hsm 313 new version

Upload: penglipur-lara

Post on 05-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 hsm 313 new version

    1/18

    1

    Pendahuluan

    Pendudukan Jepun semasa perang Pasifik (1941-1945) adalah suatu peristiwa

    yang sangat penting penulisan sejarah Malaysia secara langsung kerana

    peristiwa ini telah mengubah landskap politik sosial dan ekonomi Tanah

    Melayu secara keseluruhannya.1

    Selanjutnya, peristiwa ini juga telah

    memberi kesan terhadap masyarakat serta individu yang mengalami

    kesengsaraan daripada kekerasan jepun semasa pendudukan mereka di Tanah

    Melayu. Namun begitu, di sebalik peristiwa ini, sudah pastinya terdapat

    individu yang akan merakamkan pengalaman mereka semasa peristiwa itu

    berlangsung secara naratif sejarah khususnya bagi di dalam catatan catatan

    mereka melalui penulisan di surat khabar, majalah , surat-menyurat, memoir

    dan diari yang berkaitan langsung dengan peristiwa perang dunia kedua itu di

    samping peranan para sejarawan di dalam mengkaji pendudukan jepun di

    Tanah Melayu dan Singapura semasa perang dunia kedua itu sendiri .2

    Oleh

    itu, penulis akan cuba meneliti pengalaman seorang tokoh politik penting

    Singapura yang menjadi saksi penting di dalam peristiwa pendudukan jepun di

    Singapura iaitu Lee Kuan Yew yang menulis sebuah memoir yang bertajuk

    Memoir Lee Kuan Yew: The Singapore Story dengan memberi fokus terhadap

    pengalaman beliau semasa pendudukan Jepun . Selain itu, esei ini turut

    membandingkan penulisan ahli sejarah lain sebagai rujukan sampingan agar

    1C.M.Turnbull, History Of Singapore 1819-1975, (Kuala Lumpur: Oxford University Press,

    1977), hlm 12Ibid

  • 8/2/2019 hsm 313 new version

    2/18

    2

    dapat menilai memoir ini secara lebih cermat lagi.3

    Tetapi , sebelum

    membicarakan mengenai memoir ini, kita harus meneliti tentang maksud

    sebenar memoir agar perbincangan tentang sumber memoir ini menjadi lebih

    terperinci lagi. Memoir menurut kamus dewan bermaksud riwayat hidup yang

    ditulis oleh individu itu sendiri yang lazimnya merupakan individu penting

    dalam sesebuah negara, pertubuhan dan sebagainya.4

    Di samping itu istilah

    pendudukan pula bermaksud perihal menakluki negara lain oleh kuasa yang

    lain.5

    Tetapi secara dasarnya, esei berpendirian bahawa memoir ini

    memainkan peranan penting sebanyak sembilan puluh peratus di dalam

    mengkaji peristiwa perang dunia kedua (pendudukan jepun) di Singapura

    sungguhpun sepuluh peratus lagi penceritaan beliau boleh dipertikaikan.

    Secara keseluruhannya, penulis memoir iaitu Lee Kuan Yew telah

    memberikan suatu gambaran sebenar tentang pendudukan jepun di Singapura

    secara jelas dan tepat.

    Pendudukan Jepun Dalam Memoir Lee Kuan Yew: The

    Singapore Story

    Penulisan memoir ini dalam konteks pengalaman perang Jepun di Tanah

    Melayu dan Singapura telah dimulakan dengan beliau telah mengatakan

    3Lee Kuan Yew Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, (Singapore: Times Media

    Private Limited,1998) hlm VIII,4

    Teuku Iskandar Kamus Dewan Edisi Ketiga, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka,1998), hlm 8755

    Teuku Iskandar , Kamus Dewan Edisi Ketiga, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

    1998), Hlm 318

  • 8/2/2019 hsm 313 new version

    3/18

    3

    bahawa pada 8 Disember 1941, Singapura telah dibom oleh tentera udara

    diraja imperial jepun.

