hubungan etnik esei siap!!

Upload: siti-mariam-ismail

Post on 02-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Hubungan Etnik Esei Siap!!

    1/12

    INSTITUT PERGURUAN KAMPUS PULAU-PINANG

    TUGASAN : KERJA KURSUS ( ESEI )

    Kenalpasti dua kumpulan etnik yang pernah wujud di rantau Alam Melayu iaitu

    Masyarakat Plural dan Pluraliti. Apakah faktor-faktor yang menyebabkanMasyarakat Pluraliti lebih mudah diasimilasi berbanding dengan Masyarakat

    Plural.

    Pendahuluan

    Pluralisme bukan perkara baru bagi Alam Melayu. Ianya sudah wujud sejak

    abad ke 5M lagi bila mana Alam Melayu menjadi tumpuan para pedagang Arab, Cina,

    India, Parsi dan dan kemudiannya disertai oleh penjajah Eropah. Kedatangan

    pedagang tersebut ke daerah ini adalah didorong oleh 3G (Gold, Gospel dan Glory).

    Mereka telah mewujudkan hubungan etnik yang erat menerusi pelbagai aktiviti terutama

    melalui aktiviti perdagangan.

    Maksud Plural dan Pluraliti

    Pluratili bermaksud wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat dan

    pada satu masa secara semulajadi. Ini yang berlaku dalam masyarakat melayu Melaka.

    Pluraliti budaya di Tanah Melayu pada zaman melayu Melaka merupakan hasil

    pertemuan dan pertembungan budaya besar dunia yang melahirkan fenomena sosialyang istimewa di Alam Melayu. Konsep pluraliti Alam Melayu perlu difahami sebagai

    asas untuk memberi sumbangan terhadap pembentukan masyarakat plural yang dapat

    hidup secara bersama dalam kepelbagaian.

    Plural pula bermaksud wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat

    pada suatu masa secara dirancang dan dipaksa oleh pihak-pihak tertentu yang

    berkepentingan iaitu pada era penjajahan British

    Ciri-ciri, persamaan dan perbezaan masyarakat Plural dan Pluraliti

    Ciri-ciri masyarakat pluraliti adalah bercirikan semulajadi, tanpa paksaan dan

    fleksibiliti manakala masyarakat plural pula bercirikan pemaksaan dan perbezaan.

    Persamaan yang terdapat pada dua jenis masyarakat ini ialah wujudnya sejenis

    masyarakat pelbagai bangsa seperti Melayu, China, India, Eropah, Jepun dan lain-lain.

  • 7/27/2019 Hubungan Etnik Esei Siap!!

    2/12

    Dari sudut perbezaan bagi kedua-dua jenis masyarakat ini pula ialah masyarakat

    Pluraliti terbentuk melalui proses kedatangan pedagang ke Alam Melayu melalui

    proses semulajadi tanpa sebarang paksaan. Mereka ini datang ke Tanah Melayu

    secara sukarela untuk mencari kehidupan dan kekayaan serta kedatangan mereka

    disertai oleh ahli keluarga. Dengan keadaan ini ianya secara tidak langsung menjamin

    ketengan fikiran dan perasaan para pedagang kerana ianya tidak dilakukan secara

    paksaan. Hasilnya mereka telah berjaya mewujudkan interaksi yang harmoni dengan

    penduduk, alam sekitar dan sistem yang ada pada waktu itu.

    Berbeza dengan apa yang berlaku pada masyarakat plural, kedatangan mereka

    adalah secara paksaan oleh penjajah Alam Melayu pada waktu itu. Kedatangan mereka

    adalah demi kepentingan ekonomi dan politik orang Inggeris dan kedatangn mereka ini

    tidak diserta oleh kaum keluarga masing-masing. Akibat dari perkara ini menyebabkan

    hasrat mereka untuk kembali ke tanah air masing-masing tidak pernah padam dan

    hasilnya mereka telah gagal untuk berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar serta

    sistem yang ada pada waktu itu. Dengan itu mereka telah mewujudkan kelompok

    masyarakat beserta sistem mereka sendiri. Mereka ini juga hidup dalam keadaan

    terasing daripada kelompok yang lain walaupun berada ditempat yang sama selain

    mereka ini gagal untuk mengenali antara satu sama lain.

