py1262 sti k01-b07 ran

Upload: linten

Post on 06-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Py1262 Sti k01-b07 ran

    1/27

    Perkembangan Tamadun Islam

    Perbandaran zaman Abbasiyyah

    (Bab 7)

  • 8/3/2019 Py1262 Sti k01-b07 ran

    2/27

    Objektif bab 7

    Memberi penjelasan tentang konsep dan ciri-

    ciri perbandaran Islam

    Mendalami sejarah perkembanganperbandaran Islam

    Meneliti proses pembinaan kota Baghdad dan

    lain-lain

    Menilai pentingnya perancangan dalam proses

    perbandaran

  • 8/3/2019 Py1262 Sti k01-b07 ran

    3/27

    Konsep dan ciri-ciri perbandaran Islam

    Konsep dan ciri-ciri perbandaran Islam

    diasaskan kepada apa yang dilakukan oleh

    Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah

  • 8/3/2019 Py1262 Sti k01-b07 ran

    4/27

    Konsep dan ciri-ciri perbandaran

    Islam

    Pembinaan masjid di bahagian tengah sesuatu

    kawasan kerana masjid merupakan pusat

    kegiatan masyarakat

    Pembinaan penempatan tentera

    Pembinaan pasar

    Tiada pembinaan perumahan awam. Bahkansetiap kaum diberi lokasi tertentu untuk

    membina perumahan sendiri

  • 8/3/2019 Py1262 Sti k01-b07 ran

    5/27

    Rumusan konsep perbandaran Islam

    Meliputi bangunan masjid, kawasan lapang,premis perniagaan, dar al-imarah, istitusipendidikan, kawasan perumahan awam,

    hammamat, kawasan taman, kawasanperkuburan dan kawasan pinggiran bandar(untuk orang asing)

    Beberapa perkara turut diambil kira sepertikeselesaan penduduk, sensitiviti kaum danperasaan kemanusiaan

  • 8/3/2019 Py1262 Sti k01-b07 ran

    6/27

    Sejarah perkembangan perbandaran

    Islam

    Bermula sebaik sahaja Nabi s.a.w. berhijrah dari Mekahke Yathrib dan kemudiannya membentuk kerajaanIslam di sana dan kemudian menamakan yathribsebagai al-Madinah (bermaksud kota atau bandar)

    Asas yang Nabi s.a.w. lakukan dalam proses pembinaanperbandaran Islam di Madinah ialah membina Masjidal-Nabawi, menubuhkan pasar (meliputi premisperniagaan dan industri pembuatan), membina rumah

    penginapan untuk golongan Muhajirin

    Idea ini kemudiannya dikembangkan oleh para Sahabatkemudiannya dengan membuat pelbagai pembaharuan

  • 8/3/2019 Py1262 Sti k01-b07 ran

    7/27

    Proses pembinaan perbandaran Islam

    Pembinaan kota Baghdad

    Pembinaan kota al-Rusafah

    Pembinaan kota Samara

  • 8/3/2019 Py1262 Sti k01-b07 ran

    8/27

    Pembinaan kota Baghdad

    Baghdad asalnya sebuah perkampungan kecil

    di pinggir sungai Dajlah

    Perkembangan Baghdad berlaku selepas iadibina oleh al-Mansur (136-158H/754-775M)

    pada tahun 145H/762M iaitu lapan tahun

    selepas beliau memerintah

    Pembinaan Baghdad mengambil masa selama

    empat tahun dan siap pada tahun 149H/766M

  • 8/3/2019 Py1262 Sti k01-b07 ran

    9/27

    Sepintas lalu tentang pembinaan

    Baghdad

    4,883,000 dirham dibelanjakan oleh khalifah

    untuk menyiapkan kota Baghdad

    100,000 pekerja dibawa dari seluruh empayar.

