hhhc9401 kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme

Click here to load reader

Post on 16-Mar-2016

95 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME. NAMA : MUMTAZ NABIHAH BINTI NASRUDDIN NO. MATRIK : A145436 PROGRAM : MAJLIS ANUGERAH TAHUNAN KOLEJ KE- 18 NO. KELULUSAN : DN00124/2014 TARIKH : 14/05/2014 - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

MALAM ANUGERAH TAHUNAN KOLEJ KE-18 KOLEJ IBU ZAIN

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME.

NAMA : MUMTAZ NABIHAH BINTI NASRUDDINNO. MATRIK : A145436PROGRAM : MAJLIS ANUGERAH TAHUNAN KOLEJ KE- 18NO. KELULUSAN : DN00124/2014TARIKH : 14/05/2014ANJURAN : MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR KOLEJ IBU ZAINTEMPAT : DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK JAWATAN : PENYELARAS PERALATAN1. SURAT KELULUSAN PROGRAM

2. Surat tukar tarikh programPERSEDIAAN PERANCANGAN AWAL PROGRAM MAJLIS ANUGERAH TAHUNAN KOLEJ KE- 18

Majlis anugerah tahunan kolej ke-18 (MATK) merupakan sebuah program yang diadakan setiap tahun khususnya bagi pelajar tahun akhir di Kolej Ibu Zain. Bagi memenuhi tuntutan HP untuk kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme, saya telah melibatkan diri dalam program ini. Saya ditugaskan dan diamanahkan menjadi penyelaras peralatan dengan kerjasama penolong penyelaras peralatan Nurul Atikah Bt Mohd Pozi. Setiap tugasan yang dilakukan berkaitan peralatan adalah atas persetujuan bersama dengan penyelaras-penyelaras yang lain. Mesyuarat diadakan beberapa kali bagi perbincangan program ini. Sebagai ahli kumpulan penyelaras peralatan, kami menyenaraikan peralatan yang diperlukan dan yang diminta oleh penyelaras lain seperti penyelaras program, penyelaras tugas-tugas khas, penyelaras teknikal dan juga penyelaras jamuan serta penyelaras cenderamata. Antara peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut: Meja sebanyak 40 buahKerusi banquet sebanyak 450Pasu bunga sebanyak 50Walkie talkie sebanyak 6

Permohonan peralatan dilakukan secara berasingan. Meja jamuan, kerusi jamuan serta pasu bunga di buat di JPP iaitu Jabatan Pengurusan Pembangunan. Manakala, permohonan walkie talkie dilakukan di Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPEL). Permohonan bagi program ini adalah bertarikh 3 Mei 2014. Namun begitu, pada saat-saat akhir, mesyuarat di lakukan bagi pemberitahuan pertukaran tarikh atas sebab-sebab tertentu. Maka dengan itu, pihak kami (penyelaras peralatan), telah membuat permohonan pinjaman peralatan kali yang kedua.Oleh kerana tarikh lama telah ditukar, kerja permohonan peralatan agak tergendala atas sebab tarikh baru terdapatnya percanggahan pinjaman peralatan dengan program yang lain. Oleh itu, walkie talkie yang dimohon sebanyak 8 hanya mampu diberi 6 sahaja. Pun begitu, walkie talkie yang dipinjamkan adalah mencukupi bagi program kami. Selain itu, pada mesyuarat yang seterusnya, peralatan tambahan dilakukan. Antara senarai peralatan tambahan adalah ;Dulang (6)Lapik dulang (6)Bakul 4 berserta alasLapik meja pendaftaran (2set)stand untuk banting

Peralatan tambahan ini, kami mohon di pejabat pengurusan Kolej Ibu Zain.

Antara pembuktian kerja yang dilaporkan kepada ketua program.

Pengumuman yang dilakukan di laman media sosial diwakilkan timbalan penyelaras peralatan.

Antara gambar pembuktian mesyuarat diadakan pada tarikh 4 Mac 2014.

Sebelum menghadiri mesyuarat, kami telah membuat beberapa persiapan dengan penyenarian permohonan peralatan dari pihak penyelaras yang lain.

Beberapa gambar lain juga adalah bukti saya menghadiri mesyuarat yang diadakan.

Bagi persediaan program, dana diperlukan untuk menampung kos yang tinggi oleh pelajar-pelajar tahun akhir. Antara aktiviti yang dilakukan untuk mendapatkan dana adalah carwash. Aktiviti ini dilakukan oleh semua penyelaras program, ajk-ajk program bahkan ketua program. Aktiviti ini dilakukan pada hari jumaat, sabtu dan ahad dari jam 8 malam 11.30 malam bergantung kepada pelanggan yang hadir. Jadual tugasan diberikan dan penyelaras peralatan ditugaskan pada hari jumaat. Bagaimanapun, atas sebab bertindan dengan jadual kelas saya menukar tugasan pada hari sabtu. oleh kerana krisis air pada pertengahan bulan april, aktiviti ini hanya dapat dijalankan pada minggu pertama sahaja. Mesyurat dilakukan sekali lagi bagi membincangkan isu pengumpulan dana. Atas persetujuan bersama aktiviti lain dilakukan iaitu program kami bergabung dengan program bisnes mania di kolej ibu zain. Program bisnes mania adalah salah satu program dibawah anjuran pengurusan kolej ibu zain. Antara jualan yang dilakukan ialah minuman berkabonat, nugget dan banana spilt.

Latihan program diadakan (rehearsal) pada 10 mei jam 9 malam. Walaupun penyelaras peralatan tidak terlibat dalam rehearsal ini, kami turun sebagai tanda sokongan. Pada kali kedua rehearsal pihak penyelaras tidak dapat hadir atas sebab ada program di fakulti. Peringkat perlaksanaan

Tarikh akhir bagi program ini adalah 14 Mei dan dilakukan dengan jayanya. Pada hari kejadian program berlangsung pada 7.30 hingga 11.30 malam (termasuk kedatangan pelajar-pelajar tahun akhir dan VIP). Pada sebelah pagi persiapan dilakukan secara kerja berkumpulan oleh semua penyelaras-penyelaras. Masing-masing melakukan tugasan yang telah dibahagikan.

Bagi bidang tugasan yang telah selesai seperti penyelaras peralatan (tugasan pinjaman peralatan dan bahagian penyusunan meja dikendalikan oleh pihak catering), tugasan lain dilakukan dengan membantu penyelaras-penyelaras yang lain. Oleh kerana pihak catering tidak mempunyai kakitangan mencukupi. team penyelaras peralatan membantu bagi penyusunan kerusi meja serta pemasangan lapik-lapik yang digunakan. Pemasangan riben dilakukan juga pada kerusi termasuk kerusi VVIP.

Kira-kira jam 5 petang rehearsal yang terakhir dilakukan sebelum program kemuncak pada malam itu. Dimaklumkan penyelaras peralatan telah selesai tugasan. Pihak kami ditugaskan untuk membantu penyelaras cenderamata bagi majlis bagi berjalan dengan lebih lancar. Oleh kerana penyelaras-penyelaras dalam program ini kurangnya ahli dan tenaga kerja lelaki. Kami menawarkan diri untuk menjaga spotlight dengan kerjasama penyelaras teknikal. Bantuan felo pada rehearsal memudahkan kerja kami.

Dari kiri wakil majlis eksekutif pelajar (MEP) dan wakil felo membuat pemantauan terakhir sebelum 15 minit sebelum bermulanya majlis.

Suasana mengemas setelah selesai nya majlis. http://www.youtube.com/watch?v=DH2ScSlg0XEVideo yang disediakan ketika program berlangsung.

View more