    Pembentukan Masyarakat Pluraliti

    Faktor perdagangan menjadi punca hubungan dua hala antara China dan India.

    Alam melayu ketika zaman melayu Melaka pada waktu itu telah menjadi tempat utama

    persinggahan bagi kedua-dua pihak ini. Keadaan ini tanpa disengajakan telah

    mewujudkan pluraliti di Alam Melayu. Kemuncaknya, Alam Melayu pada abad ke 7

    Masihi telah menjadi pusat pengajian dan perkembangan ilmu pengetahuan. Dari sudut

    pemerintahan pada waktu itu pula era Melaka adalah kemuncak keagungan kerajaan

    melayu pada waktu itu. Melaka juga telah dianggap sebagai the vernice of the east.

    Masyarakat pluraliti yang wujud pada waktu itu hidup dengan aman dan damai hasil

    dari pemerintahan yang adil. Perlaksanaan hukum kanun Melaka dan undang-undang

    Laut Melaka yang berteraskan islam mampu memberi keadilan kepada masyarakat

    pluraliti Melaka pada waktu tersebut.

  • 7/27/2019 Hubungan Etnik Esei Siap!!

    3/12

    Menurut Tom Pires seorang penulis Belanda, yang dipetik oleh Zainal Abidin Abdul

    Wahid menyifatkan Melaka pada masa itu (abad ke16) Malacca is very famous and

    prosperous. In my opinion, it has no comparison in the world .. It is a city more

    suitable for trading products than any other in the world. Manakala seoranglagi penulis

    Belanda, Duarte Barbosa, pula menyifatkan Malacca is the richest port, with merchants

    who trade wholesale and obtain shipping services from all over the world.

    Antara faktor yang membawa keagungannya sehingga diberi

    jolokan The Venice of the East ialah sistem pemerintahan yang bersistematik.

    Pemerintah dan Pembesar Melaka mempunyai visi dan misi yang jelas untuk maju dan

    sekaligus untuk menjadikan Melaka sebagai tempat pertemuan pedagang timur dan

    barat. Pemerintah telah mewujudkan pelbagai jawatan penting bagi melancarkan lagi

    sistem pemerintahan seumpama jawatan Bendahara, Laksamana, Shahbandar dan

    sebagainya Di samping itu, kerajaan Melaka tidak ketinggalan mewujudkan hubungan

    diplomasi dengan kuasa besar pada masa itu. Hubungan Melaka dengan negara

    China telah membawa impak positif yang bukan sedikit baik dari segi politik mahu pun

    dari segi ekonomi. Dari segi politik, Melaka memperoleh jaminan perlindungan dari

    negara China yang menyebabkan ianya terhindar dari pencerobohan Siam. Manakala

    dari segi ekonomi pelabuhan Melaka dapat berkembang dengan pesat tanpa gangguan

    anasir-anasir luar. Pemerintahan pula dijalankan dengan cara penuh diplomasi dan

    terbuka. Perlantikan kejawatan penting dalam kerajaan adalah terbuka kepada semua

    etnik . Dalam hal ini, menurut sejarah Raja Mendeliar seorang yang berketurunan

    India pernah dilantik memegang jawatan penting di Istana Sultan. Ini sekaligus telah

    memberi peluang kepada etnik imigran untuk tinggal di Melaka, bahkan untuk

    berkahwin dengan wanita tempatan. Selain itu sistem kehakiman pada waktu itu pula

    menjalankan dan menguatkuasakan undang-undang yang tegas untuk memberi

    keadilan kepada semua penduduk dan pedagang sebagai contoh Hukum Kanun

    Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang berteraskan Islam. Dengan itu

    perdagangan dapat berkembang pesat hasil jaminan keselamatan dan undang-undang.

    Ancaman lanun dapat dikawal sepenuhnya dengan wujudnya dua undang-undang tadi

    iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Sokongan pemerintah

    dan pembesar yang proaktif seperti Laksamana, Shahbandar dan sebagainya yang

  • 7/27/2019 Hubungan Etnik Esei Siap!!

    4/12

  • 7/27/2019 Hubungan Etnik Esei Siap!!

    5/12

    kepada pemerintahan dan pentadbiran sahaja tetapi merebak kepada seluruh sistem

    hidup seperti ekonomi dan sebagainya.

