hubungan antara kebimbangan terhadap matematik · pdf file2 universiti kebangsaan malaysia,...

Download HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK · PDF file2 Universiti Kebangsaan Malaysia, ... satu kajian untuk melihat kebimbangan matematik bagi pelajar Tahun 6 di sekolah rendah

If you can't read please download the document

Upload: ngothien

Post on 06-Feb-2018

244 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

  • 170

    HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

    Syed Azman Syed Ismail1, Siti Mistima Maat2

    1 IPG Kampus Raja Melewar, [email protected]

    2 Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected]

    ABSTRAK Kajian menunjukkan bahawa matematik adalah matapelajaran yang paling sukar dan ianya menakutkan pelajar berbanding matapelajaran lain. Namun demikian, kebimbangan matematik merupakan satu faktor jangkaan yang signifikan untuk membuat pengukuran terhadap pencapaian matematik pelajar. Kebimbangan matematik ini sering dikaitkan dengan pelajar sekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Oleh kerana kurang kajian yang dijalankan ke atas pelajar sekolah rendah, maka satu kajian untuk melihat hubungan antara kebimbangan matematik dengan pencapaian bagi 130 orang pelajar Tahun 6 di sekolah rendah dijalankan. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tinjauan dan pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan instrumen soal selidik. Instrumen tersebut telah diadaptasi dan diubahsuai dari instrumen Mathematics Anxiety Rating Scale (MARS). Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences for Windows (SPSS) versi 22. Dapatan kajian menunjukkan tahap kebimbangan terhadap matematik pelajar adalah sederhana. Ujian t menunjukkan tahap kebimbangan matematik tidak dipengaruh oleh faktor jantina. Ujian Korelasi Pearson pula mendapati bahawa kebimbangan matematik mempengaruhi pencapaian pelajar. Sebagai kesimpulan, guru perlu menggunakan strategi pengajaran yang terbaik dalam meningkatkan minat pelajar sekaligus dapat mengatasi perasaan bimbang mereka terhadap matapelajaran tersebut.

    Kata kunci: kebimbangan matematik, pencapaian matematik

    ABSTRACT Studies show that mathematics is the most difficult subject and it scares students compared to other subjects. However, math anxiety is a significant factor expected to measures mathematics achievement. Math anxiety is often associated with students either primary or secondary school. Due to the lack of studies conducted on students in primary school, therefore a study to examine the relationship between mathematics anxiety and achievement of 130 students in Year 6 primary school was conducted. The design of the study is survey and data collection method was carried out by using the questionnaire. The instrument in the questionnaire has been adapted and modified from the Mathematics Anxiety Rating Scale (MARS) instrument. Data then were analysed using Statistical Package for the Social Sciences for Windows (SPSS) version 22. The findings showed that the level of students anxiety towards mathematics were moderate. T test showed that the levels of mathematics anxiety is not influenced by gender. Pearson Correlation test found that mathematics anxiety affect student achievement. In conclusion, teachers should endeavour to understand mathematics anxiety and implement the best teaching strategies to overcome students fear towards mathematics.

    Keywords: mathematics anxiety, mathematics achievement

    PENGENALAN Peranan besar matematik dalam kemantapan pembangunan Negara tidak dapat dinafikan lagi. Perkara ini dapat dilihat secara nyata melalui kemajuan dan perkembangan bidang sains dan teknologi di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun Korea dan banyak lagi. Wawasan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju yang berasaskan sains dan teknologi ini telah memberikan impak yang besar terhadap peranan matapelajaran matematik. Namun demikian, fenomena isu kelemahan matematik sering menjadi tumpuan disemua peringkat pendidikan di Malaysia. Perkara ini dibuktikan dengan keputusan kajian Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) (Mullis et. al, 2016) telah mendedahkan trend kejatuhan kedudukan Malaysia untuk subjek matematik iaitu 16 (1999), 10 (2003), 20 (2007), 26 (2011) dan 22 (2015). Perkara ini terjadi kerana matematik adalah satu matapelajaran yang ditakuti pelajar dan mereka sering meluahkan perasaan

  • 171

    kerisauan yang amat dan takut mereka dengan matapelajaran matematik (Siti Zaleha, 2014). Apabila ditelititi, kebanyakan manusia menghadapi masalah kebimbangan matematik kerana pengalaman lampau mereka dalam mempelajari matematik (Arem, 2010; Eden et. al, 2013). Selain daripada itu, pelajar kita juga sering dimomokkan dengan penyataan Matematik tu susah, Kalau dari mula tak pandai matematik jangan harap mudah nak faham. Oleh itu, pelajar mula menganggap diri mereka lemah apabila mula berhadapan dengan matapelajaran matematik. Malah ada yang mengatakan matematik hanya perlu dipelajari oleh mereka yang mempunyai IQ tinggi sahaja. Mitos ini dianggap fakta oleh pelajar apabila mereka gagal dalam peperiksaan matematik dan ini menguatkan lagi persepsi dan andaian yang telah mereka bina sebelum ini. Situasi ini telah meningkatkan kepercayaan mereka bahawa mereka sememangnya lemah matematik (Sudiarta, 2012). Situasi ini dinamakan sebagai jangkaan benar (self-fulfilling prophecy) yang merupakan satu jangkaan yang tidak berasas tetapi dikatakan betul kerana telah berlaku seperti yang dijangkakan (Biggs, 2009).