    Angka ini termasuk pekerja mahir dalam bidang

    ukiran dan arkitek dari Sham, Parsi dan India

    Setelap siap dibina, Baghdad menjadi kediaman

    rasmi khalifah dan diisytiharkan sebagai pusatpentadbiran empayar Islam menggunakan nama

    Madinat al-Salam (Kota Kesejahteraan)

  • 8/3/2019 Py1262 Sti k01-b07 ran

    10/27

    Kenapa kota Baghdad dibina

    Atas keperluan untuk menjadikannya sebagaipusat pemerintahan khalifah al-Mansur

    Keperluan ini membawa kepada kajianterhadap beberapa kawasan di sekitar negeriIraq untuk mencari lokasi yang sesuai

    Baghdad dipilih kerana kedudukan strategik

    (diapit oleh dua batang sungai utama Iraqiaitu sungai Tigris dan sungai Euphrates) darisegi pertahanan dan ekonomi

  • 8/3/2019 Py1262 Sti k01-b07 ran

    11/27

    Kenapa kota Baghdad dibina

    Baghdad juga dipilih kerana mempunyai

    kawasan dataran yang cantik dan subur serta

    cuaca yang sederhana berbanding kawasan

    lain di Iraq

  • 8/3/2019 Py1262 Sti k01-b07 ran

    12/27

    Proses pembinaan kota Baghdad

    Al-Mansur melantik 4 orang yangbertanggungjawab dalam soal-soalpengurusan pembinaan, pelan induk, arkitek

    dan pengurusan para pekerja binaan Khalifah menggariskan kawasan seluas 4 batu

    persegi yang kemudiannya berkembangmenjadi lebih luas dengan wujudnya kawasan-kawasan perumahan dan kedai-kedai yangtumbuh ekoran pembinaan kota Baghdad

  • 8/3/2019 Py1262 Sti k01-b07 ran

    13/27

    Proses pembinaan kota Baghdad

    Dibina menggunakan batu merah yang kuat

    Ketinggian kota dianggarkan 9 meter dengan dualapisan dinding yang setiap satunya setebal

    setengah meter Di bahagian dalam sekali terdapat satu lagi

    tembok yang dianggarkan setinggi 30 meter

    Di bahagian tengah kota terdapat istana khalifahyang dikenali dengan nama Istana Kubah Hijau

    Berhampiran istana terdapat Masjid Jami

  • 8/3/2019 Py1262 Sti k01-b07 ran

    14/27

    Proses pembinaan kota Baghdad

    Di sekeliling masjid pula terdapat istana putri-putri al-mansur serta kompleks jabatan-jabatan kerajaan

    Di keliling kota Baghdad terdapat 4 pintu masuk iaitu

    Pintu Basrah, Pintu Kufah, Pintu Khurasan dan PintuShams

    Di setiap pintu masuk terdapat jambatan kerana kotaBaghdad dikelilingi oleh parit yang dalam

    Di antara pintu pula terdapat 28 buah menara yangdibina untuk menghiasa kota Baghdad

    Ada kemungkinan menara ini dijadikan tempatpengawal keselamatan mengawasi suasana sekitar kota

  • 8/3/2019 Py1262 Sti k01-b07 ran

    15/27

    Proses pembinaan kota Baghdad

    Di sekeliling kota terdapat kedai-kedai dan perumahan-perumahan awam mengikut kaum serta hammamat(tempat mandi awam)

    Kelengkapan yang wujud ini menjadikan kota Baghdadsebuah kota metropolitan yang maju dan lengkap

    Keselamatan kota Baghdad dijaga oleh 40,000 tentera

    Tahap keselamatan yang tinggi menyebabkan Baghdad

    menjadi tumpuan pedagang dari China, India,Kepulauan Melayu, Turkestan, Timur dan juga Arabia

    Sehingga kurun ke-9M kota Baghdad telah berkembangsehingga 25 batu persegi

  • 8/3/2019 Py1262 Sti k01-b07 ran

    16/27

    Baghdad: Inspirasi pembinaan kota

    lain

    Kejayaan pembinaan kota Baghdad,perkembangan dan kemajuan yang dicapainyatelah memberi dorongan kepada khalifah

    Abbasiyyah untuk merancang mendirikan kota-kota lain seperti kota al-Rusafah dan kotaSamarra

    Pembinaan kota baru juga didorong oleh sikap

    khalifah Abbasiyyah yang gemar memindahkanpusat pentadbiran kerajaan ke kawasan yangdiminati

