sepanyol di filipina

90
1.0 Pengenalan Fokus utama kehendak soalan adalah menganalisakan hubungan sosial-politik antara Sepanyol dan Filipina pada kurun ke-19. Menganalisa merujuk kepada sesuatu perkara yang perlu dihuraikan seperti keadaan, masalah, persoalanan untuk mengetahui pelbagai aspek secara terperinci. 1 Di sini kami lebih memberi penekanan tentang bagaimana sistem sosial masyarakat Filipina telah dipengaruhi dengan sistem yang dilaksanakan oleh Sepanyol. Seterusnya ia turut membentuk satu sistem politik yang telah berasimilasi dengan pentadbiran penjajah dan tempatan iaitu sistem pentadbiran Sepanyol dan Filipina. Struktur politik ini berubah akibat daripada sosial masyarakatnya. Fenomena ini berlaku apabila Sepanyol ingin menyebarkan agama Kristian di Filipina. Republik Filipina ialah sebuah gugusan pulau-pulau yang luasnya lebih kurang 115,600 batu persegi. 2 Dalam abad ke-16 1 Hajah Noresah bt. Baharom, Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor : 1970. 2 Sejarah pembukaan Filipina terjadi apabila Ferdinand Magellan mendarat di Filipina pada tahun 1521. Mula-mulanya dia mendarat di Pulau Samar dan kemudiaanya berlayar ke Cebu dan Mactan di mana dia terbunuh. Kemudian pada tahun 1542 Raja Charles V dari Sepanyol menghantar sebuah angkatan penjelajah di bawah Ruy Lopez de Vilalobos ke Filipina untuk mendapatkan perdagangan. Angkatannya tidak mendatangkan apa-apa hasil, lalu di beri nama Filipina sempena nama anak maharaja Charles V, Philip. 1

Upload: miss-iera

Post on 10-Jun-2015

4.431 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEPANYOL DI FILIPINA

1.0 Pengenalan

Fokus utama kehendak soalan adalah menganalisakan hubungan sosial-politik

antara Sepanyol dan Filipina pada kurun ke-19. Menganalisa merujuk kepada sesuatu

perkara yang perlu dihuraikan seperti keadaan, masalah, persoalanan untuk mengetahui

pelbagai aspek secara terperinci.1 Di sini kami lebih memberi penekanan tentang

bagaimana sistem sosial masyarakat Filipina telah dipengaruhi dengan sistem yang

dilaksanakan oleh Sepanyol. Seterusnya ia turut membentuk satu sistem politik yang

telah berasimilasi dengan pentadbiran penjajah dan tempatan iaitu sistem pentadbiran

Sepanyol dan Filipina. Struktur politik ini berubah akibat daripada sosial masyarakatnya.

Fenomena ini berlaku apabila Sepanyol ingin menyebarkan agama Kristian di Filipina.

Republik Filipina ialah sebuah gugusan pulau-pulau yang luasnya lebih kurang

115,600 batu persegi.2 Dalam abad ke-16 gugusan kepulauan ini telah mengalami

perluasan kuasa politik dan perluasan kebudayaan Eropah di Asia Tenggara. Sepanyol

merupakan kuasa pertama yang menjalankan perluasan kuasa ini di Filipina, hal ini

kerana orang Sepanyol datang dari Timur melalui kedua-dua benua Amerika maka pada

masa itu Filipinalah yang menjadi pintu masuk ke kawasan ini. Seterusnya jalan tersebut

diikuti oleh Amerika untuk menjajah Filipina. 3 Di sinilah berlakunya perubahan dalam

hubungan sosial-politik antara Sepanyol dan Filipina pada abad ke-19. Hubungan ini

terjadi kesan daripada penjajahan Sepanyol ke atas Filipina pada 1565 sehingga 1898,

1 Hajah Noresah bt. Baharom, Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor : 1970.2 Sejarah pembukaan Filipina terjadi apabila Ferdinand Magellan mendarat di Filipina pada tahun 1521. Mula-mulanya dia mendarat di Pulau Samar dan kemudiaanya berlayar ke Cebu dan Mactan di mana dia terbunuh. Kemudian pada tahun 1542 Raja Charles V dari Sepanyol menghantar sebuah angkatan penjelajah di bawah Ruy Lopez de Vilalobos ke Filipina untuk mendapatkan perdagangan. Angkatannya tidak mendatangkan apa-apa hasil, lalu di beri nama Filipina sempena nama anak maharaja Charles V, Philip.3 Onofre D. Corfuz, The Phillippines, Prentice-Hall, Inc Englewood Cliffs, New Jersey : 1965, hlm 4.

1

Page 2: SEPANYOL DI FILIPINA

iaitu kira-kira 233 tahun. Nama Filipina diambil sebagai menghormati anak Maharaja

Charles V yang bernama Philip yang bakal mewarisi takhta kerajaan Sepanyol.4

Penjajahan Sepanyol di Filipina

Peta Negara Filipina

Proses penjajahan Sepanyol ke atas Filipina bermula sejak abad ke-16 lagi dan

pada abad ke-17. Filipina merupakan sebuah negara Asia Tenggara yang jatidiri sosio-

budayanya berbeza dari negara-negara keindiaan dan kecinaan di rantau Asia Tenggara.

Hanya di selatan kepulauan Sulu sahaja yang masih mengekalkan sosio-budaya Islam,

satu perkembangan yang Filipina berkongsi dengan dunia Nusantara sebelum kedatangan

penjajah Sepanyol. Sebelum kedatangan Sepanyol ke Filipina ini, orang-orang di

kepulauan ini mempunyai identiti tersendiri berbanding bangsa-bangsa lain di kawasan

4 D.G.E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor : 1981, hlm, 297.

2

Page 3: SEPANYOL DI FILIPINA

Asia Tenggara yang lain. Hal ini kerana mereka tidak menerima sebarang bentuk agama

sama ada agama Hindu atau Buddha, sebaliknya mereka bepegang teguh kepada

kepercayaan animisme.

Sejarah kedatangan Sepanyol di Filipina berdasarkan Persetiaan Saragossa yang

ditandatangani di antara Sepanyol dengan Portugal pada tahun 1529 iaitu menjadikan

garisan tujuh belas darjah ke timur Pulau Maluku sebagai sempadan kawasan-kawasan

pengaruh Sepanyol dengan Portugis. Penaklukan Filipina oleh Sepanyol dicapai tanpa

pertumpahan darah. Salah satu sebabnya ialah Philip II tidak mahu pertumpahan darah

yang berlaku dalam penaklukan Mexico dan Peru diulangi di Filipina, sebab yang lain

pula ialah kecuali dalam kalangan orang Moro di Mindano tidak terdapat kuasa politik

yang sebenar-benarnya. Satu badan politik yang ada hanyalah yang dipanggil barangay,

tetapi ini adalah satu kumpulan keluarga yang terkecil sahaja. Oleh itu tentangan yang

terdapat hanya berlaku pada satu tempat sahaja.5

Ada tiga tujuan utama yang mendorong Sepanyol bagi menjajah Filipina iaitu,

pertama untuk memperoleh bahagian dalam perdagangan rempah-rempahan dengan

menyaingi Portugis, kedua untuk memperolehi pangkalan bagi kegiatan keagamaan di

negeri China dan Jepun dan yang ketiga untuk mengkristiankan orang-orang Filipina.

Namun begitu hanya agenda yang ketiga sahaja yang berjaya dilaksanakan. Ini kerana

agenda pertama iaitu untuk menguasai perdagangan rempah sudah dimonopoli oleh

Belanda di Kepulauan rempah. Manakala agenda kedua gagal kerana Jepun dan China

sudah mempunyai pegangan agama yang kuat. Tujuan utama penjajahan Sepanyol di

Filipina adalah untuk menyebarkan agama Kristian. Ini disahkan oleh surat wasiat

terakhir Ratu Isabella (1474-1504) yang berbunyi:

5 D.G.E. Hall; Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor : 1981, hlm, 296-297.

3

Page 4: SEPANYOL DI FILIPINA

...Tujuan utama negara kita adalah sentiasa untuk menukarkan agama penduduk-

penduduk pulau-pulau Hindia dan Terra Firma kepada agama suci kita dan

menghantar mereka biskop-biskop, mubaligh dan orang terpelajar yang lain

untuk mengajar, mendidik dan melatih mereka supaya bertata-tertib...’6

Kesan daripada penjajahan Sepanyol ke atas Filipina menyebabkan berlakunya

perubahan dari aspek sosial-politik masyarakat Filipina. Hal ini kerana Sepanyol telah

melaksanakan pelbagai dasar pemerintahannya di Filipina. Di sini terdapat perbandingan

sebelum dan selepas penjajahan Sepanyol terutamanya dari aspek sosial dan politik.

Namun begitu penjajahan ini juga memberi kesan kepada sistem ekonomi masyarakat

Filipina. Budaya yang ingin diserap oleh Sepanyol terhadap Filipina tidak dapat

dilaksanakan kerana penduduk Filipina berpegang teguh dengan ajaran lamanya

walaupun majoriti penduduknya menganut agama Kristian. Dalam beberapa hal corak

Eropah itu hanya diletakkan di atas sahaja, misalnya sistem encomienda di atas corak

barangay, tetapi penjajahan Sepanyol tidak merosakkan sistem Filipina kerana bangsa

Filipina dapat menyesuaikan dirinya dengan perubahan.

Analisa Hubungan Sosial-Politik Sepanyol dan Filipina pada Abad ke-19.

2.0 Hubungan dari aspek sosial

2.1 Perubahan dari aspek sosiol-politik

2.1.1 Sistem Barangay

Sebelum Sepanyol menguasai politik Filipina, iaitu pada permulaan abad ke-16,

Filipina baru sahaja mencapai peringkat unit kampung iaitu barangay.7 Sebenarnya, 6 Maruwiah Ahmat ( Pengamatan Semula), Penjajahan Portugis dan Sepanyol Ke Atas Asia Tenggara, Publication Karisma, Selangor : 2006, hlm, 126-127.7 Barangay ialah kapal-kapal layar yang dibawa oleh orang Melayu Filipina apabila mereka datang ke Filipina. Masyarakat itu disebut sebagai barangay kerana mengikut nama kapal yang membawapenghijrahan masuk golongan asli dari Malaysia dan Indonesia. Kapal-kapal yang dikenali sebagaibarangay ini membawa masuk satu kumpulan keluarga yang besar iaitu terdiri daripada saudara mara di

4

Page 5: SEPANYOL DI FILIPINA

barangay bukannya satu masyarakat “politik” tetapi ialah satu kumpulan keluarga.

Barangay pada hakikatnya, merupakan sebuah institusi politik kekeluargaan yang besar

dan unit ini telah dijaga sepanjang masa pemerintahan Sepanyol, dari tahun 1565

sehinggalah ke akhir abad ke-19. Masyarakat barangay ini terbahagi kepada empat iaitu,

golongan datu, golongan maharlica( sejenis kaum bangsawan), golongan ini

dikecualikan dari bayaran cukai. Mereka ini berkhidmat kepada datu semasa peperangan.

Golongan yang seterusnya ialah timagua, mereka ini ialah golongan orang-orang yang

bebas dan berhak memiliki harta. Mereka berkhidmat kepada datu dari segi tenaga dan

membayar cukai separuh daripada ladang mereka. Golongan yang terakhir adalah aliping

saguiguilir, mereka ini berkhidmat kepada tuan-tuannya seperti mengerjakan ladang-

ladang, mengurus rumahtangga, mengayun sampan tuan-tuan mereka. Mereka menerima

upah dalam bentuk hadiah dan ada di antara mereka diterima sebagai anggota keluarga

tuan mereka. Golongan ini boleh dijual beli.

Seterusnya ada juga hamba berhutang dan tawanan perang.8 Selepas penjajahan

Sepanyol sistem hamba ini dilupuskan akibat kemasukan agama Kristian. Ramai

golongan hamba memeluk agama Kristian.9

Setiap masyarakat ini saling memerlukan antara satu sama lain dan penting dalam

struktur politik pada masa tersebut. Contohnya, golongan maharlica menjadi penasihat

kepada datu jika diminta. Setiap barangay dikuasai oleh orang yang paling terkenal di

dalam sesebuah kampung, biasanya dipanggil sebagai datu atau penghulu/kapten kapal

kedua-dua belah pihak sama ada ibu bapa si isteri,anak saudara,adik ipar si suami dan sebagainya. Rujuk buku Onofre D. Corpus, The Philippines. New Jersey: Prentice-Hall, Inc,1965, hlm. 26-27.8 Jose S, Arcilla. S. J, An Introduction To Philipine History, Anteneo Publications Loyala Height, Manila : 1971, hlm, 14.9 Golongan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pertama mereka yang lebih baik berbanding hamba, di sini mereka memiliki harta, hidup dalam rumah sendiri dan boleh berkahwin dengan keluarga majikannya dan mereka ini tidak boleh dijual beli. Golongan hamba yang kedua tidak mempunyai harta, mereka ini bekerja di rumah tuannya dan boleh dijual beli. Ibid, hlm, 52

5

Page 6: SEPANYOL DI FILIPINA

ataupun raha. Walaupun datu bukanlah satu jawatan yang lebih kepada politik, akan

tetapi ia penting kerana dalam struktur sosial peranan datu adalah lebih kepada adat

istiadat dan memelihara keamanan, mengelakkan atau mengurangkan pertelingkahan bagi

unit barangay.10 Datu-datu barangay amat dihormati oleh ahli-ahlinya terutama datu

yang terlibat dalam peperangan. Datu berkewajipan melindungi orang-orang

kampungnya dan menyelesaikan masalah di dalam kawasan beliau.

Dalam abad ke-16, jawatan datu terbuka kepada orang yang berkebolehan dan

tidak lagi berdasarkan keturunan. Setiap ahli dalam unit ini mesti mematuhi cara dan adat

barangay dan mereka bersatu di bawah datu masing-masing. Mereka ini tinggal dan

menetap dalam sesebuah kampung yang biasanya terdiri daripada 30-100 buah keluarga.

Penduduk kampung yang kecil mungkin terdiri daripada 150 orang sahaja kecuali bagi

mereka yang tinggal di bandar-bandar besar seperti di Manila dan Cebu mungkin

mempunyai seramai 2000 orang penduduk. Barangay-barangay ini merupakan unit-unit

politik dan kemasyarakat yang bersendirian dengan berdasarkan hubungan darah.

Setiap barangay ini bebas menjalankan hubungan dengan barangay-barangay

lain untuk membentuk persahabatan dan Bandar. Akan tetapi tiada susunan politik di

antara barangay-barangay itu. Maknanya, tiada struktur yang jelas tentang pemerintahan

pada masa ini. Kebanyakan barangay cenderung untuk bermusuhan kerana tiada ikatan

antara barangay dengan barangay yang lainnya. Kedudukan barangay-barangay yang

bertaburan menyukarkan hubungan politik berlaku selain daripada halangan-halangan

alam seperti kedudukan pulau-pulau yang berjauhan antara satu sama lain menyebabkan

pertempatan mereka terpisah-pisah dan bukannya menyatukan unit tersebut. Perkara ini

menjelaskan bahawa tiada sebarang ikatan antara barangay-barangay ini. Bahkan semasa

10 Ibid, hlm. 28-29.

6

Page 7: SEPANYOL DI FILIPINA

Sepanyol sampai pun, mereka berpendapat agak sukar memelihara hubungan di kawasan

di luar Manila dan Pulau Luzon.11 Yang ada hanyalah pertukaran-pertukaran

kemasyarakatan dan persetujuan bersama tentang memberi pertolongan dalam

perkelahian-perkelahian menentang orang luar.12 Terdapat beberapa pertubuhan atau

konfederasi di antara barangay-barangay yang membuktikan bahawa sebelum

kedatangan Magellan, masyarakat Filipina sudahpun mempunyai cara untuk menyatukan

diri dan kaum mereka ke dalam satu komuniti yang bersatu padu dan bersifat politik yang

lebih besar daripada unit barangay itu sendiri. Ini merupakan satu langkah untuk

membina satu bangsa Filipina yang bersatu dan mempunyai struktur politik yang

sistematik.13 Pertubuhan barangay diketuai oleh seorang datu yang paling berpengaruh

dikalangan datu-datu lain manakala yang selebihnya menjadi “lesser datu” dan menjadi

pembantu kepada pemerintah, menjadi anak buah kepada datu yang berpengaruh dan

berkuasa monarki di kalangan barangay-barangay.14

Selain itu, terdapat juga golongan Islam Moro yang mendiami Filipina dan

membentuk struktur politik sendiri. Dari segi sejarahnya, Filipina mempunyai beratus-

ratus pulau yang terpisah antara satu sama lain iaitu lebih kurang 7000 buah pulau.

Sungguhpun begitu, lebih kurang 800 buah saja yang didiami orang. Pulau utama ialah

Luzon dan Mindanoa. Akan tetapi, politik Mindanoa dikuasai oleh Kesultanan Sulu yang

dimonopoli oleh orang Islam Moro.15 Orang Islam Moro merupakan satu unit politik yang

11 Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1971, hlm. 179.12 Ibid, hlm. 178.13 Gregorio F. Zaide, Phillipine Political and Cultural History: Phillipine Since Pre-Spanish Time,Manila: Phillipina Education Company, 1957, hlm. 57.14Terdapat dua sebab yang menyebabkan barangay-barangay untuk menubuhkan pertubuhan. Yang pertama ialah keperluan untuk keselamatan daripada musuh-musuh dan yang kedua ialah perkahwinan antara lakambinis (puteri) dan lakans (putera) antara barangay yang berlainan boleh menyatupadukan tiap barangay, Ibid, hlm. 58-59.15 Islam Moro ialah satu bangsa Filipina yang tinggal di Kepulauan Mindanoa, Sulu, dan Palawan yang dikuasai oleh Kesultanan Sulu. Mereka merupakan golongan Muslim yang dianggap barbarian oleh golongan barat terutama oleh orang Sepanyol. Golongan Moro mempunyai sistem pentadbiran yang

7

Page 8: SEPANYOL DI FILIPINA

tinggal berasingan dengan orang Filipina tempatan. Mereka mempunyai petempatan

sendiri dan merupakan penentang kepada kepada kemasukan Sepanyol kerana faktor

penyebaran agama Kristian. Sebenarnya, telah berlaku beberapa pertempuran antara

Moro dengan Sepanyol. Contohnya pada tahun 1578, apabila tentera Sepanyol cuba

mengusir orang Moro dari kawasan mereka di Bandar Jolo di Pulau Sulu tapi gagal

bertahan kerana penduduk semakin benci kepada mereka.16 Jalan buntu menimpa kedua-

dua belah pihak kerana tiada persefahaman dicapai. 17

Selepas penaklukan Sepanyol pula, struktur politik Filipina tidak pula dirosakkan

dengan kemasukan pengaruh pentadbiran Sepanyol. Mereka hanya mengubahnya sesuai

dengan dasar-dasar yang dibawa oleh Sepanyol. Dari sudut pentadbiran, kerajaan

colonial tertakluk kepada Wizurai di Mexico dan pembendaharaan Mexico memberikan

kepada Mexico Situado (tunjangan) untuk membiayai kos-kos pentadbiran. Sepanyol

mengandungi tiga kuasa utama iaitu kehakiman, eksekutif dan legislatif yang telah

dipindahkan kepada Filipina sebagai salah satu jajahannya. Sebagai satu badan eksekutif,

ia berperanan dalam pentadbiran koloni dan menasihatkan raja tentang sesuatu yang

boleh menjejaskan koloni. Sebagai badan legislatif pula, Council of Indies berperanan

membentuk undang-undang dan arahan dan sebagai badan penghakiman pula, ia

berperanan sebagai mahkamah tertinggi untuk membicarakan sesuatu kes koloni. Pada

teratur berbanding masyarakat Filipina yang lain. Oleh itu, penyebaran dan pengaruh Sepanyol tidak sampai ke kawasan ini kerana adanya penentangan. Sila rujuk buku Ooi Keat Gin, Southeast Asia: A Historical Encyclopedia From Angkor Wat To East Timor, United of America: ABC Clio, Inc, 2004, hlm. 914-915.16 Sepanyol telah menubuhkan gereja dan kota raya yang lengkap dengan segala senjata di Mindanoa sebagai satu sekatan bagi menghalang serangan orang Islam Moro tetapi dengan pantasnya telah diruntuhkan oleh Moro, Josinder Singh Jessy, History of South-East Asia (1824-1965, Kedah: Penerbitan Darulaman, 1985, hlm. 29-30.17 D. G. E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, hlm. 306-307.

8

Page 9: SEPANYOL DI FILIPINA

abad ke-19 pula, tugas The Council of Indies telah digantikan dan diletakkan dibawah

Menteri Luar Negara.18

Dari segi struktur pentadbiran Sepanyol, Golongan datu masih digunakan pada

peringkat kampung, dan barangay menjadi menjadi unit susunan politik yang lebih kecil

dan disusun semula untuk menjadi lebih kecil iaitu lebih kurang seramai 50 keluarga.

Nama datu ditukar kepada gelaran Sepanyol iaitu Cabeza de barangay.19 Fungsi datu

menjadi semakin luas. Jika sebelum ini, datu hanya berfungsi hanya kepada komuniti

ataupun barangay masing-masing, namun selepas kedatangan Sepanyol, datu berfungsi

sebagai pengutip cukai bagi kerajaan colonial dan melalui datu, Sepanyol boleh

memerintah rakyat. Sepanyol menjadikan jawatan Cabeza de barangay sebagai satu

jawatan yang boleh diwarisi dan tidak lagi terlepas ke tangan orang yang lebih kejam atau

agresif dengan kuasa. Akan tetapi cara ini sebenarnya menghalalkan rasuah kerana orang

yang lemah pun boleh menjadi cabeza dan menggumpulkan kekayaan demi diri sendiri.

Dalam tahun 1786, warisan tersebut dihapuskan dan para penduduk sendiri yang memilih

cabeza-nya (penghulu kampung) sendiri untuk memegang jawatan tersebut selama 3

tahun. Tugas mengutip cukai yang diberikan memberi peluang kepada mereka untuk

mengayakan diri sendiri manakala cabeza yang jujur tidak pula menjadi kaya. Cabeza-

cabeza dikecualikan membayar cukai dan daripada menjalankan kerja paksa. Seorang

cabeza bertanggungjawab terhadap pemungutan cukai dan mempunyai tugas berkaitan

dengan sistem polo dan vandala, yang merupakan sumber rasuah dan kekuasaan

kepadanya.

2.2 Sistem Pemerintahan Sepanyol

18 Gregorio F. Zaide, The Republic of The Philippines: History Government and Cilivization. Philippines : Rex Book Store, 1963, hlm. 77-78.19 Rujuk buku Onofre D. Corpus, The Philippines. New Jersey: Prentice-Hall, Inc, 1965, hlm. 27.

9

Page 10: SEPANYOL DI FILIPINA

2.2.1 Kerajaan Berpusat

Di bawah pentadbiran Sepanyol, telah berlaku beberapa perubahan dari segi pentadbiran

di Filipina. Sepanyol telah memperkenalkan cabecera yang kemudiannnya disebut

sebagai poblacion (bandar) dan wilayah (alcadia ataupun corregimiento atau

commandanicia, jika gabenor wilayah-wilayah tersebut seorang pegawai tentera). Yang

lebih penting ialah pengenalan pueblo ataupun municipio (bandaran). Pueblo merupakan

sekumpulan barangay yang diletakkan di bawah seorang gobernadorcillo (gabenor kecil)

yang juga menjadi ketua hakim. Jawatan ini juga merupakan jawatan yang dipilih selama

setahun.20 Organisasi pembandaran merupakan satu perubahan yang radikal dan tegas

yang telah dijalankan oleh Sepanyol daripada petempatan berselerak sebelum kedatangan

Sepanyol.21 Sepanyol berharap untuk menubuhkan bandar-bandar yang mempunyai

sistem pentadbiran keagamaan sebagai tambahan kepada sistem pentadbiran awam. Oleh

itu, tiap bandar dibinakan sebuah gereja yang terletak di tengah-tengah bandar di samping

bangunan seperti dewan bandaran (casa tribunal). Golongan cabeza yang tinggal di

bandar tadi telah membentuk golongan Principalia di mana taraf mereka dipandang

rendah oleh masyarakat penjajah. Akan tetapi, mereka tetap dipandang mulia oleh sesama

bumiputera seperti dahulu. Walaupun begitu, tidak dinafikan terdapat daripada mereka

yang cenderung untuk mengamalkan rasuah dan ada yang ditipu oleh golongan paderi

Sepanyol, dibayar upah yang murah dan sebagainya. Dari segi politik, Principalia

menjadi alat yang mengurangkan ketegangan politik dan orang tengah dalam hal

kebudayaan.22 Secara amnya, Sepanyol tidak mengambil berat tentang kebajikan

20 Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1971, hlm. 190.21 Sepanyol menganggap ia penting bagi menjamin keperluan orang Filipina dalam satu petempatan yang sistematik dan diletakkan di “DEBAJO DE LAS CAMPANAS” yang bermakna “di bawah naungan gereja”, Rujuk buku Onofre D. Corpus, The Philippines, New Jersey: Prentice-Hall, Inc, 1965, hlm. 32-33.22 Gregorio F. Zaide, Phillipine Political and Cultural History: Phillipine Since Pre-Spanish Time, Manila: Phillipina Education Company, 1957, hlm. 83.

10

Page 11: SEPANYOL DI FILIPINA

sosiopolitik masyarakat melainkan kepada sumber hasil semata-mata. Perkara ini dapat

dilihat apabila mereka ditempatkan dalam sesuatu kawasan, ia memudahkan golongan

paderi memungut cukai terhadap masyarakat Filipina, mereka juga memaksa penduduk

membayar cukai, sekiranya tidak dibayar mereka dijadikan buruh paksa iaitu

mengerjakan tanah-tanah yang diberikan.

2.2.3 Kerajaan Bandar

Selepas pueblo, terdapat pula cuidad (bandar raya). Akan tetapi, selepas abad ke-19,

hanya Manila sahaja yang mencapai taraf bandar raya ataupun caidad. Unit pentadbiran

yang paling penting ialah alcadia mayors ataupun provincial (wilayah). Pada tahun 1700,

Filipina terbahagi kepada 12 alcaldia ataupun provincial. Pentadbiran di Sepanyol akan

memberi arahan kepada Gabenor jeneral untuk disampaikan kepada alcadia mayors

berkenaan undang-undang di kawasan provincial masing-masing.

Pihak yang berkuasa tinggi daripada alcadia mayors ialah alsalde mayor (ketua

datuk bandar). Selain itu, terdapat juga adelantado (gabenor dan kapten-jeneral). Jawatan

ini merupakan jawatan tertinggi sekali di kalangan pegawai-pegawai lain. Tugasnya

meliputi semua yang berkenaan dengan tanah jajahan. Antara bidang kuasa pentadbiran

adelantado ialah meliputi audencia iaitu mahkamah agung yang berkuasa mutlak,

residencia iaitu mahkamah penyelidik mengenai tingkahlaku gabenor yang akan berhenti

dan juga gereja yang berkuasa besar sama ada di Filipina dan Sepanyol.23 Audencia

merupakan penasihat kepada gabenor yang merupakan pelaksana kepada undang-undang

23 Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1971, hlm. 191.

11

Page 12: SEPANYOL DI FILIPINA

Sepanyol serta memerhatikan tingkahlaku gabenor dan memastikannya mentadbir secara

adil dan saksama.24

Kesimpulannya, pentadbiran Filipina bersifat oligarki iaitu sama dengan yang

diamalkan di Sepanyol. Pilihan untuk memegang jawatan-jawatan dalam pentadbiran

tidak secara demokratik kerana tidak semua orang boleh terlibat. Pentadbiran dipanggil

oligarki kerana hanya sebahagian kecil ahli-ahli dalam masyarakat sahaja yang boleh

mengundi pegawai-pegawai ini. Hal ini bermakna, kuasa pentadbiran terletak ditangan

sekumpulan anggota-anggota yang terkemuka di dalam masyarakat tersebut seperti,

pueblo, barangay ataupun provincial.

2.3 Kesan-kesan Politik di Filipina

2.3.1 Pengasingan Kuasa Gereja dan Kerajaan Pusat

Kesan yang terhasil daripada pemerintahan Sepanyol ialah pengasingan kuasa gereja

dengan pentadbiran negara. Selepas berlakunya Revolusi Prostetant, kita dapat lihat

bahawa pengaruh golongan agama makin berkurang. Di Filipina sendiri, golongan paderi

semakin dibenci oleh rakyat ekoran tindakan kejam mereka terhadap rakyat Filipina

seperti memeras ugut, merampas tanah rakyat dan memaksa rakyat melakukan tugas-

tugas agama.25 Ketidakpuasan terhadap golongan agama juga telah menjadi salah satu

sebab kepada munculnya gerakan kebangsaan dalam menentang pemerintahan Sepanyol.

Tambahan pula, dengan sikap paderi Sepanyol yang gemar mengamalkan rasuah dan

penindasan telah menaikkan lagi kemarahan rakyat Filipina. Kebangkitan semakin

bertambah apabila terdapatnya penyatuan kuasa gereja dengan unit pentadbiran politik di

24 Jose S. Aralla. S. J, An Introduction To Philippine History, Manila: Ateneo Publications Loyala Height, 1971, hlm. 24-25.25 Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1971, hlm. 198.

12

Page 13: SEPANYOL DI FILIPINA

Filipina. Gereja sebagai badan agama menduduki unit tertinggi dan menjadi badan

undang-undang kerajaan. Golongan ini juga telah menjadi sistem kerajaan sehinggakan

membawa fungsi yang penting sama ada dalam ekonomi dan politik. Tugas politik

golongan ini seperti menjadi ahli dalam kerajaan provincial.26 Situasi ini menunjukkan

bahawa golongan agama telah mendominasi pentadbiran di Filipina.

2.3.2 Perubahan Sistem Pentadbiran Tradisional

Kehilangan kebebasan kepada Sepanyol telah menyebabkan rakyat Filipina terjejas dari

segi politik. Konsep dan pengalaman yang telah dibawa oleh Sepanyol telah sedikit

sebanyak telah menyebabkan Filipina terkena tempiasnya terutama dalam pentadbiran.

Pembahagian kuasa pentadbiran telah dibawa oleh Sepanyol seperti kuasa kerajaan pusat

di mana untuk menghasilkan satu pentadbiran yang efektif, Sepanyol perlu meletakkan

semua jajahannya ke dalam satu pentadbiran yang sama.27 Pengenalan kepada jawatan-

jawatan seperti gabenor yang berperanan sebagai jurucakap bagi Raja Sepanyol telah

mengubah kuasa golongan atau pemerintah tradisional sebelum ini. Jika dulu datu

berperanan sebagai kuasa utama dalam pentadbiran, selepas kedatangan Sepanyol, tugas

datu tertakluk kepada pentadbir Sepanyol dan menjadi penghubung antara rakyat Filipina

dengan Kerajaan. Perlantikan datu-datu juga telah berubah iaitu jika dulu datu dilantik

secara warisan, selepas kedatangan Sepanyol, jawatan ini terbuka kepada orang-orang

yang berkebolehan.

Kita juga dapat lihat daripada kesan penjajahan Sepanyol, satu asimilasi telah

berlaku iaitu percampuran pentadbiran sebelum kedatangan Sepanyol dan selepas 26 Teodoro A. Agoncillo dan Oscar M. Alfonso, History Of The Filipino People, Philippine: Malaya Books Quezon City, 1967, hlm. 111.27 Gregorio F. Zaide, Phillipine Political and Cultural History: Phillipine Since Pre-Spanish Time,Manila: Phillipina Education Company, 1957, hlm. 78.

