hudud dan hukum hukumnya

60
Hudud Hudud dari segi bahasa ialah larangan, ketentuan atau batasan. Dari segi istilah ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.Maksudnya; Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalimSetelah menganalisis lebih mendalam tentang pengertian hudud yang telah dirumuskan oleh para ulama fiqh klasik, `Abd al-Qadir `Audah mengemukakan bahawa tindak jenayah hudud terdiri atas:- (i) Perzinaan (ii) Qazaf (iii) Meminum minuman keras (iv) Pencurian (v) Perompakan (vi) Murtad (vii) Pemberontakan Menurutnya, sekalipun hukuman untuk tindak jenayah pembunuhan telah ditentukan Allah, tetapi hukuman ini merupakan hak peribadi mangsa dan ahli warisnya (jika mangsa meninggal dunia). Mangsa atau ahli warisnya berhak untuk memaafkan atau menggugurkan hukuman tersebut. Sedangkan dalam tindak jenayah hudud tidak demikian keadaannya.

Upload: muhammad-haziq-taqiuddin

Post on 19-Jan-2016

96 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

isu - isu semasa di malaysiahukum mengikut mazhabjenayah jenayah hudud

TRANSCRIPT

Page 1: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Hudud

Hudud dari segi bahasa ialah larangan, ketentuan atau batasan. Dari segi istilah ditakrifkan

sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib

dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada

dikurang atau ditambah.Maksudnya;

“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan

sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”

Setelah menganalisis lebih mendalam tentang pengertian hudud yang telah dirumuskan oleh para

ulama fiqh klasik, `Abd al-Qadir `Audah mengemukakan bahawa tindak jenayah hudud terdiri

atas:-

(i) Perzinaan

(ii) Qazaf

(iii) Meminum minuman keras

(iv) Pencurian

(v) Perompakan

(vi) Murtad

(vii) Pemberontakan

Menurutnya, sekalipun hukuman untuk tindak jenayah pembunuhan telah ditentukan Allah,

tetapi hukuman ini merupakan hak peribadi mangsa dan ahli warisnya (jika mangsa meninggal

dunia). Mangsa atau ahli warisnya berhak untuk memaafkan atau menggugurkan hukuman

tersebut. Sedangkan dalam tindak jenayah hudud tidak demikian keadaannya.

Page 2: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Perzinaan

Secara etimologi, zina diertikan sebagai:

“hubungan persetubuhan yang dilakukan seorang lelaki ke kemaluan wanita yang bukan

milik (nya)dan tidak terdapat syubhah dalam hubungan tersebut”

Berdasarkan pengertian bahasa ini, terdapat perbezaan pengertian terminologi zina yang

dikemukakan oleh para ulama fiqh.

Ulama Malikiyyah mendifinisikannya dengan “hubungan persetubuhan yang dilakukan oleh

lelaki mukallaf pada kemaluan wanita yang dilakukan secara sengaja dan wanita itu sama sekali

bukan miliknya”.

Ulama syafi’yyah mendifinisikan zina dengan “memasukkan zakar ke kemaluan wanita yang

diharamkan (syara’) dan diiringi dengan berahi atau keinginan, tanpa ada unsur syubhah”.

Ulama Hanabilah mendifinisikannya dengan “suatu perbuatan keji yang dilakukan pada

kemaluan wanita atau dubur”.

Atas dasar definisi zina yang dikemukan oleh ulama fiqh yang berbagai – bagai, maka dapat

disimpulkan bahawa suatu perbuatan zina yang dikenakan hukuman hudud itu harus memenuhi

tiga rukun, iaitu:-

(i) Persetubuhan yang dilakukannya itu hukumnya haram

(ii) Persetubuhan itu dilakukan dengan sengaja dan sedar

(iii) Dilakukan oleh orang yang cukup syarat sebagai mukallaf

Dengan ini ketiga – tiga perkara tersebut adalah kesalahan zina yang disepakati oleh kebanyakan

ulama fiqh.

1

Page 3: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Hukuman perzinaan

Sesuai dengan ketentuan nass adalah sebat, hukuman pengasingan dan hukuman rejam. Jika

pelaku zina itu adalah seorang yang belum pernah berkahwin (ghairu muhsam), maka

hukumannya adalah disebat seratus kali, dan diasingkan selama satu tahun ke daerah lain.

Landasannya hukumannya adalah firman Allah dalam surah al – Nur, 24 : 2 berikut:

Ertinya:

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap

seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh

perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika

benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman

seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang

beriman.

Penetapan hukuman pengasingan selama satu tahun bagi pelaku zina yang belum pernah

berkahwin didasarkan atas sabda Rasulullah S.A.W yang berbunyi:

Dari ‘Ubadah Ibn al – Samit r.a berkata dia: Rasulullah S.A.W bersabda; “ambillah

dariku, ambillah dariku, sesungguhnya Allah telah memberi jalan keluar bagi mereka.

Orang yang belum kahwin dengan orang yang belum kahwin (jika berzina) didera

seratus kali dan dibuang selama setahun, janda dengan janda (duda) disebat seratus kali

dan direjam (H.R. Muslim)

2

Page 4: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Namun demikian dalam penerapan hukuman pengasingan selama satu tahun sebagaimana

terdapat dalam hadis di atas, disamping hukuman sebat seratus kali, terdapat perbezaan pendapat

ulama fiqh.

Jumhur ulama menyatakan bahawa di samping hukuman sebat seratus kali, pelaku zina yang

belum berkahwin dikenakan hukuman pengasingan selama satu tahun, sesuai dengan hadith

‘Ubadah di atas.

Hukuman ini menurut mereka telah diterapkan oleh Khulafa ar – Rasyidin di zaman mereka,

tanpa ada yang membantahnya. Kemudian para ulama fiqh sepakat menyatakan bahawa

hukuman bagi orang yang sudah berkahwin jika melakukan penzinaan adalah rejam, iaitu

dilempar dengan batu sampai mati.

Penetapan rejam bagi mereka didasarkan atas tindakan Rasulullah S.A.W yang merejam Ma’iz,

tanpa menyebatnya seratus kali (H.R. Imam Ahmad Ibn Hanbal, al – Bukhari, Muslim, Abu

Daud, al – Turmuzi, al – Nasa’I, dan Ibnu Majah)

Pembuktian atas tindakan jenayah perzinaan

Untuk membuktikan tindak jenayah perzinaan, para ulama fiqh mengemukakan tiga perkara

untuk membuktikannya, iaitu :-

1. Saksi

Para ulama fiqh sepakat menyatakan saksi tersebut mestilah berjumlah empat orang lelaki

muslim, merdeka, adil, serta mengemukakan pernyataan mereka secara tegas di hadapan

sidang pengadilan bahawa mereka dengan jelas melihat terjadi hubungan persetubuhan

antara lelaki dengan wanita yang dituduh, sebagaimana persetubuhan yang dilakukan

oleh suami isteri.

Dasar hukum pembuktian tindak jenayah zina ini adalah merujuk kepada firman Allah

S.W.T alam surah al – Nisa’, 4:15 berikut:

3

Page 5: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Ertinya:

Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan

kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap

perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan

perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah

hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan

keluar (dari hukuman itu).

Dalam ayat lain, Allah berfirman dalam surah al – Nur, 24:4 yang berbunyi:

Ertinya:

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara

kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah

mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu

selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; -

Ayat diatas menegaskan bahawa suatu tuduhan harus dibuktikan dengan empat orang saksi.

Rasulullah S.A.W melalui sabdanya terhadap Hilal ibn Umayyah tatkala menuduh Syuraik ibn

Syamha melakukan perzinaan. Ketika itu Rasulullah S.A.W menyatakan:

Kemukakan empat orang saksi, dan jika tidak ( ada empat saksi ), maka engkau

dikenakan hukuman had ( H.R. al – Nasa’I )

Syarat – syarat saksi yang dapat diterima dalam pembuktian tindak jenayah perzinaan, menurut

ulama fiqh adalah :-

4

Page 6: Hudud Dan Hukum Hukumnya

(i) Telah baligh

- Kerana kesaksian termasuk suatu tindakan hukum yang harus dilakukan oleh

orang – orang yang telah memasuki ahliyyah al – ada

(ii) Adil

- Adil yang dimaksudkan ialah orang – orang yang istiqamah dalam agamanya,

menjauhi dosa – dosa besar, dan mampu untuk menghidarkan diri dari

perbuatan dosa – dosa kecil

(iii) Merdeka

- Budak tidak boleh dijadikan saksi dalam pembuktian perzinaan

(iv) Saksi langsung

- Orang yang langsung melihat perzinaan tersebut, bukan berdasarkan

keterangan dari pihak kedua

(v) Pernyataan keempat – empat saksi itu sama, baik tentang kejadiannya, tempat dan

waktu terjadinya

(vi) Kesaksian itu dikemukakan dalam waktu yang bersamaan di hadapan hakim

(vii) Saksi – saksi itu tidak bisu, kerana jika bisu, kesaksiannya diragukan, jika

terdapat keraguan dalam pembuktian, hukuman tidak dapat diterapkan

(viii) Kesaksian yang dikemukakan tidak terlewat batas tempoh, tidak ditunda – tunda,

tanpa alasan yang diterima hakim

- Menurut Imam Hanafi, diserahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan hakim

- Menurut Imam Abu Yusuf dan Muhammad ibn Hassan al – Syaibani,

selang waktu batas tempoh itu adalah lebih satu bulan

(ix) Para saksi tetap dalam keadaan ahliyyah – al – ada sampai hukuman dilaksana

bagi penjenayah

(x) Antara saksi dengan tertuduh tidak ada hubungan kekeluargaan dan tidak ada

permusuhan

(xi) Lelaki

(xii) Orang islam

2. Pengakuan

5

Page 7: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Pengakuan yang dimaksudkan adalah pengakuan yang dikemukakan dihadapan hakim.