    Secara umumnya imigran tersebut datang ke Tanah Melayu semata-mata untuk

    mencari kekayaan, mereka tidak berhasrat untuk menetap di sini. Walau bagaimana

    pun sesetengah daripada mereka tidak berpeluang untuk kembali ke negara asal

    mereka, lalu membentuk penempatan dan pergaulan hanya di kalangan etnik mereka

    sahaja. Mereka ini bergaul dengan masyarakat tempatan namun tidak bergabung.

    Setiap kelompok mempunyai agama, kebudayaan, bahasa, pemikiran dan cara hidup

    masing-masing. Sebagai individu mereka bertemu tetapi hanya di pasar iaitu semasa

    berjual beli. Masyarakat majmuk wujud dengan komuniti yang berlainan, tinggal sebelah

    menyebelah tetapi berasingan dalam unit politik yang sama. Malahan dalam bidang

    ekonomi terdapat pembahagian buruh mengikut bangsa. Walau pun penempatan etnik

    di Tanah Melayu secara berpola dan berasingan, namun negara terus berada dalam

    suasana aman dan harmoni hasil daripada akomodasi satu etnik dengan etnik lain.

    .

    Sistem sosial Zaman Penjajah.

    Kemasukan orang asing ke Tanah Melayu sebenarnya bermula sejak zaman

    tradisi lagi. Namun kedatangan mereka ini bertambah rancak pada zaman penjajahan

    Portugis, Belanda tetapi bertambah-tambah pada zaman British apabila Pulau Pinang

    dan Singapura diduduki British . Pada era 1870-1939 kemasukan beramai-ramai

    kerana faktor `menolak dan `menarik. Faktor menolak disini adalah seperti bencana

    alam seperti kemarau di India dan banjir di China.

    jumlah penduduk dinegara mereka yang agak ramai, kekurangan tanah untuk pertanian

    dan masalah kebuluran selain itu faktor kesempitan hidup, kemiskinan serta keadaan

    huru-hara di China merupakan faktor menolak mereka untuk masuk ke Tanah Melayu

    mengikut penjajah. Manakala faktor menariknya pula ialah bagi kaum India

    galakan daripada penjajah Inggeris untuk menjadi buruh di ladang kopi, tebu dan getah.

    Sistem Kangany telah diperkenalkan untuk membawa buruh ke Tanah Melayu secara

    sistematik (1911-1931). Faktor menarik bagi kaum Cina pula ialah. Pengaruh keluarga

    yang telah berpindah. Galakan daripada penjajah Inggeris untuk mengusahakan

    lombong bijih timah, Tanah yang luas untuk diteroka dan Undang-undang Imigresen

  • 7/27/2019 Hubungan Etnik Esei Siap!!

    6/12

    untuk melindungi buruh Cina. Dengan adanya kaum cina di Alam melayu maka

    wujudnya kawasan bandar sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk berniaga.

    Kesan dari sistem sosial zaman penjajah ini maka wujudlah masyarakat majmuk.

    Iaitu pada asalnya iaitu pada awal abad ke-19, 90% penduduk adalah bumiputera dan

    selepas itu menjadikan jumlah bumiputera kepada 45%. Pemisahan kaum melalui

    petempatan juga adalah kesan yang dikenalpasti dimana kaum Cina tinggal di kawasan

    Bandar untuk berniaga dan di kawasan perlombongan. Kaum India di kawasan lading

    getah manakala kaum Melayu pada waktu itu masih kekal tinggal di kawasan luar

    Bandar. Kesan lain yang dikenalpasti dalam sistem sosial penjajah ini ialah pemisahan

    kaum melalui kegiatan ekonomi iaitu wujud dual ekonomi, pertanian padi dan ikan

    terbiar sementara lombong dan ekonomi eksport digalakkan manakala kaum

    bumiputera tidak dilibatkan dalam ekonomi moden.

    Pemisahan melalui pendidikan dimana kaum melayu belajar di sekolah agama

    atau di sekolah Melayu dimana mereka hanya diajar bacaan dan kemahiran asas dan

    rumi. Kaum Cina dan India pula memperoleh kurikulum, buku dan guru dari negara asal

    dan melanjutkan pelajaran ke negara asal.Pendidikan Inggeris pula berasaskan gereja

    dan agama Kristian (Katolik dan Protestant ). Cara hidup pada waktu itu juga adalah ala

    Inggeris. Pemisahan Pembangunan juga berlaku dimana pembangunan lebih tertumpu

    di kawasan Bandar manakala di kawasan luar Bandar yang didiami oleh kaum

    bumiputera diabaikan.