13

Page 14: SEPANYOL DI FILIPINA

kedatangan Sepanyol melalui jawatan dan kedudukan datu di samping taraf politik

golongan barangay yang mendapat tempat dalam struktur politik tempatan. 28 Selepas itu,

pengaruh Sepanyol dapat dilihat melalui panggilan-panggilan dan jawatan-jawatan yang

berada dalam struktur politik di Filipina seperti pueblo, cabeza, gobernadorcillo dan lain-

lain.

Sejak dari awal, usaha Sepanyol untuk menjajah Filipina menemui kesukaran

kerana mereka harus menyatukan pulau-pulau yang pelbagai di Filipina ke dalam satu

unit pentadbiran kerajaan supaya undang-undang pemerintahan Sepanyol dapat

dikuatkuasakan. Tetapi, hanya menjelang abad ke-19, penyatuan ini lebih praktikal untuk

diusahakan walaupun kuasanya tidaklah berjaya di beberapa kawasan seperti yang

dikuasai oleh orang Islam Moro dan orang Filipina yang gagal ditakluk Sepanyol.

Manakala orang Filipina yang berjasa dikristiankan Sepanyol amat kurang dibandingkan

dengan orang kristian asal dari Filipina.29 Filipina telah bejaya disatukan ke dalam satu

unit pentadbiran pusat yang sama dan teratur. Kesedaran tentang pentingnya

pemerintahan telah membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat Filipina.

Akan tetapi, dengan tertubuhnya pemerintahan berpusat ini, sebenarnya telah

mengekalkan keamanan di kebanyakan tempat di Filipina walaupun kerajaan pusat

kadangkala tidak berlaku adil terutama melibatkan orang Kristian dan Orang Islam.

Selain itu juga, pada abad ke-19, apabila Sepanyol sendiri merasai kesan-kesan

perubahan kerajaan, di mana tempoh masa untuk menjawat jawatan gabenor-jeneral telah

28 Teodoro A. Agoncillo dan Oscar M. Alfonso, History Of The Filipino People, Philippine: Malaya Books Quezon City, 1967, hlm. 86-87.29. Jadi, sememangnya, usaha untuk menyatukan mereka semua menjadi amat sukar. Sebenarnya, Sepanyol sendiri tidak menyangka bahawa usahanya untuk menyatukan Filipina ke dalam satu unit pentadbiran pusat menemui kejayaan tidak seperti yang mereka rancang sebelum ini, Ibid, hlm. 100-101.

14

Page 15: SEPANYOL DI FILIPINA

dipendekkan iaitu purata dari 2 tahun dan 10 bulan kepada 116 pegawai Sepanyol dari

1565 hingga 1898. Keadaan ini menyebabkan kemerosotan dalam pentadbiran. Ini dapat

dibuktikan apabila ramai gabenor-jeneral yang baik tidak mempunyai cukup masa untuk

menyiapkan projek dan rancangan mereka dan disebabkan masa yang singkat itu juga,

ramai daripada mereka mengambil peluang untuk menambahkan kekayaan mereka.

Contohnya, ketua kapal geliong yang mengambil keuntungan dari permit perkapalan

yang diuruskannya. Pemerintahan berpusat sendiri telah mendapat tentangan rakyat

Filipina, lebih-lebih lagi kerana kurangnya penglibatan orang-orang Filipina dalam

kerajaan tersebut. Mereka hanya diberikan jawatan-jawatan rendah dalam kerajaan. Hal

ini disebabkan kerana mereka dianggap sebagai “immature wards” iaitu seseorang yang

tidak matang dimana segala kebajikan diuruskan oleh Sepanyol dan sebab seterusnya

kerana terpaksa kerana sebelum ini mereka dinafikan hak kerana ketidaksamaan moral

dan agama.30 Bantahan ini sememangnya benar pada permulaan pemerintahan Sepanyol

dan semakin berkurangan pada abad ke-19.

Selain itu juga, pihak Sepanyol telah memberi peluang pekerjaan kepada

penduduk Filipina. Jawatan-jawatan rendah dalam bidang pentadbiran turut disandang

oleh ketua-ketua orang Filipina. Ketua-ketua ini menjadi golongan bangsawan tempatan

dan mereka menjadi golongan yang penting dalam menyalurkan tuntutan-tuntutan para

pegawai Sepanyol dan paderi-paderi kepada masyarakat Filipina. Mereka berfungsi

sebagai jurucakap bagi masyarakat Filipina. Maka golongan ini berfungsi sebagai ketua

tempatan dalam sistem pemerintahan di Filipina. Penawaran terhadap peluang pekerjaan

berlaku kerana adanya pendidikan yang diberikan oleh Sepanyol. Akan tetapi, telah

berlaku juga manipulasi terhadap golongan paderi tempatan oleh paderi Sepanyol.

30 Ibid. hlm. 102.

15

Page 16: SEPANYOL DI FILIPINA

Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku dalam konteks sosiobudaya masyarakat yang

membawa fahaman agama yang sama.

2.4 Pembentukan Masyarakat Baru di Filipina

2.4.1 Golongan Mestizo China

Selepas Sepanyol menjajah Filipina maka berlaku perubahan dalam sistem sosial

masyarakat. Kemasukan para pedagang luar dari Eropah dan China, lahirlah masyarakat

majmuk di Filipina dan lahirlah golongan elit dalam masyarakat majmuk ini seperti

mestizo Cina, mestizo Sepanyol, indio dan generasi Sepanyol yang lahir di kepulauan

Filipina. Kewujudan mereka maka, lahirlah golongan elit tempatan yang muncul secara

perlahan-lahan sejak pertengahan abad ke-18. Mereka ini golongan terpelajar dalam

sosiobudaya di Filipina. Pedagang-pedagang China ini berkahwin dengan masyarakat

Filipina maka muncullah masyarakat baru di Filipina. Masyarakat ini menguasai sistem

politik dan ekonomi. Hal boleh dibuktikan dalam sistem ekonomi seperti yang dikatakan

oleh seorang pengarang Sepanyol yang telah menulis bahawa selepas 1800 semua tanah

bumiputera telah diambil oleh orang mestizo.31Mereka ini telah berjaya menempatkan diri

dalam sistem sosial kerana peranan yang mereka mainkan dalan sistem ekonomi dan

politik. Disebabkan mereka pandai bergaul dengan masyarakat tempatan maka mereka

dihormati dan kebanyakan daripada mereka mempunyai tanah-tanah, lantaran itu dengan

adanya tanah ini, mereka telah menggunakannya untuk sektor pertanian.

31 Orang mestizo adalah mereka yang berbapakan orang Cina “ biasanya beragama Kristian, sama ada terpengaruh dengan agama atau kerana kemudahan berniaga dan beribukan masyarakat Filipina ” mereka ini merupakan masyarakat campuran biasanya orang Cina dengan masyarakat tempatan. Mestizo Sepanyol adalah hasil perkongsian hidup antara orang sepanyol dengan orang Filipina atau orang India Mexico atau orang Cina dengan masyarakat tempatan. Orang Sepanyol yang lahir di Filipina atau Mexico dikenali sebagai Creole. Mereka ini berjaya menempatkan diri dalam system social dan dihormati. Kewujudan mereka membangkitkan semangat nasionalisme.

16

Page 17: SEPANYOL DI FILIPINA

Dilihat dalam sistem politik, mereka juga mempunyai petempatan sendiri akibat

kebanjiran mereka di Filipina, lantaran itu kerajaan Sepanyol membuat satu dasar dengan

mengelompokkan mereka di kawasan baru yang dikenali sebagai Parian, iaitu sekarang

ini terletak di selatan daerah Ermita di Manila.32tujuan pengelompokan ini adalah

memudahkan golongan Cina ini mentadbir masyarakat mereka, selepas mereka diberi hak

berpolitik, Sepanyol merasa terancam dan sistem baru diperkenalkan iaitu membenarkan

penglibatan golongan ini dalam pentadbiran kerajaan. Buktinya kerajaan telah memilih

wakil Cina khususnya yang beragama Kristian untuk menjadi wakil dan jurucakap bagi

pihak masyarakat Cina. Wakil ini akan menjadi Gabenor dan digelar sebagai Kapitan.

Tidak semua golongan ini adalah golongan pedagang yang kaya. Majoriti dariapada

mereka merupakan golongan artisan seperti membina, tukang kayu, tukang besi, tukang

kasut dan sebagainya. Seterusnya golongan ini menjadi kaya dan menyebabkan kerajaan

Sepanyol cemburu dan takut. Lantaran itu, mereka telah berbahas sama ada untuk

membenarkan mereka ini terus menetap di Filipina ataupun dihalau keluar. Hal ini

kerana, mereka menganggap golongan Mestizo China akan memberi pengaruh yang

buruk kepada masyarakat Kristian Filipina. Akan tetapi, motif utama mereka untuk

mengusir golongan ini adalah mengelakkan golongan ini daripada terus memonopoli

perdagangan dan industri di Filipina.33

Kesimpulannya, maka lahirlah masyarakat baru yang akhirnya akan menjadi

sebahagian daripada sistem pentadbiran Filipina. Kewujudan masyarakat baru di Filipina

adalah kesan daripada sistem ekonomi yang dilaksanakan oleh Sepanyol, hal ini kerana

mereka telah menjalankan perdagangan di pelabuhan tersebut dan membuka jalan kepada 32 Sekarang petempatan ini masihb lagi wujud khususnya di sempadan sungai Pasig mungkin di sekitar Quiapo atau daerah Santa Cruz sekarang. Jose S. Aralla, S. J, An Introduction To Philippine History, Manila: Ateneo Publications Loyala Height, 1971, hlm. 41-42.33 Ibid, hlm. 42-43.

17

Page 18: SEPANYOL DI FILIPINA

golongan Mestizo China untuk tinggal dan menetap di Filipina. Kewujudan mereka inilah

yang menyebabkan bangkitnya semangat kesedaran dalam kalangan rakyat tempatan

membebaskan diri daripada dijajah oleh Sepanyol. Perubahan status sosial berlaku iaitu

daripada kelas pertengahan menjadi kelas atasan. Kebanyakan mereka ini adalah

golongan yang berpendidikan seperti Jose Rizal.

2.5 Pengaruh Agama Kristian di Filipina

Filipina merupakan negara Asia Tenggara yang pertama yang beragama Kristian melalui

pemerintahan Sepanyol. Kesan agama Kristian dari segi rohani sukar untuk dinilai.

Perkara ini dapat dilihat apabila rakyat Filipina menerima agama Kristian secara memilih

bukan secara sepenuhnya, seperti sambutan mereka terhadap aspek-aspek lain dalam

sistem pemerintahan Sepanyol. Misalnya, perbuatan rakyat Filipina menyimpan orang

(hamba) adalah salah disisi agama, oleh itu mereka mematuhi undang-undang tersebut.

Mereka masih taat kepada ajaran lama mereka yang telah menjaga dan membela nenek

moyang mereka.34 Oleh kerana bilangan mubaligh-mubaligh katolik ini tidak ramai, maka

sebahagian besar penduduk Filipina hanya diajar amalan-amalan dan upacara-upacara

agama sahaja. Selepas penaklukan Filipina, pihak agama dan kerajaan tetap bergantung

antara satu sama lain iaitu kerajaan membantu pihak agama dari segi penyebaran agama

kristian dan menolong memperkukuhkan kuasa politik mereka di Filipina.35

Sebelum kedatangan Sepanyol di Filipina, rakyatnya percaya kepada kepercayaan

animisme dan menyembah alam iaitu amalan ritual. Mereka ini tidak mempunyai rumah

berhala dan bangunan-bangunan agama dan tidak terdapat badan-badan agama yang

34 Onofre D. Corpuz, The Philipines, Prentice-Hall, Inc Englewood Cliffs, New Jersey : 1965, hlm,41-42.35 D.G.E. Hall; Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor : 1981, hlm, 298.

18

Page 19: SEPANYOL DI FILIPINA

teratur. Bangsa Filipina tidak mempunyai agama rasmi dan sebuah badan paderi. Mereka

bercakap tentang Tuhan Maha Kuasa yang mencipta dunia dan tuhan itu mereka namakan

Bathala.36 Walaupun mereka ini percaya kepada kepercayaan animisme, mereka percaya

kepada kehidupan selepas mati bagi orang-orang yang baik.37 Tujuannya ialah supaya di

dunia yang lain itu dia mempunyai alat-alat untuk pergi ke laut.38

Selepas kedatangan Sepanyol cara kehidupan rakyat Filipina berubah, kehidupan

mereka menjadi teratur dan tersusun. Perubahan yang paling mendalam ialah perubahan

agama. Kebanyakan penduduk yang memeluk Kristian menjadi rakyat yang taat setia.

Hal ini kerana mereka tertarik akan agama Kristian kerana tertarik akan pertunjukan lahir

dan upacara keagamaan dan bukannya terhadap rahsia-rahsia rohaninya. Lantaran itulah,

Sepanyol memutuskan untuk menempatkan semula penduduk Filipina. Dengan ini ajaran

agama Kristian dapat diajar dan memudahkan paderi menyampaikan ajaran Kristian

kepada penduduk Filipina. Misalnya petempatan semula ini terdiri daripada 2,400 hingga

5,000 orang penduduk. Akibat penempatan semula penduduk, kerajaan Sepanyol dapat

membentuk sebuah negeri berpolitik pusat seterusnya memudahkan kerajaan untuk

mengutip cukai dan perdagangan antara pulau dapat digalakkan. Akhirnya muncul

bandar-bandar moden di Filipina akibat penempatan semula penduduk. Para mubaligh

menemui pekan di Filipina. Mereka mengorganisasikan pekan (pueblos) yang baru.39

36 Bathala begitu agung sehingga mereka tidak berani memujanya. Sebaliknya mereka memuja menteri-menteri Bathala, dewi-dewi kecil di gunung-gunung dan gua-gua, hutan dan anak sungai, pokok, batu-batu besar, laut matahari dan bulan. Dewata yang baik ialah nenek moyangnya, dewata yang jahat adalah musuh-musuhnya yang telah mati.37 Cara pengebumian mereka dengan dikebumikan sekali segala harta kekayaan seperti emas dan barang-barang tembikar. Sekiranya yang mati itu adalah penghulu segala hamba-hambanya akan dibunuh dan ditanam bersama-sama dengan kapal yang dilayarinya.38 Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500, Fajar Bakti, Kuala Lumpur : 1971, hlm, 180.39 Sebanyak 385 pekan yang dijumpai oleh Augustinian dan akhirnya dijadikan penempatan tetap, seperti Arevelo, Dumangas, Pototan, Miagao, Barotac, Nuevo, Duenas, Jaro, Calumpit, Pasig, Malolos, Lingayen, Lemery, Taal, Arayat, San Isidro dan San Miguel de Mayumo. Sementara itu Franciscan menemui kurang 233 pekan seperti di Laguna, Lumbang dan sebagainya. Jesuit menjumpai 93 pekan dan Dominican sebanyak 90 pekan.

19

Page 20: SEPANYOL DI FILIPINA

Lantaran itu, para mubaligh mendirikan gereja sebagai simbolik agama Kristian. Mereka

membina bangunan kerajaan dan rumah residen.40

Melalui kemasukan agama Kristian, para mubaligh menghapuskan sistem

perhambaan. Mereka tertarik akan agama ini bila diberitahu bahawa permandian dapat

menyembuhkan penyakit. Mereka juga tertarik dengan upacara pembaptisan, mereka ini

mengikuti amalan-amalan agama katolik iaitu sembahyang pada hari ahad, menerima

perjanjian suci dan tidak berbuat dosa, terutamanya dosa besar. Di antara tujuh perjanjian

suci, hanya upacara permandian, penebusan dosa, perjamuan malam suci dan

perkahwinan sahaja yang diterima oleh masyarakat Filipina.

