hbef 2103 (28.6).doc

28
HBEF2103 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP PPG AMBIALN JANUARI 2012 HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN TUTOR: EN HASNALEE BIN TUBAH NO. MATRIKULASI : 801219135162001 NO. KAD PENGENALAN : 801219-13-5162 NO. TELEFON : 013 5669332 E-MEL : [email protected] 1

Upload: siti-junaidah-yasin

Post on 04-Oct-2015

312 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

HBEF2103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASMP PPG AMBIALN JANUARI 2012HBEF2103PSIKOLOGI PENDIDIKANTUTOR: EN HASNALEE BIN TUBAHNO. MATRIKULASI

: 801219135162001NO. KAD PENGENALAN: 801219-13-5162NO. TELEFON

: 013 5669332E-MEL

: [email protected] PEMBELAJARAN: PUSAT PEMBELAJARAN WILAYAH SARAWAK.ISI KANDUNGAN: MUKA SURAT1.0 PENGENALAN 3 1.2 Maklumat Kajian 2 orang murid sekolah.

1.2.1 Murid berpencapaian akademik baik 4 1.2.2 Murid berpencapaian akademik lemah 5

2.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI 6 PENCAPAIAN AKADEMIK

2.1 Biologi dari segi baka dan genetik 6 2.2 Faktor persekitaran dan sosioekonomi 7 2.3 Ingatan dan lupaan 9 2.4 Kesediaan Pembelajaran 10 3.0 LANGKAH GURU MENANGANI MASALAH 11 PENCAPAIAN AKADEMIK BERBEZA. 3.1 Peneguhan positif dan negatif 11 3.2 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar 12 3.3Kaedah Pembelajaran secara Koperatif 13 3.4 Program Pemulihan dan pengayaan 14 3.5 Kaunseling 15 4.0 KESIMPULAN 16 RUJUKAN 171.0 PENGENALANMenurut Pusat Perkembangan Kurikulum,Kementerian Pelajaran Malaysia,pelajar berpencapaian akademik baik ialah pelajar yang maju atau berbakat dalam pelajaran lebih awal atau lebih cepat daripada pelajar lain.Dari segi akademik, mereka mempunyai daya ingatan yang kuat, dapat berfikir secara logik, fleksibel atau meluas.

Murid yang berpencapaian akademik lemah pula boleh dikategorikan sebagai murid lembam yakni sekumpulan pelajar yang lambat menerima pelajaran dan gagal melaksanakan kerja normal seperti kumpulan sebaya mereka.Mereka dikatakan kurang aktif dan kurang berminat untuk menyertai kegiatan pelajaran dalam bilik darjah Brennan (1974 ).

Pencapaian individu dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan serta kemahiran ditetapkan berdasarkan umur, proses pembelajaran yang telah dilalui serta kemampuan individu berkenaan dengan aspek pendidikan, kelayakan dan sosialisasi ( CRIERES,2005).

Berdasarkan umur ,kanak-kanak tidak akan dapat memahami sesuatu konsep jika tahap pemikirannya belum sampai ke tahap itu.Proses pembelajaran. pendidikan, kelayakan dan sosialisasi pula sangat berkaitan dengan persekitaran murid samaada akan menjadikan murid berpencapaian baik mahupun lemah.

Sama ada berpencapaian akademik berpencapaian baik atau lemah kedua-duanya dipengaruhi oleh beberapa faktor yang telah dikenal pasti.Ini termasuklah faktor biologi dari segi baka, persekitaran dan sosioekonomi,ingatan dan lupaan serta kesediaan pembelajaran.1.2 Maklumat Murid:

Erecca Lara ak Nopi ( P )Daniel Calleigh ak Thet ( L )

Markah Ujian Bulanan:Mac 2012Markah Ujian Bulanan : Mac 2012

Mata PelajaranMarkahMata PelajaranMarkah

Bahasa Melayu100 %Bahasa Melayu43 %

Bahasa Inggeris98 %Bahasa Inggeris32 %

Matematik100 %Matematik24 %

Sains100 %Sains18 %

Rajah : Pencapaian akademik murid berpencapaian akademik baik dan

Pencapaian akademik lemah.

