folio sejarah tingkatan iii ( majlis ran kulaijaya johor)

Upload: aidyl-nadzryn

Post on 06-Jul-2015

466 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

ELEMEN1: Mengumpul Fakta Sejarah.

SENARAI SUMBER.

Melawat Tempat Kajian: Majlis Perbandaran Kulai : Jalan Pejabat Kerajaan, 81000, Kulaijaya, Johor Darul Tazim.

Buku Ilmiah: Majlis Perbandaran Kulai : 2004 : Pengisytiharaan Majlis Perbandaran Kulai : Edisi Terbitan Khas : Halaman 2, 11, 20, 22, 24 dan 26.

Orang Sumber: En. Mohammad Helmi Ridhauddin : 31 tahun : Penolong Pegawai Pengarah Majlis Perbandaran Kulaijaya, Jalan Pejabat Kerajaan, 81000, Kulaijaya, Johor Darul Tazim.

Internet: Portal Majlis Perbandaran Kulai : http://www.mpkulai.gov.my/web/guest/home

SUMBER 1: Melawat Tempat Kajian.

Tempat : Majlis Perbandaran Kulai. Hari : Khamis. Tarikh : 17 Mac 2011. Alamat : Majlis Perbandaran Kulai, Jalan Pejabat Kerajaan, 81000, Kulaijaya, Johor Darul Tazim.

LAPORAN LAWATAN KE TEMPAT KAJIAN.Pada hari Khamis, 17 Mac 2011 yang lalu, saya, Aidel Nadzreen bin Arifudin telah melawat ke tempat kajian iaitu pejabat Majlis Perbandaran Kulai. Pejabat Majlis Perbandaran Kulai ini terletak di Jalan Pejabat Kerajaan, 81000, Kulaijaya, Johor Darul Tazim.

Ketika saya berada di sana pada jam 9.00 pagi, saya telah berjumpa dengan seorang pegawai Majlis Perbandaran Kulai, iaitu En. Mohammad Helmi Ridhauddin. Saya meminta izin untuk mewawancara beliau untuk mendapatkan maklumat lebuh lanjut tentang Majlis Perbandaran Kulai.

Setelah mewawancara beliau, beliau membawa saya ke sekeliling pejabat Majlis Perbandaran Kulai selama satu jam sambil menjelaskan peranan-peranan Majlis Perbandaran Kulai seperti aspek ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan dan pelancongan.

Setelah selesai mencari sumber maklumat di tempat kajian pada jam 11.00 pagi, saya mengucapkan terima kasih kepada En. Mohammad Helmi Ridhauddin kerana sudi diwawancara dan meluangkan sedikit masa untuk saya mencari sumber maklumat. Lalu saya mengambil beberapa gambar untuk dijadikan bukti lawatan.

Pada jam 11.30 pagi, saya beredar dari pejabat Majlis Perbandaran Kulai lalu pulang ke rumah pada pukul 11.45 pagi.

SUMBER 2: Buku Ilmiah.

SUMBER 3: Orang Sumber.

Nama : En. Mohammad Helmi Ridhauddin. Jawatan : Penolong Pegawai Pengarah Majlis Perbandaran Kulai. Umur : 31 Tahun. Alamat Bekerja : Majlis Perbandaran Kulai, Jalan Pejabat Kerajaan, 81000, Kulaijaya, Johor Darul Tazim.

Pada sesi melawat tempat kajian, saya, Aidel Nadzreen Arifudin (Aidel) telah mewawancara seorang pegawai di Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), iaitu En. Mohammad Helmi Ridhauddin (MHR). Wawancara ini bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut tentang MPKu. Berikut adalah sesi wawancara bersama beliau.

Aidel : Assalamualaikum tuan. MHR : Waalaikumsalam. Aidel : Tujuan saya ke sini ialah untuk mewawancara tuan mengenai MPKu kerana saya dikehendaki membuat kerja kursus sejarah mengenai MPKu. Adakah ia menjadi keberatan bagi tuan? MHR : Oh, tidak mengapa. Silakan. Aidel : Pertama, bilakah dan siapakah yang menubuhkan MPKu? MHR : MPKu ditubuhkan pada 1 Januari 1976 oleh kerajaan tempatan dengan menggunakan nama Majlis Daerah Tempatan (MDT) dibawah akta tempatan 1976. Aidel : Penguatkuasaan undang-undang kecil pentadbiran pula bagaimana? MHR : Antara undang-undang kecil pentadbiran ialah Undang-undang Pasar-pasar (Majlis Daerah Kulai) 1982 JPU 8 3.10.1985 dan Undang-undang Kecil Perlesenan, Tred, Perniagaan, Perindustrian dan Profesyen (Majlis Daerah Kulai) JPU 97 16.11.1982.

