hoki

12
KEMAHIRAN MENJAGA GOL

Upload: aliaa-iryani

Post on 21-Nov-2015

246 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

hoki

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

KEMAHIRAN MENJAGA GOLCara Berdiri(Stance)

Cara berdiri penjaga gol dalam posisi bersedia adalah seperti duduk dengan kakidirapatkan, lutut dikendurkan dan berat badan di hadapan.Badan membongkok sedikit dan kepala pandang ke hadapan.Tangan kiri dihulur ke tepi sambil siku bengkok sedikit dan tapak tangan menghalake hadapan.Kayu dipegang di bahagian tengah dengan tangan kanan pada paras pinggang dengan bahagian leper kayu menghadap ke haMenahan bola

Menahan bola dilakukan untuk mengawal bola. Bola yang ditahan dengan betul membolehkan pemain bertindak sama ada untuk membuat hantaran, menggelecek atau menjaringkan gol. Kemahiran ini selalunya bertujuan untuk menerima hantaran dari rakan atau menahan bola yang dipukul oleh pihak lawan daripada menjaringkan golCara memegang kayu semasa menahan bola adalah sama seperti memegang kayu semasa membuat tolakan. Caranya ialahApabila bola menujuke arah pemain, gerakkankaki kiri kehadapan. Arahkanbahagian hadapan kayu ke arah bola yang datang.Bongkokkan badan apabila bola menghampiri dan condongkan kayu kehadapan dengan tangan kiri berada di hadapan tangan kanan.Tangan kanan mengawal pergerakan kayu samaada ke kiri atau kekanan. Ia bergantung kepada arah bola yang datang.Sekiranya bola datang ke arah kanan, pastikan kaki kanan berada dihadapan. Jika bola datang ke arah kiri, pastikan kaki kiri di hadapan

Jika bola yang ditahan melantun, tahan semula bola itu dan teruskan permainan.Gunakan tapak tangan untuk menahan bola yang datang pada ketinggian paras bahu dan pastikan bola yang ditahan jatuh lurus secara lurus ke tanahDouble padding :Kedudukannya sama seperti posisi bersedia. Teknik ini melibatkan penggunaan kedua-dua kaki sebagai benteng menahan bola. Single padding Teknik menahan bola yang menggunakan sebelah kaki

MenggelongsorMenggelongsor untuk menahan bola Jangka masa yang baik untuk membuat lunsuran adalah penting supaya bola dapat ditepis dengan tapak kasut. Biasanya penjaga gol terpaksa menggelongsor apabila ia telah keluar untuk menyekat serangan ke pintu gol dalam keadaan satu lawan satu. Penjaga gol juga perlu menggelongsor apabila bola melintas ke sebelah kiri atau kanan.

Menendang bola

Seseorang penjaga gol mestilah mempunyai kebolehan menendang bola denganyakin dan dengan menggunakan kedua-dua belah kakinya.Kebanyakan penjaga gol lebih gemar menggunakan sebelah kaki.Oleh itu, kaki yang lemah itu tidak dapat menendang dengan sempurna dam ini boleh mengakibatkan golBola yang menuju ke pintu gol boleh ditendang oleh penjaga gol sebagai satu cara menggagalkan jaringan. Biasanya bola yang meleret ditendang oleh penjaga gol. Teknik asas hampir sama dengan menendang bola sepak.Jika bola bergerak laju ke pintu, penjaga gol sepatutnya menahan bola terlebih dahulu sebelum menendangPukulan sudut panjang

Semasa pukulan penalti diambil,penjaga gol berdiri di atas garisan gol,tumit diatas garisan adalah dibenarkan. Dia tidak boleh menggerakkan kakinya,sehinggalah bola dipukul. Pemain yang mengambil pukulan penalti seharusnya berdiri dekat dengan bola. Dia dibenarkan melangkah selangkah ke depan apabila membuat pukulan. Penjaga gol harus peka dengan keadaan sekeliling supaya bola tidak terlepas masuk ke dalam gol. Pukulan sudut pendek

Sebarang kesalahan yang dilakukan secara sengaja oleh salah seorang pemain di kawasan D membolehkan pasukan lawannya memperoleh pukulan sudut jarak dekat.Pukulan ini dilakukan dengan menolak bola yang diletakkan pada jarak sembilan meter dari tiang gol. Pemain ini akan menolak bola ke arah rakannya yang berada di luar kawasan D.Pemain yang menerima bola yang dipukul perlu menahan bola terlebih dahulu sebelum memukul bola ke arah gol. Pemain-pemain lawan yang bertahan dikawasan gol tidak boleh menerpa ke arah bola sebelum pemain tadi menolak bola.Penjaga gol harus berada dalam keadaan sedia untuk menghalang bola dari masuk ke dalam gol.

Penalti flick

Flick merupakan salah satu kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh para pemain dalam permainan hoki. Ia amat diperlukan untukpenalti strok hantaran-hantaran di mana terdapat pihak lawan yang baik menyekat bolamenjaringkan golPukulan penalti akan diberikan oleh pasukan lawan sekiranya pasukan yang bertahan membuat kesalahan yang berat di dalam kawasan D. Bola diletakkan pada jarak 6.3 meter di hadapan pintu gol.Pukulan boleh dibuat dengan menceduk(scoop), menguis(flick) atau menolak bola secara terus ke dalam gol. Tiada seorang pun daripada pemain-pemain lain boleh berada di dalam kawasan penalti. Hanya pemain yang mengambil pukulan dan penjaga gol sahaja yang boleh berada di dalam kawasan penalti