patriotisme dan nasionalisme

52
1 1. PENGENALAN Kemerdekaan Malaysia yang dikecapi detik ini tidak semudah apa yang digambarkan. Bahkan fakta-fakta yang tercatat di dokumen sejarah belum mampu memaparkan perit getir yang sebenar liku-liku kearah proses kemerdekaan Tanah Melayu. Tunjang utama di dalam kemerdekaan Tanah Melayu adalah berasaskan unsur-unsur patriotisme rakyatnya yang juga menjadi teras kepada cabaran nasionalisasi pembentukan negara Malaysia. ‘Rakyatnya’ di sini merujuk kepada penduduk Tanah Melayu pada ketika itu yang terdiri daripada kaum Melayu, India dan Cina yang berbeza pegangan agama bahkan fahaman patriotik yang berlainan. ‘Nasionalisasi pula merujuk kepada pemindahan kuasa milik oleh kerajaan. Dapat disimpulkan di sini bahawa rakyat Tanah Melayu yang berbeza kaum sedikit sebanyak menjadi faktor penyumbang kepada kesukaran dalam pembentukan negara Malaysia. Menjadi satu kewajipan bagi semua rakyat Malaysia untuk mengetahui Sejarah Malaysia moden dalam mengenal dan mengetahui bagaimana negara kita dari dahulunya dikenal sebagai Tanah Melayu yang hanya terdiri daripada negeri di semenanjung Tanah Melayu berubah menjadi Malaysia yang penduduknya bertambah meliputi kepualauan Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. Penulisan ini selanjutnya akan mengupas selanjutnya mengenai konsep patriotisme dan nasionalisme, cabaran dalam pembentukan negara Malaysia, usaha-usaha yang dilakukan pelbagai pihak kearah pembentukan negara Malaysia serta cadangan untuk mewujudkan rakyat Malaysia yang mempunyai nilai patriotik yang utuh terhadap negaranya.

Upload: hafiz-yatin

Post on 16-Nov-2015

335 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Pembentukan Malaysia berasaskan unsur patriotisme rakyatnya

TRANSCRIPT

1. PENGENALANKemerdekaan Malaysia yang dikecapi detik ini tidak semudah apa yang digambarkan. Bahkan fakta-fakta yang tercatat di dokumen sejarah belum mampu memaparkan perit getir yang sebenar liku-liku kearah proses kemerdekaan Tanah Melayu.Tunjang utama di dalam kemerdekaan Tanah Melayu adalah berasaskan unsur-unsur patriotisme rakyatnya yang juga menjadi teras kepada cabaran nasionalisasi pembentukan negara Malaysia. Rakyatnya di sini merujuk kepada penduduk Tanah Melayu pada ketika itu yang terdiri daripada kaum Melayu, India dan Cina yang berbeza pegangan agama bahkan fahaman patriotik yang berlainan. Nasionalisasi pula merujuk kepada pemindahan kuasa milik oleh kerajaan. Dapat disimpulkan di sini bahawa rakyat Tanah Melayu yang berbeza kaum sedikit sebanyak menjadi faktor penyumbang kepada kesukaran dalam pembentukan negara Malaysia.Menjadi satu kewajipan bagi semua rakyat Malaysia untuk mengetahui Sejarah Malaysia moden dalam mengenal dan mengetahui bagaimana negara kita dari dahulunya dikenal sebagai Tanah Melayu yang hanya terdiri daripada negeri di semenanjung Tanah Melayu berubah menjadi Malaysia yang penduduknya bertambah meliputi kepualauan Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.Penulisan ini selanjutnya akan mengupas selanjutnya mengenai konsep patriotisme dan nasionalisme, cabaran dalam pembentukan negara Malaysia, usaha-usaha yang dilakukan pelbagai pihak kearah pembentukan negara Malaysia serta cadangan untuk mewujudkan rakyat Malaysia yang mempunyai nilai patriotik yang utuh terhadap negaranya.

2.KONSEP PATRIOTISME DAN NASIONALISME2.1PengenalanPatriotisme merupakan satu ungkapan yang selalu kita dengar dan selalu diwar-warkan terutama ketika bermulanya bulan kemerdekaan. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, patriotisme bermaksud perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Manakala perkataan patriot pula merujuk kepada orang yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan negaranya, sebagai pembela negara. Perkataan patriotik pula merujuk kepada seseorang yang bersifat patriot. Patriotisme juga bermaksud sikap positif dan menyokong tanah air. Tanah air pula berasal daripada perkataanpatriadalam bahasa Latin danpatridadalam bahasa Greek. Tanah air boleh dimaksudkan sebagai kawasan atau bandar namun patriotisme lebih merujuk kepada negara dan negara bangsa.Manakala nasionalisme pula menurut kamus dewan, perkataan nasionalisme bermakna perasaan cintakan bangsa sendiri yang mendalam, perasaan mencintai negara sendiri dan bangsa sendiri. Umumnya terdapat dua takrifan yang berbeza terhadap maksud nasionalisme. Pertama, wujudnya kesedaran sekumpulan manusia yang mempunyai persamaan dari segi ras, agama, bahasa dan kebudayaan. Sebagai contoh ialah nasionalisme Melayu yang berakar umbi pada abd ke 16 dan sampai kemuncaknya pada tahun 1946 iaitu dengan tertubuhnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentang Malayan Union. Manakala takrifan kedua ialah kesedaran yang membawa kepada penyatuan di kalangan sekumpulan manusia yang tinggal dalam satu batasan politik yang sama tetapi tidak semestinya mempunyai persamaan dari segi ras, agama, bahasa dan kebudayaan. Apa yang penting adalah rasa cinta dan kesetiaan yang mendalam terhadap tanah air sehingga sanggup berkorban nyawa dalam mempertahankan negara.

Rajah 1 Maksud Nasionalisme dan PatriotismeRajah 1 merupakan maksud yang mudah kita fahami daripada perkataan patriotisme dan nasionalisme. Hal ini kerana terdapat beberapa pendapat yang berbeza tentang maksud sebenar perkataan tersebut.

2.2Konsep PatriotismePatriotisme dalam erti kata sebenar adalah semangat atau perasaan cintakan atau sayangkan tanah air daripada dicemari oleh musuh-musuh yang ingin menjajah, merosakan, memusnahkan atau menghancurkan budaya dalam masyarakat dan negara. Perasaan positif ini haruslah sebati dalam diri setiap individu yang merasakan bahawa negara yang mereka diami itu haruslah dipertahankan sehingga ke titisan darah terakhir. Semangat patriotisme ini sememangnya tidak terhad kepada sesuatu aspek sahaja tetapi merangkumi pelbagai aspek samada dari segi masyarakat mahupun individu. Sebagai contoh patriotisme banyak bergantung kepada tindakan simbolik, seperti mempamerkan bendera, menyanyi lagu kebangsaan, meletakkan pelekat patriotik pada kenderaan, atau apa-apa cara sekalipun untuk menyatakan kesetiaan kepada negara di peringkat umum. Elemen ini merupakan lanjutan daripada perasaan cintakan tanah air ataupun motherland iaitu nasionalisme. Dengan erti kata lainnya, elemen patriotisme hadir selepas wujudnya perasaan nasionalisme. Secara umumnya, ia adalah satu elemen yang sangat penting berkenaan kesedaran seseorang terhadap tanah airnya. Hal ini kerana tanah air tidak dapat di jaga dan mudah untuk kuasa luar masuk untuk mengambil kesempatan sekiranya elemen patriotisme ini tiada di dalam setiap diri seseorang rakyat itu.Dalam keadaan aman umpamanya, semangat patriotisme seharusnya menjadi pendorong kepada setiap rakyat yang cintakan negaranya untuk bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh bagi membangun dan memajukan negara. Perbezaan dari segi ideologi, kaum, parti dan budaya dalam sesebuah negara berkenaan sepatutnya tidak dijadikan sebagai suatu halangan dan jurang perbezaan kepada usaha untuk memakmurkan negara. Semangat patriotisme penting kepada semua lapisan rakyat sesebuah negara. Tidak kira apapun pekerjaan mahupun jawatan. Mereka perlulah mempunyai semangat kecintaan dan kasih sayang yang menebal ke atas negara mereka.Semangat patriotisme kini menjadi lebih penting kepada negara Malaysia. Hal ini adalah kerana Malaysia didiami oleh rakyat yang mempunyai perbezaan agama, bangsa dan ideologi politik yang begitu ketara. Akibatnya jika rakyat negara ini meletakkan semangat perkauman, kefahaman ideologi politik atau parti sebagai lebih utama daripada negara tentulah pembangunan dan kemajuan negara tidak akan dicapai dan lebih teruk lagi sekiranya kuasa luar mengambil kesempatan terhadap Negara Malaysia. Oleh itu, dalam situasi masyarakat yang sebegini, keperluan terhadap semangat patriotisme dalam kalangan rakyat adalah begitu penting.Semangat patriotisme ini akan menghalang rakyat Malaysia daripada bersikap prejudis ataupun iri hati terhadap mana-mana kaum, agama mahupun ideologi parti yang berbeza dengan mereka. Dalam erti kata yang lain, mereka akan meletakkan kepentingan negara yang paling utama daripada kepentingan peribadi mahupun kaum masing-masing.