    6

    Dalam memoir ini, beliau telah menggambarkan

    keadaan dahsyatnya tindakan Jepun di dalam menjalankan peperangannya

    bagi meruntuhkan empayar British di Asia Tenggara dan seterusnya

    menakluki Tanah Melayu dan Singapura bagi kepentingan imperialisme Jepun

    dalam lingkungan persemakmuran Asia timur raya tersebut (LSKATR).7

    Jepun melancarkan peperangan bukan sahaja untuk kepentingan sumber bagi

    perindustrian Jepun tetapi juga merupakan sebahagian daripada cita-cita

    politik Jepun iaitu untuk menjadi ketua bagi kawasan Asia sungguhpun akan

    menyebabkan Jepun bertembung dengan kuasa barat.8

    Bagi Lee Kuan Yew,

    beliau menggambarkan bahawa Jepun memulakan serangan dengan

    melancarkan pengeboman ke atas Singapura pada 8 Disember 1941. Menurut

    beliau (Lee Kuan Yew) serangan udara oleh Tentera Udara diraja Jepun ini

    telah membunuh 60 orang dan mencederakan 130 orang .9

    Selain itu, serangan

    jepun di dalam memoir ini juga menunjukkan bahawa tentera udara Jepun juga

    turut memusnahkan limbungan Keppel(Keppel Harbour Docks) , kem tentera

    laut sembawang, tengah dan kem tentera udara Seletar juga turut dibom oleh

    tentera Jepun.10

    Serangan ini jika diteliti mengikut pandangan para sarjana

    6Paul.H.Kratoska, The Japanese Occupations In Malaya 1941-1945: A Social and Economic

    History,( ST Leonard: Allen and Unwind Pte Ltd, 1998), hlm 37

    Lee Kuan Yew , Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, (Singapore: Times Media

    Private Limited, 1998), hlm 13

    8 Ibid

    9Lee Kuan Yew (1998) Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, (Singapore: Times

    Media Private Limited, 1998), hlm 1310

    Ibid

  • 8/2/2019 hsm 313 new version

    4/18

    4

    sememangnya benar-benar berlaku dan serangan ini merupakan suatu strategi

    Jepun bagi memusnahkan pertahanan British di Tanah Melayu. British yang

    mengalami kekurangan senjata serta peralatan kerana terpaksa menumpukan

    kepada perang di Eropah menyebabkan Jepun mudah melaksanakan

    pengeboman Singapura dan menakluki tanah Melayu .11

    Dalam hal ini, Lee

    Kuan Yew telah mengatakan dengan tepat tentang peristiwa ini dengan jelas

    dan beliau tidak memperbesarkan peristiwa ini.

    Seterusnya, di dalam mengkaji peristiwa ini, Lee Kuan Yew juga turut

    menerangkan bahawa para pelajar Kolej Raffles ada yang pulang ke kampung

    halaman masing-masing dan ada yang memasuki pasukan perubatan sukarela

    British iaitu Medical Auxiliary Service apabila Jepun menyerang Tanah

    Melayu . dan beliau ditugaskan bagi kawasan Kolej Raffles iaitu tempat beliau

    melanjutkan pelajaran di Singapura. Beliau secara terus terang mengatakan

    bahawa beliau berbasikal dari Kolej Raffles ke rumahnya di Norfolk Road

    sejauh 3 batu.12

    Beliau bertugas sehingga 12 Februari 1942 sehingga pasukan

    ini dibubarkan. Perkara ini bagi para sarjana sememangnya berlaku semasa

    perang dunia kedua di Singapura. C.M Turnbull misalnya memberitahu

    bahawa seramai 8000 orang Singapura terlibat di dalam pasukan sukarela

    British di dalam mempertahankan Singapura. Dalam kajian beliau, Turnbull

    11C.M.Turnbull, AHistory Of Singapore, 1819-1975, (Kuala Lumpur: Oxford University

    Press,1977), hlm 17212

    Lee Kuan Yew , Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, (Singapore: Times Media

    Private Limited, 1998), hlm 14

  • 8/2/2019 hsm 313 new version

    5/18

    5

    menggambarkan bahawa seramai 500 orang terlibat di dalam pasukan

    perubatan sukarela atau MAS .

    13

    Lee Kuan Yew merupakan sebahagian

    daripada anggota pasukan perubatan sukarela tersebut. Hal ini membenarkan

    apa yang ditulis oleh beliau khususnya perang dunia kedua itu sendiri serta

    menunjukkan bahawa beliau jujur di dalam menulis memorinya khususnya

    yang berkaitan dengan zaman pendudukan Jepun itu sendiri.

