pembinaan dan penilaian modul pengajaran … · 2.1.1 model-model modul pengajaran ... pusat...
TRANSCRIPT
PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI
BERTAJUK SISTEM PENGANGKUTAN BAGI
MATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN LIMA
NITCE ISA MEDINA BINTI MACHMUDI ISA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI
BERTAJUK SISTEM PENGANGKUTAN BAGI
MATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN LIMA
NITCE ISA MEDINA BINTI MACHMUDI ISA
Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Biologi)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER, 2003
iii
Ditujukan kepada suami tercinta
Mohamad Zainal Abdullah,
Arwah ayah,
Ibu
dan
adik-adik yang tersayang,
Terima kasih kerana kalian sudi menemani
disepanjang perjuanganku ini
iv
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih ditujukan kepada Penyelia Projek
Sarjana Muda, Prof. Madya Dr. Hj. Shaharom B. Noordin yang terlalu banyak
memberi panduan yang berguna disepanjang tempoh projek kajian. Tanpa
bimbingan beliau, adalah sukar bagi saya menyempurnakan projek kajian seperti
yang ditetapkan.
Dikesempatan ini juga ingin saya rakamkan ucapan terima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi dorongan dan sokongan yang
diperlukan.
Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua
pihak yang telah memberikan kerjasama yang baik sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam usaha saya menyiapkan projek kajian ini.
v
ABSTRAK
Salah satu perkara yang menjadi perhatian untuk memberikan kesan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah pemilihan bahan bantu yang
bermutu. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk membina dan menilai status
kesesuaian tiga Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Sistem Pengangkutan. MPK
yang dimaksudkan terdiri daripada MPK 1 - Pengenalan Sistem Pengangkutan
Dalam Organisma, MPK 2 - Medium Pengangkutan Dalam Organisma dan MPK
3 - Sistem Peredaran Darah. Kesemua MPK telah dibina menggunakan Model
Teras-Cabang (Shaharom, 1994). Penentuan status kesesuaian MPK ditentukan
melalui dua penilaian formatif iaitu Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS)
dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK). Seramai empat orang guru
Biologi terlibat dalam PFSS dan 10 orang guru Biologi terlibat dalam PFKK
sebagai responden. Penilaian formatif yang dijalankan turut mengambil kira
pemboleh ubah bebas iaitu tempoh mengajar guru. Penilaian dijalankan
menggunakan alat kajian set Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri
(MPK) (Guru) oleh Shaharom (1994). Kesemua data di analisis menggunakan
kaedah analisis statistik deskriptif dan dipersembahkan dalam bentuk min, sisihan
min, nilai maksimum dan nilai minimum. Dapatan kajian dalam PFSS dan PFKK
menunjukkan min keseluruhan MPK yang dibina adalah 92. 76 (PFSS) dan 108.
70 (PFKK) menunjukkan status Sesuai (PFSS) dan Amat Sesuai (PFKK) Tidak
terdapat perbezaan penilaian MPK merentas tempoh mengajar guru. Ketiga-ketiga
MPK Sistem Pengangkutan yang dibina adalah amat sesuai digunakan sebagai
bahan pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar Tingkatan Lima aliran Sains.
