hhhc9401 kemahiran nilai, sikap, etika dan · pdf filedilakukan oleh seorang profesional. ......

23
HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 5 SEMESTER 1 2014/ 2015 TAJUK: LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME DISEDIAKAN OLEH: TAN XIU LING A143401 PENSYARAH: PROF. MADYA DR. ZALEHA BINTI ABDUL SHUKOR

Upload: lykhanh

Post on 03-Feb-2018

256 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filedilakukan oleh seorang profesional. ... etika dan profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i supaya generasi tersebut dapat berfikir

HHHC9401

KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

SET 5

SEMESTER 1 2014/ 2015

TAJUK:

LAPORAN AKHIR

KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

DISEDIAKAN OLEH:

TAN XIU LING

A143401

PENSYARAH:

PROF. MADYA DR. ZALEHA BINTI ABDUL SHUKOR

Page 2: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filedilakukan oleh seorang profesional. ... etika dan profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i supaya generasi tersebut dapat berfikir

BAB I

PENGENALAN

1.1 DEFINISI NILAI

Nilai adalah suatu bobot atau kualitas perbuatan kebaikan yang terdapat dalam

berbagai hal yang dianggap sebagai sesesuatu yang berharga, berguna, dan memiliki

manfaat.

Menurut Hutcheon (1972), seseorang ahli antropolpgi mempunyai beberapa

pengertian lain untuk mentakrifkan nilai. Menurut beliau, nilai merupakan norma,

idealism budaya, kepercayaan, barang-barang berharga, orientasi nilai, tingkah laku

yang baik dan sikap. Raymond Firth (1964) pula menerangkan bahawa nilai dikenal

pasti melalui objek, motif dan matlamat. Clyde Kluckhohn (1951) menjelaskan

bahawa konsep nilai kadang kala dikelirukan dengan sikap, tindak-tanduk, objek,

kuantiti yang boleh diukur, adat istiadat atau tradisi. Menurut beliau, nilai juga

merupakan satu konsepsi yang diingini sama ada yang tersurat atau tersirat yang

mencirikan individu atau kumpulan yang mempengaruhi cara, maksud dan matlamat

tindakan yang dilakukan.

1.2 DEFINISI SIKAP

Sikap adalah kecenderungan individu untuk memahami, merasakan, bereaksi dan

berperilaku terhadap suatu objek yang merupakan hasil dari interaksi komponen

kognitif, afektif dan konatif.

Page 3: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filedilakukan oleh seorang profesional. ... etika dan profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i supaya generasi tersebut dapat berfikir

Menurut La Pierre (2003), nenerangakn bahawa sikap merupakan suatu pola

perilaku, terdensi atau kesiapan antisipatif, predisposisi untuk menyesuaikan diri

dalam situasi sosial atau secara sederhana, sikap adalah respon terhadap stimuli sosial

yang telah terkondisikan. Soetarna (1994) pulan mendefinisikan sikap sebagai

pandangan atau perasaan yang disertai kecenderungan untuk bertindak terhadap

obyek tertentu. Sikap sentiasa diarahkan kepada sesuatu artinya tidak ada sikap tanpa

obyek. Sikap diarahkan kepada benda-benda, orang, peritiwa, pandangan, lembaga,

norma dan lain-lain.

1.3 DEFINISI ETIKA

Istilah etika berasal dari perkataaan Yunani kuno iaitu “ethos” yang membawa erti

kebiasaan, adat, akhlak, keperibadian dan watak. Ethos juga membawa maksud adat

kebiasaan. Ia juga membawa maksud karakter. Perkataan ethos juga terdapat dalam

kamus bahasa inggeris yang bermaksud sifat moral dalam sesuatu bangsa.

Dalam bahasa Inggeris, ethic bermaksud akhlak, tatasusila, kesusilaan dan etika.

Manakala ethics bermaksud prinsip akhlak, ketatasusilaan dan ilmu etika. Menurut

kamus lain, ethic bermaksud system of moral and principal rules of conduct yang

bermaksud sistem prinsip akhlak; peraturan-peraturan perilaku. Manakala ethics pula

bermaksud sains yang menumpukan perhatian kepada akhlak.