    Dalam memorinya, khususnya pada bahagian penaklukan Jepun di

    Singapura, beliau menggambarkan bahawa masyarakat British dan Asia

    khususnya orang china sangat takut kepada Jepun. Beliau menerangkan di

    dalam memorinya bahawa ramai orang barat lari daripada tanah Melayu

    menuju ke Singapura. Di samping itu pula, ramai dalam kalangan mereka

    khususnya orang cina turut terlibat di dalam membantu pihak China di tanah

    besar bagi membantu Kerajaan China di dalam perang China-Jepun semenjak

    tahun 1937.14

    Ketakutan ini wujud kerana terdapatnya kebimbangan bahawa

    Jepun akan membalas dendam terhadap kaum China kerana membantu

    Kuomintang China di dalam menghadapi peperangan dengan empayar

    Jepun.15

    Lantas menyebabkan ramai kaum kulit putih dan orang Cina yang lari

    ke Singapura semasa peperangan tersebut berlaku. Gambaran ini

    menggambarkan pendirian Lee Kuan Yew terhadap Jepun. Beliau

    menganggap Jepun sebagai suatu musuh dan ini adalah pendirian orang cina

    13C.M.Turnbull, AHistory Of Singapore, 1819-1975, (Kuala Lumpur: Oxford University

    Press,1977), hlm 17714

    Ibid15

    Lee Kuan Yew , Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, ( Singapore: Times Media

    Private Limited, 1998), hlm 15

  • 8/2/2019 hsm 313 new version

    6/18

    6

    terhadap jepun itu sendiri.16

    Bagi Victor Purcell, pendirian politik orang Cina

    ini banyak berkaitan dengan masalah yang dihadapi kerajaan China seperti

    peperangan dengan pihak Jepun pada tahun 1937 lantaran kesan daripada

    peristiwa di negara China itu, masyarakat China di Tanah Melayu telah

    mendermakan wang dan menubuhkan The Chinese Distress Relief Fund untuk

    menyalurkan derma orang Cina kepada Kerajaan China bagi menghadapi

    asakan Jepun. Masyarakat Cina juga turut memulaukan barangan Jepun pada

    tahun 1937 sebagai tanda protes di atas kekejaman Jepun di negara China.17

    Oleh itu, apabila berlakunya serangan Jepun ke atas Tanah Melayu dan

    Singapura, telah timbul kebimbangan masyarakat China tentang tindakan

    Jepun terhadap mereka khususnya kebimbangan bahawa Jepun akan bertindak

    kejam ke atas penduduk Cina lalu menyebabkan sebahagian mereka lari ke

    Singapura bersama-sama dengan orang Eropah ke Singapura.

    Kekejaman Jepun di Singapura

    Pada 14 Februari 1942,peperangan di Singapura dan Tanah Melayu telah

    ditamatkan apabila tentera bersekutu yang terdiri daripada tentera British,

    Australia, India dan Rejimen Melayu telah dikalahkan oleh pihak Jepun.

    A.E.Percival telah menyerah kalah tanpa syarat kepada Jeneral Tomoyuki

    Yamashita pada tahun baru Cina tahun 1942. Bagi masyarakat cina khususnya

    16Ibid

    17Victor Purcell , Chinese In Malaya, (Kuala Lumpur: Oxford University Press,1967), hlm 45

