hikayat mat jenin

4
HIKAYAT MAT JENIN Pengarang:Mohd Ismail Sarbini Sinopsis Mat jenin seorang anak yatim piatu yang sering menjadi bahan ejekan pelajar- pelajar di sekolahnya.Mat Jenin diejek kerana dia miskin dan memakai pakaian yang bertampal-tampal untuk ke sekolah.Ejekan ini menyebabkan Mat Jenin hampir hilang semangat untuk belajar.Mat Jenin belajar sehingga tingkatan tiga sebelum menjadi pemanjat kelapa.Atas nasihat Cikgu Rosli,Mat Jenin bekerja di restoran abangnya.Di situ,Mat Jenin belajar cara untuk berniaga dengan majikannya,Haji Sapudin.Dia berjaya membuka restorannya sendiri.Mat Jenin akhirnya berkahwin dengan seorang wartawan yang bernama Raja Nor Mustaqimah.Mat Jenin sangat gembira kerana dia berjaya dalam hidup dan juga perniagaannya. Tema -Kegigihan dalam mencapai matlamat hidup. Contohnya seorang anak muda bernama Mat Jenin telah mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan dari bawah dengan bekerja di sebuah restoran kemudian setelah lima tahun bekerja beliau membuka restorannya sendiri. Pada mulanya perniagaan agak lembab tetapi beransur maju berkat keazaman yang ada dalam diri Mat Jenin untuk meraih kejayaan. Persoalan 1. Keyakinan diri untuk mencapai impian -Keyakinan diri yang ditunjukkan oleh Mat Jenin untuk meraih kejayaan. Beliau menjadikan majikannya, Haji Sapudin sebagai idolanya dalam menimba ilmu perniagaan. Akhirnya beliau berjaya. 2. Sikap positif untuk mengubah nasib diri -Pengalaman hidup susah sedari kecil membantu Mat jenin bersikap positif bagi mengubah nasib dirinya. Nasihat gurunya, Cikgu Rosli membuka matanya untuk berusaha menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. 3. Kepentingan ilmu pengetahuan. -Ketabahan mengharungi dugaan hidup. -Kasih sayang. -Kemiskinan. Watak dan perwatakan Mat Jenin -Yatim piatu setelah kematian ibu bapa ketika berusia 5 tahun -Tinggal bersama datuk dan nenek di Kampung Kelapa Condong -Umur 7 tahun, neneknya pula meninggal dunia -Umur 15 tahun, datuknya meninggal dunia -Tiada semangat untuk belajar selepas kematian datuknya -Berasal daripada keluarga pemanjat kelapa terkenal -Sering diejek ketika di sekolah -Selepas SRP berhenti sekolah dan menjadi pemanjat kelapa -Bekerja di restoran milik abang cikgu Rosli -Gigih -Berjaya memiliki restoran sendiri -Berani menanggung sebarang risiko -Berkahwin dengan Raja Nor Mustaqimah Cikgu Rosli -Bekas guru Mat Jenin semasa di tingkatan 3 -Adik Haji Sapudin -Pendorong kejayaan Mat Jenin -Baik hati -Akhirnya menjadi pensyarah di maktab perguruan selepaslulus universiti

Upload: phrozen-flame

Post on 30-Jun-2015

1.299 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HIKAYAT MAT JENIN

HIKAYAT MAT JENINPengarang:Mohd Ismail Sarbini

Sinopsis

Mat jenin seorang anak yatim piatu yang sering menjadi bahan ejekan pelajar-pelajar di sekolahnya.Mat Jenin diejek kerana dia miskin dan memakai pakaian yang bertampal-tampal untuk ke sekolah.Ejekan ini menyebabkan Mat Jenin hampir hilang semangat untuk belajar.Mat Jenin belajar sehingga tingkatan tiga sebelum menjadi pemanjat kelapa.Atas nasihat Cikgu Rosli,Mat Jenin bekerja di restoran abangnya.Di situ,Mat Jenin belajar cara untuk berniaga dengan majikannya,Haji Sapudin.Dia berjaya membuka restorannya sendiri.Mat Jenin akhirnya berkahwin dengan seorang wartawan yang bernama Raja Nor Mustaqimah.Mat Jenin sangat gembira kerana dia berjaya dalam hidup dan juga perniagaannya.

Tema-Kegigihan dalam mencapai matlamat hidup.Contohnya seorang anak muda bernama Mat Jenin telah mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan dari bawah dengan bekerja di sebuah restoran kemudian setelah lima tahun bekerja beliau membuka restorannya sendiri. Pada mulanya perniagaan agak lembab tetapi beransur maju berkat keazaman yang ada dalam diri Mat Jenin untuk meraih kejayaan.

Persoalan

1. Keyakinan diri untuk mencapai impian-Keyakinan diri yang ditunjukkan oleh Mat Jenin untuk meraih kejayaan. Beliau menjadikan majikannya, Haji Sapudin sebagai idolanya dalam menimba ilmu perniagaan. Akhirnya beliau berjaya.