Dalam bahasa Melayu, etika bermaksud kepercayaan ataupun tanggapan terhadap

sesuatu perkara sama ada ianya benar, salah, baik atau buruk. Manakala menurut

Kamus Dewan Edisi Ketiga pula, etika bermaksud ilmu berkaitan prinsip akhlak atau

moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Ia juga

melibatkan tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang atau profesion terhadap

masyarakat. Contohnya Etika Perkhidmatan Awam yang melibatkan kakitangan

awam.

Page 4: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filedilakukan oleh seorang profesional. ... etika dan profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i supaya generasi tersebut dapat berfikir

1.4 DEFINISI PROFESIONALISME

Profesionalisme (profésionalisme) ialah sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara

pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau

dilakukan oleh seorang profesional. Profesionalisme berasal daripada profesion yang

bermakna berhubungan dengan profesion dan memerlukan kepandaian khusus untuk

menjalankannya, (KBBI, 1994). Jadi, profesionalisme adalah tingkah laku, kepakaran

atau kualiti dari seseorang yang profesional (Longman, 1987).

Profesionalisme aparatur dalam hubungannya dengan organisasi publik menurut

Kurniawan (2005:79) digambarkan sebagai, “Bentuk kemampuan untuk mengenali

kebutuhan masyarakat, menyusun agenda, memprioritaskan pelayanan, dan

mengembangkan program-program pelayanan sesuai dengan kebutuhan dan aspirasi

masyarakat atau disebut dengan istilah resposivitas.” Atmosoeprapto dalam

Kurniawan (2005:74), menyatakan bahwa, “Profesionalisme merupakan cermin dari

kemampuan (competensi), yaitu memiliki pengetahuan (knowledge), keterampilan

(skill), bisa melakukan (ability) ditunjang dengan pengalaman (experience) yang tidak

mungkin muncul tiba-tiba tanpa melalui perjalanan waktu.” Profesionalisme menurut

Dwiyanto (2011:157) adalah, “Paham atau keyakinan bahwa sikap dan tindakan

aparatur dalam menyelenggarakan kegiatan pemerintahan dan pelayanan selalu

didasarkan pada ilmu pengetahuan dan nilai-nilai profesi aparatur yang

mengutamakan kepentingan publik.”

1.5 PENGENALAN PROGRAM

Tujuan utama kursus ini dilaksanakan adalah untuk memupuk kemahiran nilai, sikap,

etika dan profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i supaya generasi tersebut dapat

berfikir dan menyelesaikan segala masalah yang dihadapi secara cekap dan berkesan.

Kursus ini melengkapkan pelajar UKM menjadi individu berdaya saing dan dapat

befikir secara spontan dan logik dalam penyelesaian masalah dan pembuatan

keputusan sebagai penyediaan menghadapi persekitaran professional.

Page 5: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filedilakukan oleh seorang profesional. ... etika dan profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i supaya generasi tersebut dapat berfikir

Demi menyempurnakan projek ini, saya telah memilih dan menyertai program

Pesta Tanglung UKM Ke-35. Program Pesta Tanglung mempunyai misi untuk

memperkenalkan budaya-budaya Tiong Hua di kalangan mahasiswa dan mahasiswi.

Program tersebut bermatlamat menyatukan mahasiswa-mahasiswi berlainaan kaum

melalui persefahaman budaya serta memperkenalkan dan meningkatkan imej UKM

dalam kalangan masyarakat luar. Selain itu, melalui anjuran pelbagai aktiviti-aktiviti

di bawah program ini, mahasiswa-mahasiswi didedahkan kepada aktiviti kebudayaan

yang pelbagai supaya dapat mempertingkatkan keprihatinan dan kesedaran terhadap

kepentingan secara aktif dalam aktiviti bersifat kebudayaan.