    Berbalik kepada tajuk soalan, apakah faktor-faktor yang menyebabkan

    masyarakat pluraliti lebih mudah diasimilasi berbanding dengan masyarakat plural.

    Sebelum faktor-faktor ini dihuraikan dengan lebih lanjut, kita lihat dahulu apakah yang

    dimaksudkan dengan asimilasi.

    Konsep asimilasi

    Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan

    etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan

    identiti yang sama. Menurut Vander Zanden iaitu seorang ahli sosiologi, asimilasi ialah

    satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak

    secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.

  • 7/27/2019 Hubungan Etnik Esei Siap!!

    7/12

    Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh

    perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Proses asimilasi berlaku apabila

    wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik yang berbeza budaya bagi

    suatu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada

    kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti etnik

    majority atau terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik dan

    kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.

    Berdasarkan konsep asimilasi yang telah dihuraikan dapatlah diterangkan disini

    faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat pluraliti lebih mudah diasimilasikan

    berbanding masyarakat plural. Telah diterangkan pada perenggan awal tadi bahawa

    Masyarakat plural terdiri dari pendatang asing dari China dan India yang dibawa masuk

    demi kepentingan ekonomi politik Inggeris. Buruh-buruh cina misalnya datang bekerja

    di lombong-lombong bijih timah dan emas manakala buruh india pula bekerja diladang

    getah. Kedatangan mereka ini pula tidak diiringini oleh ahli keluarga maka kesan yang

    dihadapi ialah hasrat mereka untuk pulang ke negara asal tidak pernah padam dari jiwa

    mereka, Mereka gagal untuk berasimilasi dengan penduduk tempatan, alam sekitar

    sistem sosio politik dan agama. Atas sebab niat untuk kembali semula ke tanah air

    tidak tercapai, akhirnya mereka ini mewujudkan kelompok masyarakat dengan sistem

    sosio-politik dan agama mereka sendiri. Akibat dari itu maka wujudlah kelompok-

    kelompok masyarakat yang hidup dengan dunia mereka sendiri iaitu terasing dari

    kelompok yang lain walaupun dari tempat yang sama.

    Berbanding dengan masyarakat pluraliti mereka ini datang berdagang secara

    sukarela untuk mencari kehidupan dan kekayaan. Kedatang mereka ini adalah bersama

    ahli keluarga. Ada sesetengan dari mereka ini bersepakat untuk tinggal dan menetap di

    di Alam Melayu pada waktu itu. Keputusan secara bersama ini menyebabkan hidup

    mereka lebih tenang kerana tiada unsur-unsur paksaan. Kesan yang diperoleh dari

    keadaan tanpa paksaan ini mewujudkan interaksi yang harmonis dengan penduduk,

    alam sekitar dan sistem sosial politik dan agama di tempat baru itu. Amalan dan adat

    resam yang diamalkan oleh pendatang juga diterima pakai oleh penduduk tempatan

    seperti bersanding, menggunakan bunga manggar, bunga telor iaitu hasil asimilasi dari

    pendatang india.

  • 7/27/2019 Hubungan Etnik Esei Siap!!

    8/12

    Proses asimilasi antara golongan imigran dengan masyarakat tempatan

    Salah satu faktor dan contoh masyarakat pluraliti lebih mudah diasimilasi ialah

    melalui perdagangan dan perkahwinan. Kedatangan para pedagang asing secara

    besar-besaran dari India dan China ke rantau Alam Melayu, khususnya di Melaka untuk

    menjalankan pelbagai aktiviti perdagangan secara tidak langsung telah memberikan

    peluang kepada mereka untuk berinteraksi dengan penduduk tempatan. Interaksi

    sosial yang wujud antara pedagang asing dan penduduk tempatan telah membawa

    kepada pertembungan budaya yang berlainan. Para pedagang asing mula berusaha

    menyesuaikan diri mereka dengan keadaan tempatan, misalnya mempelajari bahasa

    tempatan dan cara hidup serta budaya orang tempatan, malah mereka turut berkahwin

    dengan orang tempatan. Namub begitu para pedagang ini masih mengekalkan identiti

    kaum masing-masing dan menganggap diri mereka sebagai orang Eropah, China atau

    India. Kehadiran imigran dari china telah mengukuhkan perhubungan diplomatik yang

    sedia terjalin melalui aktiviti perdagangan antara China dengan rantau Alam Melayu.

