(unit 4) jenayah islam ( hudud )-1

37
SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM ( HUKUM JENAYAH ISLAM ) UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH ISLAM/NBI

Upload: norni-wahab

Post on 16-Jul-2015

218 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

SYARIAT SEBAGAI

PERATURAN HIDUP MUSLIM

( HUKUM JENAYAH ISLAM )

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

Page 2: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

HUKUM JENAYAH ISLAM

HUDUD

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

QISAS

TAKZIR

Page 3: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

DEFINISI JENAYAH

Dari sudut bahasa ialah segala perbuatan

dosa dan tercela.

Mengikut kehendak jumhur fuqaha’ : Jenayah

ialah sesuatu perbuatan yang diharamkan oleh

syara’ sama ada ia dilakukan terhadap diri

manusia dan anggota serta harta, seperti

membunuh, memukul, memotong dan

mencederakan yang merangkumi semua

perbuatan jenayah yang dikenakan hukuman

hudud, qisas atau ta’zir.

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

Page 4: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

CIRI-CIRI KEUNGGULAN

HUKUMAN ISLAM

BERSUMBERKAN WAHYU &

MEWUJUDKAN KEAMANAN DAN

KESEJAHTERAAN

HUKUMAN SECARA ADIL DAN SAKSAMA

HUKUMAN YANG SETIMPAL DAN TEGAS

MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR

PENGAJARAN

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

Page 5: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

MATLAMAT HUKUM JENAYAH

ISLAM

MELINDUNGI MASYARAKAT DAN

BERTINDAK SEBAGAI PENCEGAHAN

MENGAJAR DAN MEPERBAIKI

PENJENAYAH SERTA MEMBETULKAN

PENYELEWENGAN

MEMBERSIHKAN DOSA DAN

MENYELAMATKANNYA DARI AZAB

AKHIRAT

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

Page 6: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

Dari sudut bahasa hudud adalah kata jamak(plural) bagi perkataan ‘had’ bermaksudsesuatu, had juga bermaksud halangan.

Mengikut kehendak istilah Fuqaha’ : Hukuman tertentu terhadap perbuatan jahat, dimana satu bentuk dan kadar hukuman keseksaan, telah ditentukan oleh Allah di dalam al-Quran. Ianya wajib dilaksanakan untuk menjaga hak Allah dan kepentingan masyarakat awam.

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

JENAYAH HUDUD

Page 7: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

JENAYAH KATEGORI

HUDUD

ZINA

MINUM ARAKQAZAF

MEROMPAK

MENCURIMEMBERONT

AKMURTAD

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

Page 8: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

ZINA

DEFINASI SYARAT

SABIT ZINA

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

HAD ZINA

Page 9: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

DEFINASI

Perbuatan menyetubuhi perempuan (bukan isteri) pada farajnya

secara haram tanpa syak atau syubhat.

SYARAT

1. Cukup umur.

2. Waras.

3. Kemahuan atau pilihan sendiri.

4. Bukan khunsa (Nyata kelelakian atau keperempuanannya).

5. Terbenam hasyafah (kepala zakar) ke dalam faraj.

6. Persetubuhan bukan syubhat.

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

Page 10: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

SABIT ZINA

1. Disaksikan oleh empat lelaki yang sempurna syarat-syaratnya

2. Pengakuan oleh penzina

3. Melalui qarinah atau tanda bukti seperti seseorang gadis mengandung

tanpa suami.

HAD

ZINA1. Direjam sampai mati (bagi pesalah yang telah berkahwin)

atau

2. Disebat sebanyak seratus sebatan.

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

Page 11: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

QAZAF

DEFINISI

LAFAZ

QAZAFPENGECUALI

AN QAZAF

HAD QAZAF

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

Page 12: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

DEFINISI

Dari sudut bahasa ialah membuat tuduhan atau melontarkan tuduhan,

melontarkan panah dari busurnya.

Menurut istilah pula ia bermaksud menuduh seseorang yang suci lagi

terpuji sama ada lelaki atau pun perempuan dengan tuduhan zina.