1.2.1 Murid berpencapaian Akademik BaikMurid yang pertama ini bernama Erecca Lara ak Nopi.Murid perempuan ini berusia 10 tahun dan merupakan murid tahun empat di SK ST Philip,Padawan ,Sarawak.Murid ini berketurunan Bidayuh dan merupakan anak tunggal kepada pasangan guru En Nopi Bayang dan Pn. Lara Christina.Murid ini seorang yang periang serta aktif di dalam kelas dan tidak hairanlah pencapaian akademiknya selama empat tahun berturut-turut berada di peringkat cemerlang terutama sekali bagi mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.Memandangkan latar belakang keluarga yang berpendapatan tinggi ( sekitar RM 3000 hingga RM 4000 ), maka dia tidak mempunyai sebarang masalah dari segi kemudahan untuk belajar seperti buku rujukan dan buku-buku kerja untuk memperkukuhkan lagi pembelajarannya termasuk capaian internet.Ibu bapanya juga sering memantau serta membimbing perkembangan akademik anaknya.Erecca Lara hidup dalam keluarga yang harmoni selain tinggal di rumah yang selesa dan lengkap dengan kemudahan asas. 1.2.2 Murid berpencapaian Akademik Lemah.

Berlainan pula dengan seorang lagi pelajar lelaki bernama Daniel Calleigh ak Thet.Murid yang berusia 10 tahun ini merupakan anak kepada seorang jurujual pasaraya.Ekoran ibunya bekerja di pekan setelah bercerai dengan suaminya ,murid ini bersama 2 orang adiknya dijaga dan tinggal bersama datuk dan neneknya di kampung.Di rumah tiada kemudahan mahupun buku rujukan tambahan yang boleh membantunya meningkatkan pembelajaran ditambah pula hidup bersama dengan datuk dan nenek yang tidak berkemampuan serta tidak berpendidikan.Di dapati murid ini mempunyai berbagai masalah termasuklah kecelaruan personaliti, hilang keyakinan diri, lambat menguasai suatu kemahiran, gagal mengikuti pengajaran guru, pasif serta mempunyai masalah kemurungan dalam bilik darjah yang telah mempengaruhi pencapaian akademiknya.Pendek kata murid ini boleh dikategorikan sebagai indulgen dan dia juga sering tidak hadir ke sekolah kerana masalah kesihatan.2.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN MURIDTerdapat beberapa faktor yang dikenalpasti menyumbang kepada fanomena murid berpencapaian akademik yang berbeza ini.Antaranya ialah :

2.1. Biologi dari segi baka dan genetik.Menurut Arnold Lucius Gesell ( 1880-1961 ),baka adalah sebagai penggerak utama terhadap perkembangan individu di mana daripada baka yang baik inilah yang boleh membantu memperkembangkan potensi akademik seseorang individu.Setiap orang akan mewarisi sifat tertentu melalui perwarisan gen atau baka daripada kedua ibu bapanya termasuklah paras rupa,tahap kecerdasan, temperaman,tret personaliti , gaya bahasa,sikap dan minat.Erecca Lara, murid yang berpencapaian baik dalam akademik lahir dalam keluarga guru,maka tidak hairanlah dia memiliki sifat,minat dan mewarisi kecerdasan dari ibu baapanya memandangkan ubu bapanya merupakan guru di sekolahnya.

Dari perspektif murid berpencapaian akademik lemah pula,ianya mungkin disebabkan oleh kerencatan mental yang mungkin diakibatkan oleh banyak sebab seperti genetik yakni keadaan semasa dalam kandungan ibu,semasa dilahirkan serta keadaan selepas dilahirkan.Daniel Calleigh, murid berpencapaian akademik rendah berkemungkinan mengalami kesan daripada tekanan emosi ibunya semasa mengandungkannya lantaran keadaan ibu bapanya yang sering bergaduh ketika itu.Gejala seperti ini sememangnya amat memberi kesan kepada perkembangan mental murid seawal dari kandungan lagi.

