hikayat merong mahawangsa

25
1.0 PENDAHULUAN “Mitos ataupun realiti”, itulah persoalan yang sering diperdebatkan dalam kalangan sejarawan professional berkaitan dengan isu kesahihan histriografi Melayu tradisional. 1 Pokok pangkalnya kebanyakkan negara ternama di daerah Kepulauan Melayu telah mengabadikan sejarah awal pembentukannya melalui penghasilan beberapa karya historiografi klasikal yang bersifat umum. Karya-karya klasik ini menjadi sumber penting dalam kajian sejarah asal usul negara-negara tersebut. Hikayat Raja-Raja Pasai, Sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Acheh, Hikayat Banjar, Hikayat Johor dan lain-lain merupakan antara karya histriografi terawal yang muncul di Kepulauan Melayu. Penghasilan karya-karya historiografi dipandang tinggi oleh para sejarawan dan digolongkan ke dalam suatu genre kesusasteraan khusus yang dapat dikaji secara terasing dan esklusif. Dasar penulisan karya-karya ini dibuat secara kasarnya dengan mengabadikan sejarah awal negara berkenaan untuk menjadi pengetahuan orang-orang terkemudian. Selain itu, ianya bertujuan 1 Siti Hawa Haji Salleh. Januari, Febuari dan Mac 1989. “Antara Mitos dan Realiti”, Kuala Lumpur: Dewan Sastera, hlm. 77. 1

Upload: eika-sempoi

Post on 30-Jun-2015

980 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

esaimen hsm 215 pensejarahan malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: hikayat merong mahawangsa

1.0 PENDAHULUAN

“Mitos ataupun realiti”, itulah persoalan yang sering diperdebatkan dalam kalangan

sejarawan professional berkaitan dengan isu kesahihan histriografi Melayu tradisional.1 Pokok

pangkalnya kebanyakkan negara ternama di daerah Kepulauan Melayu telah mengabadikan

sejarah awal pembentukannya melalui penghasilan beberapa karya historiografi klasikal yang

bersifat umum. Karya-karya klasik ini menjadi sumber penting dalam kajian sejarah asal usul

negara-negara tersebut. Hikayat Raja-Raja Pasai, Sejarah Melayu, Hikayat Merong

Mahawangsa, Hikayat Acheh, Hikayat Banjar, Hikayat Johor dan lain-lain merupakan antara

karya histriografi terawal yang muncul di Kepulauan Melayu.

Penghasilan karya-karya historiografi dipandang tinggi oleh para sejarawan dan

digolongkan ke dalam suatu genre kesusasteraan khusus yang dapat dikaji secara terasing dan

esklusif. Dasar penulisan karya-karya ini dibuat secara kasarnya dengan mengabadikan sejarah

awal negara berkenaan untuk menjadi pengetahuan orang-orang terkemudian. Selain itu, ianya

bertujuan untuk mengekal dan mengukuhkan kedaulatan raja dan keturunannya. Hakikatnya,

bagi pengarang zaman dahulu sejarah negeri adalah senama dengan sejarah rajanya.

Melalui skop kaca mata sejarawan dapatlah kita rumuskan bahawa pemikiran

politik ,merujuk kepada pemikiran penulis ketika meriwayatkan sesuatu peristiwa dalam

penghasilan karyanya. Skop pemikiran politik ini perlu dilihat secara meluas serta difahami

makna tersurat dan tersiratnya terlebih dahulu sebelum dianalisis.2 Ketika mengemukakan

pemikiran politik ini pengarang menggunakan segala alat yang ada padanya untuk mencipta

1 Siti Hawa Haji Salleh. Januari, Febuari dan Mac 1989. “Antara Mitos dan Realiti”, Kuala Lumpur: Dewan Sastera, hlm. 77.2 Abdul Rahman Haji Ismail (peny). 2007. Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 67.

1

Page 2: hikayat merong mahawangsa

suatu gambaran yang impresif dan berkesan tentang rajanya. Dalam proses penulisan pengarang

mengadunkan segala fakta yang diketahuinya seperti fakta-fakta sejarah dengan unsur-unsur

mitos dan legenda yang kebanyakanya telah diterima oleh masyarakat zamannya sebagai

sebahagian daripada realiti untuk mewujudkan rasa kekaguman.

