kraf (new version)

of 50/50
Penyerapan Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual

Post on 25-Dec-2015

250 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

literasi bahasa

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Penyerapan Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual

DefinisiSatu mata pelajaran yang dapat memberikan peluang kepada murid-murid untuk memperkembangkan bakat semula jadi dan minat mereka dalam bidang seni serta menggalakkan mereka supaya menghargai seni dan budaya.

MatlamatMelahirkan insan yang harmonis, kritis, kreaktif dan produktif menerusi asas seni visual yang diberi.

Kandungan kurikulum berupaya membantu murid-murid meningkatkan dan menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF

Menggambar

Merupakan kegiatan melukis dan membuat gambar dengan pelbagai teknik dan menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.

Antara kegiatan dalam bidang ini seperti lukisan, catan, cetakan, kolaj, resis(lilin dengan warna air), capan, gosokan, percekan, mozek dan poster.

10

Mengenal kraf tradisional

Merupakan perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan. Biasanya diwarisi turun-temurun.

Di peringkat sekolah rendah, murid-murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti alat pertahanan diri, perhiasan diri, batik, tekat, ukiran, tenunan, anyaman dan tembikar

Aspek Estetika dalam Pendidkan Seni Visual diterjemahkan secara tidak langsung dalam beberapa bentuk ciptaan seni.Perasaan sedih, gembira, simpati, marah dan sebagainya diterjemahkan dalam bentuk karya seni untuk tatapan penonton.Ia boleh diterjemahkan dalam aktiviti seperti berikut:

1. Menekankan unsur peniruan 2.Ekspresi dalam perasaan dan emosi3.Penggunaan kaedah formalistik4. Keaslian, keunggulan idea dan gagasan bahan4 aktiviti utama:

1. Menekankan unsur peniruan Hasil seni merupakan proses peniruan alam atau peristiwa ke dalam karya seni dengan menterjemah secara langsung objek yang dilihat ke dalam bentuk gambar dan imej.Dalam pendidikan pemulihan, unsur peniruan terjadi apabila murid meniru reka bentuk abjad a hingga z pada permukaan kadbod.Permukaannya dihias dengan menggunakan pelbagai teknik seperti catan, boneka, topeng, kolaj, mozek dan sebagainya.

2.Ekspresi dalam perasaan dan emosimembantu murid untuk menterjemah perasaan suka dan duka ke dalam bentuk Seni Visual.Contohnya penggunaan topeng dan boneka dalam aktiviti bercerita akan meningkatkan penghayatan watak.Murid akan mendengar cerita hingga selesai.Akan menitiskan air mata jika penghayatan jalan cerita benar-benar memberangsangkan mereka.

3.Penggunaan kaedah formalistikPenguasaan murid-murid terhadap unsur-unsur seni seperti garisan, warna, ruang, jalinan, bentuk dan rupa.Unsur seni ditekankan semasa murid membina kad bacaan bergambar sama ada menggunakan kadbod atau kemudahan Powerpoint.Tujuannya supaya hasil mereka menarik dan membantu proses pengajaran dan pembelajaran pemulihan Bahasa Malaysia di sekolah.

4. Keaslian, keunggulan idea dan gagasan bahanMenjadi teras utama pembinaan bahan bantu mengajar untuk pemulihan Bahasa Malaysia. Murid mampu berfikir secara kritis dan kreatif untuk menghasilkan satu bahan yang menarik.Murid-murid belajar untuk menilai dan menghargai karya yang asli

Kepentingan Pendidikan Seni Visual

Pendidikan Seni Visual dalam Literasi Bahasa MelayuBahan pengajaran mestilah berguna kepada murid-muridPenglibatan murid secara maksimum semasa proses PdPProses pembelajaran perlu memasukkan unsur pemikiran kritis dan kreatif murid-muridPenggunaan bahan secara maksimum dalam proses PdP4 elemen kreatif

Mengeja dan menyebut perkataanBerdasarkan kraf

Perkataan-perkataan yang berhubung kait dengan kraf menjadi fokus.

Antaranya perkataan anyam, tikar, sulam, tenun dan seumpamanya.

Mempelbagaikan latihan murid-murid agar isi pelajaran diulang-ulang.

Anyaman

Satu proses di mana daun atau kertas dianyam secara selang-seli, turun naik ke atas dan ke bawah.

popular dalam masyarakat Melayu

digunakan sebagai alat untuk mengalas tempat duduk, bahan hiasan dan cenderamata

kelarai siku keluang (popular dan mudah dibina)

3 jenis anyaman yang boleh diaplikasikan (bahan bantu mengajar)

Anyaman kertas warna

kad imbasan yang dibina memerlukan beberapa kertas warna dari majalah warna-warni yang dipotong dalam bentuk lembaran-lembaran.

boleh dibuat dalam dua bentuk iaitu menggunakan teknik tampalan dan menggunakan teknik tebukan.

a) Teknik tampalan Guru membuat anyaman terlebih dahulu dengan lebar keseluruhan menyamai kertas bersaiz A4.

Seterusnya, menggunting menggunakan saiz huruf yang dikehendaki.

Tampalkan huruf berkenaan pada kadbod

Akhirnya, kadbod dibalut dengan plastik lut sinar.

b) Teknik tebukan Guru menebuk garisan yang telah diakar mengikut bentuk huruf yang dikehendaki menggunakan pisau dengan cermat.