2. Sikap positif untuk mengubah nasib diri-Pengalaman hidup susah sedari kecil membantu Mat jenin bersikap positif bagi mengubah nasib dirinya. Nasihat gurunya, Cikgu Rosli membuka matanya untuk berusaha menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

3. Kepentingan ilmu pengetahuan.-Ketabahan mengharungi dugaan hidup.-Kasih sayang.-Kemiskinan.

Watak dan perwatakan

Mat Jenin

-Yatim piatu setelah kematian ibu bapa ketika berusia 5 tahun-Tinggal bersama datuk dan nenek di Kampung Kelapa Condong-Umur 7 tahun, neneknya pula meninggal dunia-Umur 15 tahun, datuknya meninggal dunia-Tiada semangat untuk belajar selepas kematian datuknya-Berasal daripada keluarga pemanjat kelapa terkenal-Sering diejek ketika di sekolah-Selepas SRP berhenti sekolah dan menjadi pemanjat kelapa-Bekerja di restoran milik abang cikgu Rosli-Gigih-Berjaya memiliki restoran sendiri-Berani menanggung sebarang risiko-Berkahwin dengan Raja Nor Mustaqimah

Cikgu Rosli-Bekas guru Mat Jenin semasa di tingkatan 3-Adik Haji Sapudin-Pendorong kejayaan Mat Jenin-Baik hati-Akhirnya menjadi pensyarah di maktab perguruan selepaslulus universiti

Haji Sapudin-Abang Cikgu Rosli-Bekas majikan Mat Jenin-Memiliki 2 buah restoran-Membantu Mat Jenin mengenali dan mengendalikan perniagaan-Jujur dalam perniagaan-Gigih berusaha-Seorang peniaga berjaya

Raja Nor Mustaqimah-Seorang wartawan yang menemuramah Mat Jenin-Wanita yang cantik, tinggi lampai dan berkulit hitam manis-Berkahwin dengan Mat Jenin

Datuk Mat Jenin-Memberi semangat kepada Mat Jenin agar tidak berputus asa-Bertanggungjawab memelihara Mat Jenin sejak Mat Jenin kematian kedua ibu bapanya.

Plot

Permulaan-Latar belakang Mat Jenin yang kematian kedua ibu dan bapanya diikuti dengan kematian nenek dan datuknya-Setelah menjadi anak yatim, Mat Jenin dijaga oleh

Page 2: HIKAYAT MAT JENIN

datuk dan neneknya-Datuknya banyak memberi galakan kepadanya untuk terus bersekolah-Selepas menduduki SRP datuknya meninggal dunia

Perkembangan-Berhenti sekolah dan bekerja sebagai pemanjat pokok kelapa-Bertemu Cikgu Rosli dan menggalakkan Mat Jenin berhijrah ke bandar untuk menimba pengalaman-Mat Jenin bekerja di restoran Haji Sapudin (abang Cikgu Rosli) sambil menuntut ilmu perniagaan daripadanya.-Mat Jenin membuka restoran sendiri.

Perumitan-Pada awal pembukaan restorannya, Mat Jenin mengalami kerugiaan.-Mat Jenin berusaha untuk meluahkan perasaannya kepada Raja Nor Mustaqim.

Puncak-Mat Jenin berjaya dalam perniagaan-Berkahwin dengan Raja Nor Mustaqimah

Peleraian-Mat Jenin menyambut kelahiran anak sulung-Mat Jenin pergi ke majlis perasmian cawangan restorannya ketiga.-Dirasmikan oleh seorang menteri

Latar

Latar Tempat

1.Kampung Kelapa Condong.- Kampung Mat Jenin dibesarkan

2.Sekolah Kampung Kelapa Condong.- Mat Jenin belajar hingga ke tingkatan tiga

3.Pasar Sehari Pekan Kelapa Condong.

4.Restoran Selera Terbuka.

- Restoran milik Haji Sapudin- Tempat Mat Jenin menimba ilmu perniagaan

5.Rumah Mat Jenin.

6.Restoran Mat Jenin.

Latar Masa

-Berkisar sekitar tempoh 25 tahun-Bermula semasa Mat Jenin masih bersekolah di sekolah rendah.-Berakhir pada suatu hari apabila Mat Jenin bergegas untuk menghadiri majlis perasmian cawangan restorannya di Bandar K.

Latar Masyarakat

1.Terdiri daripada masyarakat desa-Keluarga Mat Jenin tergolong dalam kelompok miskin tetapi amat pentingkan pelajaran

2.Masyarakat yang tabah dan gigih dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran.

3.Masyarakat yang tahu menggunakan dan menghargai ilmu pengetahuan yang dimilikinya

4.Masyarakat yang sanggup membantu orang lain demi melihat bangsanya berjaya dalam hidupnya.

Gaya Bahasa

Pengarang menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami. Terdapat penyelitan bahasa kiasan yang memperkayakan lagi gaya bahasa cerpen ini.

Simile-Matanya seperti bintang timur.-Macamlah aku ni anak monyet yang baru ditangkap dari hutan-bagaikan matahari telah hancur dan tidak muncul lagi

Personafikasi-Pertanyaan itu pun mengetuk-ngetuk benakku.-matahari terus meninggi dan melemparkan sinar teriknya-tikaman sinar matahari-pokok-pokok dab rumah di kiri kanan jalan berlari-lari ke belakang-deringan loceng menghalau Raja Nor Mustaqimah

Hiperbola-Terasa bagai matahari telah hancur dan tidak akan muncul lagi.-kata-kata Haji Sapaudin mengetuk-ngetuk gegendang

Page 3: HIKAYAT MAT JENIN

telingaku

Perulangan-Tak kenal penat, tak kenal malu.

Simbolik-Kudis.

Sinkof-Guruku-Tau-Nak

PuisiMat Jenin orang pelupa,Nak kawin puteri raja,Jatuh dari pokok kelapa,Kesian dia.

Nilai Murni

-Kegigihan.-Ketabahan.-Kerajinan.-Kejujuran.-Tolong-menolong.

Pengajaran

-Kita hendaklah mengamalkan semangat tolong-menolong dalam keluarga dan masyarakat agar kita dapat hidup dengan aman dan harmoni.-Kita harus menghargai budi dan pemberian orang lain terhadap kita dengan seikhlas hati.-Kita tidak harus mengeji mereka yang hidup dalam Kemiskinan.-Kita hendaklah menghormati mereka yang lebih tua daripada kita.-Kita harus bertanggungjawab dan jujur dalam mengejar matlamat hidup.