laporan akhir hhhc9401

12
PEMBUKTIAN BAGI KURSUS HHHC9401: NILAI , SIKAP , ETIKA DAN PROFESIONALISME PENYELIA DR. SYAIMAK BINTI ABDUL SYUKOR NAMA FADHILAH BINTI MOHD SALLEH NOMBOR MATRIK A146379

Upload: mecdi03

Post on 16-Aug-2015

43 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

PEMBUKTIAN BAGI KURSUS HHHC9401: NILAI , SIKAP , ETIKA DAN

PROFESIONALISME

PENYELIA

DR. SYAIMAK BINTI ABDUL SYUKOR

NAMA

FADHILAH BINTI MOHD SALLEH

NOMBOR MATRIK

A146379

2

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA M/S

1 Pengenalan Program 3

2 Latar Belakang Program 3

3 Misi/visi/objektif Program 4

4 Tugasan Yang Dilakukan 4

5 Hasil Pembelajaran 5

6 Kesimpulan 6

7 Lampiran 7-13

3

1. Pengenalan Program

1.1 Jawatan Dalam Program : AJK Protokol

1.2 Nama Program : Pertandingan Cabaran Pengaturcaraan 2015

1.3 Tempoh Program (Duration) : 23 mac 2015 – 24 may 2015

1.4 Tema Program:“A Small Program Start With A Line Of Code”

1.5 Anjuran : Kelab Cabaran Pengaturcaraan (PCC)

1.6 No Kelulusan : DN00339/2015

1.7 Penasihat Program : Dr.Bahari Bin Idrus

1.8 Ketua Pengarah : Muhammad Azlan Hanif Bin Abdullah

1.9 Tarikh : 23-24 May 2015

1.10 Tempat :Fakulti Teknologi & Sains Maklumat

2. Latar Belakang Program

Pertandingan Pengaturcaraan telah dianjurkan di peringkat

kebangsaan secara aktiviti tahunan di beberapa IPT sejak tahun 2007.

Antaranya adalah pertandingan ACM ICPC Programming Contest yang

dianjurkan oleh UIAM serta pertandingan PROMED yang dianjurkan oleh

UiTM. Beberapa universiti lain juga turut menganjurkan acara seumpama ini

setelah melihat sumbangan dalam membentuk pelajar yang cemerlang serta

terampil pengaturcaraan dan penyelesaian masalah yang tinggi.

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) melalui Kumpulan ATUR

juga melihat bahawa pertandingan seperti ini dapat membantu dalam proses

pembelajaran para pelajar dan membentuk sifat daya saing yang bermanfaat.

Tiga hasil pembelajaran yang diharap akan dicapai oleh pelajar dalam

menyertai dan mengendali Pertandingan Cabaran Pengaturcaraan adalah:

1. Mampu mengaplikasi teori dan pengetahuan akademik bagi

menyelesaikan masalah.

2. Mampu menunjukkan sifat daya saing yang kuat dan kompeten

dalam bidang pengaturcaraan yang kian berkembang kini.

3. Mampu mempamerkan etika dan integriti dalam melaksanakan

tugas dan tanggungjawab.

4

Program ini dirancang di peringkat UKM khusus sebagai platform bagi

memberi persediaan serta memilih para pelajar terbaik untuk mewakili UKM

ke pertandingan pengaturcaraan di pertandingan peringkat kebangsaan yang

dianjurkan oleh IPT dan juga pertandingan peringkat serantau seperti ACM

ICPC Asia Regional Contest sepanjang tahun 2015 dan seterusnya.

3. Misi/visi/objektif Program

a. Memberi pendedahan kepada pengaturcaraan dalam menyelesaikan

masalah dunia sebenar.

b. Memberi pendedahan dan kemahiran pengaturcaraan setaraf peringkat

kebangsaan dan serantau.

c. Melatih kemahiran pengurusan strategi dan pengaturcaraan pelajar

untuk lebih berkompetensi dalam bidang-bidang tersendiri.

4. Tugasan Yang Dilakukan

4.1 Sebelum program

a. Menyediakan teks ucapan pengarah projek untuk majlis perasmian

penutup

b. Menyiapkan Dewan Multimedia untuk digunakan sebagai tempat majlis

perasmian penutup

c. Menyiapkan hadiah-hadiah untuk diberikan kepada pemenang

pertandingan.

4.2 Semasa program

Membantu menyediakan belon-belon yang akan digunakan sebagai

penanda soalan yang telah dijawab oleh peserta.

4.3 Selepas program

Membersih dan mengemas kembali tempat-tempat yang digunakan

semasa pertandingan iaitu Dewan Multimedia, Makmal Software

Engineering dan Makmal Pengajaran.

5

5 Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran yang saya perolehi melalui program ini dan dapat

dikaitkan dengan kursus HHHC9401 adalah seperti berikut ;-

5.1 Sebagai Ajk protokol, saya telah ditugaskan untuk menyediakan draf

ucapan ketua pengarah program untuk majlis perasmian penutup.

Melalui aktiviti ini, saya dapat mengetahui cara menggunakan

penghargaan semasa menyediakan teks ucapan. Disebabkan kurang

pengalaman, saya telah membuat rujukan melalui google untuk

mencari contoh-contoh ucapan semasa majlis perasmian.

5.2 Saya juga membantu ajk- ajk lain untuk membalut hadiah bagi

pemenang dan menyediakan belon untuk digunakan bagi menanda

bilangan soalan yang dijawab oleh peserta.Di sini wujudnya nilai

bekerjasama antara pasukan tanpa mengira tugas hakiki. Kami

bersama berganding bahu bagi memastikan program ini dapat berjalan

dengan lancar dan berjaya.

6. Kesimpulan

Melalui program ini , saya dapat belajar bagaimana untuk

mengamalkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme. Nilai murni yang

diamalkan adalah saling bantu membantu antara semua ahli yang ada

tanpa mengira dari kumpulan tugasan yang mana. Saya juga bekerjasama

dengan semua ahli untuk memastikan segala persiapan untuk program ini

dapat disiapkan dan program ini berjalan lancar.

Sebagai AJK protokol, kumpulan kami ada antara orang terawal yang

mengetahui siapakah yang memenangi pertandingan ini. Sebagai seorang

yang mempunyai etika dan profesionalisme, kami mestilah menyimpan rahsia

ini sehingga tiba acara penyampaian hadiah.Kami tidak boleh memberitahu

peserta siapakah pemenang diantara mereka , kerana perbuatan itu adalah

melanggar etika dan menunjukkan yang seseorang itu tidak profesional

dalam menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan

keatasnya.

6

7. Lampiran

7.1 Minit mesyuarat

Perkara: [Subject] Tarikh: 23/03/2015

Disediakan: Syafiqa Masa: 1300 pm – 1400 pm

Lokasi: Ruang Inovasi FTSM

Kehadiran: Semua Ahli PCC dan Puan Marini

Objektif : Mesyuarat Dalaman PCC

Topik: Perjumpaan dimulakan oleh saudara Mohamad Azlan

Perbincangan: Agenda :

o Pembahagian tugas telah dilakukan. Nama yang berada di atas

dilantik secara automatik sebagai ketua.

o Penerangan setiap jawatan telah dilakukan oleh saudara

Mohamad Azlan

Kesimpulan: Setiap jawatan seharusnya difahami gerak kerja.

Topik: Perjumpaan dimulakan oleh Puan Marini

Perbincangan: Agenda :

o Adakan bengkel sebelum PCC untuk memberi pendedahan

kepada para peserta sebelum menyertai pertandingan.

o Adakan MOC sebelum pertandingan berlangsung

o Sila berjumpa dengan Dr Bahari selain Dr Norazean

o Setiap bengkel yang diadakan, berbeza pendekatan. Dapatkan

maklumat siapa yang akan mengajar pada hari bengkel tersebut.

Kesimpulan: Setiap jawatan seharusnya difahami gerak kerja.

7

Perkara: [Subject] Tarikh: 06/04/2015

Disediakan: Syafiqa Masa: 1800 pm – 1700 pm

Lokasi: Makmal Kejuruteraan

Perisian

Kehadiran: Ahli PCC dan Dr Norazean

Objektif : Mesyuarat Dalaman PCC

Topik: Perjumpaan dimulakan oleh saudara Muhammad Azlan

Perbincangan: Agenda :

o Bengkel PCC akan berlangsung selama 4 minggu iaitu bermula

7 April 2015 sehingga 12 Mei 2015 setiap hari Selasa bermula

jam 8 malam sehingga 10 malam.

o Bengkel akan berlangsung di Makmal Pengajaran 8 dan 9

o Mohon semua ahli PCC untuk memeriksa maklumat peribadi di

dalam page Facebook PCC untuk dimasukkan di dalam SPI.

o Berkemungkinan akan diadakan Family Day PCC. Ketua yang

dilantik ialah Fatimah Khairunisa.

o Pertandingan akan bermula pada 23 Mei 2015 sehingga 24 Mei

2015

Kesimpulan: Gerakan kerja seharusnya bermula daripada sekarang untuk memudahkan

kerja di kemudian hari.