Sehubungan itu, saya telah ditugaskan sebagai AJK Penerbitan dalam program

tersebut. Sebagai ahli program, saya melibatkan diri dan memberikan bantuan dalam

pelbagai aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan. Contoh aktiviti ialah penyediaan

majalah program, menjadi penolong dalam Karnival anjuran S.J.K (C) Sin Bin,

penyediaan Malam Persembahan Pentas dan sebagainya. Melalui penyertaan dalam

aktiviti-aktiviti tersebut, saya berpeluang untuk menerapkan kemahiran untuk nilai-

nilai dan sikap-sikap positif dan berkomunikasi dengan pelbagai pihak sama ada

secara dalaman ataupun luaran. Saya berupaya menyampaikan idea, memberi

motivasi, mengadakan perbincangan, berkongsi maklumat dan menyelesaikan

masalah dengan berkesan.

Dengan penyertaan program tersebut, kemahiran nilai,sikap, etika dan

profesionalisme saya dapat dipertingkatkan.

Page 6: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filedilakukan oleh seorang profesional. ... etika dan profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i supaya generasi tersebut dapat berfikir

BAB II

PEMILIHAN PROJEK

Nama projek : Program Pesta Tanglung UKM Ke-35 (PTUKM)

No. kelulusan : DN00334/2014

Anjuran : Sekretaria Pesta Tanglung UKM Ke-35

Dengan kerjasama : Pusat Kebudayaan UKM

Anjuran bersama : Urusetia Artisukma UKM

Tarikh pelaksanaan : 23/09/14- 21/11/14

Tema tahunan : ‘PERSEFAHAMAN BUDAYA, ASAS KEBUDAYAAN’

Jawatan disandang : AJK Penerbitan

Page 7: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filedilakukan oleh seorang profesional. ... etika dan profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i supaya generasi tersebut dapat berfikir

BAB III

PERANCANGAN PROJEK

Mesyuarat bahagian mingguan diadakan sebanyak 8 kali pada setiap hari Jumaat di

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).

Tujuan perjumpaan diadakan adalah bagi:

Memperkenalkan program kepada ahli

Ahli-ahli baru akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut fungsi

kumpulan seperti bahagian penerbitan, bahagian protokol, bahagian pameran,

bahagian kewangan dan sebagainya. Ahli-ahli akan diperkenalkan maklumat

berkenaan dengan program Pesta Tanglung seperti misi, matlamat, logo, lagu program

dan lain-lain.

Menerangkan peranan dan tugasan ahli

Ahli-ahli baru didedahkan kepada penerangan berkaitan dengan tugasan,

tanggungjawab dan peranan yang perlu mereka laksanakan berdasarkan kumpulan

mereka. Dengan ini, ahli-ahli sedar dan faham apakah komitmen yang mereka wajar

berikan untuk menjayakan program tersebut.

Mengeratkan hubungan ahli-ahli

Melalui perjumpaan mingguan, ahli jawatankuasa, ahli-ahli baru dan ahli-ahli lama

saling berkenalan antara satu sama lain. Ini membantu menwujudkan dan

mengeratkan hubungan tali silaturahim antara mereka. Dengan ini, kerjasama yang

berkesan dapat diwujudkan dan tahap komunikasi antara ahli-ahli juga dapat

dipertingkatkan. Ini membantu dalam menjamin program supaya berjalan lancer dan

sempurna atas kerjasama yang diberikan oleh ahli.

Page 8: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filedilakukan oleh seorang profesional. ... etika dan profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i supaya generasi tersebut dapat berfikir

BAB IV

PELAKSANAAN PROJEK

Dalam pelaksanaan tugasan, saya telah melakukan:

Aktiviti Persediaan Malam Persembahan Pentas

Saya melibatkan diri dalam aktiviti penyediaan bagi Malam Persembahan Pentas di

Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) selama 3 hari, iaitu dari 20 hingga 22

November 2014.

Aktiviti promosi

Saya memperkenalkan aktiviti-aktiviti PTUKM kepada masyarakat sama ada dalam

ataupun luar kampus dengan pelbagai poster melalui penggunaan media elektronik,

Facebook.