2.5.1 Peranan Golongan Paderi

Golongan Paderi menjadi pemimpin kepada rakyat Filipina terutama dalam pengenalan

sistem encomienda. Golongan ini telah menjadi penyelamat rakyat daripada kekejaman

encomendero. Tetapi, tidak dinafikan juga, bahawa hasil ufti yang dibayar telah

dimasukkan ke dalam tabung gereja.41 Pada abad ke 19, Filipina mengalami revolusi di

bawah penjajahan Sepanyol. Hal ini kerana terdapat undang-undang yang dibentuk oleh

kerajaan iaitu sistem politik di bawah kuasa agama. Melalui penerimaan agama kristian

orang Filipina menerima pemerintahan Sepanyol. Namun begitu golongan paderi menjadi

kuat dan sering campur tangan dalam pemerintahan. Menjelang 1870 perasaan tidak puas

hati terhadap golongan paderi semakin kuat, hal ini kerana paderi ini menjadi tamak

untuk mendapatkan kuasa dan harta benda. Oleh itu orang Filipina ramai menentang

40 Gregorio F. Zaide, Philipine Political And Cultural History (The Philipines Since Pre-Spanish Time), Plipina Education Company, Manila : 1957, hlm,190-191.41 Jose S. Aralla. S. J, An Introduction To Philippine History, Manila: Ateneo Publications Loyala Height, 1971, hlm. 29.

20

Page 21: SEPANYOL DI FILIPINA

mereka. Lantaran itu, gereja dan persatuan agama mengalakkan membuat undang-undang

keadilan. Di sini ia memperkenalkan buku berkenaan archipelogo yang merujuk kepada

peraturan sivil dan hak-hak masyarakat. 42

Seterusnya golongan mubaligh ini telah memperkenalkan tanaman baru dan

ternakan binatang di Filipina. Mereka mengajar mereka industri baru dan kraftangan.43

Para mubaligh telah memperkenalkan industri baru seperti bertambahnya pengeluaran-

pengeluaran hasil pertanian. Augustinian telah memperkenalkan industri lembu di Nueva

Ecija, beliau juga mengalakan perusahaan nila di Malabon dan jagung di Ilocos.

Franciscan pula mengajar rakyat Filipina bagaimana menanam kopi di gunung Laguna.

Selain itu, mereka memperkenalkan pertanian gandum. Semua mubaligh terlibat dalam

perkembangan ekonomi di Filipina. Di mana Fr. Manuel Plaza yang telah

memperkenalkan perusahaan pisang di Bohol, Fr. Mateo Atienza yang menggalakkan

produk tali fiber dan sebagainya.44

Kesimpulannya kesan daripada kedatangan agama Kristian di Filipina ia

merupakan satu perubahan yang baik bagi mereka, hal ini kerana ajarannya telah

mengubah mereka daripada melakukan perkara yang tidak baik, seperti etnik Pagan

menerima kod moral Kristian dan mereka menjadi manusia yang tidak ganas. Seterusnya

sistem perhambaan dihapuskan dan mereka semua adalah bebas. Peranan golongan

paderi ini penting dalam memperkenalkan jenis tanaman di Filipina dan penduduk

42 Teodoro A. Agoncillo And Oscar M. Alfonso, History Of The Filipino People, Malaya Books Quezon City, Philipine : 1967, hlm. 102-103.43 Dari Mexico dan Eropah,mereka membawa jagung India, ubi kayu, kentang, gandum, pisang, nenas, mangga, tomato, kacang dan sebagainya untuk di tanam di Filipina. Sementara itu, mereka memperkenalkan lembu, kuda, itik, bangau, dan spesies haiwan yang lain. Segala yang dibawa itu memberi nilai kepada Filipina kerana kesemuanya datang dari Mexico dan Sepanyol.44 Gregorio F. Zaide, Philipine Political And Cultural History (The Philipines Since Pre-Spanish Time), Plipina Education Company, Manila, 1957, hlm, 192-193.

21

Page 22: SEPANYOL DI FILIPINA

Filipina dapat melibatkan diri dalam sektor pertanian dan perdagangan. Maka mereka

dapat mengubah cara hidup mereka dari golongan hamba kepada rakyat biasa di Filipina.

dan memainkan peranan penting dalam kehidupan sosial dan keadilan dalam bidang

industri, dan golongan wanita mempunyai hak mereka sendiri.

2.5.2 Agama Kristian Sebagai Perantara Perubahan Teknologi Pertanian.

Agama Kristian menjadi perantaraan dalam perubahan teknologi pertanian yang disebut

sebagai pertanian tebas dan tugal akibat daripada mengamalkan ekonomi sara diri yang

sesuai dengan kehidupan setempat. Masyarakat Filipina sudah pandai bertani. Mereka

hidup dengan mengerjakan tanah yang kecil dengan menanam pelbagai jenis tanaman

seperti jagung dan padi huma. Mereka di jaga di bawah kawalan paderi untuk

menyelamatkan rohani mereka, masyarakat bumiputera ini diorganisasikan dan mereka

perlu mempelajari cara hidup yang baru untuk menampung kehidupan mereka. Lantaran

itu, mereka berjaya menghasilkan hasil pengeluaran yang banyak dengan adanya

teknologi dan pertanian setempat.

Kesimpulannya orang Filipina mendapat faedah yang sedikit kesan penjajahan

Sepanyol. Melalui ajaran agama katolik mereka telah memperolehi pengertian yang baru

tentang kehidupan, mendapat kesedaran tentang hak-hak dan kemuliaan manusia,

kesedaran bermasyarakat dan persatuan serta keselesaan rohaniah. Kehidupan mereka

lebih teratur melalui proses penempatan semula masyarakat Filipina. Peranan mubaligh

penting dalam menyebarkan ajaran Kristian kepada masyarakat Filipina. Melalui

merekalah rakyat Filipina dapat melihat dunia luar. Di sinilah segala penderitaan mereka

22

Page 23: SEPANYOL DI FILIPINA

terserlah di bawah Sepanyol yang menyebabkan mereka memberontak dan

memperjuangkan erti kebebasan Tanah air sendiri daripada terus dijajah.

2.6 Perubahan Pendidikan

2.6.1 Sistem Pendidikan

Sebelum kedatangan Sepanyol sistem pendidikannya adalah campuran akademik dan

kemahiran.45 Sistem pendidikan mereka adalah tidak rasmi. Hal ini kerana, anak-anak

mereka belajar di rumah iaitu di bawah. pengawasan ibu bapa.46

Pendidikan yang terawal dibawa oleh mubaligh. Hal ini kerana, mereka telah

mendirikan sekolah dan kolej yang pertama. Pada hari ini kebanyakannya sekolah yang

ada berasaskan pendidikan katolik dan bersifat barat. Mereka telah memperkenalkan

pendidikan rasmi di dalam kelas. Pendidikan ini menjadi teras dalam sesuatu kumpulan,

institusi dan keluarga di rumah. Golongan agama dan mubaligh adalah golongan pertama

yang mendirikan sekolah kemudian menjadi kolej dan seterusnya universiti. Mereka telah

melaksanakan satu formula dan akhirnya menjadi polisi dalam sesebuah organisasi dalam

pendidikan yang tetap seperti memasukkan agama di dalam kurikulum.47 Jesuit telah

mendirikan kolej untuk pelajar lelaki yang dikenali sebagai Kolej San Ignacio (1589),

Kolej San Jose (1601) di Manila, pada tahun 1859 mereka mengambil pengurusan

Escuela Pia atau sekolah pertubuhan amal dan didirikan pada 1817 dengan menggunakan

45 Kanak-kanak diajar membaca, menulis, belajar muzik, agama, budaya dan pengiraan. Tambahan pula, anak lelaki dilatih menjadi pemburu, petani berlawan, nelayan, askar, pembuat kapal, dan pelombong. Sementara itu kanak-kanak perempuan pula diajar menjahit, memasak, menenun, berniaga dan menjadi seperti suri rumah sebelum menjadi isteri. Di sini ibu mengajar anak perempuan mereka tentang hubungan seks sebelum mereka digelar isteri dan ibu.46 Gregorio F. Zaide, Philipine Political And Cultural History (The Philipines Since Pre-Spanish Time), Piipina Education Company, Manila : 1957, hlm, 76.47 Teodoro A. Agoncillo And Oscar M. Alfonso, History Of The Filipino People, Malaya Books Quezon City, Philipine : 1967, hlm, 93-94.

23

Page 24: SEPANYOL DI FILIPINA

wang derma dari orang persendirian. Sementara itu, Dominican juga memperkenalkan

kolej lelaki. Pada tahun 1611 mereka membina Kolej Santo Tomas dengan wang derma

daripada Archbishop Miguel de Benavides di Manila, mereka mengambil kolej

berkenaan dan menjadikannya sebagai kolej kebajikan oleh Juan Gerónimo pada 1630

untuk pelajar lelaki yang yatim piatu.

Perhatian turut diberikan kepada pelajar perempuan, semasa di bawah peraturan

Sepanyol, tidak ada sekolah untuk perempuan. Lantaran itu, Governer Gomez Perez

mendirikan kolej Santa Potenciana pada abad ke-16, dan seterusnya kolej La Concordia

(1869). Selepas kolej, maka lahirlah universiti seperti Universiti Santo Tomas (1611),

iaitu 20 tahun lebih awal penubuhannya berbanding Universiti Harvard yang tertua di

United States.

Banyak usaha yang dilakukan untuk mempromosikan pendidikan Filipina semasa

pemerintahan Sepanyol. Sebelum 1863 pendidikan masih lagi ada kelemahannya, mereka

tidak lagi mempunyai sistem sekolah awam. Hal ini kerana kerajaan tidak

bertanggungjawab untuk memberi kemudahan kepada rakyat. Justeru itu, terjadilah

sistem pendidikan hanya terbuka kepada golongan yang kaya sahaja dan mereka ini

belajar di sekolah persendirian. Keadaan ini tidak memberi peluang kepada penduduk

untuk belajar di sekolah rendah. Perkara ini terjadi kerana sistem yang kurang sistematik

oleh kerajaan, mereka kekurangan guru yang profesional, hal ini kerana, sesiapa yang

ingin menjadi guru perlu memiliki perwatakan yang baik, pandai membaca dan menulis

dalam bahasa Sepanyol.48

Pada tahun 1863 tertubuhnya satu kerajaan liberal yang baru di negeri Sepanyol,

satu pemerintahan pemulihan telah diluluskan antara lainnya menuntut supaya menubuh

48 Ibid, hlm, 94.

24

Page 25: SEPANYOL DI FILIPINA

satu sistem sekolah biasa yang luas. Pemulihan ini tidak berjaya kerana pelajaran diajar

dalam bahasa Sepanyol, guru-guru tidak mencukupi dan perlu dilatih oleh paderi. Oleh

itu sistem pengajaran ini tidak berjaya dan masih seperti dahulu.49 Selepas 1863 kerajaan

mendirikan sekolah biasa untuk sekolah rendah lelaki dan perempuan. Di sini guru akan

dilatih, guru lelaki dilatih di sekolah rendah sebelum di tukar ke sekolah Jesuit.

Kemudian sekolah biasa untuk guru perempuan di Manila.50 Pada masa yang sama

pendidikan menjadi perkara yang wajib untuk semua kanak-kanak di Filipina. Namun

begitu ibu bapa lebih suka anak-anaknya menolong mereka di rumah dan di sawah

daripada menghabiskan masa mereka di sekolah. Lantaran itu orang Sepanyol

mengumumkan bahawa jawatan-jawatan kerajaan terbuka hanya kepada orang yang tahu

bahasa Sepanyol. Keadaan ini menggalakkan beberapa orang Filipina dari golongan kaya

untuk menghantar anak-anak mereka belajar di Sepanyol.51 Pada 1867 dikri di Raja telah

melantik untuk mendirikan sekolah tempatan yang berfokus kearah pendeta dan sami.

Namun begitu dikri tersebut tidak berjaya dilaksanakan kerana kekurangan guru dan

kemudahan seperti buku, meja, papan hitam dan sebagainya. Pada tahun itu juga, terdapat

dua sekolah iaitu sekolah persendirian dan awam. Hanya Universiti Santo Tomas

merupakan universiti awam. Sementara itu, sekolah persendirian kelas pertama mereka

diajar subjek A.B. Ijazah, seperti Ateneo de Manila. Pada tahun 1896 pelajar boleh

mendapatkan pendidikan di peringkat yang tinggi seperti dalam jurusan fizik, sivil,

undang-undang, undang-undang Sepanyol, perubatan dan farmasi dan sains.52

49 Onofre D. Corfuz, The Phillippines, Prentice-Hall, Inc Englewood Cliffs, New Jersey :1965, hlm 61-6850 Teodoro A. Agoncillo and Oscar M. Alfonso, A Short History of The filipino People, University Of Philipines, Philipine : 1960, hlm 103.51 Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara sejak tahun 1500, Fajar Bakti, Kuala Lumpur, hlm, 193.52 Jose and Aracilla. S. J, An Introduction to Philipines History, Ateneo Publications Loyala Height, Manila : 1971, hlm, 78.

25

Page 26: SEPANYOL DI FILIPINA

Kesan daripada perubahan dalam sistem pendidikan di Filipina, maka berlaku

perubahan status sosial iaitu dari golongan pertengahan akhirnya menjadi golongan

intelek. Golongan pertengahan keluarga Filipina yang baru biasanya kacukan China atau

Sepanyol yang terpelajar, lebih kebaratan dan mereka ini cenderung menghantar anak-

anak mereka ke luar negara untuk belajar. Maka lahirlah golongan intelek seperti Dr. Jose

Rizal, Lopez Jaena dan Marcelo del Pilar yang akhir membuka minda masyarakat

Filipina supaya menuntut kemerdekaan Tanah air sendiri. Dengan gagasan moden dan

fahaman liberal pada kurun ke-19 dan merupakan bermulanya kesedaran politik di

kalangan rakyat Filipina. Dengan munculnya golongan intelek ini maka wujudlah

semangat nasionalisme antara rakyat Filipina.53

2.6.2 Lahirnya Golongan Intelek

Setelah lebih 100 tahun berlalu barulah orang Filipina ada kesedaran yang selama

ini mereka dijajah. Mereka ini terdiri daripada golongan intelek. Dalam tahun 1870-1880-

an mereka merasakan pemerintah penjajah adalah zalim dan merupakan penindas kepada

mereka sebagai satu masyarakat. Mereka telah menuntut supaya dibuat pemulihan dalam

rangka pemerintahan. Namun orang Sepanyol tidak menghiraukannya. Penentangan

terhadap pemerintahan Sepanyol timbul disebabkan beberapa faktor antaranya rakyat

tidak puas hati terhadap sistem pentadbiran yang dilaksanakan oleh pemerintahan

Sepanyol.