HAD QAZAF

Apabila seseorang membuat tuduhan qazaf kepada seseorang serta

gagal mengemukakan empat orang saksi maka mereka dikenakan had

(hukuman) qazaf iaitu disebat sebanyak 80 sebatan. Sebarang

penyaksian yang telah melibatkan mereka tidak akan diterima

Page 13: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

LAFAZ QAZAF

1. Dengan lafaz soreh (terang atau jelas)

Contohnya: Wahai pelacur atau wahai perempuan sundal. Hai orang

yang melakukan perbuatan terkutuk dan wahai orang yang yang berzina.

2. Melalui lafaz kinayah (sindiran)

Contohnya : Isterimu telah aku kacau atau isterimu telah aku

musnahkan.

# Lafaz soreh mewajibkan had qazaf seperti yang telah dinyatakan

# manakala lafaz kinayah hanya dikenakan had sekiranya terbukti dia

berniat untuk menuduh zina.

# Syarat pengakuan penuduh :

- Baligh

- Berakal

- Pengakuan tuduhan dalam bentuk tulisan atau isyarat.

Page 14: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

PENGECUALIAN QAZAF

1. Mengemukakan empat orang saksi mengesahkan dakwaannya itu

benar

2. Dengan cara bersumpah (li’an) bagi membenarkan tuduhannya

3. Mendapat kemaafan dari pihak yang dituduh

# Pihak tertuduh juga akan gugur hukuman zina sekiranya dia berlian

bagi membalas lian penuduh.

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

Page 15: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

Page 16: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

MINUM ARAK

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

DEFINISISABIT MINUM

ARAKHAD MINUM

ARAK

Page 17: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

DEFINISIsemua jenis minuman memabukkan yang diproses samada dari buah

tamar, anggur, gandum, nira, tapai, beras atau sebagainya, samada

memabukkan dengan meminumnya ataupun tidak, minumnya sedikit atau

banyak

SABIT MINUM ARAK

•Pengakuan peminumnya sendiri dengan syarat yang cukup.

•Disaksikan oleh dua orang saksi lelaki atau seseorang lelaki dan dua

orang perempuan yang adil dan cukup syaratnya.

•Bahan yang memabukkan itu adalah dalam bentuk minuman.

•Mengambil minuman yang memabukkan itu melalui mulut dan

sekurang-kurangnya sampai ke halkum.

•la mestilah dilakukan secara sukarela.

Page 18: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

HAD MINUM ARAK

Untuk menghukum orang yang minum arak, tidak semestinya

menggunakan rotan tetapi boleh juga diguna alat-alat seperti pelepah

tamar, dahan-dahan kayu yang sesuai atau apa-apa yang sesuai

asalkan 40 sebatan dilaksanakan malah Rasulullah pernah

menggunakan kasut untuk memukul pesalah.

Kesalahan meminum arak di zaman Saidina Umar telah ditambah

hukuman kepada 80 sebatan sebagai hukuman ta’zir.

Page 19: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

Page 20: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

Page 21: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

MENCURI

DEFINISIJENIS

HUKUMAN

SYARAT

HIKMAH

Page 22: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

DEFINISI

a.Dari segi bahasa ialah mengambil sesuatu secara sulit.

b. Dari segi syarak pula mengambil atau memindahkan harta atau

barang orang lain secara sembunyi atau tanpa izin pemiliknya atau

tanpa pengetahuannya daripada tempat simpanan yang sepatutnya

dengan niat untuk menghilangkan harta tadi dari jagaan atau milik

tuannya.

Hukuman yang wajib dikenakan ke atas pencuri terbahagi kepada dua jenis :

1. Hukuman hudud (potong tangan).

2. Hukuman takzir (didera).

JENIS HUKUMAN

Page 23: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

Hukuman potong tangan boleh dilaksanakan apabila mempunyai syarat-

syarat berikut :

•Baligh dan sempurna akal

•Mencuri bukan kerana lapar atau miskin

•Harta kepunyaan orang lain

•Mencuri dengan kerelaan sendiri

Antara lain barangan yang dicuri hendaklah bernilai ¼ dinar (berdasar

nilai emas semasa) sertai disimpan dengan cermat di tempat yang

sepatutnya.

SYARAT

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

Page 24: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

HIKMAH

•Mentaati perintah Allah dan Rasul

•Memberi keadilan kepada kedua-dua belah pihak (pencuri dan mangsa)

•Balasan keatas kesalahan yang dilakukan dengan harapan serik dari

mengulanginya

•Teladan kepada masyarakat umum.