Berdasarkan penjelasan konsep patriotisme, dapat dinyatakan bahawa patriotisme ialah perasaan kasih, cinta dan sayang negara, bangsa dan agama tanpa perasaan prejudis terhadap semua bangsa berbilang kaum sama ada dari segi perbezaan agama ataupun ideologi yang berbeza. Nilai-nilai patriotisme seperti berbangga sebagai rakyat Malaysia, semangat setia kepada negara, semangat kekitaan, disiplin serta usaha berterusan untuk mencipta kemakmuran negara perlu ditanam dalam jiwa generasi muda kerana merupakan pewaris bangsa untuk memacu negara Malaysia ke arah kejayaan yang lebih cemerlang. Negara Malaysia pasti akan lebih maju dan selamat sekiranya setiap rakyat mempunyai elemen patriotism yang tinggi.

2.3Konsep NasionalismeNasionalisme secara mudahnya bolehlah dimaksudkan sebagai perasaan cinta kepada tanah air. Perasaan ini boleh dilahirkan menerusi tindakan seperti penentangan terhadap penjajah atau boleh juga dilahirkan dengan sentimen kebangsaan. Ia merupakan elemen penting yang dijadikan sebagai pemangkin kepada pembentukan sesebuah negara bangsa. Untuk lebih jelas, patriotisme merupakan sifat menyayangi tanah air, manakala nasionalisme pula adalah semangat kebangsaan yang lebih luas merangkumi cintakan negara dan aspek sosial dan ekonomi bangsa. Daripada definisi patriotisme yang disenaraikan di atas jika dibandingkan dengan nasionalisme, ia menjelaskan bahawa sikap patriotisme adalah satu daripada komponen dalam nasionalisme. Tanpa patriotisme sifat nasionalisme seseorang itu tidak lengkap. Dengan erti kata lain bahawa patriotisme merupakan elemen lanjutan bagi nasionalisme. Secara nyata, nasionalisme ialah gerakan kesedaran yang menumpukan perhatian bagi menentukan nasib sendiri, bangsa, dan negara untuk mencapai kebebasan dan kesejahteraan serta memupuk keperibadian sejati. Ini berpunca daripada tekanan dan pengaruh asing atau penjajah sehingga anak negeri merasa lemah dan tertinggal dalam lapangan ekonomi, sosial, politik, dan kebudayaan. Sebagai contoh di Tanah Melayu, orang Melayu memainkan peranan penting dalam memperjuangkan nasib bangsanya pada zaman penjajahan Inggeris. Pengertian kebangsaan dihayati oleh orang-orang Melayu kerana ia dikaitkan dengan perjuangan menegakkan maruah bangsa dan negara dalam menentang penjajah.Ini dapat kita fahami kerana dengan semangat cintakan tanah air yang sama, ia dapat member nilai perkongsian yang tiada batas kepada semua pihak dalam sesebuah negara. Ini kerana mereka semua berkongsi dan tinggal, mencari rezeki dan hidup makmur di tanah air tersebut yang sama-sama mereka diami. Justeru itu, nasionalisme adalah asas membina semangat kekuatan, keyakinan diri, penyatuan, dan perpaduan nasional. Kekuatan semanat nasionalisme yang digemleng menerusi tenaga, keazaman tenaga, keazaman dan cita-cita serta usaha supaya maju juga mengutamakan kepentingan kepentingan nasional daripada kepentingan kaum masing-masing akan mejadi faktor kejayaan pembentukan negara bangsa.

2.4Kesimpulan Natijahnya, semangat patriotisme dan nasionalisme ini harus ditanam dengan mendalam dalam jiwa remaja kita. Semua pihak hendaklah bekerjasama untuk memastikan usaha murni ini berjaya dilaksanakan dengan mudah. Kejayaan menanam sikap positif ini mampu menjadikan negara ini kebal daripada arus perubahan politik dan sosial yang melanda seluruh dunia kini. Cuma, kita harus sedar lebih awal kita melaksanakannya maka lebih baiklah buat remaja kita sendiri.Tambahan pula, mata pelajaran Sejarah boleh digunakan sebagai alat untuk menyemai sikap patriotik dalam minda remaja kita. Subjek ini yang penuh dengan fakta dan kisah perjuangan pejuang negara mampu dihayati oleh pelajar jika cara penyampaiannya lebih berkesan dan praktikal. Pelajar yang memahami dan menghargai subjek Sejarah sudah pasti akan mempunyai satu pandangan positif tentang negaranya kerana menyedari betapa besarnya pengorbanan yang sudah dilakukan oleh generasi sebelum mereka untuk memastikan negara ini terus wujud di persada dunia. Justeru, subjek Sejarah boleh dijadikan medium yang berkesan untuk memastikan setiap remaja kita memiliki sikap patriotik yang mendalam3.ISU-ISU DAN CABARAN KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA (1945-1969)3.1PengenalanPembentukan Malaysia pada 16 September 1963 merupakan satu permulaan untuk membentuk super federation atau sebuah negara persekutuan yang lebih besar dan kukuh. Ia bukti keupayaan dan kejayaan kepemimpinan negara membina sebuah negara bangsa yang kuat dan bersatu padu. Idea pembentukan Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj pada 27 Mei 1961 dalam satu majlis jamuan makan tengah hari anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel Adelphi, Singapura. Gagasan Malaysia berhasrat menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak dalam satu unit politik yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia.Cadangan untuk menggabungkan wilayah-wilayah yang dikuasai oleh kerajaan British di Asia Tenggara mula kedengaran pada penghujung abad ke-19 dengan harapan agar gabungan tersebut menjadi sebuah tanah jajahan yang besar. Bermula dari detik itu, terdapat beberapa lagi cadangan yang muncul, tetapi tidak mendapat sambutan kerana idea ini didakwa tidak memberikan sebarang kepentingan khususnya kepada pihak British dan kurangnya tindakan susulan kerana dirasakan idea penggabungan belum lagi sesuai diwujudkan pada masa itu. Usaha penggabungan mula menunjukkan hasil semasa era Tunku Abdul Rahman dengan pengumuman penubuhan Malaysia pada 27 Mei 1961 di Singapura. Idea penubuhan ini sebenarnya didorong oleh beberapa faktor utama seperti faktor politik, keselamatan, ekonomi dan sosial. Walaupun usaha untuk pembentukan Malaysia dianggap membawa kesan positif, namun terdapat juga isu-isu dan cabaran yang timbul sepanjang proses pembentukannya.Isu-isu dan cabaran yang dihadapi dalam pembentukan Malaysia juga bukan sahaja datang dari luaran malah terdapat juga cabaran yang datang dari dalaman. Walaupun usaha untuk melaksanakan dan menjayakannya telah menghadapai beberapa cabaran besar yang merangkumi cabaran daripada beberapa pihak dalaman seperti kebimbangan daripada parti politik di Tanah Melayu dan juga para pemimpin di wilayah Borneo. Manakala cabaran dari luar pula datangnya dari negara Brunei, Indinesia dan Filipina.

3.2CABARAN DALAMAN 3.2.1Penentangan Politik Tempatan Gagasan Malaysia telah mendapat beberapa tentangan dari dalam negeri khususnya daripada pemimpin masyarakat dan pemimpin parti politik sama ada dari Tanah Melayu, Sabah dan juga Sarawak. Walaupun banyak sokongan terhadap gagasan Malaysia diterima, namun terdapat juga pihak yang menentang gagasan tersebut. Selain itu, pemimpin-pemimpin Parti Islam Setanah Melayu (PAS) merupakan antara pihak yang lantang menentang penubuhan Malaysia dengan alasan bahawa orang-orang Melayu akan merasa rugi dengan penggabungan tersebut dan mereka lebih berminat kepada konsep MAPHILINDO. Mereka mengkritik soal penggabungan tersebut kerana Tunku tidak berunding dengan pemimpin-pemimpin politik lain sebelum mengemukakan rancangannya (Mohd. Noor, 1979). Menurut Mohd. Noor lagi, Parti Buruh juga turut menentang cadangan tersebut dengan alasan Tanah Melayu perlu bercantum dengan Singapura dahulu sebelum membawa wilayah-wilayah di Borneo untuk bergabung.Rancangan penubuhan Malaysia juga telah mendapat tentangan yang hebat daripada masyarakat Borneo khususnya di Sabah dan Sarawak. Menurut daripada Mazlan (1978), para pemimpin dan parti-parti politik terkejut dengan cadangan tersebut dan pihak inilah yang dikatakan lantang menentang gagasan penubuhan sekitar tahun 1961 dan 1962. Penentangan ini merupakan satu lagi cabaran yang perlu dihadapi oleh Tunku dan kerajaan Tanah Melayu bagi merealisasikan idea penggabungan tersebut. Menurut daripada Mazlan lagi, penentangan daripada pihak di Sabah dan Sarawak berpunca daripada kurangnya pengalaman masyarakat di kedua-dua wilayah ini dalam arena politik, kebanyakan juga penduduk yang masih buta huruf dan juga sikap para pemimpin yang sudah biasa dengan corak pemerintahan Inggeris. Oleh sebab itulah suara-suara penentangan kedengaran dari Sabah dan juga Sarawak. Rancangan Tunku juga didakwa sebagai satu helah daripada kerajaan Tanah Melayu untuk meluaskan kuasa dan menggantikan penjajah Inggeris (Mohd. Noor, 1979). Dakwaan ini dirasakan sebagai sebuah neokolonialisme dalam bentuk baru yang membawa kepada kebimbangan masyarakat di kedua-dua wilayah ini.3.2.2Rusuhan Kaum 13 Mei 1969Apabila mempersoalkan isu perpaduan kaum, ianya bukanlah suatu cabaran baru dalam pembentukan Malaysia, juga bukan cabaran terhebat kepada Tunku dalam usaha mewujudkan kompromi antara kaum bagi merealisasikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 akibat dasar pecah dan perintah sejak awal pemerintahan British yang membawa kepada pengenalan identiti kaum berdasarkan fungsi ekonomi, Melayu sebagai petani di kampung, Cina sebagai peniaga di bandar dan India pula sebagai penoreh getah yang secara tidak langsung telah menyekat kewujudan interaksi mahupun hubungan antara kaum yang difikirkan relevan bagi mencapai tujuan memudahkan British untuk memerintah, menumpukan perhatian kepada pengeksploitasian hasil bumi serta mengelakkan penduduk Tanah Melayu daripada bersatu dan bangkit menentang, ditambah lagi dengan dasar anti-Cina semasa pendudukan Jepun menjadikan hubungan antara kaum menjadi semakin kritikal.Menurut Tunku Abdul Rahman , perpaduan kaum menjadi cabaran hebat terhadap cetusan idea pembentukan Malaysia yang turut melibatkan penyertaan Singapura kerana telah menghidupkan kembali ketegangan antara kaum utama tersebut sehingga mengakibatkan satu letupan gempa masyarakat dan politik yang amat mengerikan pada 13 Mei 1969 walaupun dari segi kedudukan geografi, Malaysia sama sekali tidak terletak dalam lingkungan gempa bumi, namun terpaksa berhadapan dengan keadaan darurat sekali lagi akibat peperangan yang wujud dalam kalangan kaum sehingga memaksa Tunku menyerahkan ketokohannya kepada Tun Abdul Razak.

3.3CABARAN LUARAN3.3.1Keteganan Hubungan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan SingapuraDi Singapura, Barisan Sosialis menentang. Parti berhaluan kiri itu menganggapnya gagasan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru. Untuk mendapatkan reaksi sebenar rakyat Singapura maka satu referendum untuk mendengar pendapat umum rakyat Singapura mengenai penubuhan Malaysia diadakan pada 1September 1962. Referendum itu mendapati bahawa majoriti rakyat Singapura menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan Singapura untuk membuat keputusan mengenai penggabungan Malaysia dan Singapura. Lee Kuan Yew yang bersetuju dengan idea Tunku itu menggunakan ancaman komunis sebagai alasan menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau bimbang dengan pengaruh parti Barisan Sosialis, iaitugerakan berhaluan kiri yang semakin berpengaruh di Singapura ketika itu.Di kemuncak pembentukan Malaysia, cabaran besar yang dihadapi dalam tempoh masa pembentukan Malaysia ialah apabila berlakunya ketegangan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan Singapura. Sejak Singapura menyertai gagasan Malaysia, banyak perselisihan dan ketegangan berlaku antara kerajaan Singapura dan kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur. Agenda tersendiri serta pelbagai tuntutan Singapura menunjukkan bahawa ketegangan tersebut seperti tidak ada penghujungnya malah ia semakin rumit. Disebabkan perkara ini, Tunku telah membuat keputusan secara persendirian dengan memisahkan Singapura dari Malaysia. Beliau telah membuat keputusan tersebut semasa mendapatkan rawatan di London. Keengganan Lee Kuan Yew bertolak ansur terhadap kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan Tunku menyebabkan Tunku kecewa dengan sikap para pemimpin Singapura.Setelah memikirkan secara mendalam terhadap situasi ini, maka Tunku telah mengambil keputusan dengan memisahkan Singapura dari Malaysia. Bagi Tunku, jika Singapura terus dikekalkan dalam Malaysia, maka ketegangan akan terus berlaku. Maka atas dasar melihat ke depan dan berfikir demi kestabilan politik, sosial dan ekonomi, adalah menjadi kewajaran untuk memisahkan Singapura dari Malaysia. Secara rasminya, pada 9 Ogos 1965, Singapura berpisah dari Malaysia.

3.3.2Tentangan daripada Filipina dan IndonesiaFilipina dan Indonesia adalah di antara negara yang kuat menentang gagasan Malaysia. Presiden Macapagal membuat pengumuman menuntut hak terhadap Sabah (1962) berdasarkan perjanjian Sultan Jamalul Alam dengan Baron Overbeck pada 22 Jan 1878. Indonesia di bawah kepimpinan Sukarno pula melihat gagasan Malaysia itu sebagai satu bentuk neokolonisme. Parti Komunis Indonesia juga melihatnya dengan kaca mata yang sama. Lebih agresif lagi Sukarno mengisytiharkan Konfrontasi dengan slogan Ganyang Malaysia pada 20 Januari 1963. Indonesia berhasrat menakluki Tanah Melayu.Mereka bertindak menyerang kapal-kapal nelayan Tanah Melayu, melakukan pencerobohan udara serta melancarkan serangan ketenteraan melalui Johor, Sarawak dan Sabah. Indonesia turut menjalankan kempen memburukkan nama negara di negara Afro-Asia dan Negara Dunia Ketiga. Namun, hasil daripada semangat kental pemimpin dan perpaduan rakyat pelbagai kaum berjaya menghalang hasrat Indonesia itu. Penentangan Indonesia menjadi kendur setelah kepimpinan negara itu bertukar tangan. Penentangan kuat kedua-dua negara terbabit telah mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar satu misi ke Borneo pada 16 Ogos -5 September 1963 untuk meninjau dan melaporkan pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai penubuhan Malaysia. Misi itu mendapati majoriti penduduk di Borneo menyokong gagasan Malaysia.Akhirnya, setelah melalui cabaran getir pembentukan Malaysia tetap menjadi kenyataan. Perjanjian Malaysia telah ditandatangani pada 9 Julai 1963 di pejabat Perhubungan Komanwell di Malborough House. Perjanjian itu diwakili oleh wakil Kerajaan British iaitu Perdana Menteri, Harold Macmillan, Ducan Sandys dan Lord Landsdowne. Wakil Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula diwakili oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman, Tan Siew Sin, Datuk V.T. Sambanthan. Datuk Ong Yoke Lin dan Dr. Lim Swee Aun. Wakil Sabah ialah Datuk Mustapha bin Daruk Harun, Donald A.Stephen,W.K.H. Jones, Khoo Siak Chiew, W.S.Holley dan G.D. Sindang. Manakala, wakil Sarawak pula ialah P.E.H.Pike, Temenggung Jugah, Datuk Abang Haji Mustapha, Ling Beng Siew dan Datuk Abang Haji Openg.

Gambar 1 Rundingan damai Gambar 1 merupakan salah satu usaha untuk menyelesaikan pertelingkahan berkaitan Malaysia. Ia merupakan satu siding kemucak diadakan di Manila pada akhir Julai 1963. Satu persetujuan dikenali Manila Accord ditandatangani pada 31 Julai 1963 di mana Filipina dan Indonesia menyatakan untuk menyokong gagasan Malaysia jika mendapat sokongan daripada penduduk-penduduk di kedua-dua negeri tersebut dan sokongan ini disahkan oleh PBB.

3.4Kesimpulan Gagasan Malaysia yang dicetuskan oleh Tunku merupakan salah satu idea yang dilihat sukar untuk direalisasikan pada ketika itu jika dilihat daripada situasi politik di rantau Asia Tenggara yang masih bergelut dengan pengaruh penjajahan Barat dan idealogi Komunis. Sejurus sahaja Tunku mengumumkan idea pembentukan gagasan Malaysia, timbul beberapa reaksi daripada banyak pihak termasuklah dari Tanah Melayu sendiri, Singapura, wilayah-wilayah di Borneo serta negara-negara jiran khususnya Filipina, Indonesia dan juga Brunei. Ada pihak yang menyatakan sokongan langsung dan ada juga pihak yang menentang kerana idea tersebut dianggap belum lagi relevan untuk berbuat demikian pada masa itu. Terdapat berbagai-bagai andaian yang mengatakan bahawa idea ini sebenarnya bukanlah dicetuskan oleh Tunku kerana sebelum itu sudah wujud rancangan lain untuk membentuk satu penggabungan atau kesatuan di rantau Nusantara yang meliputi Tanah Melayu, Singapura, Indonesia, Filipina dan juga wilayah-wilayah di Borneo. Tambahan pula, sebelum abad ke-20 lagi sudah timbul idea untuk membentuk penggabungan di gugusan ini, namun akibat kurangnya sambutan dan masa yang tidak sesuai, maka usaha tersebut terkubur begitu sahaja.Secara keseluruhannya dapat dilihat bahawa gagasan Malaysia secara jelas telah menerima banyak cabaran di awal pembentukannya sehinggalah beberapa tahun selepas pengisytiharan Malaysia secara rasmi. Kebanyakan daripada cabaran-cabaran tersebut berjaya diatasi sama ada melalui kaedah diplomasi atau pun tindakan ketenteraan. Tidak dinafikan bahawa Tunku Abdul Rahman telah memainkan peranan penting dalam menghadapi segala cabaran demi merialisasikan idea gagasan Malaysia. Peranan yang dimainkan oleh Tunku, kerajaan Tanah Melayu, Singapura dan juga kerajaan British akhirnya membuahkan hasil yang sangat diharapkan dan perkara yang paling penting ialah keamanan yang dikecapai sehingga hari ini.