vi
ABSTARCT
One of the most crucial aspects that are taken into consideration for
teaching and learning efficiency is the selection of a quality material. The aim of
this study is to design and evaluate the appropriateness of the three Self-
Instructional Modules (SIM) entitled Sistem Pengangkutan. The three SIMs
encompass MPK 1 - Pengenalan Sistem Pengangkutan Dalam Organisma, MPK 2
- Medium Pengangkutan Dalam Organisma and MPK 3 - Sistem Peredaran
Darah. These SIMs were designed using the ‘Teras-Cabang’ Model (Shaharom,
1994). The appropriateness of the SIMs status was evaluated through two
formative evaluations - the One to One Formative Evaluation (PFSS) and the
Small Group Formative Evaluation (PFKK). Four Biology teachers were involved
in the One to One Formative Evaluation (PFSS) and 10 Biology teachers were
involved in Small Group Formative Evaluation (PFKK) as the respondents. The
formative evaluations were based on one independent variable – respondent’s
teaching duration. The evaluations were carried out using the “Soal Selidik
Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru)” set designed by Shaharom
(1994) as the instrument of this study. Data obtained were analyzed using the
descriptive statistic in the form of mean, mean deviation, maximum and
minimum. The finding from the PFSS and PFKK of this study showed that the
overall mean for the SIMs are 92. 76 (PFSS) and 108. 70 (PFKK) which indicated
the status of Suitable (PFSS) and Very Suitable (PFKK). There were no
differences in the SIMs’ suitability status based on respondent’s teaching
duration. The three MPK Sistem Pengangkutan were very suitable to be used as
the teaching and learning materials for the Form Five Science stream students.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1. 1 Latar Belakang Masalah 5
1.1.1 Orientasi Isi Kandungan 7
1.1.2 Penggunaan Istilah 8
1.1.3 Penggunaan Gambarajah 9
1.1.4 Penggunaan Bahasa 9
viii
1.1.5 Takrifan Istilah 10
1.1.6 Saiz Tulisan 11
1. 2 Pernyataan Masalah 12
1. 3 Objektif Kajian 12
1. 4 Persoalan Kajian 13
1. 5 Rangka Kerja Konsep 14
1. 6 Kepentingan Kajian 16
1. 7 Skop Kajian 18
1. 8 Takrifan Istilah 19
1.8.1 Modul Pengajaran Kendiri 19
1.8.2 Penilaian Formatif 19
1.8.3 Responden 20
1.8.4 Tempoh Mengajar 20
1.9 Ringkasan 20
2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 22
2.1 Model-model Pembinaan dan Teori 22
Penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)
2.1.1 Model-model Modul Pengajaran Kendiri 23
2.1.1.1 Model Burns 23
2.1.1.2 Model Eijl 25
2.1.1.3 Model Klingstedt 27
2.1.1.4 Model Meyer 29
2.1.1.5 Model Teras-Cabang 31
2.1.2 Penilaian Formatif 37
2.1.2.1 Penilaian Formatif 37
Satu Dengan Satu
ix
2.1.2.2 Penilaian Formatif 38
Kelompok Kecil
2.1.2.3 Penilaian Formatif 38
Lapangan Sebenar
2.2 Kajian-kajian Tentang Pembinaan dan Penilaian 39
Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)
Di Dalam Dan Luar Negara.
2.2.1 Kajian Tentang Pembinaan dan Penilaian 39
Kesesuaian MPK Dalam Bidang Biologi
Di Luar Negara.
2.2.2 Kajian Tentang Pembinaan dan Penilaian 46
Kesesuaian MPK Dalam Bidang Biologi
Di Dalam Negara
2.3 Ringkasan 50
3 PENGKAEDAHAN
3.0 Pengenalan 51
3.1 Reka Bentuk Kajian 51
3.1.1 Model MPK 53
3.2 Responden Kajian 54
3.3 Alat Kajian 55
3.4 Tatacara Kajian 57
3.4.1 Kajian Tahap Pertama: Merekabentuk 59
dan Membina MPK Sistem Pengangkutan.
