ifolio.ukm.my · web viewkemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme merupakan salah satu...

14
HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME Set 2 Session 1 2014 / 2015 TAJUK PROGRAM / PROJEK: MAJLIS PERASMIAN ‘FRANCHISE BUSINESS CHALLENGE 2014’ TARIKH : 1 OKTOBER 2014 ANJURAN BERSAMA : KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI ( KPDNKK ) DAN KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN DENGAN PERSATUAN FRANCAIS MALAYSIA ( MFA ) KERJASAMA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ( UKM ) NAMA : NURHASLINA BINTI ABDUL RAHMAN

Upload: dinhcong

Post on 30-Mar-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

HHHC9401

KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Set 2 Session 1 2014 / 2015

TAJUK PROGRAM / PROJEK: MAJLIS PERASMIAN ‘FRANCHISE BUSINESS

CHALLENGE 2014’

TARIKH : 1 OKTOBER 2014

ANJURAN BERSAMA : KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI ( KPDNKK )

DAN KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN DENGAN PERSATUAN

FRANCAIS MALAYSIA ( MFA ) KERJASAMA UNIVERSITI

KEBANGSAAN MALAYSIA ( UKM )

NAMA : NURHASLINA BINTI ABDUL RAHMAN

NO . MATRIK : A146907

JAWATAN : AJK PROTOKOL

NAMA PENSYARAH : Prof. Dr. ABDUL HAMID BIN JAAFAR

Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme merupakan salah satu kemahiran insaniah

yang perlu diambil oleh setiap pelajar bagi memenuhi syarat-syarat graduasi kelak.  Kemahiran insaniah

ini bukan sahaja perlu diambil bagi memenuhi syarat graduasi, kewujudun kemahiran-kemahiran

insaniah seperti ini adalah bertujuan untuk memupuk dan juga mencungkil segala bakat dan kemahiran

dari dalam diri pelajar bagi diketengahkan supaya kemahiran ini akan dapat dipraktikkan di alam

pekerjaan kelak. Dengan adanya kemahiran seperti ini dapat membantu para pelajar untuk dapat

menghadapi dunia yang penuh dengan pelbagai ragam dan masalah. Selain itu juga mengajar pelajar

untuk bergaul dengan komuniti luar dan bercampur dengan masyarakat lain disamping pandai

menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan berfikir secara profesional. Oleh itu, pelajar tidak hanya

diajar dan diterapkan dengan pembelajaran di dalam kelas semata-mata sahaja, tetapi pelajar juga

diterapkan dengan pelbagai nilai dan kemahiran yang lain yang akan digunakan dalam kehidupan

seharian. Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekata ini merupakan satu

kemahiran yang menggalakkan para pelajar untuk bijak menyelesaikan sesuatu masalah apabila bergaul

komuniti dan masyarakat melalui program yang disertai oleh para pelajar. 

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan universiti yang dibangunkan oleh rakyat di

Malaysia pada ketika dahulu. Universiti yang dikatakan sebagai “tanah suci” ini harus dikekalkan

kehebatan dan keunggulannya dalam memberi perspektif yang baik kepada seluruh masyarakat.

Sebagai warga UKM yang mencintai dan menghargai kesusahan perjuangan rakyat yang terdahulu

dalam menubuhkan UKM ini adalah menjadi satu kewajipan dalam menjaga, mengekalkan serta

mengangkat nama dan imej UKM agar sentiasa menjadi universiti terbaik di dalam membawa falsafah,

wawasan, misi, visi dan matlamat yang tersendiri.