Pengakuan tersebut harus memenuhi syarat – syarat berikut:-

(i) Pengakuan itu dikemukakan orang yang telah baligh dan berakal

(ii) Pengakuan itu dikemukakan dihadapan hakim

(iii) Pengakuan itu dikemukakan secara lisan.

- Oleh itu, pengakuan orang bisu melalui isyarat atau tulisan, tidak dapat

diterima

- Imam Syafi’i mengatakan pengakuan melalui isyarat orang bisu boleh

diterima dalam pembuktian tindak jenayah perzinaan

(iv) Pengakuan dilakukan sebanyak empat kali – Imam Hanafi dan Hanbali

Pengakuan dilakukan dihadapan hakim sekali sahaja – Imam Syafi’i dan Maliki

(v) Pengakuan itu dikemukakan oleh orang yang mempunyai keupayaan melakukan

perzinaan. Jika yang megaku salah itu tidak mempunyai alat kelamin,

kesaksiannya tidak sah

3. Qarinah ( petunjuk )

Abd al – Qadir ‘Audah mengemukakan tindak jenayah perzinaan juga dapat dibuktikan

melalui qarinah, iaitu melalui kehamilan seorang wanita yang belum bersuami. Landasan

hukum ini berdasarkan perbuatan para sahabat Rasulullah S.A.W.

Umar ibn al – Khattab melaksanakan hukuman zina bagi seseorang yang melakukan

perzinaan yang dibuktikan melalui empat orang saksi, atau pengakuan, atau wanita yang

belum bersuami hamil.

Uthman melaksanakan hukuman zina bagi wanita yang melahirkan anaknya kurang dari

enam bulan

Ali ibn Abi Talib juga mengatakan bahawa kehamilan seorang wanita yang belum

menikah merupakan perzinaan terselubung.

Namun, para ulama fiqh tidak sepakat menjadikan ia sebagai qarinah.

Imam Abu Hanifah, al – Syafi’I dan Ahmad ibn Hanbal menyatakan kehamilan

seorang wanita yang belum bersuami tidak dapat dijadikan alat bukti bahawa wanita itu

telah berzina. Mereka hanya menerima empat orang saksi dan pengakuan dari pelaku

sebagai alat bukti dalam tindak jenayah perzinaan.

6

Page 8: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Imam Malik pula berpendapat bahawa kehamilan seorang wanita yang tidak bersuami

dapat dijadikan bukti bahawa wanita itu telah melakukan perzinaan, dan harus dikenakan

hukuman zina.

Jika wanita itu menyatakan bahawa ia dipaksa melakukan zina atau persetubuhan yang

terjadi adalah persetubuhan yang syubhah, maka pernyataannya harus ia buktikan. Jika ia

tidak mampu membuktikan, maka ia tetap dikenakan hukuman perzinaan.

7

Page 9: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Qazaf

Secara etimologi, qazaf bererti melempar dengan batu, tuduhan, menyakiti dengan kata – kata,

atau menuduh berzina. Sedangkan terminologinya adalah, menuduh wanita yang baik melakukan

zina atau menafikan nasab (keturunan) anak seseorang. Jika tuduhan yang dilontarkan bukan

tuduhan melakukan zina atau menafikan nasab seseorang anak, maka tidak dinamakan qazaf

yang boleh dikenakan hukuman hudud. Misalnya :-

(i) Menuduh orang lain mecuri harta seseorang

(ii) Menafikan nasab seorang anak

Hukuman hudud tidak dapat dikenakan melainkan dengan hukuman ta’zir kepada orang yang

dituduh mencuri harta seseorang. Menafikan nasab seorang anak pada hakikatnya adalah juga

menuduh ibunya melakukan zina dengan lelaki lain. Oleh sebab itulah perbuatan ini dimasukkan

ke dalam tindak jenayah qazaf. Tindak jenayah qazaf yang dikenakan hukuman hudud harus

memenuhi beberapa rukun. Iaitu:-

(i) Tuduhan yang dilontarkan adalah tuduhan melakukan zina atau menafikan nasab

seseorang

(ii) Yang dituduh itu adalah wanita yang baik

(iii) Tuduhan itu dilakukan secara sedar dan sengaja

Hukuman bagi pelaku qazaf

Hukuman terhadap tindak jenayah ini ada dua, iaitu disebat lapan puluh kali dan digugurkan

haknya sebagai saksi. Hukuman gugurnya hak kesaksian penjenayah, menurut Abd al – Qadir

Audah, merupakan hukuman pelengkap. Adapun landasan hukuman sebat lapan puluh kali dan

gugurnya hak kesaksian al – qazif adalah firman allah dalam surah al – nur, 24:4 berikut:

8

Page 10: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Ertinya:

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara

kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah

mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu

selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik

Tidak dijumpai perbezaan pendapat ulama fiqh tentang hukuman sebat dan gugurnya kesaksian

al – qazif ini. Namun demikian, seseuai dengan kehendak ayat 5 surah al – nur, hak kesaksian

al – qazif akan pulih kembali apabila mereka bertaubat dan memperbaiki diri mereka kembali.

Ayat tersebut selengkapnya berbunyi:

Ertinya:

Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta

memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha

Mengasihani.

Pembuktian atas tindakan jenayah qazaf

Tiga perkara utama untuk pembuktian tindak jenayah qazaf:-

1. Saksi

Menurut kesepakatan ahli fiqh, jumlah saksi yang harus dikemukakan adalah dua orang

saksi lelaki dan kesaksian inii dikemukakan secara serentak dihadapan hakim. Syarat

seorang saksi itu sama dengan syarat saksi jenayah perzinaan iaitu:-

- Baligh

- Berakal

- Orang islam

- Lelaki

- Mampu bicara

9

Page 11: Hudud Dan Hukum Hukumnya

- Adil

- Tiada hubungan kekerabatan dengan tertuduh

- Tidak ada permusuhan anatara saksi dengan tertuduh

2. Pengakuan

Pengakuan dilakukan dihadapan hakim bahawa tertuduh mengakui bahawa ia telah

mengqazaf seseorang. Pengakuan tidak perlu diulang – ulang

3. Sumpah

Menurut Imam al – Syafi’i, orang yang mengqazaf tidak memiliki bukti lain atas

tuduhannya, maka ia harus bersumpah untuk menyatakan bahawa tuduhan itu benar. Jika

tidak mahu bersumpah, maka bererti tuduhan itu tidak benar.

10

Page 12: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Meminum minuman keras (khamar)

Khamar (khamr), diambil dari kata khamara – yakhmuru atau yakhmiru – khamar, yang secara

etimologi bererti tertutup, terhalang, atau tersembunyi. Sedangkan pengertian secara

terminologinya, terdapat perbezaan pendapat ulama fiqh dalam mendefinisikan minuman keras.

Jumhur ulama fiqh menyatakan bahawa minuman keras adalah setiap minuman yang didalamnya

terdapat zat yang memabukkan, baik minuman itu dinamakan khamar atau bukan, terbuat

daripada anggur atau bukan. Apabila minuman seperti ini diminum oleh seorang orang islam,

maka hukuman hudud boleh dikenakan keatasnya.

Ulama Hanafiyyah mengemukakan pendapat bahawa minuman keras yang dikenakan hukuman

hudud adalah khamar yang dihasilkan daripada perahan anggur. Khamar, menurut mereka,

adalah cairan yang dihasilkan daripada:

(i) Perahan anggur yang diendapkan hingga membuih dan menjadi zat yang

memabukkan

(ii) Perahan anggur yang dimasak hingga menggelegak sampai dua pertiga zat asli

yang anggur tersebut hilang, dan akhirnya menjadi zat yang memabukkan

(iii) Perahan kurma dan anggur kering yang diendapkan hingga membuih dan menjadi

zat yang memabukkan.

Minuman keras pada zaman ini bukan hanya dihasilkan daripada anggur atau kurma, bahkan

dibuat dari segala jenis buah – buahan dan tumbuh – tumbuhan. Oleh sebab itu, kriteria yang

paling tepat dalam merumuskan khamar itu adalah setiap cairan yang mengandungi zat yang

memabukkan. Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W yang menyatakan.