3.4.2 Kajian Tahap Kedua: Menjalankan 59
Kajian Rintis
3.4.3 Kajian Tahap Ketiga: Menjalankan 60
Penilaian Formatif Satu dengan Satu
x
3.4.4 Kajian Tahap Keempat: Menjalankan 60
Penilaian Formatif Kelompok Kecil
3.4.5 Kajian Tahap Kelima: Menganalisis 61
Data dan Maklumat
3.5 Analisis Data 61
3.6 Andaian Kajian 63
3.7 Batasan Kajian 63
3.8 Ringkasan 65
4 DAPATAN KAJIAN
4.0 Pengenalan 66
4.1 Hasil Kajian Rintis 67
4.2 Penilaian Formatif Terhadap Kesesuaian MPK 68
4.2.1 Persoalan Kajian 1 68
4.2.2 Persoalan Kajian 2 70
4.3 Penilaian Formatif Merentas Tempoh Mengajar 72
4.3.1 Persoalan Kajian 3 72
4.3.2 Persoalan Kajian 4 75
4.4 Ringkasan 77
xi
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 78
5.1 Ringkasan dan Perbincangan 78
5.2 Kesimpulan 85
5.3 Implikasi 86
5.3.1 Pelajar 87
5.3.2 Guru 87
5.3.3 Penggubal Kurikulum 88
5.3.4 Institusi Perguruan 89
5.4 Cadangan 90
5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Hadapan 91
5.6 Ringkasan 94
BIBLIOGRAFI 95
LAMPIRAN 102 - 124
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3. 1 Jadual Pemeringkatan Skala Likert 56
4. 1 Penilaian Formatif Satu dengan Satu Oleh
Responden Terhadap Tahap Kesesuaian
MPK Sistem Pengangkutan 69
4. 2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil Oleh
Responden Terhadap Tahap Kesesuaian
MPK Sistem Pengangkutan 71
4. 3 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu Oleh
Responden Merentas Tempoh Mengajar 73
4. 4 Penilaian Formatif Kelompok Kecil Oleh
Responden Merentas Tempoh Mengajar 76
5. 1 Analisis PFSS dan PFKK dengan
Pemboleh Ubah Bebas 82
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Rangka Kerja Konsep 14
2.1 Model Teras-Cabang 36
3.1 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan 58
xiv
SENARAI SIMBOL
∑ - Jumlah
x1 - Markat responden pertama
n - Bilangan markat
x - Min
xi - Setiap markat
= - Bersamaan
≥ - Lebih atau sama dengan
< - Kurang daripada
AS - Amat Sesuai
IM - Instructional Module
JPK - Jadual Skala Pemeringkatan
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah
MPK - Modul Pengajaran Kendiri
PB - Pengajaran Bermodul
PFSS - Penilaian Formatif Satu dengan Satu
PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
P dan P - Pengajaran dan Pembelajaran
S - Sesuai
SP - Sukatan Pelajaran
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik Kesesuaian Modul 103
Pengajaran Kendiri (Guru)
B Borang Pengesahan Bahan Kajian 109
C Borang Pengesahan Pakar Bidang 111
D Jadual Skala Pemeringkatan Untuk 112
Soal Selidik Kesesuaian Modul
Pengajaran Kendiri (Guru)
E Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan 113
F Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada
Kementerian Pendidikan Malaysia 115
G Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada
Jabatan Pendidikan Negeri Johor 117
H Huraian Sukatan Pelajaran Mata Pelajaran
Biologi Tingkatan Lima 119
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Sistem pendidikan meliputi menyediakan bahan-bahan yang bermutu yang
boleh digunakan oleh para pelajar. Namun, proses pembelajaran dengan
menggunakan bahan-bahan tersebut memerlukan pengalaman, dan pembelajaran
boleh diperolehi melalui latihan atau apa jua bentuk aktiviti yang dilakukan dan
dialami sendiri oleh pelajar. Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan
Kamaruddin Hussin dan Hazil Abd. Hamid, 1991:53) yang menyatakan bahawa:
“Dalam merancang satu program pendidikan yang boleh mencapai
objektif yang ditetapkan, kita menghadapi masalah untuk memutuskan
pengalaman pembelajaran yang harus diadakan, kerana melalui
pengalaman pembelajaran inilah pembelajaran akan berlaku dan objektif
pendidikan dapat dicapai”
2
Seperti satu pepatah Inggeris yang berbunyi “Practice makes perfect”
dapat kita katakan di sini bahawa perancangan berbagai bentuk bahan pengajaran
yang menyediakan gerak kerja yang sesuai dan pelaksanaannya akan mampu
menjana kemahiran-kemahiran yang ingin diterapkan dalam diri pelajar. Maka di
sini terletaknya kepentingan para pelajar menggunakan bahan P dan P yang
terpilih dan bermutu sahaja sebagai cara untuk mencapai objektif yang
dimaksudkan. Salah satu daripadanya adalah dengan menggunakan MPK, kerana
dengan menggunakan MPK ini para pelajar diberi peluang untuk meneroka
sendiri topik pembelajaran berdasarkan kepada aras yang mampu dilakukannya.
