huraian rph kepelbagaian pelajar model hunter pembelajaran berasaskan masalah

5
Huraian / Penerangan Berkaitan RPH Kepelbagaian Pelajar ( Pelajar Cemerlang) Adalah penting untuk menunjukkan perkaitan antara teori dengan penyediaan pelan pengajaran. Bagi setiap langkah dalam RPH, wajarlah ada rasional dan justifikasi kenapa sesuatu itu dilakukan. Teori-teori yang dipelajari dalam kursus lain khasnya psikologi, sosiologi, kurikulum , pemikiran kritis dan sebagainya WAJAR diintegrasikan bersama dalam penerangan. Contoh profil pelajar diambil kira semasa merancang aktiviti. Soalan taksiran pula dijadikan sebagai cara untuk melihat sama ada objektif pada hari itu berjaya atau tidak dan disemak sendiri oleh pelajar untuk maklumbalas segera. Profil Kelas Untuk rancangan pengajaran harian 1 ini, ia melibatkan pelajar-pelajar daripada kelas pertama atau kumpulan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam akademik. Kelas 4 ERT 1 mempunyai 20 orang pelajar. Setiap kelas ERT adalah lebih baik sekiranya tidak mempunyai lebih daripada 20 orang pelajar kerana matapelajaran ini banyak melibatkan aktiviti dalam bengkel yang hanya boleh dikendalikan oleh pelajar dalam bilangan yang kecil supaya senang diawasi oleh guru dan juga disebabkan peralatan bengkel yang terhad. Tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari itu ialah Bab 3 Pemilihan dan penyimpan makanan dan sub topiknya ialah Makanan Segar- Sayur-sayuran. Sesi P&P ini dijalankan selama 80 minit iaitu dua sesi dimana ia bermula pada jam 8.20 pagi hingga 9.40 pagi. Tujuan waktu P&P ini dijalankan pada waktu pagi adalah kerana pada waktu ini, pelajar-pelajar segar dan masih boleh menerima input-input daripada guru serta mereka juga lebih aktif untuk menjalankan aktiviti dalam kelas jika dibandingkan dengan waktu tengahari di mana pelajar menjadi penat dan daya penerimaan mereka juga menjadi rendah terutamanya sekiranya guru itu lebih melakukan pengajaran secara tradisional dimana guru hanya mengajar dan pelajar hanya duduk mendengar. Dalam tajuk ini sebenarnya pelajar telah didedahkan dan juga telah mempunyai sedikit pengalaman dalam pengendalian makanan segar semasa mereka menjalani amali

Upload: zuzan-michael-japang

Post on 23-Jan-2018

3.933 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah

Huraian / Penerangan Berkaitan RPH Kepelbagaian Pelajar ( Pelajar Cemerlang)

Adalah penting untuk menunjukkan perkaitan antara teori dengan penyediaan pelan

pengajaran. Bagi setiap langkah dalam RPH, wajarlah ada rasional dan justifikasi kenapa

sesuatu itu dilakukan. Teori-teori yang dipelajari dalam kursus lain khasnya psikologi,

sosiologi, kurikulum , pemikiran kritis dan sebagainya WAJAR diintegrasikan bersama

dalam penerangan. Contoh profil pelajar diambil kira semasa merancang aktiviti. Soalan

taksiran pula dijadikan sebagai cara untuk melihat sama ada objektif pada hari itu berjaya

atau tidak dan disemak sendiri oleh pelajar untuk maklumbalas segera.

Profil Kelas

Untuk rancangan pengajaran harian 1 ini, ia melibatkan pelajar-pelajar daripada kelas

pertama atau kumpulan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam akademik. Kelas 4 ERT 1

mempunyai 20 orang pelajar. Setiap kelas ERT adalah lebih baik sekiranya tidak

mempunyai lebih daripada 20 orang pelajar kerana matapelajaran ini banyak melibatkan

aktiviti dalam bengkel yang hanya boleh dikendalikan oleh pelajar dalam bilangan yang

kecil supaya senang diawasi oleh guru dan juga disebabkan peralatan bengkel yang

terhad.

Tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari itu ialah Bab 3 – Pemilihan dan

penyimpan makanan dan sub topiknya ialah Makanan Segar- Sayur-sayuran. Sesi P&P

ini dijalankan selama 80 minit iaitu dua sesi dimana ia bermula pada jam 8.20 pagi

hingga 9.40 pagi. Tujuan waktu P&P ini dijalankan pada waktu pagi adalah kerana pada

waktu ini, pelajar-pelajar segar dan masih boleh menerima input-input daripada guru

serta mereka juga lebih aktif untuk menjalankan aktiviti dalam kelas jika dibandingkan

dengan waktu tengahari di mana pelajar menjadi penat dan daya penerimaan mereka juga

menjadi rendah terutamanya sekiranya guru itu lebih melakukan pengajaran secara

tradisional dimana guru hanya mengajar dan pelajar hanya duduk mendengar.

Dalam tajuk ini sebenarnya pelajar telah didedahkan dan juga telah mempunyai

sedikit pengalaman dalam pengendalian makanan segar semasa mereka menjalani amali

Page 2: Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah

masakan di tingkatan 1 hingga 3 untuk subjek elektif kemahiran hidup- Ekonomi Rumah

Tangga.

Secara keseluruhannya saya ingin pelajar menumpukan pada bahagian klasifikasi,

pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran.

Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran yang saya ingin pelajar peroleh adalalah dua hasil iaitu yang pertama

ialah:

Sebelum tamat pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C), pelajar

Tingakatan 4 ERT1 (A) dapat:

1. menyatakan ( B-aras) kesemua (D) klasifikasi sayur-sayuran

iaitu berdaun, bunga, batang dan pucuk, buah, biji, bebawang, kacang dan akar.

Menyenaraikan diletakkan pada aras pertama Taksonomi Bloom iaitu aras pengetahuan.

Saya mentargetkan kesemua pelajar kelas cemerlang ini dapat menyenaraikan kesemua (8

klasifikasi) sayur-sayuran.

Manakala untuk hasil pembelajaran kedua iaitu:

Sebelum tamat pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C), pelajar

Tingakatan 4 ERT1 (A) dapat:

2. menghuraikan (B-aras) 90% (D) ciri-ciri pemilihan dan penyimpanan

sayur-sayuran

Untuk hasil pembelajaran kedua ini, ia lebih kepada aras kefahaman dalam Taksonomi

Bloom. Target saya pula pelajar dapat menghuraikan ciri-ciri penyimpanan dan

pemilihan sayur-sayuran ini sebanyak 90% dengan kefahaman mereka sendiri untuk

menerangkannya dan mungkin hanya 10% sahaja yang mereka tidak dapat huraikan

dengan betul kerana tidak ingat atau tidak faham.

Page 3: Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah

Turutan Aktiviti

Untuk RPH ini, saya menggunakan model Hunter’s Lesson Cycle Design kerana model

ini banyak membantu pelajar untuk mengukuhkan tahap penerimaan mereka untuk subjek

tersebut dengan adanya permodelan, guru menyemak kefahaman murid, guru memantau

dan mengubahsuai sekiranya ada perkara yang perlu dibetulkan, mengadakan praktis

terbimbing dan juga praktis bertempoh yang boleh mengkonkritkan pelajar untuk topik

berkenaaan.

Set Induksi:

Untuk set induksi, proses ini cuma dijalankan secara ringkas iaitu selama 4 minit sahaja

dimana saya menggunakan bahan maujud atau alat fizikal yang pelajar boleh lihat,

sentuh, rasa dan bau iaitu dengan menggunakan tomato dan sayur kangkung dimana

sedikit sebanyak pelajar dapat gambaran mengenai tajuk yang akan guru ajar pada hari

itu. Dalam set induksi, kemahiran berfikir secara secara kritis dan kreatif, pelajar dapat

menjana idea mereka untuk meneka apakah tajuk yang akan diajar oleh guru. Nilai

kerjasama juga diterap dimana 2 daripada 20 orang pelajar memberi kerjasama dengan

meneka secara sukarela pengajaran yang ingin guru ajar pada hari itu.

Maklumkan objektif pembelajaran:

Guru memaklumkan objektif pembelajaran kepada pelajar supaya mereka mendapat

gambaran apakah yang perlu mereka dapat pada akhir pengajaran nanti dan apa

kepentingan menguasai isi pelajaran tersebut.

