definisi bahasa full version

Upload: esyam-shah

Post on 10-Oct-2015

64 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

oleh shahrul hisyam

TRANSCRIPT

DEFINISI BAHASA DAN LINGUISTIK

DEFINISI BAHASA DAN LINGUISTIKDISEDIAKAN OLEH: SHAHRUL HISYAM NOR SHAFIRADefinisi BahasaBahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi.Kamus Dewan edisi ketiga (1996:87) bahawa bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.

Beberapa pendapat mengenai bahasaAbdullah Hassan (1984:14) berpendapat dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat perhubunganRaminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985:40) banyak dasar yang boleh dijadikan asas untuk mendefinisikan bahasa. Sesetengah orang mendefinisikan bahasa dari sudut fungsi bahasa itu sendiri. Bagi mereka bahasa merupakan alat perhubungan atau komunikasi.

Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam sekali lagi memberi definisi bahawa bahasa sebagai alat untuk menyatakan perasaan, pendapat, fikiran dan sebagainya.

Edward Sapir menjelaskan bahasa ialah suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrari untuk menyampaikan fikiran dan perasaan.

Asmah Omar (1983: 376) bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia. Disebalik ciri fizikal ini terdapat makna.DEFINISI LINGUISTIKKata linguistik (linguistics-Inggris) berasaldari bahasa Latinlinguayang berertibahasa. Dalam bahasa Perancislangage-langue; Italialingua; Spanyollenguadan Inggerislanguage.Akhiran ics dalam linguisticsberfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu, yang bererti ilmu tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physicsdan lain-lain

Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa (Abdullah Hassan, 1984: 2)Linguistik ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain.Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, didengar.

STRUKTUR BAHASA

(A. Hamid Hasan Lubis, (1994: 132).

Hubungan paradigmatik dan sintagmatikHubungan sintagmatikHubungan sintagmatik adalah hubungan antara unsur-unsur yang terdapat dalam suatu tuturan, yang tersusun secara berurutan, bersifat linear. Hubungan sintagmatik ini terdapat, baik dalam tataran fonologi, morfologi, ataupun sintaksis. Tataran fonologiHubungan dalam tataran fonologi boleh dilihat pada urutan fonem-fonem pada sebuah kata yang tidak dapat diubah tanpa merosakkan makna kata itu. Umpamanya pada kata kita, terdapat hubungan fonem-fonem dengan urutan / k, i, t, a. Apabila urutannya diubah, maka maknanya akan berubah, atau tidak bermakna sama sekali.

Contoh : kita, kiat, kati, kait, ikat

Tataran morfologiHubungan dalam tataran morfologi boleh dilihat pada urutan morfem-morfem pada suatu kata, yang juga tidak dapat diubah tanpa merosakkan makna daripada kata tersebut. Ada kalanya maknanya berubah dan ada kalanya tidak mempunyai makna langsung.Contoh:segi tiga, tiga segi, Tataran sintaksisHubungan sintagmatik pada tataran sintaksis boleh dilihat pada urutan kata-kata yang mungkin dapat diubah, tetapi mungkin juga tidak dapat diubah tanpa mengubah makna ayat tersebut, atau menyebabkan tak bermakna sama sekali.Contoh:Hari ini barangkali dia sakitBarangkali dia sakit hari iniDia sakit hari ini barangkaliDia sakit barangkali hari ini.

Hubungan paradigmatikHubungan paradigmatik adalah hubungan antara unsur-unsur yang terdapat dapal suatu tuturan dengan unsur-unsur sejenis yang tidak terdapat dalam tuturan yang bersangkutan. Hubungan paradigmatik dapat dilihat dengan cara penggantian, baik pada tataran fonologi, morfologi mahupun sintasksis.Tataran fonologiAntara bunyi /r/, /k/, /b/, /m/, dan /d/ yang terdapat pada perkataan rata, kata, bata, mata, dan data.Tataran morfologiHubungan paradigmatik pada tataran morfologi dapat dilihat pada contoh perfiks me- di-, pe-, dan te- yang terdapat pada kata-kata merawat, dirawat, pesawat, dan terawat. Tataran sintaksisH ubungan paradigmatik pada tataran sintaksis dapat dilihat pada, Contoh:Ahmad membaca bukuKucing melaw an ayam

Kesimpulan Hubungan sintagmatik dan paradigmatik adalah hubungan secara mendatar atau secara linear tetapi hubungan paradigmatik bermaksud hubungannya adalah secara mengufuk.

BAHAGIAN BAHASA

SIFAT BAHASA