huraikan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di filipina dan indonesia pada...

8
Huraikan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di Filipina dan Indonesia pada akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20 Dicatat oleh KHAIRUL AZMI on ISNIN, 2 JANUARI 2012 Pengenalan Filipina telah dijajah oleh Sepanyol pada abad ke-19 dan Amerika Syarikat pada abad ke-20. Penjajahan Sepanyol di Filipina telah memperlihatkan pelbagai bentuk penindasan terhadap orang Fipilina,terutamanya golongan petani dan paderi. Manakala,Indonesia dijajah oleh Belanda sejak awal abad ke-19. Dasar- dasar ekonomi Belanda di Indonesia telah membawa kesusahan kepada penduduk tempatan yang dieksploitasikan untuk kepentingan ekonomi Belanda. Namun, sistem pendidikan moden yang diperkenalkan oleh penjajah di Filipina dan Indonesia telah melahirkan golongan terpelajar dalam golongan kelas menengah yang memulakan gerakan nasionalisme di negara masing-masing. Isi-isi Penting Peranan golongan intelektual di Filipina Gerakan kesedaran – Gerakan Propaganda Golongan terpelajar Filipina atau “illustrados” telah terpengaruh dengan reformasi liberal di Sepanyol selepas tahun 1868.Golongan intelektual ini mengadakan Gerakan Propaganda . Antara tokoh ialah Jose Rizal dan Graciano Lopez Jaena. Peristiwa Pemberontakan Cavite 1872 dan dasar kekerasan Sepanyol mengakibatkan sebilangan intelektual melarikan diri ke England dan Sepanyol. Golongan ini membangkitkan idea nasionalisme semasa di negara-negara itu melalui penulisan akhbar La Solidaridad diasaskan oleh Lopez di Barcelona pada tahun 1889 dan telah mendedahkan

Upload: jessie-jesh

Post on 12-Aug-2015

445 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

peranan golongan

TRANSCRIPT

Page 1: Huraikan Peranan Golongan Intelektual Dalam Gerakan Nasionalisme Di Filipina Dan Indonesia Pada Akhir Abad Ke

Huraikan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di Filipina dan Indonesia pada akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20Dicatat oleh KHAIRUL AZMI on ISNIN, 2 JANUARI 2012

Pengenalan

Filipina telah dijajah oleh Sepanyol pada abad ke-19 dan Amerika Syarikat pada abad ke-20. Penjajahan Sepanyol di Filipina telah memperlihatkan pelbagai bentuk penindasan terhadap orang Fipilina,terutamanya golongan petani dan paderi. Manakala,Indonesia dijajah oleh Belanda sejak awal abad ke-19. Dasar-dasar ekonomi Belanda di Indonesia telah membawa kesusahan kepada penduduk tempatan yang dieksploitasikan untuk kepentingan ekonomi Belanda. Namun, sistem pendidikan moden yang diperkenalkan oleh penjajah di Filipina dan Indonesia telah melahirkan golongan terpelajar dalam golongan kelas menengah yang memulakan gerakan nasionalisme di negara masing-masing.

Isi-isi Penting

Peranan golongan intelektual di Filipina 

Gerakan kesedaran – Gerakan Propaganda

Golongan terpelajar Filipina atau “illustrados” telah terpengaruh dengan reformasi liberal di Sepanyol selepas tahun 1868.Golongan intelektual ini mengadakan Gerakan Propaganda . Antara tokoh ialah Jose Rizal dan Graciano Lopez Jaena.Peristiwa Pemberontakan Cavite 1872 dan dasar kekerasan Sepanyol mengakibatkan sebilangan intelektual melarikan diri ke England dan Sepanyol. Golongan ini membangkitkan idea nasionalisme semasa di negara-negara itu melalui penulisan akhbar La Solidaridad diasaskan oleh Lopez di Barcelona pada tahun 1889 dan telah mendedahkan kezaliman penjajahan Sepanyol di Filipina. Novel Rizal iaitu Noli Me Tangere telah memaparkan pemerintahan buruk kerajaan Sepanyol dan paderinya di Filipina. Tahun 1892, Rizal menubuhkan Liga Filipina yang menuntut hak orang Filipina dan kebebasan bersuara.