  • 8/2/2019 hsm 313 new version

    7/18

    7

    di Singapura, hal ini adalah sesuatu yang agak malang bagi kaum Cina .18

    Dalam memoir Lee Kuan Yew, beliau menggambarkan bahawa beliau cuba

    untuk menyelamatkan dirinya dan memastikan bahawa dirinya tidak disedari

    oleh tentera Jepun. Namun beliau telah ditahan dan kempeitai telah bertindak

    menghalakan bayonet lalu menendang, menampar serta memaksanya

    melutut.19

    Di samping itu, terdapat sebahagian orang yang dipaksa melutut di

    bawah terik mentari selama berjam-jam. Dalam gambaran peristiwa ini

    terdapat suatu pemahaman bahawa Jepun bertindak zalim terhadap penulis

    sedangkan penulis memoir Lee Kuan Yew tidak bersalah apa pun kepada

    Jepun. Penulis menggambarkan bahawa sebahagian daripada sistem

    ketenteraan Jepun adalah bersikap keras dan kejam terhadap orang lain.20

    Keganasan Jepun jika diteliti daripada berbagai-bagai sudut sememangnya

    adalah sesuatu yang mustahil tidak akan berlaku. Gambaran kekejaman Jepun

    semasa Perang Pasifik(1941-1945) oleh tentera imperial diraja Jepun

    sememangnya digambarkan oleh sarjana lain. Misalnya Ooi Keat Gin

    mengatakan bahawa pihak Jepun pernah terlibat di dalam operasi yang

    menindas seperti kawad maut Bataan (1942), kawad maut Sandakan(1944)

    dan sebagainya.21

    Kekejaman jepun dalam peperangan Pasifik berlaku ekoran

    daripada semangat imperialisme Jepun yang berusaha meluaskan kuasanya di

    18Ibid

    19Lee Kuan Yew , Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, (Singapore: Times Media

    Private Limited, 1998), hlm 1620

    Ibid21

    Ooi Keat Gin, Baik Buruk Dan Dahsyat Wajah Peperangan dan Akibatnya Terhadap Asia

    Tenggara Pada Kurun Ke 20, Siri Syarahan Umum Perlantikan Profesor, (Pulau Pinang:

    Penerbitan Universiti Sains Malaysia, 2010), hlm 62

  • 8/2/2019 hsm 313 new version

    8/18

    8

    Asia. Selanjutnya, bagi pihak Jepun sendiri khususnya di dalam budaya

    ketenteraan Jepun , perkara ini bukanlah sesuatu yang menghairankan serta

    diterima oleh orang Jepun terutamanya golongan tentera.22

    Bagi masyarakat Asia khususnya di Tanah Melayu dan Singapura, Mereka

    tidak mampu menerima tindakan Jepun ini yang dianggap kejam dan tidak

    berperikemanusiaan. Dalam memoir ini, Lee Kuan Yew yang mengalami

    peristiwa ini melihatnya daripada perspektif masyarakat Asia yang bukan

    Jepun lalu menganggapnya sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

    Oleh sebab itulah, gambaran tentang Jepun adalah kejam di dalam memoir ini.

    Tetapi, secara keseluruhannya, beliau menjelaskan peristiwa ini dengan jelas

    sebagai mewakili ketidakpuasan hati masyarakat di Singapura akan tindakan

    Jepun ini dan beliau tidak mengutuk sekeras nya tindakan Jepun itu .23

    Ini

    membuktikan bahawa beliau menceritakan seperti mana pengalaman beliau

    semasa pendudukan Jepun tanpa memperbesarkan cerita kekejaman Jepun

    secara keterlaluan.

    Sook Ching: Pembunuhan Beramai-ramai di Singapura.

