kemudian, dibelenggu pula kebimbangan bakal hamil?

2
58 SUTRA MEI 2012 sihat Usah I a bukanlah kaedah mencegah kehamilan yang rutin seperti yang dipaparkan dalam edisi lalu. Tetapi ia merupakan cara mengelak kehamilan sejurus selepas bersatu. Seseorang itu mungkin telah mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan atau mengesyaki kaedah yang digunakan ada kemungkinannya tidak akan berkesan. Sebagai contoh, kondomnya bocor atau tertanggal. Bagi wanita pula, seseorang itu mungkin terlupa memakan pil perancang keluarga secara tetap atau sebagainya. Semua itu meningkatkan risiko berlakunya kehamilan. Situasi seperti ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Bagi yang lalai dan tidak menggunakan perlindungan ketika bersatu, mencegah kehamilan secara kecemasan menjadi penting dan relevan untuk mengelak kehamilan yang tidak dirancang. Di peringkat inilah pil pencegah kehamilan secara kecemasan boleh membantu. Ia bagi memberikan diri keyakinan dan kepastian kehamilan tidak akan berlaku. Begitu juga bagi mereka yang mengamalkan kaedah semula jadi iaitu mengelak daripada mengadakan hubungan seks semasa waktu subur - ovulasi di mana wanita mengeluarkan telurnya. Jika silap menghitung hari, pil pencegah kehamilan secara kecemasan dapat membantu. Namun, harus diingat bahawa kaedah mencegah kehamilan secara kecemasan tidak harus digunakan secara tetap. Sesuai dengan namanya, ia hanya untuk kegunaan di saat-saat genting sahaja. Jika anda ingin mencegah kehamilan secara tetap, anda seharusnya menggunakan cara-cara seperti: Pil perancang keluarga Penggunaan kondom Memasang alat pencegah kehamilan di dalam rahim atau Intrauterine Contraceptive Device (IUCD) Memasukkan implan atau susuk pencegah kehamilan Suntikan ubat hormon PIL KECEMASAN Salah satu cara mencegah kehamilan secara kecemasan ialah dengan panik! Anda mengadakan hubungan intim tanpa perlindungan? Kemudian, dibelenggu pula kebimbangan bakal hamil? Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, dari Hospital Raffles, Klinik Raffles Tampines 1, DR JAZLAN JOOSOPH, mengusul huraian.

Upload: habao

Post on 28-Jan-2017

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

58 S UT R A M E I 2 012

sihat

Usah

Ia bukanlah kaedah mencegah kehamilan yang rutin seperti yang dipaparkan dalam edisi lalu. Tetapi ia merupakan cara mengelak kehamilan sejurus

selepas bersatu.Seseorang itu mungkin telah

mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan atau mengesyaki kaedah yang digunakan ada kemungkinannya tidak akan berkesan.

Sebagai contoh, kondomnya bocor atau tertanggal. Bagi wanita pula, seseorang itu mungkin terlupa memakan pil perancang keluarga secara tetap atau sebagainya.

Semua itu meningkatkan risiko berlakunya kehamilan.

Situasi seperti ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja.

Bagi yang lalai dan tidak menggunakan perlindungan ketika bersatu, mencegah kehamilan secara kecemasan menjadi penting dan relevan untuk mengelak kehamilan yang tidak dirancang.

Di peringkat inilah pil pencegah kehamilan secara kecemasan boleh membantu. Ia bagi memberikan diri keyakinan dan kepastian kehamilan tidak akan berlaku.

Begitu juga bagi mereka yang mengamalkan kaedah semula jadi iaitu mengelak daripada mengadakan

hubungan seks semasa waktu subur - ovulasi di mana wanita mengeluarkan telurnya. Jika silap menghitung hari, pil pencegah kehamilan secara kecemasan dapat membantu.

Namun, harus diingat bahawa kaedah mencegah kehamilan secara kecemasan tidak harus digunakan secara tetap. Sesuai dengan namanya, ia hanya untuk kegunaan di saat-saat genting sahaja.

Jika anda ingin mencegah kehamilan secara tetap, anda seharusnya menggunakan cara-cara seperti:

• Pil perancang keluarga

• Penggunaan kondom

• Memasang alat pencegah kehamilan di dalam rahim atau Intrauterine Contraceptive

Device (IUCD)

• Memasukkan implan atau susuk pencegah kehamilan

• Suntikan ubat hormon

PIL KECEMASAN Salah satu cara mencegah kehamilan secara kecemasan ialah dengan

panik!Anda

mengadakan hubungan intim

tanpa perlindungan? Kemudian, dibelenggu pula kebimbangan bakal hamil? Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, dari Hospital Raffl es, Klinik Raffl es Tampines 1, DR JAZLAN JOOSOPH,

mengusul huraian.