UKM bukan sahaja melatih para pelajarnya dalam bidang-bidang profesional, malah juga membina

dan memperkukuh aspek-aspek pembangunan insaniah. Salah satu aspek pembangunan insaniah

pelajar adalah melalui kebertanggungjawaban terhadap kelestarian kampus. Pada tahun 2007, UKM

telah melancarkan program UKM Kampus Lestari. Program ini adalah berskala jangka panjang yang

bertujuan untuk menjadikan UKM kampus Bangi menjadi universiti yang mesra alam dalam semua

operasinya dengan temanya “UKM Lestari untuk Malaysia dan Dunia”. Dalam usaha melestarikan

kampus, semua komponen ekosistem semulajadi kampus perlulah dipelihara dan dipulihara

Saya telah memilih program Majlis Perasmian Franchise Business Challenge 2014 sebagai bukti

untuk HHHC9401 Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme bagi set 2 sesi 1 2014 / 2015.

Program ini berlansung di Ruang Legar Pusanika, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi dan telah

dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan

Kepenggunaan. Francais adalah satu bentuk pemasaran atau pengagihan di mana sebuah syarikat

pemberi francias (francaisor) memberi kebenaran, hak atau keistimewaan kepada seseorang individu

atau syarikat pemegang francais (francaisi) untuk menjalankan perniagaan mengikut tatacara yang

ditentukan dalam jangkamasa tertentu dan pada lokasi yang ditentukan. Antara kebaikan menjadi

francaisor iaitu berperluang meluaskan perniagaan menggunakan modal pihak lain (franciasi),

memperluaskan pasaran dengan cepat dan berkesan dan memperluaskan pengaruh dan liputan

jenama/produk francias tanpa perlu menguruskan perniagaan secara lansung. Antara kebaikan menjadi

franciasi pula iaitu risiko lebih rendah berbanding perniagaan konvensional. Selain itu juga jenama dan

reputasi perniagaan yang dikenali ramai, sistem operasi yang teratur dan pemantauan berterusan oleh

francaisor. Tambahan pula francaisi mendapat khidmat sokongan dari pihak francaisor dari segi

pemilihan lokasi, pengurusan perniagaan dan pengurusan outlet francais secara berterusan.

Program ini juga bertujuan untuk mencapai objektif seperti mendedahkan kepada pelajar

universiti tentang konsep perniagaan francais dan memperkenalkan sejarah serta perkembangan dan

peluang perniagaan francais di Malaysia. Tambahan pula pihak kementerian juga berhasrat untuk

memupuk dan membentuk minat, nilai dan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar dan

mewujudkan Gerakan Francais dalam kalangan mahasiswa universiti tempatan.

Semasa program ini berlansung saya telah dilantik sebagai AJK Protokol. Antara unsur

Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme yang saya perolehi ialah menjadikan diri saya

sebagai seorang yang lebih beretika dalam menguruskan masalah yang timbul ketika program

dijalankan dan memberi saya kekuatan untuk meneruskan program dengan secara profesional. Sebagai

contoh pada hari program dijalankan, saya telah bertugas sebagai “usherette” kepada menteri dan

tetamu-tetamu terhormat dan haruslah memastikan beliau berada di tempat yang betul dan menjaga

segala gerak geri mereka. Bagi memastikan tugasan ini berjalan lancar, perkara asas yang pertama saya

wajiblah lakukan iaitu mengingati setiap wajah beliau. Oleh demikian saya telah membuat kajian dan

juga menyelidik sedikit sebanyak profil beliau terlebih dahulu sebelum program berlansung.

Seterusnya saya dapat mempelajari protokol - protokol yang betul ketika berurusan atau

berhadapan dengan golongan atasan. Perkara ini dapat dilihat apabila saya menggunakan bahasa yang

formal apabila berurusan dengan pihak kementerian dan juga ketika berhadapan dengan menteri-

menteri pada hari kejadian. Justeru itu, ianya mengajar saya untuk bersikap formal dan profesional

dalam sesuatu majlis dan ianya dapat diterapkan di alam pekerjaan pada masa akan datang.