  • 8/3/2019 Py1262 Sti k01-b07 ran

    17/27

    Pembinaan kota al-Rusafah

    Kota kedua yang dibina oleh al-Mansur pada

    tahun 151H/768M dan diteruskan

    pembinaannya hingga zaman al-Mahdi

    Siap dibina pada tahun 159H/776M

    Hadiah kepada puteranya al-Mahdi yang

    berjaya menumpaskan para pemberontak di

    Khurasan

  • 8/3/2019 Py1262 Sti k01-b07 ran

    18/27

    Kenapa kota al-Rusafah dibina

    Untuk mengelakkan kesesakan dalam kota

    Baghdad kerana jumlah tentera yang dibawa

    oleh al-mahdi daripada Khurasan begitu ramai

    Tambahan pula di Baghdad sudah terdapat

    ramai tentera dari berbagai etnik dan telah

    wujud ciri-ciri asabiyyah di antara mereka

  • 8/3/2019 Py1262 Sti k01-b07 ran

    19/27

    Apa yang terdapat di kota al-

    R

    usafah Lambang keagungan kota al-Rusafah ialah

    Masjid Jami Rusafah dan istana khalifah

    Bersebelahan masjid terdapat makam orangkenamaan seperti makam permaisuri

    Khaizuran, isteri khalifah al-Mahdi dan imam

    Abu Hanifah

  • 8/3/2019 Py1262 Sti k01-b07 ran

    20/27

    Apa yang terdapat di kota al-

    R

    usafah Kawasan istana dipagari tembok batu dengan

    dikelilingi sebatang anak sungai

    Di hadapan istana terdapat kawasan lapangdipanggil maydan al-mahdi yang dikelilingi

    oleh taman bunga yan dikenali dengan nama

    Bustan al-Hafs

  • 8/3/2019 Py1262 Sti k01-b07 ran

    21/27

    Apa yang terdapat di kota al-

    R

    usafah Di hujung taman terdapat tasik besar yang dibina

    khusus untuk mengelak banjir

    Air tasik ini digunakan untuk mengairi taman bunga

    Premis perniagaan, bangunan kerajaan dan pasar

    juga wujud

    Semua jenis barangan boleh didapati dengan mudah

    di pasar termasuk alat perhiasan dan kain suterayang diimport dari China dan India

  • 8/3/2019 Py1262 Sti k01-b07 ran

    22/27

    Perhubungan dan komunikasi di

    kota al-R

    usafah Sebuah jalan utama dibina dikenali sebagai

    Syari al-Maydan

    Di kiri kanan jalan terdapat istana seperti QasrUmm Habibah (puteri Harun al-Rashid), istana

    wazir al-wuzara dan istana al-Hajib

    Di hujung jalan terdapat istana iaitu Qasr al-

    Waddah (berhampiran masjid Khudayr)

  • 8/3/2019 Py1262 Sti k01-b07 ran

    23/27

    Pembinaan kota Samarra

    Di bina oleh khalifah al-Mutasim

    60 batu ke utara Baghdad dan meliputi

    kawasan seluas 36 km Asalnya kawasan lapang di bahagian timur

    sungai Dajlah

  • 8/3/2019 Py1262 Sti k01-b07 ran

    24/27

    Kenapa kota Samarra di bina

    Untuk dijadikan pusat pentadbiran Islam

    Berlaku pertembungan budaya yang tidak

    sesuai antara penduduk baghdad dengantentera Turki

  • 8/3/2019 Py1262 Sti k01-b07 ran

    25/27

    Inisiatif awal pembinaan Samarra

    Dimulakan oleh Harun al-Rashid yang menggali

    terusan yang dikenali sebagai Nahr al-Taqul,

    membina istana sebagai kediaman isteri ketiganya

    dari keturunan Turki Apa yang dilakukan oleh al-Mutasim pula ialah

    membangunkan Samarra mengikut tata cara asas

    perbandaran Islam iaitu membina masjid, istana,

    bangunan kerajaan, penempatan tentera, premisperniagaan, penempatan awam dsb.

  • 8/3/2019 Py1262 Sti k01-b07 ran

    26/27

    Ciri-ciri perbandaran Islam di

    S

    amarra Istana sebagai kediaman rasmi khalifah al-

    Mutasim seluas 417 kaki persegi di pinggir

    sungai Dajlah

    Masjid Jami Samarra seluas 400,000 kaki

    persegi dengan belanja 15 juta dirham

    Premis perniagaan dan kawasan pasar lambak

    Kawasan perumahan awam

  • 8/3/2019 Py1262 Sti k01-b07 ran

    27/27

    Samarra sebagai pusat

    pentadbiran 60 tahun menjadi pusat pemerintahan

    khalifah

    Fungsi ini berakhir apabila khalifah al-Mutadid memutuskan untuk memindahkan

    pusat pentadbiran ke Baghdad