Disini, timbullah penilaian yang digunakan oleh pengarang historiografi Melayu yang

dikatakam bersifat sezaman. Penilaian yang dipakainya memenuhi keperluan zamannya dan

sesuai dengan cara pemikiran masyarakat zaman karya itu ditulis. Dalam penggembelingan

fakta-fakta sejarah, unsur-unsur mitos dan legenda, realiti yang dicapai adalah bersifat realiti

yang subjektif dan bukan bersifat objektif. Yang penting bagi pengarang adalah mencipta suatu

karya yang dapat menjadi kebanggaan raja dan bangsanya.3 Ciptaan itu haruslah dapat

meletakkan rajanya lebih tinggi daripada raja-raja lain ataupun sekurang-kurangnya setanding

dan setaraf.

Tuntasnya, melalui penelitian dan pengkajian khusus terhadap karya hitriografi klasikal

Hikayat Merong Mahawangsa dapatlah kita nilaikan sejauhmanakah kesahihan karya-karya

histriografi Melayu sebagai suatu sumber sejarah.4 Penelitian khusus ini juga dapat membuktikan

bahawa wujudnya unsur-unsur mitos yang menjadi lambang keagungan karya tersebut di mana

penulis cuba mengadunkan setiap gambaran peristiwa dengan unsur mitos-mitos yang dapat

diterima oleh masyarakat sezaman. Melalui penggarapan penulis dalam karya histriografi

Hikayat Merong Mahawangsa kita dapat melihat dengan jelas pemikiran politik penulis melalui

penelitian keatas setiap peristiwa yang dialurkan oleh penulis dalam karya ini.

3 Muhammad Yusof Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu: Kajian tentang hasil tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 86.4 Siti Hawa Haji Salleh. Januari, Febuari dan Mac 1989.“Antara Mitos dan Realiti”, Kuala Lumpur: Dewan Sastera, hlm. 27.

2

Page 3: hikayat merong mahawangsa

2.0 SINOPSIS HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Realitinya, skop penulisan Hikayat Merong Mahawangsa adalah berkisarkan mengenai

sejarah pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan

Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-12 M.5 Pengarang

mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau

cerita-cerita khayalan yang dipercayai masyarakat, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu

ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam pada permulaan hikayat.

Kemuncak cerita ini digambarkan oleh pengarang apabila Raja Merong Mahawangsa

terselamat daripada serangan garuda ketika mengiringi rombongan Putera Rom ke China untuk

tujuan perkahwinan telah melarikan diri sehingga tiba di sebuah kawasan yang bernama

Langkasuka dan disinilah beliau diangkat menjadi raja oleh masyarakat setempat kerana

keberanian beliau yang luar biasa.6 Bertitik tolak daripada peristiwa inilah telah mencipta sejarah

baru yang bersifat agung kepada Kerajaan Negeri Kedah kerana Raja Merong Mahawangsa

dikatakan bukan sahaja mengasaskan kerajaan Kedah malahan beliau merupakan perintis kepada

pembukaan beberapa buah kerajaan agung yang lain kerana keturunan beliaulah yang diuar-

uarkan sebagai pengasas kerajan Siam, Pattani, dan Perak.

Di bahagian akhir cerita, pengarang dilihat mula menriwayatkan sejarah Hikayat Merong

Mahawangsa dengan sebenar-benarnya selepas kemasukan Agama Islam. Pengaruh Islam

bermula apabila Syeikh Abdullah Yamani telah mengislamkan Raja Phra Ong Mahawangsa yang

telah menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah. Kedatangan Islam dilihat telah

membawa sinar baharu dan menjadi titik kegemilangan kerajaan Kedah pada ketika itu.

5

6 Dzulkifli bin Mohd Salleh. 1971. Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 34.

3

Page 4: hikayat merong mahawangsa

3.0 ISU PERBINCANGAN (PEMIKIRAN POLITIK)

Melalui penggarapan penulis dalam karya histriografi Hikayat Merong Mahawangsa kita

dapat melihat dengan jelas pemikiran politik pengarang melalui penelitian yang mendalam

keatas setiap peristiwa yang dialurkan oleh pengarang dalam karya ini.

Berdasarkan penelitian khusus terhadap keseluruhan teks Hikayat Merong Mahawangsa

saya dapati bahawa pengarang mengaitkan galur cerita Hikayat Merong Mahawangsa dengan

kisah Nabi Sulaiman dengan Burung Geroda adalah bertujuan untuk mengangkat keagungan

Agama Islam itu sendiri. Secara logikalnya pengarang telah mengarapkan unsur dan nilai Islam

sejak peringkat awal penghasilan Hikayat Merong Mahawangsa dengan begitu menarik. Hujah

ini dapat diperkukuhkan melalui peristiwa Burung Geroda yang berusaha menghalang

perkahwinan antara Putera Raja Rom dengan Puteri Raja China telah merencanakan pelbagai

musibah seperti memusnahkan angkatan Putera Raja Rom, menculik Puteri Raja China dan

sebagainya namun segala usahannya menemui kegagalan.7 Konklusinya pengarang meletakkan

batu asas dalam penulisannya bahawa segala yang berlaku tidak boleh dipertikaikan kerana ianya

berlaku dengan izin Allah S.W.T. . Perkaitan peristiwa yang digarapkan oleh pengarang dapat

dilihat melalui peranan watak Nabi Sulaiman dalam hikayat Merong Mahawangsa sebagai

khalifah di muka bumi yang boleh berbicara dengan haiwan secara tegasnya telah menyatakan

kepada Geroda bahawa terdapat empat perkara yang tidak dapat diubah dalam kehidupan

makhluk melainkan dengan izin Allah iaitu rezeki, jodoh pertemuan penceraian dan perkara yang

memutuskan rezeki.8 Pengarang mengangkat martabat unsur Islam kerana kegagalan Burung

Geroda dianggap sebagai simbol kekalahan unsur Hindu kerana dipercayai bahawa Burung

7 Siti Hawa Salleh Haji Salleh (penyelenggaraan) 1991. Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 90.8 Dzulkifli bin Mohd Salleh. 1971. Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 87.

4

Page 5: hikayat merong mahawangsa

Geroda adalah burung mistik Hindu yang cuba memperlihatkan keangkuhannya kepada Nabi

Sulaiman A.S.

Peristiwa perlantikan Merong Mahawangsa sebagai wakil kepada Raja Rom untuk

mengiringi Puternya ke China bagi dikahwinkan dengan Puteri Raja China menunjukkan bahawa

pengarang ingin mengambarkan kehebatan Merong Mahawangsa yang mempunyai hubungan

akrab dan menjadi orang sandaran kepada Raja Rom kerana beliau memiliki kesaktian yang luar

biasa.9 Melalui penelitian yang jitu, dapat kita simpulkan bahawa pengarang mengaitkan Merong

Mahawangsa yang merupakan pengasas kerajaan Negeri Kedah dengan pemerintah negara-

negara hebat seperti Rom dan China bagi menunjukkan bahawa Merong Mahawangsa bukanlah

sebarangan orang malahan beliau disanjungi oleh pemerintah agung dunia yang lain.

Ideologinya, pengarang ingin menwujudkan kekaguman pembaca terhadap pengasas Negeri

Kedah iaitu Merong Mahawangsa melalui penggaluran peristiwa-peristiwa tersebut.

Persoalan mengenai kerasionalan pengarang mengaitkan Hikayat Merong Mahawangsa

dengan dua buah kerajaan besar iaitu Kerajaan Rom dan China pada permulaan hikayat ini

dilihat bertujuan untuk mengangkat kedudukan Merong Mahawangsa sendiri sebagai seorang

pemerintah agung.10 Ironinya, Kerajaan Rom dan China menjadi sandaran penulis kerana jika

dilihat pada zaman tersebut kedua-dua buah negara ini adalah merupakan dua kuasa hebat dunia.

Dengan mengaitkan Merong Mahawangsa dengan kedua-dua buah negara ini dapatlah kita

mentakrifkan bahawa pengarang sebenarnya ingin mengangkat darjat pengasas Kerajaan Kedah

iaitu Merong Mahawangsa yang dikatakan mempunyai ikatan yang sangat erat dengan

pemerintah Rom dan China malah beliau juga terlibat secara tidak langsung dalam pentadbiran

9 Muhammad Yusof Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu: Kajian tentang hasil tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 34.10 Dzulkifli bin Mohd Salleh. 1971. Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 97.