Ini adalah kerana dengan perkataan lain, MPK dapat dianggap sebagai strategi
pengajaran yang penting kerana ia mempunyai ciri-ciri tersendiri yang dapat
memenuhi keperluan setiap pelajar di dalam bilik darjah (Noran: 1981).
Dengan mengambil kira faktor tahap kesediaan para pelajar dan tahap
penguasaaannya, adalah diharapkan prestasi mereka untuk menguasai mata
pelajaran tersebut akan meningkat. Menurut Shaharom (1993: 2), menyatakan
bahawa:
“Pengajaran Bermodul (PB) menggunakan modul pengajaran kendiri
(MPK) telah berjaya meningkatkan kualiti pengajaran, misalnya dari segi
sikap pelajar terhadap mata pelajaran, pencapaian akademik pelajar,
ketrampilan dalam P dan P serta beberapa aspek lain. Disamping itu MPK
boleh dijadikan asas ke arah pendidikan berasaskan ketrampilan/
pendidikan berketrampilan (PBK)”
Perbezaan individu yang wujud di kalangan para pelajar adalah
merupakan satu faktor yang perlu diambil kira oleh para guru dalam aspek
pengajaran masing-masing. Ini adalah untuk memastikan para pelajar yang kurang
cerdas tidak ketinggalan dalam pelajaran dan para pelajar yang cerdas tidak
mudah berasa jemu dengan proses pembelajaran yang dilaluinya. Persoalannya,
bahan pengajaran seperti manakah yang terbaik dapat digunakan bagi memenuhi
3
setiap keperluan pelajar yang berbeza-beza ini? Dalam soal ini, penggunaan MPK
yang berkonsepkan modul pengajaran atau IM (Instructional Modules)
merupakan satu jalan penyelesaian yang dilihat mampu memenuhi keperluan
tersebut. Ini disokong oleh kenyataan yang dinyatakan oleh Barbara dan Marcel
(1973: 15) yang berbunyi:
“Many studies have recently re-emphasized what teachers have known all
along: There are great differences in how each student learns. Thus, there
emerges the need for instructional systems which can make higher
education available to large numbers of students and, at the same time,
offer an individualized learning experience”
Para guru mempunyai tanggungjawab dalam pembangunan program
pendidikan dan ini merupakan tanggungjawab yang berat untuk menunjukkan
kemampuan para pelajar hingga mencapai aras kriteria tertentu. Salah satu
perkara yang perlu dilakukan untuk memenuhi tanggungjawab tersebut adalah
menghasilkan bahan P dan P yang boleh meningkatkan kejayaan para pelajar.
Antara contoh bahan pengajaran yang boleh dihasilkan oleh para guru adalah
MPK. Penghasilan MPK mengambil kira tatatingkat pembelajaran yang tertentu,
membolehkan para pelajar menguasai isi pelajaran peringkat demi peringkat.
Keperluan aspek tatatingkat dalam proses P dan P dinyatakan oleh Okey (1978:
110) seperti berikut:
“Instructional hierarchies show the sequence of learning tasks for most
students and help teacher’s direct students to mastery of simpler
prerequisite skills if they are to be successful on more complex ones”
4
Daripada banyak kajian-kajian yang telah dilakukan dalam proses P dan P
di berbagai-bagai peringkat pengajian, ternyata bahawa penggunaan MPK berjaya
meningkatkan pencapaian akademik para pelajar (Shaharom dan Yap: 1993).
Jelaslah di sini penggunaan MPK wajar diperluaskan demi meningkatkan mutu
bahan yang digunakan dalam P dan P di samping itu secara tidak langsung
meningkatkan tahap pencapaian para pelajar.
Adalah diharapkan langkah ini dapat mengatasi masalah pencapaian yang
masih lemah dikalangan para pelajar kita, terutama sekali dalam bidang sains dan
matematik. Dalam satu laporan akhbar tempatan, terdapat sumber yang dipetik
berkata bahawa negara kita Malaysia hanya mampu menduduki tempat ke-16
dalam pencapaian matematik manakala sains di tempat ke-22 daripada 38 buah
negara yang dianalisis pencapaian pelajarnya dalam kedua-dua mata pelajaran
tersebut (Utusan Malaysia, Disember 2002). Apa yang ingin ditekankan di sini
adalah betapa negara kita masih belum mampu untuk menyaingi tahap pencapaian
bagi mata pelajaran yang sama berbanding dengan negara lain walaupun mata
pelajaran tersebut telah diajar sekian lama di negara ini.
Jika keadaan ini berlanjutan, maka tidak hairanlah jika matlamat yang
telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Sains seperti yang telah digariskan
oleh Kementerian Pendidikan sukar untuk tercapai sama seperti yang diharapkan.
Kesemua matlamat- matlamat yang digariskan adalah bertujuan untuk memupuk
budaya sains dan teknologi dalam diri para pelajar dengan memberi tumpuan
kepada perkembangan individu yang dapat menguasai ilmu sains dan
berketrampilan dalam bidang teknologi.
5
Maka dapat diperhatikan di sini bahawa kepentingan mutu bahan yang
digunakan para pelajar akan memberi kesan jangka panjang kepada matlamat
negara untuk membentuk masyarakat yang menguasai ilmu sains dengan baik.
Maka perlunya kajian yang menyelidik mutu bahan P dan P seperti ini dijalankan
oleh para penyelidik. Ini bertepatan dengan pendapat yang dinyatakan oleh
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986:81):
“Penyelidikan yang lebih berguna ialah penyelidikan yang menguji
sesuatu aspek pandang-dengar untuk menentukan kesannya terhadap
pembelajaran. Setelah sesuatu aspek penyampaian pandang-dengar itu
didapati membawa kesan, pengeluaran bahan pengajaran akan dapat
dirancangkan berpandukan kepada pendapat-pendapat dari penyelidikan
tersebut.”
1.1 Latar Belakang Masalah
Beberapa masalah yang timbul melibatkan bahan P dan P seperti bahan
yang kurang bermutu, bilangan jumlah bahan yang tidak mencukupi dan
monopoli penerbit bahan yang hanya mementingkan untung daripada isi
kandungan bahan itu sendiri perlu diambil kira. Ho (2003:2) menyatakan:
“Pelbagai jenis sumber bahan pembelajaran dapat diperolehi dengan
mudah di pasaran sama ada dalam bentuk nashkah buku atau sebarang
cakera padat (CD) yang sebahagiannya diterbitkan oleh kumpulan pakar
dan sebahagiannya pula diterbitkan oleh penerbit-penerbit yang bukan
pakar dalam bidang ini. Oleh itu, mutu bahan pembelajaran yang ada di
pasaran hari ini menimbulkan kemusykilan”
6
Fenomena ini tidak seharusnya dipandang ringan oleh semua pihak,
khususnya yang terlibat dalam pendidikan. Ini kerana masalah seperti ini dapat
memberi kesan jangka pendek dan jangka panjang kepada para pelajar yang
menggunakannya.
Terdapat banyak sebab mengapa pembelajaran di kalangan para pelajar
menjadi kurang berkesan dan di antara faktor-faktornya adalah jenis bahan
pembelajaran yang kurang sesuai dan organisasi bahan kandungan adalah kurang
terancang (Shaharom: 2000). Malangnya pada masa kini, kebanyakan para guru
masih menggunakan bahan kurang bermutu yang sedia ada seperti buku teks
dalam proses P dan P.
Proses pengajaran menjadi tidak bermakna kepada para pelajar jika para
guru hanya mementingkan untuk menghabiskan SP di sepanjang tahun, tanpa
mengambil kira bahan yang digunakan dalam proses pembelajaran. Dalam banyak
situasi pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah, buku teks masih dianggap
sumber yang terpenting, sedangkan keberkesanan penggunaannya masih lagi
diragui. Shukor dan Yunus (1982: 12) menyatakan bahawa:
“Walaupun buku teks adalah penting dari segi proses P dan P, namun
kesan serta sumbangannya terhadap pencapaian akademik telah
menimbulkan banyak persoalan dan kontradiksi”
Antaranya masalah yang dihadapi berkaitan bahan pengajaran yang
digunakan oleh para pelajar pada masa kini adalah seperti berikut:
7
1.1.1 Orientasi Isi Kandungan
Isi kandungan dan cara penyampaian di dalam buku teks perlu mengambil
kira perbezaan individu yang terdapat pada para pelajar supaya lebih mudah untuk
isi pelajaran itu difahami dan dihayati. Ini kerana buku teks yang terdapat pada
hari ini hanya mementingkan fakta semata-mata tanpa mengambil kira faktor-
faktor lain yang berkaitan. Dalam kajian yang telah dijalankan, banyak fungsi dan
sumbangan buku teks dipersoalkan, terutamanya mengenai keberkesanan dan
pengaruhnya terhadap P dan P murid (Shukor dan Yunus: 1982). Keadaan ini
bukan sahaja boleh menyebabkan pelajar mengalami kesukaran semasa
pembelajaran, malah boleh membawa kepada hilangnya minat kepada mata
pelajaran yang berkaitan.
Persembahan isi kandungan dalam buku teks lebih berorientasikan untuk
menjawab soalan di dalam peperiksaan jika dibandingkan dengan kehendak dan
perbezaan para pelajar sebagai individu yang menggunakan buku teks tersebut.
Fenomena ini ditambah lagi dengan sikap para guru yang banyak bergantung
kepada buku teks sebagai panduan utama untuk menyampaikan fakta, iaitu
dengan memfokuskan kepada sekadar membolehkan para pelajar menjawab
soalan dalam kertas peperiksaan. Ini jelas ketara kerana para guru banyak
bergantung kepada kandungan buku teks semasa proses pengajaran bagi
memastikan para pelajar dapat memberi fakta yang memenuhi kehendak soalan
dalam peperiksaan (Zainal Abidin: 2001).
Jika terdapat kesalahan fakta yang disampaikan di dalam buku teks, maka
secara tidak langsung para guru juga akan menyampaikan fakta yang salah kepada
para pelajarnya. Contohnya seperti yang terdapat di halaman 148 pada buku teks
Biologi Tingkatan Empat terbitan Pelangi Sdn. Bhd, terdapat fakta yang
menyatakan mengenai gejala kekurangan sulfur pada daun akan mengakibatkan
penguningan daun bermula dari daun muda. Namun begitu gejala kekuningan
8
daun ini akan bermula dari daun yang lebih tua dan bukan daun muda (Simpkins
dan Williams, 1982)
Maka dengan itu, pentingnya MPK digunakan sebagai salah satu
alternatif dalam proses P dan P kerana isi kandungan MPK bukan sahaja akan
menyampaikan fakta yang diperlukan tetapi juga turut mengambil kira bagaimana
ianya disampaikan mengikut kesesuaian para pelajar. Fakta yang diberikan di
dalam MPK boleh dipercayai kerana pembinaannya juga melibatkan proses
penilaian oleh para guru yang mengajar mata pelajaran yang sama. Di samping
itu, MPK biasanya dibina untuk keperluan para pelajar dan boleh dikatakan
hampir semua MPK yang ditulis adalah untuk menyenangkan pembelajaran para
pelajar supaya lebih berkesan (Sharifah Alwiah, 1986).
Selain para pelajar, para guru juga boleh mendapat banyak manfaat jika
MPK digunakan dalam pengajaran kerana MPK mengandungi bukan sahaja isi
kandungan pelajaran tetapi juga strategi-strategi, tindakan-tindakan dan gerak
kerja yang boleh digunakan pembelajaran para pelajar dan penilaian berdasarkan
isi kandungan mata pelajaran tersebut (Sharifah Alwiah, 1986).
1.1.2 Penggunaan Istilah
Penggunaan beberapa istilah yang tidak tepat di dalam buku teks dan
sesetengah buku rujukan boleh menimbulkan kekeliruan kepada para pelajar.
Dalam buku teks Biologi Tingkatan Empat terbitan Penerbitan Pelangi Sdn Bhd,
bab yang membincangkan mengenai fotosintesis contohnya, istilah ‘tindak balas
gelap’ digunakan bagi menerangkan tindak balas fotosintesis yang berlaku pada
stroma kloroplas.
