huraian falsafah pendidikan negara.docx

6
HURAIAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan Suatu Usaha Berterusan JEAN JACQUES ROUSSEAU seorang pendidik Eropah berkata : “Pendidikan ialah satu proses yang berterusan dan berula dari kanak! kanak"# $ari kata!kata ini %PN berpendapat pendidikan erupakan satu proses bagi seseorang indi&idu eperolehi dan enggunakan ilu pengetahuan' nilai ( nilai urni dan keahiran yang ada" Proses ini berlaku se)ara berterusan seen*ak dari +aan kanak ( kanak hinggalah ati" $i peringkat kanak ( kanak' ibu bapa engasuh dan ebibing dengan perkara ( perkara agaa dan akhlak yang baik" Pendidikan a,al ini penting bagi ebentuk asas sahsiah yang akan terus berkebang hingga ke akhir hayat seseorang" $i sekolah kanak ( kanak eneria ilu pengetahuan' keahiran dan nilai ( nilai urni serta perkebangan bakat dan potensi se)ara -oral" Proses ini berterusan sepan*ang ala persekolahan" Apabila de,asa' ereka akan beker*a dan enyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling" .epela*ari ilu baru seperti keahiran berkounikasi' bergaul' berbin)ang' bertukar idea dan sebagainya" /ni enun*ukkan pendidikan berlaku berterusan dan ini en*adi hasrat %PN" Perkembangan Potensi Individu JO0N $E1E2 ahli -alsa-ah Aerika enta-sirkan baha,a pendidikan erupakan suatu proses perkebangan indi&idu" Potensi adalah bakat dan keupayaan yang dianugerahkan oleh 3uhan kepada seseorang" /a eliputi aspek intelek' rohani' eosi dan *asani yang perlu ditingkatkan ke tahap yang )eerlang"

Upload: niza5656

Post on 04-Nov-2015

51 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

HURAIAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARAPendidikan Suatu Usaha BerterusanJEAN JACQUES ROUSSEAU seorang pendidik Eropah berkata :Pendidikan ialah satu proses yang berterusan dan bermula dari kanak- kanak.Dari kata-kata ini FPN berpendapat pendidikan merupakan satu proses bagi seseorang individu memperolehi dan menggunakan ilmu pengetahuan, nilai nilai murni dan kemahiran yang ada. Proses ini berlaku secara berterusan semenjak dari zaman kanak kanak hinggalah mati.Di peringkat kanak kanak, ibu bapa mengasuh dan membimbing dengan perkara perkara agama dan akhlak yang baik. Pendidikan awal ini penting bagi membentuk asas sahsiah yang akan terus berkembang hingga ke akhir hayat seseorang.Di sekolah kanak kanak menerima ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai nilai murni serta perkembangan bakat dan potensi secara formal. Proses ini berterusan sepanjang alam persekolahan.Apabila dewasa, mereka akan bekerja dan menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Mempelajari ilmu baru seperti kemahiran berkomunikasi, bergaul, berbincang, bertukar idea dan sebagainya. Ini menunjukkan pendidikan berlaku berterusan dan ini menjadi hasrat FPN. Perkembangan Potensi IndividuJOHN DEWEY ahli falsafah Amerika mentafsirkan bahawa pendidikan merupakan suatu proses perkembangan individu. Potensi adalah bakat dan keupayaan yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada seseorang. Ia meliputi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani yang perlu ditingkatkan ke tahap yang cemerlang.

Perkembangan Potensi Secara Menyeluruh dan BersepaduMOHAMMAD QATB ahli falsafah Islam berkata : Pendidikan adalah proses membentuk seseorang secara menyeluruh dan seimbang (memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani) ke tahap yang sempurna.Manusia berusaha memenuhi keperluan hayat seperti makan, minum, perkumuhan dan rehat. Ia juga berusaha untuk memenuhi keperluan psikologi seperti keselamatan, kasih sayang dan harga diri. Dari itu semua aspek potensi perlu dikembangkan agar keperluan keperluan tersebut dapat di capai. Potensi seseorang tidak boleh dikembangkan secara berasingan. Perkembangan potensi berlaku secara bersepadu serta berasaskan nilai nilai murni dan norma norma masyarakat.Insan yang Seimbang dan HarmonisSeimbang diistilahkan sebagai perkembangan mental, rohani, emosi dan jasmani secara bersepadu. Harmonis pula ialah keserasian antara aspek potensi individu. Situasi begini dapat menjamin hubungan baik antara manusia dan antara manusia dengan alam sejagat.Dari itu, insan yang seimbang adalah seseorang yang bertanggungjawab, berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak tinggi, percaya kepada Tuhan, berjiwa tenteram, badan sihat, cergas, tolong menolong dan berusaha memajukan bangsa dan Negara.Unsur IntelekIa meliputi ciri-ciri seperti : Berupaya membaca, menulis dan mengira (3M) Berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan Berikhtiar untuk mengembangkan daya pemikiran agar dapat menaakul, mencerakin, menghurai, merumus dan mengemukakan usul yang baik. Berupaya memanfaatkan ilmu dan menyebarkan kepada orang lain.