4.USAHA-USAHA YANG TELAH DIJALANKAN OLEH PELBAGAI PIHAK KE ARAH PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA (1945-1969)4.1PengenalanPerjuangan kemerdekaan di negara ini mula berkembang secara menyuluruh setelah tamatnya pendudukan jepun di tanah melayu. Faktor kebangkitan nasionalisme Melayu adalah penyebabnya. Gagagsan Malayan Union tajaan Inggeris telah menyemarakkan perjuangan rakyat menentang pentadbiran Inggeris dengan begitu kuat sekali. Akibatnya beberapa buah parti politik kebangsaan timbul di tanah melayu seperti UMNO, MIC dan MCA. Kemudian parti-parti tersebut menubuhkan gabungan Perikatan yang meberikan kesan kestabilan politik di tanah Melayu sehingga terbentuknya Barisan Nasional hingga kehari ini. Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan idea penubuhan Malaysia yang telah mendapat dokongan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei pada petingkat awalnya. Kerajaan British bersetuju dengan formula penyatuan politik nasional anjuran Tunku Abdul rahman putra itu. Pelbagai jawatankuasa telah ditubuhkan seperti Suruhanjaya Cobbold dan lain-lain lagi dalam usaha untuk memperteguhkan idea pembentukan Malaysia. Singapura akhirnya berpisah dengan Persekutuan Malaysia dan diikuti dengan Brunei kerana faktor-faktor politik dan ekonomi.4.2Antara usaha yang dijalankan ke arah pembentukan Malaysia4.2.1Penubuhan Malayan UnionSetelah kembalinya penjajah Inggeris ke Tanah Melayu selepas penjajah Jepun berundur, Inggeris mmeperkenalkan satu sistem pentadbiran baru yang dikenali dengan Malayan Union (Kesatuan Malaya). Rancangan ini telah diluskan oleh Parlimen British pada 10 Oktober 1945. Pada 12 Oktober 1945, Sir Harold Mac Michael telah dilantik sebagai wakil Kerajaan Inggeris untuk mendapatkan tanda tangan dari Raja-Raja Melayu. Malayan Union telah diluluskan pada bulan Januari 1946.

Tujuan Inggeris memperkenalkan Malayan Union ialah Untuk menyatupadukan wilayah dan meningkatkan kecekapan pentadbiran. Inggeris tidak bersedia menanggung perbelanjaan pentadbiran yang besar untuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. British menyimpan rasa dendam terhadap orang-orang Melayu kerana sebelum ini orang-orang Melayu telah bekerjasama dengan Jepun.oleh itu, Malayan Union ditubuhkan untuk mengurang dan mengawal kuasa orang Melayu.Melalui malayan union ini juga,British dapat mewujudkan pemerintahan sendiri oleh masyarakat tempatan tetapi mengikut ciri politik British dan sebagai langkah penyatuan politik dalam kalangan rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India dengan matlamat untuk membentuk sebuah masyarakat yang kuat.Namun begitu penubuhan Malayan Union telah mendapat tentangan hebat daripada orang-orang Melayu kerana raja-raja melayu kehilangan kedaulatan apabila kuasa raja hanya berkaitan agama dan adat istiadat sahaja.Selain itu,majoriti orang-orang Melayu akan berkurangan apabila dasar keterbukaan pemberian kerakyatan kepada warga asing dilakukan oleh British melalui jus soli.Malayan Union juga digubal tanpa mendapat pandangan daripada orang-orang Melayu. Ia dirancang di London secara tergesa-gesa. Sultan-Sultan hanya diberi masa sehari untuk membaca syarat-syarat dan menandatanganinya tanpa berbincang dengan pembesar-pembesar negeri.Tindakan Harold Mac Michel mendapatkan tanda tangan Raja-raja Melayu secara paksaan dan dilakukan dengan keras juga telah membangkitkan penentangan orang melayu terhadap penubuhan Malayan union ini.

4.2.2Pertubuhan parti politikImplikasi daripada penentangan terhadap malayan union, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 oleh Dato Onn Jafar. Beliau memegang jawatan itu sehingga tahun 1951.Matlamat utama penubuhan parti adalah untuk menentang gagasan Malayan Union dan menyatupadukan orang-orang Melayu serta mempertahankan kedudukan hak istimewa orang-orang Melayu.Anggota-anggota UMNO berpegang kepada slogan Hidup Melayu. Perkara ini disuarakan sendiri oleh Dato Onn Jaafar semasa perhimpunan Agong UMNO, pada bulan September, 1947.Pada tahun 1948, UMNO dijadikan sebagai sebuah parti politik. Perlembagaan UMNO telah dilulusakn pada 29 Mei 1946 yang memuatkan tujuan, penubuhan bahagian dan cawangannya. Sebanyak 39 bahagian telah ditubuhkan sehingga tahun 1951 dengan keahlian seramai 100375 orang. Perikatan Pemuda UMNO dan Pergerakan Wanita UMNO ditubuhkan sebagai sayap-sayap UMNO pada tahun 1947.UMNO telah muncul sebagai sebuah parti yang terkuat mewakIli orang-orang Melayu di negara ini.Kongres India Malaya (MIC) pula telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1946. Presidennya yang pertama bernama Tun V.T.Sambanthan.Antara tujuan utama penubuhan MIC adalah untuk memupuk dan memelihara kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum India di Tanah Melayu; memperjuangkan politik bersama bagi seluruh Tanah Melayu. Pada bulan April 1955, MIC telah masuk ke dalam gabungan UMNO dan MCA. Ahlinya sehingga tahun 1955 aialah seramai 20,000 orang.Pertubuhan Cina Malaysia (MCA) telah ditubuhkan pada 27 Februari 1949. Idea penubuhan MCA telah digagaskan oleh Leong Yew Koh. Presiden pertama MCA ialah Tun Chen Lok.Tujuan utama MCA adalah untuk melindungi hak dan kepentingan orang Cina serta memelihara keharmonian kaum dalam sebuah negara yang bersatu.Pada peringkata permulaan MCA bertindak sebagai sebuah badan kebajikan. Pada tahun 1952, MCA telah didaftarkan sebagai sebuah parti politik secara rasmi.Pada tahun 1950 keahlian MCA telah meningkat seramai 188, 000. Pada tahun 1952, MCA dan UMNO telah membentuk gabungan yang bernama PERIKATAN.

4.2.3Ancaman KomunisDarurat adalah satu istilah yang digunakan oleh kerajaan British untuk memulihkan keadaan huru hara di Tanah Melayu antara tahun 1948 sehingga tahun 1960. Hura hara ini telah dimulakan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang cuba mengambil kuasa politik di Tanah Melayu secara kekerasan. Semasa darurat, PKM cuba melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu dengan membunuh para peladang dan pelombong. Selain itu, anggota PKM juga telah membunuh anggota Polis dan tentera serta orang ramai yang mereka anggap menentang perjuangan mereka.Darurat telah mengakibatkan penderitaan hidup rakyat Tanah Melayu ramai yang telah terkorban.Antara langkah-langkah yang diambil oleh British untuk menangani ancaman komunis melalui darurat ini adalah mengharamkan parti politik yagn bersifat radikal, menangkap dan memberikan hukuman bunuh kepada sesiapa yang bersubahat dengan komunis.Pada masa darurat kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa rejimen askarMelayutelah dikerah untuk menghapuskananasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan perang, sepertimeriam,kapal terbang, dankapal laut. Ketenteraan British juga telah diperketatkan. Perintah Berkurung telah dibuat di kawasan yang telah mempunyai pengaruh komunis.Kawasan Putih dan Hitam telah diperkenalkan supaya British boleh memudahkan proses mereka dalam membanteras komunis. Kawasan Putih adalah bermaksud kawasan tersebut telah bebas daripada anasir komunis, dan sebaliknya yang ada pada kawasan hitam. Antara semua negeri, Melaka adalah negeri yang pertama mendapat gelaran Kawasan Putih.Sekatan jalan raya dan kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards di kawasan yang mungkin sebagai kawasan yang mempunyai pengaruh komunis, dengan itu, mereka boleh menyemak sesiapa sahaja dan juga berhak merampas barang yang mereka ada.Kad Pengenalan diwajibkan supaya mereka boleh menangkap sesiapa sahaja yang tidak ada kad pengenalan. Kerajaan British telah mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu mesti membuat kad pengenalan sebaik sahaja mereka berumur 12 tahun sahaja.Sir Harold Briggs juga melancarkan rancangannya (Rancangan Briggs) untuk membanteras komunis. Rancangannya adalah termasuk penempatan semula orang Cina. Ini adalah kerana sebahagian besar daripada ahli PKM adalah orang Cina, dan banyak orang Cina telah tinggal di kawasan setinggan semasa pendudukan Jepun (Rujuk pendudukan Jepun). Dengan kawalan dari orang Cina, jadi masalah untuk membanteras komunis adalah lebih senang. "Kampung baru" telah diperkenalkan. Kampung telah dibina di bahagian kawasan baru yang dipilih adalah dibuat untuk menempatkan orang Cina.Meskipun pasukan keselamatan telah diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan secara langsung untuk menghapuskan komunis kurang berjaya. Ini kerana kumpulan komunis tidak bertempur secara berdepan. Tetapi mereka menjalankan tindakan secaragerila.Terdapat juga kumpulan yang membantu dan memberi sokongan kepadaParti Komunis MalayaiaituMin Yuen.