Menurut Burt ( 1953 dan Kirk ( 1972)selain kerencatan mental terdapat juga penyakit lain yang seperti penyakit kecacatan penglihatan,pendengaran, kekidalan ,bronchitis,tonsil dan penyakit kalenjar yang lain boleh menyebabkan pencapaian akademiknya lebih rendah daripada tahap normal.2.2 Faktor persekitaran dan sosioekonomi.Menurut Bronfenbrenner, ( 1917 ), persekitaran mempunyai pengaruh ke atas perkembangan organisma termasuk manusia.Ini disokong oleh perspektif aliran Behaviorisme yang mengatakan bahawa persekitaran sememangnya membawa pengaruh yang besar terhadap pencapaian akademik murid tidak kira samada di bandar mahupun luar bandar.Albert Bandura turut menyatakan bahawa perlakuan, individu ( kognisi ) dan persekitaran perlakuan seseorang adalah hasil interaksi antara faktor dalam diri ( kognisi ) dan persekitaran.Faktor persekitaran yang dimaksudkan termasuklah hubungan murid dengan ibu bapa,pengaruh ahli keluarga,guru,rakan rakan,media cetak,media elektronik serta bahan dari komputer.Disamping itu juga, ianya meliputi lokasi dan suasana tempat tinggal dan kedaan masyarakat yang tinggal bersama individu tersebut.

Kajian Universiti Malaya (Leong Yin Ching dan lain-lain, 1990) tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar mendapati bahawa status sosioekonomi merupakan faktor utama bagi menentukan kejayaan seseorang pelajar terutama pada peringkat rendah (29.0%). Kajian ini juga menjelaskan bahawa sosioekonomi keluarga juga mempengaruhi sikap pelajar terhadap aspirasi, motivasi, konsep kendiri, dan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum. Kajian Jabatan Kebajikan Masyarakat (Zarinah Arshat dan Rozumah Baharudin,1999) juga mendapati bahawa faktor sosioekonomi, khususnya tahap pendidikan yang diterima oleh ibu bapa, mempengaruhi pencapaian akademik anak mereka. Hubungan kemiskinan dengan pencapaian dikaitkan juga dengan kesan negatif terhadap perkembangan minda. Dari segi sosioekonomi,keluarga yang kurang berkemampuan menghadapi masalah untuk membeli peralatan dan bahan pembelajaran, membayar yuran sekolah, tambang bas, dan membeli cermin mata (BPPDP, 1996).Keluarga kurang berkemampuan yang mengharapkan anak-anak untuk bekerja bagi membantu keluarga. Adakalanya murid turut sama memikul beban keluarga dalam urusan harian seperti membantu ibu bapa mencari nafkah atau menjaga adik-adik di rumah.Kepenatan fizikal murid akibat keletihan dan lesu menyebabkan keterbatasan keupayaan mental untuk mengulangkaji pelajaran.