Dari Ibn Umat R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: segala sesuatu yang

memabukkan adalah khamar, dan segala sesuatu yang emabukkan adalah haram. Dan

dalam riwayat lain disebutkan bahawa setiap khamar itu adalah haram. Rasululah S.A.W

bersabda lagi: Dari Jabir R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Apa sahaja

(minuman) yang banyaknya (apabila diminum) memabukkan, maka yang sedikit pun

(hukumnya) haram (H.R. para ahli Sunan)

11

Page 13: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Atas dasar definisi atas, jumhur ulama menyatakan bahawa meminum minuman keras yang

dikenakan hukuman hudud tersebut harus memenuhi dua rukun, iaitu:-

(i) Yang diminum itu adalah minuman keras, tanpa membezakan materi atau benda

asal pembuat minuman tersebut

(ii) Perbuatan itu dilakukan secara sedar dan sengaja

Hukuman terhadap orang yang meminum minuman keras

Para ulama fiqh bersepakat menyatakan bahawa jenis hukuman yang diterapkan kepada para

peminum minuman keras adalah sebat. Para peminum minuman keras dikenakan hukuman

sebat sebanyak lapan puluh kali. Pendapat ini didasarkan atas pernyataan Ali ibn Abi Talib

yang menyatakan:

Dari Amir al – Mukminin Ali R.A. terhadap minuman keras berkata dia: bahawasanya

jika ia minum (minuman keras), maka ia mabuk. Jika ia mabuk, ia akan mengigau. Jika

ia mengigau, ia akan mengada – ada (menuduh orang berbuat zina dan menfitnah),

hukuman bagi orang yang menuduh seseorang berbuat zina adalah lapan puluh kali

sebat (H.R. al – Dar Quthni, al – Nasai dan al – Hakim).

Dengan demikian, ulama fiqh menyamakan hukuman meminum keras dengan hukuman bagi

orang yang menuduh seseorang berzina iaitu 80 kali sebatan.

Pembuktian atas tindak jenayah meminum minuman keras

Seperti jenayah – jenayah yang lain, setiap pembuktian harus ada alat pembuktiannya. Untuk

pembuktian atas tindak jenayah meminum minuman keras ini, mempunyai dua alat bukti iaitu:-

1. Saksi

Jumlah saksi untuk pembuktian tindak jenayah meminum minuman keras ini adalah dua

orang saksi lelaki. Syarat saksi tersebut ialah:-

- Lelaki yang telah baligh

- Berakal

- Muslim

- Adil

12

Page 14: Hudud Dan Hukum Hukumnya

- Tiada permusuhan antara saksi dan tertuduh

Imam Abu Hanifa dan Abu Yusuf mengemukakan syarat lain untuk kesaksian ini, iaitu

bahawa para nabi dan saksi benar – benar mencium bau minuman keras dari nafas

tertuduh ketika persaksian mereka dikemukakan.

2. Pengakuan

Kesepakatan para ulama fiqh pengakuan cukuplah dengan satu kali sahaja dihadapan

hakim.

Menurut Abu Yusuf dan Zufar ibn Huzail pengakuan harus dikemukakan dua kali pada

tempat yang berbeza.

Imam Abu Hanifah dan Imam Abu Yusuf pula mengemukakan bahawa pengakuan itu

belum habis batas tempoh waktu.

Di samping saksi dan pengakuan, Imam Malik menyatakan bahawa terdapatnya bau

minuman keras dari nafas seseorang yang dicium oleh dua orang saksi, juga dapat

dijadikan alat bukti bahawa yang bersangkutan telah meminum minuman keras,

sekalipun tidak ada saksi yang melihat langsung ketika ia meminum minuman keras

tersebut.

Imam Hanafi, Syafi’i dan Hanbali menyatakan bau minuman keras yang keluar dari

mulut seseorang atau muntah yang berbau minuman keras tidak dapat dijadikan alat bukti

bahawa ia telah meminum minuman keras, kerana jika mulutnya atau muntahnya berbau

minuman keras, kemungkinan ia berkumur – kumur sahaja dengan minuman keras, atau

ia dipaksa meminum minuman keras tersebut. Kemungkinan ini menurut mereka akan

menjadikan pembuktian jenayah mengandungi syubhah, sedangkan setiap hudud yang

mengandungi subhah harus ditolak.

13

Page 15: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Pencurian

Pencurian bereti seseorang yang mengambil hak milik orang lain secara sembunyi – sembunyi.

Ulama pula fiqh mendifinisikan pencurian dengan terperinci iaitu: “mengambil harta orang lain

dalam ukuran tertentu yang tersembunyi (dengan aman) dengan cara diam – diam oleh seorang

mukallaf dari tempat tertentu tanpa ada syubhah”.

Atas dasar definisi ini, jika pengambilan harta itu dilakukan secara terang – terangan, maka tidak

dinamakan mencuri, melainkan disebut dengan penyeluk saku. Mengenai pernyataan ini,

Rasulullah S.A.W menyatakan:

Dari al – Mughirah bin Muslim dari Abu az – Zubair dari Jabir R.A. berkata dia:

Rasulullah S.A.W bersabda: Terhadap pengkhianatan (amanah) dan penyeluk saku tidak

dikenakan hukuman potong tangan (H.R al – Turmuzi, al – Nasai, dan Abu Daud)

Berdasarkan penrnyataan dan hadis diatas, pencurian yang dikenakan hukuman potong tangan

harus memenuhi beberapa rukun, iaitu:

(i) Pengambilan harta orang lain itu dilakukan secara diam – diam

(ii) Yang diambil itu bernilai harta, menurut syara’

* menculik budak kecil yang belum mumayyiz juga akan dikenakan tindak

jenayah hudud dengan memotong tangan.

(iii) Harta yang diambil itu milik orang lain

(iv) Tindakan itu dilakukan secara sedar dan sengaja

Oleh itu, jika pengambilan harta itu

(i) secara terang – terangan

(ii) pencurian itu dilakukan dalam keadaan tidak sedar ( dalam keadaan mabuk)

(iii) pencurian itu atas paksaan orang lain

(iv) harta yang diambil itu mengandungi syubhah al-milk

(v) yang diambil itu tidak bernilai dalam pandangan syara’, contohnya yang dicuri itu

adalah minuman keras,

14

Page 16: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Maka tindakan seperti ini tidak dapat dikategorikan sebagai tindak jenayah yang boleh dikenakan

hukuman potong tangan

Hukuman bagi pencuri

Oleh hal demikian, baik lelaki mahupun perempuan adalah hukuman potong tangan, hal ini

ditentukan Allah dalam surah al – Maidah, 5:38 yang berbunyi:

Ertinya:

Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya)

potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah

usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah

Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

1. Jumlah harta yang dicuri

Tentang jumlah harta yang dicuri yang dikenakan hukuman potong tangan terdapat

beberapa sabda Rasulullah S.A.W. Antaranya adalah hadis berikut:

Dari Abdullah ibn Umar berkata dia: Rasulullah S.A.W telah mengadakan bahawa

hukuman potong tangan dikenakan pada pencurian seperempat dinar atau lebih

(H.R. al – Bukhari, Muslim, al – Turmuzi, dan al – Nasai).

Riwayat lain dari Aisyah, berkata dia:

Dari Aisyah dari Rasulullah S.A.W bersabda: “tangan pencuri tidak boleh dipotong

kecuali kalau yang dicurinya itu sampai senilai seperempat dinar atau lebih”. (H.R.

Muttafaq Alaih)

15

Page 17: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Berdasarkan hadith di atas, jumhur ulama menyatakan bahawa jika seseorang mencuri

harta orang lain yang jumlahnya mencapai seperempat dinar atau lebih, maka ia

dikenakan hukuman potong tangan.

Imam Malik berpendapat bahawa nisab pencurian itu senilai tiga darham dalam ukuran

perak dan seperempat dinar dalam ukuran emas. Sekiranya terdapat perbezaan nilai

antara keduanya maka yang diambil ialah nilai perak. Jika barang – barang yang dicuri

adalah barang – barang perniagaan maka ia akan dinilai menurut kadar mata wang yang

berlaku dalam negeri berkenaan.

Imam Syafi’i pula menyatakan bahawa nisab pencurian itu adalah tiga dirham menurut

ukuran perak dan seperempat dinar menurut ukuran emas. Pendapat Imam Syafi’i ini

sama dengan pendapat Imam Malik di atas, tetapi terdapat perbezaan antara mereka iaitu

pada penentuan nilai antara emas dengan perak.

2. Persoalan adakah wajib mengembalikan para barang yang dicuri dan masih berada

di tangan pencuri atau barang itu telah habis digunakan?

Ulama fiqh besepakat menyatakan bahawa apabila hukuman potong tangan telah

dilaksanakan, tetapi barang yang dicuri itu masih baik di tangan pencuri, maka pencuri

itu hanya dikenakan hukuman potong tangan, dan pencuri itu tidak dituntut untuk

membayar ganti rugi.

Bagaimana pula sekiranya barang yang dicuri itu telah habis?

Dalam hal ini, terdapat pendapat yang berbeza dari ulama – ulama fiqh.

