hns2013 kenegaraan

10
HNS2013 KENEGARAAN KUMPULAN 8 ISU PEMERDAGANGAN DAN PENYELUDUPAN MANUSIA

Upload: tg-huda-eg-hadi

Post on 07-Aug-2015

31 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hns2013 kenegaraan

HNS2013 KENEGARAANKUMPULAN 8

ISU PEMERDAGANGAN DAN PENYELUDUPAN MANUSIA

Page 2: Hns2013 kenegaraan

ISU PEMERDAGANGAN DAN PENYELUDUPAN MANUSIA

Tertangkapnya anasir militan antarabangsa baru-baru ini, keselamatan negara semakin tercabar. Perkembangan gerakan militan ini amat membimbangkan dan persis bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa. Ancaman terhadap kedaulatan negara turut membabitkan cubaan untuk menawan Sabah oleh kumpulan militan Kesultanan Sulu. Selepas peristiwa pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013, maklumat berterusan diterima wujud cubaan untuk menceroboh dan memasuki semula Sabah oleh tentera Kesultanan Sulu. Pelbagai perancangan dirancang untuk menyeludup masuk dan menimbulkan kekacauan di beberapa bandar di Sabah. Ancaman ini akan memakan masa yang panjang untuk dihadapi dan keberkesanan ESSCOM menjadi alternatif kepada penyelesaian permasalahan ancaman daripada kumpulan ini.

Page 3: Hns2013 kenegaraan

PENGENALAN PEMERDAGANGAN MANUSIAPemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan, pengangkutan, perlindungan, atau pengambilan manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa (termasuk melalui ikatan hutang).

PENYELUDUPAN MANUSIAPenyeludupan migran ertinya mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau keluar dari sesebuah Negara.

Page 4: Hns2013 kenegaraan

PUNCA-PUNCA PEMERDAGANGAN MANUSIA

Faktor kemiskinan yang tinggi menyebabkan masyarakat dunia yang hidup di dalam negara yang miskin berusaha untuk mengubah taraf hidup kearah yang lebih baik.

Permintaan tenaga buruh yang tinggi menyebabkan sindiket pemerdagangan manusia ini mengambil kesempatan dengan membekal tenaga buruh untuk mengaut keuntungan.

Penguatkuasaan yang lemah, hukuman berat sepatutnya dikenakan tindakan yang keras kepada individu yang terlibat dalam kegiatan sindiket pemerdagangan manmanusia serta pihak yang mengambil pekerja daripada agensi tersebut.

Page 5: Hns2013 kenegaraan

KESAN-KESAN PEMERDAGANGAN MANUSIA

Mengancam keselamatan masyarakat dan keamanan individu. Jenayah yang semakin berleluasa mengancam keselamatan terutamanya wanita dan kanak-kanak.

Peningkatan masalah sosial dalam kalangan masyarakat . Masalah sosial bertambah dan merebak dalam masyarakat. Seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya.

Penularan penyakit dalam kalangan masyarakat. Kemasukan pendatang asing kemungkinan membawa penularan wabak penyakit. Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya akan kembali menular dalam kalangan masyarakat.

Page 6: Hns2013 kenegaraan

LANGKAH-LANGKAH MEMBANTERAS PEMERDAGANGAN MANUSIA

Malaysia telah mengubal Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Akta 670)

Memberi peringatan awal kepada masyarakat awam agak tidak terlibat dalam kegiatan pemerdagangan orang.

Kempen kesedaran kepada masyarakat agar tidak melibatkan diri dalam kegiatan tersebut.

Bekerjasama dengan negara jiran. Pihak kerajaan boleh mengadakan program kerjasama antara kerajaan di rantau ASEAN.

Page 7: Hns2013 kenegaraan

PUNCA-PUNCA PENYELUDUPAN MANUSIA

Kerana kemiskinan dan kesempitan hidup yang menyebabkan segolongan manusia yang naif dan kurang terpelajar ini dieksploitasi oleh segelintir individu yang tidak berperikemanusiaan.

Kurangnya didikan agama dan moral yang rendah menjadi faktor yang menyumbang kepada masalah ini. Turut membantutkan proses mencegah perkara ini berleluasa disebabkan kekangan kuasa yang dihadapi oleh para penguatkuasa.

Faktor geografi antara Malaysia dengan Negara jiran merupakan salah satu punca yang menyebabkan berlakunya penyeludupan,seperti yang berlaku di sempadan negara Malaysia dengan Thiland yang hanya dipisahkan oleh sebatang sungai yang berkelebaran beberapa meter.

Page 8: Hns2013 kenegaraan

KESAN-KESAN PENYELUDUPAN MANUSIA

Masyarakat negara ini akan mula hilang kepercayaan dengan keupayaan pasukan-pasukan penguatkuasaan untuk membanteras kegiatan penyeludupan manusia ini daripada terus berleluasa.

Meningkatkan masalah sosial dalam masyarakat setempat, sebagai contoh kegiatan pelacuran semakin berleluasa.

Keselamatan penduduk terancam, kes penculikan yang semakin berleluasa akan menyebabkan masyarakat merasakan keselamatan mereka tidak terjamin.

Page 9: Hns2013 kenegaraan

LANGKAH-LANGKAH MEMBANTERAS PENYELUDUPAN MANUSIA

Meningkatkan kuatkuasa yang terkandung dalam Akta Anti-Penyeludupan Manusia 2007.

Pencegahan perlulah dilakukan secara berterusan oleh pihak berkuasa seperti serbuan di pusat-pusat hiburan, kawasan perladangan, dan sektor-sektor industri.

Kawalan sempadan juga perlu dipertingkatkan dan laluan hijau di sempadan dan semua pintu masuk perlu dimansuhkan jika kemudahan ini didapati sebagai penyumbang kepada peningkatan kegiatan penyeludupan manusia.

Page 10: Hns2013 kenegaraan

PENUTUP

Tuntasnya, peribahasa melayu mengatakan "ditelan mati emak, diluah mati bapak" demikianlah kehidupan negara berjiran berkaitan jenayah antarabangsa khususnya pemerdagangan dan penyeludupan orang ini. Untuk mengatasi dan menyelesaikan fenomena pemerdagangan orang ini, kerjasama serantau haruslah diperketatkan diantara kedua negara kerana aktiviti penyeludupan sering berlaku diantara negara jiran serta berkait juga dengan kedua buah negara. Dalam hal ini, biarlah segala tindakan bersama menatijahkan situasi menang-menang didalam hal ini. Terakhir, sebagai penulis saya mencadangkan agar kerajaan mengetatkan sebaik mungkin keadilan dan perlindungan kepada mereka yang dianiayai.