Perkara ini dapat dilihat apabila pegawai-pegawai Sepanyol dan Filipina

menggunakan kuasa mereka untuk memeras rakyat Filipina dengan memaksa mereka

memberikan setengah bushel beras kepada caja setiap kali membayar ufti kepada

53 D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor, 1981, hlm, 877.

26

Page 27: SEPANYOL DI FILIPINA

cabeza, disebabkan gaji para pegawai rendah, kegiatan memeras ini semakin serius,54

Misalnya sistem encomienda banyak mendatangkan kesusahan kepada rakyat terutama

sekali kepada kaum peladang. Bentuk masyarakat feudal terus diamalkan di peringkat

wilayah dan orang Filipina diperhambakan. Setiap ladang terletak di bawah kuasa

encomiendro (pegawai Sepanyol) yang memaksa rakyat membayar cukai dengan kadar

yang tinggi. Seorang encomiendero berhak memungut ufti dari lima ratus sampai seribu

orang Filipina yang tinggal di kawasannya. Sebagai balasannya dia berjanji untuk

memerintah dan melindungi orang-orangnya dan menentukan supaya mereka

dikristiankan, sekiranya mereka tidak dapat membayar ufti berkenaan mereka akan

dijadikan sebagai buruh paksa.55

Dalam sistem ini, sekiranya mereka ingin mendapatkan perlindungan, mereka

seharusnya membayar ufti, sekiranya mereka tidak membayar mereka akan dibunuh dan

dijual sebagai hamba abdi, namun ada juga golongan encomiendero yang merasa berdosa

ketika menjalankan aktiviti mengutip ufti.56 Ada juga golongan agama yang bertindak

sebagai pembela orang-orang Filipina, mereka ini mengutuk tindakan yang dilakukan

oleh encomiendero.57

Selain itu, Sistem Encomienda yang turut menindas dan memeras tenaga orang-

orang Filipina juga telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka. Di bawah

sistem ini, orang-orang Filipina yang miskin dipaksa membayar ufti yang tidak

ditentukan, ada yang dikehendaki membayar ufti sebanyak satu peso dan ada pula

54 Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara sejak Tahun 1500, Fajar Bakti, Kuala Lumpur, 1971, hlm, 191.55 D.G.E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, selangor, 1981, hlm, 302.56 Ibid, hlm 302, iaitu ahli-ahli mubaligh yg diketuai oleh Domingo de Salazar, Uskap Manila yang pertama dan kuasanya hamper sama dengan kuasa Gabenor, beliau telah menentang dengan keras kesan penindasan ecomiendero..57 Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500, Fajar Bakti, Kuala Lumpur : 1971, hlm 184-185.

27

Page 28: SEPANYOL DI FILIPINA

sebanyak sembilan peso. Selain itu, mereka ini juga sering dikerah sebagai buruh. Paderi-

paderi Filipina pula diberikan jawatan-jawatan rendah di bawah pengaruh paderi-paderi

Sepanyol. Seterusnya, rakyat Filipina yang miskin atau memiliki harta yang sedikit pula

dikenakan cukai yang tinggi misalnya barang-barang keperluan seperti beras, gula

manakala barang mewah yang dimiliki oleh orang-orang berada dikenakan cukai yang

rendah. Dalam sistem ini juga, wang dari hasil kutipan digunakan untuk kepentingan

orang Sepanyol dan bukannya digunakan untuk membangunkan Filipina serta rakyatnya.

2.6.3 Kerahan Buruh Paksa

Melalui sistem Vandala dan Sistem Polo, rakyat Filipina semakin sengsara dan

menderita. Penindasan oleh golongan encomendero telah menyebabkan rakyat Filipina

semakin berkurang. Jika diteliti, mengikut perjanjian yang telah dibuat oleh Sepanyol,

encomendero bertanggungjawab menyediakan keperluan rakyat dibawahnya tetapi,

sebenarnya, mereka hanya menggunakan khidmat buruh paksa ini untuk kepentingan

peribadi mereka sendiri. Manipulasi terhadap tenaga buruh menyebabkan kegiatan rasuah

semakin berleluasa.58 Sistem-sistem ini sendiri memperlihatkan kekejaman Sepanyol di

Filipina. Akibatnya, rakyat telah bangkit menentang penindasan ini59

Di Filipina pula, orang Sepanyol telah memperkenalkan Sistem Polo (sistem

buruh paksa) dan Sistem Vandala (sistem paksa). Dalam Sistem Polo, semua orang

Filipina yang berumur 18-60 tahun kecuali ketua-ketua dan anak-anak mereka yang tua

terpaksa bekerja secara percuma selama 40 hari dalam setahun dengan gaji yang kecil

dan adakalanya tidak dibayar. Mereka hanya diberikan beras oleh perbendaharaan-

58 Teodoro A. Agoncillo dan Oscar M. Alfonso, History Of The Filipino People, Philippine: Malaya Books Quezon City, 196o, hlm. 118.59 Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500, Fajar Bakti, Kuala Lumpur : 1971, hlm 193.

28

Page 29: SEPANYOL DI FILIPINA

perbendaharaan kampung untuk menyelamatkan diri daripada mati kebuluran.60 Oleh itu

tidak hairanlah jika rakyat bersikap benci terhadap pemerintahan Sepanyol pada abad

yang ke-19.

Manakala Sistem Vandala pula ialah sejumlah barang-barang tertentu yang mesti

diserahkan oleh orang-orang Filipina kepada kerajaan secara paksa. Barang-barang yang

diserahkan itu kadang kala tidak diberikan bayaran sebaliknya hanya diberikan wang-

wang kertas yang tidak berharga atau surat perjanjian hutang. Kelaparan dan penyakit

mengorbankan banyak nyawa sehingga penduduk Filipina berkurangan di bawah kuasa

Sepanyol. Vandala ini dijadikan sebagai ufti kepada kerajaan yang dikenakan ke atas

orang-orang Filipina. Keadaan ini memberi kesan kepada penduduk Filipina terutamanya

untuk mendapatkan bekalan makanan.61 Orang Sepanyol telah membawa konsep

memiliki tanah dan seterusnya membawa kepada kemunculan tuan-tuan tanah barangay

yang dikerjakan oleh pengikut-pengikutnya dan ia menjadi ciri penting dalam masyarakat

Filipina pada abad ke-19. Pemilik tanah biasanya pembesar-pembesar.62

Di bawah pemerintahan Sepanyol, mereka membawa konsep pemungutan cukai

ke atas rakyat Filipina dan digunakan untuk tujuan rakyat. Dari pemerintahan Legapzi

sehingga 1884 Sepanyol mengutip cukai daripada rakyat Filipina mereka perlu membayar

cukai sebanyak 8 reales, naik kepada 10 reales pada 1589 dan 12 reales pada tahun 1851.

Cara pembayaran cukai adalah berbeza mengikut umur. Tugas membayar cukai itu akan

selesai sehingga berumur 60 tahun. Cukai lain dikenali sebagai cukai Zamboanga, dan

dikenakan bayaran mengikut wilayah pada tahun 1635 sehingga abad ke-19.

60 Teodoro A. Agoncillo dan Oscar M. Alfonso, 1967. History Of The Filipino People. Philippine: Malaya Books Quezon City. hlm.89.61 D.G.E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor : 1981, hlm, 302.62 Sebelum itu, tanah adalah milik bersama dan hakmilik adalah kepunyaan barangay dan di bawah undang-undang Sepanyol semua tanah yang tidak dimiliki boleh diserahkan kepada pembesar sebagai harta rumah-tanah.

29

Page 30: SEPANYOL DI FILIPINA

Satu lagi faktor yang menimbulkan penentangan terhadap pemerintahan Sepanyol

ialah kerana kekurangan kemajuan dalam negeri Filipina. Dasar Sepanyol bertujuan

untuk menindas rakyat Filipina dan merampas sumber kekayaan Filipina bagi

kepentingan Sepanyol sendiri. Oleh itu, Sepanyol tidak mengendahkan kemajuan

ekonomi di Filipina seperti memajukan bahan galian, pertanian dan perdagangan. Hal ini

kerana Sepanyol memegang monopoli perdagangan. Keadaan ini melemahkan sistem

ekonomi Filipina. Petani-petani ditindas, mereka dijadikan buruh paksa dan terpaksa

membayar ufti dengan kadar yang tinggi.

Menjelang tahun 1880-an pelajar-pelajar Filipina63 sama ada yang belajar secara

persendirian atau yang terdiri daripada kumpulan kecil yang belajar di Sepanyol, Jerman,

Perancis, Singapura, Britain atau Hong Kong mereka telah didedahkan dengan keadaan

dunia luar. Mereka merasai suasana hidup bebas, di sana mereka belajar pelbagai bahasa,

membaca buku sejarah, membincangkan politik dan memasuki pertubuhan. Keadaan ini

menyebabkan mereka merasakan sebagai orang Filipina layak memerintah negara

sendiri.64

Golongan terpelajar ini tidak puas hati dengan sistem pemerintahan Sepanyol di

Filipina, perkara ini dapat dirasai oleh beberapa golongan elit. Hal ini kerana mereka

tidak dibenarkan untuk memegang jawatan kerajaan yang tinggi. Mereka juga tidak diberi

kebebasan politik walaupun mereka berpendidikan tinggi. Orang Filipina tidak dapat

bersuara di dalam kerajaan. Hampir kesemua jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam

diberi kepada orang Sepanyol. Manakala orang Filipina dilatih untuk memegang jawatan-

jawatan rendah di dalam perkhidmatan paderi. Perkara ini tidak adil bagi mereka, kerana 63 Mereka ini dihantar belajar ke luar Negara. Kebanyakan mereka berasal dari keluarga kaya iaitu golongan pertengahan. Anak-anak golongan ini dihantar ke barat untuk mendapatkan pendidikan dan mereka inilah yang bertanggungjawab membimbing pergerakan nasionalisme di Filipina.64 Onofre D. Corfuz, The Phillippines, Prentice-Hall, Inc Englewood Cliffs, New Jersey : 1965, hlm, 70-71.

30

Page 31: SEPANYOL DI FILIPINA

paderi Sepanyol sering menyalahgunakan kuasa mereka dan menyebabkan rakyat

Filipina menetang kerajaan. Paderi Sepanyol diberi banyak keistimewaan antaranya

memiliki tanah dan seterusnya amalan rasuah menjadi-jadi dalam kalangan paderi

Sepanyol.65

Salah seorang golongan terpelajar yang berani mempersoalkan ketidakcekapan

pemerintahan Sepanyol di Filipina dalam pentadbiran ialah Jose Rizal. Beliau telah

menulis dua buah novel iaitu Noli Me Tanggere (Jangan Sentuh Daku atau Barah

Masyarakat) dalam novel ini beliau mendedahkan kejahatan-kejahatan pemerintah

Sepanyol khasnya perbuatan rasuah dalam kalangan paderi dan keadaan papa masyarakat

Filipina dan El- Filibusterismo (Pemerintahan Tamak). Rizal mengkritik undang-undang

dan golongan agama di Filipina. Beliau mempunyai pemikiran yang bernas mengenai

penderitaan rakyat di bawah pemerintahan Sepanyol, majalah berkala La solidaridad

yang disunting oleh Marcelo H. del Pilar dan buku yang ditulisnya La Soberania

Monacal.66

Hasil penulisan ini maka lahirlah gerakan kebangsaan Filipina. Gerakan pertama

adalah pemberontakan menentang kelakuan kasar orang-orang Sepanyol yang dipimpin

oleh orang-orang yang merasakan dirinya diperlakukan dengan tidak adil. Peringkat

kedua pula adalah gerakan pembaharuan tahun 1872-1896 dan akhir sekali

pemberontakan hebat dalam tahun 1896. Gerakan kedua ini berlaku kesan hukuman

bunuh yang dilaksanakan terhadap tiga orang paderi Filipina yang mati dicekik pada

tahun 1872. Kesan daripada fenomena ini maka, ia telah mempengaruhi Paciano Mercado

dan Jose Rizal dan membentuk satu pakatan yang erat bagi melancarkan tujuan-tujuan

65 Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500, Fajar Bakti, Kuala Lumpur : 1971, hlm, 142.66 Onofre D. Corfuz, The Phillippines, Prentice-Hall, Inc Englewood Cliffs, New Jersey : 1965, hlm, 72.

31

Page 32: SEPANYOL DI FILIPINA

kebangsaan mereka. Mereka menyebarkan propoganda tentang keadaan sebenar di

Filipina dan mereka mengemukan beberapa tuntutan seperti kebebasan bersuara,

persamaan bagi bangsa Filipina dengan orang Sepanyol disisi undang-undang, Filipina

hendak menjadi wilayah, dan penghapusan golongan paderi.

Terdapat dua faktor yang menyebabkan golongan elit menentang kerajaan

sepanyol iaitu faktor dalaman negeri, dalam faktor dalaman ini Sepanyol telah berjaya

menyatukan masyarakat Filipina melalui agama kristian katolik dan bahasa Sepanyol.

Lantaran itu semangat nasionalisme lahir akibat pendidikan yang diterima di barat.

Seterusnya mereka membentuk golongan elit seperti Jose Rizal, Emilio Aguinaldo, Andre

Bonifacio dan sebagainya. Mereka bangkit akibat penyalahgunaan kuasa oleh golongan

paderi dalam pentadbiran di Filipina, mereka mengamalkan rasuah dan memeras

penduduk menjadi buruh paksa. Justeru itu Dela Tore telah menyebarkan fahaman liberal

seterusnya lahir semangat nasionalisme. Faktor luaran pula adalah berlakunya revolusi

Amerika Syarikat (1776), Perancis (1789) dan Mexico (1826). Selain itu juga dengan

pembukaan Terusan suez (1869), ramai pelajar belajar di Barat, maka berlakunya

pertembungan dengan konsep demokrasi. Dengan pendedahan dalam sistem

pemerintahan negara lain telah mendedahkan mereka untuk anti penjajahan dan republik

dan lahirlah satu pembaharuan atau gerakan propaganda.

Pemberontakan yang terawal terhadap Sepanyol ialah Pemberontakan Basi yang

berlaku di Iilacandia pada tahun 1807. pada tahun 1823 pula bala tentera Filipina

memberontak kerana diskriminasi bangsa dalam tentera. Mereka hampir-hampir berjaya

menawan Manila, kejaian ini dikenali Dahagi Novales. Pada 1840 berlakunya

pemberontakan Tayabas yang dilancarkan oleh paderi Apolinaria de La Cruz.

32

Page 33: SEPANYOL DI FILIPINA

Pemberontakan ini disebabkan oleh diskriminasi bangsa dalam golongan paderi. Ini

menunjukkan bahawa rakyat Filipina tidak puas hati dengan pemerintahan Sepanyol.

Dalam tahun 1872, satu pemberontakan tentera Filipina berlaku di Cavite, kira-kira 200

orang askar telah bangun memberontak secara terbuka. Mereka menentang kerana tidak

puas hati terhadap pengecualian cukai.67

Di sinilah bermulanya peranan golongan intelek dalam membentuk sistem politik

dengan acuan sendiri. Liga Filipina dihidupkan semula oleh Don Domingo Franco

Andres Bonifacio, tujuannya ialah untuk menyokong La Solidaridad, mengumpulkan

wang untuk menerbitkan majalah dan memaksa kerajaan melaksanakan pembaharuan.

Namun Liga ini terpaksa digubal. Lantaran itu Bonifacio dan Emilio Jacinto menerbitkan

kalayaan (kemerdekaan) supaya rakyat bangun memberontak. Kebanyakan mereka

ádalah golongan petani. Pemberontakan ini akhirnya terbongkar dan ramai yang

ditangkap. Sebenarnya Jose Rizal tidak bersetuju pelaksanaan pemberontakan tersebut

kerana senjata terlalu sedikit, wang pun sedikit untuk membeli senjata dan anggotanya

tidak berdisiplin. Kekalahan ini menyebabkan Jose Rizal dihulum bunuh secara ditembak

pada 30 Disember 1896 tanpa disoal selidik terlebih dahulu. Justeru itu, maka berlakulah

satu pemberontakan untuk menentang Sepanyol. Katipunan mengadakan pertemuan

sekali lagi pada 12 Mac 1897. Emilio Aguinaldo dilantik sebagai presiden, Marciano

Trias sebagai Naib Presiden dan Bonifacio sebagai setiausaha. Bonifacio ini rasa terhina

kerana dibantah akan perlantikan itu, lalu dia menarik diri. Lantaran itu Bonifacio telah

67 Pemberontakan ini dipatahkan dengan kejam oleh Sepanyol. Kesannya 3 orang paderi telah dijatuhkan hukuman bunuh iaitu paderi-paderi Burgos, Gomez dan Zamora. Tetapi pembunuhan mereka telah membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat Filipina. Tahun 1882 hingga 1896 merupakan permulaan adanya Gerakan Propaganda.

33

Page 34: SEPANYOL DI FILIPINA

dibunuh dan dipersetujui oleh Aguinaldo kerana pemberontakan akan menjadi lebih

buruk selagi beliau masih hidup.