Tugas Taksifan dan Terjemanah

Sebagai ahli kumpulan penerbitan, saya ditugaskan untuk mentaksifkan beberapa

artikel Bahasa Cina kepada Bahasa Malaysia bagi tujuan penerbitan majalah program.

(Rujuk Lampiran)

Tugas Jualan Tiket

Saya membantu mempromosikan dan menjualkan tiket Malam Persembahan Pentas

PTUKM ke-35 yang bakal diadakan pada 22 November 2014 kepada pihak luar

kampus.

Page 9: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filedilakukan oleh seorang profesional. ... etika dan profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i supaya generasi tersebut dapat berfikir

BAB V

PERANAN SAYA

Semasa mesyuarat bahagian dijalankan, saya membantu menjana idea-idea supaya

aktiviti dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan sempurna. Saya telah

dipertanggungjawabkan untuk membantu mentaksifkan beberapa karangan Bahasa

Cina kepada Bahasa Malaysia. Karangan-karangan tersebut menerankan tema

program tersebut iaitu Wei Xiao yang membawa maksud ketaatan kepada golangan

tua dan menceritakan pelbagai karangan yang berkaitan dengan kaedah untuk

menghormati ibu bapa dan memahami beberapa tindakan yang dibuat oleh ibu bapa

dengan mendalami. Karangan yang ditaksif akan digunakan dalam menghasilkan

majalah cenderamata dan diberikan kepada penonton-penonton semasa Malam

Persembahan Pentas. Majalah yang dihasilkan bertujuan untuk memperkenalkan

persatuan Pesta Tanglung UKM kepada masyarakat luar kampus. Di samping itu,

dengan pelbagai karangan yang disertai dalam majalah, kami berharap ia dapat

meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan untuk ketaatan kepada ibu

bapa.

Disebabkan bahagian penerbitan dan pameran diletakkan dalam Jabatan

Penyelidikan, oleh itu, kedua-dua bahagian ini saling membantu antara satu sama lain.

Saya sebagai salah satu ahli dalam bahagian penerbitan turut membantu dalam

menyediakan bahan yang hendak dipamerkan pada Malam Persembahan Pentas.

Antaranya termasuklah menyediakan buku bacaan khas yang menerangkan ketaatan

dan kehormatan kedapa ibu bapa supaya mengingati para pembaca bahawa

pengormatan kepada ibu bapa perlu dilakukan seawal mungking kerana masa ibu

bapa bersama kita adalah terhad. Untuk menghasilkan bahan bacaan tersebut, kami

telah mempersembahan dalam bentuk gambar-gambar yang boleh difahami dengan

Page 10: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filedilakukan oleh seorang profesional. ... etika dan profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i supaya generasi tersebut dapat berfikir

mudah kepada para pembaca. Bahan pameran yang lain juga boleh dilihatkan dalam

lampiran.

Pada pagi hari perlaksanaan Majlis Persembagan Pentas, saya dan rakan-rakan

telah dipertanggungjawapkan untuk menyusun tempat duduk bagi para penonton yang

akan datang. Antaranya termasukkan penonton dari penaja-penaja dan persatuan-

persatuan daripada universit-universiti lain seperti persatuan dari Universiti Malaya

(UM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

dan sebagainya. Untuk memastikan tempat duduk yang disediakan adalah sesuai

dengan bilangan penonton yang datang untuk memastikan tempat duduk

dimaksimumkan, saya dan rakan saya telah membuat pengesahan dengan pihak-pihak

tertentu sebelum melakukan perangcangan peraturan tempat duduk.

