walau bagaimanapun, menurut Musa & Mohamad (2014) menyatakan

bahawa BBM boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu elektronik dan bukan

elektronik. Di antara BBM seperti radio, projektor dan salaid, televisyen, video dan

alat yang berbantukan komputer adalah BBM berbentuk elektronik. Manakala

majalah, model, kad imbasan, jurnal dan gambar yang berkaitan dengan P&P

merupakan BBM jenis bukan elektronik. Penggunaan BBM dalam proses P&P

adalah untuk menarik minat pelajar terhadap sesuatu topik yang akan mereka pelajari

dengan menimba pengalaman yang menyeronokkan.

2.2.2 Bahan Bantu Mengajar (BBM) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

(P&P)

Pada zaman yang serba canggih dan berteknologi, guru perlu mengubah tingkah laku

ke atas diri seorang pelajar dengan mempunyai rasa tanggungjawab memberikan

ilmu dan pendidikan kepada mereka. Hamdan et.al. (2004) menyatakan bahawa bagi

memastikan setiap objektif pengajaran guru tercapai, guru perlu menyusun strategi

pengajaran terlebih dahulu sebelum proses P&P dijalankan. Tempoh masa

pengajaran mestilah mencukupi dengan jadual masa yang telah ditetapkan jika guru

tersebut telah bersedia dengan kaedah-kaedah, aktiviti-aktiviti pelajar dan bahan

rujukan sebelum proses P&P dijalankan.

Justeru itu, guru perlu meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan menguasai

teknologi terkini yang sentiasa berubah-ubah bagi menangani perubahan dalam P&P.

Di dalam diri seorang guru mestilah mengamalkan budaya membaca, budaya

menulis dan budaya berfikir sebelum dan semasa proses P&P dijalankan. Menurut

18

Buntat & Ahamad (2012) dalam kajiannya menyatakan bahawa kebanyakan

responden menarik minat pelajar dengan menggunakan kaedah membina set induksi

pada awal isi pelajaran untuk pelajar lebih memahami mata pelajaran yang akan

diajar. Oleh itu, responden juga memudahkan proses P&P mereka dengan

menggunakan perisian power point dan peralatan teknologi yang telah dibekalkan

oleh pihak Kementerian. Selain itu, beliau juga bersetuju dengan taknik kemahiran

berfikir yang melibatkan pengajaran yang berpusatkan pelajar yang mana akan

melatih pelajar berdikari untuk berfikir tanpa bantuan guru untuk mencari sebarang

maklumat.

2.2.3 Objektif Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam Teknologi

Maklumat (ICT)

Pengajaran abad ke 21 yang mementingkan penggunaan teknologi maklumat (ICT)

sebagai satu BBM dalam P&P semakin diperkatakan bagi meningkatkan kesediaan

guru-guru di sekolah terhadap kemahiran menggunakan peralatan teknologi tersebut.

Oleh yang demikian, menurut Mohsin & Hassan (2011) menyatakan

kepentingan menggunakan BBM dalam proses P&P di kalangan guru adalah

membantu guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dalam proses P&P,

menjimatkan masa dan tenaga guru dalam menyediakan BBM, membantu guru

menyahut cabaran dengan mempertingkatkan potensi penggunaan teknologi terkini,

memberi kesan positif ke atas pelajar dalam proses P&P, kesejagatan sumber P&P

dan yang terakhir ialah penyediaan guru terhadap penggunaan BBM dalam P&P

sejajar dengan abad ke 21. Oleh itu, guru perlulah mempunyai sikap yg positif serta

mempersiapkan diri terhadap penyediaan serta penggunaan BBM dalam P&P di

sekolah.

19

2.3 Amalan Pengajaran

Peranan guru adalah penting dalam mendidik para pelajar dan di dalam kelas pula

guru sebagai pendidik, fasilitator dan pemudahcara. Oleh yang demikian,

mempelbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan BBM dan mendalami isi

kandungan yang hendak diajar merupakan amalan guru yang berkesan terhadap

proses P&P. Dengan kata lain, jika ada kemampuan guru itu sendiri untuk mengajar

dengan baik dan berkesan maka akan terhasil P&P yang berkesan terhadap guru dan

pelajarnya. Selain itu, guru juga dapat meningkatkan semangat dan memotivasikan

pelajar agar terus belajar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik

(Marzuki, 2005). Walau bagaimanapun, sesebuah sekolah boleh dijadikan sebagai

pusat kecemerlangan jika guru berusaha untuk mempertingkatkan pengajarannya di

dalam bilik darjah. Ini kerana, sekolah merupakan tempat penyebaran ilmu

pengetahuan, pembentukkan keperibadian pelajar dan penyampaian pelbagai jenis

kemahiran (Said & Mohamad,2011). Menurut Marzuki (2005) menyatakan beliau

telah mengkaji bahawa model pengajaran Slavin (1994) adalah membuat kajian yang

baik terhadap amalan pengajaran guru dibeberapa buah sekolah di Malaysia. Oleh

itu, dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa guru-guru menggunakan kualiti

pengajaran, memberi insentif kepada pembelajaran murid, menggunakan masa secara

optimum dan kesesuaian tahap pengajaran mengikut tahap kebolehan pelajar

merupakan faktor-faktor dalam model pengajaran yang berkesan.