Pada 12 Jun 1898 sebuah kerajaan revolusi telah mengisytiharkan Filipina bebas

dari Sepanyol. Mereka berjaya sebab mereka telah mendapat sokongan daripada

Amerika. Namun begitu Amerika telah menyerang Manila pada 13 Ogos 1898 dan

mereka melarang orang-orang Filipina memasuki Manila. Pejuang-pejuang kemerdekaan

Filipina telah ditipu dan cuba menyerang Amerika tetapi mereka tidak berjaya, hal ini

kerana golongan berpendidikan menyokong Amerika.68 Selepas Amerika menguasai

Filipina, dari segi ekonomi telah berlaku hubungan antara kedua-dua negara seperti

pertukaran barangan yang tidak dikenakan cukai menyebabkan Filipina memperhebatkan

usaha untuk mengeluarkan barangan tempatan. Keluaran ini diesport dan bersaing dengan

barang-barang keluaran Amerika dan perdagangan bebas dengan negara lain masih

diperlukan bagi menjamin kestabilan ekonomi Filipina.69

Selepas kedatangan Amerika, hak berpolitik masih diberikan kepada rakyat

Filipina. Masyarakat Filipina mahukan pemerintahan sendiri dan mereka menubuhkan

parti-parti seperti Partido Democrata ( Parti Demokrat ) dan juga Partido Nasionalista

( Parti Kebangsaan) tetapi apabila Amerika mengetahui niat kedua-dua parti ini untuk

menubuhkan kerajaan sendiri, lalu mereka pun mengharamkan penubuhannya. Tetapi

pada 1906 kedua-dua parti ini bergabung dan membentuk parti nasionalista dan akhirnya

menang 1907. Parti pemerintah di Amerika telah mengubah satu undang-undang iaitu

undang Johnes yang menyebabkan ramai orang Filipina terlibat dalam pentadbiran

negeri.70 Pada 1928-1929 dasar Amerika di bawah Gabenor Jeneraj Hendry L. Stingson

68 Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500, Fajar Bakti, Kuala Lumpur : 1971, hlm, 204.69 Ibid, hlm, 211.70 Ibid, hlm 209.

34

Page 35: SEPANYOL DI FILIPINA

telah menghidupkan semula hubungan antara kedua-dua pihak dari aspek sosial, politik

dan ekonomi.

2. 7 Undang-undang Sepanyol

Dari segi undang-undang pula, sebelum kedatangan Sepanyol, undang-undang barangay

dibuat oleh datu dengan pertolongan orang yang lebih tua dalam sesebuah komuniti.

Manakala dalam sesebuah konfederasi atau pertubuhan, undang-undang dibuat oleh ketua

datu yang paling berkuasa dengan mendapat sokongan daripada anak buah atau

subordinatnya. Ketua datu tersebut akan menerangkan kepentingan undang-undang

tersebut kepada komuniti mereka seterusnya ia akan ditulis. Selepas disiapkan, undang-

undang tersebut akan diberitahu kepada seluruh ahli dalam pertubuhan tersebut

seterusnya kepada orang ramai oleh pencanang kampung ataupun dikenali sebagai

umalahokan. Sesiapa yang melanggar undang-undang yang telah dibuat akan dikenakan

penalti ataupun denda.71 Secara umumnya, undang-undang yang dibuat adalah secara

fizikal dan bertulis. Antara kesalahan yang dibicarakan seperti masalah pinjaman wang,

kontrak, pengambilan anak angkat, penceraian, dan lain-lain. Manakala hukuman seperti

hukuman bunuh, dijadikan hamba, denda, dan lain-lain akan dikenakan mengikut

kesalahan yang dilakukan. Antara undang-undang yang dikategorikan sebagai kes berat

seperti rogol, rasuah, membunuh, dan lain-lain. Selain itu, pembicaraan akan diadakan

dihadapan orang ramai tanpa adanya peguam, hakim, polis, dan sebagainya. Hanya

plantif dan defendan yang terlibat akan membela diri masing-masing. Mahkamah

barangay akan memutuskan siapa yang bersalah berdasarkan bukti yang dikemukakan.

71 Gregorio F. Zaide, Phillipine Political and Cultural History: Phillipine Since Pre-Spanish Time, Manila : Phillipina Education Company, 1957, hlm. 63.

35

Page 36: SEPANYOL DI FILIPINA

Perbicaraan yang dahsyat juga dikenakan jika perbicaraan biasa tidak dapat membuktikan

siapa yang bersalah. Ia dikenali sebagai Trial by Odeals. Pembicaraan ini berkonsepkan

bahawa tuhan menolong orang yang tidak bersalah melalui pembicaraan yang dahsyat.72

Undang-undang yang terkenal dalam masyarakat Filipina seperti Kod Maragtas dan Kod

Kalantiaw yang mengandungi panduan-panduan undang-undang tentang perjalanan hidup

barangay-barangay. Undang-undang ini dilihat tidak adil bagi kebanyakan masyarakat

mereka namun,jika dibandingkan dengan undang-undang awal masyarakat Eropah, ia

lebih adil dan saksama.73 Sebenarnya, undang-undang ini dilihat sebagai satu jaminan

keselamatan dalam struktur sosial barangay kerana tanpanya, sudah tentu setiap dari

mereka akan bermusuhan. Keadaan ini sudah tentu akan menyebabkan politik di Filipina

akan terjejas. Dengan adanya undang-undang sebagai sebahagian daripada pemerintahan

di Filipina membuktikan bahawa sebelum kedatangan Sepanyol pun, Filipina sudah

mempunyai satu pemerintahan sendiri. Cuma satu penambahan kepada yang lebih baik

telah dibuat oleh Sepanyol.

Selepas penaklukan, Sepanyol telah mengambil kira aspek undang-undang

dengan menubuhkan mahkamah-mahkamah untuk memberikan keadilan kepada rakyat.

Sistem keadilan yang digunakan adalah berdasarkan kepada pengikhtirafan terhadap

hukum-hukum adat, undang-undang Sepanyol-Rom. Selain itu, terdapat juga undang-

undang biasa. Jika undang-undang biasa tidak digunakan secara meluas dikawasan-

kawasan lain, undang-undang Rumawi yang akan digunakan. Undang-undang ini dibuat

dalam tahun 1599 setelah menerima adat resam Filipina.74 Gobernadorcilo boleh

membicarakan kes-kes awam yang kecil-kecil (ketua hakim di-pueblo). Rayuan terhadap

72 Ibid, hlm. 61-65.73 Ibid, hlm. 59-60.74 Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1971, hlm. 192.

36

Page 37: SEPANYOL DI FILIPINA

keputusan mahkamah pueblo didengar oleh alcalde mayore dan alcalde mayore juga

mengadili perkara-perkara yang lebih besar dan yang mengenai wang. Rayuan-rayuan

terhadap keputusan mereka pula didengar oleh Audencia. Manakala mahkamah-

mahkamah Rayuan tertinggi tentulah Dewan Hindia Timur di Sepanyol.75 Akan tetapi,

hanya orang Filipina yang kaya sahaja yang mampu membicarakan kes di mahkamah ini

kerana belanjanya yang mahal. Selain itu juga, terdapat juga mahkamah penyiasat yang

dikenali sebagai Residencia yang bertanggungjawab untuk menyiasat tingkahlaku dan

pentadbiran Gabenor yang akan berhenti dari jawatannya. Menurut laws of Indies, tiap

pueblo akan disusun mengikut bahagian tengah plaza. Sebelah pihak adalah gereja,

tribunal dan escuela, serta residence. Pada peringkat Audencia, seorang peguam Diraja

akan diupah untuk mewakili orang-orang Filipina dan orang China yang terlalu miskin

untuk mengupah peguam-peguamnya sendiri. Akan tetapi, masyarakat pada masa ini,

hanya mempermainkan kesucian dan kedaulatan mahkamah kerana mereka mampu

bersumpah di mahkamah atas perkara yang palsu. Hal ini terjadi kerana tiadanya

pendidikan dalam sistem masyarakat Filipina sehinggalah pada kurun ke-19. Selain itu,

golongan agama menentang dan mengkritik penggunaan sistem undang-undang Sepanyol

ke atas orang Filipina kerana takutkan penyebaran buah fikiran undang-undang akan

mengurangkan pengaruh mereka sendiri.76 Pengenalan undang-undang yang digubal oleh

Council of The Indies telah dilaksanakan di Filipina seperti Las Siete Partidas, Las Leyes

de Toro, dan La Novisima. Pada abad ke-19, terdapat undang-undang sivil Sepanyol,

undang-undang penal, dan undang-undang kod. Sepanyol telah mengambil kira

pandangan tradisional dan adat masyarakat dalam menggubal undang-undang.77

75 Ibid, hlm. 193.76 D. G. E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, hlm. 305.77 Teodoro A. Agoncillo dan Oscar M. Alfonso, History Of The Filipino People. Philippine: Malaya Books Quezon City, 1967, hlm. 88.

37

Page 38: SEPANYOL DI FILIPINA

3.0 Perubahan dari aspek ekonomi

3.1 Pengenalan Encomienda

Merujuk kepada pertanian di Filipina, sebelum diambil alih oleh Sepanyol, ia masih

bercorak primitif. Tanah bukan menjadi milik seseorang melainkan milik masyarakat.

Orang-orang perseorangan diberikan petak-petak78 untuk dikerjakan dan dia

bertanggungjawab bagi menjaga tanaman tersebut sehingga matang. Ekonomi yang

bersifat pertanian tidak begitu maju. Tiap-tiap barangay mengeluarkan makanan untuk

keperluan sendiri dan perniagaan di antara barangay jarang diadakan. Masyarakat

Filipina menghasilkan padi ditambah dengan tanaman ubi-ubi, dan juga dijalankan

perternakan ayam dan babi. Sehinggalah permulaan abad ke-16, masyarakat Filipina

mula keluar untuk menjalankan perdagangan sendiri79 iaitu berlaku kegiatan pertukaran

barang-barangan.

Secara ekonominya, terdapat dua aspek yang perlu diambil kira iaitu, dasar

ekonomi yang diamalkan oleh Sepanyol dan juga hasil-hasil ekonomi yang diusahakan

oleh Sepanyol.

Akibat meningkatnya keperluan tanah kerana aktiviti pertanian, Sepanyol telah

memperkenalkan sistem ekonomi encomienda yang telah memerah hidup rakyat Filipina.

Dalam mengambil alih kuasa di kawasan-kawasan taklukannya, Sepanyol telah

membahagikan penduduknya kepada “Encomienda” di bawah kawalan Orang Sepanyol.

Encomienda ialah satu sistem pemberian tanah oleh Sepanyol kepada pertubuhan agama,

badan-badan amal dan orang Sepanyol. Orang-orang ini dikenali sebagai encomendero.

78 Gregorio F. Zaide,1957. Phillipine Political and Cultural History: Phillipine Since Pre-Spanish Time. Manila: Phillipina Education Company. hlm. 179-180.79 Gilbert Khoo, 1971. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. hlm. 180.

38

Page 39: SEPANYOL DI FILIPINA

Tujuannya ialah untuk mengambil jalan tengah di antara menjaga hak-hak orang Filipina

dan dalam pada itu, menentukan keuntungan kepada orang Sepanyol.80 Encomendero

berperanan sebagai penghubung antara kerajaan Sepanyol dengan rakyat Filipina seperti

menunaikan janji-janji yang telah kerajaan janjikan kepada rakyat seperti mengekalkan

keamanan, menyediakan keperluan hidup dan menyelamatkan rakyat Filipina daripada

ancaman musuh.81 Penyerahan tanah-tanah tersebut memberi hak kepada encomendero

untuk memungut hasil bumiputera yang tinggal dalam lingkungan sempadan tanah

pemberian itu.82 Seorang encomendero berhak mengutip ufti dari lima ratus sampai seribu

orang Filipina yang tinggal dikawasannya. Sebagai balasannya, encomendero berjanji

akan memerintah dan melindungi orang-orangnya dan menentukan supaya mereka di

kristiankan. Persembahan itu boleh jadi dalam bentuk tenaga buruh. Akan tetapi, tidak

lama kemudian kaedah ini telah disalahgunakan kerana pertanian pada masa tersebut

sudah tidak mendatangkan hasil kerana tiada usaha-usaha yang telah dijalankan oleh

Sepanyol untuk memajukan kawasan jajahan tersebut.83 Encomineda menjadi salah satu

sistem untuk menjadikan rakyat Filipina sebagai buruh paksa

Terdapat dua jenis encomienda iaitu encomienda persendirian dan encomienda

diraja. Encomienda-encomienda persendirian ialah encomienda yang telah diberikan

kepada bekas-bekas pegawai yang telah berjasa kepada raja. Encomienda diraja pula

diuruskan oleh pegawai-pegawai untuk mengumpulkan wang bagi perbelanjaan

pentadbiran yang tinggi. Akan tetapi, sikap tamak encomendero yang tamak

menggunakan peluang ini untuk memeras tenaga orang Filipina tanpa rasa kasihan. Oleh

80 Ibid. hlm. 301.81 Inilah satu sebab kenapa encomienda ditubuhkan dan kutipan kewangan dibuat terhadap rakyat Filipinaoleh Sepanyol sebagai satu dana. Rujuk buku Jose S. Aralla. S. J, An Introduction To Philippine History, Manila: Ateneo Publications Loyala Height, 1971, hlm. 18-20.82 Onofre D. Corpus, The Philippines, New Jersey: Prentice-Hall, Inc, 1965, hlm. 38-39.83 D. G. E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, hlm. 301.

39

Page 40: SEPANYOL DI FILIPINA

kerana amat sukar untuk menyuruh orang-orang Filipina untuk membayar ufti tersebut,

maka para encomendero akan menggunakan kekerasan untuk mendapatkan bayaran ufti

tersebut. Oleh kerana terdapat bantahan kerana kekerasan yang dilakukan encomendero,

maka pada 1598, barulah satu dokumen dibuat bagi mengehadkan jumlah yang perlu

dibayar.

3.2 Pengenalan Sistem Polo

Selain itu, Sepanyol turut memperkenalkan sistem buruh paksa yang berkembang seiring

dengan pembukaan encomienda iaitu Sistem Polo dan Sistem Vandala. Kaum buruh

merupakan golongan yang paling tertindas dengan dasar ekonomi Sepanyol ini. Kedua-

dua tuntutan paksa ini merupakan kejahatan yang paling teruk dilakukan oleh Sepanyol.

Sistem Polo ialah satu sistem dimana orang-orang Filipina yang bekerja sebagai

buruh perlu bekerja 40 hari dalam setahun dan akan dibayar gaji yang amat kecil. Akan

tetapi, memandangkan keadaan ekonomi Filipina pada masa itu sangat buruk, maka tiada

bayaran langsung yang diberikan kepada buruh-buruh ini. Jadi, sememangnya keadaan

masyarakat Filipina yang terlibat sangatlah teruk dan sengsara. Sistem ini, terbuka dan

diwajibkan kepada semua lelaki yang sihat kecuali anggota-anggota keluarga penghulu,

dari umur 14 sehingga 40 tahun. Hanya beras-beras yang dikirimkan oleh caja-caja

sahaja yang menyelamatkan buruh-buruh ini daripada maut.84

84 Caja berperanan sebagai pengumpul hasil ufti yang dibayar oleh orang di bawah Sistem Polo kepada Cabeza. Tugasnya menyimpan beras yang berlebihan dan jika dalam masa darurat, beras yang berlebihan tersebut akan digunakan untuk menolong orang-orang dalam kesusahan serta tugas-tugas sampingan yang lain. Selain itu, langkah-langkah keselamatan tidak dapat dijalankan oleh Mahkota Sepanyol kerana sememangnya pada masa tersebut, khidmat buruh amat diperlukan di seluruh Filipina. Wilayah Pampanga merupakan contoh wilayah yang paling teruk menerima Sistem Polo kerana ia merupakan sebuah tempat

40

Page 41: SEPANYOL DI FILIPINA

3.3 Sistem Vandala

Sistem Vandala pula merupakan satu kaedah di mana sejumlah barang yang tertentu dan

yang mesti diserahkan oleh orang-orang Filipina kepada kerajaan.85 Dalam sistem ini,

rakyat Filipina dipaksa menjual hasil-hasil mereka kepada pihak pemerintah yang

membayar mereka dengan tanda bayaran sahaja atau surat perjanjian hutang.86 Tiap-tipa

provincial telah ditetapkan bayaran uftinya dan kemudiannya akan dibahagikan

dikalangan bandar-bandar. Ini bermakna, mereka akan mendapat bayaran untuk barang

yang akan ditukarkan. Akan tetapi, tiada pembayaran yang pernah dibuat kerana

pembendaharaan negeri adalah kosong akibat kerugian dalam perdagangan geliong. 87

Sebaliknya, wang kertas yang tidak berharga yang diberikan. Sistem ini telah

menyebabkan rakyat menderita kerana penduduk-penduduk terpaksa bekerja keras bagi

mengeluarkan lebihan makanan untuk tujuan Vandala dan juga untuk keperluan

makanan. Walaupun pendamaian dipulihkan ke atas apa yang dikenakan kepada rakyat

Filipina, namun ia tidak membawa apa-apa perubahan besar kerana harga yang

ditawarkan tidak setimpal dengan apa yang dikeluarkan. Sehinggakan semasa

pemerintahan Sepanyol, jumlah penduduk Filipina semakin berkurang. Kesimpulannya,

Vandala menjadi satu pemberian ufti yang menekan.