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

Page 25: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

Page 26: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

MEROMPAK/SAMUN

DEFINISI DALIL

HUKUMAN

Page 27: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

- rompak dan samun ialah tindakan mengganggu laluan awam dengan

tujuan menakut-nakutkan manusia atau merampas serta mengambil

harta orang dengan paksaan atau kekerasan.

-Jenayah ini dikenali juga dengan nama al hirabah الحرابة ) ) atau qat’u al

tariq قطع الطريق ) ) .

DEFINISI

DALIL

“Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta

melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh

(kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang

(kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki

mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri

(kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). hukuman yang

demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak

mereka beroleh azab seksa yang amat besar”. (Surah al-Ma'idah 5:33)

Page 28: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

HUKUMAN

Imam Syafie mengulas ayat tersebut dengan mengatakan bahawa :

1. Hukum bunuh atau qisas bila membunuh

2. Bunuh dan salib (sula) bila merompak serta membunuh. Tiga hari adalah

tempoh maksima bagi hukuman tersebut.

3. Potong tangan dan kaki secara berselang seli bila mengugut serta merampas

harta benda mangsa tanpa mencederakan mangsa.

4. Buang daerah.

Imam Qurtubi mengatakan bahawa pemerintah berhak memilih mana-mana

hukuman berdasarkan ayat mengikut perbuatan mereka terhadap mangsa.

Merompak dan menyamun pada dasarnya boleh dibahagikan kepada empat

bahagian:

•Mengugut dan mengganggu

•Merampas harta mangsa sahaja

•Membunuh mangsa sahaja

•Merampas dan membunuh/mencedera mangsa

Page 29: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

MEMBERONTAK (BUGHAH)

DEFINISI HUKUMAN

DALIL

Page 30: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

DEFINISI

-Sesiapa sahaja yang melampau had yang sepatutnya dipatuhi. Menurut

bahasa Arab, ia disebut sebagai ‘bughah’ yang bermaksud zalim.

-Pemberontak ialah sesiapa sahaja yang melampau had yang sepatutnya

dipatuhi.

- Memberontak adalah kegiatan menentang atau cubaan merampas

kuasa terhadap pemerintah yang sah di sisi syarak, sama ada dengan

menggunakan senjata atau merancang serta melancarkan peperangan

secara zalim.

HUKUMAN

Perbuatan jenayah yang termasuk di dalam dosa-dosa besar terhadap

agama, pemerintah serta Negara. Islam telah mewajibkan umatnya

mentaati pemimpin, selama mereka tidak derhaka kepada Allah dan

rasulNya.

Page 31: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

DALIL

“Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka

damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim

terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia

kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah

di antara keduanya Dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku

adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi

orang-orang yang berlaku adil.

(Surah al-Hujurat 49:9)

Page 32: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

Page 33: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

MURTAD

DEFINISI HUKUMAN

Page 34: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

Kembali kepada kekufuran selepas beriman atau tindakan orang yang

keluar daripada agama Islam. Keadaan ini boleh berlaku dengan salah

satu dari keadaan-keadaan berikut, iaitu :

•Melalui i'tikad. Contohnya seseorang yang berhasrat kafir atau ragu-ragu

dengan kebenaran Islam atau al-Qur'an.

•Melalui kata-kata atau ucapan. Contohnya tindakan seseorang yang

mencaci Islam atau ajarannya dan menghina Nabi s.a.w.

•Melalui perbuatan. Contohnya seseorang melakukan upacara

sepertimana upacara agama lain, seperti mengarak dan memuja berhala.

DEFINISI

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

Page 35: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

Para ulamak telah memutuskan sesiapa yang didapati murtad dengan

cara tersebut mestilah ditahan oleh qadi atau hakim atau pemerintah

selama tiga hari tiga malam untuk memberi peluang kepadanya

supaya bertubat. Sekiranya dia enggan kembali kepada Islam dan

bertaubat, setelah tamat tempoh tersebut maka dia mestilah

dibunuh.

HUKUMAN

Page 36: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1
Page 37: (Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1

UNIT 4: SYARIAT SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM/HUKUM JENAYAH

ISLAM/NBI

JENIS JENAYAH HUDUD HUKUMAN BILA CUKUP SYARAT

ZINA ?

QAZAF

MENCURI

MEROMPAK/SAMUN

MEMBERONTAK

MINUM ARAK

MURTAD