Aidel : Boleh tuan huraikan bidang tugas setiap pentadbir? MHR : Bidangnya berlainan mengikut jabatan masing-masing. Contohnya, Jabatan Pentadbiran, ia bertanggungjawab terhadap pentadbiran, bekalan, stor, perjawatan dan latihan. Aidel : Cara pelantikan pentadbir tempatan pula bagaimana? MHR : Pada mulanya, ia akan diiklankan dan menerima permohonan. Kemudian, disaring megikut kelayakan. Aidel : Oh, begitu rupanya. Apakah peranan MPKu dalam aspek ekonomi? MHR : Dari aspek ekonomi pula, jabatan yang memproses permohonan-permohonan pembangunan seperti kedai, pusat membeli-belah dan pasar. MPKu adalah jabatan khas pentadbir yang memproses permohonan lesen dan permit. Aidel : Bagaimana pula dari aspek pendidikan? MHR :Majlis Perbandaran Kulai menganjurkan aktiviti berasakan pendidikan kepada masyarakat. Kita memberi peluang kepada rakyat mengikut sama aktiviti yang dianjurkan. Aidel : Bagimana dalam bidang kemasyarakatan? MHR : MPKu melancarkan bantuan kemiskinan bagi membantu orang miskin. Kita melakukan aktiviti-aktiviti pembangunan insan. Kita juga menganjurkan aktiviti sukan di Stadium Taman Putri. Kita juga mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua kampung bagi mengetahui masalah yang dihadapi.

Aidel : Selain daripada itu, apakah peranan MPKu dalam bidang pelancongan? MHR : MPKu menyediakan Hutan Bandar Putra untuk pelancong dalam dan luar daerah. Hutan Bandar Putra diwujudkan supaya di Kulaijaya terdapat satu tempat untuk dikunjungi dan mengelakkan mereka beranggapan mereka perlu berbelanja besar untuk melancong. Aidel : Bagaimanakah perkembangan MPKu dari segi pembangunan prasarana? MHR : Prasarana seperti lampu trafik, stadium, balai serbaguna, jalan, pusat penerangan, gelanggang futsal, taman permainan dan gelanggang terbuka untuk orang ramai.MPKu juga menyediakan kemudahan awam yang tidak dapat disediakan oleh swasta. Aidel : Apakah pencapaian yang pernah dicapai oleh MPKu pada peringkat nasional dan negeri? MHR : Di peringkat nasional, MPKu telah mendapat taraf tiga bintang dari lima bintang. MPKu menduduki tangga kelapan. Di negeri Johor pula, MPKu telah menduduki tangga ketiga. Di peringkat negeri ada banyak, seperti menyertai zapin peringkat negeri. Kita juga telah mendapat piawaian ISO 9001:2008 iaitu piawaian system kerja berkualiti.

Aidel : Apakah halangan dan cabaran yang dihadapi oleh MPKu dalam menjalankan pentadbiran di Kulaijaya? MHR : Antara cabaran yang dihadapi di Kulaijaya ialah kita mencuba memberi kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan kebersihan persekitaran kerana kita membelanja sehingga RM10 juta dalam masa setahun untuk meyelenggara dan membersihkan daerah Kulaijaya yang sepatutnya dapat dikurangkan apabila kesedaran menjaga alam sekitar boleh dimulakan dirumah. Selain itu, penduduk membuat perbandingan kemudahan yang ada dengan kawasan lain. Sebagai contoh, penduduk mahukan kemudahan yang sama seperti Putrajaya. Maka, kita perlu mengoptimumkan penggunaan untuk memenuhi kehendak penduduk. Aidel : Apakah harapan tuan terhadap MPKu pada masa hadapan? MHR : Saya berharap agar MPKu dapat mencapai taraf lima bintang dan memenuhi kehendak masyarakat dan memberi kesedaran kebersihan alam sekitar. Aidel : Baiklah, saya rasa maklumat yang diberikan oleh tuan amatlah dihargai. Terima kasih atas kerjasama tuan kerana sanggup meluangkan 30 minit masa bekerja tuan untuk hasil kerja kursus saya. Saya harap dapat mengunjungi MPKu sekali lagi dan dapat bertemu dengan tuan. MHR : Sama-sama. Semoga berjumpa lagi. Aidel : Assalamualaikum. MHR : Waalaikusalam.

