hikayat gul bakawali

Upload: thamil-vani-ramanjee

Post on 16-Jul-2015

160 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

HIKAYAT GUL BAKAWALI Alkisah peri mengatakan Tajul-Muluk bermain catur dengan Puteri Jenuh Hati dan peri ia menebus keempat-empat saudara(nya) itu serta dengan sekalian harta benda mereka itu. Kata sahibul-riwayah,setelah beberapa bulan lamany Tajul-muluk berbuat pekerjaan kepada amir itu,maka wang pun telah adalah sedikit padanya. Pada sekali persetua pergilah ia meminta hukum kepada amir itu,katanya.Ya tuanku, adalah seorang sahabat hamba baharu tiba di negeri ini.Kalau dapat kiranya hamba pinta apalah hendak pergi kepadanya sejam dua pada tiap-tiap hari. Maka sahut amir itu,Baiklah anakku.Pergilah tuan barang bila anakku kehendaki. Tiada sekali-kali ayahanda lintangi tuan. Sebermula daripada hari ini tiadalah lain pekerjaan Tajul-muluk itu melainkan pada tiap-tiap hari pergi bercatur ke mana-mana. Maka habislah sekalian orangorang pandai di dalam negeri itu dialahkannya. Maka apabila dilihatnya tiada dapat orang melawan ia bermain itu, maka berfikirlah ia, Bahawasanya inilah ketikanya baik aku mengadu pula nasib malangku ini kalau-kalau ada sudah tuahny, maka dapat aku menang bermain dengan puteri itu.Dan saudaraku pun dapat kulepaskan daripadanya. Maka ubat mata ayahku itu dapatlah kelak kucari dia. Setelah ia berfikir demikian, pada suatu hari pergilah ia berjalan di hadapan mahligai Puteri Jenuh Hati itu. Maka apabila sampailah ia di mahligai itu terpandanglah ia seorang perempuan tua keluar dari magligai itu.Maka Tajulmuluk pun bertanyalah kepada orang-orang di situ, siapa perempuan ini? Maka jawabnya, Tiadakah tuan ketahui perempuan tua inilah penghulu mahligai ini.Maka tiadalah dilalui oleh tuan puteri itu perkataannya. Demi didengar oleh Tajul-Muluk akan perkataan orang lain, maka berkatalah ia di dalam dirinya, Hai Tajul-Muluk, Oleh perempuan inilah kelak hasil pekerjaanmu. Sekarang pun carilah muslihat belenggukan hatinya, moga-moga jika ada sesuatu honar puteri itu , dapat diketui dia. Setelah dia berfikir demikain maka pergilah ia mendapatkan perempuan tua itu.Seraya membuangkan dirinya ke kaki perempuan tua itu dengan tangisnya. Maka perempuan tua itu pun terlatahterlatah sambil berkata, Hai orang muda, benarlah tuan apa mulanya maka tuan selaku ini? Wah, gilalah tuan atau aniayakah tuan? Aduhai sampainya hati mereka berbuat aniaya ke atas orang seelok ini. Ayuhai khabarilah tuan apa jua mulanya maka tuan menangis selaku ini? Maka Tajul-Muluk pun bersauklah demikian bunyinya: Apalah ditanya hal yang leta Hati terbakar kalbu bercinta Malang celaka ditakdirkan Allah Malam dan siang di dalam bala * Haram di dunia seorang tak nyata, * Hidup dua hari azab semata * Haram seorang tiada pembela * Tak tau ke mana dituju hala

Ayuhai nenekanda, adapun hamba ini seorang musafir dagang piatu. Di dalam negeri ini tiada mempunyai sanak saudara ataupun sahabat handai. Hanyalah Tuhan Ghafurul-rahim jua yang memeliharai hamba.Maka negeri hamba pun