Tambahan pula, saya juga terlibat dalam memberikan idea papan untuk

menghasilkan tunjuk jalan yang digunakan ketika Malam Persembahan Pentas. Papan

tunjuk jalan ini digantung di sekitar kawasan UKM sama ada dalaman atau di luaran

kampus untuk memudahkan para hadirin yang datang ke Malam Persembahan Pentas

sampai ke destinasi persembahan, iaitu Dewan Canselor Tun Abdul Razak

(DECTAR). Saya memberikan beberapa cadangan dan sokongan terhadap reka

bentuk, isi kandungan dan bahan yang sesuai digunakan untuk menghasilkan papan

tersebut. Akhirnya, keputusan dibuat dengan penggabungan idea-idea bernas yang

disumbangkan oleh semua ahli-ahli projek.

Selain itu, saya juga terlibat dalam membantu menyelesaikan pelbagai masalah

yang dihadapi ketika program dijalankan. Saya bekerjasama dengan AJK lain dalam

melaksanakan tugas mentafsirkan karangan Bahasa Mandarin kepada Bahasa Melayu.

Semasa kami melakukan tugas, saya mendapati bahawa rakan saya tidak berapa mahir

dalam penguasaan bahasa Melayu. Sebahagian ayat yang ditafsir mempunyai

kesilapan tatabahasa dan sesetengah perkataan Bahasa Melayu yang digunakan tidak

sesuai dalam menyampaikan mesej yang ingin disampai. Oleh itu, saya berperanan

untuk menyemak semula karangan yang ditafsir oleh rakan AJK lain demi

memastikan tiada kesalahan tatabahasa dan penggunaan perkataaan yang tidak sesuai

dalam karangan yang ditafsirkan. Perkara tersebut amat penting kerana mesej tidak

dapat disampaikan dengan betul dan berkesan jikalau ayat dan perkataan yang

digunakan tidak tepat dalam mesej yang hendak disampaikan.

Page 11: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filedilakukan oleh seorang profesional. ... etika dan profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i supaya generasi tersebut dapat berfikir

Saya diberikan tanggungjawab untuk bertugas sebagai petunjuk jalan bagi

pemandu kereta yang datang mengunjungi pada Malam Persembahan Pentas. Saya

dan rakan kumpulan saya telah menyediakan pelan yang berkaitan dengan tempat

meletakkan kenderaan dan membuat perancangan tentang bilangan “VIP” yang akan

datang untuk memastikan tempat letak kenderaan bagi meraka disediakan. Saya

ditempatkan di tempat perletakkan kenderaan bagi perasmi dan “VIP” yang terletak di

hadapan DECTAR pada Malam Persembahan Pentas. selain itu, tugas saya juga

memastikan pengunjung yang datang menonton persembahan pentas memandu ke

jalan yang ditentukan bagi meletakkan kenderaan mereka dalam tempat letak kereta

yang sudah ditetapkan. Perkara sebegini adalah bagi memastikan kelancaran trafik

semasa program dilaksanakan. Saya berusaha menjawab soalan yang ditujukan oleh

pemandu kereta dan menunjukkan jalan yang perlu mereka ikuti.

Page 12: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filedilakukan oleh seorang profesional. ... etika dan profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i supaya generasi tersebut dapat berfikir

BAB VI

HASIL PEMBELAJARAN

Daripada program yang dilaksanakan, beberapa kemahiran telah dipertingkatkan:

Saya belajar teknik-teknik memberikan pandangan dengan sikap dan cara

yang lebih sesuai di hadapan orang ramai tanpa mengabaikan kepentingan dan

perasaan orang lain serta mampu menjana idea secara spontan.

Saya telah belajar untuk menyusun urutan bagi sebuah majalah daripada

mereka yang berpengalaman mengikut profesional mereka. Contohnya, cara

untuk menyusun perkataan dan gambar-gambar untuk menjadikan majalah

lebih menarik.

Saya dilatih melihat sesuatu masalah dari sudut dan dimensi yang pelbagai.

Contohnya, kami meramal segala keadaan yang mungkin berlaku dan menaja

cara untuk mengatasinya dalam proses penyediaan tempat perletakan

kenderaan bagi memudahkan para penonton.

Saya menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui analisis terhadap kesan

jika sesuatu tindakan diambil. Bertimbang sebelum bertindak, berfikir sebelum

bercakap supaya tidak melakukan sesuatu yang salah.