Imam Hanafiyah berpendapat bahawa jika barang yang dicuri itu telah habis digunakan,

maka pencuri itu hanya dikenakan hukuman potong tangan, dan pencuri tidak dituntut

untuk membayar ganti rugi. Beliau juga menyatakan jika persoalan ini belum

dikemukakan kepada hakim, dan adanya kesediaan pencuri untuk membayar ganti rugi

barang yang dicuri, maka persoalan tersebut tidak perlu lagi diajukan kepada hakim dan

hukuman potong tangan tidak dilaksanakan lagi.

Alasannya meraka adalah bahawa Allah tidak mencantumkan dalam surahnya, surah al –

Maidah, 3:38 di atas ketentuan tentang keharusan membayar ganti rugi atas barang yang

16

Page 18: Hudud Dan Hukum Hukumnya

dicuri kerana jelas dinyatakan dalam ayat tersebut bahawa balasan terhadap pencuri

hanyalah hukuman potong tangan. Jika hukuman ganti rugi diterapkan juga, maka hal itu

bererti menambah hukuman yang ada didalam ayat.

Imam Syafi’iyyah dan Imam Hanabilah berpendapat jika barang yang dicuri masih

dalam keadaan baik, maka dikembalikan kepada pemiliknya. Jika barang yang dicuri

habis digunakan, maka wajib diganti dengan barang yang serupa jika ada di pasaran atau

diganti dengan nilainya jika barang sejenis tidak dijumpai.

Kewajipan mengganti mengganti barang yang dicuri ini, menurut mereka, tidak

dibezakan antara pencuri yang mampu menggantikan barang yang dicuri dengan pencuri

yang tidak mampu menggantikannya. Penggabungan hukuman ini mereka kemukakan

dilandasi pemikiran bahawa hukuman potong tangan diwajibkan dalam cara memenuhi

hak Allah, sedangkan hukuman pengembalian atau penggantian barang yang dicuri

adalah memenuhi hak seseorang (haqq al – adami)

Imam Malikiyyah pula berpendapat jika yang mencuri itu adalah orang yang mampu

(mempunyai harta), di samping dikenakan hukuman potong tangan, ia juga berkewajipan

membayar ganti rugi barang yang dicuri, jika barang itu sudah digunakan. Sekiranya

pencuri itu tidak mampu, maka baginya hanya dikenakan hukuman potong tangan.

Pembuktian atas tindak jenayah pencuri

Para ulama fiqh mengemukakan tiga perkara bukti untuk membuktikan tindak jenayah

pencurian. Tiga perkara tersebut merupakan:-

1. Saksi

Menurut kesepakatan ulama fiqh, jumlah saksi yang diperlukan untuk membuktikan

terjadinya pencurian ialah dua orang.

Syarat syarat saksi adalah sama dengan jenayah perzinaan, iaitu:-

- Baligh

- Berakal

- Adil

- Melihat dengan jelas pencurian tersebut

- Pemilik harta mengajukan pengaduan kepada hakim

17

Page 19: Hudud Dan Hukum Hukumnya

- Belum habis batas tempoh

Imam Malik, Syafi’i, dan Hanbali tidak menggunakan konsep batas tempoh waktu

dalam pembuktian tindak jenayah hudud.

Akan tetapi, Imam Hanafi menambahkan syarat lain terhadap saksi iaitu bahawa

kesaksian itu belum habis batas tempoh waktu.

2. Pengakuan

Dalam perkara ini, para ulama fiqh berbeza pendapat tentang jumlah pengakuan yang

harus dikemukakan dihadapan hakim.

Imam Abu Hanifah, malik, Syafi’i dan Ulama Zahiriyah menyatakan bahawa

pengakuan tertuduh dihadapan hakim bahawa tertuduh mencuri, cukup hanya membuat

pengakuan satu kali sahaja, tidak perlu diulang – ulang.

Imam Ahmad ibn Hanbal dan Abu Yusuf menyatakan bahawa pengakuan itu harus

dikemukakan sebanyak dua kali dihadapan hakim

Imam Hanafi, Syafi’i dan Hanbali menyatakan bahawa pengakuan ini harus didahului

dengan pengaduan kepada hakim oleh pemilik harta.

Hal ini bererti, jika seseorang telah mengaku dihadapan hakim bahawa ia telah mencuri

harta seseorang, tetapi pihak yang kecurian tidak mengadukannya kepada hakim, maka

menurut mereka, hukuman tidak dapat ditetapkan dan dilaksanakan.

18

Page 20: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Merompak ( Hirabah )

Secara etimologinya, hirabah berasal dari kata haraba, harban yang bereti marah sekali,

merampas dan perang. Para ulama fiqh juga menamakan al – hirabah dengan al – sariqah

al – kubra ( pencurian besar ) atau qathu al – thariq ( pemutus jalan ).

Para ulama fiqh mendifinisi al – hirabah dengan tindakan yang dilakukan seseorang atau

sekumpulan orang untuk merampas harta milik orang lain secara terang – terangan dengan cara

kekerasan, baik dengan cara pembunuhan atau menakut – nakutkan pemilik harta dan dilakukan

pada satu tmpat yang mangsanya tidak boleh meminta pertolongan daripada orang lain.

Imam Hanafiyah mensyaratkan bahawa tindakan itu dilakukan di dalam Negara islam dan di

luar perkampungan penduduk.

Imam Maliikiyyah pula menyatakan bahawa tindak jenayah hirabah tidak harus dilakukan di

luar perkampungan penduduk, bahkan dalam penduduk pon boleh terjadi.

Hukuman terhadap perompak

Hukuman bagi pelaku tindak jenayah perompakan ditetapkan oleh Allah S.W.T melalui firman –

Nya dalam surah al – Maidah, 5:33-34 berikut:

19

Page 21: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Ertinya:

Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan

bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh

sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan

merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas

sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum).

Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat

kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.

Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka

terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun,

lagi Maha Mengasihani.

Imam Hanafiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah menetapkan bahawa hukuman bagi pelaku

perompakan sesuai dengan urutan hukuman yang disebutkan dalam ayat iaitu bunuh kerana

balasan diberikan sesuai dengan tindak jenayah yang yang dilakukan.

Akan tetapi, di kalangan ulama fiqh ini pun terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan

pendapat dalam menentukan utrutan hukuman yang akan diterapkan kepada perompakan.

Imam Hanafiyyah mengatakan bahawa:-

(i) Jika perompak itu hanya mengambil harta mangsa, maka hukumannya adalah

dipotong tangan dan kaki penjenayah secara berimbal balik ( tangan kanan dan kiri )

(ii) Jika perompak melakukan pembunuhan sahaja, maka hukumannya juga dibunuh

20

Page 22: Hudud Dan Hukum Hukumnya

(iii) Jika perompak mengambil harta dan membunuh mangsa, maka untuk menetapkan

hukumannya diserahkan kepada kebijaksanaan pemerintah. Untuk itu:-

- Pemerintah menetapkan hukuman potong tangan dan kaki secara berimbal

balik, kemudian membunuh atau menyalibnya

atau

- Pemerintah juga boleh memilih hukuman bunuh atau salib sahaja tanpa

memotong tangan dan kakinya

(iv) Jika perompak itu hanya menggugat keharmonian dan kestabilan masyarakat sahaja,

tanpa mengambil harta dan membunuh, maka hukumannya adalah dipenjarakan dan

diberi peringatan serta pengajaran.

Iman Syafi’iyyah dan Imam Hanabilah menetapkan bahawa:-

(i) Jika perompak itu hanya mengambil harta, maka dipotong tangan dan kakinya dengan

bertimbal balik

(ii) Jika perompak itu membunuh tetapi tidak mengambil harta, maka dikenakan

hukuman bunuh pula

(iii) Jika perompak itu membunuh dan mengambil harta, maka dikenakan hukuman bunuh

dan disalib

(iv) Jika perompak itu hanya menakut – nakuti, atau mengacau, dan menganggu

kestabilan masyarakat, maka hukumannya adalah pengasingan dari negeri tempat

tinggal mereka ke negeri lain.

Imam Malik berpendapat bahawa:-

(i) Pelaku jenayah rompakan diserahkan sepenuhnya kepada pemerintah untuk

menerapkan jenis – jenis hukuman yang telah ditentukan surah al – Maidah, 5:33-34

di atas, dan disesuaikan dengan kemaslahatan yang menghendaki ketika itu.

(ii) Jika perompak itu hanya menganggu dan mengacau kestabilan masyarakat,

pemerintah boleh memilih antara hukuman bunuh, hukuman salib, memotong tangan

dan kakinya dengan bertimbal balik, atau mengenakan hukuman pengasingan.

(iii) Jika perompak itu memiliki strategi, tujuan dan kekuatan, maka hukuman yang

setimpal dikenakan adalah dibunuh atau menyalibnya, kerana hukuman potong

21

Page 23: Hudud Dan Hukum Hukumnya

tangan dan kaki dengan bertimbal balik bagi orang seperti ini tidak akan

menghilangkan kemudaratan yang telah dilakukan.

(iv) Jika perompak itu tidak miliki tujuan atau sasaran, tetapi memiliki kekuatan, maka

hukumannya cukup dipotong tangan dan kakinya dengan bertimbal balik.