Perjuangan secara radikal - Revolusi Katipunan

Intelektual radikal seperti Andres Bonifacio telah menubuhkan Katipunan dengan matlamat untuk memperjuangkan kemerdekaan Filipina daripada penjajahan Sepanyol melalui revolusi bersenjata. Katipunan menerbitkan akhbar Kalayan untuk menyemarakkan idea nasionalisme dalam kalangan penduduk Filipina bagi menentang penjajah Sepanyol. Revolusi Katipunan berjaya dipatahkan oleh penjajah Sepanyol. Andres Bonifacio terkorban dan perjuangan Katipunan diteruskan oleh Emilio Aguinaldo (intelektual radikal).d. Pakatan Aguinaldo dengan Amerika Syarikat telah berjaya menamatkan penjajahan Sepanyol di Filipina tetapi Amerika Syarikat pula yang menjajah Filipina mulai tahun 1899.

Page 2: Huraikan Peranan Golongan Intelektual Dalam Gerakan Nasionalisme Di Filipina Dan Indonesia Pada Akhir Abad Ke

Perjuangan kemerdekaan secara berperlembagaan

Pada zaman penjajahan Amerika Syarikat di Filipina, gerakan nasionalisme dipimpin oleh golongan intelektual sederhana seperti Osmena, Quezon dan Roxas. Parti mereka, Parti Nasionalis berjaya memenangi pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1907. Quezon dilantik sebagai Yang DiPertua Dewan Undangan Filipina dan Osmena sebagai Speaker Dewan.1916: Atas desakan Quezon, Kongres Amerika Syarikat meluluskan Akta Autonomi Filipina yang membawa Filipina ke arah bekerajaan sendiri dan 1932: Osmena dan Roxas berangkat ke Washington untuk merundingkan kemerdekaan Filipina tetapi rundingan itu gagal serta 1934: Osmena sekali lagi memujuk Amerika Syarikat untuk meluluskan Akta Kemerdekaan. Namun, Filipina hanya memperoleh kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua.

Peranan golongan intelektual di Indonesia 

Nasionalisme Indonesia mengalami 4 tahap, iaitu sosio-budaya, sosio-ekonomi, revolusioner dan sekular. Dalam setiap tahap tersebut, muncul golongan intelektual yang menyumbang terhadap perkembangan nasionalisme. Secara umumnya, golongan intelektual Indonesia tidak berpuas hati dengan pemerintahan Belanda yang mengamalkan dasar diskriminasi dalam peluangpendidikan, pekerjaan dan pentadbiran.

Tahap nasionalisme sosio-budaya

Pada tahun 1902, Raden Adjeng Kartini memulakan gerakan nasionalisme kebudayaan di Indonesia. Beliau menubuhkan sebuah sekolah untuk anak-anak perempuan pegawai-pegawai Indonesia. Dr. Mas Wahidin mengasaskan Budi Utomo yang bermatlamat mencapai kemajuan kebudayaan dan pendidikan Jawa

Tahap nasionalisme sosio-ekonomi

Muncul intelektual seperti Omar Said Tjokroaminoto, Abdul Muis, Haji Agus Salim – pemimpin-pemimpin Sarekat Islam yang bertujuan melindungi kepentingan sosio-ekonomi bangsa Indonesia. Kemudiannya, Sarekat Islam bersifat politik.

Tahap nasionalisme revolusioner

Golongan intelektual yang tidak berpuas hati dengan Belanda telah memimpin pertubuhan politik yg lebih radikal / agresif. Misalnya, Semaun, Darsono dan Tan Malaka dari Parti Komunis Indonesia (PKI) – bersedia melancarkan revolusi untuk menggulingkan Belanda dan menubuhkan kerajaan republik komunis di Indonesia.

Tahap nasionalisme sekular

Soekarno, intelektual yang paling menonjol telah menubuhkan Parti Nasional Indonesia (PNI) pada tahun 1927. Tujuan PNI ialah menuntut kemerdekaan penuh bagi Indonesia melalui dasar tidak bekerjasama dengan Belanda. Perjuangan Soekarno melalui PNI turut dibantu oleh intelektual lain seperti Dr. Sartono dan Dr. Muhd. Hatta.