Keluarga miskin juga kurang mampu menyediakan rumah yang selesa untuk seisi keluarga menyebabkan suasana tidak kondusif untuk menjadi tempat belajar.Sedangkan menurutLumsden (1994): Childrens home environment shapes the initial constellation of attitudes they develop toward learning. When parents nurture their childrens natural curiosity about the world by welcoming their questions, encouraging exploration, and familiarising them with resources that can enlarge their world, they are giving their message that learning is worthwhile and frequently fun and satisfying. (ERIC Digest 92) Umum mengetahui keperluan menyediakan makanan seimbang kepada anak amat penting.Makanan seimbang perlu kerana ianya mempunyai kaitan dengan pertumbuhan fizikal mahupun kognisi murid bermula dari peringkat kanak-kanak lagi. Ini turut disebutkan dalam hieraki Maslow ( dalam Kamarudin Husin,1996 ) bahawa manusia memerlukan keperluan fisiologi seperti makanan, minuman, pembuangan kekotoran dan keprluan jantina.Tanpa makanan yang seimbang, mungkin akan membantutkan perkembangan seseorang individu tersebut sekaligus memberi kesan negatif kepada pencapaian akademik murid.Selain itu, menurut Maslow manusia turut memerlukan keperluan psikologi iaitu kejiwaan seperti pencapaian,pengaruh, kuasa, pertolongan dan simpati.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila persekitaran keluarga yakni seperti sikap ibu bapa,bentuk asuhan keluarga yang autotarian,ketegangan serta demografi keluarga boleh memberi kesan kepada murid.Saiz keluarga yang besar menyebabkan perhatian dan kemesraan sesama ahli keluarga berkurangan apatah lagi ingin mengambilkira perkembangan persekoalahan anak-anak.Kajian Drop-out & Low Achievement Case Studies in Selected Primary Schools in Malaysia (EPRD, 1994) mendapati pelajar yang tercicir dan berpencapaian rendah adalah daripada keluarga yang kurang memberi sokongan terhadap pendidikan anak-anak mereka, kurang mengawasi kemajuan pelajaran anak-anak, tidak menyemak kerja sekolah. Keadaan sosioekonomi bagi keluarga yang berkemampuan pula membolehkan anak-anak mereka belajar dengan suasana kondusif di rumah dengan adanya kemudahan asas ,nutrisi makanan yang seimbang serta bahan tambahan yang membantu dalam pembelajaran.Perhatian sepenuhnya yang diberikan oleh ibu bapa menjadikan murid berpencapaian akademik baik bermotivasi dan berusaha untuk konnsisten dalam pencapaian akademik mereka.Ibu bapa yang perihatin serta membina hubungan baik dengan pihak sekolah memberi kesan positif kepada pencapaian akademik murid yang berpencapaian akademik baik.2.3 Ingatan dan lupaan

Faktor yang seterusnya ialah ingatan dan lupaan.Ingatan merujuk kepada maklumat yang dapat kita simpan di dalam ingatan jangka panjang.Maklumat ini boleh kita keluarkan semula apabila dikehendaki. Pengkodan,penyimpanan dan pengeluaran merupakan proses yang terlibat dalam membentuk ingatan.Manakala lupaan pula menurut Slavin (1997) ialah kegagalan individu untuk mengingat sesuatu fakta yang yang pernah diketahuinya sebelum itu.Kegagalan ini mungkin berlaku disebabkan maklumat di dalam ingatan jangka pendek boleh hilang sebelum sempat diproses dan disimpan dalam ingatan jangka panjang atau gagal untuk mengingat maklumat itu daripada ingatan jangka panjang.

Beberapa faktor yang mempengaruhi lupaan termasuklah keusangan,gangguan,tekanan,kebimbangan,minat, perubahan alam sekitar,masa yang tidak mencukupi serta maklumat yang tidak lengkap.Keusangan disini bermakna maklumat yang cuba diingat telah hilang oleh peredaran masa.Gangguuan pula terjadi apabila cubaan untuk mengingat semula dihalang oleh maklumat lain di dalam memori ( Postman & Underwood,1973).Seterusnya faktor tekanan yang dimaksudkan ialah, pelajar itu sendiri yang sengaja menekan memori yang tidak disukai daripada muncul ke paras kesedaran.Misalnya Daniel Calleigh ( klien berpencapaian rendah )tidak mahu mengingat mengenai ayahnya kerana dia cuba melupakan peristiwa dia pernah dipukul oleh ayahnya.