2.3.1 Kualiti Pengajaran

Kualiti dalam pendidikan adalah susah untuk didefinasikan dan diukur di mana

kesemua hasil pembelajaran yang diterima oleh murid daripada guru dan juga

persekitaran institusi itu sendiri. Masalah kualiti merupakan perkara yang

menyeluruh dan tanpa kualiti, perkhidmatan dan pasaran produk tidak maju dengan

jayanya. Oleh yang demikian, sesebuah organisasi memerlukan perkhidmatan yang

berkualiti sebagai ciri yang utama untuk menjadikan organisasi yang terkenal serta

berdaya saing. Kualiti juga sebagai mencerminkan kegemilangan (Ashraf & Ibrahim,

20

2009). Manakala menurut Marzuki (2005) menyatakan bahawa keseronokkan pelajar

untuk belajar, kemahiran atau konsep yang mudah difahami oleh pelajar dan

kesanggupan guru untuk menyampaikan pengajaran merupakan kualiti sesuatu

pengajarannya di sekolah.

Menurut Witmuishwara & Ahmad (2015), antara faktor yang menyumbang

ke arah sekolah berkualiti adalah proses P&P yang berkualiti. Manakala proses P&P

pula bergantung pada faktor kualiti pengajaran guru. Dalam Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan 2006-2010 menyatakan para guru memainkan peranan

yang utama dalam memastikan kualiti P&P bagi mata pelajaran yang diajar berapa

ditahap yang memuaskan. Pemantauan, penilaian dan penambahbaikan menjadi

elemen yang ditekankan dalam kitaran perancangan bagi memajukan sisten

pendidikan Negara.

Oleh yang demikian, untuk meningkatkan mutu pengajaran supaya menjadi

bertambah berkesan dan apa yang sebenarnya berlaku dalam bilik darjah maka perlu

adanya penyeliaan guru besar agar kelemahan dapat diperbaiki dan amalan-amalan

yang baik dapat dikukuhkan (Aminuddin,2005). Manakala menurut Said &

Mohamad (2011) pula menyatakan bahawa pemantauan keberkesanan pengajaran

disebuah sekolah berdasarkan aspek yang penting iaitu penyeliaan. Tambahan pula,

membantu guru menyelaraskan aktiviti pengajaran, dapat mengembangkan potensi

diri, merangsang guru untuk mencapai prestasi kerja yang cemerlang serta mengatasi

sebarang kekurangan sekiranya ada merupakan perkara-perkara kebaikan jika

penyeliaan dilakukan.

Selain itu, Mohamad Jackie et. al. (2016) menyatakan pengajaran berkualiti

merangkumi kepelbagaian kaedah pengajaran dengan menggunakan kaedah yang

terkini dan mengaplikasikan kaedah pengajaran secara hands-on. Para guru perlu

menggunakan BBM yang bersesuaian dengan keperluan pelajar. Tumpuan kepada isi

kandungan pengajaran hendaklah yang terkini mengikut perubahan persekitaran dan

memperkembangkan serta mengubah aspek selain isi kandungan pengajaran seperti

perubahan terhadap kepercayaan, sikap dan nilai mengenai kerjaya keguruan, kanak-

kanak dan strategi pengajaran. Beliau juga menyatakan penilaian merupakan sesuatu

pengajaran yang berkualiti yang mana penilaian terhadap pengajaran dari segi

perkembangan jasmani, emosi, rohani intelek dan sosial.

21

2.3.2 Kesesuaian Aras Pengajaran

Aras pengajaran yang sesuai bermaksud pengajaran mestilah sesuai dengan

keupayaan dan kebolehan pelajar. Jika aras pengajaran guru tinggi, pelajar yang

lemah tidak dapat mengikutnya, akhirnya mereka akan ketinggalan dalam

pelajarannya. Apabila menggunakan aras yang rendah, pelajar-pelajar yang cerdik

pula tidak akan memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Perkara seperti ini

akan merugikan pelajar yang cerdik yang mana guru terpaksa menumpukan lebih

banyak masa kepada pelajar yang lemah. Salah satu cara untuk mengatasinya ialah

guru perlu mengumpulkan pelajar yang cerdik ke dalam satu kumpulan dan pelajar

yang lemah dalam satu kumpulan yang lain berdasarkan kebolehan dan penguasaan

sesuatu kemahiran (Marzuki, 2005).

Walau bagaimanapun, menurut Mohamad Jackie et.al. (2016), menyatakan

kurikulum yang digubal oleh kerajaan adalah sama tetapi isi kandungannya adalah

berbeza berdasarkan tahap keupayaan, gaya pembelajaran dan minat kanak-kanak

yang berlainan. Manakala semasa proses P&P, aktiviti pengajaran guru seharusnya

berdasarkan kepelbagaian kanak-kanak dalam aspek keupayaan, gaya pembelajaran

dan minat. Proses penilaian pula hendaklah yang berbeza-beza berdasarkan tahap

keupayaan, gaya pembelajaran dan minat kanak-kanak yang berlainan dan tahap

sokongan yang berbeza-beza data guru mengenal pasti daripada proses penilaian.

2.3.3 Insentif

Insentif merupakan semangat guru untuk mendorong dengan memberikan motivasi

kepada pelajar. Selain itu, berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh dan

memberikan motivasi kepada pelajar untuk menyiapkan kerja-kerja yang diberikan

oleh guru juga merupakan sesuatu insentif. Oleh itu, untuk memberi galakkan kepada

pelajar supaya belajar adalah dengan memberikan motivasi kepada pelajar-pelajarnya

dengan menggunakan dua teknik atau keadaan. Keadaan yang pertama melibatkan

penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P yang boleh menarik perhatian pelajar

terhadap sesuatu mata pelajaran dan merupakan aktiviti yang menyeronokkan.

22

Pertama, guru perlu menyediakan BBM yang boleh menarik minat pelajar dan

menyeronokkan. Manakala keadaan yang kedua guru memberikan denda atau

hukuman kepada pelajar yang tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran dan guru

memberikan ganjaran atau pujian kepada pelajar yang dapat menguasai sesuatu

kemahiran. (Marzuki, 2005). Menurut kajian Said & Taha (2010) menyatakan

motivasi ekstrinsik amat berlawanan dengan motivasi intrinsik, yang mana merujuk

kepada melakukan sesuatu perkara hanya kerana keseronokan semata-mata. Ia juga

seperti faktor insentif yang diperolehi, perhatian dan juga pujian pihak lain yang

merupakan faktor penggerak luaran. Manakala, motivasi ekstrinsik ialah kerelaan

seseorang untuk melakukan sesuatu kerja atau tugas atas alasan tidak mahu dihukum

dan mengharapkan ganjaran luaran (Mohd & Hassan, 2002).

Manakala Mohamad Jackie et.al (2016) menyatakan bahawa insentif

merupakan pembelajaran yang memerlukan kanak-kanak memberikan tumpuan

sepenuhnya kepada P&P, melaksanakan tugasan dengan baik dan belajar dengan

tekun. Hal tersebut akan tercapai jika mereka diberikan motivasi secara berterusan

untuk melakukan aktiviti tersebut. Motivasi tersebut melibatkan dua sumber iaitu

pertama, nilai instrinsik yang menimbulkan minat kanak-kanak kerana penggunaan

kaedah pengajaran guru yang menarik. Manakala kedua, faktor ekstrinsik yang

diwujudkan seperti pujian. Selain itu, dalam kajian Nor et.al. (2016) menyatakan

bahawa majlis meraikan kejayaan dan pencapaian murid dalam sesuatu pertandingan

sering diadakan baik secara normal mahupun pada masa perhimpunan mingguan.

Perkara ini akan mewujudkan rasa dihargai dan bangga dalam diri murid dan

memberi kesan terhadap keberhasilan murid.

Faktor matlamat merupakan faktor yang mempengaruhi motivasi instrinsik

seseorang pelajar itu. Seseorang pelajar akan berusaha untuk mendapatkan gred atau

keputusan yang cemerlang jika pelajar tersebut mempunyai motivasi yang tinggi

dalam diri mereka. Manakala peneguhan positif merupakan sesuatu perkara yang

menyebabkan perubahan positif atau kemajuan dalam pelajaran yang dapat

menggalakkan minat pelajar untuk mendapatkan gred yang baik dalam peperiksaan

(Nasir & Hamzah 2014).

23

2.4 Kemahiran

Pada masa kini, kepelbagaian dalam menggunakan BBM dalam P&P adalah amat

penting bagi mewujudkan persekitaran yang boleh menarik minat pelajar terhadap

sesuatu mata pelajaran. Justeru itu, kajian Hill, Rowan dan Ball (2015) menyatakan

pengetahuan dan kemahiran guru adalah lebih penting daripada persiapan guru untuk

mengajar. Hal ini disebabkan guru memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang

tinggi bagi menerangkan sesuatu konsep yang sukar menggunakan kaedah yang

pelbagai (Shulman, 2006,2007). Seseorang guru mestilah mempunyai pengetahuan

dan kemahiran. Sebelum berlakunya sesuatu P&P, guru-guru perlu mempunyai

kemahiran mengajar seperti aktiviti penyampaian, perancangan, pengelolaan dan

bimbingan. Tujuan kemahiran mengajar ini digunakan adalah untuk menyebarkan

kemahiran dan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar secara berkesan dengan

menggunakan pendekatan, teknik, strategi dan kaedah mengajar yang berlandaskan

teori P&P dalam bilik darjah.

Oleh yang demikian, Yahaya et. al. (2010), menyatakan bahawa kemahiran-

kemahiran seperti kemahiran set induksi, kemahiran pengukuhan, kemahiran

pelbagai variasi rangsangan, kemahiran menggunakan ilustrasi dan kemahiran

penyoalan yang sepatutnya perlu dimiliki oleh seseorang guru untuk menghasilkan

BBM yang berkesan. Dalam kajian beliau ada menyatakan bahawa kemahiran

menyampaikan isi pelajaran yang digunakan oleh guru adalah amat penting untuk

pelajar menerima sesuatu pengajaran yang dipersembahkan terhadap sesuatu mata

pelajaran atau topik dan kemahiran ini juga menunjukkan keberkesanan kaedah atau

teknik guru menjalankan P&P di sekolah. Justeru itu, sebanyak 80% responden

mengakui bahawa kemahiran penerangan yang digunakan oleh guru dalam P&P

amatlah berkesan dan diterima dalam pengajaran mereka. Oleh itu, menurut kajian

Ahmad & Jinggan (2015) menyatakan bahawa guru-guru yang cekap dari aspek

kemahiran mengajar akan mengajar secara teratur atau bersistematik, penyusunan

kaedah dari peringkat permulaan dengan penerangan mengenai konsep,

menggunakan kemahiran dan ilmu pengetahuan. Manakala langkah yang terakhir

pula dengan menggunakan peneguhan dan pengukuhan terhadap pelajar-pelajar.

kompetensi guru dari aspek kemahiran mengajar akan memudahkan pengajaran yang

sistematik, kaedah-kaedahnya iaitu daripada peringkat permulaan diikuti dengan

24

perkembangan konsep menggunakan ilmu pengetahuan serta kemahiran dan

akhirnya dengan pengukuhan dan peneguhan. Dalam kajian ini, pihak pengkaji telah

memilih tiga kemahiran yang paling utama iaitu kemahiran mempelbagaikan strategi

pengajaran, kemahiran membuat penilaian pembelajaran dan kemahiran

menggunakan teknologi maklumat (ICT).

2.4.1 Kemahiran Mempelbagaikan Strategi Pengajaran

Kemahiran mengajar seperti pendekatan, teknik dan kaedah merupakan kemahiran

mengajar yang perlu ada pada diri seorang guru semasa dan sebelum menjalankan

sesuatu P&P. Sebelum menjalankan proses P&P, guru-guru mestilah menguasai

kemahiran pendekatan, kaedah dan teknik tersebut untuk dilaksanakan dalam proses

P&P di sekolah. Menurut Mohd Ariff Albakri et.al (2001) menyatakan kaedah

pengajaran yang berkesan, guru khususnya perlu mempersiapkan diri dengan kaedah

pengajaran yang benar-benar berkesan, agar pelajar ini mendapat manfaat yang

semaksimumnya. Oleh yang demikian, guru wajar mengaplikasikan BBM dalam

P&P agar prestasi pelajar dapat dipertingkatkan. Oleh itu, guru-guru perlu prihatin

dan mengambil kira latar belakang pelajar dari segi bangsa dalam mengendalikan

proses P&P.

Oleh yang demikian, Ahmad & Jinggan (2015) pula menyatakan guru

seharusnya menggunakan teknik yang sesuai untuk membangkitkan minat murid

dalam proses P&P. Teknik soal jawab, tunjuk cara, menghafal, latihan dan latih tubi

adalah teknik-teknik yang biasa digunakan oleh guru terhadap sesuatu mata

pelajaran. Hakikatnya, pelajar-pelajar akan mudah memahami apa yang hendak

disampaikan oleh guru semasa proses P&P dijalankan jika guru menguasai kaedah

atau cara penyampaian dengan baik dalam pengajarannya. Sabilan (2014)

menyatakan bahawa guru yang berusaha memahami gaya pembelajaran lebih awal,

boleh menggunakannya sebagai membaiki kelemahan pelajar dan menjadikannya

sebagai asas untuk membina kekuatan pengajaran. Kadang kala ada kaedah

pengajaran yang dirasakan sesuai tetapi masih tidak mampu meningkatkan

pencapaian kesemua murid. Kepelbagaian tahap penerimaan pelajar terhadap

maklumat yang cuba disampaikan akibat daripada gaya pembelajaran yang beza-beza

75

RUJUKAN

A. Rashid,N. et al. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor : Oxford Fajar Sdn.

Bhd.

A.Ashraf, M. & Ibrahim, Y.( 2009). Perkembangan Pendidikan Di Malaysia.

Bentong, Pahang:PTS Pub & Distributor Sd. Bhd.

Abd. Hamid. M.A., (2001). Pengenalan Pemikiran Kritis & Kreatif. Universiti

Teknologi Malaysia.

Abdul Ghafar, M.N.(2014). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Cetakan

Keempat. Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Razak, R. (2013). Strategi Pembelajaran Aktif Secara Kolaboratif Atas Talian

Dalam Analisis Novel Bahasa Melayu. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia

Pasifik. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya.

Abdullah, M. (2012). Constructing A Framework In Applying Psychomotor Domain

Model For Electrical Installation Workshop Course. Universiti Teknologi

Malaysia.

Ahmad Zanzali, N.A & Daud, N.D (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di

Kalangan Guru Pelatih Yang Mengajar Mata Pelajaran Matematik. Fakulti

Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad, M.S & Madon.Z (2007). “Tip Pandai Belajar”. Kuala Lumpur:PTS

Millenia

Ahmad, S.T & Tamuri, A.H.(2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan BBM

Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-Qaf. Journal Of

Islamic and Arabic Education 2(2).53-64.

Aminudin, A. (2005). Penyeliaan dan Penilaian. Kertas kerja yang dibentang dalam

Seminar Kepimpinan Instruksional Untuk Pengetua / Guru Besar.

Amirudin. M.H. (2009). Kemudahan, Sikap dan Kemahiran Teknologi Maklumat

dan Komunikasi (TMK) dalam Kalangan Guru-Guru Program Pendidikan

76

Khas Sekolah Menengah Teknik di Malaysia. Tesis Sarjana Pengajian

Pendidikan.

Anuar, A. & Jinggan,N. (2015). Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru Dalam

Pengajaran Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata Pelajaran

Sejarah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Fakulti Pendidikan.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Awang, H. (2010). Kesan Pembelajaran Berasaskan Masalah Terhadap Penguasaan

Kemahiran Generik Dan Pencapaian Akademik Pelajar Di Politeknik

Malaysia. Phd Thesis.

Badran,I.( 2007). Enhanching Creativity and Innovation in Enggeneering.

Brown, S. & McIntyre, D. (1993). Making Sense Of Teaching. USA:Open University

Press.