    Di dalam memoir Lee Kuan Yew: The Singapore Story ada mengatakan

    bahawa di Singapura, pihak Jepun telah melakukan kekejaman ke atas

    penduduk Singapura khususnya kaum China. Lee Kuan Yew menggambarkan

    bahawa tentera Jepun telah mengarahkan agar orang-orang Cina dikumpulkan

    22Ibid

    23Ibid.hlm 61

  • 8/2/2019 hsm 313 new version

    9/18

    9

    dan diperiksa oleh orang yang memakai hud yang mengenal pasti individu

    yang menjadi pembantu negara China semasa berperang dengan Jepun. Beliau

    merupakan antara individu yang terselamat daripada menjadi mangsa

    pembunuhan beramai-ramai itu.24

    Dalam memoir ini juga, Lee kuan Yew turut

    mengatakan bahawa keadaan di Singapura adalah sungguh menakutkan dan

    terdapat kebimbangan bahawa Jepun akan pergi rumah ke rumah untuk

    membuat serbuan serta menangkap sesiapa sahaja yang di syaki sebagai tali

    barut China . Memoir juga turut menekankan tentang cara kempeitai terhadap

    pemuda cina yang berkumpul akan disyaki sebagai musuh kepada Jepun. Pada

    akhir bahagian ini, beliau mendakwa seramai 50000 orang Cina yang mati

    semasa peristiwa tersebut.25

    Sebahagian besar sejarawan mengakui bahawa peristiwa pembunuhan

    beramai-ramai di Singapura pada 18 hingga 22 Februari 1942. Istilah Sook

    Ching adalah istilah Hokkien yang bermaksud aktiviti pembersihan. Istilah

    pembersihan bagi perspektif Jepun adalah bagi menghapuskan musuh atau

    elemen anti Jepun.26

    Penaklukan Singapura telah menyebabkan pihak Jepun

    berasakan bahawa mereka terdedah kepada gerakan penentangan di Singapura

    yang rata-rata penduduknya adalah berbangsa China. Oleh itu, Jepun bertindak

    melakukan Sook Ching bagi mengukuhkan kedudukan tentera Jepun di Asia

    24Lee Kuan Yew , Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, (Singapore: Times Media

    Private Limited, 1998) hlm 2125

    ibid

    26Kevin Blackburn, The collective Memory Of The Sook Ching Massacre and The Creation of

    The Civilian WarMemorial Of Singapore, Journal Of Malaysia Branch Royal Asiatic Society,

    Volume 73, 2,( Julai 2000) hlm 74

  • 8/2/2019 hsm 313 new version

    10/18

    10

    tenggara dan Singapura khususnya. Di samping itu, bagi pegawai Jepun

    seperti Jeneral Yamashita, Jeneral Tsuji, mereka merasakan perlu

    menghapuskan elemen penentangan itu dengan menumpukan kepada kaum

    China.27

    Tambahan pula, rakyat China di Singapura menunjukkan

    penentangan mereka terhadap Jepun semasa peperangan di negara China pada

    tahun 1937 yang melibatkan Jepun. Semangat patriotik kecinaan orang China

    di Tanah Melayu dan Singapura telah mendorong mereka membantu kerajaan

    Kuomintang bagi menghadapi imperialisme Jepun di China. Oleh itu, Sook

    Ching adalah suatu strategi bagi menghapuskan penentangan terhadap Jepun.28

    Oleh itu, Tentera Jepun bertindak dengan menggerakkan pembunuhan

    beramai-ramai mulai 18 Februari - 22 Februari 1942. Menurut arahan yang

    dikeluarkan oleh pemerintah tertinggi Tentera Jepun, setiap unit diarahkan

    membunuh golongan yang disenaraikan oleh pegawai tentera Jepun dan

    mereka diberi masa selama lima hari untuk melaksanakan tindakan mereka.29

    Pandangan sejarawan ini sememangnya memberikan kita suatu pemahaman

    penting bahawa penulis memoir iaitu Lee Kuan Yew sememangnya telah

    merasai sendiri pengalaman sook ching itu serta merupakan antara individu

    yang menjadi saksi penting peristiwa itu di Singapura .Lantas membuktikan

    bahawa pihak Jepun pernah melakukannya semasa menduduki Singapura

    27Ibid

    28Hayashi Hirofumi, Massacre Of The Chinese Singapore and Its Coverage, New

    Perspective on TheJapanese Occupations In Singapore 1941-1942, peny. Akashi Yoji dan

    Yoshimura Mako, (Singapore: National University Of Singapore Press,2008) hlm 236-237.29

    Kevin Blackburn, The collective Memory Of The Sook Ching Massacre and The Creation of

    The Civilian WarMemorial Of Singapore , Journal Of Malaysia Branch Royal Asiatic Society,