Kebimbangan juga mempengaruhi ingatan dimana apabila kebimbangan terlalu tinggi,lupaan boleh terjadi.Misalnya kebimbangan seseorang murid terhadap ujian/peperiksaan yang bakal dihadapi menyebabkan lupaaan pada murid.Lupaan juga berlaku disebabkan minat.Sekiranya murid kurang berminat terhadap sesuatu,maka murid itu akan malasuntuk mengingat apa yang diajarkan oleh guru.Erecca Lara ( murid berpencapaian akademik baik ) apabila ditanya mengenai subjek kegemarannya,dia mengatakan dia meminati Sains.Ini kerana minatnya terhadap mata pelajarn itu lantaran gurunya suka membuat eksperimen yang manimbulkan minatnya pada Sains.Dilihat pada faktor perubahan alam sekitar pula,lupaan boleh terjadi contohnya perubahan nama jalan akan menyulitkan seseorang mengingat sesuatu peristiwa berkaitan dengan jalan tersebut.Faktor lupaan yang seterusnya ialah masa yang tidak mencukupi.Misalnya murid yang suka belajar di saat-saat ahir dan tidak mempunyai masa untuk membuat ulangkaji akan lupa banyak perkara mahupun fakta semasa peperiksaan.Akhir sekali, faktor maklumat yang tidak lengkap juga mempengaruhi lupaan.Misalnya seseorang guru memberikan maklumat yang berbentuk am,murid mudah akan mudah lupa,melainkan guru tersebut memberikan lebih banyak contoh yang boleh diterima pelajar sekaligus dapat disimpan lebih lama.2.4 Kesediaan PembelajaranBagi memastikan kanak-kanak memperoleh faedah daripada apa yang dipelajari,kesediaan pembelajaran ini amat lah penting dan perlu dititikberatkan.Menurut Piaget the level of mental development necessary to benefit fron experiences.Maksudnya disini,seseorang kanak-kanak tidak akan dapat memahami sesuatu konsep,jika tahap pemikirannya belum sampai ke tahap itu.Dalam masa yang sama,kanak-kanak juga perlu mempunyai kesediaan dari segi fizikal ( psikomotor ),afektif ( emosi dan sikap )sebelum berupaya menerima pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

Piaget membahagikan tahap perkembangan kognitif kepada empat peringkat.Peringkat yang pertama ialah peringkat deria motor ( 0-2 tahun ).Pada peringkat ini, bayi mengkoordinasikan maklumat deria dengan kebolehan motor seperti memegang, memicit, menendang, menumbuk untuk membentuk skema dan tingkah laku bagi meneroka persekitarannya dan membina struktur kognitif.Seterunya peringkat yang kedua ialah peringkat pra operasi ( 2-7 tahun ) dimana pada peringkat ini berlaku perkembangan drastik dalam penggunaan simbol mental untuk menyatakan objek,orang dan peristiwa yang dialami oleh kanak-kanak.Pada peringkat ini kanak-kanak mulai mengalami peringkat pemikiran prakonsep( Piaget) dimana murid dapat menceritakan pengalaman mereka,iaitu membina semula peristiwa yang telah berlaku dan membuat perbandingan.kanak-kanak juga mulai bersifat egosentrik iaitu melihat dunia pada perspektif dirinya.Peringkat yang ketiga pula ialah peringkat operasi konkrit (7-11 tahun ).Diperingkat ini murid mulai mengalami perkembangan pesat dalam proses kognitif .Mereka mulai dapat mengubah suai dan menyusun semula imej dan simbol dalam membuat rumusan atau keputusan yang logik.Terakhir sekali ialah peringkat operasi formal (9-12 tahun ke atas ) dimana pada peringkat ini kanak-kanak mampu melakukan proses mental ke atas idea, fakta atau andaian.Ciri pemikiran penting kanak-kanak pada peringkat ini ialah mereka berkebolehan dalam penaakulan deduktif hipotetikal dan berfikiran seperti saintis.3.0 LANGKAH GURU MENANGANI MASALAH PENCAPAIAN AKADEMIK BERBEZA3.1 Peneguhan positif dan negatif.Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi.Menurut Rachlin ( 1991 ),peneguhan diberikan bertujuan untuk memuaskan kehendak individu, mengurangkan tekanan,dan meransang otak.Melalui Teori Pelaziman Operan Skinner,beliau membahagikan peneguhan kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.Walaubagaimanapun beliau menjelaskan terdapat lima proses di dalam teori pelaziman operan skinner iaitu peneguhan positif,peneguhan negatif,dendaan,prinsip premack, dan pelupusan.Dalam menangani murid yang berpencapaian rendah,guru boleh memberikan peneguhan positif kepada murid.Peneguhan positif bermakna memberikan sesuatu ganjaran setelah murid ini mampu melakukan perkara yang diingini oleh guru seperti menjawab soalan atau melaksanakan aktiviti yang memuaskan.Contoh peneguhan positif yang boleh diberikan termasuklah dalam bentuk senyuman,kata-kata pujian,ganjaran,hadiah dan sebagainya.Peneguhan positif seperti ini merupakan salah satu bentuk motivasi kepada murid bagi mendorong mereka menghasilkan kerja yang lebih berkualti secara konsisten.Maka sewajarnya peneguhan yang diberikan mestilah jelas dan bersistematik selain ikhlas ketika memberi peneguhan.