9
Namun begitu, dalam banyak situasi, para pelajar menganggap
fotosintesis berlaku dalam keadaan gelap iaitu pada waktu malam, sedangkan
sebenarnya proses fotosintesis tidak boleh berlaku dalam keadaan gelap walaupun
proses metabolisme lain seperti respirasi boleh diteruskan seperti terjadinya pada
waktu siang (Simpkins dan Williams, 1982). Istilah lain yang boleh digunakan
bagi menggantikan istilah tersebut adalah ‘tindak balas tanpa cahaya’, kerana
dalam keadaan ini, fotosintesis masih tetap berlaku tetapi bukan berlaku dengan
kehadiran cahaya sebagai komponen utama.
1.1.3 Penggunaan Gambarajah
Penggunaan gambarajah yang tidak memberi gambaran sebenar yang jelas
kepada para pelajar bukan hanya tidak membantu mereka memahami fakta yang
disampaikan tetapi juga turut menimbulkan kecelaruan dalam usaha memahami
konsep yang diketengahkan. Di dalam buku teks Biologi Tingkatan Empat iaitu
tajuk Respirasi halaman 188, rajah struktur insang dan aliran air melalui struktur
insang menunjukkan kedudukan lamela insang pada bahagian insang tersebut.
Jika diteliti, bahagian jalur-jalur yang dimaksudkan bukan merupakan lamela
insang tetapi adalah filamen insang. Lamela insang yang dimaksudkan tersusun di
atas filamen tersebut, tetapi pada rajah ia tidak dinyatakan dengan jelas. Ketidak
tepatan fakta seperti ini boleh membawa kepada salah konsep berkaitan respirasi
kepada para pelajar.
1.1.4 Pengunaan Bahasa
Fenomena penggunaan Bahasa Inggeris yang di ‘Melayu’ kan oleh pihak-
pihak yang menghasilkan bahan pengajaran boleh membawa kepada kesan
pencemaran Bahasa Melayu. Dalam buku teks Biologi Tingkatan Empat terbitan
Pelangi Sdn Bhd pada halaman 201 contohnya, penggunaan perkataan ‘kadar
10
ventilasi’ yang terdapat dalam fakta mekanisme kawal atur kandungan gas dalam
badan tidak wujud dalam Bahasa Melayu. Asal perkataan ini adalah daripada
perkataan Bahasa Inggeris ‘ventilate’ yang bermaksud ‘mengudarakan’. Maka
yang dimaksudkan di sini adalah ‘kadar pengudaraan’ dan bukannya ‘kadar
ventilasi’.
Selain itu, terdapat perkataan ‘penyahhutanan’ digunakan untuk
menerangkan mengenai aktiviti pembukaan hutan pada halaman 251 di buku yang
sama. Perkataan ini sebenarnya diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris
‘deforestation’. Perkataan ‘penyahhutanan’ yang digunakan di dalam buku teks
ini tidak didaftarkan ejaannya oleh Kamus Dewan.
Terdapat juga perkataan ‘disinfektan’ yang digunakan pada halaman 242
juga pada buku teks yang sama, di alih bahasa secara mudah dari perkataan
‘disinfectant’. Penggunaan perkataan ini bertujuan untuk menerangkan
penggunaan bahan yang boleh membunuh mikroorganisma yang membawa
mudarat kepada manusia. Perkataan ini lebih sesuai jika digantikan dengan ‘ubat
pembasmi kuman’
1.1.5 Takrifan Istilah
Terdapat istilah-istilah penting yang memerlukan takrifan lengkap yang
perlu diketahui oleh para pelajar tetapi tidak dinyatakan demikian. Takrifan istilah
‘fotosintesis’ misalnya, tidak diterangkan dalam tajuk yang membincangkan
mengenai fotosintesis. Manakala di dalam tajuk Respirasi di dalam buku teks
Biologi Tingkatan Empat pula, ‘fotosintesis’ merupakan ‘proses tumbuhan
membina makanan’. Takrifan perkataan fotosintesis sebenarnya bukanlah hanya
dengan menyatakan proses tumbuhan membina makanan, tetapi lebih dari itu.