5

Page 6: hikayat merong mahawangsa

Kerajaan Rom malahan beliau turut menjadi orang sandaran Maharaja Rom. Ghalibnya,

pengasas Kerajaan Kedah bukanlah calang-calang orang dan itulah sebenarnya pemikiran politik

yang ingin disampaikan pengarang melalui perkaitan hikayat dengan dua buah kuasa besar

tersebut.

Pengarang telah menterjemahkan peristiwa penabalan Merong Mahawangsa sebagai raja

di suatu kawasan yang didiami oleh kaum gergasi dengan penuh dramatik. Melalui penggarapan

peristiwa ini dapat kita hujahkan bahawa pemikiran politik yang cuba ditonjolkan pengarang

adalah berkisarkan kehebatan dan kesantunan yang dimiliki oleh Merong Mahawangsa telah

membuka mata kaum gergasi yang digeruni ramai untuk melantik beliau sebagai raja di kawasan

tersebut. Peristiwa ini telah diriwayatkan dengan teratur oleh pengarang, kisah ini bermula

setelah kegagalan Merong Mahawangsa dalam mencari Putera Raja Rom yang diserang oleh

Geroda selama beberapa hari lalu beliau mengambil keputusan untuk belayar mencari Putera

Raja Rom. Beliau dan anak kapalnya telah singgah di subuah kawasan yang didiami oleh kaum-

kaum gergasi yang sangat digeruni oleh sekalian manusia pada ketika itu namun Merong

Mahawangsa sedikitpun tidak gentar dan terus mengadap kaum tersebut dan dengan rendah hati

serta sopannya beliau telah memohon untuk mendirikan pertempatan sementara di kawasan

tersebut.11 Melihatkan kesantunan dan keberanian yang luar biasa dimiliki oleh Merong

Mahawangsa, kaum gergasi sepakat untuk melantik beliau sebagai raja di kawasan tersebut yang

akhirnya diberi nama Langkasuka oleh Merong Mahawangsa. Ghalibnya, melalui rentetan

peristiwa ini pengarang cuba membangkitkan nilai keluhuran dan kesantunan yang dimiliki oleh

seorang pemerintah sehebat Merong Mahawangsa.

11 Awang Had Salleh. 1963. “Lindungan Bulan Kedah Tua”, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, hlm. 87.

6

Page 7: hikayat merong mahawangsa

Pemikiran politik dalam hikayat Merong Mahawangsa dapat diteliti dengan lebih jelas

melalui penumpuan khusus terhadap bahagian dua hikayat Merong Mahawangsa iaitu salasilah

keturunan Raja Kedah yang bermula daripada Kerajaan Langkasuka dibawah pemerintahan

Merong Mahawangsa sehinggalah pentadbiran Kedah Zamin Turan dibawah Raja Phra Ong

Mahawangsa.12Melalui penelitian terhadap salasilah pemerintah-pemerintah Kedah yang

diriwayatkan oleh pengarang, dapatlah kita rumuskan bahawa politik dan pentadbiran Negeri

Kedah bebas daripada pengaruh kuasa-kuasa asing dimana pemeritah bebas untuk memilih

pegantinya tanpa campur tangan kuasa luar. Intipatinya pengarang melalui tulisannya ingin

memberi gambaran kepada pembaca bahawa Kedah merupakan sebuah negeri yang berdaulat

dan kuat.

Selain itu berdasarkan Riwayat Merong Mahawangsa, pengarang meriwayatkan bahawa

Kedah merupakan negeri pertama di sebelah utara semenanjung yang diasaskan malahan Kedah

jugalah yang diuar-uarkan sebagai pengasas kepada beberapa buah kerajaan luar lain seperti

Pattani, Perak dan juga Siam.13 Menurut Hikayat ini Raja Kedah yang kedua iaitu Raja Merong

Mahapudisat telah mengikut arahan ayahandanya untuk memartabatkan anakandanya di

beberapa kawasan baharu. Telah diriwayatkan bahawa setelah putera-puterinya meningkat

dewasa Raja Mahapudisat telah mengurniakan kepada mereka alat kebesaran negeri beserta

pengiring untuk merantau bagi membuka negeri baru. Hasilnya, Putera Sulungnya telah

membuka Negara di utara Negeri Kedah yang dinamakan Siam Lancang, Putera tengahnya telah

berjaya membuka sebuah negeri di sebelah selatan yang dinamakan Perak manakala Puterinya

yang ketiga telah membuka Negeri Pattani. Putera bongsunya diangkat sebagai Raja Kerajaan

Kedah setelah kematiaan beliau. Kesemua anak-anak Raja Merong Mahadipusat yang mengetua 12 Muhammad Hassan. 1928. Al- Tarikh silasilah Kedah, Pulau Pinang: Jelutong Press, hlm. 65.13 Dzulkifli bin Mohd Salleh. 1971. Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 4.