Peneguhan negatif pula ialah ransangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan setelah suatu tingkah laku yang dilakukan.Misalnya bagi murid yang bermasalah untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru,maka peneguhan negatif boleh diberikan dalam bentuk leteran mahupun teguran atau hukuman.Di masa yang akan datang diharapkan murid ini akan berubah dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.Walaubagaimanapun,guru perlu berhati-hati bila memberi peneguhan negatif kepada pelajar kerana bimbang persepsi murid terhadap guru berubah seterusnya menganggap ianya sebagai hinaan ataupun hukuman yang boleh menjatuhkan harga dirinya.3.2 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Menurut Atan Long (1988), salah satu sifat penting yang perlu ada pada seseorang guru

ialah menimbulkan minat pelajar terhadap pengajarannya. Manakala Crow and Crow (1980),menyatakan guru sepatutnya dapat membimbing untuk menggerakkan pelajarnya untuk belajar,pelajar membina sikap yang positif, memperbaiki teknik mengajar dan memperbaiki diri terhadap mutu pengajaran mereka.Justeru itu,pendekatan yang perlu diambil ialah dengan mengaplikasikan bahan bantu mengajar semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Tidak dinafikan penggunaan bahan bantu mengajar mampu meningkatkan kefahaman murid terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.Sebagai cadangan, mengintegrasikan komputer/ multimedia semasa pengajaran dan pembelajaran merupakan trend terkini dan sangat releven dengan perkembangan dunia pendidikan masa kini.

Bahan bantu mengajar ini boleh disediakan dalam pelbagai bentuk. Menurut Peek,gabungan pelbagai perisian pembelajaran berbantukan komputer dapat menghasilkan pelbagai media seperti grafik,teks, animasi, audio dan interaktif untuk menghasilkan satu sistem pembelajaran multimedia yang interaktif bagi mengekalkan tumpuan pelajar.Narayanasamy (2000) pula berpendapat ,visual dan bahan grafik yang berkesan mendorong interaksi yang aktif di dalam bilik darjah dan mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar selain menjana pemikiran kreatif dan kritis murid. Samada bagi murid berpencapaian baik mahupun lemah, pembelajaran berbantukan komputer membolehkan murid membuat penerokaan kendiri dan mampu memajukan diri sendiri( self access,self space and self excel ).Strategi ini bersesuaian dengan apa yang dinyatakan oleh John Dewey ( 1996),iaitu pembelajaran bermakna ( meaningful learning )jika belajar dengan membuat (learning by doing )dan membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah yang cuba dihuraikan.Bruner (1973) pula menjelaskan,bahawa pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila pelajar itu sendiri yang yang menjadi penggerak kepada sesuatu proses pembelajaran. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan ada sesetengah sekolah yang tidak mempunyai kemudahan komputer dan akses untuk sesuatu program.Namun, guru boleh menggunakan inisiatif lain dalam mempelbagaikan bahan bantu mengajar di dalam kelas seperti carta, gambar, bahan maujud dan sebagainya.kepelbagaian alat bantu mnegajar ini sesuai dalam bilik darjah kerana terdapat pelajar yangt peka kepada audio, ada yang tertarik pada visual ada yang kinestetik.3.3Kaedah Pembelajaran secara KoperatifKoperatif beerti bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama.Pembelajaran Koperatif pula ialah penggunaan kumpulan-kumpulan kecil dalam pengajaran supaya pelajar bekerja bersama-sama bagi memaksimumkan pembelajaran sendiri bersama-sama rakan-rakan yang lain.Woolfolk ,1998;349, menyatakan bahawa terdapat beberapa unsur dalam pembelajaran koperatif yakni ianya merupakan interaksi bersemuka serta berlaku saling penggantungan positif di kalangan ahlinya.Kesemua ahli akan bertanggungjawab kepada pembelajaran sendiri dengan menggunakan kemahiran kolaboratif.Aktiviti pembelajarannya berlaku dalam kumpulan heterogenus di mana membolehkan murid yang cerdas membantu murid yang lambat.Ini kerana pemilihan ahli dalam sesebuah kumpulan ini mempunyai ketidaksamaan dari segi kebolehan,minat,bangsa,agama mahupun latar belakang.Maka disini,tidak timbul rasa rendah diri dikalangan pelajar lambat kerana mereka dinggap sama malah mereka saling bekerjasama serta menggunakan idea scaffoldingdalam teori perkembangan kognitif Vytgotsky, dimana pelajar cerdas akan membimbing pelajar lambat.Menurut Slavin ( 1991) ia akan memberi faedah kepada golongan yang berbeza kebolehan yang belajar dalam satu kumpulan.m Kajian menunjukkan pembelajaran kooperatif boleh meningkatkan pencapaian dan kemahiran kognitif pelajar. Jika dijalankan dengan sempurna, setiap pelajar mempunyai tanggungjawab untuk memahiri sesuatu subtopik serta berpeluang berkongsi pengetahuannya dengan ahli kumpulan yang lain.. Ahli-ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama untuk mencapai objektif pembelajaran. Secara tidak langsung, mereka perlu mempelajari atau memperbaiki kemahiran sosial mereka. Pelajar yang bersuara perlahan perlu meninggikan suara supaya didengari dan difahami oleh ahli kumpulan lain. Mengikut Kagan (1994) , pembelajaran kooperatif bagi golongan berbakat telah membawa banyak keberkesanan atau faedah seperti membaiki hubungan sosial,meningkatkan pencapaian,meningkatkan kemahiran kepimpinan meningkatkan kemahiran sosial,meningkatkan tahap kemahiran aras tinggi,meningkatkan kemahiran teknologi serta meningkatkan keyakinan diri.