    Perhubungan ini dipereratkan melalui perkahwinan, misalnya perkahwinan antara

    Sultan Melaka, iaitu Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po, Puteri Maharaja

    China.

    Pedagang india turut berkahwin dengan penduduk tempatan. Sejarah Melayu

    telah meriwayatkan bahawa Mani Purindam ( pemborong batu permata ), seorang India

    Muslim telah menjadi menantu kepada Sri Nara Diraja pada zaman pemerintahan

    Sultan Mahmud Shah (1424 1444 ). Hasil perkahwinan tersebut, Tun Ali telah dilantik

    menjadi Sri Nara Diraja untuk menggantikan datuknya, dan seterusnya melahirkan

    pembesar dan pemerintah Melaka daripada keturunan Melayu Tamil. Cucunya, Raja

    Kassim telah menjadi Sultan Melaka dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah antara

    1445-1459. Keturunan Tun Ali juga telah melahirkan para pembesar seperti

    Temenggung Tun Tahir, Bendahara Tun Mutahir dan Temenggung Tun Husain.

    Sementara itu, Raja Mendaliar, seorang pedagang India telah dilantik sebagai

    Syahbandar Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah ( 1488-1511 ).

    Perkahwinan antara pedagang China dan India dengan penduduk tempatan

    telah membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk di Melaka pada masa itu.

    Perkahwinan campur tersebut secara tidak langsung telah memberikan peluang kepada

  • 7/27/2019 Hubungan Etnik Esei Siap!!

    9/12

    komuniti pedagang ini untuk memperluas aktiviti perdagangan mereka dan memegang

    beberapa jawatan penting dalam sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

    Selain dari perkahwinan sebagai contoh asimilasi masyarakat pluraliti, sebagai

    bukti bahawa masyarakat plurality lebih mudah diasimilasikan ialah melalui kewujudan

    beberapa msyarakat di Alam melayu. Masyarakat Melayu Arab misalnya yang berhijrah

    ke Melaka pada peringkat awal rata-rata terdiri daripada masyarakat pedagang. Mereka

    lebih dikenali sebagai gelaran Syed. Kebanyakan golongan Syed yang menetap di

    Alam Melayu, khususnya di Tanah Melayu berasal dari Hadramaut di selatan

    Semenanjung Arab. . Golongan Syed terdiri daripada pedagang yang berjaya dan

    ulama yang dihormati. Perkataan Syed berasal daripada arab iaitu Pengetua atau

    Pemimpin. Sayyid juga boleh membawa maksud ketua suku, bangsawan, suami, tuan

    atau gelaran untuk ahli sufi. Perhubungan rapat antara golongan ini dengan kelas

    pemerintah membolehkan mereka muncul sebagai golongan elit yang penting di Tanah

    Melayu terutamanya di kedah. Kini, golongan Syed ini lebih dikenali sebagai

    masyarakat melayu arab disebabkan perkahwinan campur yang berlaku antara orang

    Arab dan orang Melayu.

    Selain itu pembentukan masyarakat peranakan Cina seperti Baba dan Nyonya

    juga adalah contoh asimilasi pluraliti di Alam Melayu. Selepas kemangkatan

    Parameswara, perhubungan antara kerajaan Melaka dengan China diteruskan oleh

    Sultan Mahkota Iskandar Shah, Putera Parameswara. Perhubungan diplomatik ini

    menjadi lebih erat apabila Sultan Mansur Shah berkahwin dengan puteri Hang Li Po

    iaitu Puteri Maharaja China. Kedatangan Puteri Hang Li Po merupaka usaha

    pemerintah Dinasti Ming untuk menjalinkan perhubungan diplomatik secara berterusan

    dengan Melaka. Peristiwa ini menandakan bermulanya kehadiran pedagang China

    secara meluas di Alam Melayu. Pendek kata, pemerintah Melaka pada ketika itu telah

    mengambil kira kepentingan keharmonian antara kaum sehingga berusaha membentuk

    satu perhubungan diplomatik yang baik melalui perkahwinan campur. Kehadiran

    pedagang China telah membentuk sebuah komuniti baru iaitu masyarakat peranakan

    cina yang lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya. Dari segi budaya, komuniti Baba

    dan Nyonya ini telah mengalami proses akulturasi dalam budaya masyarakat tempatan

    iaitu masyarakat Melayu. Identiti utama masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka dapat

  • 7/27/2019 Hubungan Etnik Esei Siap!!

