kebangkitan, tekanan dan kebimbangan dalam sukan

32
KEBANGKITAN, TEKANAN DAN KEBIMBANGAN DALAM SUKAN DISEDIAKAN OLEH: NUR AJLALI ASMAA BINTI ISMAIL

Upload: ajlali-asmaa

Post on 11-Aug-2015

216 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

KEBANGKITAN, TEKANAN DAN KEBIMBANGAN DALAM

SUKANDISEDIAKAN OLEH:

NUR AJLALI ASMAA BINTI ISMAIL

Page 2: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

Kebangkitan adalah tahap kesediaan fisiologi yang berada dalam satu kontinum dari tidur yang lena sehingga kepada keseronokkan yang terlampau. (Cox, 1998)

Kebangkitan sebagai kesediaan untuk beraksi secara fizikal, intelektual atau perseptual. (Cratty, 1989)

Kebangkitan sebagai tahap kesediaan fisiologikal untuk beraksi secara fizikal, intelektual atau perseptual yang tidak dipengaruhi oleh emosi. ( Wann, 1997)

DEFINISI KEBANGKITAN

Page 3: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

Tindakan Sistem Saraf Autonomik (SSA)

- Mengawal tindakan automatik serta fungsi luar badan

Sistem Simpatetik- Dianggap pusat kebangkitan- Menyediakan badan untuk tindakan flight or fight

Sistem Parasimpatetik- Berfungsi sebagai penenang- Menurunkan kebangkitan

PROSES KEBANGKITAN

Page 4: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

TAHAP OPTIMUM KEBANGKITANMenurut Duffy (1957), tahap kebangkitan

yang optimum sebenarnya berada dipertengahan iaitu tahap kebangkitan

yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

Tahap kebangkitan untuk rasa selamat dan sesuai untuk melakukan sesuatu

tugasan dikenali sebagai tahap kebangkitan yang optimum.

Keinginan untuk mendapatkan kebangkitan yang optimum dikenali sebagai sensoristasis. (Schultz, 1965)

Page 5: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

Pelbagai cara digunakan untuk mengesan tahap kebangkitan.

Tetapi, menurut Cox (1998), tiada satu cara yang paling tepat untuk mengukur kebangkitan.

Antara cara yang digunakan ialah :◦ Alat Elektrofisiologikal◦ Peningkatan kadar nadi

INDIKATOR KEBANGKITAN

Page 6: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

◦ Ketegangan otot◦ Pengeluaran peluh◦ Peningkatan pernafasan◦ Perlakuan yang tidak teratur◦ Percakapan yang terlalu laju◦ Hilang rentak perlakuan yang biasa

Page 7: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

Kebimbangan adalah interprestasi data negatif

yang dibuat terhadap bentuk tekanan atau bebanan yang

terdapat di persekitaran sama ada yang telah,

sedang, dan yang akan dihadapi oleh seseorang individu. (Wann, 1997)

Kebimbangan merupakan gabungan antara kesan

fisiologikal dan psikologikal yang berlaku akibat tafsiran yang dibuat oleh seseorang individu terhadap sesuatu

situasi. ( Iso-Ahola dan Hatfield, 1986)

Kebimbangan sebagai kesan reaksi emosi yang negatif

yang terhasil dari rangsangan terhadap sistem

saraf pusat (CNS) yang diluar kawalan. ( Landers

dan Boutcher, 1993)

KEBIMBANGAN

Page 8: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

JENIS-JENIS KEBIMBANGAN

Kebimbangan Seketika (State

Anxiety)- Persekitaran

Kebimbangan Kognitif- Proses mental yang bersifat kognitif yang berlaku akibat

tafsiran terhadap situasi semasa

Kebimbangan Somatik- Aspek fisiologikal dan afektif individu.- Menyebabkan berpeluh, peningkatan

kadar dengupan jantung, dll.

Kebimbangan Tret (Trait Anxiety)

- Faktor keturunan

Page 9: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

Borang Soal Selidik

Responden perlu menjawab soalan

ahaja

Membolehkan penyelidik mendapat bilangan

responden yang ramai

Pemerhatian Perubahan

Tingkah Laku

Perubahan corak pernafasan

Tangan berpeluh

Membasahkan bibir

Pemerhatian Perubahan Fisiologikal

Peningkatan kadar nadi

Perubahan tekanan darah

Tekanan pada otot

Penggunaan Alat

Telemetri

Lebih cepat

Seiring dengan pembangunan

sukan

MENGUKUR KEBANGKITAN DAN KEBIMBANGAN

Page 10: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

(Hans Selye, 1982)

TEKANAN Stress atau tekanan

merupakan respons tubuh badan tanpa emosi

terhadap bebanan atau tekanan yang dihadapi di

persekitaran .

Bentuk tekanan :Tekanan Fizikal

Berpunca dari penglibatan dalam aktiviti fizikal

Tekanan MentalRasa sedih, kecewa

dan seronokApa pun bentuk tekanan

yang dihadapi, reaksi fisiologinya tetap sama.

Tekanan dan kebangkitan mempunyai persamaan yang ketara iaitu kedua-duanya bersifat neutral serta tidak mempunyai pengaruh emosi.

Page 11: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

•Merupakan stres yang positif

•Contohnya: Seorang atlet berdebar ketika menantikan namanya diumumkan sebagai pemenang

Eustres•Merupa

kan tekanan yang berbentuk negatif

•Atlet tidak mampu menghadapi tekanan atau bebanan yang dihadapi di persekitaran.

Distres

•Merujuk kepada keadaan di mana tahap serta jumlah stres yang dihadapi melampaui kemampuan kita menangani stres tersebut.

Hyperstres

•Jumlah atau bentuk stress yang dialami tidak langsung merangsang atau membimbangkan individu tersebut.

•Kebosanan mungkin akan berlaku.

Hypostress

4 KATEGORI TEKANAN

Page 12: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

Pengaruh Persekitaran(Fizikal dan Psikologikal)

Tanggapan Individu Terhadap Pengaruh Persekitaran(Jumlah Psikologikal atau Amaran Fizikal yang Diterima)

Respons Tekanan (Fizikal dan Psikologikal) - Kebangkitan -Kebimbangan Sementara

-Tekanan Otot

Akibat Tingkah Laku(Prestasi atau Ganjaran)

4 PROSES TEKANAN

Page 13: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

Menurut Endler (1978), kebimbangan dan tekanan seketika terhasil dari gabungan lima faktor.◦ Tekanan terhadap ego

Berlaku apabila seseorang atlet tewas dengan lawannya yang lebih rendah ‘ranking’ berbandingnya.

Menyebabkan beliau tidak yakin untuk perlawanan seterusnya dan menyumbang kepada peningkatan kebimbangan.

PUNCA KEBIMBANGAN DAN TEKANAN

Page 14: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

◦ Tekanan terhadap fizikal individu Atlet berasa bimbang apabila lawannya akan

menewaskannya secara fizikal Contoh : tae kwan do Atlet akan mempunyai tahap kebimbangan seketika

yang tinggi sekiranya lawannya lagi handal.◦ Ketidaktentuan

Keputusan yang tidak pasti seperti mara ke peringkat ‘sudden death’

◦ Perubahan Sebarang bentuk yang berubah dari kebiasaan.

◦ Penilaian atau perbandingan sosial Penilaian yang dibuat dan dibandingkan dengan

orang lain.

Page 15: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

Teori Dorongan

Teori U-Terbalik

Teori Zon Berfungsi OptimumTeori Pembalikan

Catastrophe Teory

TEORI KEBIMBANGAN DAN KEBANGKITAN

Page 16: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

Diperkenalkan oleh Hull (1951) dan Spence (1956).

Asalnya, teori ini melihat perkaitan di antara stimulus dan respons dari aspek motivasi dan pembelajaran.

Dorongan atau keinginan yang kuat dikaitkan dengan kebangkitan akan menghasilkan respons yang dominan.

TEORI DORONGAN

Prestasi = kebangkitan x Tahap kemahiran

Page 17: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

Teori Dorongan ini beroperasi berdasarkan prinsip yang berikut:

◦ Peningkatan kebangkitan akan menghasilkan respons yang dominan.

◦ Respons yang dikaitkan dengan keinginan yang kuat merupakan respons yang paling dominan.

◦ Pada tahap awal pembelajaran atau untuk kemahiran yang kompleks, respons yang dominan lazimnya kurang tepat atau salah.

◦ Di tahap akhir pembelajaran atau untuk kemahiran yang mudah, respons yang dominan lazimnya tepat atau betul.

Page 18: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

Peningkatan tahap kebangkitan akan membantu atlet yang berkemahiran atau pakar tetapi mengurangkan keberkesanan atlet atau pemain muda.

Tahap kebangkitan yang rendah lazimnya meningkatkan peluang kejayaan atlet atau pemain baru serta meningkatkan kenyakinan diri.