SUMBER 4: Internet.

ELEMEN 2: Merekod Fakta Sejarah.

TAJUK KAJIAN:

Majlis Perbandaran Kulai.

1

SENARAI KANDUNGAN.

BIL. KANDUNGAN. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. TAJUK KAJIAN. SENARAI KANDUNGAN. PENGHARGAAN. OBJEKTIF KAJIAN. KAEDAH KAJIAN. HASIL KAJIAN. RUMUSAN. LAMPIRAN. RUJUKAN.

HALAMAN. 1 2 3-4 5 6 7-25 26

2

PENGHARGAAN.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan dalam usaha menghasilkan kerja kursus ini.

Saya, Aidel Nadzreen bin Arifudin, dari tingkatan 3C ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru sejarah saya, Puan Rohaya binti Md. Noor, atas segala nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar beliau yang amat berguna.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kedua-dua ibu-bapa saya, iaitu Arifudin bin Sarbin dan Nazatul Shima binti Idris kerana telah membantu saya dari segi bahan cetakan, kewangan dan sokongan semasa menjalankan kerja kursus sejarah ini .

Tidak lupa juga, kepada orang sumber saya, En. Helmi bin Ridhauddin. Beliau, yang menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Pengarah di Majlis Perbandaran Kulaijaya telah memberi peluang kepada saya untuk menemuramah beliau. Beliau telah memberikan penjelasan dengan jelas dan memberikan saya banyak maklumat dari Majlis Perbandaran Kulaijaya.

3 Tidak ketinggalan, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Amirul Ikmal bin Azhar, Mohammad Nur Fakhruddin bin Mohammad Farij, Faris Idlan bin

Azahari dan Muhammad Sharul Adha bin Roslan atas segala bantuan dan idea yang bernas ketika melakukan kajian. Kami bersama-sama mengumpulkan maklumat dan berbincang tentang kajian ini. Ini telah menimbulkan nilai kerjasama dalam satu pasukan.

4

OBJEKTIF KAJIAN.Ketika kajian dijalankan, terdapat beberapa objektif kajian sejarah ini.

Menerusi kajian ini, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pentadbiran Majlis Perbandaran Kulai, struktur organisasi, jawatan-jawatan yang terdapat dalam pentadbiran dan tanggungjawab mereka terhadap institusi dan masyarakat.

Selain itu, saya juga dapat memahami tentang sejarah dan latar belakang perkembangan pentadbiran Majlis Perbandaran Kulaijaya. Di samping itu, saya juga dapat mengetahui perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat dalam institusi pentadbiran tempatan ini dan kepentingannya kepada masyarakat setempat.

Akhir sekali, saya juga dapat menempa pelbagai pengalaman dan pengetahuan sepanjang saya menjalankan kajian ini. Melalui kajian ini juga, saya dapat menerapkan nilai bekerjasama, hormat-menghormati dan bertoleransi dalam kalangan masyarakat majmuk. Sikap seperti ini dapat memupuk perpaduan yang utuh dalam usaha mengekalkan intergrasi nasional.

5

KAEDAH KAJIAN.

Sepanjang kajian ini, berbagai-bagai kaedah dilakukan bagi mengumpulkan maklumat dan merekodkan maklumat. Fakta tersebut dirumuskan dan membuat pentafsiran bagi mendapatkan fakta yang sahih dan tepat.

Antara kaedah yang saya gunakan ialah kaedah lisan. Pada 17 Mac 2011, saya telah menemuduga orang sumber saya iaitu En. Mohammad Helmi bin Ridhauddin dan bertanyakan pelbagai soalan tentang latar belakang Majlis Perbandaran Kulaijaya. Melalui ini, saya telah merekodkan dan menulis fakta sejarah dalam kajian ini. Kaedah ini terus kepada responden melalui perbualan dan percakapan.

Selain itu, saya juga telah menggunakan kaedah lain seperti kaedah bertulis. Banyak bahan-bahan diperolehi melalui kaedah bertulis dengan mendapatkan maklumat daripada buku ilmiah, majalah, piagam Majlis Perbandaran Kulaijaya, papan tanda dan artikel mengenai Majlis Perbandaran Kulaijaya.

Saya juga telah menggunakan kaedah rujukan. Saya telah membuat rujukan ke atas buku ilmiah, laman web dan lain-lain bagi mendapatkan sumber. Fakta-fakta daripada elemen tersebut telah disalin dan dicetak kembali bagi melengkapkan kajian ini .

6

HASIL KAJIAN.

1.Institusi Pentadbiran Tempatan.

1.1 - Nama rasmi. Nama rasmi institusi pentadbiran tempatan yang saya kaji adalah Majlis Perbandaran Kulai.Selain itu, Majlis Perbandaran Kulai ini juga dikenali dengan nama ringkasnya iaitu MPKu.

1.2 - Lokasi. Lokasi Majlis Perbandaran Kulai ini terletak di Jalan Pejabat Kerajaan, 81000, Kulaijaya, Johor.

1.3 - Objektif. Terdapat beberapa objektif yang saya peroleh dari laman web rasmi Majlis Perbandaran Kulaijaya, antaranya ialah membangunkan Majlis Perbandaran Kulai sebagai pusat kegiatan ekonomi, sosial dan pusat penempatan penduduk yang sempurna dan selesa, menggalakkan penyertaan bumiputra dalam perniagaan, perdagangan, perindustrian, menyusun semula sosioekonomi penduduk setempat, menggalak dan memajukan kawasan pinggiran bandar dan membantu menjayakan cita-cita menghapuskan kemiskinan. 7 1.4 - Misi penubuhan.

Misi penubuhan Majlis Perbandaran Kulai adalah menuju ke arah sebuah pihak berkuasa tempatan yang dinamik dan efisien, memberikan perkhidmatan asas yang cemerlang dan terbaik, membuat dan melaksanakan perancangan yang teratur, berkualiti dan holistik, membina masyarakat penyayang, berilmu, berbudaya dan berdisplin, meningkatkan taraf hidup dan ekonomi penduduk selaras dengan dasar ekonomi negara dan mengawal dan menguatkuasa perundangan serta kualiti alam sekitar.

1.5 - Visi penubuhan. Visi penubuhan Majlis Perbandaran Kulai ialah Ke arah perbandaran cemerlang dan sejahtera.

8 1.6 Carta organisasi.

Carta organisasi Majlis Perbandaran Kulai adalah seprti yang berikut:

9 2.Latar Belakang.

2.1 Sejarah penubuhan. Majlis Perbandaran Kulai dahulunya dikenali sebagai Majlis Daerah Kulai.Ia ditubuhkan pada 1 Januari 1976. Majlis Perbandaran Kulai ini ditubuhkan oleh kerajaan tempatan dengan menggunakan nama Majlis Daerah Tempatan (MDT) dibawah akta tempatan 1976.Ia dibentuk daripada gabungan 9 buah majlis tempatan iaitu:

Kulai Senai Kelapa Sawit Seelong Saleng Sengkang Ayer Bemban Sedenak Bukit Batu

10

Peta Kawasan Pentadbiran Majlis Pentadbiran Kulai.

11

Pada awal penubuhannya, Majlis Daerah Kulai mempunyai keluasan kawasan seluas 123.36km persegi merangkumi 40 rantai kiri dan kanan jalan raya Persekutuan bagi menuju ke Bandaraya Johor Bahru, Senai, Ayer Hitam dan Kota Tinggi. Pentadbiran MDK juga meliputi laluan bagi Keretapi Tanah Melayu yang menghubungkan perjalanan daripada Utara ke Selatan dan ke Singapura. Lokasi strategik Kulai yang mudah dihubungi dari perbagai arah telah menyebabkan ia dipilih sebagai Ibu Pejabat untuk mentadbir kawasan-kawasan yang berada dibawah pentadbiranya.

12

2.2 - Undang-undang kecil. Terdapat beberapa undang-undang kecil yang digunapakai oleh Majlis Perbandaran Kulai di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Antaranya ialah UndangUndang Kecil Pasar-Pasar ( Majlis Daerah Kulai ) 1982 -JPU 8 3.10.1985, UndangUndang Kecil Perlesenan, Tred, Perniagaan, Perindustrian dan Profesyen ( Majlis Daerah Kulai ) - JPU 97 16.11.1982, Undang-Undang Kecil Penjaja ( Majlis Daerah Kulai ) JPU 53 13.3.1985, Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap ( Majlis Daerah Kulai ) 1985, Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran ( Majlis Daerah Kulai ) 1982 - JPU 52 13.3.1985, Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya ( Majlis Daerah Kulai ) 1990 - JPU 101 11.10.1990, Undang-Undang Kecil Iklan ( Pindaan ) - JPU 100 11.10.1990, Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan ( Majis Daerah Kulai ) 1987 - JPU 9 14.5.1989, Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan ( Majlis Daerah Kulai ) 1987 - JPU 57, Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan ( Majlis Daerah Kulai ) 1987 - JPU 7 16.2.1989, Perintah Lalulintas ( Peruntukan Tempat-Tempat Letak Kereta ) (Majlis Daerah Kulai ) 1989 JPU 15 14.2.1991 , JPU 15 18.7.1990, Undang-Undang Kecil Perlesenan Tempat Meletak Kereta Persendirian ( Majlis Daerah Kulai ) 1988 - JPU 18 7.11.1988, Undang-Undang Kecil Taman ( Majlis Daerah Kulai ) 1987 - JPU 13 31.1.1991, Undang-Undang Kecil Perlesenan Anjing ( Majlis Daerah Kulai ) - JPU 7 27.2.1992, Undang-Undang Kecil Pasar Malam Sehari ( Majlis Perbandaran Kulai ) 2004 - JPU 18 dan Undang-Undang Kecil Tandas Awam ( Majlis Perbandaran Kulai ) 2004 - JPU 16. 13

3. Peranan. 3.1 Ekonomi. Dari segi ekonomi, Majlis Perbandaran Kulai memproses permohonanpermohonan pembangunan seperti kedai, pusat membeli-belah dan pasar. MPKu adalah jabatan khas pentadbir yang memproses permohonan lesen dan permit.

3.2 Kemasyarakatan.

Bagi bidang kemasyarakatan, Majlis Perbandaran Kulai melancarkan bantuan kemiskinan bagi membantu orang miskin.Majlis Perbandaran Kulai melakukan aktivitiaktiviti pembangunan insan.Majlis Perbandaran Kulai juga menganjurkan aktiviti sukan.Majlis Perbandaran Kulai juga mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua kampung bagi mengetahui masalah yang dihadapi.

3.3 Pelancongan.

Majlis Perbandaran Kulai menyediakan Hutan Bandar Putra untuk pelancong dalam dan luar daerah.Hutan Bandar Putra diwujudkan supaya di Kulaijaya terdapat satu tempat untuk dikunjungi dan mengelakkan pelancong beranggapan mereka perlu berbelanja besar untuk melancong. 14

3.4 Pendidikan.

Majlis Perbandaran Kulai menganjurkan aktiviti berasakan pendidikan kepada masyarakat.Majlis Perbandaran Kulai memberi peluang kepada rakyat mengikut sama aktiviti yang dianjurkan.

Rumusan.Rumusannya, kajian ini telah memberikan iktibar kepada banyak pihak. Bagi saya, Majlis Perbandaran Kulajaya ini

Lampiran

Tembok Majlis Perbandaran Kulaijaya.

Bangunan Majlis Perbandaran Kulaijaya

Logo Majlis Perbandaran Kulai.

Bunga Orkid bunga rasmi Majlis Perbandaran Kulai.

Merawan Siput Jantan pokok rasmi Majlis Perbandaran Kulai.

Rujukan.

Melawat Tempat Kajian:

Majlis Perbandaran Kulaijaya : Jalan Pejabat Kerajaan, 81000, Kulaijaya, Johor Darul Tazim.