jauh ke selatan.Sebagai lagi dengarkan ya nenekanda,maka adalah hamba ini seorang nenek yang telah datang bersama-sama hamba di sini. Maka dengan kuasa Tuhan Wahidul-Qahar telah beberapa tahun lamanya ia meninggalkan hamba kembali ke darul-baqa. Maka dengan sesungguhnya sekalian susuk jijaknya dan usul sifatnya itu hamba dapati sepenuh- penuh kepada nenekandalah.Maka ole kerana terlihat oleh sifat yang demikian itu termesralah kasih hamba kepada nenekanda.Bahkan seolah-olah rasa hamba nenekanda hamba almarbum inilah gerangan diturunkan Allah pula ke dunia. Maka sekarang pun haraplah hamba kelak menghabiskan umur hamba di bawah kadam nenekanda dan pertaruhkan apalah diri hamba kepada belas kasihan nenekanda, kerana tiadalah lain orang hamba lihat di dalam dunia ini yang boleh memeliharai cucunda ini. Hatta apabila didengar oleh orang tua itu akan ratap Tajul- Muluk serta baik rupa itu, maka cenderunglah hatinya seraya katanya, Ayuhai cucuku, daripada hari ini tuanlah menjadi cucuku dunia akhirat kerana akupun tiada bercucu. Maka apabila dilihat oleh Tajul- Muluk akan perempuan tua itu telah termasuk di dalam serlingnya, maka ia pun tunduklah, menyembah di kaki ajuz itu. Maka segeralah disambut dan dipeluk oleh perempuan tua itu serta katanya, Diamlah tuan, diamlah. Banyak linang, janganlah tuan membalutkan mata tuan itu, lalu dibawanya masuk ke rumahnya dan diperjamuanya dengan serba makanan. Setelah selesai daripada makan minum, maka ujar Tajul- Muluk, Hai nenekku,adapun hamba ini ada bekerja pada seorang amir. Sebab itu biarlah hamba pergi mengerjakan dahulu pekerjaannya itu. Maka sahut neneknay, Wahai cucuku, janganlah tuan bersusah- susah hendak mencari nafkah itu. Khabarilah tuan berapa laksa dinar atau barang sebagainya yang cucuku kehendaki itu. Bahawasanya akan harta nenekanda itu tiadalah terkira-kira dan tiada pula siapa yang hendak nenek berikan. Sekarang pun hai cucuku,sekalian harta itu, tuanlah yang empunya dia kerana nenek pun telah tua. Apalah gunanya gunanya nenek simpan harta sebanyak itu. Maka apabila didengarlah oleh Tajul- Muluk perkataan orang tua itu, maka sahutnya, Hai nenekandaku, apalah gunanya harta dunia ini kepada cucunda, masakan lebih daripafa cucunda beroleh nenek yang seperti nenekanda hamba sendiri , seraya dikeluarkan wang gajinya daripada amir itu hendaklah diserahkannya kepada neneknya itu. Maka ujar neneknya, Hai cucuku, bawalah duit ini buat belanja cucuku. Jika kurang ambillah seberapa banyak cucuku kehendaki. Maka Tajul-Muluk pun diamlah. Sejurus kemudian lalu bermohon pulang ke rumah tuannya amir itu. Syahadan maka Tajul-Muluk pun tiadalah berhenti pada tiap-tiap hari pergi berulang kepada neneknya. Maka neneknya itu pun makin lama makin mesra kasihnya akan Tajul-muluk. Maka sekali persetua, sedang neneknya bersukasuka bercakap dengan Tajul-Muluk itu, bertanyalah ia, Hai nenekku, apalah jua gerangan sebabnya tiada orang dapat mengalahkan Puteri Jenuh Hati bermain catur itu? Demi didengar oleh neneknya itu, tiadalah ia (berkata) beberapa lama suatu pun tiada apa jawabnya. Maka Tajul-Muluk pun makinlah berulang ditanya juga.Maka neneknya pun tiada terdaya lagi seraya katanya, Hai cucuku , apalah cucuku endahkan halnya itu? Maka jawab Tajul- Muluk, Sekadar hamba hendak mengetahui sahaja. Khabari apalah hamba, nenekku. Maka sahut neneknya, tiadalah nenek dapat khabarkan rahsia itu kerana jikalau diketahui orang rahsia itu, menjadi rosaklah pekerjaannya dan kita pun binasalah. Maka sahut TajulMuluk, astaghfirullah nenekku! Gilakah hamba hendak membinasakan diri hamba

sendiri. Maka neneknya itu pun tiada berdaya lagi seraya katanya, Adapun tuan puteri itu ada memelihara seekor kucing dan tikus Yang telah diajarinya beberapa lama. Maka di atas kepala kucing itulah ditaruhnya suatu pelita dan tikus itu menghadap di baliknya pelita itu. Maka apabila dilihatnya ia hendak alah, segeralah