    10/12

    dilihat melalui penggunaan dialek Melayu-Baba. Ketidakupayaan komuniti ini untuk

    berbahasa Cina telah secara langsung memisahkan mereka daripada masyarakat Cina

    yang asli. Namun kehidupan mereka masih dipengaruhi adat dan budaya masyarakat

    Cina. Proses akulturasi yang dialami oleh masyarakat Baba dan Nyonya membolehkan

    mereka terus kekal sebagai subetnik dalam kategori ras Cina di Malaysia.

    Selain dari mayarakat Baba dan Nyonya, kewujudan masyarakat India-Muslim

    juga adalah salah satu contoh asimilasi yang berlaku dalam Alam Melayu. Interaksi

    sosial yang berlaku antara masyarakat Melayu di Alam Melayu dengan pedagang dari

    india telah meninggalkan kesan mendalam terhadap budaya Melayu. Perkahwinan

    campur antara orang berketurunan India dengan masyarakat tempatan telah

    membentuk sebuah masyarakat minoriti yang dikenali sebagai masyarakat India-

    Muslim. Bukan semua orang yang berketurunan india yang datang ke Alam Melayu

    berkahwin dengan wanita tempatan tetapi masyarakat India yang berhijrah ke Alam

    Melayu pada peringkat awal lazimnya terdiri daripada golongan lelaki dan kemudian

    mereka berkahwin dengan wanita tempatan. Bukti kehadiran pedagang dari india ini

    ditemukan dalam catatan sejarah Melaka. Tanjung Kling di Melaka dikatakan

    dinamakan sedemikian oleh Portugis memandangkan terdapat ramai pekerja India yang

    bekerja di tempat tersebut pada masa itu. Bahasa merupakan elemen terpenting dalam

    kehidupan masyarakat India-Muslim. Kebanyakan anggota masyarakat India-muslim

    gemar berbahasa Tamil untuk berinteraksi dalam kehidupan seharian.

    Masyarakat Peranakan Jawi juga terbentuk hasil perkahwinan antara lelaki India-

    Muslim dari selatan India dengan wanita di Pulau-Pinang. Seperti masyarakat

    peranakan Cina atau Baba Nyonya di Melaka. Bahasa melayu merupakan bahasa

    perhubungan utama di kalangan masyarakat Peranakan Jawi. Namun, sebahagian

    generasi muda Peranakan Jawi dapat memahami, malah dapat bertutur dalam bahasa

    Tamil. Salah satu perbezaan yang jelas antara masyarakat Peranakan Jawi dengan

    masyarakat India-Muslim dapat dilihat dari segi penggunaan bahawa walaupun kedua-

    dua masyarakat ini menganut agama Islam. Masyarakat peranakan jawi lebih gemar

    menggunakan bahasa melayu berbanding dengan masyarakat India-Muslim yang lebih

    gemar menggunakan bahasa Tamil.

  • 7/27/2019 Hubungan Etnik Esei Siap!!

    11/12

  • 7/27/2019 Hubungan Etnik Esei Siap!!

    12/12

    RUJUKAN

    Sabree Hussin. ( 11 oktober 2009 ). Konsep Asimilasi.

    Diambil dari http://hubungan-etnik.blogspot.com.

    Sarawakian. ( 12 Julai 2010 ). Pluraliti dan Pluralistik Di Malaysia.

    Diambil dari http://ipgktarpengajiansosial.blogspot.com.

    Shamsul Amri Baharudin. ( 2009 ). Modul Hubungan Etnik.

    Maskha Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

    Zaid Ahmad. ( 2010 ). Hubungan Etnik di Malaysia Edisi Kedua.

    Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.