types of gear-bm version

3
ENGINEERING DEPARTMENT Modul Latihan: Jenis-jenis Gear 1) Gear Gear berfungsi untuk melakukan pemindahan pergerakan mekanikal, samada dari segi kelajuan, arah putaran atau arah pergerakkan. Disamping itu, pengunaan konsep gear mampu untuk mengurangkan pengunaan tenaga input. 1.1) Gear Spur, Helical dan Herringbone a) Gear Spur Gigi gear selari dengan paksi gear. Gear jenis ini lebih mudah dan murah untuk dihasilkan. Gear Spur b) Gear Helical Gigi gear mempunyai sudut helix dengan paksi gear. Lebih mahal dari Gear Spur. Pergerakkan Gear Helical lebih senyap dan lancar berbanding Gear Spur. Gear Helical Paksi Selari Gear Herringbone Gear Helical Paksi Bersilang c) Gear Herringbone Paksi gear Paksi gigi

Upload: satrianaga

Post on 12-Jun-2015

2.698 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

1) Gear Gear berfungsi untuk melakukan pemindahan pergerakan mekanikal, samada dari segi kelajuan, arah putaran atau arah pergerakkan. Disamping itu, pengunaan konsep gear mampu untuk mengurangkan pengunaan tenaga input.

TRANSCRIPT

Page 1: Types of Gear-BM Version

ENGINEERING DEPARTMENT

Modul Latihan: Jenis-jenis Gear

1) Gear Gear berfungsi untuk melakukan pemindahan pergerakan mekanikal, samada dari segi kelajuan, arah putaran atau arah pergerakkan. Disamping itu, pengunaan konsep gear mampu untuk mengurangkan pengunaan tenaga input.

1.1) Gear Spur, Helical dan Herringbone

a) Gear Spur Gigi gear selari dengan paksi gear. Gear jenis ini lebih mudah dan murah untuk dihasilkan.

Gear Spur

b) Gear Helical Gigi gear mempunyai sudut helix dengan paksi gear. Lebih mahal dari Gear Spur. Pergerakkan Gear Helical lebih senyap dan lancar berbanding Gear Spur.

Gear Helical Paksi Selari Gear Herringbone

Gear Helical Paksi Bersilang

Paksi gear

Paksi gigi gear

Page 2: Types of Gear-BM Version

ENGINEERING DEPARTMENT

c) Gear Herringbone Hasil dari gabungan 2 Gear Helical yang bertentangan arah kiri dan kanan pada shaft yang sama. Kelebihan gear ini berbanding helical adalah, ia dapat membatalkan daya tujahan pada paksi gear

yang terhasil pada Gear Helical. Gear jenis ini lebih mahal dari Gear Helical. Hanya digunakan untuk pengunaan kuasa yang besar seperti ship drive.

d) Kecekapan GearKecekapan bermaksud kemampuan sesuatu sistem untk menghasilkan output pada nilai input yang

terendah. Kecekapan juga dipanggil sebagai efficiency.

Kecekapan untuk Gear Spur adalah diantara 98 ~ 99%. Kecekapan untuk Gear Helical lebih kecil dari Gear Spur. Ini kerana geseran sepanjang

sudut helix dan daya tujahan yang terhasil pada paksi gear. Kecekapan Gear Helical Selari diantara 96 ~ 98%. Kecekapan Gear Helical Bersilang diantara 50 ~ 90%.

1.2) Worm dan Worm GearGear jenis ini adalah hasil dari pengubahsuaian sudut helix pada Gear Helical. Penggunaan gear

jenis ini dapat mengelakkan sistem daripada berlakunya backdrive. Disamping itu, gear ini dapat beroperasi pada beban yang tinggi. Kecekapan gear ini dalam lingkungan 40 ~ 85%.

Worm & Worm Gear

1.3) Rack dan PinionKebanyakkan aplikasi yang mengunakan sistem ini adalah untuk menukarkan mekanisma

pergerakkan putaran kepada pergerakkan garis lurus. Sistem ini boleh berlaku backdrive, jadi ia memerlukan brake jika ia digunakan untuk memegang beban.

Rack dan Pinion

1.4) Gear Bevel

Kecekapan = Output/Input

Nisbah Set Gear = 1/Jumlah gigi

worm gearWorm Gear

Worm

Page 3: Types of Gear-BM Version

ENGINEERING DEPARTMENT

Kelebihan Gear Bevel adalah ia mampu untuk membuat pemdahan pergerakkan pada pelbagai sudut bergantung kepada dimension Gear Bevel. Terdapat 2 jenis bevel gear iaitu;

i) Gear Bevelii) Gear Bevel Spiral

Kelebihan dan kekurangan pada Gear Bevel dan gear Bevel Spiral adalah serupa seperti kelebihan dan kekurangan pada Gear Spur dan Helical.

Gear Bevel Gear Bevel Spiral

Cara Penyusunan Gear Bevel