Buntat,Y. & Ahamad,L. (2012). Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam

Kalangan Guru-guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Dari Perspektif

Guru. Journal Of Technical, Vocational & Engineering Education. Fakulti

Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Che Mohd Noor,C.M.S.Z & Ahmad,A.R. (2015). Kreativiti Guru Dalam

Meningkatkan Kefahaman Dan Penghayatan Sejarah. Fakulti Pendidikan.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Cheah Phaik Kin (1999). Kadar Penerimaan Internet di kalangan Pelajar universiti:

Satu Kajian Kes di universiti Sains Malaysia, Tesis sarjana, Universiti Sains

Malaysia, Pulau Pinang.

Chua Yan Piaw. (2013). Asas Statistik Penyelidikan Analisis Data Skala Likert. Edisi

Kedua. McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.

Chua Yan Piaw. (2014). Asas Statistik Penyelidikan. Edisi Ketiga. McGraw-Hill

Education (Malaysia) Sdn. Bhd.

Chua Yan Piaw. (2014). Kaedah Penyelidikan. Edisi Ketiga. McGraw-Hill Education

(Malaysia) Sdn. Bhd.

Chua, Y.P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Kuala

Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd

Cochran, K.F., DeRuiter,J.A., & King, R.A.(1993). Pedagogical Content Knowing:

An Integrative Model For Teacher Preparation. Journal Of Teacher

Education, 44,263-272.

77

Cohen L.,Manion L., and Morrisson K.(2007). Research Methods In Education. (6th

Ed.). USA: Routledge.

Creswell, J.W. (2008). Education Research. Planning, Conducting, and Evaluating

Quantitative And Qualitative Research: Third Edition. Pearson International

Edition.

Daud,M.Y, Ahmad,M. & Lubis,M.A. (2006). Penggunaan Internet Dalam Aktiviti

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Dlm. Ab. Halim et.al.,

Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Pemangkin Peradaban Ummah. Bangi

: Universiti Kebangsaan Malaysia.

David Reiss. (2007) . Video – Based Multimedia Design: A Research Study Testing

Learning Effectiveness. Canadian Journal Of Leraning and Technology.

Fall.

Esa, A., (2007). Penerapan Kemahiran Generik Menerusi Kokurikulum Di Politeknik

Bagi Menenuhi Keperluan Industri Di Malaysia.P.hd Thesis

Haji Hassan,N.(2004). Hubungan Di Antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Dengan Minat Pelajar Tahun Lima Di Sekolah Kebangsaan Kem,

Pengkalan Chepa, Kelantan. Tesis Ijazah Sarjana Muda. Fakulti Sains Dan

Teknologi. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Hakke,M. & Azrin,E.S.(2004). Pembangunan Persembahan Elektronik Berasaskan

Klip Video Dalam Melaksanakan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran.

Masters Thesis. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Oon.

Hamdan, A.R. & Mohd Yasin,H. (2010). Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)

Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah

Johor Bahru, Johor. Fakuti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Hamdan, A.R. & Mohd Yasin,H. (2010). Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)

Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah

Johor Bahru, Johor. Fakuti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Hamdan, Hanipah dan Saprin (2004). Teknik Mengajar Dewasa Panduan Untuk

Jurulatih. Utusan Publication and Distribution Sdn. Bhd.

Hassan, N. (2004). Hubungan Antara Penggunaan Bahan bantu Mengajar Dengan

Minat Pelajar Tahun Lima Sekolah Menengah Kem Pengkalan Chepa,

Kelantan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

78

Hassan. N. & Ismail.Z. (2008). Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Pelatih

Matematik Sekolah Menengah. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan

Sains dan Matematik.

Hill, H.C., Rowan, B., & Ball, D.L. (2015) Effects Of Teachers’ Mathematical

Knowledge For Teaching On Student Achievement. American Educational

Research Journal, 42(2), 371-406.

Hj. Salleh, M.J.(2007), Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif

Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar. Institut Pendidikan.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Hussin,S. (2001). Model Dasar Strategik bagi Pembangunan Organisasi Sekolah

dalam Konteks Birokrasi Pemusatan. Masalah Pendidikan Jilid 24

Ibrahim, N. H. (2013). Tinjauan Keperluan Guru Pembantu Dan Kesan Terhadap

Beban Tugas Guru Mata Pelajaran Pendidikan Teknik Dan Vokasional.

Universiti Tun Hussein Oon Malaysia. Tesis sarjana.

Idris, N. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Mc-

Graw Hill Education Malaysia. Sdn. Bhd.

Ilias,M.F.,Husain,K.,Mohd Noh,M.A,Rashed,Z.N. & Abdullah,M.(2016). Sumber

Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah

Bestari. Universiti Teknologi Malaysia. E-Academia Journal. Volume 5

Issue 2.

Ilias. M.F., Ismail. M.F.& Jasmi. K. A (2013). Faktor Dorongan Dan Halangan

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Oleh Guru Pendidikan Islam Di

Sekolah Bestari. Universiti Teknologi Malaysia.

Ismail gani, A.W., Hj.Siarap,K. & Mustafa,H.( 2006). Penggunaan Komputer Dalam

Pengajaran –Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah : Satu

kajian Kes Di Pulau Pinang. Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1&2.

Jaafar, N.N. (2011). Penerapan Elemen Inovasi Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran Kursus Ikhtisas Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Jaafar,M., Hanafiah,M.N & Mohd. Makbul, Z. (2001). Pengantar Pengurusan.