7

Page 8: hikayat merong mahawangsa

negeri Siam, Pattani, Perak dan Kedah dikataaan mempunyai hubungan yang sangat akrab antara

satu sama lain. Ideologinya pengarang mengariskan penceritaan hikayat ini sebegini bagi

mengangkat sejarah Negeri Kedah sebagai sebuah kerajaan agung yang berdaulat.

Berbeza dengan kebanyakkan fahaman lain, menerusi Hikayat Merong Mahawangsa

pengarang menyatakan ideologi pemikiran politiknya bahawa bunga emas yang dihantar oleh

Kerajaan Kedah kepada Negeri Siam bukanlah tanda mengakui ketuanan Siam terhadap

Kerajaan Kedah namun ianya adalah sebagai simbol kekeluargaan dan penghargaan. Bedasarkan

penulisan Hikayat Merong Mahawangsa sebenarnya bunga emas yang dikirim oleh Sultan Kedah

kepada Kerajaan Siam adalah bertujuan untuk memberi ucapan penghargaan kepada kekandanya

Raja Siam yang menyambut kelahiran bayi sulung.14 Pengarang menerusi penulisannya

menekankan bahawa tradisi penghantaran bunga emas bukanlah tanda kelemahan Kerajaan

Kedah namun lebih bersifat kemesraan atau tanda yang muda menghormati yang tua. Negeri

Siam juga dilihat telah membantu Kerajaan Kedah dalam menyelesaikan kemelut dalaman

Negeri Kedah melalui peristiwa bantuaan Kerajaan Siam dalam mencari penganti yang sesuai

untuk mengantikan Raja Bersiuang yang telah melarikan diri akibat ditentang oleh pembesar

berempat kerana kekejamannya.

Selanjutnya, pemikiran politik yang cuba diketengahkan oleh pengarang bersandarkan

kepada peristiwa perkahwinan antara Maharaja Seri Maha Inderawangsa dengan wanita daripada

golongan gergasi adalah untuk menyatakan bahawa keturunan pemerintah Kedah mempunyai

kedudukan yang sangat tinggi sehinggakan golongan gergasi yang mempunyai kedudukan yang

14 Siti Hawa Haji Salleh. Januari, Febuari dan Mac 1989. “Antara Mitos dan Realiti”, Kuala Lumpur: Dewan Sastera, hlm. 87.

8

Page 9: hikayat merong mahawangsa

rendah adalah tidak setaraf untuk dijadikan sebagai isteri.15 Mengikut nilai zaman dahulu

tentulah perhubungan antara dua darjat yang berbeza amat memalukan bagi keluarga Diraja

Kedah. Pokok pangkalnya, disebabkan kedegilan Maharaja Seri Maha Inderawangsa beliau telah

dianggap menderhaka dan dikatakan akibat kecewa dengansikapnya itu ayahandanya iaitu

Maharaja Seri Inderawangsa telah meninggal dunia. Selain membangkitkan isu darjat, pengarang

juga turut menonjolkan isu balasan Tuhan terhadap sikap derhaka seorang anak dimana menurut

riwayat ini Maharaja Seri Maha Inderawangsa telah dikurniakan seorang Putera yang bernama

Raja Ong Maha Peria Deria yang lebih dikenali sebagai Raja Bersiung.

Berikutnya, pengarang telah menggarapkan perkembangan watak Raja Ong Maha Perita

Deria yang lebih dikenali sebagai Raja Bersiung secara kronologi penuh dimana pembentukan

sifat semula jadinya dari awal lagi menuju keaarah kezaliman dan ketidakperikemanusiaan.