Upon approvalPlease sign:

Name and Date: AX: 8699851

We do not accept responsibility for any error,defect or inaccuracy which is not noted onthe proof. Therefore customers are advisedto thoroughly check and examine the proofprior to authorising the digital files for printing.

MAY 2012

88 TBH TBHServer 1

058-059 Sihat_May12.indd 58058-059 Sihat_May12.indd 58 4/20/12 8:05 AM4/20/12 8:05 AM

S UT R A M E I 2 012 59

mengambil pil hormon yang mampu bertindak dengan segera. Namun, ia harus diambil mengikut tempoh yang ditetapkan.

Harus diingat bahawa pil hormon kecemasan ini bukanlah pil untuk menggugurkan kandungan. Kebanyakan negara, termasuk Singapura, melarang penggunaan pil pengguguran.

Ketika mengambil pil kecemasan, kandungan atau janin masih belum terbentuk.

Ia bertindak untuk melunturkan lapisan di dalam rahim, menyebabkan pendarahan, lantas mengelakkan pertemuan antara sperma dengan telur dan penyemaian janin di dalam rahim.

Untuk siapakah pil sebegini?Pil kecemasan dianggap selamat

untuk diambil wanita:

• Di dalam lingkungan usia subur.

• Wanita yang mempunyai jumlah cahaya mata yang mencukupi.

• Mempelai yang baru mendirikan rumah tangga dan masih belum bersedia menimang cahaya mata.

• Wanita yang terlanjur dan mengadakan hubungan seks di luar nikah.

• Mangsa rogol.

Pil kecemasan wajar diambil secepat mungkin selepas mengadakan hubungan seks yang boleh menyebabkan kehamilan yang tidak diingini.

Lebih cepat ia diambil, hasilnya lebih berkesan.

JENIS-JENIS PIL

Postinor

Pil yang diberi nama Postinor, adalah antara pil pencegah kehamilan secara kecemasan yang kini terdapat di pasaran.

Ia harus diambil tidak lewat dari 72 jam atau tiga hari setelah mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan.

Pil Postinor harus diambil dalam dua sukatan.

Sebiji pil perlu dimakan dalam jarak 12 jam. Ini bermakna sebiji pil Postinor

harus diambil segera sebelum tempoh 72 jam dan sebiji lagi 12 jam kemudian.

Ia mudah dan ringkas dimakan dan biasanya dianggap selamat serta bebas daripada sebarang kesan sampingan yang membahayakan.

Ella

Pil ini disifatkan sebagai pendatang baharu yang menyertai senarai pil pencegah kehamilan secara kecemasan. Ia baharu sahaja menembusi pasaran beberapa bulan lalu.

Ella dianggap lebih baik berbanding Postinor.

Ia bertindak dengan memperlambatkan proses penghasilan telur dan ini dapat mencegah proses persenyawaan antara telur dengan sperma.

Seperti Postinor, Ella juga harus diambil dengan segera sejurus selepas mengadakan hubungan seks tanpa sebarang perlindungan.

Namun, tidak seperti Postinor, Ella berkesan jika diambil tidak lewat dari tempoh lima hari dan hanya sebiji pil Ella harus dimakan untuk mencegah kehamilan secara kecemasan.

IUCD

Selain pil kecemasan, alat pencegah kehamilan di dalam rahim atau IUCD turut boleh membantu untuk mencegah kehamilan secara kecemasan.

IUCD dapat mencegah kehamilan jika ia dipasang antara lima dengan lapan hari setelah mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan.

Satu kebaikan menggunakan kaedah IUCD untuk mencegah kehamilan secara kecemasan ialah ia boleh terus digunakan selama tiga hingga lima tahun untuk mencegah kehamilan secara tetap.

Namun, sesetengah wanita agak kurang bersikap terbuka untuk memasang IUCD apatah lagi di kalangan mereka yang belum melahirkan secara normal. Mereka lebih selesa mengambil pil kecemasan yang ringkas, mudah dan selamat.

KESAN SAMPINGAN PIL Ia disifatkan agak ringan, tidak membahayakan dan singkat.

Kemungkinan adanya kesan sampingan melalui penggunaan pil termasuk loya, pening, payudara yang lembut dan pendarahan yang tidak tetap.

Upon approvalPlease sign:

Name and Date: AX: 8699851

We do not accept responsibility for any error,defect or inaccuracy which is not noted onthe proof. Therefore customers are advisedto thoroughly check and examine the proofprior to authorising the digital files for printing.

MAY 2012

88 TBH TBHServer 1

058-059 Sihat_May12.indd 59058-059 Sihat_May12.indd 59 4/20/12 8:05 AM4/20/12 8:05 AM