Page 3: Huraikan Peranan Golongan Intelektual Dalam Gerakan Nasionalisme Di Filipina Dan Indonesia Pada Akhir Abad Ke

Kesimpulan 

Golongan intelektual telah memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme di Filipina dan Indonesia. Mereka menyediakan idea-idea nasionalisme dan kepimpinan berkesan dari peringkat gerakan kesedaran hingga perjuangan pembebasan daripada penjajahan. Peranan yang dimainkan oleh golongan intelektual telah memberi sumbangan besar terhadap proses kemerdekaan di Filipina dan Indonesia selepas Perang Dunia Kedua.

Page 4: Huraikan Peranan Golongan Intelektual Dalam Gerakan Nasionalisme Di Filipina Dan Indonesia Pada Akhir Abad Ke

PENDUDUKAN JEPUN DI ASIA TENGGARA TELAH MENCETUSKAN SEMANGAT KESEDARAN DI KALANGAN NASIONALIS. BINCANGKAN.

MASLIZA BTE WAHID

            Semasa Perang Dunia Kedua, negara-negara di Asia Tenggara terlibat secara langsung dalam

peperangan tersebut. Jepun berusaha utk menguasai negara-negara di Asia Tenggara selain mengusir

penjajah Barat. Jepun yg menggunakan slogan ‘Asia Untuk Orang Asia’ tlh menarik perhatian dan

sokongan msykt Asia. Sepanjang pemerintahan Jepun dr thn 1942-1945, Jepun tlh melaksanakan

pelbagai dasar yg mendatangkan kesan yg besar terhadap kehidupan rakyat Asia Tenggara terutamanya

dlm mencetus semangat kesedaran di kalangan nasionalis.

            Memang tidak dapat dinafikan, walaupun kedatangan Jepun ke negara-negara Asia Tenggara

mendatangkan banyak kesan negatif ke atas sesebuah negara yg didudukinya, namun ia juga

mendatangkan kesan positif terhadap pergerakan kebangsaan. Pemberian kemerdekaan kepada negara-

negara Asia Tenggara merupakan salah satu sebab yg mencetuskan kesedaran kebangsaan di kalangan

nasionalis. Pemberian kemerdekaan ini bertujuan utk mengelak tentangan rakyat terhadap pendudukan

Jepun dan ini merupakan strategi bg menawan hati rakyat. Di Indonesia, Perdana Menteri Jepun Kaiso

tlh berjanji akan memberi kemerdekaan kpd rakyat Indonesia. Oleh itu, pd Ogos 1945, satu j/kuasa

persediaan kemerdekaan iaitu Penitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia (PPKI) tlh ditubuhkan. J/kuasa

ini dipengerusikan oleh Sukarno dan Hatta. Jepun bersetuju utk memberi kemerdekaan kpd tdk lewat drp

7 Sept. 1945. jepun juga beri kemerdekaan kpd pendudukMyanmar pd 1 Ogos 1943. manakal Filipina pd

14 Okt. 1943. Dgn pemberian kemerdekaan ini, gol. nasionalis menjadi lebih bersemangat utk terus

bangun menentang penjajahan. Keadaan ini tlh menyebabkan para nasionalis mula mengumpul ahli utk

sama-sama menubuhkan pertubuhan atau persatuan bg menentang penjajah dan seterusnya

membebaskan negara mereka dpr sebarang penjajahan.

Pentadbiran

            Semasa pendudukan Jepun, kuasa ini tlh memberi peluang kpd penduduk tptn utk sama-sama

dgn tentera Jepun memerintah negara mereka. Gol. terpelajar tlh diberi peluang utk menyertai

pentadbiran. Manakala ahli-ahli politik pula diberi kebebasan utk berpolitik. Misalnya di Indonesia,

tahanan politik semasa penjajahan Barat spt Sukarno, Hatta dan Syahrir tlh dibebaskan. Pd 1 Mac 1943,

Pusat Tenaga Rakyat @ PUTERA ditubuhkan di Indonesia dan Sukarno dilantik sbg pemimpinnya dgn

bibantu oleh Hatta.untuk memantapkan sokongan penduduk Indonesia kpd Jepun, maka ditubuhkan