Kuala Lumpur:Leads.

Jaji,J.(2006). Keberkesanan Kaedah Alat Bantu Dalam Pembelajaran Bahasa

Kedua:Analisis Penggunaan Alat Linguaphone. Tesis Ijazah Sarjana, Kuala

Lumpur: Fakulti Bahasa dan Linguistik. Universiti Malaya.

79

Jantan,N. (2016). Penerapan Budaya Kreatif Dan Inovatif Di Kalangan Pelajar

Politeknik Merlimau Melalui PERKAYA INOVASI. Jabtan Kejuruteraan

Elektrik. Politeknik Merlimau.

Jantan,R. & Razali, M. (2002) . Psikologi penidikan-Pendekatan Kotemporari. Kuala

Lumpur : Mc Graw Hill.

Jasmi, K.A, Ilias,M.F,Tamuri,A.H. & Mohd Hamzah,M.I. (2011). Amalan

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru Cemerlang

Pendidikan Islam Sekolah Menengah Di Malaysia. Journal Of Islamic and

Arabic Education.

Kamus Dewan. 2005. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Krejcie, R. V., & Morgan, D.W. (1970). Determining sampel saiz for research

activities. Education and Psychological Measurement, 30, 608.

Lai, K.L., Khaw, A.H & Seah, A. K., (2002). Satu Kajian Mengenai Penggunaan

Bahan bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Di

Sekolah Rendah. Jabatan Matematik. Maktab Perguruan Batu Lintang.

Lai, K.L., Khaw, A.H & Seah, A. K., (2002). Satu Kajian Mengenai Penggunaan

Bahan bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Di

Sekolah Rendah. Jabatan Matematik. Maktab Perguruan Batu Lintang.

Lay,Y.F & Khoo,C.H.(2009). Introduction to Statistical Analysis in Social Sciences

Research (Series 1). Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.

Luaran, E.J. (2013). Perkembangan, Cabaran Dan Aplikasi Teknologi Maklumat

Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Malaysia. Fakulti Pendidikan.

Universiti Teknologi Mara.

Mahamod,Z. (2004). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Di Kalangan Pelajar

Sekolah Menengah. Tesis Ph.D. fakulti Pendidikan. Bangi: Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Marzuki, S.C.(2005).Amalan Guru Yang Berkesan : Kajian Di Beberapa Sekolah

Menengah Di Malaysia. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya.

Mat Deris,Z.(2006). Keberkesanan Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran

Aqidah Tingkatan 2. Laporan Penyelidikan Sarjana Pendidikan. Kuala

Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Mat Som.H. (2005). Guru dan Pelaksanaan Inovasi Kurikulum : Sorotan dan

Perbincangan. Masalah Pendidikan Jilid 27. Universiti Malaya.

80

Md. Nor, M., Abdul rahman, M.N., Mohd Nor,N. , Mat Talha, N. & Abdul Razak, Z.

Amalan Kepimpinan Pengajaran Untuk Penambahbaikan Sekolah:

Retrospeksi Guru Besar Sekolah Berprestasi Tinggi. Jurnal Kepimpinan

Pendidikan. Fakulti Pendidikan. University Malaya.

Md.Nawi, D.N.H. (2011). Pengajaran Dan Pembelajaran; Penilitian Semula

Konsep-Konsep Asas Menurut Perspektif Gagasan Islamisasi Ilmu Moden.

Pusat Pengajian Bahasa & Pembangunan Insaniah. Universiti Malaysia

Kelantan.

Mohamad Said, M.M & Yunos,N. (2008). Halangan-Halangan Kepada Usaha

Memupuk Kreativiti Di Kalangan Pelajar. Prosiding Pemikiran Kritis Dan

Kemahiran Menyelesaikan Masalah.

Mohamad Said, M.M & Yunos,N. (2008). Peranan Guru Dalam Memupuk Kreativiti

Pelajar. Jurnal Pengajian Umum Bil.9. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamed Arip, M.A.S , Mohd Sa’ad,F.,Jaapar,N.,Mohd Ali,K.,Athdzar,N.H dan

Wan Abd. Rashid, W.N. (2014). Faktor, Kesan Dan Strategi Menangani

Permasalahan Kurang Tumpuan Pelajar Sekolah Menengah Di Dalam

Kelas: Suatu Kajian Kualitatif. Fakulti Pendidikan dan pembangunan

Manusia. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohamed Noh,N. Ahmad Mustafa, H.M., Hamzah, M., Ismail, M.A & Abdullah,N.

(2013). Penggunaan Inovasi Teknologi Dalam Pengajaran : Cabaran Guru

Dalam E-Pembelajaran. Proceedings Of The 7th

International Malaysian

Educational Technology Cinvention (IMETC 2013).

Mohamed Noh,N., Ismail, M.A. & Ahmad,J. (2010). Efikasi Kendiri Komputer Dan

Penerimaan Inovasi EduwebTV Dalam Kalangan Guru Perpustakaan Media

Di Sekolah-Sekolah Malaysia. Prosiding, the 15th

International Conference

On education. Sultan Hasanal Bolkiah Institute Of Education, Brunei, 24-27

May.2010.

Mohd Amin.N.F., & Chiew Kai Wan. (2014). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan

Perisian Multimedia Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Mata

Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Ariff Albakri, I.S, Idris, F., Ibrahim, M., Ibrahim, A. (2001). Kaedah

Pengajaran Berkesan : Antara Keperluan Pelajar Dan Realiti Pengajaran

Pengajian Jarak Jauh. Jurnal Pengajian Umum Bil. 2.