Perkembangan watak ini merupakan sesuatu yang tidak dapat dikawal oleh beliau sendiri. Siung

yang tumbuh juga merupakan sesuatu yang berada di luar dugaan dan kawalan raja tersebut

kerana peristiwa baginda mendapati masakan yang dicampur dengan darah manusia juga

merupakan suatu peristiwa yang tidak disengajakan. Walau bagaimanapun, disebabkan terlalu

mengikut perasaan Raja Bersiung telah bertindak di luar batasan kemanusian apabila beliau

sanggup mengorbankan nyawa rakyatnya saban hari demi mendapatkan darah. Kemuncak

kezaliman Raja Bersiung menemui penghujungnya apabila Menteri keempat membuat keputusan

untuk menentang Raja Bersiung demi keselamatan rakyat dan negeri. Ghalibnya,pengarang

mengetengahkan eleman kekejaman raja yang akhirnya mendapat balasan terhadap perbuatannya

melalui peristiwa ini disamping mengutarakan keberkesanan sistem pentadbiran feudal yang

15 Muhammad Yusof Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu: Kajian tentang hasil tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 47.

9

Page 10: hikayat merong mahawangsa

didokong oleh watak pembesar berempat yang berjaya menyelesaikan masalah dalaman Negeri

Kedah seterusnya berjaya memelihara kesejahteraan rakyat.

Pengarang turut mengetengahkan pemikiran politik beliau melalui peristiwa pemilihan

peganti Raja Ong Perita Deria dengan bantuan daripada Kerajaan Siam dengan menggunakan

bantuan gajah sakti iaitu Gemala Johari. 16Melalui peristiwa ini pengarang ingin menyampaikan

bahawa Siam dan Kedah saling bekerjasama dan mempunyai hubungan yang baik dan Kerajaan

Kedah turut mengakui peranan Kerajaan Siam sebagai penaung Kerajaan Kedah. Pengarang

meriwayatkan bahawa setelah Raja Bersiung menghilangkan diri dalam rumpun buluh betung

setelah diusir oleh rakyatnya, Kerajaan Kedah ketiadaan raja maka pembesar berempat beserta

Raja perempuan Kerajaan Kedah telah menghantar utusan ke Siam bagi memohon Kerajaan

Siam Membantu mencari waris Raja Bersiung untuk ditabalkan sebagai Raja Kedah. Akhirnya

dengan bantuan Siam, Putera Raja Bersiung dapat ditemui dan menggunakan gelaran Raja Phra

Ong Mahadipusat. Peristiwa ini menjelaskan kepada umum bahawa pengarang telah tunduk

kepada kovensi-kovensi penulisan sejarah Melayu tradisional dengan mengangkat martabat dan

maruah rajanya ke tahap yang paling tinggi.

Pengarang turut menyelitkan dalam Hikayat Merong Mahawangsa mengenai hubungan

Kerajaan Kedah dengan Kerajaan Acheh yang terjalin agak lama. 17Walau bagaimanapun

pengarang tidak menceritakan hubungan antara kedua buah kerajaan ini dengan jelas kerana dari

segi ideologinya pengarang tidak mahu pembaca memandang rendah terhadap Kerajaan Kedah

kerana persaingan sengit dalam bidang perdagangan menyebabkan Kerajaan Kedah sering

16 Yahya Bin Wan Muhammad. 1913. Silsilah atau tawarikh Negeri Kerja-an Kedah. Pulau Pinang. Jelutong Press, hlm. 5.17 Abdullah Bin Haji Lubis. 1965. Kisah Raja Merong Mahawangsa.Kuala Lumpur: Pustaka Antara, hlm. 35.

10

Page 11: hikayat merong mahawangsa

diserang Acheh.18 Selain itu, hubungan dengan Kerajaan Acheh juga adalah bertitik tolak kepada

perkongsian kitab-kitab Agama Islam dalam kalangan pemerintah kedua buah Negara juga telah

lama berlansung.

Sebenarnya, dalam Hikayat Merong Mahawangsa, bahagian terpenting ialah bahagian

yang mengisahkan pengislaman Negeri Kedah. Pengarang telah mencoretkan karyanya dari

zaman gelap sehinggalah munculnya cahaya kebenaran tatkala kehadiran agama Islam.