Tentera Pembela Tanah Air @ PETA pd Sept 1943. PETA ditubuhkan utk

mempertahankan Indonesia drp sebarang serangan kuasa Berikat. Sukarno dan Hatta pula dibenarkan

berpolitik dan berpidato ke seluruh Indonesia. Namun scr realitinya tentera Jepun masih mempunyai

kuasa di Indonesia. Di Filipina juga Jepun tlh membenarkan penubuhan beberapa pertubuhan utk rakyat

Filipina berpersatuan. Antara persatuan yg ditubuhkan ialah Persatuan Untuk Berkhidmat Kepada Filipina

Baru @ Kalibapi, Persatuan Bantuan Wanita, Institusi Kepimpinan Kalibapi, Kalibapi Belian dan Institusi

Kalibapi. Persatuan2 ini berperanan utk memberi khidmat msykt kpd penduduk Filipina. Namun demikian,

scr realitinya persatuan2 ini adalah merupakan alat propaganda Jepun.

            Jepun juga tlh memberi peluang kpd gol. terpelajar utk menjawat jawatan penting dlm pentadbiran

kerajaan. Misalnya di Indonesia, rakyat Indonesia dilantik utk menjadi pegawai2 bg menggantikan tempat

pegawai2 Belanda dlm pentadbiran Jepun dan melaksanakan tugas2 dgn jayanya. Langkah ini tlh

Page 5: Huraikan Peranan Golongan Intelektual Dalam Gerakan Nasionalisme Di Filipina Dan Indonesia Pada Akhir Abad Ke

mengukuhkan lagi kepercayaan kpd diri sendiri dan meningkatkan keyakinan org Indonesia utk mentadbir

negara sendiri.

Ketenteraan

            Pemberian latihan ketenteraan kpd rakyat tptn yg berminat utk menyertai bidang ketenteraan juga

tlh mencetuskan semangat nasionalisme di kalangan para nasionalis. Misalnya di Burma, Minami Kikan

tlh melatih Komred 30 dan BIA sbg penentang kpd usaha2 Jepun yg mahu meluaskan bahasa dan

kebudayaan mereka.

            Di Vietnam, Jepun tlh membentuk satu pentadbiran tptn yg diketuai oleh Tran Trong Kim selepas

Ngo Dinh Diem enggan memberikan kerjasama. Pentadbiran baru yg dibentuk tlh berjaya menyelesaikan

pelbagai masalah termasuk mengenai kebuluran, rasuah, system cukai dan mobilasi belia tanpa

sebarang kuasa. Dgn memberi peluang kpd rakyat tptn utk mentadbir sesebuah organisasi besar, ini tlh

memberi peluang kpd rakyat tptn utk mengumpul dan menyelesai beberapa masalah yg dihadapi oleh

rakyat tptn yg selama ini terbengkalai krn tdk diselesaikan oleh Jepun. Dgn pemberian peluang ini,

kehidupan rakyat sedikit sebanyak telah mengalami perubahan dan memberi faedah serta manfaat kpd

penduduk.

            Begitu juga di Indonesia, stlh Jepun gagal dlm pembentukan PUTERA, Mokokai dan Masjumi

kemudiannya menubuhkan PETA @ Pembela Tanah Air pd bln Sept 1943. tujuan Jepun menubuhkan

PETA adalah utk melatih tentera sukarela Indonesia drp serangan tentera Berikat. Anggota2 PETA 

mempunyai semangat kebangsaan yg tinggi.mereka bukan sahaja berperasaan anti-Belanda malahan

juga berperasaan anti-Jepun. Sebenarnya anggota2 PETA inilah yg menjadi tulang belakang tentera

republik Indonesia stlh Jepun tewas.

Pendidikan

            Jepun juga turut memberikan pendidikan kpd penduduk tptn di negara yg diduduki. Jika sblm

kedatangan Jepun aspek pendidikan tidak berapa dititikberatkan oleh Barat. Ini krn penjajah bimbang gol.

terpelajar akan menentang mereka. Tetapi semasa pendudukan Jepun aspek pendidikan dititikberatkan

sbg langkah bg mendpt sokongan drp rakyat tptn. Di Vietnam aspek ini jelas kelihatan. Bagi menghadapi

ancaman baru, pihak pemerintah tlh melancarkan dasar2 tertentu dlm bidang politik dan social spt

memperbaiki sistem perkhidmatan, menggalakkan perkembangan sukan, pendidikan dan nasionalisme

yg selamat di kalangan gol. beliadan menggunakan kekerasan utk membanteras nasionalisme yg

melampau. Akibatnya bil. pelajar sek. tlh meningkat drp 450 000org pd thn 1939 hingga 700 000 org

(1944). Kumpulan pelajar ini tlh dikawal rapi oleh pemerintah spy tdk belot dgn penyokong puak lain.