4.2.4Perundingan KemerdekaanUsaha-usaha awal untuk meggabungkan parti-parti berbilang kaum bermula apabila UMNO dan MCA membentuk pakatan untuk menghadapi pilihan raya. Pada tahun yang sama Tunku Abdul Rahman dan Tun Cheng Lock telah membentuk parti PERIKATAN diperingkat nasional. Pada tahun 1955 MIC pula menyertai parti PERIKATAN. Justeru, parti PERIKATAN telah menjadi parti berbilang kaum yang pertama dan terbesar di Tanah Melayu.Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke London untuk berunding dengan kerajaan Inggeris bagi menuntut kemerdekaan tanah melayu. Rombongan tersebut dianggotai oleh empat orang wakil parti PERIKATAN, empat orang wakil Raja-Raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu.Hasil daripada rundingan tersebut Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956. Tarikh rasmi kemerdekaan tanah melayu telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957. Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan tersebut di Padang Bandar Hilir Melaka apabila beliau dan rombongannya kembali dari London ke tanah air.

4.2.5Suruhanjaya ReidSuruhanjaya Reid telah ditubuhkan dengan senarai keanggotaannya iaitu Lord Reid dari England sebagai Pengerusinya, dikuti dengan Sir Ivor Jennings (England); Sir William Mc Kell (Australia), B.Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).Suruhanjaya Reid telah mengadakan mesyuarat sebanyak 118 kali (antara June dan Oktober 1956) dan telah menghantar sebanyak 131 memorandum dari pelbagai kalangan rakyat termasuklah satu dari raja-raja Melayu.Suruhanjaya reid juga telah menghantara draf Perlembagaan dalam bulan Februrai 1957 yang kemudiannya telah diteliti semula oleh sebuah Jawatankuasa yang terdiri dari: 4 wakil-wakil Raja-Raja Melayu, 4 wakil parti Perikatan, Pesuruhjaya, Ketua Setiausaha dan Peguam Negara.Laporan dari Jawatankuasa tersebut telah menyebabkan Perlebagaan Perseketuan Tanah Melayu telah di terima oleh Majlis Perundangan persekutuan pada 15 Ogos 1957.

4.2.6Penubuhan Jawatankuasa Perpaduan Dan Perundingan (MSCC)Jawatankuasa Perpaduan dan Perundingan (MSCC) telah ditubuhkan pada bulan Julai 1961 ekoran dari Persidangan Persatuan Parlimen Serantau. Keanggotaan Jawatankuasa ini terdiri daripada negeri-negeri Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Brunei telah menghantar 5 orang wakil. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Donald Stephens. Terma rujukan Jawatankuasa ini adalah untuk mendapatkan pandangan-pandangan dari negeri-negeri yang berpotensi tentang cadangan Malaysia untuk menubuhkan Malaysia,Menyebarkan penerangan tentang gagasan Malaysia dan Inisiatif dan galakan untuk bertukar-tukar pandangan tentang gagasan Malaysia. MSSC juga menggalakkan beberapa aktiviti yang dapat membantu pembentukan Persekutuan Malaysia.

4.2.7Rombongan ke LondonDengan tercapainya persefahaman antara Singapura dan Perseketuan Tanah Melayu, Kerajaan British telah mengundang Tunku Abdul Rahman untuk membincang dengan lebih mendalam serta menyediakan jalan perundingan denga negara-negara Borneo. Rumusan dalam perbincangan di London itu jelas menunjukkan bahawa gagasan Malaysia telah mulai mendapat dokongan dari negeri-negeri Borneo. Walaubagaimanapun, pendapat rakyat hendaklah diambil kira. Mesyuarat tersebut juga bersetuju bahawa pandangan-pandangan Sultan Brunei adalah mustahak dan mesti diambil kira.

4.2.8Suruhanjaya CobboldPada Januari 1962, Suruhanjaya Cobbold yang dipengerusikan oleh Lord Cobbold telah ditubuhkan bagi mendapatkan respon dari rakyat Borneo Utara dan Sabah. Keanggotaanya terdiri dari lima orang pegawai dengan tiga pegawai-pegawai British dan dua orang pegawai Malaysia.Fungsi utama Jawatankuasa Cobbold adalah untuk mendapatkan referendum rakyat di Borneo Utara dan Sarawak tentang idea pemebentukan negara Malaysia. Jawatankusa Cobbold telah mencadangkan perkara-perkara seperti perlembagaan baru negara hendaklah berasaskan perlembagaan Tanah Melayu ada,penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara dan penguatkuasaan kuasa imigresen oleh Kerajaan Perseketuan adalah bergantung kepada persetujuan kerajaan negeri.Selain itu,kebebasan agama dijamin dan tidak menjadikan satu-satu agama sebagai agama rasmi di negeri-negeri tersebut

4.2.9Jawatankuasa Antara Kerajaan Selepas Jawatankuasa Cobbold melaksanakan tugasnya, maka satu Jawatankusa Antara Kerajaan yang diketuai oleh Lord Landsdowne telah ditubuhkan. Tun Abdul Razak Hussain sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah dan Singapura menjadi anggota-anggotanya. Jawatankuasa ini telah menubuhkan satu perlemabagaan, khususnya yang melibatkan permintaan Sabah dan Sarawak berdasarkan memorandum yang diterima daripada parti-parti politik di Sabah dan Sarawak. Tugas penting Jawatankuasa ini ialah membentuk satu perlembagaan berdasarkan Perlembagaan Perseketuan Tanah Melayu 1957, Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. Perkara utama dalam perlembagaan ini ialah agama Islam, bahasa Melayu, kawalan imigresen, pendidikan dan perwakilan bagi Sabah, Sarawak dan Brunei.4.2.10Rentetan rusuhan kaum 13 Mei 1969 Tragedi 13 Mei 1969 telah menjadi peristiwa yang amat penting dalam sejarah Tanah Melayu dan peristiwa inimemberi pengajaran kepada semua penduduk terutamanya para pemimpin politik dan rakyatMalaysia tentang kepentingan perpaduan antara kaum dalam sesebuah negara. Hal yang demikian kerana tragedi 13 Mei berpunca daripada masalah perpaduan yang amat ketara antara kau. Tragedi ini telah menyebabkan kematian dan kerosakan harta benda yangpaling teruk di Malaysia. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi terutamanya masalah yang berkaitan dengan hubungan antara kaum.Pada 17 Mei 1969 sebuah majlis telah ditubuhkan dibawah kuasa Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B Tun Abdul Razak bin DatoHussien iaitu Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) untuk mengambil alih tugas parlimen .Beliau dibantu oleh anggota-anggota majlis yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik, pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. MAGERAN menjalankan beberapa fungsi utama iaitu bertanggungjawab mengembalikan keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna serta mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan sesebuah kaum kepada kaum lain. Dibawah MAGERAN juga telah ditubuhkan sebuah pejabat Urusetia Hal Ehwal Awam yang diketuai oleh seorang pegawai Perkhidmatan Awam Kanan untuk menjalankan tugasan daripada Ketua Pegawai Kerja. KetuaHal Ehwal Awam bertanggungjawab mengeluarkan arahan berkenaan pembentukan dan penelitian semua dasar dan objektif kerajaan tentang hal-hal yang berkaitan dengan hal ehwal awam serta penyelarasan agensi kerajaan lain agar dasar tersebut dipatuhi.Di samping itu, Dasar Ekonomi Baru (1970-1990) dirangka dengan dua objektifyang menjadi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat.Dasar Ekonomi dirujuk sebagai tapak, panduan, falsafah, peraturan dan cara mencapai matlamat dasar yang merujuk kepada usaha untuk mengubah masyarakat dan negara daripada keadaan yang mundur kepada maju dalam pelbagai aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan). Jurang kemiskinan antara golongan kaya dengan golongan miskin terlalu besar bezanya terutama daripada aspek ekonomi dimana golongan kaya memonopoli hampir separuh sektor ekonomi menyebabkan penduduk miskin tidak dapat melibatkan diri dalam sektor ini. Program pembangunan ekonomi diwujudkan bagi mencapai perpaduan ekonomi yang seimbang dalam sektor ekonomi agar setiap golongan masyarakat dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka.Selain itu, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dibentuk hasil daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 untuk menjadi panduan dalam membentuk, mewujudkan dan mengekalkan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa.Terdapat beberapa objektif Dasar Kebudayaaan Kebangsaan ini iaitu mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang wujud daripada kebudayaan kebangsaan serta memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan manusia dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.Rukun negara pula telah diisytiharkan pada 31 ogos 1970 dengan tujuan untuk menyatukan fikiran,pendapat dan perasaan rakyat tanpa mengira perbezaan-perbezaan yang berdasarkan asal keturunan ,bahasa,agama dan budaya berdasarkan Lima Prinsip rukun Negara.Perkara ini penting kerana ia dijangka akan dapat menimbulkan semangat dan kesedaran yang tinggi dalam kalangan semua lapisan masyarakat untuk bersatu padu dengan hasrat membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang demokratik,adil,saksama,liberal dan progresif.Akhir sekali wawasan 2020 telah digubal oleh idea Dr.Mahathir Mohamad.Wawasan 2020 mempunyai sembilan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat di negara ini. Dr. Mahathir telah mengemukakan gagasan beliau tentang arah pembangunan masa depan negara Malaysia menjelang tahun 2020.Tahun 2020 Malaysia akan menjadi sebuah negara yang benar-benar maju.4.3KesimpulanTuntasnya, banyak usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan. Demin menjamin kejayaan usaha-usaha tersebut sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk menyokong segala dasar-dasar tersebut.5.GARIS MASA PERISTIWA PEMBENTUKAN MALAYSIA (1945-1969)