Penggarang mengutarakan bahawa kemasukan agama Islam inilah yang mengubah corak hidup

masyarakat di Negeri Kedah secara totalnya ke arah yang lebih berdisiplin, bermoral, dan

bernilai suci. Kisah pengembaraan Syekh Abdullah dengan Penghulu Syaitan dikatakan menjadi

perintis kepada sejarah pengislaman Negeri Kedah.19 Raja Ong phra Mahawangsa merupakan

raja Kedah yang pertama yang memeluk Islam dengan menggunakan gelaran Sultan Muzalfal

Syah kerana baginda tertarik dengan keperibadian yang dimiliki oleh Syeik Abdullah.

Konklusinya, kisah pengembaraan ulama ini telah diriwayatkan oleh pengarang bagi menyatakan

kehebatan agama Islam dalam membawa kegemilangan tehadap sosial,ekonomi malahan politik

Kerajaan Negeri Kedah juga sehingga muncul sebagai perlabuhan terkemuka dunia.

18 Siti Hawa Salleh Haji Salleh (penyelenggaraan) 1991. Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 57.19 Muhammad Yusof Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu: Kajian tentang hasil tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 145.

11

Page 12: hikayat merong mahawangsa

4.0 KESIMPULAN

Realitinya, Hikayat Merong Mahawangsa ditulis bertunjangkan matlamat penulis untuk

mengangkat keagungan Negeri Kedah itu sendiri. Pengarang mencipta suatu gambaran impresif

tentang rajanya berasaskan fakta yang sedia ada dalam dirinya diadunkan dengan unsur-unsur

mitos bagi mengangkat keagungan raja dan mewujudkan kekaguman kepada para pembaca.

Karya yang dihasilkan oleh pengarang adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan sezaman dan

sesuai dengan pemikiran masyarakat pada ketika itu. Karya ini dicipta untuk dijadikan

kebanggaan raja dan bangsanya kerana dalam penghasilannya kedudukan raja diangkat setaraf

ataupun lebh tinggi berbanding raja-raja daripada kerajaan lain.

Ghalibnya, Hikayat Merong Mahawangsa bukan hanya sekumpulan cerita khayalan yang

disadur daripada pelbagai mitos dan unsur-unsur dongeng semata-mata, namun Hikayat Merong

Mahawangsa merupakan suatu karya sejarah yang mengandungi nilai tertinggi dari kaca mata

sejarawan. Hikayat ini juga dikatakan diakui sebagai sebuah karya berbentuk genre sastera

sejarah oleh para sejarawan kini dan sering menjadi rujukan asas kepada golongan tersebut.

Tuduhan bahawa hikayat ini “menyimpang jauh daripada kebenaran sejarah” , terbukti tidak

tepat kerana berdasarkan penelitian khusus kita dapat rungkaikan bahawa pengarang telah

mengemukakan cerita-cerita yang dikarangnya berlandaskan kovensi-kovensi penulisan sejarah

tradisional masyarakat yang sezaman dengannya.20 Jesteru itu, perlulah diingat bahawa sesebuah

penulisan sejarah seperti Hikayat Merong Mahawangsa harus didekati dengan fikiran yang

terbuka, tanpa prasangka dan dengan mempertimbangkan konsep nilai sejarah yang dipegang

oleh masyarakat sezamannya untuk memastikan penulisan tersebut terus kekal sebagai sebuah

karya agung.

20 Liaw Yock Fang, 1975. Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik, Pustaka Nasional, Singapura, hlm. 226.

12

Page 13: hikayat merong mahawangsa

5.0 BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Haji Ismail (peny). 2007. Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik,

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Bin Haji Lubis. 1965. Kisah Raja Merong Mahawangsa.

Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Awang Had Salleh. 1963. “Lindungan Bulan Kedah Tua”,

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Dzulkifli bin Mohd Salleh. 1971. Hikayat Merong Mahawangsa,

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Liaw Yock Fang, 1975. Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik, Pustaka Nasional

Muhammad Hassan. 1928. Al- Tarikh silasilah Kedah,

Pulau Pinang: Jelutong Press.

Muhammad Yusof Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu: Kajian tentang hasil

tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hawa Haji Salleh. Januari, Febuari dan Mac 1989. “Antara Mitos dan Realiti”,

Kuala Lumpur: Dewan Sastera.