Saya dapat menunjukkan arahan kapada para pengunjung dengan cara yang

beretika dan sopan supaya dapat memaximumkan tempat perletakan

kenderaan yang terhad.

Page 13: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filedilakukan oleh seorang profesional. ... etika dan profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i supaya generasi tersebut dapat berfikir

LAMPIRAN

Artikel dalam Majalah

Artikel Bahasa Cina (1):

尊重

父亲退休后,不甘在家里闲着,于是我在家附近帮他找了份花匠的工作。父

亲是个极度负责人的人,自上班那天起就没有休息过,每天精心的照顾那些

花草。

有一天,刮着很大的风,父亲仍早早的就起来了。我下楼准备上班时,父亲

已经在花坛里修剪枯枝了。“爸,休息一会吧。”我轻喊。父亲转头过来,

我忽然发现他皮衣的背上有一天约半尺长的裂口,当时我即皱了皱眉,说:

“爸,你的衣服都破了,怎么还穿呢?”父亲脸上惊过一丝微笑,说:“这

衣服是麋皮的,挡风,还是前些年你给我买的呢!”

“我不是给您买新的了吗?”我有些不悦,这年头谁还穿破衣服啊,别人会

以为我这个做女儿的不孝顺。父亲说:“穿着新衣服,干活不方便。”

当天晚上,我出差去了外地,一走就是好几天。回来的第二天早上,我在公

寓区的院子里没有发现父亲的身影,于是往家里打了电话询问。

电话是母亲接的。母亲说,你父亲病了,因为着凉引起的感冒。我说:“天

这么冷,他怎么就不多穿天衣服呢?”母亲沉默了好一会儿才说:“那天,

你把从你那儿回来,脱下那件旧皮衣就冲我发脾气,说我不该让他穿那件破

衣服去上班,还他丢了女儿的脸。第二天,他硬是不肯穿那件衣裳,我让他

穿新的皮衣他又舍不得,最后只穿了一件薄薄的上衣就出去了,回来就病倒

了。”

挂掉电话,我仿佛看见了父亲穿着薄薄的衣衫在寒风里发抖的样子。而他这

样做,只是为了配合我,维护我那可怜而又莫名其妙的自尊心!

Page 14: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filedilakukan oleh seorang profesional. ... etika dan profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i supaya generasi tersebut dapat berfikir

你不知道的事:

回想过去的年年月月,父母似乎已经习惯了站在我们的角度去处理事情,无

论是在学习还是工作上,他们都极力的配合我们。而我们,也在父母慷慨的

支持和宠爱下,渐渐地忽略了他们的想法,最后将物质的给予与孝顺画上等

号,却忘了为人子女对长辈应有,最起码的孝顺—尊重。

Ditaksifkan kepada bahasa Malaysia:

Kehormatan

Selepas bapa bersara, dia tidak mahu duduk sahaja di rumah. Justeru,saya

mendapatkan kerja sebagai tukang kebun di kawasan perumahan saya

untuknya.bapa saya merupakan seorang yang bertanggungjawab, oleh itu, dia

tidak pernah bercuti sejak bekerja sebagai tukang kebun.

Pada suatu hari, angin bertiup dengan jencang, dia tetap bangun awal. Apabila

saya bangun awal untuk membuat persediaan untuk bekerja, dia sudah berada

dalam kebun bunga untuk memangkaskan dahan layu. “Ayah, berehatlah sebentar.”

Saya berkata. Tiba-tibanya saya ternampak bahawa jaket kulit yang dipakainya

telah berlubang. Saya mengkerutkan dahi dan berkata “Ayah, baju kau sudahlah

berlubang tetapi kenapa masih memakainya?” Ayah membalas dengan senyuman

dengan berkata “Jaket ini biduat daripada kulit kambing gunung dan ia boleh

melindungi saya daripada agin. Tambahan pula, kamu yang membelikan jaket ini

kepada saya pada beberapa tahun lepas.”