Dalam buku Biologi, Sel, Mamalia dan Tumbuhan Berbunga yang telah
11
diterjemahkan oleh Noran dan rakan-rakan, Simpkins dan Williams (1982: 235)
memberi takrifan fotosintesis sebagai:
“Proses penggunaan cahaya matahari oleh tumbuhan hijau untuk
menghasilkan molekul-molekul organik”
Manakala dalam buku Biology, Campbell dan rakan-rakannya (1999: G-
17) menakrifkan fotosintesis sebagai:
“The conversion of light energy to chemical energy that is stored in
glucose or other organic compounds, occurs in plants, algae and certain
prokaryotes”
Jelaslah di sini bahawa sesetengah penulisan yang melibatkan takrifan
hanya dianggap mudah oleh sesetengah penulis tanpa mengambil kira maksud
yang ingin disampaikan kepada para pelajar.
1. 1. 6 Saiz tulisan
Penggunaan saiz tulisan yang kecil dan jarak langkau yang rapat di antara
satu perkataan dengan perkataan yang lain di dalam buku teks dan buku rujukan
boleh menyebabkan timbulnya kebosanan kepada para pelajar. Bahan bacaan
yang mengandungi ayat atau perkataan yang panjang berjela-jela, kompleks dan
menyampaikan lebih dari satu idea dalam satu ayat adalah merupakan ayat yang
tidak sesuai digunakan dalam proses pembelajaran kerana tulisan ini sukar dibaca
dan difahami oleh mereka (Rodney dan Doris: 1977). Salah satu faktor yang perlu
diambil kira oleh para guru dalam memilih bahan P dan P adalah tulisan bahan
tersebut, iaitu perlu dalam saiz yang sesuai, jelas dan tidak jemu untuk dibaca
walaupun berulang-ulang kali. Namun hakikatnya, kebanyakan buku teks dan
bahan P dan P yang terdapat di pasaran kini tidak mengambil kira faktor tersebut.
12
1. 2 Pernyataan Masalah
Berdasarkan kepada latar belakang permasalahan yang telah diutarakan,
dapat dinyatakan bahawa masalah utama yang ingin dinyatakan di sini adalah
seperti berikut:
Adakah MPK Sistem Pengangkutan bagi mata pelajaran Biologi untuk
pelajar Tingkatan Lima aliran Sains yang telah melalui penilaian formatif
sesuai digunakan dalam proses P dan P?
1. 3 Objektif Kajian
Objektif-objektif yang ingin dicapai oleh penyelidik dalam kajian ini adalah
merangkumi:
1. Membina tiga MPK Sistem Pengangkutan bagi mata pelajaran Biologi
mengikut SP Sekolah Menengah (PPK, 2001) untuk digunakan oleh
pelajar Tingkatan Lima bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
2. Menilai kesesuaian ketiga-tiga MPK Sistem Pengangkutan yang telah
dibina supaya dapat digunakan oleh para pelajar Tingkatan Lima aliran
Sains yang mengambil mata pelajaran Biologi.
13
1. 4 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini lebih berkait rapat dengan penilaian formatif yang
dilakukan ke atas MPK Sistem Pengangkutan oleh para responden, iaitu para guru
yang mengajar mata pelajaran Biologi di sekolah-sekolah menengah di sekitar
Johor Bahru. Persoalan kajian yang dilihat adalah seperti berikut:
1. Adakah PFSS oleh para responden yang mengajar mata pelajaran Biologi
terhadap MPK Sistem Pengangkutan yang telah dibina sesuai digunakan
dalam P dan P bagi mata pelajaran Biologi untuk para pelajar Tingkatan
Lima aliran Sains?
2. Adakah PFKK oleh para responden yang mengajar mata pelajaran Biologi
terhadap MPK Sistem Pengangkutan yang telah dibina sesuai digunakan
dalam P dan P bagi mata pelajaran Biologi untuk para pelajar Tingkatan
Lima aliran Sains?
3. Adakah faktor tempoh mengajar para responden mempengaruhi penilaian
terhadap kesesuaian MPK Sistem Pengangkutan bagi mata pelajaran
Biologi untuk para pelajar Tingkatan Lima aliran Sains dalam PFSS?
4. Adakah faktor tempoh mengajar para responden mempengaruhi penilaian
terhadap kesesuaian MPK Sistem Pengangkutan bagi mata pelajaran
Biologi untuk para pelajar Tingkatan Lima aliran Sains dalam PFKK?