hibu ran

2
Hiburan adalah perbuatan, aktiviti atau sebagainya bertujuan untuk menghiburkan, menyenangkan, dan mententeramkan hati dan diri, itulah pentakrifan secara umum untuk hiburan. Sekiranya kita melihat kepada negara kita Malaysia khususnya, hiburan telah berkembang luas dan telah mengambil tempat yang cukup luas dalam cabang sosial. Kita juga dapa melihat perkembangannya dalam media massa tidak kira media cetak atau media elektronik. Pekara inilah mendatangkan kebimbangan dalam kalangan umat islam di Malaysia. Tidak dinafikan terdapat perbincangan yang cukup panjang lebar dikalangan para ilmuan Islam mengenai apakah hiburan itu bolehkan ataupun tidak, bukan tujuan artikel ini untuk membincangkan mahupun membahaskan perbincangan tersebut, tetapi kesimpulan yang dapat dibuat terdapat sebilangan para Ilmuan telah mengharuskan hiburan dengan hujah dan dalil mereka yang tersendiri dengan meletakkan syarat yang cukup terperinci dan ketat. Terdapat juga sebilangan para ilmuan mengambil tindakan yang berhati-hati dengan tidak mengharuskan apa hiburan beserta hujah dan dalil yang tersendiri. Tetapi pekara yang dijadikan fokus adalah berkenaan hiburan yang melampau, hiburan seperti inilah disepakati akan keharamannya dan larangan untuk umat islam untuk menyertainya. Kerana perbuatan ini tidak mendatangkan manfaat, bahkan sia-sia dan membawa keburukan, bukankah Islam menggalakkan umatnya menjauhkan diri dari pekara sia- sia dan pekara yang mendatangkan kecelakaan?. Sekiranya diamati hiburan melampau datangnya dari pengaruh golongan kafir dan yang jauh dari tuhan dan mencari jalan untuk mengembirakan diri dengan hiburan, juga ianya sebagai agenda untuk merosakkan akhlak umat Islam dan apa yang lebih membimbangkan adalah merosakkan akidah umat Islam . Gambar Hiasan Melihat kepada kajian dari pelbagai pihak bahawa hiburan seperti ini secara terang-terangan telah membawa keruntuhan dan akhlak umat islam, juga mendorong kepada masalah sosial. Dapat kita buktikan dengan isu-isu yang berlaku baru-baru ini seperti kes pembuangan anak yang sudah tentu berpunca dari perbuatan zina, kes berkaitan penyalahgunaan dadah dan meminum arak dan sebagainya, semuanya ini berpunca dari hiburan yang tidak terkawal walaupun sebahagian orang

Upload: vinoothini-manogaran

Post on 14-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

hiburan

TRANSCRIPT

Page 1: Hibu Ran

Hiburan adalah perbuatan, aktiviti atau sebagainya bertujuan untuk menghiburkan, menyenangkan, dan mententeramkan hati dan diri, itulah pentakrifan secara umum untuk hiburan. Sekiranya kita melihat kepada negara kita Malaysia khususnya, hiburan telah berkembang luas dan telah mengambil tempat yang cukup luas dalam cabang sosial. Kita juga dapa melihat perkembangannya dalam media massa tidak kira media cetak atau media elektronik. Pekara inilah mendatangkan kebimbangan dalam kalangan umat islam di Malaysia.

Tidak dinafikan terdapat perbincangan yang cukup panjang lebar dikalangan para ilmuan Islam mengenai apakah hiburan itu bolehkan ataupun tidak, bukan tujuan artikel ini untuk membincangkan mahupun membahaskan perbincangan tersebut, tetapi kesimpulan yang dapat dibuat terdapat sebilangan para Ilmuan telah mengharuskan hiburan dengan hujah dan dalil mereka yang tersendiri dengan meletakkan syarat yang cukup terperinci dan ketat. Terdapat juga sebilangan para ilmuan mengambil tindakan yang berhati-hati dengan tidak mengharuskan apa hiburan beserta hujah dan dalil yang tersendiri.

Tetapi pekara yang dijadikan fokus adalah berkenaan hiburan yang melampau, hiburan seperti inilah disepakati akan keharamannya dan larangan untuk umat islam untuk menyertainya. Kerana perbuatan ini tidak mendatangkan manfaat, bahkan sia-sia dan membawa keburukan, bukankah Islam menggalakkan umatnya menjauhkan diri dari pekara sia-sia dan pekara yang mendatangkan kecelakaan?. Sekiranya diamati hiburan melampau datangnya dari pengaruh golongan kafir dan yang jauh dari tuhan dan mencari jalan untuk mengembirakan diri dengan hiburan, juga ianya sebagai agenda untuk merosakkan akhlak umat Islam dan apa yang lebih membimbangkan adalah merosakkan akidah umat Islam .

Gambar Hiasan

Melihat kepada kajian dari pelbagai pihak bahawa hiburan seperti ini secara terang-terangan telah membawa keruntuhan dan akhlak umat islam, juga mendorong kepada masalah sosial. Dapat kita buktikan dengan isu-isu yang berlaku baru-baru ini seperti kes pembuangan anak yang sudah tentu berpunca dari perbuatan zina, kes berkaitan penyalahgunaan dadah dan meminum arak dan sebagainya, semuanya ini berpunca dari hiburan yang tidak terkawal walaupun sebahagian orang melihatnya kecil. Contoh menonton rancangan realiti di kaca tv, ramai dikalangan masyarakat kali ini menganggap ia sebagai pekara yang biasa, tetapi malangnya mereka tidak tahu implikasinya terhadap akhlak dan moral. Antara keburukan lain adalah adanya unsure-unsur khurafat dan syirik dalam sesetengah hiburan, juga campur gaul antara lelaki dan perempuan, pendedahan aurat dan sebagainya.

Secara ringkasnya, banyak keburukan dan implikasi yang negative melalui hiburan yang melampau, termasuklah merosakkan agama, bangsa dan budaya melayu itu sendiri, bagi remaja yang asyik dalam alam hiburan implikasi yang amat membimbangkan adalah keciciran dalam pelajaran dan siapakah yang akan membimbing agama dan negara pada masa akan datang.

Mengapa kita sebagai umat islam mencari hiburan, sedangkan apa yang ada di sisi Allah lebih baik.