Unsur RohaniUnsur rohani merujuk kepada ciri-ciri berikut : Menginsafi adanya pencipta di dunia ini. Menginsafi tanggungjawab masing-masing. Bersyukur di atas pemberian penciptanya Berakhlak tinggi Disiplinkan diriUnsur EmosiMeliputi ciri-ciri seperti berikut : Mempunyai emosi yang stabil dan perangai yang terkawal Mempunyai sifat kasih saying, kekitaan dan belas kasihan. Mempunyai nila-nilai estetika iaitu berupaya menikmati kesenian dan keindahan sesuatuUnsur JasmaniMeliputi cirri-ciri berikut : Badan sihat dan berusaha mengembangkan bakat dan kemahiran social Berusaha untuk berdikari, meningkatkan produktiviti dan berkhidmat untuk masyarakat.Kepercayaan dan Kepatuhan kepada TuhanMeyakinkan diri bahawa tuhan menciptakan seluruh alam sama ada yang hidup ataupun yang mati. Dan hukum-hukum alam adalah hukuman tuhan dan manusia dianjurkan untuk mengkaji kejadian alam. Menjadikan alam ini makmur dan harmonis adalah menjadi tanggungjawab dan amanah tuhan kepada sekalian manusia. Manusia di saran agar selalu membuat kebajikan, beramal dan yakin dengan agama.

Rakyat Malaysia yang Berilmu PengetahuanAntara ciri-cirinya adalah seperti : Sentiasa berusaha untuk menambah ilmu Sentiasa membaca bagi menambah ilmu dan menyebarkannya. Sentiasa berfikiran terbuka dan berusaha menggunakan ilmu untuk manfaatkan diri dan orang lain.Rakyat Malaysia yang BerketerampilanRakyat yang mempunyai kemahiran dan cekap melaksanakan sesuatu tugas.Antara ciri-ciri itu adalah : Mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kelayakan yang wajar bagi melaksanakan sesuatu tugas. Berupaya menjalankan tugas dengan cepat dan sempurna.Rakyat Malaysia yang Berakhlak Tinggi dan MuliaCiri-ciri seorang rakyat yang berakhlak tinggi dan mulia adalah : Boleh membezakan yang baik dan buruk sama ada nilai atau tingkah laku. Yakin serta menghayati nilai-nilai murni. Yakin serta menghayati nilai-nila mulia seperti kerohanian, kewarganegaraan dan kemanusiaan. Berbudi pekerti dan baik perangaiRakyat Malaysia BertanggungjawabRakyat yang bersifat amanah terhadap tuhan, diri dan keluarga, masyarakat, bangsa dan Negara. Tugas seperti dijalankan dengan amanah, bersih dan cekap, berusaha meningkatkan produktiviti, mematuhi undang-undang dan peraturan.

Rakyat Malaysia yang Berupaya Mencapai Kesejahteraan DiriRakyat yang sihat dan berfikiran waras dan beremosi stabil. Mempunyai daya ketahanan diri yang tinggi dan dapat berhubung baik dengan orang lain

Rakyat Malaysia yang Dapat Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian dan Kemakmuran Masyarakat dan NegaraCiri-ciri rakyat seperti ini adalah : Berusaha mengekalkan kestabilan Negara melalui perpaduan kaum serta mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, tolong-menolong, belas kasihan, bertimbang rasa, hormat-menghormati dan bertoleransi. Berusaha meningkatkan ekonomi melalui penggunaan sains dan teknologi. Menghayati prinsip-prinsip rukun Negara, mematuhi undang-undang dan mempertahankan perlembagaan