    73, 2, ( Julai 2000) hlm 74

  • 8/2/2019 hsm 313 new version

    11/18

    11

    semasa perang Pasifik(1941-1945). Namun begitu, di dalam mencatatkan

    pandangannya tentang sook ching, beliau agak berlebihan terutamanya apabila

    memoir membincangkan tentang jumlah kematian orang Cina di Singapura

    semasa berlakunya penyembelihan beramai-ramai tersebut. Jumlah yang

    dianggarkan oleh Lee Kuan Yew sebanyak 50000 korban jiwa itu adalah

    suatu yang agak mustahil untuk dilaksanakan di dalam tempoh yang singkat

    oleh tentera imperial Jepun (IJA).30

    Hal ini menurut Kevin Blackburn , Jepun

    sedang melaksanakan proses imperialisme di Asia lalu menyebabkan

    sebahagian besar angkatan tentera Jepun perlu di mobilisasi kan bagi

    peperangan Jepun di Asia Tenggara. Tambahan pula, pada Februari 1942,

    tentera Jepun baru mula menyerang Indonesia dan mula menumpukan

    perhatian di Burma.31

    Jika diteliti melalui rekod-rekod Jepun, pihak Jepun

    mengutarakan jumlah korban sook ching sebanyak 5000 orang sahaja. Secara

    keseluruhannya, tiada rekod rasmi yang dapat menjelaskan jumlah sebenar

    mangsa yang dibunuh oleh tentera Jepun semasa peristiwa Sook Ching itu

    berlaku. Oleh itu, pada bahagian ini, pandangan Lee Kuan Yew di dalam

    memorinya tentang jumlah mangsa kekejaman Jepun antara 18 Februari

    hingga 22 Februari 1942 boleh dipertikaikan .32

    30Lee Kuan Yew , Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, (Singapore: Times Media

    Private Limited, 1998) hlm 2231

    Kevin Blackburn, The collective Memory Of The Sook Ching Massacre and The Creation of

    The Civilian WarMemorial Of Singapore,(2000) Journal Of Malaysia Branch Royal Asiatic

    Society, 73, 2,(Julai 2000) hlm 75

    32Ibid

  • 8/2/2019 hsm 313 new version

    12/18

    12

    Kekurangan barangan keperluan dan Kewujudan Pasar

    Gelap.

    Kekurangan makanan merupakan masalah besar yang sering dicatatkan oleh

    sebahagian besar penulisan sejarah mengenai pendudukan Jepun di Singapura.

    Di dalam tulisannya, Lee Kuan Yew juga turut mencatatkan perkara ini.

    Beliau mengatakan bahawa sepanjang pendudukan Jepun di Singapura,

    sebahagian besar masyarakat bandar Singapura mengalami kekurangan

    barangan keperluan.33

    Antaranya beliau mengatakan bahawa masyarakat

    Singapura mengalami kekurangan beras serta ketiadaan sayur yang bermutu

    tinggi. Malah, harga daging adalah terlalu mahal pada waktu tersebut. Ibu

    penulis misalnya terpaksa memasak menggunakan kentang manis muda.

    Kekurangan bahan makanan menurut Lee Kuan Yew berlaku kerana beliau

    kekalahan tentera Jepun di dalam perang di Pasifik dan Midway menyebabkan

    koloni Jepun kekurangan makanan.34

    Tindakan ini menyebabkan kesusahan

    kepada masyarakat di Tanah Melayu dan Singapura kerana bahan makanan

    sememangnya amat diperlukan oleh manusia dan keadaan di Singapura adalah

    sangat meruncing semasa pendudukan Jepun. Sungguhpun di dalam memoir

    beliau menulis tentang usaha untuk menternak ayam, tetapi ketidakmampuan

    33Lee Kuan Yew , Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, (Singapore: Times Media

    Private Limited, 1998), hlm 26

    34Ibid

  • 8/2/2019 hsm 313 new version

    13/18

    13

    keluarga penulis untuk memberikan dedak kepada ayam menyukarkan usaha

    itu.