(v) Jika perompak tidak miliki strategi, sasaran dan kekuatan, maka hukuman yang akan

diterapkan adalah hukuman yang paling ringan iaitu disebat dan diasingkan dari

tempat tinggalnya.

(vi) Jika perompak itu mengambil harta dan tidak melakukan pembunuhan, maka

pemerintah boleh memilih hukuman bunuh, salib, potong tangan dan kaki, atau

hukuman pengasingan, dengan syarat bahawa hukuman yang dipilih itu adalah

hukuman yang paling besar kemaslahatannya bagi masyarakat.

Hukuman terhadap perompakan

Ulama fiqh bersepakat menyatakan bahawa alat bukti untuk pembuktian tindak jenayah

perompakan ada dua, iaitu saksi dan pengakuan, setelah adanya pengaduan dari pihak yang

dirugikan.

1. Saksi

Memenuhi syarat – syarat saksi pada tindak jenayah pencurian

2. Pengakuan

Pengakuan dikemukakan sekali sahaja di hadapan hakim

Menurut Imam Ahmad ibn Hanbal dan Imam Abu Yusuf pengakuan tersebut mesti

dikemukakan sebanyak dua kali.

22

Page 24: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Pemberontakan ( al – Baghyu )

Secara etimologinya, al – baghyu berasal dari kata bagha yang bererti menuntut sesuatu,

sebagaimana tersebut dalam firman Allah S.W.T surah al – Kahfi, 18:64 yang berbunyi:

Ertinya:

Nabi Musa berkata: "Itulah yang kita kehendaki "; merekapun balik semula ke situ,

dengan menurut jejak mereka.

Selain itu, kata al – Bahgyu menurut ‘urf adalah meminta sesuatu yang tidak halal atau

melanggar hak. Hal ini sesuai dengan firman Allah S.W.T surah al – Araf, 7:33

Ertinya:

Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang

keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan

menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu

mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti

(yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah

sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.

23

Page 25: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Pengertian secara terminologi terdapat perbezaan pendapat para ulama fiqh dalam

mendifinisikan tindak jenayah al – Baghyu.

Imam Malik mendifinisakannya dengan “tindakan sekumpulan orang yang tidak mahu taat

kepada pemimpin suatu Negara dalam hal – hal yang tidak berhubungan dengan maksiat dengan

cara berdemonstrasi, sekalipun dengan alas an sendiri”.

Imam Hanafi mendifinisikannya dengan “keluar dari mentaati pemimpin yang sah tanpa suatu

alasan yang benar”.

Imam Syafi’i pula mendifinisikannya dengan “orang – orang islam yang tidak patuh dan tunduk

kepada pemimpin tertinggi Negara dan melakukan suatu gerakan massa yang didukung oleh

suatu kekuatan dengan alasan – alasan mereka sendiri”.

Imam Hanbali mendifinisikannya dengan “meyatakan ketidak – patuhan terhadap pemimpin

Negara, sekalipun pemimpin itu tidak adil, dengan menggunakan suatu kekuatan dan alasan –

alasan sendiri”.

Perbezaan definisi yang dikemukakan ulama – ulama fiqh dari berbagai mazhab di atas lebih

menekankan kepada pensyaratan yang harus dipenuhi suatu tindakan yang disebut dengan

pemberontak, bukan kepada unsur – unsur yang harus dipenuhi tindak jenayah pemberontak

tersebut.

Unsur – unsur yang harus dipenuhi suatu tindak jenayah pemberontakan yang termasuk hudud

tersebut adalah:-

(i) Menunjukkan sikap tidak patuh kepada pemimpin tertinggi Negara

(ii) Sikap ini ditunjukkan secara berdemonstrasi melalui suatu gerakan massa

(iii) Dilakukan secara sedar dan sengaja

Jika ketiga – tiga atau salah satu unsur daripada ketiga unsur utama ini tidak ada, maka perbuatan

itu tidak dinamakan dengan al – Baghyu.

24

Page 26: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Hukuman bagi pemberontak

Dasar yang menjadi penetapan hukuman bagi pelaku pemberontakn adalah firman Allah dalam

surah al – Hujurat, 49:9 berikut:

Ertinya:

Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah

di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah

puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh

maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta

berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-

orang yang berlaku adil.

Kemudian dalam sebuah hadis yang diwirayatkan oleh Imam Muslim dikatakan:

Dari ‘Urfajah ibn Syuraih berkata dia: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda;

barangsiapa yang mendatangi kamu sedang urusan kamu berada pada tangan seseorang

( pemimpin ) untuk mengoyak kekuatan kamu atau memecah – belahkan kesatuan kamu,

maka kamu bunuhlah ia (H.R. Imam Muslim dari ‘Urfajah).

Berdasarkan ayat dan hadis di atas yang berbicara tentang hukuman terhadap para pemberontak

di atas, para ulama fiqh menyatakan bahawa untuk menetapkan hukuman terhadap pemberontak

terlebih dahulu karakter dari pemberontakan tersebut, asal serta kekuatan yang mereka memiliki.

25

Page 27: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Pemimpin yang sah, pertama sekali harus mengajak mereka untuk kembali bersatu di bawah

pemerintahan yang sah atau memenjarakan mereka, jika mereka dapat ditangkap.

Apabila pemberontak tersebut tidak melakukan perlawanan dengan kekuatan senjata, maka

pemerintah tidak boleh menyerang mereka dengan senjata.

Akan tetapi, jika pemberontak melakukan penyerangan terhadap pemerintahan yang sah dengan

kekuatan senjata, maka dibolehkan pihak pemerintah dengan segala kekuatannya menyerang dan

membunuh mereka.

Para ulama empat mazhab bersepakat menyatakan bahawa penyerangan terhadap para

pemberontak itu harus didahului dengan mengetahui alasan mereka untuk memberontak.

Pemerintah harus terlebih dahulu mengajak mereka kepada ketaatan. Dalam firman Allah S.W.T

surah al – Hujurat, 49:9 berikut:

Ertinya:

Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah

di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah

puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh

maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta

berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-

orang yang berlaku adil.

Dari ayat diatas, dapat difahami bahawa Allah S.W.T memerintahkan untuk pertama kali

mengajak berdamai kemudian baru memerangi mereka. Oleh itu, tidak boleh mendahulukan

perang dari berdamai. Cara berdamai adalah dengan menghapuskan kezaliman dan

mengembalikan hak – hak orang yang dizalimi oleh pemerintah.

26

Page 28: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Walaupun jumhur ulama mengatakan bahawa para pemberontak yang melakukan

pemberontakan bersenjata boleh diperangi dan dibunuh oleh pihak pemerintah, jumhur ulama

mengatakan; harta benda yang mereka tinggalkan tidak boleh dirampas, bahkan sebaliknya

pemerintah berkewajipan memelihara harta tersebut dan mengembalikannya sekiranya mereka

sudah sedar atas kesalahan yang mereka lakukan jika mereka masih hidup dan menyerahkan

kepada ahli waris jika mereka terbunuh.

Perbezaan hukuman atas pemberontak mengikut jenayah dilakukan

(i) Jika pemberontak yang tidak memiliki kekuatan persenjataan dan tidak menguasai

daerah tertentu sebagai markas mereka. Pemerintah yang sah:-

- Boleh menangkap dan memenjarakan mereka hingga mereka sedar dan

bertaubat

(ii) Jika pemberontak melakukan pembunuhan, pencurian. Maka, akan dikenakan

hukuman pidana pada setiap jenis hukuman pidana yang mereka lakukan. Apabila:-

- Mereka membunuh, wajib keatas mereka qisas

- Mereka mencuri, wajib keatas mereka hukuman potong tangan

(iii) Jika pemberontak atau yang berkaitan langsung dengan pemberontakan seperti

merosak jambatan, membunuh, menawan pemimpin, merosak harta benda orang

ramai dan sebagainya, maka:-

- Hukuman pemberontakan yang diserahkan kepada uli al – Amr, iaitu boleh

diberi hukuman mati

Sekiranya tindak jenayah yang dilakukan dengan tujuan politik, menurut ulama fiqh, sekalipun

tindak jenayah yang dilakukan bermacam – macam, maka hukumannya hanya satu, iaitu

diperangi.

Pembuktian atas tindak jenayah pemberontakan

Oleh kerana tindak jenayah ini tidak memerlukan pengaduan dari mana – mana pihak, para

ulama fiqh tidak membahaskan secara terperinci tentang alat bukti yang dapat dibuktikan untuk

membuktikan tindak jenayah pemberontakan ini.

Tindak jenayah ini berkaitan dengan:-

27

Page 29: Hudud Dan Hukum Hukumnya

- sekumpulan orang – orang yang tidak puas hati atas kebijaksanaan pemerintah

yang berhadapan langsung dengan pemerintah

- melakukan gerakan yang nyata dengan menggunakan kekuatan

Oleh itu, tidak diperlukan pembuktian sebagaimana yang terdapat dalam tindak jenayah hudud

lainnya. Hal ini kerana sebahagian ulama fiqh, antaranya Imam Syafi’i berpendapat bahawa

seluruh tindakan yang berkaitan dengan kerugian terhadap nyawa dan harta diperhitungkan

sebagai tindak jenayah sendiri.