3.4 Pengenalan Cukai-cukai

tempat yang kaya dengan kayu-kayan bagi pembinaan kapal dan tanah sawah yang subur bagi menanggung kos pentadbiran di Manila. Ibid, hlm. 191-192.85 Teodoro A. Agoncillo dan Oscar M. Alfonso, History Of The Filipino People, Philippine: Malaya Books Quezon City, 1967, hlm. 88.86 D. G. E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, hlm. 303.87 Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1971, hlm. 192.

41

Page 42: SEPANYOL DI FILIPINA

Selain itu, cukai-cukai seperti cukai yang dikutip ke atas orang China, duti eksport dan

duti import turut dipungut. Pemerintahan Sepanyol di Filipina telah menyebabkan

kekurangan wang dana yang sepatutnya digunakan untuk kos pentadbiran dan untuk

tujuan tertentu. Oleh itu, untuk meningkatkan jumlah defisit yang semakin berkurangan

itu, Mexico telah menghantar bantuan kewangan yang dipanggil real situado.

Sebenarnya, ia merupakan duti yang diambil daripada barangan yang dieksport dari

Filipina ke Mexico dan pemberian real situado ini tamat apabila Mexico mendapat

kemerdekaan dari Sepanyol.88 Selain itu juga, untuk memulihkan kewangan Sepanyol

juga, institusi dekri telah memperkenalkan cukai cedula persendirian. Ia dikenakan

kepada semua penduduk sama ada lelaki dan perempuan, tidak kira orang Sepanyol,

Filipina, ataupun orang asing yang berumur 18 tahun ke atas. Jumlah yang dikenakan

bergantung kepada pendapatan si pembayar cukai dan cukai ini menjadi bukti kepada

identiti seseorang dan sesiapa yang tidak membayarnya akan dikenakan denda.

4.1.5 Perubahan Terhadap Sistem Tanah

Sepanyol telah memperkenalkan beberapa perubahan penting dalam sistem tanah

yang membawa kepada kemunculan ramai tuan-tuan tanah pada abad ke-19. Mereka

telah memperkenalkan konsep milik iaitu pembesar-pembesar menjadi pemilik tanah

barangay yang dikerjakan oleh pengikut-pengikutnya dan ia bertentangan dengan

peraturan sebelum ini, dimana tanah adalah milik secara bersama dan hakmilik adalah

kepunyaan barangay. Keduanya, di bawah undang-undang Sepanyol, semua tanah yang

tidak dimiliki secara bersama dan bersendiri menjadi tanah diraja dan boleh diserahkan

88 Teodoro A. Agoncillo dan Oscar M. Alfonso, History Of The Filipino People, Philippine: Malaya Books Quezon City, 1967, hlm. 89.

42

Page 43: SEPANYOL DI FILIPINA

kepada pembesar-pembesar Filipina sebagai harta rumah-tanah. Cara-cara pemilikan

tanah yang diusulkan oleh Sepanyol menyebabkan ramai paderi dan pembesar Filipina

melakukan pemerasan ke atas rakyat Filipina berbanding orang Sepanyol. Hal ini kerana,

golongan agama boleh membeli tanah yang dipunyai bersama daripada pembesar-

pembesar tempatan, selain kebanyakan tanah-tanah merupakan milik gereja dan Sepanyol

hanya pemilik sementara sahaja dan jika ada pun tanah-tanah tersebut milik Sepanyol, ia

hanya sebahagian sahaja.89

4.1.6 Perdagangan Geliong

Bagi masyarakat Filipina, walaupun selepas penaklukan Sepanyol, adalah penting bagi

mereka untuk mengadakan hubungan perdagangan dengan China dan Jepun untuk

membangunkan negara mereka. Pergaduhan antara Sepanyol dengan Portugis telah

menghalang pedagang-pedagang Sepanyol untuk berdagang di Asia Timur terutama di

Manila. Oleh itu, pihak berkuasa Manila terpaksa mengambil pelbagai langkah untuk

menarik perhatian pedagang-pedagang Asia ke Manila. Kapal-kapal perdagangan dari

pelabuhan Acapulco di Mexico membawa ke Manila bersama jongkong perak, wang

dengan mana mereka dapat membeli sutera, batu permata, gangsa-gangsa dan tembikar

dari China yang banyak terdapat di Manila.90

89 D. G. E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, hlm. 303.90 Ekonomi Filipina lebih menjurus ke arah perdagangan dengan menggunakan kapal-kapal besar. Orang China paling ramai berdagang di Filipina tetapi mereka sering dianggap sebagai orang yang menjadi punca kesusahan terhadap orang Filipina walaupun mereka sering sahaja menyumbang terhadap ekonomi Filipina. Telah berlaku rusuhan yang telah diilancarkan oleh orang-orang Filipina terhadap pemerintahan Sepanyol sehingga menimbulkan rusuhan anti-China pada tahun-tahun tertentu yang membawa kepada pembunuhan yang mengerikan. Perseteruan antara Sepanyol dengan China menyusahkan orang Filipina kerana bantuan yang diberikan oleh Sepanyol kepada Filipina akhirnya jatuh ke tangan China. Sila rujuk buku, Ibid, hlm. 300.

43

Page 44: SEPANYOL DI FILIPINA

Perdagangan geliong merupakan sumber utama pendapatan Sepanyol iaitu

melibatkan Acapulco (Mexico) dengan Filipina. Sejak awal-awal lagi, Filipina menjadi

tempat pelabuhan tumpuan bagi pedagang China, Jepun, Borneo, Maluku, Siam dan

Kemboja. China merupakan pengeksport utama geliong atau perak dari Filipina. Apabila

Mexico membuat perjanjian untuk menghantar geliong ke Manila, maka China akan

bertumpu di Manila. Ini akan menguntungkan Sepanyol. Dari tahun 1593 sehinggalah

tahun 1815, hanya geliong-geliong kerajaan sahaja yang boleh menjalankan perdagangan

Manila-Acapulco manakala pedagang-pedagang persendirian pula dilarang menyertai

perdagangan tersebut. Dalam abad ke-18, nilai muatan sesebuah kapal berbeza-beza.

Perak mentah ini pula akan pergi kepada pedagang China sebagai bayaran untuk barang-

barang perdagangan geliong tadi. Perdagangan geliong terpaksa dihapuskan apabila

pedagang Inggeris dan Amerika menjalankan perdagangan penyeludupan gelion dengan

Mexico menyebabkan undang-undang diraja tahun 1815 ditubuhkan bagi menghapuskan

perdagangan geliong. Hinggalah pada 1834, Manila terbuka kepada perdagangan

antarabangsa apabila Syarikat Diraja dihapuskan. Sesungguhnya, pertanian eksport

Filipina telah berjalan dengan pesat menjelang abad ke-19.91

4.1.6 Dasar-dasar Pertanian

Selain itu, bagi mengurangkan kebergantungan Manila terhadap Mexico dalam

perdagangan geliong, dasar-dasar kerajaan telah berubah. Melalui Jose de Basco Vargas,

salah seorang yang tergolong dalam golongan kesedaran telah menumpukan kepada

kegiatan ekonomi yang selama ini telah diabaikan oleh Sepanyol. Jika dilihat sebelum ini,

Sepanyol lebih memberi tumpuan kepada perdagangan geliong. Jadi kegiatan ekonomi

91 Onofre D. Corpus, The Philippines, New Jersey: Prentice-Hall, Inc, 1965, hlm. 40-41.

44

Page 45: SEPANYOL DI FILIPINA

bersifat tanaman tidak diberi perhatian. Sehinggalah perdagangan geliong dihapuskan

akibat kerugian pada 1815 92, barulah aspek pertanian diberi perhatian. Buktinya, apabila

perdagangan geliong menunjukkan kemerosotan, Sepanyol menyedari tentang perlunya

mewujudkan ekonomi yang kuat dan oleh itu beberapa perubahan dilakukan. Di bawah

pentadbiran Gabenor-Jeneral Jose Bascoy (1777-1787), Persatuan Ekonomi Sahabat

Negara (Economic Society of Friends of the Country) diasaskan dalam tahun 1781.

kegiatannya melibatkan risalah mengenai penanaman tebu, tembakau, kopi, dan lain-lain.

Akan tetapi, di antara langkah-langkah ekonomi yang dikemukan oleh beliau, hanya

monopoli ke atas tembakau yang memperlihatkan hasilnya dalam benih-benih Sistem

Kultur.93

Sesungguhnya semenjak tahun 1780-an lagi barulah pertanian untuk perdagangan

eksport yang sebenarnya bermula dan bidang-bidang tanah mula dicucuk tanam dengan

bersistem untuk menghasilkan lebihan pengeluaran. Sebagai contoh ialah tembakau,

abaka (hem Manila) dan hasil keluaran kelapa. Pengeluaran hasil-hasil ini meluas pada

masa kedua abad ke-19 terutama setelah pembukaan Manila sebagai pelabuhan bebas

pada 1834. Selepas pada tahun itu, Filipina berkembang pesat dalam bidang perdagangan.

Di antara ketiga-tiga hasil, tembakau merupakan hasil yang paling penting di bawah

pemerintahan Sepanyol. Muatan kapal yang pertama dihantar pada 1784. ia merupakan

satu percubaan yang paling berjaya yang telah dilakukan oleh orang Sepanyol. Tembakau

dihantar ke luar negeri. Menanam tembakau adalah dilarang kecuali dikawasan khasnya

diperuntukkan seperti di Lembah Cagayan. Dalam tahun 1782 berlaku monopoli

perdagangan tembakau oleh pihak pemerintahan. Tanaman kelapa pula, tidak dieksport

92 Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara Sejak 1500, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1971, hlm. 195.93 , Sejarah Pembentukan Asia Tenggara, Jilid II: Perubahan Ekonomi, Kuala Lumpur: Fajar BaktiSdn. Bhd, 1980, hlm. 490-491.

45

Page 46: SEPANYOL DI FILIPINA

secara perdagangan sehingga tahun 1870-an, tetapi ia dijadikan bahan eksport akibat

pembukaan Manila kepada perdagangan dunia

Selain itu, hasil lain seperti tebu turut memainkan peranan utama kepada ekonomi

Sepanyol dan Filipina. Walaupun tebu merupakan ekonomi jualan utama Amerika-

Filipina, namun asas perindustrian tersebut wujud semasa Manila berada di bawah

jajahan Sepanyol dan buktinya, ia merupakan tanaman pertama sekali dieksport secara

dagangan dan menjelang akhir abad ke-19, ia muncul sebagai salah satu keluaran

terpenting dalam ekonomi penjajah. Pembangunan ekonomi tebu yang terpenting dapat

dilihat apabila wujudnya banyak kebun-kebun tebu di Panay dan Kepulauan Negros

sekitar 1840-an.94 Walaupun Sepanyol merupakan perintis kepada penanaman tebu, tetapi

usaha memodenkannya telah dijalankan oleh orang Inggeris.95

Tanaman-tanaman lain yang baru mendapat perhatian pada akhir abad ke-18 ialah

nila. Ia bermula rancak apabila Basco menjalankan perusahaan perdagangan terhadap

hasil tanaman. Di bawah Basco, Persatuan Ekonomi telah mengeksport nila yang pertama

dari tahun 1783-1784. akan tetapi, kekurangan teknologi dan modal telah menghalang

usaha-usaha untuk mengkomesialkan tanaman nila dan menjelang 1840, dilaporkan

bahawa pengeluar dari kepulauan tersebut mengeluarkan tidak lebih dari satu ton setahun

bagi tiap-tiap seorang. Begitu juga usaha untuk menjalankan perdagangan kopi telah

menemui jalan buntu. Usaha-usaha Basco dalam Persatuan Ekonomi telah mengambil

94 Rujuk buku Jose S. Aralla, S. J, An Introduction To Philippine History, Manila: Ateneo Publications Loyala Height, 1971, hlm. 67-69.95 Tebu telah ditanam di kepulauan itu sejak dahulu lagi dan ia dibawa dari India sama ada dibawa secara langsung ataupun melalui satu pelabuhan di negeri China. Usaha penanaman tebu dijalankan secara meluas selepas penaklukan Sepanyol tetapi ia tidak mempunyai sebarang kepentingan sehingga pada suku akhir abad ke-18. Perdagangan yang sebenarnya berlaku selepas pembukaan Manila sebagai pelabuhan bebas pada tahun 1834, lebih-lebih lagi dengan pembukaan Iloilo sebagai sebuah pelabuhan bebas pada 1855. Sejarah Pembentukan Asia Tenggara, Jilid II: Perubahan Ekonomi, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1980, hlm. 492.

46

Page 47: SEPANYOL DI FILIPINA

langkah untuk memajukan perusahaan sutera tempatan, kapas, kayu manis,lada hitam,

dan the. Syarikat Diraja turut menjalankan turut menjalankan usaha-usaha yang sama di

samping menggalakkan penanaman rempah, dan pengeluaran garam, gandum dan koko

tetapi hasilnya tidak menggalakkan.96 Tanaman seperti padi pula sudah berkembang

sebelum kedatangan Sepanyol lagi, namun pengeluarannya adalah untuk keperluan sahaja

Akan tetapi, segala usaha yang dilakukan oleh Sepanyol untuk memajukan

ekonomi Filipina sehingga akhir abad ke-19 menemui kegagalan kerana faktor-faktor

tertentu seperti kedudukan Filipina yang kekurangan galian, tidak seperti Mexico dan

Peru yang kaya dengan emas dan perak. Jika ada pun usaha untuk mengeluarkan galian-

galian tersebut memerlukan teknik dan teknologi yang canggih yang muncul lewat iaitu

pada kurun ke-20.

4.2 Kesan-kesan Ekonomi di Filipina.

Dalam aspek ekonomi, kita dapat lihat kesan pemerintahan Sepanyol ke atas Filipina

melalui pengenalan ecomienda. Di mana rakyat dikerah tenaga mereka. Kesan daripada

ini telah menyebabkan rakyat sengsara dan ramai yang mati semasa berada dalam

pemerintahan Sepanyol. Rakyat telah dilayan kejam kerana terpaksa menbayar ufti yang

tinggi. Selain itu, mereka juga telah dipaksa menjadi buruh paksa. Contohnya, membuat

kapal bagi Sepanyol. Kesengasaraan rakyat menyebabkan mereka bangun

memberontak.97

Pertama sekali, kita dapat lihat perubahan ekonomi yang dikenakan oleh

pemerintahan Sepanyol ke atas Filipina melalui pengenalan ecomienda di mana rakyat

96 Ibid, hlm. 492-495.97 Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara Sejak 1500, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1971, hlm. 192.