Rajah 2 Garis Masa Pembentukan Malaysia

Rajah 3 Cara Penentangan British Terhadap Komunis

6.PEMUPUKAN NILAI PATRIOTIK DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA6.1Pengenalan Sedarsawarsa ini, nilai patriotik sering kali dipandang enteng di mata masyarakat. Hakikatnya, nilai patriotik mempunyai peranan yang tersendiri di mana dengan adanya penerapan nilai patriotik di kalangan rakyat Malaysia ianya dapat mewujudkan semangat patriotisme yang kental. Semangat patriotisme[footnoteRef:1] merupakan suatu alat senjata mental yang cukup kuat untuk mempertahankan negara daripada sebarang bentuk penjajahan baru atau penjajahan dalam apa-apa bentuk sekalipun. Sifat cinta akan Negara dan tanah air menentukan jatuh bangun sesuatu peradaban atau tamadun manusia. Setiap warganegara Malaysia sewajarnya perlu ada sifat cinta akan tanah air. [1: Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat patriotisme membawa maksud perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air.]

Patriotik itu wujud dala pelbagai rupa bentuk manakala patriotisme boleh meliputi pelbagai aktiviti. Patriotisme merupakan sesuatu yang abstrakdan ia tidak dapat diukur secara metrik tetapi semangat patriotisme ini dapat dilihat melalui tindakan, tingkah laku, perbuatan atau perlakuan seseorang itu. Jika seseorang itu patriotik, segala tindakan dan amalan yang dilakukannya mesti menepati ciri-ciri patriotisme. Malangnya ungkapan patriotisme hanya kita dengar dan diwar-warkan apabila menjelang sambutan hari kemerdekaan. Dapat dilihat juga nilai-nilai patriotik kian pudar di kalangan rakyat Malaysia dari hari ke hari. Oleh itu, satu langkah yang berkesan perlu digerakkan dengan segera dalam menangani fenomena kelunturan nilai patriotik di kalangan rakyat Malaysia terutama sekali golongan para remaja.

6.2Cara-cara memupuk nilai patriotik yang unggul di kalangan rakyat MalaysiaSebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyedari bahawa patriotisme penting dalam ketahanan nasional bagi menghalang sebarang bentuk ancaman sama ada dari dalam atau luar negara. Kerajaan perlu menjadikan patiotisme sebagai agenda negara kerana patriotisme adalah tunjang kepada perpaduan nasional dan pembinaan bangsa bermaruah. Justeru, beberapa aspek perlu diberikan penekanan yang sewajarnya. Pertamanya melalui pendidikan. Pendidikan tidak semestinya tertumpu kepada buku-buku teks dan rujukan semata-mata. Kerajaan sudahpun mengambil langkah mewujudkan mata pelajaran sejarah di sekolah rendah yang bermula pada tahun 2014 untuk murid yang berada di darjah 4. Ianya merupakan suatu tindakan yang wajar dan patut dilakukan. Namun untuk memperkukuhkan lagi nilai patriotik di dalam diri seorang pelajar, kerajaan perlu merangka satu pendidikan kenegaraan yang lebih efektif iaitu mengenai penghormatan terhadap nyanyian lagu Negaraku dan bendera Malaysia Jalur Gemilang. Dalam erti kata lain pembelajaran luar bilik darjah perlu dilaksanakan dengan lebh mendalam terutama dari aspek kenegaraan. Oleh itu, para guru perlu mengaitkan setiap apa yang diajar kepada murid dengan aspek-aspek kenegaraan. Ini kerana saya sendiri melihat tahap penghormataan masyarakat terhadap dua aspek ini berada di tahap yang sangat rendah. Baru-baru ini, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM) ada mengadakan satu aktiviti iaitu Minggu kokurikulum dan Hari Terbuka Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan. Hasil pengamatan saya sewaktu nyanyian lagu Negaraku yang dimainkan di pentas terbuka sewaktu Festival Muzikal Ria, ramai pengunjung yang mengambil tingkah endah tak endah ketika nyanyian lagu Negaraku dimainkan. Kedua menerusi mata pelajaran sastera. Mata pelajaran sastera wajib dipelajari bagi semua individu dari peringkat sekolah rendah sehingga sekolah menengah dan seterusnya di peringkat institut pengajian tinggi. Ini kerana di dalam karya agung sastera terkandungnya segala macam warisan nilai-nilai budaya yang merangkumi segala asperk di dalam kehidupan. Antaranya ialah hal ehwal kehidupan bangsa, nilai ketatanegaraan atau politik, ekonomi, sosial, seni, falsafah, dan agama. Satu langkah yang efektif perlu dijalankan untuk menarik minat para pelajar untuk endalami ilmu sastera. Ini kerana mata pelajaran sastera ini terkenal dengan jolokan mata pelajara untuk pelajar yang kurang cerdik atauppun dalam bahasa yang kasar adalah untuk pelajar yang bodoh. Pelajar hari ini berlumba-lumba untuk mendapatkan keputusan yang tinggi dalam peperiksaan semata-mata untuk melayakkan diri mereka untuk mengambil kelas aliran sains di peringkat menengah atas. Satu hal yang tidak diketahui umum bahawa sastera adalah waadah bangsa yang terpentingg kerana di dalamnya segala buah fikiran Melayu tentang tatasusunan masyarakat yang nul, wira dan nilai dijadikan teladan, hubungan sesame manusia malah pedoman kehidupan buat pembaca. Di dalamnya itu tercakup karya-karya agama, adat istiadat, hukum, sejarah, salasilah, perbuatan dan sebagainya (Muhammad Haji Salleh, 2000). Jelas di sini bahawa dengan mewajibkan mata pelajaran sastera diambil oleh semua pelajar ianya dapat menerapkan nilai-nilai patriotik di dalam diri pelajar yang seterusnya akan mewujudkan rakyat Maaysia yang mempunyai nilai patriotic yang unggul terhadap negaranya.Ketiga melalui Kongres Patriotisme Remaja. Kongres Patriotisme Remaja sudah menemui jalan sepi selama beberapa tahun oleh itu pihak kerajaan perlu mengimarahka semula kongres ini agar ianya diadakan setiap tahun. Dengan adanya kongres ini ianya dapat menerapkan nilai patriotik mahupun kemahiran insaniah di dalam diri seorang remaja sebagai bekalan di masa hadapan di dalam urusan pentadbiran negara. Di samping itu, program kemasyarakatan dan kendiri harus diperbanyakkan bagi menerapkan nilai-nilai murni pada perngkat yang lebih muda. Program seperti ini hendaklah dimulakan di sekolah kepada murid-murid seawal 10 tahun sehinggalah ke peringkat sekolah menengah. Kerajaan tidak perlu menunggu sehingga pelajar-pelajar ini tamat persekolahan dan memasuki Progra Latihan Khidmat Negara (PLKN). PLKN seharusnya hanya menjadi medium kesinambungan dari program-program hasil dari kongres patriotisme remaja yang dilaksanakan terlebih awal di peringkat umur yang lebih rendah. Selain itu, kerajaan juga perlu menimbangkan semula agar segera menubuhkan Majlis Patriotisme Negara seperti apa yang diusulkan di dalam Kongres Patriotisme Remaja yang diadakan pada 18-19 Ogos 2007. Tindakan ini perlu dalam mewujudkan rakyat Malaysia yang mempunyai nilai patriotik yang unggul.Keempat melalui kegiatan sukan, seni dan budaya. Pembangunan sukan khususnya sukan popular seperti bola sepak, badminton, hoki, olahraga dan sebagainya perlu mencapai taraf dunia kerana sukan berupaya menjana patriotisme dan menyatukan rakyat dengan cara yang cukup mudah dan berkesan. Pencapaian tinggi atlet dan pasukan kebangsaan di peringkat Asia dan dunia sangat penting untuk memulih kembali imej dan rasa bangga diri rakyat Malaysia terhadap negara. Begitu juga dengan seni dan budaya perlu diketengahkan ke peringkat antarabangsa bagi melahirkan semangat cintakan budaya Malaysia dan seterusnya membendung budaya asing yang tidak sesuai dengan budaya tempatan.Manakala bagi bidang seni, penyanyi tersohor Malaysia Shila Amzah telah melebarkan sayap ke China sejurus memenangi pertandingan Asian Wave pada tahun 2012. Ini juga merupakan satu contoh di mana bidang seni dapat meningkatkan nilai patriotic di dalam diri setiap individu. Ini kerana apabila individu tersebut mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa, sudah pasti mereka akan menunjukkan dan mempamerkan jati diri mereka sebagai seorang yang memegang gelaran warganegara Malaysia. Oleh itu, para remaja perlu melibatkan diri dengan aktif di dalam bidang-bidang seperti ini kerana ianya juga dapat memupuk nilai patriotik yang seterusnya mewujudkan rakyat Malaysia yang mempunyai nilai patriotik yang unggul.Akhir sekali melalui media massa, sama ada bercetak atau elektronik perlu digerakkan lebih aktif bagi membangkit dan memekarkan semangat patriotisme. Ini boleh dilakukan dengan menerbitkan komik, cerpen dan filem yang berbentuk patriotik. Filem-filem seperti Sarjan Hassan, Bukit Kepong dan Leftenen Adnan perlu diperbanyakkan. Oleh itu, suatu usaha yang berkesan perlu digerakkan untuk menggesa para pengarah tersohor negara untuk menghasilkan filem-filem yang kaya dengan nilai-nilai patriotic yang dapat menjadi contoh ikutan para remaja. Media elektonik pula perlu selalu menyiarkan lagu-lagu patriotik, menerbitkan dokumentari tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan meyebar-luaskan semangat patriotisme dalam rancangan yang diterbitkan. Apa yang menjadi kebimbangan di sini ialah lagu-lagu patriotik hanya dilaungkan di corong-corong radio pada Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia sahaja. Seharusnya lagu-lagu berunsur patriotik ini dimainkan setiap hari agar ianya sudah menjadi sebati di dalam diri setiap individu yang memegang gelaran warganegara Malaysia.