Page 19: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

Teori ini ditolak ramai pengkaji kerana mereka berpendapat bahawa prestasi manusia akan meningkat sejajar dengan peningkatan tahap kebimbangan sehingga satu tahap.

Apabila melebihi tahap, peningkatan kebimbangan yang berterusan akan menyebabkan prestasi atlet akan jatuh.

Pre

stasi

Kebimbangan/kebangkitan

Teori Dorongan

Page 20: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

Merupakan teori yang menjelaskan tentang perkaitan di antara kebangkitan dan prestasi dalam bentuk u-terbalik.

Diperkenalkan oleh Yerkes dan Dodson (1908).

Tahap kebangkitan yang tinggi diperlukan untuk mendapatkan prestasi yang baik.

TEORI U-TERBALIK

Page 21: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

Teori ini mengatakan bahawa:

◦ Peningkatan tahap kebangkitan yang sedikit akan meningkatkan atau menurunkan sedikit prestasi atlet.

◦ Tahap kebangkitan yang sederhana menghasilkan prestasi yang optimum (Cox, 1998).

Prestasi adalah rendah apabila kebangkitan berada pada tahap yang terlalu rendah atau tinggi, manakala prestasi terbaik hanya dapat dicapai apabila kebangkitan berada pada tahap optimum.

Page 22: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan
Page 23: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

Diperkenalkan oleh psikologis sukan Rusia, Yuri Hanin.

Tahap optimum kebimbangan berasaskan situasi bagi setiap atlet adalah berbeza dengan atlet lain.

Tahap optimum kebimbangan berasaskan situasi seseorang atlet ada yang bermula pada tahap yang paling rendah sehingga yang paling tinggi.

Setiap atlet mempunyai IZOF yang tersendiri.

TEORI ZON BERFUNGSI OPTIMUM

Page 24: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

IZOF atlet yang optimum akan menghasilkan prestasi yang terbaik.

Manakala prestasi yang buruk lazimnya berlaku apabila tahap kebimbangan berasaskan situasi berada di bawah atau melepasi IZOF.

Perbezaan antara U-terbalik dengan IZOF ialah titik optimum yang menghasilkan prestasi terbaik atlet.

Titik berkenaan mungkin berada pada kontinum kebangkitan dan mungkin tidak.

Ia wujud dalam satu zon dan bukannya satu titik saja.

Page 25: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan
Page 26: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

Teori ini menjelaskan perkaitan di antara prestasi dan kebimbangan dan interprestasi individu atau atlet.

Tahap kebangkitan yang tinggi atau rendah boleh dilihat sebagai sesuatu yang positif mahupun negatif bergantung kepada situasi yang dihadapi.

Dalam mengelakkan kebimbangan, atlet biasanya ingin berada pada tahap kebangkitan yang rendah.

TEORI PEMBALIKAN

Page 27: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

Manakala, dalam mencari tahap kebangkitan, atlet lazimnya mencari keseronokan atau sesuatu yang merangsangkan.

Atlet boleh membalikkan interprestasi mereka terhadap kebangkitan.

Tahap kebangkitan tinggi atau rendah boleh ditafsirkan positif atau negatif mengikut keadaan.

Page 28: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

Diperkenalkan oleh Fazey dan Hardy (1988). Peningkatan tahap kebangkitan yang sedikit

sebenarnya memberikan kesan yang cukup besar kepada atlet yang beraksi.

Berdasarkan teori ini, kebangkitan dianggap sebagai faktor normal manakala kebimbangan kognitif dianggap sebagai faktor pemisah (Hardy, 1996).

CATASTROPHE TEORY

Page 29: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

Kebangkitan psikologi berkait dengan prestasi atlet secara inverted-u tetapi hanya apabila atlet tidak bimbang atau komponen kebimbangan kognitifnya berada pada tahap yang rendah.

Sekiranya kebimbangan kognitif tinggi, kebangkitan pula berada pada tahap permulaan, atau hanya berada pada tahap optimum, prestasi akan menurun dengan cepat.

Page 30: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

Jika tahap kebimbangan kognitif masih tinggi, penurunan tahap kebangkitan fisiologi yang tinggi diperlukan untuk mengembalikan prestasi kepada tahap penurunan prestasi pada peringkat awal.

Page 31: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan

Kebangkitan psikologi adalah kesan yang berbeza kepada prestasi bergantung kepada pengalaman kebimbangan kognitif atlet tersebut.

Kebimbangan tinggi + kebangkitan terlampau = terjadinya Catastrophe Model /

prestasi akan menurun.

Page 32: Kebangkitan, Tekanan Dan Kebimbangan Dalam Sukan