Bukan itu sahaja yang dapat dipelajari, Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme yang

saya perolehi melalui program ini apabila saya berhadapan dengan kecelaruan perancangan semasa

program apabila laluan yang sepatutnya dilalui oleh menteri untuk turun dari pentas selepas berucap

disekat oleh para wartawan untuk sesi fotografi. Oleh demikian saya bertindak pantas dan profesianal

membuka laluan baru kepada menteri selepas sesi fotografi bagi melancarkan perjalanan majlis. Justeru

itu saya dapat menggunakan kreativiti yang ada dan menerapkan sifat profesionalisme ketika program

berlansung.

Bagi pengetahuan Tuan, walaupun saya memegang AJK Protokol ketika program tersebut, saya

juga sempat membantu AJK Logistik pada hari persiapan iaitu sehari sebelum program apabila

kekurangan kakitangan AJK Logisktik atas sebab-sebab tertentu. Melalui pengalaman tersebut saya

dapat mengaplikasikan Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme dengan cara memahami

masalah mereka dan bertindak profesional membantu mereka tanpa berkira tugasan dan saling

bekerjasama. Dengan itu, saya segera memahami tugasan-tugasan AJK Logistik dan

mengaplikasikannya pada hari tersebut. Buktinya, kami telah berjaya bekerjasama membantu satu

sama lain menyediakan persiapan tanpa sebarang masalah apabila kami menerapkan sikap, etika yang

betul dalam diri masing-masing.

Program ini mengajar saya untuk lebih amanah dan bertanggungjawab apabila saya ditugaskan

untuk mengedarkan beberapa surat jemputan kepada tetamu sebagai wakil daripada Universiti

Kebangsaan Malaysia. Melalui tugasan ini saya menerapkan nilai etika yang betul bagi menyampaikan

amanah kepada penerimanya walaupun mempunyai kesukaran waktu. Contohnya apabila saya sukar

untuk berjumpa dengan penerima disebabkan berlakunya pertindihan waktu kelas. Walaupun

bagaimanapun saya mencari penyelesaian dengan membuat temujanji yang baru dengannya dan

menghadiri pada masa yang ditetapkan pada keesokannya.

Antara kesan sosial yang beretika kepada kita pula ialah di mana program ini dapat mampu

memupuk semangat perpaduan dalam satu pasukan disamping dapat memberi peluang kepada pelajar

beramah mesra dengan pihak Kementerian. Dengan ini saya dapat mengaplikasikan Kemahiran Nilai,

Sikap, Etika dan Profesionalisme secara berkesan disamping mengeratkan hubungan silahturahim

antara kami. Bukan itu sahaja, program ini juga telah mendekatkan saya dengan orang ramai. Sebagai

contoh, semasa saya memegang jawatan AJK Protokol, saya dapat berkenalan dengan ramai orang.

Dengan cara ini, saya dapat menambah lebih ramai kawan dari lain-lain fakulti dan peringkat umur.

Contohnya, apabila saya mewawarkan dan menjemput mahasiswa/wi yang lain untuk menghadiri

program ini pada hari tersebut. Justeru itu, apabila terserempak pada waktu akan datang saya akan

bertegur sapa dengan mereka, dan ini akan mengeratkan lagi hubungan saya dengan mereka.

Program ini mendidik saya untuk menggunakan Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan

Profesionalisme yang berkesan iaitu semasa mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak pemantau

( wakil kementerian ) atau ketua kumpulam dan apabila melaporkan perkembangan gerak kerja program

kepada pemantau program. Sebagai contoh, semasa berinteraksi dengan ahli jawatankuasa, pihak atasan

atau pihak luar, saya dapat merasai keyakinan yang tinggi tanpa perasaan malu lagi ketika berurusan.

Seperti yang diketahui, kebanyakan pelajar akan berasa sedikit malu untuk berhadapan dan

berkomunikasi dengan orang luar. Program ini telah membantu saya untuk lebih berkeyakinan dan

mengurangkan sedikit perasaan malu dan gementar untuk menghubungi pihak luar serta berkomunikasi

dab bersosial dengan pihak atasan.

Di sini, saya lampirkan beberapa bukti yang menunjukkan saya terlibat secara langsung semasa

program ini dijalankan.