hoki rumusan

4
Rumusan Kesimpulannya, terdapat berbagai-bagai sistem pertandingan dalam permainan hoki. Contohnya, sistem liga, sistem separuh liga, sistem liga 4 kumpulan, sistem kalah mati sekali, sistem kalah mati 2 kali, sistem kalah mati dengan sagu hati, sistem piramid, sistem tangga dan sistem serombong atau corong. Kita boleh mengelolakan pertandingan mengunakan pelbagai jenis sistem yang sememangnya berbeza. Sebagai contoh, dalam sistem piramid yang menjadi fokus utama dalam tugasan ini telah menjelaskan cara sistem ini berfungsi dengan lanjut. Sememangnya terdapat banyak cara yang kita boleh praktikkan dalam pengelolaan pertandingan di mana setiap sistem mempunyai keunikkan masing-masing. Sistem piramid amat unik kerana kebanyakkan pertandingan yang menggunakan sistem ini ialah pertandingan yang melibatkan individu. Namun dalam tugasan ini, tumpuan diberikan kepada permainan hoki yang juga merupakan aktiviti berpasukan. Tugasan ini memperlihatkan adaptasi sistem piramid dalam pengelolaan pertandingan hoki. Selain itu, kita juga mempraktikkan sistem serombong dan sistem tangga dalam pengelolaan pertandingan hoki. Secara tuntasnya, banyak sistem yang kita boleh praktikkan kerana setiap sistem pertandingan mempunyai ciri-ciri yang berbeza antara satu sama lain bergantung kepada jenis pertandingan.

Upload: swa-ming-jian

Post on 28-Sep-2015

439 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Hoki Rumusan

TRANSCRIPT

Rumusan

Kesimpulannya, terdapat berbagai-bagai sistem pertandingan dalam permainan hoki. Contohnya, sistem liga, sistem separuh liga, sistem liga 4 kumpulan, sistem kalah mati sekali, sistem kalah mati 2 kali, sistem kalah mati dengan sagu hati, sistem piramid, sistem tangga dan sistem serombong atau corong. Kita boleh mengelolakan pertandingan mengunakan pelbagai jenis sistem yang sememangnya berbeza. Sebagai contoh, dalam sistem piramid yang menjadi fokus utama dalam tugasan ini telah menjelaskan cara sistem ini berfungsi dengan lanjut.

Sememangnya terdapat banyak cara yang kita boleh praktikkan dalam pengelolaan pertandingan di mana setiap sistem mempunyai keunikkan masing-masing. Sistem piramid amat unik kerana kebanyakkan pertandingan yang menggunakan sistem ini ialah pertandingan yang melibatkan individu. Namun dalam tugasan ini, tumpuan diberikan kepada permainan hoki yang juga merupakan aktiviti berpasukan. Tugasan ini memperlihatkan adaptasi sistem piramid dalam pengelolaan pertandingan hoki. Selain itu, kita juga mempraktikkan sistem serombong dan sistem tangga dalam pengelolaan pertandingan hoki. Secara tuntasnya, banyak sistem yang kita boleh praktikkan kerana setiap sistem pertandingan mempunyai ciri-ciri yang berbeza antara satu sama lain bergantung kepada jenis pertandingan.

Permainan hoki ini telah dikenali umum dan terkenal pada persada dunia. Sekarang banyak pertandingan hoki banyak dianjurkan pada peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan sekolah. Tidak dilupakan bahawa banyak bakat-bakat telah dicungkil melalui pertandingan hoki ini, sememangnya bakat-bakat muda amat penting dalam mempelopori skuad senior negara kita. Mereka akan menjadi perintis kepada skuad kebangsaan kelak. Di samping itu, kemahiran mengelolakan pertandingan amat penting untuk kita sebagai guru kerana kemahiran ini pasti berguna kelak. Pengetahuan yang mendalam dalam mengelolakan pertandingan bukan sahaja boleh mematangkan diri sendiri malah boleh mengajar kami tentang kaedah terbaik dalam menguruskan kelas mahupun organisasi yang lebih besar kelak. REFLEKSING XUE JING Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Rosmadi bin Dollah, pensyarah mata pelajaran permainan hoki saya kerana beliau telah banyak membantu saya semasa saya proses menyiapkan tugasan projek ini. Dalam pelancaran tugasan ini, saya dan ahli kumpulan saya telah banyak berinteraksi dengan Encik Rosmadi untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya menghasilkan satu tugasan yang tepat. Bantuan dan dorongan daripada kawan-kawan juga amat saya hargai, terutamanya ialah rakan sekumpulan saya iaitu Nurul Amirah binti Zulkepeli dan Shereen Farzaana binti Mohd Hanifah.

Melalui tugasan ini, saya dapat lebih mengenali tentang sistem pertandingan dan cara-cara pengelolaan pertandingan menggunakan pelbagai sistem. Saya lebih memahami tentang cara-cara pengelolaan pertandingan hoki. Tidak dapat dinafikan bahawa saya telah memahami dengan lebih lanjut tentang permainan hoki. Secara jujur, saya amat bertuah kerana diberi peluang mempelajari permainan hoki pada semester ini. Saya berasakan peluang mempelajari permainan hoki ini hanya akan hadir sewaktu saya berada di dalam IPG dan peluang ini tidak akan saya sia-siakan sahaja malah saya berjanji akan berusaha menguasai segala kemahiran-kemahiran asas yang ada dalam permainan ini.

Saya memulakan tugasan saya dengan menggunakan wifi IPG KKB untuk melayari internet supaya memperolehi maklumat yang berkaitan dengan tugasan projek saya. Namun begitu, terdapat juga halangan kerana ada website yang diblokkan dan tidak dapat dibuka. Di samping itu, saya juga pergi ke perpustakaan IPG KKB untuk mencari maklumat tugasan saya yang berkaitan dengan sistem pertandingan piramid. Kepelbagaian buku-buku rujukan di perpustakaan telah memudahkan saya dalam proses pencarian maklumat.

Mengikut sistem MQA yang terkini, borang kolaborasi sudah tidak perlu digunakan. Walaubagaimanapun, saya dengan ahli kumpulan saya juga banyak kolaborasi dengan pensyarah-pensyarah yang lain dari Jabatan GERKO untuk mendapatkan tunjuk ajar dan memberikan sedikit maklumat yang dapat membantu saya untuk melaksanakan tugasan projek ini. Namun saya berasa amat bertuah kerana sikap peramah dan mudah dirapati kebanyakkan pensyarah. Mereka sanggup meluangkan masa bagi menjawab setiap soalan yang diajukan. Saya amat menghargai segala input yang telah diberi itu.

Secara tuntasnya, saya dapat lebih mengenali dan memahami tentang sistem ppertandingan yang bervariasi yang berperanan penting dalam pengelolaan sebarang pertandingan melalui tugasan projek ini. Kita sememangnya perlu mengenali cara pengelolaan pertandingan kerana ilmu ini pasti akan digunakan balik semasa kita menjadi guru kelak. Ilmu tentang sistem pertandingan juga telah saya timbakan melalui tugasan yang banyak mendatangkan faedah ini. Sebagai seorang bakal guru, kita patutlah menghargai ilmu ini dan memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya.