bab 6 doktrin an kuasa struktur ran negara

Upload: tracy-cheng-yong-yong

Post on 19-Jul-2015

71 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Doktrin Pengasingan Kuasa

DOKTRIN PENGASINGAN KUASA & STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Di perkenalkan oleh Montesquieu, ahli falsafah Perancis pada abad ke 18.Corak pemerintahan di Malaysia telah ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan dengan mengasingkan tiga badan* yang terlibat dalam pemerintahan:

i. Badan Eksekutif ii. Badan Perundangan iii. Badan KehakimanUTAR 1 UTAR 2

Tujuan DPKa. Mengelakkan wujudnya sebarang bentuk permuafakatan atau komplot antara badan pemerintah dengan badan-badan lain. b. Supaya tidak berlaku pemusatan kuasa antara ketiga-tiga badan itu, di samping membolehkannya memainkan peranan sebagai pemeriksa dan pengimbang (check and balance). c. Menjamin kecekapan pentadbiran. Setiap badan dapat menumpukan bidang tugas masingmasing Melicinkan sistem pentadbiran negara, dapat mengurangkan birokrasiUTAR 3

Komponen DPKBadan Pemerintah (Eksekutif) - Ia melaksanakan undang-undang dan pentadbiran. - Dibahagikan kepada: i. Kerajaan Persekutuan - Kabinet. ii. Kerajaan Negeri - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Badan Perundangan (Legislatif)

Badan ini berfungsi menggubal, meminda dan meluluskan undang-undang. Terdapat 2 badan perundangan. i. Di peringkat persekutuan Parlimen ii. Di peringkat negeri - Dewan Undangan Negeri.

Badan Kehakiman (Judisiari)

Berfungsi mentafsirkan undang-undang. Dibahagikan kepada mahkamah awam dan mahkamahkhas.UTAR 4

Doktrin pengasingan kuasa yang diamalkan di Malaysia berbeza, ia menekankan kuasa relatif antara badan-badan tersebut.

Pentadbiran Peringkat Persekutuan

UTAR

5

UTAR

6

1

STRUKTUR KERAJAAN PERSEKUTUANYang di-Pertuan Agong Majlis Raja-Raja

1. BADAN EKSEKUTIF / PEMERINTAHYang di-Pertuan Agong

Perdana Menteri Legislatif Ketua Auditor Parlimen Kabinet Kementerian Dewan Rakyat Eksekutif Suruhanjaya Judisiari Kabinet

Perkhidmatan Awam Mahkamah Kementerian

Dewan Negara

Jabatan dan Perbadanan Awam

Jabatan

Perbadanan Awam Struktur Badan Eksekutif8

UTAR

7

UTAR

i. Kabinet (Jemaah Menteri) Kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri dan menteri-menteri lain. Anggota kabinet dilantik oleh YDPA. Merupakan badan penggubal dasar K. Persekutuan. Melaksanakan kuasa eksekutif atas nama YDPA. Saraan ditetapkan oleh Parlimen, ditanggung oleh Kumpulan Wang Persekutuan yang Disatukan. Mesyuarat Kabinet - mingguan (setiap hari Rabu). Sesuatu keputusan yang dibuat dalam mesyuarat kabinet adalah secara kolektif. [semua ahli kabinet bersetuju atas sesuatu keputusan. Kabinet juga bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen].UTAR 9

Fungsi Kabineta) Mentadbir mengikut bidang kuasa yang terdapat dalam Senarai Persekutuan b) Menggubal dasar Kerajaan Persekutuan c) Memperinci dasar-dasar umum yang dijanjikan d) Membentuk dasar koordinasi yang bertujuan untuk membina kerajaan yang cekap dan efektif e) Menangani sebarang masalah kecemasan yang melibatkan negara dan rakyat d) Bertindak sebagai badan penasihat kepada YDPAUTAR 10

Perdana Menteri dan Menteri Perlantikan Perdana Menteri sebagai ketua kabinet dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri dipilih daripada kalangan ahli Dewan Rakyat yang dipercayai mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan. Merupakan Pengerusi Kabinet dan memimpin kerajaan. PM juga ketua eksekutif negara / ketua kerajaan. Pemecatan PM boleh dilakukan melalui usul tidak percaya terhadap PM oleh 2/3 ahli DR. - Jika diluluskan- PM ada 2 pilihan: i- meletakkan jawatan, atau ii- memohon YDPA supaya membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum baru.UTAR 11

Menteri dilantik dari kalangan ahli DR atau ahli DN oleh YDPA atas nasihat PM. Seorang menteri boleh mengetuai satu atau lebih kementerian. Seorang menteri merupakan anggota kabinet. Seseorang menteri yang dilantik mengetuai sesuatu kementerian bertanggungjawab menjalankan tugastugas yang diberikan kepadanya mengikut Akta Tugas-Tugas Menteri. Menteri tak berportfolio melakukan tugastugas khas PM. Seorang menteri boleh dilucutkan daripada jawatan oleh YDPA atas nasihat PM tanpa sebab. Namun,seseorang menteri itu boleh meletakkan jawatan secara sukarela atau atas sebab-sebab tertentu.UTAR 12

2

ii. Kementerian Kementerian merupakan agensi pelaksana tertinggi kerajaan (eksekutif). Kementerian diketuai seorang menteri dengan portfolionya. Menteri dibantu oleh Timbalan menteri, Ketua Setiausaha Kementerian dan pegawai-pegawai kerajaan. Terdapat sebanyak 25 buah kementerian di Malaysia pada hari ini dan ia boleh ditambah atau dikurangkan mengikut keperluan negara.

Peranan setiap kementerian adalah membentukdasar-dasar, merancang, mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan tugas-tugas yang diletakkan di bawah portfolio kementerian yang berkaitan.

Ketua pentadbir utama sesebuah kementerianialah Ketua Setiausaha Kementerian (KSU), manakala ketua pentadbir utama di Jabatan Perdana Menteri adalah Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang juga merupakan ketua perkhidmatan awam di peringkat persekutuan.

UTAR

13

UTAR

14

Indeks Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)27 Julai 2009, PM telah mengumumkan KPI dan 6 teras NKRA Tujuan: Memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius, wujud di kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam. Memaklumkan segala rancangan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat ini agar mereka dapat memantau dan menilai pencapaian sasaran seperti yang ditetapkan. Merevolusikan pengurusan Perkhidmatan Kerajaan : Pencapaian Diutamakan KPI, akan menjadi piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam. KPI merupakan satu amalan penting dalam pengurusan prestasi untuk menilai dan mengukur sasaran yang ditetapkan oleh sesuatu organisasi seperti kementerian atau agensi kerajaan secara objektif. Perdana Menteri akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap matlamat NKRA dan pencapaian KPI tersebut. Satu pusingan penilaian 6 minggu.UTAR 15

6 jurusan NKRA: 1) Mengurangkan Kadar Jenayah i. Jenayah Jalanan ii. Keselamatan Awam iii. Peningkatan Prestasi Agensi Penguatkuasaan 2) Memerangi rasuah 3) Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan 4) Meningkat Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah 5) Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman 6) Menambah Baik Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana KPI dilletakkan pada setiap 6 jurusan NKRA tersebut sebagai pengukur keberkesanan.

Menteri-menteri yang bertanggungjawab menerajui 6 NKRA: I. Bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Pelajaran). II. Bagi NKRA mengurangkan kadar jenayah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri) III. Bagi NKRA memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri). IV. Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula menterinya ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) V. Bagi NKRA memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman ialah Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) VI. Bagi NKRA menambah baik pengangkutan awam, menterinya ialah DatoSeri Kong Cho Ha (Menteri Pengangkutan).UTAR 16

Perkidmatan Awam Merupakan jentera pentadbiran atau kuasa eksekutif dalam melaksanakan dasar-dasar dan keputusan kerajaan bagi mencapai segala objektif dan matlamat negara. Terbahagi kepada : i) Jabatan ii) Perbadanan Awam Antara perkhidmatan awam yang terdapat di Malaysia ialah: Angkatan Bersenjata Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman Angkatan Polis Perkhidmatan Kereta Api Perkhidmatan Awam Bersama Perkhidmatan Awam Negeri Perkhidmatan Pendidikan17 UTAR

i. -

Jabatan Agensi kerajaan yang diwujudkan dalam kementerian. Semua jabatan mempunyai cawangan di peringkat negeri dan daerah. Peranan: melaksanakan dasar-dasar dan keputusan yang diputuskan oleh kerajaan mengikut bidang kuasa dan tanggungjawab masing-masing.

ii. Perbadanan Awam Merupakan agensi separa kerajaan dan kebanyakan terletak di bawah sesuatu kementerian. Matlamat utama membolehkan kerajaan terlibat secara langsung dalam pembangunan sosioekonomi negara dan aktiviti-aktiviti yang kurang menarik minat sektor swasta atau kurang menguntungkan atau memerlukan modal yang besar.UTAR 18

3

i. ii. a. b. a.-

Terbahagi kepada dua: Perbadanan awam persekutuan kerajaan persekutuan Perbadanan awam negeri kerajaan negeri Dua bentuk perbadanan awam: Badan Berkanun Badan Tidak Berkanun Badan-Badan Berkanun Ditubuhkan dibawah Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Undangan Negeri Contoh: FELDA, MARDI, LPP, FAMA, BNM, BSN, KWSP, LHDN, BERNAMA, DBP, PERKESO, IPTA, dll. Badan Tidak Berkanun Syarikat-syarikat yang kerajaan mempunyai kepentingan Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat Contoh: PNB, PETRONAS, HICOM, SIRIM, MAS, MIMOS, KTMB, MISC, Puspakom, Bank Islam Msia Bhd, Khazanah Nasional Bhd, dll.UTAR 19

Suruhanjaya Untuk memastikan jentera kerajaan berjalan lancar dan bersistematik. Terdapat dua bentuk suruhanjaya: i- Suruhanjaya Tetap ii- Suruhanjaya Sementara Bagi menjamin suruhanjaya ini bebas dan tiada campur tangan pihak-pihak tertentu, ahli-ahli suruhanjaya dilantik secara khas oleh Yang diPertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Ahli MP dan DUN tidak boleh dilantik sebagai ahli sesuatu suruhanjaya.UTAR 20

b. -

Tujuan Penubuhan Suruhanjaya1. Membolehkan sesuatu pentadbiran yang berkaitan hal ehwal awam dilaksanakan dengan baik; 2. Memberi keyakinan tentang kredibiliti suruhanjaya untuk menjalankan tugas dengan cekap; 3. Mengkaji dan menyelidik sesuatu objektif agar objektif yang dilaksanakan sesuai dan berkesan; 4. Memastikan kesaksamaan dalam pelantikan ke jawatan tetap, pengesahan, pertukaran, menjalankan kawalan tatatertib, kenaikan pangkat, pencen kakitangan kerajaan; 5. Memberi laporan tahunan kepada YDPA dan salinan laporan kepada Majlis Parlimen

i- Suruhanjaya Tetap Di peringkat Persekutuan : Suruhanjaya Pilihan Raya Suruhanjaya Perkhidmatan:Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Suruhanjaya Pasukan Polis Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan UndangUndang

Majlis Angkatan Tentera Suruhanjaya Hak Asasi ManusiaUTAR 22

UTAR

21

ii- Suruhanjaya Sementara

2. BADAN PERUNDANGAN / LEGISLATIFParlimen

i. ii.

Diwujudkan untuk mengkaji / menyiasat perkara-perkara dan membuat perakuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara tertentu dan semasa. Contoh: Suruhanjaya Siasatan Awam (isu ketuk ketampi oleh pihak polis), Suruhanjaya Penyiasatan Klip Video [Suruhanjaya Diraja (video Lingam)]

YDPA

Dewan RakyatAhli-ahli dipilih oleh rakyat dalam Pilihana Raya umum

Dewan NegaraAhli-ahli diplih oleh 13 DUN atau dilantik oleh YDPA

Struktur dan Komponen ParlimenUTAR 23 UTAR 24

4

Keistimewaan Parlimen (Perkara 63)1. Apa-apa prosiding dalam Parlimen tidak boleh dipersoalkan dalam mahkamah. 2. Ahli Parlimen tidak boleh didakwa dalam mahkamah atas apa yang dikatakan dan pengundian yang dibuatnya. 3. Seseorang tidak boleh didakwa kerana menyiarkan apa-apa maklumat yang ditimbulkan dalam persidangan. Kebebasan ada hadnya bagi maksud keselamatan dan ketenteraman awamUTAR 25

Fungsi Parlimeni) Kuasa Perundangan; iaitu kuasa menggubal, meluluskan, meminda atau memansuhkan undang-undang persekutuan, ii) Meluluskan cukai-cukai baru, tambahan atau memansuhkan mana-mana cukai, iii) Meluluskan belanjawan negara bagi satu-satu tahun tertentu, dan iv) Menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam tentang perkara-perkara nasionalUTAR 26

1) Yang di-Pertuan AgongYDPA sebahagian daripada Parlimen tetapi tidak mengambil bahagian dalam persidangan DR dan DN. Tugas-tugas YDPA dalam Parlimen: Bertitah dalam upacara pembukaan rasmi penggal Parlimen. Memanggil persidangan Parlimen atau menangguhkan penggal Parlimen mengikut Perlembagaan. Membubarkan Parlimen mengikut budi bicara baginda. Memperkenankan akta baru, pindaan akta lama, pindaan Perlembagaan

2) Dewan Rakyati. Keanggotaan :222 orang ahli terpilih. Dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Terdiri daripada ahli-ahli parti politik atau ahli-ahli bebas. Hanya ahli Dewan Rakyat boleh menjadi Perdana Menteri.

i. ii. iii. iv.

ii. Bidang kuasa:Membahaskan hal dan masalah rakyat; Menyemak dan membahaskan dasar-dasar kerajaan; Menggubal, meminda dan meluluskan undang-undang persekutuan; Mempunyai kuasa pemutus dalam rang undang-undang kewangan.

UTAR

27

UTAR

28

3) Dewan Negara Dewan Negara bertanggungjawab membahaskan semula dengan teliti rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Ahli Dewan Negara dikenali sebagai Senator. Senator dilantik melalui 2 cara iaitu secara dipilih (DUN) dan dilantik (YDPA).

Keahlian Dewan Negara berdasarkan kepada Perlembagaan Malaysia: 1. 26 dipilih daripada Dewan Undangan Negeri yang mewakili 13 negeri 2. 2 anggota dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 3. 1 anggota dilantik dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya 4. 40 orang Senator lain yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong: mereka yang telah mempunyai rekod cemerlang dalam perkhidmatan awam; mereka yang berjaya dalam profesion masing-masing; mereka yang mewakili kumpulan minoriti dan orang asli. Ini bermakna, Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli atau senator.

UTAR

29

UTAR

30

5

Tempoh Sebagai SenatorTempoh jawatan selama 3 tahun. Boleh dilanjutkan sehingga 6 tahun (2 penggal). Seseorang senator mesti berumur 30 tahun ke atas. Sekiranya seseorang dilantik menggantikan senator yang meninggal dunia atau berhenti, tempoh jawatan itu ialah selama tempoh baki yang ditinggalkan. Seperti wakil rakyat, seseorang Senator boleh meletakkan jawatan dengan menulis surat rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Negara. UTAR 31

Seseorang Senator juga boleh dilucutkan daripada jawatan sekiranya tidak hadir dalam setiap mesyuarat (persidangan) selama enam bulan dengan tidak mendapat keizinan Dewan Negara. Kerusinya boleh diisytiharkan kosong dan jawatan ini akan diisi dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh kekosongan. Tatacara ini menunjukkan bahawa Senator tidak dipilih menerusi pilihan raya tetapi melalui persetujuan Dewan Undangan Negeri atau pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

UTAR

32

Hilang kelayakan sebagai ahli DR dan DN 1. 2. 3. 4. 5. 6. Kurang siuman; atau Bankrap atau Muflis; atau Memegang jawatan bergaji; atau Disabitkan melakukan kesalahan jenayah; atau Memperoleh kewarganegaraan asing; atau Tidak menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan 31 hari [khusus untuk DR].

Proses Penggubalan Undang-Undang Proses membuat undang-undang di Parlimen melalui 4 peringkat: Bacaan Pertama Bacaan Kedua Perbincangan Peringkat Jawatankuasa Bacaan Ketiga

Sekiranya sesuatu undang-undang itu tidak diperkenankan oleh YDPA, ia akan dibahaskan semula dalam Dewan Rakyat dan dikemukakan kepada YDPA buat kali kedua. Mengikut peruntukan Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan YDPA hanya boleh menangguhkan perkenan rang undang-undang selama 30 hari. Sekiranya baginda tidak perkenankan rang undang-undang selepas 30 hari, rang undang-undang itu dianggap sudah diperkenankan secara automatik.33 UTAR 34

UTAR

Prosedur Penggubalan Undang-undang awam dalam ParlimenRang Undang-undang Dimasukkan dalam Warta Kerajaan Rang Undang-undang Diperkenankan oleh YDPA Bacaan Ketiga(undi)

3. BADAN KEHAKIMAN / JUDISIARI D. Robertson kehakiman merupakan satu badankehakiman dalam satu sistem perundangan.

Kuasa kehakiman di Malaysia diperuntukkan dalam Perkara121 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Peringkat Jawatankuasa Bacaan Kedua [undi] Bacaan Pertama Kelulusan Kabinet

i) Mahkamah, Peranan dan Bidang Kuasanya Badan kehakiman terletak di Mahkamah. Perlembagaan Persekutuan menggariskan bidang kuasa kehakiman dan mahkamah. Mahkamah boleh dibahagikan kepada 2 bahagian: i- Mahkamah Awam Mahkamah Atasan & Rendah ii- Mahkamah Khas35 UTAR 36

Rang Undang-undang didraf oleh Menteri dan disediakan oleh Jab. Peguam NegaraUTAR

6

Badan Kehakiman . . .

Fungsi Badan Kehakiman Fungsi badan kehakiman ialah: i. ii. iii. iv. v. Menjaga keadilan semua pihak Mengesahkan undang-undang Mentafsir undang-undang Menyelesaikan pertikaian Memelihara hak warganegara

Semenanjung Malaysia

Sabah & Sarawak

Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Atasan

Mahkamah Rayuan

M. Tinggi Malaya M. SesyenMahkamah Rendah

M. Tinggi Sabah & Sarawak M. Sesyen M.Majistret

M. Majistret

M. Penghulu Struktur Badan KehakimanUTAR 37 UTAR 38

Bidang Kuasa Badan Kehakiman- Seperti yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan: 1) Kuasa mentafsir perlembagaan 2) Kuasa mentafsir sesuatu undang-undang 3) Kuasa mengisytiharkan sesuatu undangundang bertulis persekutuan atau negeri sebagai tidak sah 4) Kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan sebagai tidak sah di sisi undangundangUTAR 39

Pelantikan HakimDilantik oleh YDPA setelah berunding dengan Majlis Raja-raja dan mendapat nasihat daripada PM. Suruhanjaya Pelantikan Hakim (2008). Sepanjang menjalankan tugas, para hakim tertakluk kepada Kod Etika Hakim (1994).UTAR 40

i.

ii.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa YDPA atas syor Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi setelah berunding dengan PM menetapkan bahawa: Hakim-hakim dikehendaki mematuhi satu kod etika yang ditetapkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Pelanggaran mana-mana peruntukan dalam kod ini boleh menjadi alasan seseorang hakim itu dipecat.UTAR 41

Kod Etika Hakim (1994)- Antaranya: Seseorang hakim tidak boleh melakukan perkara-pekara berikut: 1. Kurang cekap atau kurang berusaha serta membelakangi tugas-tugas kehakiman. 2. Berkelakuan tidak jujur sehingga mencemarkan nama badan kehakiman. 3. Melengah-lengahkan kes tanpa sebarang alasan yang munasabah. 4. Tidak mematuhi arahan-arahan statutori. 5. Tidak hadir mahkamah pada waktu pejabat tanpa alasan atau kebenaran drpd Ketua Hakim Negara / Presiden Mahkamah Rayuan / Hakim Besar. 6. Seseorang hakim perlu mengisytiharkan secara bertulis segala harta miliknya kepada Ketua Hakim Negara.UTAR 42

7

Sumber Undang-Undang Malaysiaa) Undang-undang bertulis - Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri, Akta dan Enakmen. b) Undang-undang tidak bertulis - Keputusan penghakiman terdahulu [judicial decision] dan undang-undang adat.

ii) Sistem Mahkamah Persekutuan Sistem mahkamah persekutuan di Malaysia secara umumnya boleh dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu:

1. Mahkamah Atasan (Superior Court) yang terdiridaripada: Mahkamah Persekutuan Mahkamah Rayuan Mahkamah Tinggi Malaya dan Borneo daripada: Mahkamah Sesyen Mahkamah Majistret Mahkamah Tuntutan Kecil, dan Mahkamah PenghuluUTAR

2. Mahkamah Rendah (Subordinate Court) yang terdiri

UTAR

43

44

BIDANG KUASA MAHKAMAHMAHKAMAH PERSEKUTUAN: Dikenali juga sebagai Mahkamah Agung: Berkuasa menyelesaikan pertikaian antara kerajan negeri dengan kerajaan persekutuan, Memutuskan sama ada undang-undang yang digubal di Parlimen atau Dewan Undangan negeri sah atau tidak Mendengar kes-kes rayuan dari Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.(kes rayuan sivil dan jenayah) Kes sivil yang nilai tuntutan RM250 000 dan ke atas. Penasihat kepada YDPA mengenai Perlembagaan. MAHKAMAH RAYUAN: Membincangkan kes rayuan bagi kes jenayah sehaja, Kes-kes jenayah yang dirujuk meliputi kes yang telah dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Jika dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan, kes sivil boleh dibicarakan jika nilainya tidak kurang daripada RM250 000. MAHKAMAH TINGGI: Membicaran apa sahaja kesalahan yang dilakukan oleh rakyat tempatan dan warganegara asing yang berada di Malaysia, Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah Kes sivil seperti hak penjagaan kanak-kanak, wasiat, perkahwinan serta penceraian bukan Muslim dan kemuflisan. Mempunyai kuasa mendengar kes rayuan sivil dari Mahkamah Rendah yang nilainya melebihi RM25 000 Bagi kes jenayah, berkuasa mendengar kes rayuan jenayah dari Mahkamah Rendah yang nilai dendanya melebihi RM25.UTAR 45

MAHKAMAH SESYEN: Membicarakan kes jenayah dan sivil. Kes sivil melibatkan nilai tidak melebihi RM25 000, Kes jenayah : membicarakan apa juga jenis kesalahan jenayah, kecuali kesalahan membawa hukuman mati Hukuman maksimum 5 tahun penjara, denda RM10 000, 12 sebatan atau kedua-duanya sekali. Mempunyai kuasa menjalankan siasatan permulaan bagi kes-kes yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi MAHKAMAH MAJISTRET: Membicarakan kes-kes jenayah dan sivil Kes jenayah melibatkan hukuman penjara dan denda Hukuman penjara : maksimun 5 tahun, Denda : RM 10 000, sebatan : 12 kali atau ketiga-tiganya. Hukuman lebih tinggi akan dikenakan sekiranya membicarakan kes-kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Kastam 1957 dan Akta Keseksaan 1953 Kes sivil tidak melebihi RM 12 000

MAHKAMAH TUNTUTAN KECIL: Membicarakan kes tuntutan sivil tidak melebihi RM3000.

MAHKAMAH PENGHULU: Membicarakan kes tuntutan sivil yang tidak melebihi RM 50. Membicarakan kes tuntutan jenayah yang tidak melebihi RM 25.

UTAR

46

Jenis-jenis Mahkamah Khas

3. Mahkamah Khas: Mahkamah Khas Raja-Raja Mahkamah Tentera Mahkamah Juvana / Kanak-kanak Mahkamah Buruh Mahkamah Perusahaan Mahkamah Syariah Mahkamah Bumiputera (Sabah dan Sarawak)UTAR 47

Jenis-Jenis Mahkamah Mahkamah Khas Raja Mahkamah Juvenil Mahkamah Syariah Mahkamah Tentera Mahkamah Bumiputera

Kes Perbicaraan Kesalahan yang dilakukan oleh YDPA dan sultansultan atas sifat peribadi Kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang berumur antara 10 hingga 18 tahun. Kesalahan yang dilakukan oleh orang beragama Islam dari segi undang-undang Islam Kesalahan yang dilakukan oleh anggota tentera. Kesalahan yang dilakukan dari segi adat resam kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak Perkara yang melibatkan pertelingkahan pihak majikan, para pekerja dan kesatuan sekerja; pembuangan kerja (sektor swasta). Perkara yang melibatkan pertelingkahan pihak majikan, para pekerja ; cuti pekerja dan pembayaran gaji.UTAR

Mahkamah Perusahaan [Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (2007)] Mahkamah Buruh [Akta Pekerjaan 1955 (1991)]

48

8

Kuasa kehakiman yang diberikan kepada mahkamah:a) Kuasa untuk membicara dan menentukan pertikaian tentang hak dan liabiliti sejajar dengan kehendak dan tuntutan perlembagaan dan undang-undang iaitu pertikaian antara persekutuan dengan negeri, antara negeri dengan negeri, antara rakyat dengan persekutuan dan negeri, dan antara rakyat dengan rakyat. b) Kuasa untuk menentukan sama ada seseorang telah melakukan jenayah atau tidak, dan hukuman yang wajar ke atasnya. Pembahagian bidang kuasa mahkamah-mahkamah dibuat berdasarkan berat, penting atau jumlah wang yang terlibat di dalam sesuatu kes.

Pentadbiran Peringkat Negeri

UTAR

49

UTAR

50

STRUKTUR KERAJAAN NEGERISultan, Raja, Yang Dipertua Negeri

1. Badan EksekutifSultan, Raja, Yang Dipertua Negeri

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Legislatif Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Judisiari Daerah Mukim Kampung Bahagian

Dewan Undangan Negeri

Jabatan Suruhanjaya

Mahkamah Negeri: i) Mahkamah Syariah ii) Mahkamah Anak Negeri

Kerajaan Tempatan Jabatan Perbadanan Awam Struktur Badan EksekutifUTAR 51 UTAR 52

Suruhanjaya

Perbadanan Awam

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri menyerupai tugas kabinet di peringkat persekutuan. Oleh itu, ia boleh dianggap sebagai kabinet negeri. Bagi negeri-negeri yang beraja badan ini diketuai oleh Menteri Besar, manakala bagi negeri yang tidak beraja, ia diketuai oleh Ketua Menteri.Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Kabinet Majlis Tertinggi Semenanjung Malaysia Sabah Sarawak

TugasTugas-tugas Majlis Mesyuarat Kerajaan NegeriSebagai badan yang memerintah, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertanggungjawab: Membentuk dasar-dasar kerajaan negeri. Melaksanakan kuasa eksekutif K.N. Menasihati Raja atau Yang Dipertua Negeri. Menggubal undang-undang yang disenaraikan dalam Senarai Negeri untuk diluluskan oleh DUN. Menguruskan hal-hal berkaitan tanah, pertanian, lesen perlombongan dan pembalakan.UTAR 54

UTAR

53

9

2) Badan PerundanganDewan Undangan Negeri Badan perundangan negeri terletak pada Dewan Undangan Negeri. Dewan ini menyerupai Parlimen di peringkat persekutuan, cuma setiap buah negeri mempunyai hanya satu dewan sahaja. Tempoh hayat DUN ialah 5 tahun.

Fungsi DUN1. Forum untuk membahaskan hal kerajaan dan rakyat negeri. 2. Membahaskan titah ucapan diraja, belanjawan negeri dan rang undangundang. 3. Meluluskan atau menolak sebarang rang undang-undang. 4. Meminda undang-undang negeri atau Perlembagaan Negeri.55 UTAR 56

UTAR

Keanggotaan DUN

Proses Penggubalan Undang-undang dalam DUNRang Undang-undang Dimasukkan dalam Warta Kerajaan Negeri Rang Undang-undang Diperkenankan oleh Raja/Sutan/ Yang Dipertua Negeri Bacaan Ketiga - Undi Peringkat Jawatankuasa Bacaan Kedua - Undi Bacaan Pertama Kelulusan Maj. Mesyuarat K. Negeri

Keanggotaan dewan ini terdiri daripada Raja/Sultanatau Yang Dipertua Negeri dan 9 Ahli DUN. Ahli DUN dipilih melalui pilihan raya. DUN ini juga dianggotai oleh 3 orang ahli yang dilantik oleh kerajaan negeri (Ex-Officio), iaitu

Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat UndangUndang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Pembentangan, pembahasan dan kelulusan undang-undang hanya dibuat oleh ahli DUN sahaja.

Rang Undang-undang disediakan oleh Jab. Penasihat Undang-Undang NegeriUTAR 57 UTAR 58

3) Badan KehakimanMahkamah Negeri Terbahagi kepada: i) Mahkamah Syariah (Semua Negeri): Mahkamah Tinggi Syariah Mahkamah Syariah Rayuan, dan Mahkamah Rendah Syariah

Pentadbiran Peringkat BawahanPentadbiran Daerah, Mukim dan Kampung Sistem pemerintahan dan pentadbiran negara yang kompleks tidak berakhir di peringkat negeri sahaja tetapi sehingga ke peringkat daerah, mukim dan kampung.

ii) Mahkamah Adat / MahkamahBumiputera (Sabah dan Sarawak) Mahkamah Adat Daerah Mahkamah Pegawai/ Ketua Adat, dan Mahkamah PenghuluUTAR 59

UTAR

60

10

Tahap Institusi Pentadbiran Peringkat BawahanPeringkatBahagian

Semenanjung Malaysia-

Sabah-

SarawakResiden

Kerajaan Tempatan / Pihak BerkuasaTempatani. ii. KT / PBT terbahagi kepada dua: Di bawah Kerajaan Persekutuan Di bawah Kerajaan Negeri

Daerah

Pegawai Daerah (Kelantan: Pegawai Jajahan) Penghulu (Kelantan: Pengawa) Ketua Kampung (Kelantan: Penghulu)

Pegawai Daerah

Pegawai Daerah

Kuasa KT:Ketua Anak Negeri Ketua Kampung P. Perkhidmatan Tadbir Penghulu

Daerah Kecil/Mukim Kampung

i) Membuat undang-undang kecil ii) Mengutip cukai dan sewa iii) Menubuhkan Kumpulan Wang PBT yang berada di bawah kawalannya, - Akta KT 1976 membolehkan struktur dan organisasi KT diperkemas.UTAR 62

UTAR

61

Tujuan penubuhan KT / PBTa. Mambantu KN dalam bidang pentadbiran dan penggubalan undang-undang kecil. b. Menyediakan kemudahan rekreasi dan perkhidmatan untuk penduduk setempat. c. Memberikan peluang kepada penduduk setempat untuk mengambil bahagian dalam pengurusan kawasan yang didiami. d. Memastikan keputusan dibuat dengan cepat dan selaras dengan keperluan penduduk setempat.UTAR 63

JenisJenis-jenis KT- menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976: 1. Dewan / Majlis Bandaraya 2. Majlis Perbandaran 3. Majlis Daerah

Perbezaan antara jenis kerajaan tempatan ini ialah dari segi autonominya.UTAR 64

Kerajaan TempatanDewan/ Majlis Bandaraya (Bandaraya)Ketua: Datuk Bandar - Sebagai pusat pentadbiran dan perniagaan - Bil. Penduduk : > 1juta orang - Sumber pendapatan tahunan: > RM20 j - Contoh: DBKL, MBJB, MBPJ, DBI, DBKK, DBKU, DBKS, dll.

Sumber Kewangan KTMajlis Daerah (Luar bandar)

Majlis Perbandaran (Bandar)Ketua: Yg Dipertua Majlis - Bil. Penduduk: > 100,000 orang - Sumber pendapatan tahunan: > RM5 j - Contoh: MPSP, MPBP, MPSJ, MPS, dll.

1.

Ketua: Pegawai Daerah - Bil. Penduduk: < 100,000 orang - Sumber pendapatan tahunan: < RM5 j - Contoh: Majlis Daerah Raub, Kampar, Segamat, Segambut, Gombak, dll.65

Cukai harta benda dan pintu kecuali cukai tanah. 2. Bayaran perkhidmatan, sewa dan lesen. 3. Bayaran permit pertunjukan. 4. Pinjaman dan pemberian daripada KN dan KP (KPKT).

UTAR

UTAR

66

11

Kesimpulan Malaysia mengamalkan konsep pengasingan kuasa walaupun tidak sepenuhnya. Ia diamalkan dalam kedua-dua peringkat kerajaan. Badan eksekutif, perundangan dan kehakiman merupakan badan penting sebagai jentera pemerintahan negara yang bertahan bagi memelihara kepentingan negara dan rakyat. Penubuhan kerajaan tempatan pula bertujuan untuk membina autonomi kepada penduduk setempat mentadbir wilayah mereka dengan sendiri. Bagi melicinkan perjalanan pentadbiran dan pembangunan, pentadbiran negeri telah dipecahkan kepada daerah, mukim, kampung dan kerajaan tempatan yang ditadbirkan sendiri oleh masyarakat tempatan.UTAR 67

RUJUKANAsnarulkhadi Abu Samah & Jayum, A. Jawan (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Hasnah Hussin & Mardiana Nordin.(2007). Pengajian Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar. Ira Meilita Ibrahim, Chin, Y. M., Afi Roshezry Abu Bakar, Taufik A. Latif, Wong, K. S., Ng, C.C. et.al. (2009). Pengajian Malaysia. Petaling Jaya: Prentice Hall. Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee ismail, Zaini Othman.(2005). Kenegaraan Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar. http://pmr.penerangan.gov.my [NKRA] http://www.malaysia.gov.my/EN/Main/MsianGov/Pages/AboutMs ianGov.aspxUTAR 68

12