81

Mohd Jackie,A.Z, A.Gahani, M.F. & Elham, F.(2016). Keberkesanan Pengajaran

Guru Tadika: Satu Kajian Awal.Jurnal Kepimpinan Pendidikan.

Mohd Rhouse,S. & Abd. Razak, A. (2006). Persepsi Ahli Akademik dan Majikan

Tentang Kemahiran Yang Perlu Dimiliki Oleh Siswazah Pengurusan

Perniagaan Dalam Menepati Kehendak Pasaran. Dalam: Menanggapi

Keberkesanan dan Perubahan. Universiti Pendidikan Sultan Idris

Mohd Yasin.M.H, Toran,H.,Tahar,M.M.,Bari,S.,Ibrahim,S.N.D & Zaharudin,R.

(2013). Bilik Darjah Pendidikan Khas Pada Masa Kini Dan Kekangannya

Terhadap Proses Pengajaran. Asia Pasific Journal Of Educators and

Education, Vol.28, 1-9.

Mohd,A. & Hassan, A. (2002). Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah. Kuala

Lumpur:PTS & Distributing Sdn. Bhd.

Mohd. Hamzah,M.I &Attan,N. (2007). Tahap Kesediaan Guru Sains Dalam

Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Dalam Proses

Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Teknologi. Universiti Teknologi

Malaysia

Mohd. Hamzah. M.I & Attan.N. (2007). Tahap Kesediaan Guru Sains Dalam

Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Dalam Proses

Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Teknologi. Universiti Teknologi

Malaysia.

Mohsin,M.S.F.A & Hassan,R. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan

„Streaming Video‟ Bagi Meningkatkan Tahap Kefahaman Pelajar Abad Ke-

21. Universiti tun Hussein Oon.

Mokhtar,N. & Rahman, A.N.A. (2010). Kajian Keberkesanan Penggunaan Video P

& P Bertajuk Proses Rawatan Air Bagi Pelajar Semester Sesi Disember

2010 di Politeknik Port Dickson. Jabatan Kejuteraan Awam, Politeknik Port

Dickson.

Mukama,E. and Anderson, S.B. (2007). Coping With Change in ICT-Based Learning

Environments:Newly qualified Rwandan Teacher’s Reflection. Journal Of

Computer Assisted Learning 24:156-166.

Musa,N.E & Mohamad, M.H.,(2014). Keberkesanan Penggunaan Alat Bahan Bantu

Mengajar Dalam Pelaksanaan Kursus Sains Kejuruteraan di Kalangan

Pelajar Diploma Kejuruteraan Di Politeknik Tuanku Sulatanah Bahiyah.

Prosiding PTBS. Politeknik Tuanku Sulatanah Bahiyah.

82

Musta’amal, A.H.,Rosmin,N.,Mohd Amin,N.,&Buntat.Y. (2013). Rekacipta:Ke Arah

Pemupukan Budaya Kreatif Dan Inovatif. 2nd

International Seminar On

Quality And Affordable Education (ISQAE). Fakulti Pendidikan & Fakulti

Kejuteraan Elektrik. Universiti Teknologi Malaysia.

Nasir,M.Z & Hamzah,Z.A.Z. (2014). Sikap Motivasi Pelajar Terhadap

Pembelajaran Bahasa Melayu. Akademi Bahasa. University Teknologi

Malaysia & Jabatan Bahasa Melayu. Universiti Putra Malaysia.

Nik Yusof,N.M.R, Awaluddin,S., Abdul Razak,K. Tamuri,A.H.Hamzah.M.I & Abd

Ghani,K.(2002). Kurikulum Pendidikan Islam Menghadapi Cabaran Era

Globalisasi. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 1). Fakulti

Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noordin, H.S & Zainal Abiden, N.F .(2010). Tahap Penggunaan Bahan Bantu

Mengajar Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik Semasa Latihan Mengajar.

Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Nor, M.M.,Rahman, A.M.N, Nor, M.N.,Talha, M. N. &Razak, A.Z. (2016). Amalan

Kepimpinan Pengajaran Untuk Penambahbaikan Sekolah: Retrospeksi Guru

Besar Sekolah Berprestasi Tinggi. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya.

Omar.Z., (2014). Pendekatan Konstruktif dalam Inovasi Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa Melayu Di Kolej Vokasional. Tesis Sarjana.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

PPD Pontian. (2016). Jumlah Bilangan Sekolah Menengah. Dicapai pada 15

November 2016 dari laman web www.ppdpontian.com

Razak, A.R. (2013). Strategi Pembelajaran Aktif Secara Kolaboratif Atas Talian

Dalam Analisis Novel Bahasa Melayu. Fakulti Pendidikan, Universiti

Malaya.

Riezka,A.,Atastina,I & Maulana,K. (2011). Analisis Dan Implementasi Data-

Cleaning Dengan Menggunakan Metode Multi-Pass Neighbourhood

(MPN). Teknik Informatika, Fakultas Teknik Information, Universitas

Telkom.

Rongers.E.M.(1983). Diffusion Of Innovations. Third Edition. A Division Of

Macmillan Publishing Co. Inc. New York.

Sabilan, S., Ishak,M.F., & Din &Nasirudin. (2014). Tahap Pelaksanaan Pendekatan

Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Latihan

83

Mengajar Menurut Persepsi Guru-Guru Pelatih Fakulti Pendidikan KUIS :

Satu Tinnajaun Awal. Jurnal Pendidikan.