Misalnya, jika pemberontak itu melakukan pencurian, maka diperlukan alat bukti sesuai dengan

alat bukti yang dikemukakan dalam tindak jenayah pencurian.

Atas dasar itu, Imam Syafi’i menyatakan bahawa alat bukti yang digunakan untuk tindakan

jenayah pemberontakan adalah berkait dengan jenis tindak jenayah mereka yang lakukan.

28

Page 30: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Murtad

Secara etimologi, murtad berasal dari kata – kata radd – riddah yang diertikan sebagai; orang

ynag kembali, fimran Allah S.W.T dalam surah al – Ma’idah, 5:21 yang berbunyi:

Ertinya:

(Nabi Musa berkata lagi): "Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang

telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik

undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang

rugi (di dunia dan di akhirat)".

Secara terminologinya, murtad bererti pernyataan keluar dari agama Islam oleh seorang muslim.

Para ulama fiqh memasukkan murtad sebagai salah satu tindak jenayah yang termasuk dalam

kategori hudud. Murtad itu dapat dilakukan melakukan melalui salah satu tiga cara, iaitu:-

(i) Tindakan – menujukkan sikap tidak mahu mengikuti keyakinan yang telah ditetapkan

oleh ajaran Islam. Seperti tindakan menyembah berhala, tidak

menyembah Allah

(ii) Perkataan – mengeluarkan suatu pernyertaan yang mengandungi sifat keluar dari

agama Islam. Seperti pernyataan seseorang yang menunjukkan

ketidakpercayaannya terhadap keEsaan dan keMahakuasaan Allah

(iii) Hati – melalui suatu keyakinan yang menafikan kekuasaan Allah S.W.T

Ulama fiqh menyatakan bahawa unsur utama daripada tindakan jenayah murtad adalah:-

(i) Pernyataan keluar dari agama Islam

29

Page 31: Hudud Dan Hukum Hukumnya

(ii) Dilakukan secara sedar dan sengaja

Hukuman bagi orang murtad

Para ulama fiqh bersepakat menyatakan bahawa hukuman terhadap murtad adalah hukum bunuh,

sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W yang menyatakan:

Dari Ibn Abbas r.a berkata dia: Rasulullah S.A.W bersabda; siapa yang menukar

agamanya, maka kamu bunuhlah ia ( H.R al – Jamaah [kebanyakan ahli hadis], kecuali

muslim )

Sabdanya lagi yang berbunyi:

Dari Abdullah bin Mas’ud berkata dia: Rasulullah S.A.W bersabda; tidak halal darah

seorang muslim, melainkan dalam tiga hal, iaitu janda yang melakukan perzinaan, jiwa

dengan jiwa ( membunuh ), orang yang meninggalkan agamanya dan memisahkan diri

dari Jemaah ( mengacau masyarakat ) ( H.R. al – Bukhari dan Muslim ).

Hukuman bunuh bagi orang – orang murtad ini, menurut jumhur ulama tidak dibezakan apakah

ia lelaki mahupun wanita, kerana Rasulullah S.A.W menyatakan:

Hadis Mu’az ketika Nabi S.A.W mengutuskan ke negeri Yaman baginda bersabda

kepadanya; lelaki mana saja yang murtad dari islam maka serulah ia ( agar kembali

kepada Islam ), jika ia kembali ( terimalah ), dan jika ia tidak mahu kembali kepada

Islam maka bunuhlah ia ( agar kembali kepada Islam ), jika ia kembali ( terimalah ), jika

dia tidak mahu kembali, maka bunuhlah ia ( H.R. al – Tabrani dari Mu’az ibn jabal )

Di samping itu, ulama juga mengemukakan hadis lain yang menyatakan:

Dari Jabir R.A berkata dia: Bahawa seorang wanita yang dikenal dengan nama Ummu

Marwan telah murtad dari Islam, lalu persoalan ini sampai kepada Nabi S.A.W.

Kemudian Nabi S.A.W menyuruh untuk mentaubatkannya, jika ia taubat ( terima ) jika

tidak mahu taubat, dia dibunuh.

30

Page 32: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Namun demikian, ulama tetap menganjurkan agar orang – orang yang murtad itu wajib terlebih

dahulu diajak bertaubat dan kembali kepada keyakinan islam. Ajakan ini dilakukan sebanyak

tiga kali.

Jika mereka mahu bertaubat dan kembali kepada keyakinan islam, maka mereka diterima dengan

baik. Sebaliknya, jika mereka tidak mahu bertaubat dan kembali kepada kepada keyakinan islam,

bahkan mengadakan kekacauan di tengah – tengah masyarakat Islam, seperti melakukan adu

domba di tengah – tengah masyarakat Islam, maka orang murtad itu dikenakan hukuman bunuh.

Pembuktian atas tindakan jenayah murtad

Untuk pembuktian atas tindakan jenayah murtad juga, para ulama fiqh juga mengemukakan dua

alat bukti sebagaimana yang berlaku pada umumnya dalam pembuktian berbagai – bagai tindak

jenayah hudud.

1. Saksi

2. Pengakuan

Syarat – syarat saksi dan syarat – syarat pengakuan sama dengan syarat – syarat saksi dan

pengakuan pada tindakan jenayah hudud yang lain.

31

Page 33: Hudud Dan Hukum Hukumnya

1. KESUKARAN PERLAKSANAAN HUDUD DI MALAYSIA

Hudud sukar dilaksanakan di negara ini kerana persekitaran berbeza berbanding hudud

yang dilaksanakan di peringkat permulaan dahulu.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pelaksanaan

hudud memerlukan penelitian kerana berdasarkan beberapa penulisan oleh ulama

terkenal, beberapa negara luar tidak mengamalkannya kecuali Arab Saudi yang menjadi

contoh pelaksanaan hudud.

Menurutnya, persekitaran yang membolehkan undang-undang hudud berfungsi dengan

adil selain di Arab Saudi, tidak wujud.

“Hudud mestilah ditangguhkan sehingga suasana yang sesuai. Jika hudud dilaksanakan

juga, ia tidak akan mencapai tujuan yang ALLAH kehendaki,” katanya.

Mohd Asri juga meyakini keikhlasan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

mengenai hasrat Islam beliau yang mendalam yang ditunjukkan dalam amalan peribadi

dan politik.

Bagaimanapun katanya, tidak semestinya hal yang sama ada dalam diri setiap pembicara

hudud kerana kadang kala sebahagiannya mengelirukan pihak lain terutama masyarakat

bukan  Islam di negara ini.

“Kita tidak boleh mempertikaikan hukum ALLAH, tetapi kita boleh mempertikaikan cara

pelaksanaan dan pentafsiran hukum berkenaan oleh manusia,” katanya.

Beliau berkata, menjadikan politik tertumpu kepada hudud bukan satu kebijaksanaan,

32

Page 34: Hudud Dan Hukum Hukumnya

tidak tepat dari segi maqasid agama dan kepentingan politik.

“Tujuan politik luas dan sepatutnya dibincangkan bagaimana memastikan tiada alasan

untuk sesiapa mencuri disebabkan keadilan dan kebajikan negara,” katanya.

Musa Awang berkata:

Berbalik pada sejarah, pada tahun 1511, Kesultanan Melayu Melaka difahamkan sudah

pun melaksanakan hukum hudud. Bagaimanapun, kedatangan British pada 1874

menyebabkan hukum itu terhakis. Memburukkan lagi keadaan, fungsi mahkamah syariah

sudah dikecilkan sebagaimana yang kita lihat pada hari ini.

Mahkamah syariah pada waktu itu diletakkan di bawah mahkamah sivil dan sebarang

keputusan mahkamah syariah boleh dipinda oleh mahkamah sivil.

Selepas tahun 1988, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan 121 (1A)  telah

mengasingkan kedua-dua mahkamah itu, namun bidang kuasa mahkamah syariah masih

lagi rendah.

Sebagai contoh, mahkamah syariah hanya boleh menjatuhkan hukuman dalam kadar

yang agak ringan di mana pesalah hanya boleh dijatuhkan hukuman maksimum penjara 3

tahun, denda tidak melebih RM5,000 dan sebat tidak lebih  daripada enam kali.

Secara total, itu sahaja kuasa yang tertakluk di bawah mahkamah seperti mana yang

diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan. Maka sukar melaksanakan hudud sekiranya

bidang kuasa mahkamah syariah masih lagi kecil dan rendah.

Mengapa Brunei mampu laksanakan? Adakah kerana jumlah penduduk di negara itu

lebih kecil dan tidak berbilang kaum seperti di Malaysia?

Sistem di Brunei berbeza dengan Malaysia di mana kuasa tertinggi terletak pada sultan

sendiri dan negara tersebut mengamalkan pemerintahan secara monarki. Oleh yang

33

Page 35: Hudud Dan Hukum Hukumnya

demikian, sultan berhak menitahkan sebarang arahan kepada kerajaannya sama ada mahu

dilaksanakan undang-undang Islam atau sebaliknya.