    Walaubagaimanapun, matematik memang merupakan satu subjek yang dikategorikan sebagai subjek sukar. Perkara ini terbukti dalam kajian yang dijalankan oleh Dawkins (2006) menunjukkan bahawa matematik berada pada kedudukan matapelajaran yang paling sukar dan menakutkan berbanding dengan matapelajaran lain. Maka tidak hairan jika pelajar mengatakan sedemikian terhadap matapelajaran matematik. Perkara ini konsisten dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Noor Erma & Leong (2014) yang menunjukkan terdapat pelajar yang mengatakan bahawa matematik merupakan matapelajaran yang susah dan membosankan. Zainon Ismaon et. al (2013) dan Ashcraft and Krause (2007) bersependapat mengatakan bahawa semulajadi matematik itu sendiri adalah abstrak dan menjadikannya sebagai satu cabaran kognitif untuk dipelajari. Perasaan gelisah dan bimbang serta takut mulai wujud apabila pelajar memikirkan tentang matapelajaran matematik. Ini adalah satu persepsi negatif yang perlu dielakkan oleh pelajar.

    Kebimbangan boleh dikaitkan dengan psikologi dan tingkah laku seseorang. Apabila psikologi mempunyai masalah, maka perkara ini memberi kesan pada tingkah laku individu tersebut. Kebimbangan menurut Horwitz et. al. (1986) ialah perasaan tertekan, ketakutan, gementar dan bimbang yang boleh membangkitkan atau menimbulkan perasaan gementar secara automatik". Kebimbangan matematik atau kebiasaan kajian luar menggunakan istilah Mathematics Anxiety merupakan suatu perasaan tertekan dan bimbang yang mengganggu dalam manipulasi nombor dan penyelesaian masalah matematik dalam kehidupan (Marzita Puteh, 2002). Istilah kebimbangan matematik telah lama ada dalam kamus psikologi (Heydari et. al, 2013). Menurut Siti Zaleha (2014) kebimbangan matematik ialah satu perasaan tertekan, gelisah, serta keupayaan menolak pembelajaran matematik serta mana-mana yang melibatkan nombor dan angka. Kebimbangan matematik ini juga boleh menyebabkan seseorang itu lupa dan hilang keyakinan diri terhadap menyelesaikan apa jua masalah yang melibatkan pengiraan matematik. Hal ini menjadikan seseorang itu berasa takut dan fobia dengan apa sahaja yang berkaitan dengan subjek tersebut. Penyataan ini konsisten dengan kajian oleh Whyte dan Anthony (2012) yang menyatakan bahawa kebimbangan matematik dianggap sebagai rasa takut atau fobia yang menghasilkan respon negatif yang khusus untuk pembelajaran, atau pelakuan aktiviti matematik yang mengganggu prestasi. Secara amnya kebimbangan matematik ialah perasaan negatif yang melibatkan tekanan, kerisauan yang melampau, atau ketakutan terhadap matematik.

    Kebimbangan matematik menurut Kamiri dan Venkatesan (2009) telah mula dikaji pada tahun 1950-an dimana seorang guru memerhati pengajaran dan pembelajaran dalam kelasnya dan mendapati pelajarnya mengalami kesukaran dalam pembelajaran matematik (Hellum-Alexender 2010). Edgar (2016) menyatakan bahawa kebimbangan terhadap matematik telah dikaji secara meluas ekoran impaknya ke atas pencapaian pelajar. Perkara ini turut disokong oleh Muhd Rustam et. al (2014) dan mengatakan ianya sebagai faktor jangkaan yang signifikan untuk membuat pengukuran terhadap pencapaian matematik pelajar. Siti Huzaifah & Nur Shahidah (2017) menjelaskan bahawa pelajar akan mempunyai motivasi belajar yang tinggi sekiranya tiada kebimbangan matematik. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa pencapaian pelajar dapat ditingkatkan sekiranya kebimbangan matematik pelajar menurun. Perkara ini sejajar dengan hasil dapatan kajian Marzita Puteh & Siti Zaleha (2016) mendapati hubungan yang negatif antara kebimbangan matematik dan pencapaian. Kajian tersebut dilakukan kepada 190 orang pelajar tingkatan empat di Malaysia dan hasil kajian menunjukkan pelajar yang mempunyai kebimbangan matematik yang tinggi menyebabkan pencapaian matematik mereka rendah. Keputusan yang diperoleh Marzita Puteh & Siti Zaleha konsisten dengan kajian yang dilakukan oleh Arsaythamby (2010) untuk melihat hubungan korelasi antara kebimbangan dan pencapaian. Hasil dapatan menunjukkan wujud korelasi negatif antara kebimbangan dan pencapaian.

    Terdapat juga pengkaji lain yang melihat perbezaan tahap kebimbangan matematik antara jantina. Berdasarkan beberapa kajian yang lepas mendapati bahawa pelajar perempuan mempunyai kebimbangan matematik yang tinggi berbanding lelaki. Perkara ini turut disokong oleh oleh hasil dapatan kajian Devine et. al (2012) yang menunjukkan perbezaan yang signifikan kebimbangan matematik antara lelaki dan perempuan yang mana purata min menunjukkan kebimbangan matematik perempuan adalah lebih tinggi berbanding lelaki. Kebimbangan matematik sering dikaitkan dengan pelajar sekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah

  • 172

    mene