Said, H. & Mohamad, N. (2011). Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran Di

Sekolah-Sekolah Kebangsaan Di Daerah Kota Tinggi, Johor. Jurnal

Pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Said, H. & Mohamed A’zmi, S. (2010). Penilaian Kesesuaian Bahan Bantu

Mengajar Jangka Sudut Khas Bagi Mata Pelajaran Matematik. Fakulti

Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia

Said,M.M.R., Taha,M.R. (2010). Tinjauan Terhadap Faktor-Faktor Yang Memberi

Motivasi Keapada Kreativiti Guru Dalam Pengajaran Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup Di Enam buah Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah

Johor Bahru. Fakuti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Salleh, M.J., & Agus,A. (2009).Transformasi Pengajaran sejarah Berasaskan

Multimedia. Dlm. Abdul Razaq & Isjoni. Transformasi Pengajaran dan

Pembelajaran Sejarah (hh.113-126). Penerbitan bersama : Fakulti

Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi & FKIP, Universitas

Riau, Pekan Baru Indonesia.

Samat@Yusuff,S. & Mohd Yasin, M.H. (2016). Pengetahuan dan Sikap Guru

Pendidikan Khas Menerapkan Kreativiti dan Inovasi Dalam Kurikulum

Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK). Fakulti Pendidikan.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sekaran,U.(2000). Research Methods For Business: A Skill Building Approach

(4th

.ed.) New York: John Wiley & Sons, Inc.

Shahabuddin, Rohizani & Mohd Zohir (2003). Pedagogi : Strategi dan Teknik

Mengajar dengan Berkesan. Shah Alam: PTS Publications & Distribution

Sdn. Bhd.

Shulman, L.S (2007). Knowledge and Teaching: Foundation Of The New Reform.

Harvard Educational Review, 57(1), 1-22.

Shulman, L.S. (2006). Those Who Understand: Knowledge Growth In Teaching.

Education Researcher, 15(2), 4-14.

Slavin, R. (1994). A theory of school and classroom organization. Dalam R. Slavin,

(Ed.), School and Classrooom Organization. Hillsdale, NJ:Erlbaun.

84

Stapa, Z., Ismail, A.M. & Yusuf, N. (2012). Faktor Persekitaran sosial dan

Hubungannya Dengan Pembentukan Jati Diri. Fakulti Pengajuan Islam.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Syarifuddin.N.S. & Halim.L. (2016). Amalan Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan

Guru Baharu .Fakutli Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tamuri, A.H., Ismail, M.F.& Jasmi,K.A.(2012). Komponen Asas Untuk Latihan

Guru Pemdidikan Islam. Fakulti Tamadun Islam. Universiti Teknologi

Malaysia.

Tasir.Z & Lim Bee Yeok. (2010). Tahap Pengetahuan, Sikap dan Masalah

Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Daerah

Alor Gajah. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Toh,W.S. (2003).Student – Centered Educational Beliefs & Teacher Education.

Jurnal Penyelidikan MPBL,4,20-22

Uma Sakaran (2002). “Research Methode For Business: A Skill Building

Approach”. (4th

Edition).” Canada: John Wiley & Sons Inc.

Wiersma, W. (2000). Research In Education: An Introduction, Bostan: Allyn and

Bacon.

Wikipedia (2016).Keyakinan- Dicapai pada 26 November 2016, dari Laman Web

https://id.wikipedia.org/wiki/Keyakinan_dan_kepercayaan

Wikipedia (2016).Kurikulum- Dicapai pada 26 November 2016, dari Laman Web

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kurikulum

Witmuishwara,M. & Ahmad, A.(2015). Pengaruh Etnik Terhadap Kualiti

Pengajaran Guru Di Bilik Darjah : Satu Kajian Perbandingan Antara

Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil.

Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yaacob, B. (2003). Pemikiran Pendidik Guru Terhadap hasrat dan Pelaksanaan

Inovasi Kurikulum di Maktab Perguruan:Satu Kajian Kes. Maktab Perguruan

Sultan Abdul Halim.

Yahaya,A. & Hamsari,N.A.(2010). Teori-Teori Motivasi. Fakulti Pendidikan.

Universiti Teknologi Malaysia.

Yahaya. A., Nor,M.R.,Ismail,S. Abdul, A.H. (2010).Keberkesanan Pengajaran dan

Pembelajaran Di Kalangan Guru Mata Pelajaran Teknikal. Fakulti

Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Fakulti Pengurusan, UITM

Segamat. Fakulti Sains Kognitif, Universiti Utara Malaysia.

85

Zain,I. (2002). Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan

Publications Sdn. Bhd.

Zainal Azir,N.A.(2017). Simulasi Ahu Blower Sebagai ABBM. Tesis Ijazah Sarjana

Muda. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Universiti Tun

Hussein Oon Malaysia.

Zainal,G. (1998).Curricular Decision-Making in the Diffusion of Educational

Innovation in Malaysia, Tesis Ph.D., University of Southamton.

Zin,M.M.K. (2001).Minat dan Motivasi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran

Pendidikan Islam KBSM: Satu Tinjauan Ke Atas Pelajar-Pelajar Tingkatan

4 Di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang Gelah Patah, Johor

Bahru, Johor. Tidak Diterbitkan dalam tesis sarjana muda,Universiti

Teknologi Malaysia.