Buku Ilmiah: Majlis Perbandaran Kulaijaya : 2004 : Pengisytiharaan Majlis Perbandaran Kulai : Edisi Terbitan Khas : Halaman 2, 11, 20, 22, 24 dan 26.

Orang Sumber: En. Mohammad Helmi Ridhauddin : 31 tahun : Penolong Pegawai Pengarah Majlis Perbandaran Kulaijaya, Jalan Pejabat Kerajaan, 81000, Kulaijaya, Johor Darul Tazim.

Internet: Majlis Perbandaran Kulaijaya : http://www.mpkulai.gov.my/web/guest/home

ELEMEN 3: Unsur Patriotisme.

Bagaimana institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh intergrasi nasional di negara kita ?

Pada umumnya, pemupukan intergrasi nasional membawa maksud suatu proses yang dijalankan bagi menyatupadukan seluruh anggota masyarakat menerusi pembinaan idealogi Negara yang telah ditetapkan oleh perlembagaan. Tujaannya adalah untuk memastikan setiap anggota masyarakat itu dapat membentuk satu identiti dan nilai yang dapat dikongsi serta memiliki semangat kebangsaan yang kental.

Terdapat pelbagai cara institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh intergrasi nasional di negara kita antaranya ialah intergrasi melalui politik. Kejayaan perkongsian politik akan menjamin perpaduan negara selamanya. Contohnya, pada dahulunya sector perniagaan dimonopoli oleh kaum Cina tetapi kini ada ramai ahli perniagaan Melayu dan India. Selain itu, institusi tempatan banyak mengeluarkan lesen perniagaan atau penjaja kepada pelbagai kaum, seperti di pasar malam, pasar minggu, dan lain-lain lagi. Ini membolehkan masyarakat menjalinkan persefahaman yang kukuh dan bermuafakat antara satu sama lain.

Intergrasi nasional juga boleh dipupuk melalui perayaan. Pada setiap tahun, tiga kaum utama di Malaysia iaitu kau Melayu, Cina dan India akan menyambut perayaan kaum masing-masing seperti Hari Raya Aidifitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Ketiga-tiga kaum ini dapat memperkukuh perpaduan melalui aktiviti rumah terbuka, yang dihadiri pelbagai kaum yang ada di Malaysia. Cara ini dapat menghargai dan

mengamalkan tradisi dan budaya bangsa setiap kaum. Lebih efektif, kita mengadakan perayaan baru di Malaysia seperti Sambutan Hari Kebangsaan, Hari Perpaduan , Sambutan Tahun Baru dan lain-lain lagi. Sambutan perayaan itu boleh dianjurkan oleh institusi pentadbiran tempatan.

Tidak lupa juga, sukan juga boleh menjadi elemen paling berkesan untuk merapatkan intergrasi kaum. Pelbagai acara sukan dan permainan dipertandingkan diperingkat tempatan sehingga dapat mewakili daerah ke peringkat negeri dan terus ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Semua rakyat pelbagai kaum akan bergaul dan bercampur sesama mereka tidak kira waktu bersukan, latihan atau menyokong pasukan yang sedang bertanding. Tambahan lagi, rakyat pelbagai kaum begitu bangga mengibarkan bendera Jalur Gemilang. Oleh itu, semangat cinta akan tanah air dan bangsa akan mula mekar.

Selain itu, pendidikan juga dapat memupuk intergrasi nasional. Sejak di bangku sekolah rendah sehingga sekolah menengah kita belajar dan bergaul bersama pelbagai kaum. Kursus-kursus atau seminar yang dianjurkan oleh institusi pentadbiran tempatan untuk masyarakat setempat yang dihadiri oleh pelbagai kaum.

Persatuan dan pertubuhan yang diwujudkan oleh institusi pentadbiran harus disertai oleh setiap kaum. Pertubuhan dan persatuan ini akan berkongsi matlamat yang diperjuangkan, menyertai aktiviti-aktiviti pertubuhan seperti perkhemahan dan memiliki minat yang sama secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan antara kaum.

Apabila intergrasi nasional sudah dipupuk, lebih mudah bagi rakyat untuk menumpukan perhatian dan mengejar kejayaan. Selepas itu, negara akan menjadi aman dan makmur. Berbanggalah menjadi rakyat Malaysia.