3.4 Program Pemulihan dan pengayaan.Meskipun negara kini menjalankan anjakan paradigma dalam dunia pendidikan,program pengayaan dan pemulihan masih dianggap suatu alternatif bagi mengatasi masalah pencapaian akademik yang berbeza.Buktinya melalui KSSR ( Kurikulum Standard Sekolah Rendah )telah diperkenalkan mulai tahun lepas( 2011) pemulihan dan pengayaan masih dikekalkan malah turut disenaraikan sebagai salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran selain penggabungjalinan,penyerapan,serta penilaian ( Konsep 5P).Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program pemulihan ini bermatlamatkan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa.Pengayaan pula ialah satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah.Pengayaan ini sesuai dijalankan kepada murid berpencapaian akademik baik.Bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan.3.5 Kaunseling Dalam hal ini, kerjasama dari guru bimbingan kaunseling disekolah amat perlu dalam membantu menangani permasalahan seperti ini. Jika terdapat faktor emosi di rumah yang menyebabkan kekerapan tidak hadir ke sekolah, lawatan ke rumah atau pertolongan pegawai kebajikan masyarakat adalah perlu. Klinik bimbingan murid berpencapaian lemah juga memainkan peranan yang penting dalam memberi pendedahan dan latihan untuk menangani seterusnya menstabilkan kecelaruan emosi murid.Kerjasama yang berterusan bersama ibu bapa murid sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa mengenal pasti punca kelemahan anak didalam pelajaran.

Walaubagaimanapun, sekiranya tidak terdapat jawatan guru bimbingan di sekolah,guru biasa juga seharusnya mempunyai perasaan empati dengan memberikan perhatian kepada murid lebih-lebih lagi murid yang datang dari keluarga bermasalah dan mempunyai masalah kewangan.Dengan mengenalpasti masalah murid,bantuan boleh disalurkan misalnya mencadangkan murid menerima bantuan KWAPM ( Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ),Rancangan Makanan Tambahan,pemberian Vitamin 1 Malaysia seperti mana yang dijalankan disekolah pada masa ini.Selain itu,prasarana serta keadaan di bilik darjah boleh dipertingkatkan agar murid berasa selesa berada di sekolah,memandangkan suasana kondusif tidak dapat dinikmati di rumah.Penyediaan dan kepelbagaian bahan rujukan tambahan di perpustakaan juga boleh ditambah agar murid mendapat faedah dalam menambahkan bahan pembelajaran.