Bahasa

            Di Indonesia, perkembangan dan penyebaran bahasa Indonesia sepanjang zaman pendudukan

Jepun tlh menguatkan kesedaran nasionalisme dan menghapuskan sifat2 kedaerahan org Indonesia.

W/pun utk jangka masa panjang, bahasa Jepun dirancang utk menggantikan bahasa Belanda sbg

bahasa pentadbiran dan bahasa penghantar di sek,2. ttp utk jangka masa pendek, bahasa Indonesia

masih digunakan. Dr. Ali Alisjahbana berpendapat bahawa apabila semakin ramai pelajar yg mempelajari

bahasa Indonesia dgn bebas, mereka menjadi sedar akan ikatan yg sama mengikat mereka. Bahasa

Indonesia tlh menjadi satu lambang perpaduan nasionalis penduduk tptn mahupun  sesbuah negara yg

dijajah itu sendiri. Dgn itu mereka tlh menemui kata sepakat utk sama2 bangun bg mencapai

kemerdekaan yg selama ini diidamkan oleh mereka. Keadaan ini tlh berjaya membuka mata negara2 yg

dijajah utk bangun mendapatkan kemerdekaan bg mendaulatkan negara mereka.

Page 6: Huraikan Peranan Golongan Intelektual Dalam Gerakan Nasionalisme Di Filipina Dan Indonesia Pada Akhir Abad Ke

Perubahan kuasa.

            Perubahan kuasa juga tlh mencetuskan semangat nasionalisme. Ini berikutan Jepun muncul sbg

sebuah negara Asia pertamayg melakukan penjajahan. Kemunculan Jepun sbg kuasa besar dunia tlh

membuka mata penduduk di Asia Tenggarautk memperjuangkan nasib mereka yg selama ini terbelenggu

oleh kuasa penjajah sama ada dr aspek eko.,politik mahupun social. Kejayaan Jepun mengalahkan

kuasa besar Barat menyedarkan penduduk Asia Tenggara bhw penduduk Asia juga mampu

mengalahkan kuasa Barat. Dlm konteks nasionalisme di Asia Tenggara ini,penduduk tlh bangun

menentang penjajahan Jepun krn mereka sedar bhw Jepun bukanlah kuasa yg tdk boleh dikalahkan.

Pengaruh luar

            Keadaan politik dunia juga mempengaruhi kesedaran kebangsaan di kalangan nasionalis. Banyak

fahaman2 baru muncul spt fahaman komunisme dan kapitalisme serta imperialisme. Idea komunisme yg

berasal dr Rusia tlh berkembang dan berjaya mempengaruhi gol. nasionalisme Vietnam. Idea

demokrasiyg didukung oleh Barathanya dijalankan di negara mereka sahaja. Perkara sebenar yg berlaku

ialah pemerasan kpd bangsa yg dijajah. Idea kapitalismedan imperialismemenjadikan bangsa yg dijajah

hidup menderita. Keadaan ini tlh mengecewakan gol. intelektual yg selama ini percaya kpd nilai murni

demokrasi yg menjadi tunggak keadilan. Namun unsur kapitalisme lebih dominan dlm perjuangan kuasa

Barat.

            Kesimpulannya, pendudukan Jepun di Asia Tenggara tlh banyak mendatangkan kesan terhadap

penduduk sama ada kesan positif atau negatif. Pendudukan ini tlh menyedarkan penduduk Asia

Tenggara terutama gol. nasionalis utk bangkit menentang penjajahanbg memerintah negara sendiritanpa

bantuan pihak luar dan seterusnya memperolehi kemerdekaan. Justeru gol. nasionalis tlh mendapat

inspirasi utk menuntut kemerdekaan drp penjajah.