Perkara ini tidak berlaku di negara kita, Walaupun ada di kalangan sultan Melayu yang

menitahkan hukum hudud untuk dijalankan, namun ia tidak mengikat pihak Parlimen

untuk melaksanakannya.

2. HUKUM HUDUD DI ARAB SAUDI DAN BRUNEI

Secara keseluruhannya, hukum hudud di Arab Saudi dan Brunei adalah sama kerana

negara Brunei menjadikannya contoh dalam menerapakan hukum tersebut untuk

dijadikan sebagai peelembagaan negara. Dalam pada itu, sultan Brunei adalah

dikecualikan daripada dikenakan tindakan jenayah syariah begitu juga di Negara Arab

Suadi yang mana pihak diraja akan dikecualikan daripada dikenakan hukuman tersebut.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin

hari ini menyatakan bahawa hukum hudud perlu dilaksanakan namun hukuman tersebut

perlulah dikenakan kepada semua golongan termasuk golongan tertinggi negara.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang juga merupakan bekas Mufti Perlis

berkata, sebagai contoh di negara Arab Saudi, hukuman hudud hanya dikenakan ke atas

rakyat namun tidak bagi golongan istana, oleh itu tambahnya kalau mengikut hudud

sebenar semua golongan perlu disabitkan hukuman hudud sekiranya didapati bersalah.

Dalam perbicaraannya juga mengatakan ‘sebagai muslim kita wajib menyokong

perlaksanaan hukum hudud.Walau bagaimanapun,perlaksanaan hudud perlulah kepada

semua golongan yang tidak hanya kepada golongan bawahan sahaja’.

3. RELEVANKAH PELAKSANAAN HUKUM HUDUD DI MALAYSIA? ADAKAH IA

SESUAI DENGAN MASYARAKAT MAJMUK SEPERTI MALAYSIA INI?

Hudud sentiasa relevan sepanjang masa. Malik Imtiyaz dan Salim Faruqi pun

mengatakan ini ialah hukum Quran. Dr Maslee Malik Dr. Maszlee Malik  ( Pensyarah

Bahagian Fiqh dan Usul, UIAM ) dan Dr. Siti Zubaidah bt. Ismail. ( Pakar Syariah dan

Undang-Undang UM) berkata:

34

Page 36: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Ada dua isu tentang perlaksanaan di Malaysia.

 

Iaitu mekanisme dan cara pelaksanaannya. Dalam kerangka ‘ legal framework Malaysia‘

hudud susah dilaksanakan.

Di dalam PAS, isu hudud menyebabkan sayap ulama PAS bergiataktif semula selepas

idea Negara Berkebajikan. Ini mencerminkan perlumbaan kuasa di dalam PAS itu sendiri

di antara golongan golongan reformist dengan golongan traditionalist di dalam PAS.

Relevan tak relevan, itu bergantung kepada political will. PAS tidak mampu untuk

menjadi badan dominan di dalam Barisan Alternatif.

Berbanding dengan Indonesia yang pengamalan agamanya kuat tetapi tidak inginkan

hudud, berbanding dengan Malaysia yang pengalaman agamanya longgar tetapi inginkan

hukum hudud dilaksanakan, ini kembali kepada keselamatan.

 

Di UK, polis mereka lebih efisien dan keselematan mereka lebih ketat. Negara yang

good-governance itu negara yang lebih bagus.

 

Dalam tempoh 20 tahun, kenapa Bandar Kota Bharu tidak menjadi mesra-disable dan

tidak menjadi bandar yang bersih.

 

Sepatutnya itu lebih diutamakan terlebih dahulu berbanding cadangan perlaksanaan

hukum hudud?

 

Kita tidak beriman dengan pemikiran modernity ( the end of history). Kita beriman

bahawa negara itu sentiasa ada didalamnya amar-makruf dan nahi mungkar.

Di dalam Islam tiada kemuncak di dalam perkembangan sesuatu. Itu hanyalah pemikiran

Kristian-Evangelis. Islam menghormati kewujudan agama lain dan tugas kita membawa

rahmat ke seluruh alam.

35

Page 37: Hudud Dan Hukum Hukumnya

 

Adakah Islam itu hanya pada ruang kekuasaan sahaja, ruang hukuman sahaja, atau

melingkupi semuanya.

Pada pendapat Musa Awang, dan beliau berkata, kita kena tengok keadaan semasa. Di

sini, kita bukan mempersoalkan hukum hudud itu tidak boleh dilaksanakan

memandangkan perkara itu sememangnya sudah termaktub dalam al-Quran. Cepat atau

lambat kita tetap wajib menjalankan.

Cuma yang kita mesti lihat adalah berkenaan masa, sama ada sesuai atau pun tidak,

malah pihak terlibat perlu juga melihat kekangan-kekangan yang mampu menidakkan

hukum hudud itu dilaksanakan.  

Malaysia mempunyai dua sistem iaitu mahkamah sivil dan syariah. Jadi, sekiranya kita

hendak melaksanakan hudud di mahkamah syariah misalnya, ia juga secara tidak

langsung akan melibatkan beberapa peruntukan undang-undang yang sekarang tertakluk

di bawah mahkamah sivil.

Sebagai contoh, kesalahan mencuri; perkara tersebut sudah ada di bawah kanun

keseksaan. Di bawah kanun keseksaan pencuri mungkin dipenjarakan tetapi sekiranya

mengikut hudud, pesalah wajib dikenakan hukuman potong tangan. Perkara sama turut

berlaku terhadap kesalahan zina di mana ia tertakluk pada enakmen jenayah syariah. Di

bawah kesalahan itu, pesalah hanya boleh dipenjarakan tak melebihi 3 tahun atau didenda

lebih dari RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Secara total, kesemua kesalahan yang boleh didakwa di bawah hukuman hudud sama

sekali bercanggah dengan kuasa hukuman yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah syariah.

Berbalik kepada hukuman hudud, saya berasa sudah ada kewajaran untuk pihak terbabit

melaksanakan hukuman itu. Hal ini berdasarkan pada statistik kesalahan atau jenayah

yang makin ketara di negara ini.

36

Page 38: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Namun, apabila kita sudah bersedia melaksanakannya nanti, pastinya akan terhasil satu

perubahan yang besar dan ketara. Antara yang boleh dilihat jelas adalah pelbagai

kesalahan di bawah mahkamah sivil akan dipindahkan ke mahkamah syariah.

Pelaksanaan hudud bukan melibatkan soal majmuk atau tidak sesebuah masyarakat itu

(jika nak dilaksanakan hudud). Hal ini kerana hudud hanya melibatkan orang Islam.

Orang bukan Islam mempunyai pilihan sama ada mahu memilih undang-undang sivil

yang sedia ada atau hukum hudud. 

Jadi, soal majmuk bukan merupakan kekangan atau masalah yang membuatkan Malaysia

sehingga ke hari ini tidak mampu melaksanakan hudud.

4. ADAKAH MALAYSIA SUDAH BERSEDIA UNTUK HUKUM HUDUD?

Negara-negara yang menjalankan hukum hudud merupakan negara yang korup. Tanpa

good-governance, rules of law yang baik, ia akan membawa fitnah yang buruk kepada

hukum hudud itu sendiri.

 

Apabila majoriti inginkan pelaksanaan hukum hudud, bila nakkan majoriti, kita perlukan

kebebasan media, kena ada demokrasi dan perdebatan idea yang banyak. Bagaimana

majoriti ingin membuat keputusan tanpa mendapat pencerahan terhadap isu itu dengan

jelasnya?

 

Bila kita inginkan perlaksanaan hukum hudud, maka kita juga kena bersedia untuk

mendengar kritikan terhadap hudud itu sendiri daripada orang bukan Muslim. Kita tidak

memberitahu peluang dan menutup suara orang bukan Muslim di negara kita. Kita tidak

yakin dengan idea kita dan orang juga tidak yakin dengan idea kita.

5. SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMUTUSKAN HUKUMAN

TERSEBUT KEPADA PESALAH?

ADAKAH SUDAH ADA ENAKMEN PELAKSANAAN HUKUM HUDUD ITU

SENDIRI?

37

Page 39: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Sebenarnya ramai yang tidak tahu, perlembagaan Malaysia tidak melarang kepada

pelaksanaan hukum hudud. Yang menjadi halangannya, ialah Akta Mahkamah Syariah

1984.

 

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2 1993 Negeri Kelantan dan 2001 Negeri

Terengganu, ia telah diluluskan tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan dari

Akta Mahkamah Syariah 1984.

 

Dari segi pengkanunan Undang2, kita sudah ada Enakmen yang telah dibenarkan oleh

Mahkamah Syariah. Contohnya penjara atau pun denda bagi hukuman murtad dan minum

arak. Begitu juga di Pahang bagi kes Kartika Dewi.

 

Hudud Allah dalam erti kata yang luas.  Apabila kebajikan rakyat dijaga, atau pun apabila

perkara-perkara basic itu telah dicapai, maka akan berlaku kesedaran di kalangan rakyat

dan akhirnya hukum hudud itu akan datang secara semulajadi.

 

Rahmat Allah ke atas sesuatu negara itu lebih penting. Kita sepatutnya sebagai muslim

memainkan peranan penting dalam menyebarkan dakwah.