Anyam lembaran kertas warna secara berselang-seli pada kertas yang telah ditebuk

Tampalkan pada kadbod dan dibalut dengan plastik lut sinar

Anyaman reben sediakan dua warna reben yang berbeza warna lakukan anyaman berselang-seli membentuk tikar kecil dengan menggunakan gam yang sesuai Gunting hasil anyaman mengikut bentuk huruf Lekatkan hasil pada kadbod putih Balutkan hasil dengan menggunakan plastic lut sinar

Anyaman daun mengkuang

Sediakan dua daun mengkuang yang berbeza Lakukan anyaman berselang-seli membentuk tikar kecil dan gam dengan kemas menggunting menggunakan saiz huruf yang dikehendaki. Lekatkan huruf berkenaan pada kadbod Balutkan kadbod dengan plastik lut sinar

Ukiran

Merupakan tradisi Melayu yang terulung.

Wujud 500 tahun lebih dahulu.

Seni ukiran tertua di dunia.

Ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman

Alatan yang digunakan gergaji, ketam, tukul besi, pahat.

Motif makhluk halus

Motif angkasa

Motif geometri

Motif seni khat

Jenis ukiran

Mengemaskan almari

Aktiviti 3: Mengemaskan almariSemua murid dikehendaki melukis bentuk seluar di atas surat khabar.Guntingkan bentuk seluar tersebut. Kemudian, pasangkan tali. Para murid diberi kebebasan untuk mereka seluar yang digemari.Seterusnya, guntingkan huruf-huruf yang terdapat di atas anyaman kertas warna sebelum melekat di atas seluar.

4. Setelah semua murid menyiapkan tugasan, guru memberitahu murid bahawa perkataan seluar harus ada di dalam almari.

5. Para murid menuju ke hadapan seorang demi seorang dan menyangkutkan huruf demi huruf perkataan seluar di almari yang terdapat di depan kelas.

6. Almari tersebut haruslah mengandungi enam huruf, iaitu s, e, l,u, a, r yang menghasilkan perkataan seluar.

7. Setiap kumpulan yang terdiri daripada enam murid diminta mengeja perkataan tersebut.

SELUAR

Mana bendera di kapal?

Aktiviti 4 Mana bendera di kapal?Sekumpulan pelayar mendapati bendera yang berkibaran di atas kapal hilang ketika mereka bersedia untuk berlayar. Kehilangan bendera menyebabkan mereka tidak boleh memulakan pelayaran. Oleh itu, murid-murid dikehendaki membantu mereka membuat bendera.

Murid-murid dibahagikan kepada 3 kumpulan dengan setiap kumpulan enam orang.

Setiap kumpulan dikehendaki memasukkan enam bendera yang memaparkan huruf k. a, p, a, l dan corak kapal kecil ke dalam kapal.

Terlebih dahulu, murid berbincang tentang pengagihan tugas, iaitu lima orang menulis huruf-huruf yang disenaraikan dan seorang lagi melukis bentuk kapal kecil.

4. Kemudian, setiap murid menghasilkan bendera masing-masing yang mempunyai huruf dan corak kapal kecil. 5. Selepas itu, huruf-huruf dan kapal kecil dimasukkan ke dalam kapal model yang disediakan oleh guru. 6. Akhir sekali, setiap kumpulan menghantarkan kapal yang disiapkan.7. Ketiga-tiga kumpulan diminta berdiri untuk mengeja perkataan tersebut secara giliran.

Ukiran rotiLangkah 1: Murid-murid dibahagi kepada 3 kumpulan.Langkah 2: Setiap murid diberi satu keping roti dan satu batang lidi.Langkah 3: Sebelum murid-murid mula aktiviti ini, mereka dikehendaki memakai sarung tangan dahulu.Langkah 4: Setiap murid dikehendaki untuk mengukir satu huruf pada satu keping roti.Langkah 5: Setiap kumpulan perlu menghasilkan enam huruf untuk perkataan payung

Langkah 6: Murid-murid diminta untuk makan huruf yang diukir.Langkah 7: Selepas makan, murid-murid perlu mengeja dan menyebut perkataan yang diukir.

Ukiran tanah liatLangkah 1: Murid-murid dibahagi kepada 3 kumpulan.Langkah 2: Setiap murid diberi satu ketul tanah liat.Langkah 3: Murid- murid diberi perkataan haiwan.Langkah 3: Murid murid dikehendaki untuk mengukir gambar haiwan kesayangan mereka.Langkah 4: Selepas itu, murid perlulah menunjukkan gambar tersebut kepada rakan-rakan dalam kelas dan menerangkan gambar tersebut.

Rumusan : (Perkataan )almarikapalhaiwanpayung

Rumusan:selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaanmurid berasa seronok, tidak stress dan menggalakkan penglibatan muridmenjadikan pengajaran lebih dinamik, bervariasi dan penguasaan pelbagai ilmumenghasilkan tugasan dengan prinsip rekaan yang harmoni, imbangan, kontra dan kepelbagaiankombinasi.

selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (KPM 2010) yang menggalakkan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam berapa mata pelajaran menekankan konsep 5P iaitu penggabungjalinan,penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian.

50