6.3Kesimpulan

Sebagai intihanya, banyak cara yang boleh diambil oleh pihak kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia yang mempunyai nilai patriotik yang ungul dapat diwujudkan. Semangat patriotisme sangat penting dipupuk dalam diri setiap rakyat Malaysia yang khususnya mempunyai masyarakat majmuk. Anak jati Malaysia perlulah berjuang menegakkan keadilan melalui kemerdekaan dan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaulat. Patriotisme sememangnya tidak dapat dipisahkan dari kewujudan sesebuah negara. Namun kelangsungan semangat patriotisme di kalangan rakyat khasnya generasi muda tidak akan datang dengan sendirinya. Semangat patriotisme semestinya perlu terus dipupuk sama ada secara formal mahupun sebaliknya di kalangan masyarakat sesebuah negara khasnya negara Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk.

7.RUMUSANUnsur patriotisme merupakan kunci kejayaan yang membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia pada hari ini. Tanpa adanya unsur ini sudah pastinya kita masih hidup di bawah cengkaman penjajah. Perbezaan kaum sedikit sebanyak menimbulkan kesukaran di jalan menuju kemerdekaan pada mulanya, namun dengan adanya unsur patriotisme iaitu perasaan cinta terhadap tanah air membuatkan rakyat yang terdiri daripada kaum yang berbeza bangkit bersama bersatu padu dalam menentang penjanah.Disamping itu, banyak usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak dalam menuju pembentukan Malaysia. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang berintelek perlu menghargai segala sumbangan para tokoh yang telah membawa kepada pembentukan Malaysia ini. Kita hendaklah menjaga dan mengekalkan keharmonian yang sedia ada daripada perbalahan mahupun pencerobohan daripada anasir-anasir luar.Jelas disini tidak ada jalan mudah untuk menuju suatu kejayaan dan kesenangan. Ianya memerukan pengorbanan dan persefahaman dari semua pihak. Banyak usaha yang telah diambil oleh pelbagai pihak dalam pembentukan negara Malaysia. Negara Malaysia dibentuk dengan membawa harapan yang satu iaitu untuk mewujudkan suatu bangsa yang berdaulat iaitu bangsa Malaysia. Tuntasnya, agenda patriotisme perlu disemarakkan di kalangan rakyat Malaysia dan bukan hanya bermusim. Sebagai sebuah negara berbilang bangsa, maka tanggungjawab mempertahankan negara perlu dipikul oleh semua rakyat. Semangat patriotisme perlu dihayati kerana ia adalah teras kepada pertahanan negara. Oleh itu, kita perlu suburkan kembali jiwa patriotik yang sebenarnya. Dengan nikmat kemerdekaan yang dikecapi kini, kita perlu bergerak maju dan pada masa yang sama menghapuskan saki-baki penjajah yang masih lagi bersarang dalam jiwa masyarakat. Semoga negara dan bangsa Malaysia akan terus maju dengan semangat patriotisme sejati.

REFLEKSIMOHD HAFIZ BIN YATIN Alhamdulillah, atas izin dan rahmat daripada-Nya dapat saya sempurnakan dan sudahkan tugasan ini tepat pada waktunya. Sebelum meneruskan coretan ke intipati refleksi, terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Wan Ahmad Abd Hakim Bin Wan Dagang selaku pensyarah subjek Sejarah Malaysia Moden, rakan-rakan seperjuangan serta kedua orang tua saya. Sesungguhnya, setiap kerja kursus yang diberikan sudah tentu memberikan satu impak yang mendalam terhadap diri setiap individu yang terlibat termasuklah saya sendiri. Berdasarkan kesemua input yang telah dipelajari sepanjang melaksanakan kerja kursus, saya berpendapat setiap satu daripadanya adalah amat berguna sekali bagi tujuan masa kini dan masa hadapan. Apa yang saya perolehi hasil daripada tugasan ini ialah kemerdekaan Tanah Melayu merupakan suatu titik tolak yang membawa kepada pembentukan negara Malaysia. Terdapat banyak usaha yang dilakukan demi mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Sudah semestinya usaha-usaha tersebut dilakukan oleh para tokoh yang banyak memberi sumbangan di dalam kemerdekaan Tanah Melayu. Tanpa buah fikiran tokoh-tokoh tersebut kita sudah pastinya akan berada di dalam keadaan yang sangat daif di mana berkemungkinan kita masih berada di bawah penguasaan penjajah sehingga hari ini. Selepas jalan menuju kemerdekaan Tanah Melayu, muncul pula satu idea untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia dimana ianya terdiri daripada negeri-negeri di semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Di jalan membentuk negara Malaysia banyak peristiwa pahit yang berlaku. Contohnya perebutan hak kawasan Sabah dan Sarawak yang kononnya merupakan hak milik kerajaan Indonesia dan Filipina. Namun, hasil pemikiran cerdik para pemimpin terdahulu berjaya menyelesaikan masalah tersebut di meja bulat. Sebagai iktibar, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah mengekalkan keharmonian negara yang telah dicapai melalui perpaduan kaum. Ini kerana jatuh bangunnya sesebuah negara tersebut terletak pada rakyatnya. Jika rakyat sesebuah negara hidup di dalam keadaan kucar-kacir maka akan datang beribu-ribu ancaman sama ada dari kuasa luar mahupun di dalam negara sendiri. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab semua rakyat malaysia untuk berganding bahu, bagai aur dengan tebing untuk mengekalkan keharmonian negara.

Apa yang telah dikecapi hari ini sesungguhnya bukan mudah. Oleh itu, kita sebagai generasi bijak pandai yang dikelilingi kemudahan dan teknologi serba lengkap perlulah berfikir secara kritis untuk sentiasa membaiki kelemahan yang sedia ada dengan menambah kelebihan yang kita ada. Dalam pada itu, kemerdekaan negara perlu kita kekalkan kerana kita sedia maklum jalan menuju kemerdekaan penuh ranjau dan liku. Sebagai warganegara yang cintakan tanah air kita perlu mencontohi sikap juang para pejuang iaitu sanggup berkorban demi negara sehingga ke titisan darah yang terakhir.Konklusinya, tugasa kerja kursus kali ini banyak menimbulkan kesedaran kepada saya di dalam memegang gelaran sebagai warganegara Malaysia. Seharusnya kita sebagai warganegara yang berjiwa waja perlu mengambil tahu segala selok belok sejarah negara kita. Hal ini kerana dengan adanya pengetahuan inilah kita dapat menentukan hala tuju negara kita sama ada ia terus teguh berdiri di kaki sendiri mahupun jatuh di tangan penjajah sekali lagi. Di samping itu, pihak kerajaan perlu lebih cakna mengenai pemasalahan ini agar lebih menitikberatkan mengenai nilai patriotik di dalam diri rakyat Malaysia. Nilai patriotik itu perlu dipupuk dari bangku sekolah lagi demi menjamin kelangsungannya. Secara keseluruhannya, kerja kursus ini telah menambah satu lagi ilmu yang bermanfaat kepada naluri saya sendiri sebagai seorang bakal warga pendidik yang perlu menguasai banyak hal termasuklah ilmu dalam isu-isu semasa dunia.Selepas ini, segala maklumat yang diperolehi pasti akan saya gunakan dan manfaatkannya dengan sebaik mungkin untuk masa-masa yang mendatang. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam membantu untuk tugasan ini.