 

Paling penting kita sentiasa berusaha untuk memartabatkan hukum Allah di dunia ini.

 

Ada 5 Enakmen Mahkamah Syariah yang ingin diselaraskan di Malaysia tetapi gagal

kerana ia masih belum mencapai kata sepakat atau perbincangan yang penuh.

Ada negeri yang ada Enakmen Mahkamah Syariah tetapi ada yang tiada. Contoh

termudah di Kuala Lumpur sendiri.

 

6. JIKA MALAYSIA MAHU LAKSANAKAN HUDUD APAKAH PERKARA UTAMA

YANG MESTI DIBUAT?

Musa Awang berkata lagi, perkara pokok yang perlu dibuat adalah meminda Perlembagaan

Persekutuan dengan kelulusan 2/3 ahli Parlimen daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Keduanya, kerajaan perlu meminda akta bidang kuasa mahkamah syariah 1984 yang

38

Page 40: Hudud Dan Hukum Hukumnya

membataskan bidang kuasa mahkamah syariah selama ini. Kedua-dua perkara tersebut

merupakan batasan atau kekangan yang menjadikan Malaysia tidak boleh melaksanakan

hukum hudud.

7. MENGAPA KELANTAN MASIH TIDAK MAMPU LAKSANAKANNYA? ADAKAH

PARLIMEN PENTING DALAM PROSES UNTUK LAKSANA HUDUD?

Kata Musa Awang, Kelantan tidak boleh melaksanakan hudud disebabkan keterbatasan akta

bidang kuasa mahkamah Syariah 1984 untuk menjatuhkan hukuman seperti yang dijelaskan

dalam hukum hudud. Kuasa yang diberikan oleh Parlimen kepada kerajaan negeri merujuk

jadual 9 senarai 2, khusus melibat jenayah-jenayah bersifat individual sahaja.

Selain itu, sebarang undang-undang yang hendak dibuat dan dijalankan oleh kerajaan negeri

mesti selari dengan perlembagaan. Hal ini bermaksud, sebarang hukuman yang hendak

dibuat oleh kerajaan negeri mesti tidak boleh mendahului daripada segala yang termaktub di

dalam perlembagaan. Perkara tersebut yang menyebabkan sehingga ke hari ini Kelantan tidak

dapat laksanakan undang-undang Islam itu.

8. APAKAH LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL SUPAYA HUDUD DAPAT

DITERIMA SELURUH MASYARAKAT DI NEGARA INI?

Pada pendapat Musa Awang, dan beliau berkata lagi, sebenarnya ini adalah tugas orang-

orang dakwah atau pun pihak jabatan agama serta kerajaan. Pihak-pihak ini perlu memberi

penjelasan lebih terperinci mengenai apa itu hudud dan bagaimana ia dilaksanakan.

Sebenarnya hukuman hudud itu ada tahapnya dan bergantung kepada kesalahan yang

dilakukan. Contohnya seperti berzina, secara umumnya, masyarakat hanya tahu hukuman

bagi kesalahan itu adalah sebat 100 kali bagi yang belum berkahwin dan rejam sampai mati

bagi yang telah berkahwin.

39

Page 41: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Tapi sebenarnya, pembuktian zina itu terlalu ketat sebab kes-kes zaman Nabi pun yang

pernah dihukum, semuanya berdasarkan pengakuan orang yang melakukan kesalahan dan

bukannya berdasarkan keterangan saksi.

Maksudnya, mahu membuktikan zina itu perkara yang amat sukar sekali. Berkemungkinan

pada zaman ini hukuman hudud untuk kesalahan berzina ini tidak akan berlaku kerana sukar

untuk dibuktikan. Jadi jika perkara ini dijelaskan kepada masyarakat, mereka tidak akan risau

dan menentang perlaksanaan hukum hudud ini.

9. APAKAH SYARAT – SYARAT PERLAKSANAAN HUDUD?

Dalam hal ini, Ahmad Shukri Yusoff, penulis The Malaysian Insider, berpendapat bahawa

sekiranya kita mengambil dan memilih syariat Islam, pasti kita mengambil semuanya sekali,

bukannya yang berkaitan dengan hukum jenayah sahaja yang merupakan antara ayat-ayat

yang terakhir diturunkan dalam surah Al-Maidah dan surah An-Nur.

Prof Dr Yusof Al-Qaradawi dalam salah satu komentarnya tentang pelaksanaan hudud

menyebut “Ayat yang menyentuh berkenaan dengan hudud sebanyak 10 ayat sahaja, tetapi

kenapa kita memberi penekanan kepada ayat-ayat tersebut dan meninggalkan atau melupakan

lebih 6,000 ayat yang lain?”

Faktor ini mungkin berlaku kerana sebahagian kita melihat bahawa pelaksanaan hukum

hudud merupakan sejelas-jelas lambang kewujudan negara Islam dan khilafah Islamiyah.

Umat Islam  melihat pelaksanaan hukum hudud sebagai cara yang nyata membezakan

pelaksanaan undang-undang barat dengan undang undang Islam walaupun sistem

kekeluargaan Islam, sistem zakat dan kewangan Islam yang lain sudah diamalkan.

Kenyataan di atas adalah benar, tetapi meyakini keadilan dan keindahan syariat Allah adalah

satu perkara dan bila ianya patut dilaksanakan adalah satu perkara yang berbeza.

Dalam perundangan Islam, seorang hakim sebelum membuat keputusan untuk menjatuhkan

hukuman potong tangan kepada pencuri perlu memastikan bahawa yang tertuduh sudah

mendapatkan segala haknya sebagai rakyat daripada pemerintah, samada dalam bentuk

makan minum, tempat tinggal dan penjagaan kesihatan yang sepatutnya diperolehi oleh

dirinya dan keluarganya.

40

Page 42: Hudud Dan Hukum Hukumnya

Maka jika berlaku jenayah, ia dilakukan oleh pencuri itu bukannya kerana faktor kesempitan

hidup.

Khalifah Saidina Umar menangguhkan hukuman hudud daripada dilaksanakan pada tahun

yang dinamakan tahun kemarau atau tahun kelaparan kerana negara ketika itu tidak mampu

menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat dalam memastikan rakyatnya mendapat cukup

makan minum mereka.

Sesungguhnya pelaksanaan syariah Islam adalah dengan maqasid bukannya dengan hudud,

hukuman pada kesalahan hanyalah sebagai jalan dan ianya bukan matlamat.

Dalam membicarakan isu hudud ini, perbincangan harus berarah kepada dua sudut, iaitu:-

- Keyakinan bahawa undang-undang ini ialah untuk menghalang jenayah dan dosa

tersebut serta menghalang kesan buruk kepada manusia. Hal ini demikian supaya

perundangan Islam tidak bertindak zalim kepada manusia.

- Syariat Islam meletakkan syarat-syarat tertentu untuk pelaksanaan hukum hudud

tersebut sebagaimana juga syariat meletakkan keadaan dan suasana yang

membolehkan pelaksanaan hukum tersebut ditangguh dahulu.

Sekiranya dua perkara di atas diabaikan, ianya bermaksud pelaksanaan hukum tersebut

keluar daripada maqasid syariah.

Ini dapat kita fahami daripada sabda Rasulullah yang bermaksud,

"Hindarilah atau jauhilah hukuman hudud dengan sebab ada syubhat atau kesamaran"

(Hadis Riwayat Tirmizi).

Dalam semangat yang sama, Khalifah Umar Bin Abdul Aziz pernah menyebut:

“Kesilapan kerana aku memberi kemaafan lebih baik daripada kesilapan aku

menjatuhkan hukuman”.

Rasulullah S.A.W sendiri sebelum melaksanakan hukum hudud bagi pencuri baginda

terlebih dulu melaksanakan Islam secara keseluruhnnya.

Mesti ada perancangan rapi daripada pelbagai sudut dan ada jaminan keadilan bahawa

semua orang sama di hadapan undang-undang tanpa memilih pangkat, status dan

41

Page 43: Hudud Dan Hukum Hukumnya

kedudukan serta dilaksanakan pengajaran dan pendidikan Islam yang menyeluruh dalam

masyarakat.

Bagaimana hendak melaksanakan hudud jika negara dan rakyat masih belum

mengamalkan kesyumulan Islam, pendidikan dan kesedaran agama masih dipinggirkan

dan hak asasi rakyat dinafikan.

Rujukan

1. Mohd. Said Ishak (2000), Hudud dalam Fiqh Islam, Universiti Teknologi Malaysia

2. http://www.surah.my/

3. http://www.islamgrid.gov.my/articles/law/jenayah-pengertian-hukum.php

4. http://www.niknasri.com/?p=11795

5. http://www.sinarharian.com.my/wawancara/malaysia-perlu-laksana-hudud-1.230954

6. https://ms-my.facebook.com/notes/mohammad-f-az/relevankah-pelaksanaan-hukum-

hudud-di-malaysia/10150434209648529

7. http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/isu-hudud-ahmad-shukri-yusoff

42

Page 44: Hudud Dan Hukum Hukumnya

43