    35

    Jika merujuk kepada latar keadaan di Tanah Melayu dan Singapura semasa

    pendudukan jepun itu, sememangnya terdapat kewajaran untuk mengatakan

    bahawa kekurangan makanan semasa pendudukan Jepun adalah sesuatu yang

    normal di dalam masa pendudukan Jepun. Sebagai contoh, keadaan di Pulau

    Pinang adalah hampir sama seperti di Singapura di mana berlakunya

    kekurangan makanan. Catuan yang dibuat oleh pihak berkuasa jepun iaitu

    badan kawalan makanan tidak begitu berjaya di dalam mengatasi masalah

    ini.36

    Keadaan ini diburukkan lagi oleh masalah inflasi yang berpunca

    daripada pengeluaran wang yang berlebihan. Apabila kekurangan barangan

    sudah pastinya akan berlaku inflasi yang merencatkan kehidupan masyarakat

    bandar semasa pendudukan jepun. Menurut Paul H Kratoska, masyarakat di

    Tanah Melayu tidak mendapat bekalan beras daripada Siam dan Burma secara

    konsisten kerana kapal-kapal dagangan jepun di tenggelamkan oleh tentera

    berikat. Selain itu, dasar ekonomi kawalan juga menyebabkan masalah kepada

    penduduk bandar. Bagi Jepun, keperluan makanan sewajarnya ditumpukan

    kepada keperluan ketenteraan Jepun yang mendesak serta semua orang harus

    berkorban untuk keperluan ketenteraan Jepun. Kedua-dua faktor ini telah

    menyebabkan masalah bekalan makanan yang meruncing dalam kalangan

    35Ibid, hlm 27

    36Gumbang Pura, Masalah Inflasi di Pulau Pinang Semasa Pendudukan Jepun,

    Pendudukan Jepundi Tanah Melayu Kumpulan Esei pelajar, Peny. Paul H Kratoska dan Abu

    Talib Ahmad, (Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu kemanusiaan Universiti Sains Malaysia,

    1987). Hlm 74

  • 8/2/2019 hsm 313 new version

    14/18

    14

    masyarakat di Tanah Melayu dan Singapura khususnya masyarakat bandar.37

    Selanjutnya kajian lain yang dilakukan oleh sarjana lain turut mengutarakan

    hal yang sama. Misalnya Gumbang Putera merujuk kepada masalah inflasi di

    Pulau Pinang telah memperincikan bahawa pihak berikat telah

    menenggelamkan banyak kapal-kapal perdagangan yang menuju ke Tanah

    Melayu dan Singapura sehingga menyebabkan kekurangan makanan.

    Kekurangan makanan telah menyebabkan harga makanan menjadi sangat

    mahal.38

    Jika diteliti daripada memoir Lee Kuan Yew serta perbandingannya

    dengan pandangan para sejarawan tentang keadaan ini, sememangnya memoir

    ini tidak mengada-adakan cerita tentang masalah kekurangan bahan makanan

    tersebut. Sebaliknya memoir secara jelas telah menerangkan tentang masalah

    yang berlaku di kawasan bandar seperti di Singapura, Pulau Pinang dan

    sebagainya.39

    Pasar gelap menurut kamus dewan merujuk kepada kawasan perniagaan

    yang dijalankan secara haram tanpa mendapat kelulusan daripada kerajaan dan

    beroperasi secara haram.40

    Dalam memorinya, beliau terlibat di dalam

    perniagaan pasar gelap pada pertengahan 1944. Sungguhpun beliau menerima

    bantuan makanan seperti beras, minyak dan sebagainya. Beliau berpendapat

    37Ibid

    38Gumbang Pura, Masalah Inflasi di Pulau Pinang Semasa Pendudukan Jepun, dalam

    Pendudukan Jepundi Tanah Melayu: Kumpulan Esei Pelajar, peny. Paul H Kratoska dan Abu

    Talib Ahmad, (Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu kemanusiaan Universiti Sains Malaysia,

    1987), Hlm 77

    39Ibid

    40Teuku Iskandar , Kamus Dewan Edisi Ketiga, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

    1998), Hlm 983

  • 8/2/2019 hsm 313 new version

    15/18

    15

    bahawa gajinya di dalam pentadbiran jepun adalah tidak mencukupi kerana

    inflasi. Penglibatan beliau adalah sebagai penjual permata dan juga pembekal

    gam bagi kegunaan pejabat di Singapura.41

    penglibatan ini dilakukan oleh

    penulis memoir bersama dengan sahabatnya Nyuk Lin. Jika meninjau kepada

    latar peristiwa yang berlaku semasa pendudukan Jepun, sememangnya

    kewujudan pasar gelap merupakan sesuatu yang penting di dalam kajian

    tentang peristiwa pendudukan Jepun semasa perang Pasifik di Singapura.

    kewujudan pasar gelap berlaku kerana masalah kekurangan makanan semasa

    pendudukan jepun. Sungguhpun sudah ada sistem kawalan makanan melalui

    kupon yang dikeluarkan jepun, tidak mampu menampung permintaan yang

    meningkat.42

    Lantas sebahagian peniaga mengambil kesempatan ini bagi

    menjual barangan dengan cara haram dan penyeludupan. Tambahan pula,

    terdapat sesetengah kumiai yang terlibat dengan perkara tersebut serta rasuah

    dalam kalangan pegawai jepun itu sendiri . Kesannya pasar gelap menjadi

    sesuatu yang penting semasa penjajahan jepun atas faktor survival kehidupan

    masyarakat.43

    Oleh itu, Lee Kuan Yew telah menonjolkan suatu gambaran

    tentang aktivitinya secara jelas tanpa menafikan bahawa beliau adalah antara

    individu yang mengambil kesempatan semasa pendudukan jepun bagi

    41Lee Kuan Yew , Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, (Singapore: Times Media