47

Page 48: SEPANYOL DI FILIPINA

dikerah tenaga mereka. Kesan daripada ini telah menyebabkan rakyat sengsara dan ramai

yang mati semasa berada dalam pemerintahan Sepanyol. Encomienda merupakan satu

sistem politik tetapi telah digunakan untuk tujuan ekonomi. Hal ini dapat dilihat melalui

sistem encomienda itu sendiri. Seorang encomendero dilantik disebuah kawasan untuk

mengutip ufti di jajahan mereka.98 Encomendero tersebut bertanggungjawab terhadap

rakyat dikawasannya meliputi hal-hal kebajikan dan keagamaan. Di sini, dapat dilihat

bahawa satu sistem pentadbiran yang teratur telah disediakan oleh encomendero ke atas

rakyat jajahannya.

Selain itu, bagi mengukuhkan lagi pentadbiran, satu undang-undang telah digubal

yang menghalang encomendero daripada menjual rakyatnya sebagai hamba. Jadi kita

dapat lihat, bahawa pemerintahan Sepanyol telah mengharamkan kegiatan penghambaan

yang sememangnya bertentangan dengan sistem sosial dan politik Sepanyol. Raja

Sepanyol telah mengamanahkan encomendero untuk mengekalkan keamanan di setiap

encomienda, dan menunaikan janji-janji kerajaan terhadap rakyat Filipina tetapi dengan

syarat setiap daripada mereka perlu membayar ufti kepada kerajaan.99 Jadi, sememangnya

ekonomi encomienda ini dicipta bertujuan untuk menjamin kestabilan politik masyarakat

Filipina dengan melakukan pembahagian kawasan tempat tinggal melalui pengenalan

encomienda. Melalui sistem ini juga, kita dapat lihat pengaruh yang dimainkan oleh

golongan agama terhadap rakyat Filipina. Ufti yang dibayar oleh rakyat juga akan

digunakan oleh paderi-paderi untuk kegunaan gereja dan golongan paderi menjadi

pelindung daripada kekejaman encomendero. Oleh itu, tidak menjadi kejutan apabila

98 Teodoro A. Agoncillo dan Oscar M. Alfonso, History Of The Filipino People, Philippine: Malaya Books Quezon City, 1967, hlm. 108.99 Rujuk buku Jose S. Aralla, S. J, An Introduction To Philippine History, Manila: Ateneo Publications Loyala Height, 1971, hlm. 20.

48

Page 49: SEPANYOL DI FILIPINA

golongan agama menjadi salah satu unsur penting pembentukan masyarakat atau struktur

sosial selepas pemerintahan Sepanyol.

4.2.2 Pembukaan Manila Sebagai Pelabuhan Dunia

Pembukaan Filipina sebagai pelabuhan bebas kepada seluruh perdagangan dunia pada

1834 telah menyebabkan Filipina menjadi maju. Langkah ini disusuri dengan pembukaan

Sual, Iloilo, dan Zamboanga telah menghapuskan monopoli Sepanyol ke atas Filipina. Ia

membolehkan Amerika dan Eropah datang ke sini untuk berdagang dan tinggal menetap

di Filipina.100 Kesan daripada pembukaan Manila kepada dunia sebagai pelabuhan bebas

telah mengubah struktur politik dan sosial di Filipina. Hala ini dapat dilihat melalui

kemasukan golongan-golongan pedagang atau rakyat asing yang singgah dan menetap di

Filipina telah membentuk entiti tersendiri. Contohnya, pembukaan Manila telah

menyebabkan ramai orang China datang untuk mengaut keuntungan daripada

perdagangan geliong khasnya dan telah memberi kesan kepada ekonomi dan sosiol-

politik Filipina.101 Orang China telah memonopoli ekonomi dan telah membentuk struktur

masyarakat dan telah termasuk dalam sistem pentadbiran.

4.2.3 Kemajuan Dalam Bidang Pertanian

Selain itu, kita dapat lihat melalui perkembangan ekonomi yang telah berlaku terhadap

Filipina. Pembukaan Filipina telah menyebabkan perubahan paling penting dalam sistem

ekonomi Filipina yang telah juga menyebabkan perubahan terhadap sistem politik

100 Segala kegiatan perbankan, dan firma dari luar seperti Belanda, German, dan sebagainya dapat bertapak dengan kukuh di sini sehinggakan segala produk buatan Filipina telah tersebar dan mendapat pasaran yang tinggTeodoro A. Agoncillo dan Oscar M. Alfonso, History Of The Filipino People, Philippine: Malaya Books Quezon City, 1967, hlm. 92-93.101 Ibid, hlm. 110.

49

Page 50: SEPANYOL DI FILIPINA

Filipina. Kita dapat lihat melalaui perubahan-perubahan dasar ekonomi yang telah

diperkenalkan oleh Gabenor-Jeneral Jose Bascoy, dengan Penubuhan Persatuan Ekonomi

Sahabat Jeneral yang menjadi perintas kepada pembukaan sekolah pertanian di Manila.

Sekolah ini ditubuhkan bertujuan untuk menjalankan penyelidikan mengenai penanaman

tanaman-tanaman baru yang penting kepada ekonomi Filipina. Dan kegiatan yang paling

penting sekali semasa di bawah pemerintahan Sepanyol ialah monopoli kerajaan terhadap

tembakau yang membolehkan pemerintahan Sepanyol memperolehi keuntungan yang

lumayan. Sebenarnya, keuntungan dan hasil-hasil dalam kegiatan ekonomi inilah yang

menyokong kos pentadbiran Filipina yang semakin teruk dan membebankan, lebih-lebih

lagi setelah kemerosotan perdagangan geliong. Tanpa ekonomi yang kukuh, sistem

pemerintahan Sepanyol tidak akan berjaya.

4.3 Kesan Penjajahan Sepanyol terhadap Sosial-budaya Filipina.

4.3.1 Perubahan pemakaian nama keluarga

Kesan daripada kedatangan Sepanyol di Filipina berlaku perubahan dalam pemakaian

nama dalam panggilan keluarga. Mereka menggunakan nama Sepanyol sebagai nama

keluarga. Sebelum ini nama bagi orang Filipina seperti Batungbakal, Pamatmat, Ilagan,

Sambitan, kampitan, Manalo, dan Lansangan.102 Kesan yang terakhir semasa penjajahan

Sepanyol di Filipina di mana mereka masih menggunakan nama keluarga Sepanyol

sehingga hari ini seperti Villanueva, Santos, Cruz, Martinez dan Hermoso.103

102 Teodoro A. Agencillo & Oscar M. Alfonso, History Of The Filipine People, Malaya, Books Quezon

City, Philipine : 1967, hlm, 115.103 Teodoro A. Agoncillo And Oscar M. Alfonso, Short History Of The Filipino People, University of The Philipines, Philipine : 1960, hlm,

50

Page 51: SEPANYOL DI FILIPINA

4.3.2 Perkahwinan campur

Kebanyakan masyarakat Filipina berkahwin campur. Perkara ini dapat dilihat apabila

Sepanyol menjajah Filipina, mereka akan berkahwin dengan masyarakat tempatan.

Begitu juga Amerika dan Eropah datang, mereka akan berkahwin dengan orang Filipina.

Ada juga antara mereka berkahwin dengan orang Asia seperti China dan perkahwinan

dengan pendatang luar yang datang untuk berdagang di Filipina. Setiap masyarakat di

Filipina kecuali di Moro mengamalkan monogami. Walau bagaimanapun, lelaki boleh

berkahwin ramai isteri sekiranya berkemampuan tetapi isteri pertama adalah isteri yang

sah.104

Terdapat 87 dialek bahasa di Filipina iaitu bahasa Tagalog, Bisayan, Iloko, Bikol,

Pampangan, Ibanag dan Zambal. Bahasa ini mudah dipelajari dan rakyatnya

menggunakan bahasa Tagalog.105 Selepas Kedatangan paderi, mereka menggunakan

bahasa Tagalog dalam hubungan mereka dengan orang-orang Filipina. Perkara ini dapat

dilihat selama 233 tahun pemerintahan Sepanyol hanya 20% penduduknya tahu

berbahasa Sepanyol berbanding penjajahan Amerika selama 40 tahun kira-kira 40%

penduduknya pandai berbahasa Inggeris. Di Filipina pada hari ini masyarakatnya telah

menggunakan asimilasi bahasa Sepanyol dalam interaksi mereka seperti mesa, silya,

libro, papel, pader dan sebagainya.106

Kesimpulannya, kesan daripada kedatangan Sepanyol, orang Eropah dan juga

para pedagang dari kepulauan Asia Tenggara, masyarakatnya telah terpengaruh dengan

budaya mereka yang meliputi aspek sosial, politik dan ekonomi. Ini dapat dilihat

104 Gregorio F. Zaide, Philipine Political And Cultural History (The Philipines Since Pre-Spanish Time), Piipina Education Company, Manila : 1957, hlm, 56.105 Ibid, hlm, 71-72.106 Teodoro A. Agoncillo dan Oscar M. Alfonso, A Short History of The Filipino People, Universiti Of Philippines, Filipina : 1960, hlm, 128.

51

Page 52: SEPANYOL DI FILIPINA

masyarakat Filipina memperolehi kesan baik dan buruk akibat penjajahan Sepanyol di

Filipina. Kebaikan yang diperolehi dalam aspek sosial ialah dari segi sistem pentadbiran

negara, begitu juga dalam kebajikan masyarakat misalnya dalam pembinaan hospital.

Para mubaligh telah membina hospital dan rumah anak yatim. Hospital yang pertama di

Manila ialah Hospital de Santa Ana pada tahun 1578 oleh Bro. Juan Clemente, Francisca.

Pada tahun 1814 Hospital Laoang ol Fr. Vicente, Hospital di Cebu (1850) oleh Bishop

Romualdo Gimeno dan Hospital Lepers di Naga (1873). Aktiviti kebajikan telah

dilakukan di gereja, rumah anak-anak yatim didirikan seperti di Kolej Santa Potenciana,

Santa Isabela dan Kolej Looban.107

Seterusnya pembinaan jalan raya, jambatan, sistem pengangkutan, kesusasteraan

dan sistem pendidikan. Perkara ini dapat dibuktikan dengan kewujudan sekolah, kolej,

universiti, muzium, pusat pencetakan, hospital dan sebagainya. Mereka juga dapat

mempelajari sesuatu yang baru yang selama ini dianggap tidak penting bagi mereka.

Tetapi kebanyakannya kemudahan yang diberi adalah untuk kepentingan Sepanyol

sahaja, mereka tidak memikirkan kebajikan rakyat. Kesan negatif penjajahan Sepanyol di

Filipina dari aspek sosial-budaya adalah, masyarakat mereka terdiri daripada pelbagai

kaum, kesan daripada perkahwinan campuran dengan pedagang luar dan penjajah dari

Sepanyol dan Amerika. Mereka telah hilang nama keluarga, kerana mereka menggunakan

nama keluarga Sepanyol. Selain itu juga mereka terpaksa mengikut segala dasar yang

dilaksanakan oleh penjajah seperti pembayaran cukai yang tinggi, penindasan yang

dikenakan terhadap rakyat dan ketidakadilan dalam politik di Filipina, misalnya amalan

rasuah di kalangan paderi Sepanyol.

107 Gregorio F. Zaide, Philipine Political And Cultural History (The Philipines Since Pre-Spanish Time), Piipina Education Company, Manila : 1957, hlm, 196-197.

52

Page 53: SEPANYOL DI FILIPINA

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kesan penjajahan Sepanyol ke atas Filipina ini, telah membangkitkan

semangat nasionalisme penduduknya. Faktor inilah yang memberi kesedaran kepada

mereka dan membawa mereka daripada kelas pertengahan kepada idea liberal misalnya

peraturan yang dibuat oleh Legazpi yang telah memberi pendedahan kepada Filipina dari

Eropah, kebaratan dan kebudayaan. Ia memberi kesan kepada aspek politik, sosial,

ekonomi, agama dan pemikiran rakyat Filipina. Budaya barat telah mempengaruhi

pemikiran rakyat Filipina.108

Dengan kebangkitan kuasa Sepanyol yang bermarkas di Manila serta

kemerosotan kekuatan Brunei, akhirnya Sepanyol muncul sebagai kuasa yang dominan di

Filipina. Namun sepanjang lebih 300 tahun tercetusnya peperangan Moro, Sepanyol tidak

pernah berjaya menakluki selatan Filipina secara hakiki. Bangsa Moro memang

mengalami kelemahan akibat cabaran Sepanyol, namun mereka tidak pernah dikuasai

atau dimiliki oleh penjajah Sepanyol. Demikian juga dengan kedatangan Amerika selepas

Perjanjian Perancis 1898 berikutan dengan kekalahan Sepanyol dalam Perang Sepanyol

dengan Amerika, orang Amerika juga tidak berjaya menundukkan bangsa Moro,

walaupun pelbagai cara telah dilakukan, malah sebaliknya ia mendorong kepada

kelahiran gerakan pemisah.109 Namun begitu kesan penderitaan yang ditanggung oleh

rakyat Filipina semasa penjajahan Sepanyol telah mewujudkan kesedaran dalam kalangan 108 Gregorio F. Zaide, The Republic of The Philipines (History Government And Cilivization), Rex Book Store, Manila : Philipines, 1963, hlm, 75.109 Abdul Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara ( Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam ), Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd, Kuala Lumpur : 2000, hlm. 306.

53

Page 54: SEPANYOL DI FILIPINA

mereka terutamanya golongan intelek telah berjaya mempengaruhi rakyat berjuang

bersama-sama mendapatkan kemerdekaan negara sendiri. Semangat nasionalisme ini

bangkit kesan daripada kematian Jose Rizal yang dihukum bunuh tanpa usul periksa oleh

orang Sepanyol.

Bibliografi

A. Agoncillo Teodoro dan M. Alfonso Oscar, (1960). A Short History Of The Filipino

People, Philippines : University Of Philippines.

A. Agoncillo Teodoro dan M. Alfonso Oscar, (1967). History Of Filipine People,

Philippines : Malaya Books Quezon City.

Abdul Rahman Abdullah, (2000). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara ( Sebelum dan

Sesudah Pengarauh Islam ), Kuala Lumpur : Utusan Publication And Distributors Sdn.

Bhd.

54

Page 55: SEPANYOL DI FILIPINA

D. Corpuz Onofre, (1965). The Philippines, New Jersey : Prentice- Hall, Inc Englewood

Cliffs.

D.G.E Hall, (1981). Sejarah Asia Tenggara, Selangor : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

F. Zaide Gregorio, (1963). The Republic Of The Government and Cilivization,

Philippines : Rex Book Store Manila.

F. Zaide Gregorio, (1957). Philippine Political And Cultural History ( The Philippines

Since pre-Spanish Time ), Manila : Philippine Education Company.

Gilbert Khoo, (1971). Sejarah Asia Tenggara sejak tahun 1500, Kuala Lumpur : Fajar

Bakti.

Joginder Sigh Jessy, (1985). History Of South-East Asia (1824-1965), Kedah :

Penerbitan Darul Aman.

Maruwiah Ahmat ( Pengamatan Semula ), (2004). Penjajahan Portugis dan Sepanyol ke

Atas Asia Tenggara, Selangor : Publication Karisma.

Ooi Keat Gin, (2004). Southeast Asia A History Encyclopedia From Angkor Wat To East

Timor, United States Of Amerika Volume 1 (A-G), Volume 2 (H-Q), Volume 3 (R-Z) :

Terbitan ABC. Clio Inc.

S. Arcilla Jose, (1971). An Introduction To Philippine History, Manila : Ateneo

Publications Loyala Height.

Usra Mahajani, (1971). Filipine Nasionalisme, Lacia Queensland : University Of

Queensland Press.

… (1980). Sejarah Pembentukan Asia Tenggara, Jilid II: Perubahan Ekonomi, Kuala

Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

55

Page 56: SEPANYOL DI FILIPINA

56