8

Perkara: [Subject] Tarikh: 29/04/2015

Disediakan: Syafiqa Masa: 1300 pm – 1400 pm

Lokasi: Makmal Kejuruteraan

Perisian

Kehadiran: Puan Azura, Ketua Jawatan PCC dan AJK Tertinggi PCC

Objektif : Mesyuarat Dalaman PCC

Topik: Perjumpaan dimulakan oleh Puan Azura

Perbincangan: Agenda :

o Gerak kerja untuk mencari dana

o Mohon ketua pemasaran (Ahnanty) untuk berjumpa dengan

Puan Azura

o AJK Tertinggi menyediakan tugas secara terperinci kepada

setiap jawatan.

o Gerak kerja yang drastik mesti dimualakan dari sekarang.

o Dapatkan dana daripada mana-mana syarikat yang sanggup

menderma. Berikan sesuatu yang berharga kepada syarikat itu

untuk balasan.

o Publisiti seharusnya mula membuat hebahan kepada fakulti

yang ditarget. Contoh Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina dan

Fakulti Sains dan Teknologi.

o Sediakan template sponsor dan serahkan kepada Puan Azura.

Kesimpulan: Gerakan kerja seharusnya bermula daripada sekarang untuk memudahkan

kerja di kemudian hari.

9

Perkara: [Subject] Tarikh: 06/05/2015

Disediakan: Syafiqa Masa: 1300 pm – 1400 pm

Lokasi: Makmal Kejuruteraan

Perisian

Kehadiran: Majlis Tertinggi, Ketua Jawatan (Seperti di dalam lampiran)

Objektif : Mesyuarat Dalaman PCC

Topik: Perjumpaan dimulakan oleh saudara Muhammad Azlan

Perbincangan: Agenda :

o Perbincangan bersama Ketua Pemasaran

Sertakan pakej penajaan bersama kertas kerja kepada

setiap syarikat yang ingin dimohon dana

Tetapan tarikh akhir pencarian dana adalah pada 11

Maei 2015

Mohon ketua pemasaran untuk sebarkan tugasan yang

sama rata kepada ahli yang lain.

Menurut Ketua Pemasaran (Ahnanty) sebuah syarikat

akan memaklumkan kembali tentang dana tersebut pada

hari Jumaat. 8 Mei 2015. Mohon Ahnanty follow up

syarikat tersebut. Sila update di dalam group Whatsapp.

Dapatkan akaun rasmi sekiranya pihak syarikat ingin

memberi wang tunai.

o Perbincangan bersama Ketua Publisiti

Mohon siapkan poster, banner dan hantarkan kepada Dr

Norazean & Dr Bahari

Sekiranya sudah approve iklankan poster tersebut di

papan iklan UKM.

Sila muatnaik poster dan banner di dalam group

Facebook dan tagging kepada mana-mana pensyarah

10

o Perbincangan bersama Ketua Logistik

Dapatkan belon, batang (untuk gantungkan belon),

benang yang secukupnya, pam yang bersesuaian.

Dapatkan belon yang berwarna ceria. Elakkan pembelian

belon berwarna hitam.

Lihat semua kertas kerja yang telah dimuatnaik di dalam

group FB senarai barang yang diperlukan.

o Perbincangan bersama Ketua Urusetia

Pembukaan pendaftaran adalah sehingga 17 Mei 2015

Sila berjumpa dengan Dr Bahari untuk dapatkan access

ke dalam sistem pendaftaran tersebut untuk melihat

jumlah peserta yang telah berdaftar.

Penetapan di meja pendaftaran adalah seramai 2 orang,

di dalam makmal sepanjang pertandingan berlangsung

adalah seramai 3 orang

Kesimpulan: Gerakan kerja seharusnya bermula daripada sekarang untuk memudahkan

kerja di kemudian hari.

11

7.2 Gambar/video

Penyediaan hadiah untuk pemenang pertandingan.

Menyiapkan dewan multimedia sebagai tempat perasmian penutup

Menyediakan belon sebagai penanda soalan yang telah dijawab oleh peserta.

12

7.3 Surat Kelulusan