Siti Hawa Salleh Haji Salleh (penyelenggaraan) 1991. Hikayat Merong Mahawangsa,

Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Yahya Bin Wan Muhammad. 1913. Silsilah atau tawarikh Negeri Kerja-an Kedah,

Pulau Pinang :Jelutong Press.

13

Page 14: hikayat merong mahawangsa

Gambar rajah di atas merujuk kepada naskah-naskah Hikayat Merong Mahawangsa yang

dijadikan sumber rujukan utama dalam menghuraikan salasilah Kerajaan Negeri Kedah. Hikayat

ini dikatakan mempunyai pelbagai versi namun Siti Hawa Haji Salleh iaitu pensyarah sejarah

Malaysia di UKM yang juga merupakan individu yang banyak mengkaji mengenai hikayat ini

telah menyenaraikan bahawa hanya 3 versi Hikayat Merong Mahawangsa yang boleh diguna

pakai iaitu versi R. J Wilkinson, A.J Sturrock dan versi Ms. Maxwell. Walau bagaimanapun

sehingga kinI sejarawan tidak dapat mengenalpasti siapakah penulis sebenar Hikayat Merong

Mahawangsa yang asli malahan tarikh hikayat ini dikarang juga masih menjadi tanda tanya bagi

para sejarawan.

Sumber: Siti Hawa Salleh Haji Salleh (penyelenggaraan) 1991. Hikayat Merong

Mahawangsa, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.)

14

LAMPIRAN

Page 15: hikayat merong mahawangsa

Raja Bersiong ialah nama gelaran bagi seorang Raja negeri Kedah yang berpusat di

Lembah Bujang. Negeri Kedah pada masa ini adalah sebahagian dari Kerajaan Siam. Nama

sebenar baginda ialah Raja Ong Maha Perita Deria. Baginda amat gemar memakan

masakan gulai bayam. Pada suatu hari tukang masak Baginda seperti biasa telah ditugaskan

untuk memasak gulai bayam. Tukang masak ini suka berangan-angan, tanpa disedari beliau telah

terpotong jarinya sendiri. Darah dari jarinya telah termasuk ke dalam periuk gulai bayam yang

akan dihidangkan kepada Raja Bersiong. Tukang masak ini telah menyembunyikan hal ini dari

pengetahuan orang lain kerana tiada masa untuk menggantikan masakan ini dengan masakan

yang lain. Baginda terasa kelainan pada masakan gulai bayam kali ini. Baginda telah bertanya

kepada tukang masak tentang hal ini. Tukang masak telah mengaku akan kesalahannya

membiarkan Baginda santap masakan yang telah bercampur dengan darah manusia. Baginda

kemudian telah menitahkan pengawal memancung dan membunuh musuh-musuh baginda yang

dipenjarakan untuk mendapatkan darah bagi dimasukkan kedalam masakan gulai bayam untuk

santapan Raja Bersiong.

Sumber: Rujukan laman web : http://sasterarakyat-kedah.com

15

LAMPIRAN

Page 16: hikayat merong mahawangsa

Gambar rajah di atas jelas menunjukkan kepada kita kedudukan Langkasuka iaitu sebuah

tempat yang menjadi kawasan Merong Mahawangsa ditabalkan sebagai Raja oleh Kaum gergasi.

Nama Langkasuka diberikan oleh Raja Merong Mahawangsa berlandaskan kepada keadaan

ketika negeri tersebut dibina iaitu dalam keadaan suka ria. Walau bagaimanapun nama

Langkasuka akhirnya ditukarkan kepada nama Negeri Kedah Zamin Turan tatkala pemerintahan

Raja Merong Mahapudisat iaitu anak kepada Merong Mahawangsa.

Sumber: Rujukan laman web : http://sasterarakyat-kedah.com

16

LAMPIRAN

Page 17: hikayat merong mahawangsa

Berikut merupakan salasilah pemerintah-pemerintah Kerajaan Kedah menurut Hikayat Merong

Mahawangsa.

17

LAMPIRANRAJA MERONG MAHAWANGSA

RAJA MERONG MAHAPUDISAT

RAJA SERI MAHAWANGSA

RAJA SERI MAHA INDERAWANGSA

RAJA ONG MAHA PERITA DERIA

RAJA ONG MAHAPUDISAT

RAJA PHRA ONG MAHAWANGSA