“Bukanlah saya sudah beli sehelai yang baru kepada kamu?” Saya tidak berpuas

hati kerana menakutkan orang lain yang ternampak akan menganggap saya

sebagai anak yang tidak menjagakan ibu bapa.

Pada malam tersebut, saya telah meninggalkan rumah untuk menguruskan

perniagaan di luar negara. Apabila saya pulang ke rumah, saya mendapati bahawa

bapa telah bercuti. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menelefon balik

rumah untuk bertanya khabar tentang kehadiran bapa daripada tempat bekerja.

Page 15: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filedilakukan oleh seorang profesional. ... etika dan profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i supaya generasi tersebut dapat berfikir

Telefon telah dijawab oleh ibu dan ibu mengatakan bahawa bapa telah sakit

deman. “kenapa bapa tidak memakai baju yang berlebihan apabila cuaca yang

begitu sejuk?” saya tanya. Ibu berdiam sebentar dan berkata “Hari itu selepas dia

pulang daripada rumah kamu, dia menanggalkan jaket tersebut dan memarahi saya

bahawa saya tidak patut membenarkan dia memakai jaket yang berlubang itu dan

menyebabkan awak kehilangan maruah. Pada hari kedua, dia tidak mahu memakai

jaket yang lama itu lagi. Akhirnya dia hanya memakai sehelai baju kemeja yang

nipis dan pergi bekerja. Sebaik sahaja dia balik dari kerja, dia sudah jatuh sakit.”

Selepas itu saya menamatkan penggilan tersebut, saya bagaikan nampak wajahnya

memakai baju kemeja itu dan gementar dalam cuaca yang sejuk. Dia berbuat

demikian hanyalah untuk menjaga maruah saya sahaja.

Apa yang anda tidak tahu:

Kita tidak harus memikirkan diri sendiri tetapi mengabaikan pemikiran ibu bapa.

Sebagai anak, kami harus memahami mereka dan mengambil berat ibu bapa

daripada sudut pemikiran mereka. Kita tidak harus menandakan kesamaan dalam

kebendaan yang diberi dan kenangan kepada ibu bapa, tetapi melupakan

pengiktirafan yang penting sekali iaitu kehormatan.

Gambar

Page 16: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filedilakukan oleh seorang profesional. ... etika dan profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i supaya generasi tersebut dapat berfikir

Gambar diambil semasa hari Majlis Pelacaran Pesta Tunglung UKM ke-35.

Sesi fotografi untuk penyediaan majalah program.

Sesi fotografi untuk penyediaan majalah program. Gambar diambil selepas

mesyuarat diadakan.

Page 17: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filedilakukan oleh seorang profesional. ... etika dan profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i supaya generasi tersebut dapat berfikir

Bahan Promosi bagi Karnival Lantera Hias.

Page 18: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filedilakukan oleh seorang profesional. ... etika dan profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i supaya generasi tersebut dapat berfikir

Bahan promosi sesi perkongsian dengan senior.

Page 19: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filedilakukan oleh seorang profesional. ... etika dan profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i supaya generasi tersebut dapat berfikir

Bahan promosi bagi Malam Persembahan Pentas.

Majalah yang diterbitkan

Page 20: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filedilakukan oleh seorang profesional. ... etika dan profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i supaya generasi tersebut dapat berfikir

Pengaturan tempat duduk untuk penonton.

Haisan tempat masuk dewan.

Page 21: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filedilakukan oleh seorang profesional. ... etika dan profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i supaya generasi tersebut dapat berfikir

Bahan untuk kegunaan pameran semasa Malam Persembahan Pentas.

Cenderamata kepada penonton

Page 22: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filedilakukan oleh seorang profesional. ... etika dan profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i supaya generasi tersebut dapat berfikir

Surat Kelulusan

Usrat kelulusan JPPEL.

Page 23: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filedilakukan oleh seorang profesional. ... etika dan profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i supaya generasi tersebut dapat berfikir

Sijil Penghargaan.

Sijil Penghargaan sebagai AJK Penerbitan.