    Private Limited, 1998), hlm 28-29

    42Ibid

    43 Gumbang Pura, (1987) Masalah Inflasi di Pulau Pinang Semasa Pendudukan Jepun,

    dalam Pendudukan Jepundi Tanah Melayu: Kumpulan Esei Pelajar, Peny. Paul H Kratoska

    dan Abu Talib Ahmad, Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu kemanusiaan Universiti Sains

    Malaysia. Hlm 77.

  • 8/2/2019 hsm 313 new version

    16/18

    16

    meneruskan kehidupan semasa pendudukan jepun di Singapura antara tahun

    1941-1945.

    44

    Kesimpulan.

    Penulisan memoir Lee Kuan Yew: The Singapore Story telah mendedahkan

    tentang keadaan yang berlaku semasa pendudukan Jepun di Singapura semasa

    perang Pasifik antara tahun 1941-1945 . Oleh itu, secara keseluruhannya, esei

    merumuskan bahawa penulisan memoir Lee Kuan Yew: The Singapore Story

    ini secara jujur telah menggambarkan keadaan yang berlaku di Singapura

    semasa penjajahan Jepun. Selanjutnya, memoir ini turut berjaya untuk

    membantu para sarjana untuk memahami situasi yang wujud di Singapura

    semasa pendudukan Jepun seperti kekejaman Jepun, Sook Ching, kekurangan

    makanan , kewujudan pasar gelap dan sebagainya. Sungguhpun terdapat juga

    sebahagian penceritaan Memoir ini boleh dipertikaikan, tetapi ia tidak

    menjejaskan fakta mengenai pendudukan Jepun secara keseluruhannya. Oleh

    itu, sememangnya memoir ini bukan sahaja mampu menjelaskan keadaan

    Singapura semasa pendudukan Jepun, tetapi memoir ini juga dapat digunakan

    sebagai bahan penting di dalam mengkaji sejarah Singapura semasa perang

    Pasifik (1941-1945) secara lebih teratur pada masa hadapan.

    44Ibid

  • 8/2/2019 hsm 313 new version

    17/18

    17

    Bibliografi

    Gumbang Pura. 1987. Masalah Inflasi di Pulau Pinang Semasa Pendudukan

    Jepun, ms 73-85 . Dalam Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Kumpulan

    Esei Pelajar. Disunting oleh Paul H Kratoska dan Abu Talib Ahmad, Pulau

    Pinang: Pusat Pengajian Ilmu kemanusiaan Universiti Sains Malaysia.

    Hayashi Hirofumi. 1998. Massacre Of The Chinese Singapore and Its

    Coverage, ms 234-249 Dalam: New Perspective on The Japanese

    Occupations In Singapore 1941-1942, diselenggarakan oleh Akashi Yoji dan

    Yoshimura Mako, Singapore: National University Of Singapore Press

    Kevin Blackburn. 2000. The collective Memory Of The Sook Ching Massacre

    and The Creation of The Civilian WarMemorial Of Singapore, Journal Of

    Malaysia Branch Royal Asiatic Society, 73, 2 (Julai )

    Lee Kuan Yew .1998. Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story.

    Singapore: Times Media Private Limited

    Ooi Keat Gin. 2010. Baik Buruk dan dahsyat pelbagai Wajah Peperangan

    Dan Akibatnya di Asia Tenggara Pada Kurun Ke 20, Siri Syarahan Umum

    Perlantikan Profesor, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia

    Paul.H.Kratoska. 1998. The Japanese Occupations In Malaya 1941-1945 : A

    Social andEconomic History, ST Leonard: Allen and Unwind Pte Ltd,

    Teuku Iskandar .1998. Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka

    Victor Purcell . 1967. Chinese In Malaya, Kuala Lumpur: Oxford University

    Press,

  • 8/2/2019 hsm 313 new version

    18/18

    18