ASYRAAF BIN YUSUF

Alhamdulillah berkat usaha yang gigih serta bantuan pensyarah pembimbing akhirnya tugasan tercapai. Saya berdebar-debar apabila mendapat tugasan ini dan tertanya-tanya adakah saya mampu membuatnya dengan baik kerana tidak mempunyai pengalaman sebelum ini. Setelah banyak meneroka dan mencuba saya berasa seronok membuatnya lebih bersungguh-sungguh dalam menyiapkan tugasan ini.Saya melayari internet untuk mendapatkan maklumat dan bahan untuk tugasan ini. Sesungguhnya maklumat yang saya dapat dalam internet adalah lebih banyak berbanding buku ilmiah. Jadi betullah apa yang diperkatakan orang selama ini bahawa maklumat kini berada dihujung jari sahaja. Namun demikian, saya mempunyai masalah dalam melayari internet kerana kelajuan internet dalam institut ini adalah lambat. Oleh kerana itu, saya mengambil masa yang lama untuk membuka sesuatu laman sesawang tertentu. Jadi saya mengambil langkah untuk berjaga ditengah malam untuk mengakses internet lebih cepat. Dengan itu, masalah saya sudah selesai. Melalui kerja kursus ini, saya telah mendapat pengetahuan tentang membina sebuah negara yang sempurna bukanlah tugas mudah apatah lagi bagi sebuah negara seperti Malaysia. Dengan kepelbagaian kaum serta etnik dari latar sejarah, bahasa dan budaya yang berbeza serta diperkukuhkan pula oleh sentimen warisan berbeza menyumbang kepada munculnya persoalan dan masalah yang kompleks. Ibarat sebuah resepi masakan, negara bangsa bukanlah sekadar pelengkap rasa tetapi merupakan bahan utama bagi menghasilkan satu masakan yang bukan sekadar enak dan lazat malah menyihatkan. Di sebalik kesukaran dan pelbagai alasan yang memungkinkan kegagalan mencapainya ia sebenarnya sesuatu yang sangat penting untuk kita amati. Melalui pengalaman sejarah yang disalurkan secara sistematik khususnya melalui sektor pendidikan impian untuk membentuk negara yang selama ini berteraskan kepada bangsa idaman mungkin akan menjadi kenyataan.

Selain itu, saya juga dapat memahami peristiwa penubuhan Malaysia memberi pengajaran kepada bakal pemimpin pada masa akan datang agar tidak mementingkan diri dalam segala hal, tetapi sebaliknya kepentingan semua pihak perlu diambil kira. Ini dapat dilihat pemimpin Tanah Melayu tidak mementingkan diri, sebaliknya kekayaan hasil bumi perlu dikongsi bersama dengan negara-negara jiran yang lain dan pada masa yang sama untuk menolong negara-negara yang miskin. Seseorang pemimpin juga perlu ada pendirian dan mempunyai sikap menghormati pendapat orang lain. Tidak perlu ada paksaan dan segala tentangan harus ditangani dengan profesional. Mengumpul pendapat dan pandangan daripada orang lain sebelum sesuatu projek dijalankan adalah langkah yang patut dipuji.Akhir sekali, cadangan saya, sebagai cikgu sejarah. Saya perlu mengetahui asal-usul sejarah Malaysia atau secara ringkasnya asas sejarah kerana ilmu inilah yang bakal saya turunkan apabila tamat pengajian di IPG ini. Secara tidak langsung, ketika bertungkus-lumus dalam menyiapkan kerja kursus ini, saya juga telah mendapat ilmu yang bermanfaat terutamanya ilmu sejarah itu sendiri yang bakal saya turunkan ilmu kepada anak murid saya pada masa akan datang.

CHRYILMIX TANIS

Bersyukur kepada ilahi kerana dengan izin-Nya saya bersama-sama rakan seperjuangan saya Mohd Hafiz Bin Yatin dan Asyraaf Bin Yusuf dapat juga menyiapkan kerja kursus yang bertajuk Sejarah Malaysia moden. Ribuan terima kasih juga kami ucapkan kepada pensyarah subjek ini iaitu Wan Ahmad Abdul Hakim Bin Wan Dagang serta rakan-rakan yang telah membantu kami dalam menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada kedua dua ibu bapa kami yang telah membantu kami dalam aspek perbelanjaan. Secara holistiknya, saya telah banyak mendapat ilmu dalam membuat kerja kursus ini yang mana sebelumnya saya kurang mengetahui tentang isi kandungan kursus ini.Kerja kursus ini secara langsung telah mengajar saya bagaimana untuk bekerja secara berkumpulan dan terbukti bekerja secara kumpulan adalah mudah berbanding secara individu. Melalui tajuk pertama dalam kerja kursus ini, sedikit sebanyak telah memberikan fahaman saya kepada konsep patriotisme dan nasionalisme iaitu. Secara ringkasnya, nasionalisme bermaksud gerakan kesedaran yang menumpukan perhatian bagi menentukan nasib sendiri, bangsa, dan negara untuk mencapai kebebasan dan kesejahteraan manakala patriotisme ialah perasaan kesetiaan kepada negara. Sebagai seorang bakal guru, saya faham bahawa kedua-dua nilai ini perlulah diterapkan dalam diri supaya dapat menjadi role model kepada anak murid pada masa nanti.Di samping itu,setelah menghayati perjuangan pejuang Malaysia dalam pembentukan Malaysia,saya sedikit sebanyak telah sedar bahawa kehidupan yang aman damai yang dapat saya rasakan pada masa kini merupakan hasil daripada titik peluh perjuangan tokoh-tokoh Malaysia seperti Tunku Abdul Rahman.Namun apa yang saya perhatikan pada zaman ini berbeza dengan zaman sebelum pembentukan Malaysia di mana kekuatan semangat patriotik dalam diri rakyat begitu membuak-buak sehingga sanggup berkorban masa dan tenaga dalam membentuk negara Malaysia.Oleh,yang demikian kami telah membuat kajian dalam memberikan cadangan untuk mewujudkan serta mengukuhkan nilai patriotik dalam diri rakyat Malaysia.Sebagai contoh,menerapkan hubungan antara kaum yang kuat supaya melahirkan generasi yang bersatu padu dalam memperjuangkan kesejahteraan Malaysia melalui program seperti PLKN dan sebagainya.Melalui cadangan yang kami cadangkan dalam menerapkan nilai patriotik dalam diri rakyat Malaysia, kami dapat memperluaskan lagi idea saya sebagai seorang bakal guru yang sentiasa mencari idea atau cara yang sesuai dalam menyelesaikan sesuatu tugas seperti menerapkan nilai patriotik dalam diri murid-murid di sekolah.Melalui rujukan yang saya buat sama ada melalui buku ataupun laman sesawang, saya dapat mempertingkatkan lagi kemahiran saya dalam mencari maklumat dan mentafsir maklumat.Kekuatan yang saya ada melalui penyiapan kerja kursus ini, saya telah merujuk pelbagai bahan seperti buku-buku ilmiah, buku teks, serta melalui internet. Kepelbagain rujukan ini membuatkan kerja kursus saya ini mempunyai maklumat secara holistik yang saya dan rakan seperjuangan saya gabungkan melalui pelbagai rujukan.Selain itu, kerjasama dan komitmen yang di berikan oleh setiap ahli kumpulan telah membuatkan kerja kursus ini siap dengan jayanya.Kelemahan yang saya sedar melalui penyiapan kerja kursus ini pula adalah cabaran mentafsir maklumat di mana saya dapati maklumat yang dinyatakan dalam pelbagai rujukan adalah bercanggah.Sebagai contoh, maklumat yang dinyatakan oleh sumber A adalah bercanggah dengan maklumat yang dinyatakan oleh sumber B walaupun garis tajuk adalah sama.Selain itu perancangan saya dalam penyiapan kerja kursus ini lemah dari segi penguasaan masa di mana saya terpaksa kelam kabut melengkapkan kerja kursus ini pada saat-saat akhir.Sebagai cadangan saya melalui kerja kursus ini, secara holistiknya sebagai seorang yang bakal guru, saya haruslah mengkaji pelbagai ilmu ataupun mempelajari banyak pengalaman khususnya dalam bidang sejarah ini yang merupakan tanggungjawab seorang guru sejarah dalam menerapkan semangat patriotik dan nasionalisme dalam kalangan murid-murid.

RUJUKAN

Abd Rahim Abd. Rashid. (2001). Perubahan paradigm nilai kea rah transformasi sosial dan pembentukan Malaysia baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Abdul Ghani Abu. (2008). Patriotisme dan aspirasi remaja, dlm. Dewan Siswa. Ogos hlm. 10-11. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Abdul Latif Abu Bakar. (1998). Patriotisme dan nasionalisme: Satu pandangan dan renungan, dlm. Jurnal IKSEP (Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia), Jilid 1. Hlm. 83-84.Ismail Said. (2010). Perkembangan sejarah negara. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Kohn, H. (1994). The ideas of nationalism.Toronto: Ideal Book.Malaysia independence and onward: 1957 - present. (n.d.). Dimuat turun pada 05 Mac 2015 daripada http://www.geographia.com/malaysia/history05.htmMuhamad Ali Embi (2009). Patriotisme dan kepercayaan rakyat di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Pembentukan Malaysia lalui cabaran getir. (n.d.). Dimuat turun pada 17 Mac 2015 daripada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/524-kolumnis-akhbar/14011-pembentukan-malaysia-lalui-cabaran-getir.htmlZarina Othman. (2006). Penubuhan Malaysia. Bangi: Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian, Universiti, Kebangsaan Malaysia.