Input pengajaran:

Untuk menyampaikan input tentang topik yang ingin diajar, guru menggunakan alat

bantu mengajar daripada slaid powerpoint yang telah disediakan guru (Rujuk Lampiran

BBM- 2) untuk memberi penerangan kepada pelajar tentang klasifikasi, pemilihan dan

penyimpanan sayur-sayuran. Guru menggunakan slaid powerpoint yang disediakan oleh

guru keran ia lebih mudah untuk difahami oleh pelajar daripada menggunakan buku teks.

Page 4: Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah

Permodelan:

Guru telah menggunakan kaedah Pembelajaran Berdasarkan Masalah (PBL) kepada

pelajar-pelajar kelas cemerlang ini. PBL digunakan kerana ia merupakan salah satu

alternatif untuk pembelajaran aktif. Pembelajaran berasaskan masalah merupakan satu

kaedah pembelajaran yang menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna

sebagai fokus dalam proses pembelajaran. Ianya didapati sesuai digunakan bukan sahaja

dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar tetapi juga mampu menyokong

kepada pembangunan kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah,

kemahiran bekerja dalam kumpulan dan kemahiran berkomunikasi. Nilai bekerjasama

juga dipupuk dalam aktiviti ini.

Dalam PBL, para pelajar diberikan suatu masalah atau situasi sebenar dan

dikehendaki menyelesaikannya dengan mencari input-input daripada artikel yang

diperoleh daripada surat khabar (Rujuk Lampiran BBM 3).

Semak Kefahaman Murid:

Guru bertindak sebagai pembimbing atau penggerak kepada penyelesaian yang dilakukan

oleh para pelajar dimana guru menerangkan keperluan untuk melakukan tugasan secara

berkumpulan dengan memberi peluang kepada setiap rakan dalam kumpulan untuk

menyumbang idea. Di sini kemahiran sosial iaitu pelajar menjadi penyokong yang baik

kerana memberi dan menghormati idea rakan-rakan yang lain serta memberi cadangan

yang bernas untuk menyokong idea rakan-rakan.

Pelajar pula diminta untuk merekodkan hasil perbincangan daripada apa yang

mereka faham mengenai artikel yang diberi. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

iaitu menjana idea juga dipraktikkan di mana setiap pelajar digalakkan untuk

menyumbangkan idea mereka atau menghasilkan idea yang asli dan bernilai. Isi pelajaran

berkaitan dengan klasifikasi, pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran. Kemudian

pelajar mengekpresikan maklumat yang mereka perolehi dalam bentuk peta minda.

Page 5: Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pantau dan ubah suai:

Pada sesi ini guru telah memantau serta membimbing pelajar agar tidak tersasar daripada

objektif pembelajaran dan pembincangan serta memberi panduan kepada pelajar untuk

menyelesaikan masalah dalam aktiviti mereka.

Praktis terbimbing:

Pelajar telah diberikan masa selama 20 minit untuk melakukan perbincangan dalam

kumpulan. Pelajar juga bersama-sama bekerjasama mengaplikasikan dan mengeluarkan

segala apa isi yang berkaitan dengan topik hari tersebut semua pengetahuan dan

kemahiran mereka dalam topik hari tersebut untuk menyelesaikan masalah daripada

artikel yang diberikan oleh guru. Manakala guru akan terus memantau aktiviti atau

tugasan yang diberikan kepada pelajar agar mereka tidak tersasar. Kemudian pelajar

mengekpresikan maklumat yang mereka perolehi dalam bentuk peta minda.

Praktis bertempoh:

Untuk praktis bertempoh guru telah meminta pelajar untuk merumuskan apa yang telah

mereka pelajari dan perolehi daripada pengajaran dan aktiviti yang dijalankan.

Kemudian, guru mengedarkan soalan taksiran dan memberi pelajar 5 minit untuk

menjawab diikuti dengan semakan jawapan yang ditulis di papan putih. Soalan yang

dikemukan adalah soalan kognitif yang ingin menguji tahap kefahaman dan pengetahuan

pelajar mengenai topik yang diajar.

Penutup:

Untuk penutup, guru merumuskan apa yang pelajar belajar pada hari tersebut,

mengatakan nilai yang mereka perolehi secara tidak langsung semasa proses P&P ini

berjalan serta menekankan sekali lagi isi pelajaran yang perlu pelajar kuasai.