Harus diingat bahawa kaunseling bukan hanya untuk murid yang bermasalah dari segi emosi mahupun pelajaran sahaja.Bengkel motivasi juga boleh diadakan untuk mencungkil bakat dan prestasi murid supaya mereka yang mempunyai personaliti yang berbeza ini dapat dicungkil bakatnya dan bagi murid berpencapaian baik akan bermotivasi tinggi untuk konsisten dan sentiasa menunjukkan prestasi akademik yang baik.Kesimpulan:Setiap guru yang menitikberatkan potensi dan pencapaian muridnya akan berusaha mendalami psikologi pendidikan untuk meningkatkan mutu serta keberkesanan pengajarannya. Guru perlu memahami dan mengenalpasti kebolehan, pengalaman, perhubungan, pengaruh persekitaran dalam membentuk sahsiah dan minat murid. Justeru itu terdapat beberapa langkah bernas yang boleh diadaptasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik yang berbeza.Antara langkah yang diambil termasuklah peneguhan positif dan negatif, penggunaan bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran,pembelajaran secara koperatif,program pengayaan dan pemulihan serta khidmat kaunseling di sekolahDalam masa yang sama itu perhatian guru hendaklah samarata diberikan kepada dua kumpulan ini.Murid yang berpencapaian baik boleh diberikan aktiviti yang lebih mencabar dan meningkatkan lagi daya fikir mereka.Para guru juga perlu menyedari bahawa murid mempunyai kadar kecerdasan yang berbeza dan mengambilkira kesediaan belajar murid disamping mengenalpasti faktor-faktor pencapaian murid dalam akademik. Rita dan Kenneth Dunn ada menyebut bahawa, If children cannot learn the way weteach them, then we must teach them the way how they learn. Penerangan daripada petikan tersebut adalah kita perlu mengenal pasti cara seorang kanak-kanak itu belajar dan daripada cara itulah kita gunakannya sebagai alat (method) untuk mengajar mereka.Sekiranya murid berpencapaian akademik lemah pula diabaikan,dikhuatiri gejala-gejala lain mungkin berlaku seperti keciciran,perubahan sikap,kemahuan bekerja yang rendah,dan tahap kecerdasan fikiran yang sempit akan menjejas teruk sosiobudaya, politik,ekonomi bangsa dan negara kita.Anak-anak pemangkin masa depan Negara.Sebagai seorang guru,kita seharusnya sentiasa peka dengan segala jenis permasalahan murid,dan dari masa ke semasa sentiasa mencari jalan atau alternatif mempertingkatkan kualiti pembelajaran di dalam kelas agar masalah perbezaan pencapaian individu ini dapat dikurangkan ke paras sifar.(3474 patah perkataan )

RUJUKANAbdul Rahim M. Ali ( 2001 ) Ilmu Pendidikan DPM,Pendidikan di Malaysia & Psikologi

Pendidikan ,Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd,Kuala Lumpur.

Atan Long. (1988). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

CRIERES IOAA Mission and Website Objectives, Retrieved March 25th 2012 from

http://www.crieres-oirs.ulaval.ca/sgc/lang/en CA/pid/5495Ee Ah Meng ( 1990 ),Pedagogi Satu Pengenalan.Kuala Lumpur.Fajar Bakti Sdn Bhd.

Khadijah Rohani Mohd Yunus (2011).HBEF2103PsikologiPendidikan.Selangor:Meteor Doc Sdn Bhd.

Mok, S. S., (2001). Psikologi Pendidikan, Untuk Kursus Diploma Perguruan

Semester 1 (2nd ed.). Kuala Lumpur: Percetakan Sentosa.

Sabri Ahmad ( 2003 ).Kemahiran Belajar Berkesan,Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.Kuala Lumpur.Skinner, C. E. (1970). Educational Psychology, Prentice Hall of India, New DelhiZoraini Wati Abas. 1992. Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur : Fajar Bakti

PAGE 17

_1253083327.bin